Anda di halaman 1dari 11

Tajuk 1 : Komponen Pengajaran

Kemahiran Induksi
Penerangan
Penyoalan
Variasi Rangsangan

Hasil Pembelajaran
1.

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-mikro,

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam

bilik

darjah.

Fikirkan:
Fahami aktiviti yang sesuai dengan kemahiran yang digunakan dalam P&P
serta berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa.

Komponen Pengajaran
Mengapa kemahiran dalam komponen pengajaran penting? Bagaimana kemahiran ini dapat
difahami? Apakah hubungan kemahiran ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah?
Paling penting langkah dan aktiviti P&P yang dijalankan perlu sesuai dengan kemahiran yang
digunakan.

Pemahaman guru tentang kemahiran dalam komponen pengajaran membolehkan seseorang


guru memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

Terdapat empat kemahiran dalam tajuk ini, iaitu:

Kemahiran Induksi

Kemahiran Penerangan

Kemahiran Penyoalan

Kemahiran Variasi Rangsangan

1.1

Kemahiran Induksi

Konsep

Cara guru memulakan pelajaran

Guru perlu menimbulkan minat serta menggerakkan murid supaya bersedia dan berfikir

Prinsip-prinsip Induksi

Bermakna kepada murid

Berkaitan isi dan objektif pelajaran

Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada

Kemahiran Induksi (Permulaan)

1.

Menarik perhatian murid

Dengan suara, gerak geri dan kontak mata

Dengan ABM

Dengan corak interaksi guru-murid

2.

Mewujudkan motivasi

Dengan semangat, kemesraan, merangsang nalauri ingin tahu, menggunakan unsur

menghairankan, cerita dan aktiviti yang menarik.

3.

Menstruktur

Dengan mengehadkan tugasan, menyatakan tujuan tugas, mencadangkan cara

menjalankan tugas, menggunakan soalan yang berkaitan

4.

Membuat perkaitan
Membanding/ membeza dengan perkara biasa, menyatakan tujuan tugas atau peristiwa

semasa yang diminati murid

1.2

Kemahiran Penerangan

Definisi
Satu proses untuk memberikan kefahaman kepada orang lain. Kemahiran ini perlu dikuasai
oleh guru-guru kerana ilmu atau perkara yang hendak disampaikan kepada murid mestilah
dapat difahami oleh murid dengan berkesan.

Objektif:
Untuk menjelaskan sesuatu perkara, makna ayat, kata, ungkapan dan lain-lain
Untuk menghuraikan sesuatu proses, prosedur, langkah, peraturan dll.
3.

Untuk menaakul sesuatu sebab, kejadian, peristiwa dan meramalkan kemungkinan sesuatu

peristiwa , kejadian, atau tindakan

Bentuk-bentuk Penerangan

Takrif:

Menjelaskan sesuatu isu atau perkara dengan memberikan pengertiannya.

Huraian: Menerangkan sesuatu proses.

Taakul:

Menerangkan dengan memberi alasan atau sebab-musabab.

Panduan
Penerangan bagi memastikan penerangannya jelas dan menarik
Penggunaan bahasa yang sesuai dengan tahap umur dan kebolehan murid
Sesuai dengan kandungan dan objektif pelajaran
Mendapatkan respons murid supaya tahu sama ada murid jelas atau kurang jelas
dengan penerangan yang diberikan
Komponen Penerangan
1.

Komponen Struktur

Penggunaan tanda saran

Penggunaan contoh-contoh

Penyimpulan atau rumusan

2.

Komponen Penyampaian

kejelasan
pelbagai penekanan
memberi petunjuk
membuat perkaitan dan keutamaan

mengelakkan kekaburan
turutan
maklum balas

Prinsip Kemahiran Penerangan

Taakulan perlu jelas supaya mudah difahami, menarik perhatian dan minat murid.

Penekanan intonasi, nada suara, sebutan, jeda, dan sebagainya.

Urutan/Penyusunan Idea dan Pemikiran diperingkat, disusun, dikembangkan secara

kemas, sistematik dan teratur.

Ilustrasi penerangan akan lebih menarik jika disokong dengan ilustrasi dan bahan-

bahan visual yang lain.

Maklum balas bersedia menerima pandangan dan pendapat murid.

Penutup kemas, bermakna, membuat rumusan dan kesimpulan kepada perkara yang

diterangkan.

1.3

Kemahiran Penyoalan

Pengenalan

Guru cenderung menggunakan soalan aras rendah sahaja


Kemahiran penyoalan membantu guru mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih

berkesan dan mampu meningkatkan pencapaian murid.

Kemahiran yang rumit, mesti dikuasai oleh guru.

Prinsip-prinsip:

Ditujukan kepada semua murid

Murid diberi masa berfikir

Sesuai dengan kebolehan murid

Soalan dirancang daripada mudah kepada rumit, aras rendah ke aras tinggi

Penyampaian soalan jelas

Melayan tindak balas murid dengan baik

Objektif penyoalan;

Untuk melibatkan murid secara aktif dalam P&P

Menimbulkan minat dan ingin tahu murid

Membantu murid dalam perkembangan daya fikir

Menggalakkan murid menyoal

Membantu murid melahirkan idea

Komponen Kemahiran Penyoalan

Soalan yang berfokus, sama ada fokus tunggal atau fokus pelbagai.

Soalan yang boleh dialih dan disebarkan supaya ramai murid berpeluang menjawab

soalan.

Berhenti seketika selepas mengemukakan soalan bagi memberi peluang kepada murid

berfikir

Membantu dengan memberi petunjuk atau klu untuk memudahkan murid memberi

jawapan

Melayan murid dengan adil

Soalan bertujuan mencungkil pengetahuan murid berdasarkan aras tertentu.

Soalan yang jelas dan ringkas

Aras Kemahiran Penyoalan (Domain Kognitif Taksonomi: Benjamin S. Bloom)

P
E
NI
L
AI
A
SINTESIS
N
ANALISIS
APLIKASI
KEFAHAM
AN
KEFAHAMAN
PENGETAHUAN

PENILAIAN
Hujah, idea, alasan, sebab-sebab yang menyokong pertimbangan.

SINTESIS

Kebolehan menyusun idea, membentuk idea atau corak baru, menyediakan sesuatu rancangan
atau set operasi, mengelas, dan menerangkan sesuatu data.

ANALISIS
Mengkaji bukti, mentafsir, menghurai, mencerakin, menciri, mengatur, melahirkan pemikiran.

APLIKASI
Soalan yang membolehkan murid mengaplikasi atau mencuba ilmu yang dipelajari kepada
sesuatu situasi yang baru.
KEFAHAMAN
Soalan yang menguji pemahaman murid, mentafsir dan membuat huraian berdasarkan
pemahaman.
PENGETAHUAN
Mengingat, menyatakan kembali fakta yang telah dipelajari.

Teknik Penyoalan
Mencungkil pemikiran murid
Jelas, tepat, dan padat
Memastikan murid yakin dan setuju dengan jawapan mereka
Mendapatkan contoh supaya jawapan lebih jelas

Jenis-jenis penyoalan
1.

Soalan Bertumpu (Tertutup)

Bentuk convergent atau tertutup

Aras rendah - Pengetahuan, Kefahaman

Lebih bersifat objektif

Jawapan atau respon terhad

Bertujuan menguji daya ingatan atau mengetahui sama ada memahami maklumat atau

pengetahuan yang disampaikan

2. Soalan Bercapah (Terbuka)

Bentuk divergen atau terbuka

Aras tinggi - Aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian

Lebih bersifat subjektif

Jawapan atau respon luas atau terbuka

Bertujuan menguji penaakulan, penafsiran, atau memberi peluang dan menggalakkan

pelajar membuat spekulasi, mengaplikasi dan merumuskan maklumat atau pengetahuan yang
diperoleh.

1.4

Kemahiran Variasi Rangsangan

Konsep:
Pelbagai rangsangan yang diwujudkan oleh guru dalam proses P&P untuk menjadikan
pengajaran mereka diminati dan berkesan.

Perubahan tingkah laku guru

Perubahan Pertuturan / Suara

Kepelbagaian
Saluran Deria

Kepelbagaian Interaksi

KOMPONEN
KEMAHIRAN
Kepelbagaian Media dan
Bahan Bantu Belajar

Kepelbagaian Kaedah
dan Teknik Mengajar

Komponen Kemahiran Variasi Rangsangan


1. Perubahan tingkah laku guru

Pergerakan : tidak statik, lincah, aktif


Raut wajah /mimik muka : Ceria, senyum,mesra, tegas bertempat
Tubuh badan: pergerakan tangan, jari jemari, dan lain-lain anggota badan yang
sesuai.

2.

Perubahan Pertuturan (Suara)

Nada suara, kelantangan, intonasi dan kepantasan pertuturan yang bervariasi.


Suara yang mendatar, terlalu perlahan dan kurang bertenaga / tidak bermaya akan
menyebabkan murid berasa bosan.

3.

Kepelbagaian Saluran Deria

Bermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan


daripada bertutur kepada membaca, daripada membaca kepada bertutur dan
sebagainya.

4.

Kepelbagaian Interaksi

Interaksi guru-murid, murid - murid, individu kumpulan, kumpulan kumpulan

dan sebagainya.
Melibatkan pelbagai aktiviti seperti soal-jawab, perbincangan, bercerita, laporan,
berita, berlakon dan sebagainya.

5.

Memberi peluang kepada murid melahirkan idea, pendapat atau pandangan

Kepelbagaian Media dan Bahan Bantu Belajar

6.

Penggunaan pelbagai jenis media dan bahan bantu akan menarik minat murid.
Bahan-bahan yang berbentuk multimedia dan interaktif amat digalakkan

Kepelbagaian Kaedah dan Teknik Mengajar

Kaedah dan teknik merpakan saluran penting guru memindahkan kemahiran

dan pengetahuan kepada murid.


Semakin kerap guru menukar kaedah dan teknik P&P, semakin menarik sesi
pelajaran, dan semakin seronok murid belajar.

Anda mungkin juga menyukai