Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,

KOTA KINABALU,SABAH

PSIKOLOGI PENDIDIKAN
EDUP2082
Nama Pelajar : AZNIEZZA BINTI LAMSIN
No. Kad Matrik :
No. Kad Pengenalan :
Program :
Kumpulan : JUN
Tajuk Tugasan :
Nama Pensyarah Akademik : LUCY GAWIS
Nama Penyelaras Kursus : RAFFAEE HJ MUSLEH
Tarikh Hantar :

Pengakuan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan
fahami.
Catatan (jika ada):

Tandatangan Pelajar: Tarikh:

This study source was downloaded by 100000857650699 from CourseHero.com on 11-23-2022 09:28:04 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/77112825/psikologi-pendidikan-edup2082pdf/
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN 1
2.0 KONSEP, PRINSIP DAN PROSES PENGAJARAN DAN 1
PEMBELAJARAN
2.1 Konsep Pengajaran dan Pembelajaran 1-2
2.2 Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran 2
a) Pembelajaran Informal 2
b) Situasi mendesak 3
2.3 Proses Pengajaran dan Pembelajaran 3

3.0 TEORI PEMBELAJARAN DAN IMPLIKASI TERHADAP MOTIVASI 3


DAN PEMBELAJARAN INDIVIDU
3.1 Teori Pembelajaran Humanis 3
3.2 Implikasi Teori Pembelajaran Humanis terhadap motivasi dan
pembelajaran individu 4

4.0 RUMUSAN 5
RUJUKAN

This study source was downloaded by 100000857650699 from CourseHero.com on 11-23-2022 09:28:04 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/77112825/psikologi-pendidikan-edup2082pdf/
1.0 PENGENALAN

Pembelajaran merujuk kepada proses untuk memperoleh ilmu pengetahuan, kefahaman dan
penguasaan melalui pengalaman mahupun aktiviti belajar. Pembelajaran khususnya pada
peringkat awal memerlukan bantuan dan bimbingan daripada seorang guru atau pendidik. Dalam
hal ini, peranan guru dan pengajaran yang berkesan adalah sangat penting bagi menghasilkan
pembelajaran yang baik. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat
murid yang berhadapan dengan konflik belajar apabila tidak memiliki gaya pembelajaran yang
sesuai. Menurut Chambers (1991), murid harus menggunakan gaya pembelajaran sebagai
kekuatan mereka dalam bidang akademik. Hal ini demikian kerana, cara yang sesuai dengan
ciri-ciri pembelajaran akan menyebabkan murid di semua peringkat mempunyai motivasi yang
tinggi dan dapat meningkatkan pencapaian akademik. Realitinya, semasa pengajaran dan
pembelajaran, terdapat banyak perkara yang perlu dikuasai oleh murid dan hal ini sangat berkait
rapat dengan strategi pengajaran yang dilakukan oleh guru untuk memastikan keberhasilan
pengajarannya. Dalam hal ini, guru haruslah mengaplikasikan teori pembelajaran yang
bersesuaian dalam pengajarannya. Teori pembelajaran merujuk kepada satu set perkataan atau
simbol yang berkaitan pembelajaran dan telah diuji secara empirikal (Hergenhahn & Matthew,
2012). Oleh itu, untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai, guru
seharusnya memikirkan bagaimana untuk memaksimumkan penguasaan murid ini dengan
menggunakan teori-teori pembelajaran yang sesuai dan berkesan dalam pengajaran mereka.
Tambahan pula, teori pembelajaran dapat memberikan panduan atau kaedah yang berkesan dan
bersesuaian untuk menyelesaikan masalah murid. Kesudahannya, implikasi teori pembelajaran
ini akan memberikan tindak balas yang baik terhadap motivasi dan pembelajaran individu.

2.0 KONSEP, PRINSIP DAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pemahaman terhadap konsep, prinsip dan proses pengajaran dan pembelajaran adalah salah
satu aspek utama sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Oleh itu, hal ini perlu diambil kira
dengan jelas untuk memberikan hasil PdP yang lebih berkualiti.

2.1 Konsep Pengajaran dan Pembelajaran

Secara umumnya, terdapat perbezaan pendapat mengenai pengertian pembelajaran di antara


ahli-ahli psikologi pendidikan mengikut fahaman psikologi masing-masing. Dalam hal ini, Eh Ah

1
This study source was downloaded by 100000857650699 from CourseHero.com on 11-23-2022 09:28:04 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/77112825/psikologi-pendidikan-edup2082pdf/
Meng (1989) menyatakan bahawa pengajaran dilihat sebagai satu sains iaitu sistem aktiviti-
aktiviti yang ditujukan kepada murid-murid dengan bertujuan membawa perubahan tingkah laku
dalam kalangan mereka. Seterusnya, Slavin (2005) mendefinisikan pembelajaran sebagai
perubahan dalam diri seseorang individu akibat daripada pengalaman. Slavin menyatakan
bahawa, manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait rapat
dengan pengalaman.

Secara ringkasnya pengajaran dan pembelajaran merupakan perkara yang saling berkait
antara satu sama lain. Pengajaran akan gagal sekiranya hanya satu pihak sahaja yang terlibat.
Oleh itu, pembelajaran yang berkesan boleh dicapai melalui pengajaran yang cekap dan
berkesan.

2.2 Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran

Prinsip pengajaran dan pembelajaran merupakan perkara asas yang menerang bagaimana
sesuatu pembelajaran itu boleh berlaku secara efektif. Ewell (1997) pernah membentuk satu
model yang menggambarkan prinsip-prinsip pembelajaran dan hal ini mempengaruhi
penguasaan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi apabila di aplikasi dalam
bilik darjah. Merujuk kepada model Ewell, terdapat lapan prinsip yang boleh diadaptasi dalam
PdP . Namun dalam tugasan ini hanya akan memfokuskan kepada dua prinsip iaitu pembelajaran
informal dan situasi mendesak.

a) Pembelajaran Informal
Prinsip pembelajaran ini membolehkan murid memperoleh pengetahuan di luar daripada
bilik darjah melalui interaksi dengan persekitaran. Contohnya melalui program lawatan
sambil belajar.

b) Situasi mendesak
Sesuatu pembelajaran itu akan lebih mencabar sekiranya pengajaran berada dalam
situasi mendesak dan pengalaman secara langsung dengan sesuatu yang benar-benar
berlaku. Seringkali seseorang akan berhadapan dengan masalah yang memerlukan
penyelesaian tertentu. Oleh itu, prinsip pembelajaran jenis ini bahawa boleh dikatakan
bahawa pembelajaran optimum boleh berlaku.

2
This study source was downloaded by 100000857650699 from CourseHero.com on 11-23-2022 09:28:04 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/77112825/psikologi-pendidikan-edup2082pdf/
2.3 Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa
kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku.

Untuk memastikan keberkesanan pengajaran, terdapat tiga bahagian penting yang perlu
diambil kira iaitu sebelum proses pengajaran merujuk kepada model proses pengajaran oleh Le
Francois. Menurut beliau, tiga bahagian tersebut merujuk kepada sebelum, semasa dan selepas
proses pengajaran. Sebelum pengajaran bermula, guru perlu menentukan objektif pembelajaran
dengan membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan menentukan strategi-strategi
pengajaran yang akan digunakan. Guru juga harus membuat persediaan yang baik dengan
membuat rujukan mengenai tajuk yang akan diajar. Seterusnya, guru perlu meneliti kembali
perancangan RPH agar tidak ada elemen penting yang tercicir. Semasa proses pengajaran pula,
guru akan melaksanakan pengajaran mengikut RPH yang telah dibuat. Selepas mengajar, guru
perlu membuat refleksi untuk menentukan sejauh mana keberkesanan pengajaran dan juga
penambahbaikan yang boleh dilakukan.

Seterusnya, proses pembelajaran pula melibatkan enam bahagian penting iaitu


kesediaan belajar, pandangan dan persepsi, ingatan dan lupaan, pemindahan pembelajaran
dan implikasi proses pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran.

3.0 TEORI PEMBELAJARAN DAN IMPLIKASI TERHADAP MOTIVASI DAN


PEMBELAJARAN INDIVIDU

Teori pembelajaran yang akan dibincangkan dalam tugasan ini ialah teori pembelajaran Humanis
dan perkaitannya dengan motivasi dan pembelajaran individu.

3.1 Teori Pembelajaran Humanis


Teori pembelajaran ini menumpukan kepada apa yang berlaku dalam diri seseorang yang
merangkumi perasaan atau emosinya. Abraham Maslow dan Carl Rogers merupakan dua orang
yang pakar dalam teori pembelajaran ini. Asas daripada teori ini ialah kepercayaan seseorang
murid yang mempunyai keperluan untuk mencapai hasrat diri. Dalam hal ini, guru perlu
membantu murid tersebut untuk mencapai hasratnya.

3
This study source was downloaded by 100000857650699 from CourseHero.com on 11-23-2022 09:28:04 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/77112825/psikologi-pendidikan-edup2082pdf/
3.2 Implikasi Teori Pembelajaran Humanis terhadap motivasi dan pembelajaran
individu

Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu mempunyai keinginan semula jadi untuk belajar
(Choong Lean Keow, 2011). Dalam hal ini, jika guru dapat memanfaatkan pendekatan ini dengan
sebaiknya maka guru boleh membentuk suasana kelas yang kondusif dengan menyediakan
persekitaran kelas yang selamat dan tenang agar murid dapat belajar dengan selesa. Dalam
keadaan ini, guru boleh menjalankan pelbagai jenis aktiviti PdP dengan lebih selesa.
Implikasinya, murid-murid akan merasa lebih seronok dan tidak tertekan ketika berada dalam
kelas. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan motivasi pembelajaran individu.

Seterusnya, dalam teori humanis ini Carl Rogers turut menekankan bahawa pembelajaran
yang bersifat signifikan hanya akan berlaku jika kandungan mata pelajaran adalah relevan
dengan minat murid. Dalam hal ini, guru boleh memupuk minat murid dengan teknik pengajaran
yang berbeza. Sebagai contohnya, guru menggunakan teknik melukis dalam menerangkan
sesuatu tajuk atau bab untuk menarik minat dan fokus murid untuk belajar. Implikasinya, secara
tidak langsung minat dan sifat ingin tahu dalam diri murid terutamanya murid yang minat dengan
lukisan akan mendorong mereka secara individu untuk lebih mudah menerima dan memahami
apa yang disampaikan oleh guru.

Selain itu, menurut Maslow, keperluan fisiologi merupakan keperluan yang paling asas
dalam diri seseorang individu. Jika dikaitkan dalam konteks pendidikan, implikasi teori ini
menyatakan bahawa keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
adalah bergantung kepada setakat mana keperluan-keperluan murid dipenuhi. Sebagai
contohnya, murid yang kurang makan akan menyebabkan kesihatannya terjejas. Hal ini akan
menyebabkan murid tersebut tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam
pembelajaran sekali gus mengurangkan motivasinya untuk belajar. Justeru, para guru perlu
sentiasa peka dan prihatin terhadap kekurangan dari segi fizikal murid itu.

4
This study source was downloaded by 100000857650699 from CourseHero.com on 11-23-2022 09:28:04 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/77112825/psikologi-pendidikan-edup2082pdf/
4.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, pemahaman guru terhadap konsep dan prinsip pengajaran dan
pembelajaran adalah sangat penting sebagai dasar untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih
bermakna. Melalui pemahaman tersebut, guru akan lebih mudah untuk merancang proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih teratur. Pengertian terhadap konsep dan prinsip PdP
ini juga mendedahkan guru kepada teori-teori pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam
sesebuah pengajaran, Penerapan teori pembelajaran dalam proses PdP ini seterusnya akan
memberikan implikasi yang positif terhadap motivasi dan pembelajaran individu serta
menghasilkan PdP yang lebih berkesan.

5
This study source was downloaded by 100000857650699 from CourseHero.com on 11-23-2022 09:28:04 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/77112825/psikologi-pendidikan-edup2082pdf/
RUJUKAN

Artikel Jurnal dari laman sesawang

Academia. Pendekatan Humanistik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diakses Oktober 28,
2020, dari
https://www.academia.edu/13445559/PENDEKATAN_HUMANISTIK_DALAM_PENGAJA
RAN_DAN_PEMBELAJARAN

Nasirah Ismail, Norhasliza Abdullah, Siti Zubaidah Saharudin. (2017). Jurnal Hubungan
Motivasi Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Kejuruteraan. Diaksess
Oktober 28, 2020 dari
https://www.academia.edu/22970791/JURNAL_HUBUNGAN_MOTIVASI_GAYA_PEMBE
LAJARAN_DENGAN_PENCAPAIAN_MATEMATIK_KEJURUTERAAN

Mohamad Zaki Bin Mohamad. (2012). Gaya Pembelajaran Yang Dominan Dalam Kalangan
Pelajar Di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru. Diakses Oktober 28, 2020 dari
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4228/1/MOHAMAD_ZAKI_BIN_MOHAMAD.pdf

Buku

B.R. Hergenhahn & Matthew H. Olson. (2012). An Introduction to Theories of Learning. USA:
Prentice Hall

Siti Noridah Ali, Nur Liyana Khalid Khan, Ahmad Taufiq Wafi Abdul Ghani. (2018). Abad 21
Trend Pembelajaran dan Pengajaran Politeknik & Kolej Komuniti Malaysia. Malaysia :
Perpustakaan Negara Malaysia

Jurnal

Mohd Uzir Bin Zubir, Rohaidah Kamaruddin, Sharil Nizam Sha’ri. (2018). Motivasi Dan Sikap
Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Murid Tingkatan Satu (Junior One Loyalty),
Sekolah Menengah Persendirian Kwang Hua. Journal of Kesidang Volume 3 2018: 82-91.

Laman Web
Pedagogi dalam pendidikan. Diakses Oktober 28, 2020, dari http://pomizi-
pedagogi.blogspot.com/p/teori.html

This study source was downloaded by 100000857650699 from CourseHero.com on 11-23-2022 09:28:04 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/77112825/psikologi-pendidikan-edup2082pdf/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai