Anda di halaman 1dari 6

CARA MEMASANG KHEMAH FLY SHEET

Cara yang pertama ini, semua orang tahu cara memasangnya, ia mudah sahaja, cuma
dengan menggunakan satu tali (yang kuat). Setelah menentukan ketinggian yang sesuai
bagi 'flysheet' tersebut dan kemudiannya  ikatlah tali antara dua pokok (atau apa
saja)yang berhampiran. Tegangkan tali tersebut, apabila sudah tegang dan lurus
barulah di letakan 'Flysheet' diatasnya dan ikat tali pada lubang yang telah disediakan di
'flysheet' tersebut. Setelah itu, tariklah 'flysheet' dan ubahsuai agar ia rata dan tegang
dan kemuan ikatlah tali pada pancang kayu atau apasa yang ada disekitar anda.

Cara yang kedua ini, hampir sama seperti diatas, perbezaannya ialah ia nya
menggunakan dua kayu yang ditanam (tongkat pun boleh) ianya mudah sahaja, cuma
dengan menggunakan satu tali (yang kuat), laraskan ketinggian  yang sesuai bagi
'flysheet', kemudian ikat tali antara dua kayu@tongkat dan buatlah tali pengimbang
(rujuk gambar) sebagai pasak kepada kayu.@tongkat  tesebut, mengunakan kayu pun
boleh. Tegangkan tali tersebut , apabila sudah tegang dan lurus barulah di letakan
'Flysheet' diatasnya dan ikat tali pada lubang yang telah disediakan di 'flysheet' tersebut.
Setelah itu, tariklah 'flysheet' dan ubahsuai agar ia rata dan tegang dan kemudian ikatlah
tali pada pancang kayu atau apasaja  yang ada disekitar anda.
Cara yang ketiga ini,dari segi teknikal pemasangan 'flysheet' dan tali sadalah sama
seperti cara yang pertama. Cuma perkara yang pertama mesti dilakukan ialah pasang
'hammock' dahulu, setelah itu baru 'flysheet'.

Cara yang keempat ini,dari segi teknikal pemasangan 'flysheet' dan tali adalah sama
seperti cara yang pertama, cuma kita kena pasang khemah dahulu kemudian barulah
laraskan ketinggian untuk 'flysheet'. Kita diberi pilihan samada mengikat tali pada pokok
atau pancang kayu atau apa saja.
Cara yang kelima . Untuk melakukannya carilah pokok yang boleh dilentur. Lenturkan
pokok tersebut kemudian ikat dihujung pokok dengan tali dan ikat tali pada pancang
(rujuk gambar). Setelah itu, ikatlah hujung 'flysheet' pada ranting atau dahan pokok dan
tegangkan 'flysheet', dengan  tali ditempat yang perlu. Cara ini sesuai jika kekurangan
tali atau tiada tali utama atau yang hendak cepat tempat berlindung.

Cara yang ke enam . Untuk melakukannya carilah pokok berdahan atau beranting
panjang. Setelah itu, ikatlah sedikit hujung 'flysheet' dengan tali dan ikat pada dahan
(rujuk gambar) dan tegangkan 'flysheet', dengan  tali ditempat yang perlu. dibahagian
belakang pula pacak kayu untuk mengikat tali lain (rujuk gambar).Cara ini sesuai jika
kekurangan tali atau tiada tali utama atau yang hendak cepat tempat berlindung.
Cara yang ke tujuh . Untuk melakukannya carilah pokok yang berdahan
rendang.Setelah itu, ikatlah pertengahan 'flysheet' pada dahan pokok dan tegangkan
'flysheet', dengan  tali ditempat yang perlu (rujuk gambar). Cara ini sesuai jika
kekurangan tali atau tiada tali utama atau yang hendak cepat buat  tempat berlindung.

Cara yang ke lapan . Untuk melakukannya pasang dahulu disemua penjuru 'flysheet'
dengan tali (rujuk gambar). setelah itu barulah masukan tongkat atau kayu, dan letak
ditengah-tengah 'flysheet' laraskan mengikut kesesuaiyan. Ingat sebelum itu letaklah
pada hujug kayu@tongkat itu pengalas agar 'flysheet' tidah rosak.Cara ini sesuai jika
kekurangan tali atau tiada tali utama atau yang hendak cepat buat  tempat berlindung.
Cara yang ke sembilan . Untuk melakukannya kumpulkan beg galas secara tersusun
(rujuk gambar)kemudian pasang 'flysheet' dan tegangkannya dengan tali. Cara ini
sesuai ditanah lapang atau anda terlalu penat untuk pasang khemah.

Cara yang ke sepuluh . Untuk melakukannya letak kayak dikawasan yang rata dan
sendengkan ia.. Ambil dua kayu atau batu untuk melaraskan pada kayak agar kayak
tidak tumbang. kemudian pasang 'flysheet' dan tegangkannya dengan tali atau batu.
Cara yang ke sebelas . Untuk melakukannya cari balak yang tumbang. bersihkan
kawasan sekitar. kemudian pasang 'flysheet' diatasnya (refer gambar)dan tegangkannya
dengan tali atau batu. Boleh buat cara ini jika kecemasan.

Cara yang ke dua belas . Untuk melakukannya cari pokok atau guna dahan
kayu.semagai penyokong dan dapat kayu untuk dijadikan bingkai untuk khemah..
Bersihkan kawasan sekitar. kemudian pasang 'flysheet' diatasnya (refer gambar)
dengan cara mencerut dan ikat dengan tali (refer gambar)dan tegangkannya dengan tali
atau batu. Boleh buat cara ini jika kecemasan.

semoga menjadi sumber rujukan untuk rakan-rakan yang meminati adventure. Mugkin
ada cara lain lagi yang lusuh tidak tahu, dan lusuh berharap agar dapat diberitahu untuk
kebaikan semua.

terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai