Anda di halaman 1dari 1

HARI PERTAMA UPSR ( 24 SEPT 2018 )

PROGRAM SARAPAN KASIH &


BACAAN YAASIN SERTA SOLAT HAJAT (IBUBAPA)

Seawal pagi Dewan Terbuka SKBTHO2 telah dipenuhi


oleh para calon UPSR dan ibubapa yang menemani.
Guru bertugas sebagai pengacara adalah Cg Hamidah.
Beliau telah ingatkan para calon supaya memastikan
alat tulis diikat dengan sempurna dengan getah dan
slip peperiksaan di bawa bersama ke dewan
peperiksaan. Sebelum ke dewan, mereka dihidangkan
dengan air zamzam. Doa dibaca sebelum masuk ke
dewan yang dipimpin oleh tuan YDP PIBG, Ust Mohd
[Add a caption for your photo here.]
Faisal. Setelah para calon sedang menduduki Kertas
Penulisan Bahasa Melayu, para ibubapa yang
berkelapangan telah berkumpul di surau al-Falah
untuk solat hajat dan bacaan yaasin. Para ajk Sarapan
Kasih pula ke kantin untuk menyediakan sarapan pagi
anak-anak untuk mereka nikmatinya selepas
menduduki kertas pertama. Tepat jam 9.40 pagi, para
calon telah mula turun ke kantin untuk menikmati
juadah yang telah disediakan oleh ajk, guru dan para
ibubapa yang sudi membantu. Selesai menikmati
sarapan mereka terus ke dewan terbuka untuk
persediaan kertas penulisan Bahasa Melayu. Sesi pada
hari ini tamat dengan sedikit tip-tip untuk kertas
Bahasa Inggeris keesokkan harinya oleh cikgu-cikgu
Bahasa inggeris. Jam 1.10petang anak-anak bersurai.

Anda mungkin juga menyukai