Anda di halaman 1dari 30

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 1

PENGENALAN
Alam belajar murid adalah suatu keadaan atau suasana belajar yang dapat
merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah
laku. Setiap kanak-kanak mempunyai latar belakang persekitaran keluarga yang
berbeza. Dengan itu perkembangan pembelajaran diri kanak-kanak adalah dipengaruhi
oleh alam sekeliling mereka. Oleh yang demikian, persekolahan merupakan alam
belajar yang amat penting buat kanak-kanak dalam meningkatkan perkembangan atau
perubahan tingkah laku yang merangkumi aspek fizika, psikologi dan pengalaman
bersama rakan-rakan sebaya mereka.
Persekitaran alam belajar kanak-kanak di sekolah lebih tertumpu pada
persekitaran pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengajaran boleh
diertikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Mengikut Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka, pengajaran dapat didefinisikan sebagai perihal mengajar, segala
sesuatu yg berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang
dipentingkan dan ia juga meliputi segala sesuatu cara atau perbuatan yang diajarkan.
Kenyataan tersebut mengkategorikan pengajaran sebagai satu sistem penyampaian
ilmu pengetahuan, maklumat dan peningkatan kognitif seseorang individu. Pengajaran
merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan
atau kemahiran yang tertentu. Pengajaran ini meliputi semua aspek contohnya, aktiviti
perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaianyang bertujuan
untuk menyebarkan ilmu.
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 2

Tokoh-tokoh mazhab kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausebel berpendapat
bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam alam fikiran dan
tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Mereka
menekankan proses kognitif yang menghasilkan perubahan tingkah laku dalam
pembelajaran individu.
Crow dan Crow mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perolehan tabiat,
pengetahuandan sikap. Ia melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja, dan ia kan
bertugas dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk
menyesuaikan diri kepada situasi baru. Ia merupakan satu proses perubahan tingkah
laku yang progresif sambil individu itu bertindak balas kepada sesuatu situasi atau
berbagai situasi dalam menyesuaikan tingkahlakunya dengan berkesan kepada
permintaan yang dibuat terhadapnya. Ia juga membolehkan individu memenuhi minat
atau mencapai matlamat.
Bagi mewujudkan ruangan pembelajaran yang kondusif dalam bilik darjah, guru
haruslah peka dengan pemilihan strategi dan kaedah pengajaran yang menarik dan
kreatif. Inisiatif ini memerlukan usaha dan semangat guru yang kental bagi menilai dan
mengaplikasikan teori pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan pemikiran
muridnya. Cabaran ini sebagai satu dorongan kepada guru agar menggunakan kaedah
P&P yang pelbagai dan bervariasi terutamannya dalam aktiviti permainan, contoh dan
sumber bahan bantu mengajar.


IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 3

1.0 Teori Pembelajaran Kognitif (Penerimaan Ausubel)
Teori Pembelajaran Kognitif menekankan pembelajaran sebagai perubahan proses
mental yang berlaku secara aktif. Teori Pembelajaran Kognitif adalah ditumpukan kepada
cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan,
kategori pembelajaran dan resepsi.
Dalam teori pembelajaran kognitif ini, ianya melibatkan otak manusia berfikiran aktif
untuk memahami persekitaraanya. Pemahaman persekitaran yang dialami oleh manusia
telah meningkatkan pembelajaran dan perkembangan dalam pengalaman individu. Dengan
itu, pelajar dapat membina pengetahuan melalui proses pemikiran yang kreatif dan efektif.
Kenyataan tersebut telah diilhamkan oleh Eggen dan Kauchak (2008), bahawa teori
pembelajaran kognitif berpegagng pada beberapa prinsip-prinsip yang penting iaitu
pembelajaran memerlukan latihan dan maklum balas, pengetahuan yang dibina
bergantung pada pengetahuan sedia ada pelajar dan pembelajaran meningkat dalam
persekitaran sosial yang sesuai.
Menurut teori pembelajaran penerimaan oleh David Ausubel (1918-2008),
pembelajaran yang efektif dan bermakna berlaku apabila seseorang pelajar dapat
menyedari tujuan dan matlamat sesuatu pengetahuan tersebut. Ini merupakan satu
proses pembelajaran bermakna apabila bahan pengajaran yang digunakan juga
merupakan bahan yang bermakna. Bahan tersebut boleh terdapat dalam bentuk
penyampaian pengajaran daripada guru atau teks.


IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 4

1.1 Kepentingan Teori Pembelajaran Kognitif
Pendekatan pembelajaran ini melihat pembelajaran sebagai perubahan dalam struktur
mental yang membolehkan pelbagai tingkah laku ditunjukkan. Manusia akan sentiasa
mencuba memberi pengertian tentang dunia dengan membandingkan kefahaman
dalaman mereka tentang bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran. Ini
menunjukkan bahawa manusia cenderung untuk menyatakan pemikiran mereka
mengenai pengalaman dan pengetahuan sedia ada kepada orang lain. Proses ini
penting bagi meningkatkan penggunaan kogntif yang maksimum untuk output yang
berguna.
Guru perlu menyusun maklumat supaya murid berupaya mengaitkan konsep
baru dengan konsep yang telah dipelajari. Teknik ini penting bagi membina kefahaman
murid mengenai tajuk yang dibincang agar murid dapat mengikuti apa yang
disampaikan oleh guru. Selain itu, guru haruslah menyampaikan maklumat dalam
pelbagai bentuk yang sesuai dengan susunan langkah dari mudah kepada abstrak.
Murid memainkan peranan aktif dalam proses pembelajaran, bukan guru yang
menentukan apa yang akan dipelajari mereka. Pembelajaran ini melibatkan proses
hubungan proses mental yang tidak dapat diperhatikan. Ini penting bagi membantu
memperkembangkan proses kognitif murid untuk berfikir dan memberi respon kepada
pengajaran guru. Pemikiran ini melibatkan proses mengitegrasikan maklumat baru
dengan maklumat yang pernah dipelajari.


IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 5

1.2 Implikasi Teori Pembelajaran Kognitif
Pembelajaran bermakna menghubungkan antara pengetahuan yang baru akan
dipelajari dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar mesti mempunyai sikap untuk belajar
secara bermakna,isi kandungan kognitif untuk dikaitkan kepada pengetahuan baru dan
bahan yang diajar mestilah sesuai dengan konteks pembelajaran yang telah ditetapkan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, teori pembelajaran oleh Ausubel
akan menggunakan kaedah penyusunan awal dalam pengajaran guru. Penyusunan
awal bermaksud guru perlulah menyediakan perancangan pengajaran yang menarik
dan tersusun. Kaedah ini membantu guru merancang aktiviti dan konsep berkaitan
dengan tajuk yang dipelajari.
Selain itu, teori yang dikemukakan oleh Ausubel menitiberatkan langkah
pelaksanaan secara penerangan teori pada awalnya. Ini memberikan implikasi yang
positif kepada murid-murid. Guru-guru perlulah menyediakan beberapa contoh yang
mudah difahami berkaitan dengan penerangan teori tajuk tersebut. Maka itu, proses
pembelajaran pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan
berkesan. Sebagai contohnya, guru memberikan contoh bahawa banjir kilat akan
berlaku sekiranya kawasan hutan dimusnahkan. Guru akan menerangkan maksud
contoh tersebut dengan mengaitkan teori bahawa banjir kilat berlaku apabila tanah tidak
kuat untuk menyerap air hujan yang turun.



IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 6

2.0 Teori Pembelajaran Sosial
2.1 Pengenalan Teori
Mengikut Albert Bandura (1925), teori pembelajaran sosial merupakan fenomena
berkaitan dengan manusia secara semula jadi belajar melalui proses peniruan atau
pemerhatian. Penyataan beliau menerangkan bahawa manusia cenderung untuk
meniru sesuatu perlakuan sebagai pengalaman pembelajaran mereka. Manusia akan
melihat orang lain melakukan, mendapat ganjaran daripada perlakuan atau melihat
orang menerima hukuman daripada perlakuan.
Teori pembelajaran sosial ini juga melibatkan proses kognitif di mana manusia
menggunakan akal fikiran mereka untuk memahami perlakuan atau peniruan yang telah
mereka lihat. Pembelajaran sosial ini meliputi tiga bentuk peniruan yang utama iaitu
peniruan secara langsung, peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan serta peniruan
elisitasi. Melalui teori yang disampaikan oleh Bandura ini, beliau menyimpulkan bahawa
pelbagai tingkah laku sosial dan fizikal seperti peniruan model, keagresifan, persaingan,
tindakan dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada daya gerak balas yang
ditonjolkan oleh orang lain.
Dalam teori ini, Bandura telah menjalankan beberapa kajian yang dapat
membuktikan bahawa manusia mempunyai sifat semula jadi yang cenderung untuk
meniru dan membuat pemerhatian ke atas sesuatu yang mereka lalui dan lihat. Beliau
menggunakan sekumpulan kanak-kanak yang dibahagikan kepada tiga kumpulan.
Kumpulan pertama diletakkan di sebuah bilik yang ditayangkan dengan video orang
dewasa bertindak ganas terhadap patung bobo manakala kumpulan lain hanya
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 7

ditayangkan dengan video orang dewasa tidak bertindak ganas terhadap patung bobo.
Akhir sekali, Bandura dapat merumuskan bahawa kumpulan kanak-kanak yang telah
menonton video tersebut memberikan gerak balas yang ganas terhadap anak patung
bobo mengikut gaya dan tindakan orang dewasa yang telah mereka tonton. Jelas
bahawa manusia akan bergerak balas terhadap sesuatu yang telah dilihat dan akan
meniru perlakuan tersebut apabila diberikan peneguhan sehingga berlakunya
perubahan tingkah laku.
Teori Bandura menjelaskan perilaku manusia dalam konteks interaksi timbal
balik yang berkesinambungan antara kognitif, perilaku dan pengaruh lingkungan.
Menurut bandura, sebagian besar tingkah laku manusia dipelajari melalui peniruan
(imitation) maupun penyajian contoh tingkah laku (modelling). Dalam hal ini orang tua
dan guru memainkan peranan penting sebagai seorang model atau tokoh bagi kkanak-
kanak-kkanak-kanak untuk menirukan tingkah laku membaca

2.2 Kepentingan Teori Pembelajaran Sosial.
Guru memainkan peranan sebagai model yang menjadi contoh kepada murid-
murid semasa berada di dalam bilik darjah. Cara penampilan dan personaliti guru-guru
menjadi contoh yang akan diikuti oleh murid-murid. Kanak-kanak akan cuba untuk
membentuk diri mereka sama dengan sikap yang dibawa oleh guru-guru. Secara tidak
langsung, personaliti kanak-kanak yang baik atau buruk perlulah bergantung kepada
cara pembentukan dan bimbingan daripada guru mereka semasa di bangku sekolah
lagi. Dengan itu, jelas bahawa kanak-kanak juga terpengaruh dengan ajaran dan
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 8

personaliti guru-guru mereka semasa berada di bilik darjah. Peneguhan ini menjadi
sumber motivasi dalam diri murid agar setiap pengetahuan dan pembelajaran dapat
dikuasai dengan kukuh.
Guru dan murid merupakan model semulajadi di dalam sesebuah kelas.
Implikasinya, penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik supaya menjadi role
model yang boleh dicontohi oleh murid. Guru juga boleh menjadikan rakan sebaya yang
cemerlang menjadi role model untuk membuat demonstrasi di dalam bilik darjah.
Selain itu, teori pembelajaran Sosial yang disampaikan oleh Bandura ini penting
dalam menwujudkan suasana proses peniruan berlaku melalui pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran. Guru perlulah sentiasa peka dan kreatif dalam
merancang suatu permainan dan aktiviti pengukuhan. Guru bertindak sebagai fasilitator
atau pembimbing yang membantu murid mencapai objektif pembelajaran melalui aktiviti
yang dilaksanakan. Menerusi bimbinangan tersebut, murid akan lebih cenderung
beryakin, dinamik serta tidak berkelakuan pasif semasa aktiviti dijalankan. Justeru itu,
teori ini memberikan kesan yang positif dalam perubahan tingkah laku murid menjadi
lebih baik berbanding sebelumnya.

2.3 Implikasi Teori Pembelajaran Sosial dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Implikasi daripada Teori Pembelajaran Sosial ini, guru berperanan sebagai
model hidup atau model sebenar dalam bilik darjah. Guru boleh menyediakan
pembelajaran secara demonstrasi alam nyata sebagai aktiviti pengukuhan dalam
pengajaran. Sebagai contohnya, guru menyenaraikan semua langkah-langkah untuk
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 9

membuat sandwich kepada murid-murid. Guru akan menerangkan setiap cara-cara
membuat dengan jelas dan mudah difahami oleh murid. Ulang dan egaskan langkah
yang penting. Guru akan memberitahu sebab dan kewajarannya. Maka itu, murid akan
meniru setiap perlakuan yang dilakukan oleh guru dan menjadikan guru sebagai model
dalam membimbing mereka.
Pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Murid akan memlih
model yang mempunyai sifat ketokohan, cekap, baik, rajin dan berkepimpinan sesuai
untuk dijadikan teladan di dalam kelas. Sifat ini merupakan sifat yang semulajadi dalam
diri individu dalam membentuk tingkahlaku. Guru menyediakan persekitaran sosial
yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Intensif, pengukuhan dan sokongan moral
seharusnya diberi bagi menggalakkan berlakunya tingkah laku yang baik dalam
kalangan murid-murid kita.
Memberi peluang kepada murid untuk memerhati dan mencontohi pelbagai
tingkah laku yang diingini. Oleh itu,guru hendaklah menunjukkan tingkah laku yang
positif. Memastikan murid dapat melihat tingkahlaku modeling dengan jelas dan
menegaskan perlakuan yang hendak ditiru dan dikukuhkan. Bagi pengukuhan model
ini, guru boleh menunjukkan hasil kerja murid yang cemerlang dan merangsang murid
lain untuk mencontohi pencapaiaan rakan mereka tersebut. Dengan cara lain, guru
boleh melatik murid tersebut sebagai ketua kelas, memaparkan hasil kerja yang baik
serta memberikan ganjaran pujian kepada sesiapa murid yang berjaya mendapat
keputuasan yang baik dalam akademik maupun sikap. Murid lain akan lebih bermotivasi
dan tercabar dengan pencapaian rakan mereka. Oleh itu, murid-murid lain akan timbul
keinginan untuk berubah sikap dan menjadi lebih fokus dalam pembelajaran mereka.
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 10

3.0 Teori Pembelajaran Humanisme
3.1 Pengenalan Teori.
Humanisme mengertikan manusia sebagai makhluk yang istimewa dan mempunyai
keupayaan yang tidak serupa dengan haiwan. Pendekatan teori ini melihat manusia
sebagai insan yang bermotivasi, berpotensi dan berkeupayaan untuk belajar dan
berkembang.
Menurut pandang Gagne dan Berliner (1991) menyatakan bahawa asas
pendidikan humanisme adalah bertujuan untuk memupuk pembelajaran arah kendiri
dan tidak bergantung pada orang lain. Teori humanis ini lebih menekankan kepada
perkembangan dalaman individu seperti mencungkil kreativiti dan perasaan ingin tahu
melalui penerokaan sesuatu yang baru.
3.2 Teori Abraham Maslow
Tinjau pandangan kajian Abraham Maslow (1943), menujukkan keperluan
fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk
mengembangkan potensi, belajar perkara baru dan berjaya mencabar diri untuk
melakukan yang terbaik. Beliau telah mereka satu Hierarki keperluan Maslow sebagai
lambang kepada idea yang ditonjolkan.
Dalam Hierarki Keperluan Maslow, keperluan manusia terbahagi kepada dua
iaitu keperluan kekurangan (deficiency needs) dan keperluan perkembangan ( growth
needs). Pendapat Maslow menyatakan bahawa kehidupan manusia belum sampai
pada tahap sempurna sekiranya keperluan kekurangan perlu terlaksana. Keperluaan
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 11

kekurangan ini ialah keperluan yang paling asas sekali untuk mengalami kehidupan
selesa. Individu akan lebih berusaha untuk mencapai penyempurnaan diri dengan
mengembangkan potensi dan bakat yang ada dalam diri mereka. Sifat semulajadi ini
menekankan perubahan pemikiran dan tingkahlaku menjadi lebih baik. Rajah
menunjukkan sesuatu tahap yang perlu dicapai oleh individu dalam kehidupan seharian
mereka.







Hierarki Keperluan Abraham Maslow(1908-70) dalam
buku Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying &
Sharifah Fakhriah Syed Ahmad,
Murid dan Alam Belajar (2012).



IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 12

3.3 Kepentingan Teori Humanisme
Pendekatan humanisme ini lebih kepada tindakan manusia atas dasar
keperluan, motivasi, minat dan nilai. Teori ini penting bagi mewujudkan motivasi dan
keinginan dalam naluri murid untuk mencungkil bakat dan potensi diri secara
maksimum. Guru harus memerhatikan bagaimana perkembangan pelajar dalam proses
pengaktualisasian diri. Pengalaman emosional dan karakteristik individu harus
diperhatikan dalam rangka perencanaan pembelajaran.
Di samping itu, teori ini penting bagi murid untuk bebas memilih apa yang ingin
mereka pelajari mengikut minat dan bakat yang ada. Maka itu, murid dapat mempelajari
sesuatu perkara tersebut dengan mudah dan berasa puas dengan pencapaian mereka
dalam pembelajaran tersebut. Oleh itu, guru hendaklah menyediakan aktiviti serta
contoh yang dapat menarik perhatian murid untuk faham dan mengaplikasikannya
dalam kehidupan harian mereka.
Guru ini mementingkan perubahan tingkah laku pelajar dan tingkah laku tersebut
adalah sejajar dengan perubahan kognitif.Pengajaran guru ini mementingkan aspek
pemahaman dan berlakunya perubahan mental kepada murid-murid.Proses pengajaran
dan pembelajaran dianggap berjaya apabila berlakunya perubahan mental di dalam diri
pelajar, iaitu bertambahnya maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka masa
panjang. Sepanjang proses pembelajaran, Teori Humanistik ini menekan kepada
pelajar dan berpusat kepada pelajar. Dalam keadaan ini, konsep ini sangat penting
kerana ia menceritakan tentang beberapa aspek iaitu dari segi nilai manusia, hak
individu, tindakan diri dan harga diri dalam menentukan sesuatu tindakan yang diambil.
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 13

3.4 Implikasi Teori Humanisme terhadap Pengajaran dan Pembelajaran.
Guru perlulah berperanan dalam memenuhi setiap keperluan asas murid-murid
sebelum meneruskan P&P. Guru bertanya kepada murid sama ada mereka sudah
sarapan maupun belum dan juga tentang keadaan kesihatan mereka. Ini penting bagi
mewujudkan suasana pembelajaran murid yang berkesan dan efektif. Guru perlu
peruntukkan sedikit masa pada awal sesi pengajaran untuk mengenalpasti apakah
kekurangan dari segi keperluan asas yang perlu diberi perhatian. Guru juga perlu
menyediakan keadaan fizikal bilik darjah yang selamat dan selesa seperti susunan
meja, bilik darjah yang bersih dan membentuk iklim bilik darjah yang kondusif serta
tanpa ancaman.
Di samping itu, guru hendaklah melayan setiap murid sebagai insan yang sama
tanpa adanya perasaan pilih kasih. Guru haruslah bersifat penyayang dan memupuk
nilai kendiri positif di kalangan pelajar. Setiap murid layak untuk menerima kasih sayang
yang sama daripada keluarga, rakan-rakan dan guru. Ini dapat meningkatkan rasa
keyakinan diri mereka untuk terus berhadapan dengan masalah dalam hidup mereka.
Dalam P&P, guru perlu mengutamakan strategi berpusatan murid dan kaedah
individu. Mengamalkan prinsip kebebasan dan demokras iaitu guru boleh memberikan
perluang kepada murid untuk memilih tugasan dan aktiviti pembelajaran dalam kelas.
Proses ini dapat membina sifat kepimpinan dan arah tuju bagi minat dan kebolehan
mereka dalam sesuatu bakat. Mengutamakan pembelajaran diri sendiri dengan
melibatkan murid dalam gerak kerja berkumpulan. Pembelajaran koperatif ini mampu
membina hubungan sosial dan kemahiran emosi murid-murid.
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 14

4.0 Teori Pembelajaran Konstruktivisme
4.1 Pengenalan Teori
Pendekatan Konstruktivisme ialah pembelajaran yang melihat individu sebagai pembina
pengetahuan berasaskan pengalaman sedia ada maupun pengalaman baru.
Konstruktivisme mengandaikan subjektiviti adalah kritikal kerana setiap pelajar yang
menerima maklumat akan memprosesnya secara kognitif untuk membayangkan
keperluan, sifat semulajadi, pemikiran, sikap, kepercayaan dan perasaannya. Pelajar
membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara
membandingkan maklumat baru dengan pengalaman sedia ada untuk mencapai
kefahaman terhadap maklumat baru. Teori ini menganggap bahawa ilmu pengetahuan
tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman
sebenar.

4.2 Teori Konstruktivisme Sosial
Lev Vygotsky berpendapat bahawa konstruktivisme sosial ialah ilmu pengetahuan yang
dibina berdasarkan kepada interaksi sosial , alat budaya , dan aktiviti yang membentuk
pembinaan dan pembelajaran individu. Contohnya , Vygotsky mencadangkan konsep
pembinaan zon proksimal, di mana kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah sesuatu
masalah dengan bantuan orang dewasa, rakan atau guru (scaffolding).
4.2.1 Zon Perkembangan Proximal (ZPD)
Beliau juga menyatakan proses ZPD iaitu suatu kemampuan untuk melakukan sesuatu
dengan bantuan orang dewasa. Dalam konteks pembelajaran, pelajar dan guru
hendaklah bekerjasama untuk meningkatkan pelajaran dan membolehkan kanak-kanak
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 15

melakuakn kerja tersebut sendiri. Konteks ini membantu murid yang lemah seperti
pendiam, pemalu dan kurang yakin bagi terlibat sama dalam aktiviti-aktiviti berkumpulan
seperti murid-murid yang lain. Menerusi ZPD ini, guru boleh meningkatkan tahap
pencapaian murid menjadi lebih cemerlang bermula dengan bimbingan bantuan
daripada guru dan rakan-rakan melalui latihan, ulangkaji, latih tubi dan penglibatan
dalam tajuk perbincangan.
Dalam erti kata lain actual developmental level merujuk kepada semua aktiviti yang
boleh dipersembahkan oleh seseorang kanak-kanak sendiri tanpa bantuan orang lain.
Namun sebaliknya, zone of proximal development ialah sesorang kanak-kanak atau
pelajar melakukan sesuatu kerja dengan bantuan orang lain.
Sushkin (1999) pula menyatakan penekanan diberikan pada pelajar lebih daripada
guru. Ini kerana pelajar yang bertindak balas dengan bahan dan peristiwa dan
memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru itu, pelajar
membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Teori ini lebih
menekankan pada pelajar untuk mencari cara sendiri untuk setiap penyelesaian
masalah sehingga dapat ditemukan cara yang sesuai dengan dirinya.

4.3 Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme.
Teori ini merujuk kepada pendapat bahawa murid membina pengetahuan
berasaskan pengalaman mereka yang sedia ada atau yang baru. Seseorang individu
memperolehi ilmu pengetahuan yang terbaik dan mendalam adalah dengan membina
makna secara aktif melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan social.
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 16

Guru perlu menyediakan peluang untuk muridnya menguji pendapat baru,
mengembangkan maklumat, menyelesaikan masalah harian dan mencipta respon baru
terhadap sesuatu situasi. Dengan cara pembelajaran ini, murid dapat mengembangkan
pengetahuan mereka dengan mencari sendiri sumber-sumber rujukan yang boleh
memberikan banyak bahan bacaan mengenai sesuatu tajuk perbincangan.
Menurut teori ini, pembelajaran adalah satu proses yang aktif dimana murid
menggunakan input sensori untuk membina makna dan membina sistem makna.
Pendekatan ini membawa kepentingan kepada murid dan guru bahawa pembelajaran
dilihat sebagai aktiviti sosial yang melibatkan pemerhatian persekitaran fizikal, rakan,
ibu bapa dan masyarakat. Guru menolong murid membina kefahaman baru dan
menolong murid merakamkannya ke dalam struktur kognitif sedia ada. Mereka
melakukannya dengan menolong murid membentuk analogi, contoh dan kaedah
mengingat murid sendiri, dan guru menolong murid membentuk soalan yang perlu
ditanya bagi membimbing mereka ke arah kefahaman yang lebih tinggi

4.4 Implikasi Pembelajaran Konstruktivisme terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran.
Guru menggunakan rancangan pengajaran yang straegi seperti berpusat
pada murid, kumpulan, sumbangsaran, pembelajaran koperatif, perbincangan,
penyelesaian masalah dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran. Dalam teori
konstruktivisme ini, ia lebih menekankan kepada cara pembelajaran daripada
pengalaman atau pengetahuan. Manakala dalam pembelajaran kooperatif ia lebih
menekankan kepada perbincangan daripada ahli dalam mengeluarkan pendapat
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 17

oleh setiap individu dalam kumpulan serta sejauh mana kefahaman dan maklumat
yang mereka faham dan perolehi.
Selain itu, guru boleh mengaitkan ilmu yang sedia ada dengan pembelajaran
baru dan memupuk motivasi instrinsik, pelajar agar mengambil inisiatif diri dalam
pembelajaran. Dengan ilmu yang sedia ada, pelajar dapat berkongsi dengan rakan-
rakan mengenai pengalaman yang pernah dialami oleh mereka. Sebagai contohnya,
pelajar yang pernah menanam sayur atau buah bersama ibu bapa mereka boleh
berkongsi cara menanam sayur dengan rakan-rakan mereka yang lain. Di samping
berkongsi maklumat dan pengetahuan yang sedia ada, pelajar tersebut dapat
memperolehi kefahaman yang lebih mendalam mengenai perkara tersebut.
Semasa aktiviti pengajaran, guru perlulah menyediakan banyak aktiviti yang
menarik, contoh dan sumber bahan yang boleh membantu pelajar membuat perkaitan
dan membina pemahaman baru. Isi kandungan topik pembelajaran haruslah
disampaikan dengan contoh yang terdekat dengan pelajar agar mudah difahami dan
dijelaskan. Contohnya, guru boleh menggunakan eksperimen membakar kertas dan
meletakkan kapas pada bahagian arah asap yang keluar. Apabila kapas tersebut
dipenuhi dengan asap-asp yang hitam dapat menjelaskan pada pelajar bahawa aktiviti
pembakaran hutan secara haram akan memberikan kesan buruk pada udara kita.
Penerangan guru hendaklah jelas, logik dan selaras dengan pemikiran dan
kebolehfahaman pelajar mengenai penjelasan yang disampaikan. Sebolehnya, guru
haruslah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar. Guru boleh menggunakan
simulasi dan pengalaman berasaskan alam nyata seperti aktiviti yang pelajar lalui
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 18

dalam kehidupan seharian mereka. Contoh ini dapat memberikan gambaran sebenar
sesuatu perkara tersebut terjadi.

5.0 Teori Pembelajaran Behaviourisme.
5.1 Pengenalan Teori
Pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkahlaku.
Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu
proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas
individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Tokoh-
tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa
pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan
diramal. Dalam bentuk pendekatan behavioris, tingkahlaku pelajar dinilai sebelum
memulakan pengajaran. Pembelajaran memerlukan penyususunan (stimuli)
rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat memberi respons dan diberi
pengukuhan.
5.2 Teori Pelaziman Operan B.F. Skinner
Pendekatan Pelaziman operan menekankan hasil kesan dan membawa akibat kepada
tingkahlaku baru, berulang atau diteruskan. Kesan- akibat yang ditonjolkan adalah
berbentuk ganjaran dan hukuman. Sebelum adanya proses pelaziman, kebarangkalian
perlakuaan adalah berbeza. Namun begitu, selepas pelaziman individu akan
memberikan gerak balas berikutan pelaziman yang dilakukan. Apabila gerak balas yang
diberikan adalah baik, maka peneguhan positif seperti ganjaran boleh diwujudkan.
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 19

Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan
yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah,
peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan
dalam bilik darjah adalah seperti memberikan katakata pujian selepas pelajar
melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menyediakan
hadiah dan memberikan kata-kata semangat.
5.3 Kepentingan Teori.
Dalam teori ini, tokoh-tokoh Behavioris berpandangan bahawa setiap individu
memerlukan rangsangan ataupun peneguhan daripada orang sekeliling terutamanya
kanak kanak. Mereka akan cenderung untuk meniru apa yang orang dewasa di
sekeliling mereka lakukan. Kanak kanak akan menggunakan perkataan yang sering
didengari dalam pertuturan seharian. Setiap perbualan dan cara komunikasi yang
disampaikan oleh guru mereka akan menjadi satu rangsangan pelaziman yang
mengubah tingkahlaku dan percakapan mereka.
Melalui proses pelaziman, murid dapat memberikan gerak balas yang positf
terhadap perlakuan atau situasi dalam bilik darjah. Menurut kajian yang dijalankan oleh
Skinner, perlakuan guru mengajar akan menjadi rangsangan terlazim menandakan
bahawa murid perlu fokus dengan pengajaran guru. Minat untuk belajar dalam diri
kanak kanak akan teransang apabila diberikan penghargaan seperti pujian dan
hadiah. Thorndike mengemukakan satu prinsip pembelajaran iaitu Hukum Ganjaran.
Guru akan memberikan ganjaran kepada kanak kanak yang dapat menjawab soalan
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 20

dengan baik sebagai contoh dan memberikan hukuman kepada kanak kanak yang
nakal. Hukuman yang diberikan hendaklah relevan contohnya sekiranya terdapat
kanak-kanak yang suka membuat bising semasa guru mengajar, maka guru boleh
memberikan hukuman supaya murid tersebut tidak mendapat ganjaran hadiah
sekiranya murid tersebut masih bising.
5.4 Implikasi Teori Behaviurisme terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran.
Aspek penting teori behaviurisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan
pembelajaran adalah pelajar dilihat sebagai individu yang boleh menyesuaikan diri
dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan
dan pemerolehannya adalah daripada sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong
yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. Pelajar hanya
memberi respons kepada tuntutan persekitaran.
Guru hendaklah pelbagaikan pengukuhan positif yang digunakan agar dapat
mengekalkan keberkesanannya. Jika boleh, gunakan kedua-duanya dan bukan hanya
menggunakan pengukuhan primer atau sekunder sahaja. Pengukuhan positif ini dapat
menjamin murid untuk memberikan maklumbalas dengan kerap, dengan secepat
mungkin, dan berbentuk spesifik.
Selain itu, implikasi teori ini terhadap P&P ialah guru perlu menggunakan
pengukuhan sebagai satu cara untuk mendorong murid-murid yang kurang bermotivasi
untuk belajar dan sebagainya. Pengukuhan boleh dalam keadaan ganjaran dan
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 21

hukuman yang boleh memberikan kesan kepada perubahan tingkahlaku dan hasil
pembelajaran yang telah ditetapkan.
Guru haruslah mengaplikasikan peneguhan yang sesuai yang memberikan
kesan dalam proses pembentukan tingkahlaku dan selepas tingkahlaku dikuasai.
Hukum kesan dan akibat perlu diberi penekanan untuk memastikan murid menjadi lebih
motivasi dan perubahan yang positif. Oleh itu, guru boleh menyediakan pelbagai aktiviti
pengulangan dan latih tubi supaya setiap soalan yang diberikan dapat dijawab oleh
murid.











IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 22

6.0 Aplikasi Teori Pelaziman Operan B.F. Skinner dalam
Pengajaran dan Pembelajaran di bilik darjah.
Menurut pendapat Skinner, perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang
panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah.
Skinner hanya menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan
burung merpati. Beliau juga telah menghasilkan Skinner Box di mana tingkah laku
binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatikan
serta direkod. Kajian ini telah diguna pakai sebagai teori pelaziman operan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Menurut Skinner (1953), kajiannya menunjukkan kelaziman operan organisma
bertindak balas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran. Tingkah laku begini
bukan semata-mata gerak balas automatik yang dikeluarkan mengikut naluri terhadap
sesuatu rangsangan (pelaziman klasik). Seperti dalam eksperimen tikus yang
diperhatikan tingkahlakunya apabila Skinner meletakkan lampu menandakan makanan
akan keluar. Daripada rangsangan ini, tikus akan cenderung untuk menekan tius lampu
bagi mendapatkan makanan. Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian
pengulangan sesuatu gerak balas. Peneguhan menambahkan kekerapan gerak balas
itu. Peneguhan biasanya diertikan sebagai sebarang rangsangan yang menambahkan
kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.
Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu
perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin(1991), penenguhan diberikan untuk
memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 23

meransangkan otak. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis iaitu
peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Oleh itu, konsep peneguhan positif dan negatif ini boleh diaplikasikan semasa
aktiviti pengajaran dalam bilik darjah. Guru boleh mengambil inisiatif untuk memilih
peneguhan positif seperti memberikan pujian, semangat, galakkan dan kasih sayang
bagi merangsang gerak balas daripada murid. Dengan itu, murid akan memberikan
gerak balas positif seperti menyiapkan tugasan sekolah dan memperolehi pencapaian
akademik yang cemerlang. Sebagai contohnya, guru memberikan hadiah saguhati
kepada murid yang mendapat markah 80 keatas sebagai ganjaran bagi murid yang
telah berusaha cemerlang. Peneguhan ini akan merangsang murid yang lain untuk
terus berusaha mencapai markah yang cemerlang pada ujian yang akan datang.


Suasana bilik darjah sebelum
proses pelaziman
Murid bermain-main bersama-sama rakan.
Murid membuat bising.
Murid memberikan perhatian ketika guru
mengajar.
Murid memberikan respon dengan bertanya
kepada guru.
Proses pelaziman
Guru sedang mengajar.

Murid memberikan perhatian ketika guru mengajar.



Ganjaran:
Guru mengajar dengan baik dan
penuh dengan kasih sayang.
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 24

6.1 Eksperimen Skinner Box
i. Membina sebuah kotak khas dimana di dalam kotak khas tersebut terdapat
sebatang tuas yang disambung kepada sebuah bekas makanan yang terlekat
pada dinding kotak itu.
ii. Sebuah mangkuk diletakkan di bawah tuas. Apabila tuas ditekan, makanan dari
bekas itu akan masuk ke dalam mangkuk.
iii. Seekor tikus lapar telah dimasukkan ke dalam kotak itu. Tikus itu mundar-
mandir di dalam kotak untuk mencari makanan. Selepas beberapa ketika dengan
tidak sengaja tikus itu menekan tuas dan terkeluarlah makanan ke dalam
mangkuk.
iv. Tikus itu mendapat makanan setiap kali ia menekan tuas. Proses ini berlaku
berulang kali dan akhirnya tikus itu terus menekan tuas apabila ia hendak
mendapatkan makanan. Tikus ini telah mempelajari satu cara mendapatkan
makanan.
Proses tikus menekan tuas setiap kali dia lapar menandakan bahawa berlakunya
gerak balas terhadap rangsangan terlazim. Dengan itu, guru boleh menggunakan
kaedah ini dalam bilik darjah.
Guru boleh mempelajar murid dengan mengaitkan antara rangsangan dan gerak
balas. Ini bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang
diingini atau tidak diingini oleh guru. Sebagai contoh, apabila guru masuk ke kelas (
rangsangan ) pelajar berdiri dan mengucapkan Selamat Pagi ( gerak balas ). Guru
pun memuji pelajar. Tanpa arahan guru, pelajar akan terus melakukan tingkah laku ini
setiap kali seorang guru masuk ke dalam bilik darjah. Rangsangan dan gerak balas
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 25

diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan dikaitkan dengan gerak
balas semakin kukuh gerak balas terlazim. Sebagai contoh, seorang pelajar diberi
peneguhan positif dalam bentuk pujian untuk kerjanya yang kemas. Kerja yang kemas
akan berterusan, walaupun tiada pujian daripada guru. Guru juga dapat meningkatkan
tingkah laku pembelajaran yang positif dengan mengadakan perbincangan, projek dan
aktiviti kumpulan di kalangan pelajar.
Melalui pengaplikasian pelaziman operanan ini, guru dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif dalam bilik darjah. Hal ini kerana, murid-murid
diberikan peluang untuk berbincang dan bersoal jawab dengan guru dalam tajuk
perbincangan. Dengan itu, guru dapat mewujudkan tindak balas pasif murid menjadi
lebih dinamik dan murid berasas seronok untuk belajar. Tambahan dengan peneguhan
positif daripada guru mampu meningkatkan lagi keyakinan murid untuk fokus dengan
pengajaran guru. Murid yang pendiam dan malu berubah untuk lebih terbuka dan
terlibat dengan perbincangan kumpulan dan pembelajaran koperatif.

6.2 STRATEGI APLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
a. Guru hendaklah mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan gerak
balas daripada murid.
b. Guru harus memberikan ganjaran apabila murid dapat mencapai objektif
pembelajaran seperti pujian, kata dorongan dan hadiah.
c. Guru mesti memastikan bahawa persekitaran yang selamat dan selesa untuk
murid belajar.
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 26

d. Guru memulakan pengajaran setelah mendapati pelajar bersedia dari aspek
kognitif, fizikal dan afektif.
e. Guru hendaklah mengaplikasikan peneguhan negatif kepada murid yang berbuat
salah supaya tingkahlaku yang buruk tidak diulangi lagi.














IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 27

7.0 Rumusan
Tuntasnya, teori-teori pembelajaran ini memberikan manfaat yang amat berguna
kepada setiap guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
mengikut perancangan awal yang dibuat. Guru haruslah bijak memilih konsep teori-teori
pembelajaran untuk diaplikasikan dalam pengajarannya. Tanggungjawab ini memerlukn
kita menggunakan teknik pengajaran dan penyampaian maklumat dan ilmu yang
berkesan kepada murid-murid. Aktiviti pengajaran yang pelbagai dan menarik dapat
melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis.
Terdapat lima teori pembelajaran iaitu teori pembelajaran behaviorisme, sosial,
kognitif, konstruktivisme dan humanism. Kesemuan teori ini merumuskan tentang teknik
pembelajaran yang membina tingkahlaku dan pemikiran individu kea rah
kecemerlangan. Seperti teori behaviorism, murid diberi rangsangan untuk mendapatkan
gerak balas terhadap perlakuan guru supaya murid terbiasa dengan pelaziman yang
dibuat.
Dengan menggunakan teori-teori pembelajaran ini, guru dapat menyampaikan
ilmu tersebut tanpa timbul sebarang masalah. Proses pembelajaran dan pengajaran
perlulah bergerak dengan seiring supaya murid dapat memperolehi ilmu dan
pengetahuan baru. Aktiviti pengajaran yang sesuai dapat mewujudkan suasana bilik
darjah yang kondusif, di mana murid bebas untuk memberikan maklumbalas terhadap
pengajaran guru. Melalui konteks ini, guru mendapat respon yang positif daripada murid
mengenai cara penyampaian pengetahuan dan pembelajaran dua hala akan berlaku
antara guru dan murid.
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 28

8.0 Refleksi
Setelah beberapa minggu bertungkus lumus mencari bahan dan maklumat,
akhirnya saya dapat menyiapkan kerja kursus pendek ini pada masa yang telah
ditetapkan. Dalam proses melaksanakan tugasan ini, banyak pengalaman baru yang
telah saya lalui. Pada mulanya, saya mengalami kesuntukan masa untuk menyiapkan
tugasan di samping menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
selama seminggu. Namun begitu, saya telah mengambil inisiatif untuk mengagihkan
sedikit masa selepas balik dari PBS untuk menyiapkan tugasan ini sepenuhnya.
Semasa menyiapkan tugasan EDU ini, saya mengalami sedikit masalah dengan
isi kandungan maklumat yang perlu dinyatakan dalam kerja kursus ini. Saya berasa
agak keliru sama ada perlu memilih kesemua teori untuk bahagian aplikasi atau hanya
fokus dengan satu teori sahaja. Namun begitu, pergumulan ini dapat saya atasi dengan
bantuan daripada rakan-rakan dari ospyen lain yang telah menghantar tugasan mereka.
sedikit sebanyak maklumat dan susun atur penyampaian isi banyak membantu saya
menyusun isi kandungan saya dengan lebih teratur.
Dalam tugasan ini, banyak pengetahuan baru yang telah saya perolehi.
Misalnya, kelima-lima teori pembelajaran yang telah diilhamkan oleh beberapa tokoh
pendidikan. Setiap teori pembelajaran yang diperkenalkan merupakan teori yang amat
berguna kepada guru-guru dalam merancang pengajaran mereka. Pengalaman ini
mengajar saya untuk berusaha menjadi seorang guru yang kreatif dalam menyediakan
aktiviti pengajaran yang pelbagai dan menarik. Kini saya mengetahui bahawa guru
haruslah mempunyai komitmen dalam menjalankan tugas sebagai pembimbing,
fasilitator, role model dan sebagainya. Ini menambahkan lagi pengalaman dan
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 29

pengetahuan yang baru untuk saya lebih memahami dan belajar secara mendalam
tentang peranan yang harus ada pada seorang bakal guru. Ini banyak membantu saya
dalam menyediakan diri dengan kriteria yang perlu ada untuk menjadi role model
kepada anak murid nanti.
Sedikit sebanyak melalui pelaksanaan tugasan Murid dan Alam Belajar ini saya
telah mengetahui bertapa pentingnya penampilan dan sikap yang positif untuk
ditunjukkan kepada murid. Kerana melalui percakapan dan sikap yang baik dapat
dijadikan teladan dalam pembentukan sikap murid. Akhirnya, saya berasa syukur atas
bimbingan dan penyampaian maklumat mengenai teori pembelajaran oleh En.
Zaharudin Bin Mohd Talip yang jelas dan mudah difahami.










IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Page 30

BIBLIOGRAFI
Buku:
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed
Ahmad (2012), Murid dan Alam Belajar, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng (2001), Psikologi Pendidikan II, Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Amir Awang (2001), Teori-teori Pembelajaran, Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Laman Web Internet:
http://www.slideshare.net/syireen/teori-pembelajaran-behavioris 16/09/2012
http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/teori-pembelajaran.pdf Ahad, 16/09
http://eprints.utm.my/10364/1/TEORI.pdf Isni, 17/09
http://thenotejots.blogspot.com/2011/06/hubungkait-teori-teori-pembelajaran.html Ahad 16/09
http://eprints.utm.my/10358/1/bab11.pdf Ahad, 16/09

Anda mungkin juga menyukai