Anda di halaman 1dari 2

PENYATAAN PROFESIONAL

Penyata Sebelum Praktikum


Pada tanggal 30 Mac sehingga 25 April 2014, saya akan menjalankan latihan
praktikum bagi fasa yang pertama. Sebelum bermulanya praktikum ini, saya perlulah
memahami dan mengenal pasti tujuan praktikum ini dijalani. Pengetahuan asas ini
penting untuk memudahkan persiapan dan persedian dari segi fizikal, emosi, intelek
dan sosial. Sekolah yang telah saya pilih ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat,
Kampung PT.Beleman, Tongkang Pecah, Johor. Sekolah ini agak jauh iaitu
memerlukan 20 minit perjalanan dari IPGKTHO dalam 30 km.
Sebelum saya memilih sekolah ini, saya telah mendapatkan pandangan daripada
guru pelatih senior yang pernah menjalankan praktikum di sekolah ini. Ternyata mereka
memberikan pandangan yang positif dan perkongsiaan serba sedikit pengalaman
mereka di sana. Kebanyakan mereka memberikan gambaran layanan, komitmen dan
kerjasama yang amat baik daripada pihak pengurusan sekolah. Oleh itu, saya
memutuskan untuk mencuba mencungkil pengalaman yang sebanyak mungkin di
sekolah ini.
Pengalaman tempoh 4 minggu praktikum ini memberi pendedahan konteks
sebenar alam persekolahan kepada pelajar secara developmental. Peluang ini memberi
kefahaman dan membina kesedaran pelajar tentang budaya sekolah dan peranan guru
dalam bilik darjah melalui pemerhatian pengajaran dan strategi pengurusan bilik darjah
yang digunakan oleh guru; pemerhatian pembelajaran murid; menganalisis tingkah laku
murid dalam penulisan jurnal, serta berkomunikasi dan berinteraksi dengan pentadbir,
guru dan komuniti sekolah. Dengan meneroka pengalaman dan situasi yang baru ini,
saya dapat meningkatkan kemahiran inqkuiri penemuan. Melalui pembelajaran secara
kontekstual dan amalan refleksi serta proses konstruktivisme, pelajar dapat mengaitkan
teori dan amali dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, saya juga
dapat membina pengetahuan dan kefahaman baru, dan ini seterusnya menjadikan
pembelajaran lebih bermakna.
Secara tidak langsung, sebagai pelajar saya boleh mengaplikasikan pengalaman
selama 4 semester menjalani pelbagai program pendidikan antaranya Program Bina

PENYATAAN PROFESIONAL
Insan Guru dan

juga

Pengalaman Berasaskan Sekolah. Program

ini telah

meningkatkan ilmu pengetahuan yang luas selain daripada mengukuhkan kekuatan


mental, fizikal, emosi dan juga intelek. Dengan adanya pengalaman ini, saya berharap
agar ianya dapat dimanfaatkan dalam persediaan membimbing dan mendidik anakanak murid di sekolah ini. Segala pemerhatian dan pengalaman yang telah dijalani
daripada beberapa sekolah di Sarawak, Sabah dan Perak semasa PBS dapat
memberikan gambaran tugas dan kepimpinan guru yang diperlukan oleh sesebuah
sekolah.
Program BIG seperti anak angkat, khidmat masyarakat dan ceramah ilmu telah
membina keyakinan diri saya untuk berhadapan dengan kelompok masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Dengan adanya pengalaman ini, saya
berharap agar semasa menjalani praktikum nanti, saya dapat membina hubungan yang
positif dan mesra bersama-sama dengan guru-guru, murid dan juga staff sekolah.
Pergaulan yang mesra amat penting supaya komunikasi dan maklumat yang
disampaikan lebih mudah dan senang.
Selain itu, saya juga berharap agar sumbangan tenaga dan penglibatan semasa
program

khidmat

masyarakat

dapat

saya

gunakan

di

sekolah

nanti.

Saya

mengharapkan pihak sekolah boleh melibatkan saya dalam pelbagai program yang
dijalankan selama 4 minggu praktikum. Penglibatan ini dapat memberikan saya peluang
untuk menyumbangkan tenaga, masa dan idea dalam melaksanakan sesuatu aktiviti
itu.
Tuntasnya, harapan saya sepanjang praktikum di sekolah ini ialah dapat
menyediakan pengalaman yang penuh berilmu dan bermanfaat untuk melatih nilai
profesional keguruan dalam diri saya. Memberikan pengalaman dalam pengurusan
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, menyesuaikan diri dengan masyarakat di
sekolah dan di bilik darjah di samping membuat refleksi mengenai tugas dan
tanggungjawab guru. Malahan dapat mewujudkan suasana pembelajaran bilik darjah
yang kondusif dan berkesan kepada murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai