Anda di halaman 1dari 15

VENI A/P SUPPIAH OUMH 1603

810824025038001 SEPTEMBER 2020

LEARNING SKILLS FOR 21ST CENTURY

KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE 21

SEPTEMBER / 2020

OUMH1603

NO. MATRIKULASI : 810824025038001


NO. KAD PENGNEALAN : 810824025038
NO. TELEFON : 012-499 8794
E-MEL : suria95701@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PULAU PINANG LEARNING CENTRE

1
VENI A/P SUPPIAH OUMH 1603
810824025038001 SEPTEMBER 2020

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

Pengenalan 3–4

Bahagian A : Isu yang dipilih 5

Bahagian B : Interpretasi setiap video 6–8

Bahagian B : Perbincangan - Secara kreatif dan kritis 9

Bahagian C : Bagaimana 3 dimensi konsep utama pendidikan 10 – 12


kewarganegaraan global dapat memberikan faedah
kepada masyarakat dan menyelesaikan isu alam sekitar

Kesimpulan 13

Refleksi kendiri 14

Petikan dan rujukan 15

2
VENI A/P SUPPIAH OUMH 1603
810824025038001 SEPTEMBER 2020

PENGENALAN
Malaysia adalah sebuah negara komuniti dunia yang membangun dengan pesat dan tidak
terkecuali daripada menghadapi masalah dalam isu-isu alam sekitar, ia juga turut dihadapi oleh
setiap negara global yang mana masalah ini semakin hari semakin mencabar dan kian meruncing.
Perubahan iklim dunia dan ketidakstabilan ekosistem akibat daripada perkembangan teknologi dan
perluasan penempatan yang tidak mengikut garis panduan ditetapkan telah merobek kelestarian
alam sekitar.
Punca utama berlakunya kerosakan dan kemusnahan alam sekitar adalah disebabkan oleh
kerana kurang pendidikan terhadap alam sekitar dan sikap manusia itu sendiri alpa akan
tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Yang Maha Esa agar sentiasa memelihara serta
memanfaatkan anugerah ciptaanNYA. Disebabkan dari kealpaan dan sikap acuh tidak acuh
melindungi alam sekitar, manusia telah menerima implikasi dari perbuatannya yang tiada
berkesudahan ekoran daripada pengabaian dalam memelihara dan memulihara alam sekitar ini.
Di antara kesan dan akibat yang ketara ialah sering berlakunya bencana alam sehingga
meragut nyawa, ancaman kesihatan, kerosakan harta benda serta kemusnahan habitat haiwan dan
tumbuh-tumbuhan. Justeru itu, pendidikan khususnya berkenaan alam sekitar telah diperkenalkan
dan dilihat sebagai salah satu instrumen paling penting dan berkesan dalam menangani isu dan juga
permasalahan ini.
Oleh yang demikian Pendidikan Kewarganegaraan Global (Global Citizenship Education -
GCED) telah mengambil peranan dalam menyelesaikan isu ini dengan memberi kesedaran dan
penekanan kepada masyarakat global dari aspek kefahaman, sosio ekonomi dan tanggungjawab
terhadap alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar merupakan suatu proses pembelajaran yang
objektifnya adalah menyedarkan setiap warganegara global bahawa alam ini adalah milik semua
dan amatlah penting dalam melindunginya.
Proses ini memberi pendedahan bagaimana manusia berinteraksi dengan alam sekitar serta
bagaimana ianya dapat memberi manfaat dan kesejahteraan. Justeru itu, pendidikan dan ilmu
berkaitan penjagaan serta perlindungan alam sekitar harus dimulakan pada peringkat awal supaya
menjadi asas kepada pembentukan sikap dan tingkah laku positif generasi milenia ketika berinteraksi
dengan alam sekitar.
Apabila fitrah manusia terbiasa melakukan kebaikan seperti menghormati alam sekitar
dan komponennya, kita akan menjauhi tingkah laku negatif serta berasa sukar melakukan apa
yang bersifat kejahatan seperti merosakkan alam sekitar.

3
VENI A/P SUPPIAH OUMH 1603
810824025038001 SEPTEMBER 2020

Objektif tugasan saya adalah untuk mengaitkan Pendidikan Kewarganegaraan Global


dengan isu alam sekitar serta manfaat yang diperolehi jika Pendidikan Kewarganegaraan Global
diterapkan dalam konteks alam sekitar.

4
VENI A/P SUPPIAH OUMH 1603
810824025038001 SEPTEMBER 2020

BAHAGIAN A

Perubahan iklim adalah perubahan jangka panjang iklim dalam tempoh masa dari


berdekad ke berjuta tahun. Ianya boleh merujuk kepada perubahan dalam purata keadaan iklim,
keberangkalian keadaan melampau, atau mana-mana bahagian dalam iklim. Dengan kata lain
ianya termasuk apa-apa perubahan bermusim jangka panjang dalam corak suhu, pemendakan,
kelembapan, angin dan musim.

Perubahan iklim boleh berlaku pada rantau tertentu, atau seluruh bumi. Perubahan-


perubahan ini boleh berpunca daripada proses-proses dinamik di bumi, daya-daya luaran termasuk
kelainan pada kepanasan cahaya matahari, dan baru-baru ini juga, kegiatan manusia.

Dalam penggunaan terkini, khususnya dalam konteks dasar alam sekitar, istilah


"perubahan iklim" selalu merujuk kepada perubahan iklim masa kini (lihat pemanasan global).
Untuk maklumat mengenai sukatan suhu melalui pelbagai zaman, dan sumber-sumber data yang
ada, lihat rekod suhu. Untuk penyifatan perubahan iklim sepanjang abad yang lalu,
rujuk penyifatan perubahan iklim terkini.

Secara umum, perubahan iklim disebut sebagai fenomena pemanasan global, di mana
terdapat peningkatan gas rumah kaca di atmosfera dan berlangsung selama jangka waktu
tertentu. Punca perubahan iklim dan pemanasan global terdiri daripada pelbagai faktor yang
mempengaruhi kehidupan manusia.

Iklim berubah secara berterusan kerana interaksi antara komponennya dan faktor luaran
seperti letusan gunung berapi, variasi cahaya matahari, dan faktor yang disebabkan oleh aktiviti
manusia seperti perubahan penggunaan tanah dan penggunaan bahan bakar fosil.

Cuaca dan iklim memainkan peranan penting dalam kehidupan harian dan kesihatan
manusia. Perubahan kepada iklim bumi menjejaskan keadaan cuaca, contohnya hari yang lebih
panas, lebih kerap, dan gelombang haba meningkatkan morbiditi (penyakit) dan mortaliti
(kematian).
Ianya juga meningkatkan kekerapan dan keterukan kejadian cuaca melampau seperti ribut
teruk, angin kuat, banjir, mengancam keselamatan manusia dan harta benda. Suhu yang panas
juga meningkatkan kepekatan pencemar udara dan air yang tidak sihat dengan kesan kesihatan
manusia berkaitan sistem pulmonari dan lain-lain yang berkaitan. Perubahan suhu, mengubah
corak serta peristiwa melampau yang boleh meningkatkan penyebaran beberapa penyakit
berjangkit, melalui udara, air dan vektor penyakit.

5
VENI A/P SUPPIAH OUMH 1603
810824025038001 SEPTEMBER 2020

BAHAGIAN B
Berikut adalah hasil dapatan saya mengenai video yang saya pilih. Pendidikan
Kewarganegaraan Global (GCED) bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar dari semua
peringkat umur untuk mengambil peranan aktif, baik di dalam dan di dunia, dalam membangun
masyarakat yang lebih aman, toleran, inklusif dan aman.GCED didasarkan pada tiga domain
pembelajaran - kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku. .
Hasil pembelajaran utama, atribut pelajar utama, topik dan objektif pembelajaran yang
disarankan dalam GCED didasarkan pada tiga domain pembelajaran yang disebutkan seperti di
bawah. Mereka saling berkaitan dan disatukan dalam proses pembelajaran.
Perkembangan kognitif merupakan perubahan kemampuan berfikir atau intelektual,
pengetahuan dan kemahiran berfikir yang diperlukan untuk lebih memahami dunia dan
kerumitannya. Teori Piaget berpendapat bahawa anak membangun sendiri dari pengetahuannya
melalui pengalaman sendiri dengan lingkungan manakala Teori Vygotsky pula menekankan
interaksi antara “internal” dan “eksternal” dari pembelajaran dan penekanannya pada lingkungan
sosial pembelajaran.
Antara tokoh-tokoh aliran kognitif ialah Jean Piaget (1975), beliau menyatakan bahawa
proses belajar sebenarnya terdiri dari tiga tahapan yakni asimilasi, akomodasi dan equilibrasi
(penyeimbangan). Terdapat 4 tahap perkembangan kognitif iaitu deria motor, pra operasi, operasi
konkrit dan operasi formal. Menurut Ausubel (1968), siswa dan siswazah belajar dengan baik jika
yang disebut “pengatur kemajuan (belajar)” didefinisikan, dan dipresentasikan dengan baik dan
tepat kepada mereka.
J.Bruner pula mengatakan proses belajar dengan baik dan kreatif jika guru memberi
kesempatan pada mereka untuk menemukan suatu aturan iaitu konsep, teori, definisi dan
sebagainya melalui contoh-contoh teori pengolahan informasi iaitu memori jangka pendek adalah
memori yang disimpan di mana informasi untuk pertama kalinya memiliki erti manakala memori
jangka panjang adalah bahagian dari sistem memori di mana seseorang menyimpan informasi
untuk jangka masa yang lama.
Kepentingan pendidikan sosio-emosi kanak-kanak sangat penting untuk membangunkan
perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak serta membantu mereka mendapatkan kesejahteraan
dalam kehidupan. Sosio-emosi adalah tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai
ransangan kepada perasaan emosi. Emosi adalah perkataan yang berasal dari perkataan Greek
“emovere’’ yang bermaksud meluahkan perasaan. Kepentingan mengurus emosi termasuklah
berkomunikasi, membuat keputusan, meramal tingkahlaku, meraikan kebahagian dan bersatu

6
VENI A/P SUPPIAH OUMH 1603
810824025038001 SEPTEMBER 2020

antara satu sama lain. Terdapat 6 jenis emosi utama iaitu gembira, sedih, marah, takut, ingin tahu
dan malu.
Kompenen yang merangkumi emosi ialah dapat memahami dan mengenali emosi sendiri,
mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan berkeyakinan untuk menghadapi
cabaran hidup. Kita sering mendengar tentang isu berkaitan dengan sosio-emosi kanak-kanak iaitu
tekanan emosi, hubungan kekeluargaan dan kebimbangan antara contohnya ialah konflik rakan
sebaya, perpisahan ibubapa dan kehilangan orang tersayang.
Cara-cara untuk mengatasinya ialah memberi dorongan emosi yang positif, mengalih
perhatian dan mengajar cara untuk bertindak mengenalpasti emosi serta menguruskan emosi itu
dengan betul. Kemahiran sosial, nilai dan sikap dapat membolehkan mereka berkembang secara
afektif, psikososial, dan fizikal untuk hidup bersama dengan orang lain dengan hormat, aman
damai dan sejahtera.
Tingkah laku atau teori behavioris diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan
oleh Thorndike dan Skinner. Teori ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan
perubahan tingkah laku. Ujian ini bersifat sebagai satu usaha yang dapat mengubah tingkah laku
orang agar menjadi lebih baik. Perubahan yang berlaku ini dikenali sebagai pembelajaran.
Pembelajaran boleh berlaku melalui tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.
Tingkahlaku positif dalam aplikasi teori behavioris di kalangan kanak-kanak yang
dijalankan di taskayang kurang dan tadika ialah konsep memberikan sesuatu ganjaran adalah salah
satu bentuk motivasi dalam bilik darjah. Di antara contoh-contohnya ialah kanak-kanak yang
mencapai tahap cemerlang serta mendapat kedudukan nombor paling tertinggi dalam peperiksaan
diberi hadiah oleh guru, kedua apabila kanak-kanak yang menghasilkan lukisan, atau hasil kerja
individu yang baik diberi perhargaan seperti memberi hadiah, memuji dan hasil kerja mereka
dipamerkan, ketiga pemberian token seperti token bintang, stiker dan cop diberikan kepada kanak-
kanak yang mencapai tahap kecemerlangan yang diiginkan oleh guru.
Tingkahlaku negatif pula berlaku apabila kanak-kanak yang kurang cemerlang dan tidak
mendapat peneguhan yang positif akan menunjukkan kesan seperti menjadi seorang yang
pendiam, enggan melibatkan diri dalam PdP, takut dan kurang keyakinan diri untuk mencuba
sesuatu. Oleh itu guru harus bertindak adil dalam memberi peneguhan positif kepada kanak-kanak
yang cemerlang dan yang kurang harus diberi perhatian supaya merka juga mencapai tahap yang
standing dengan rakan-rakan yang lain.
Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah tidak meletakan kedudukan kanak-
kanak mengikut nombor, mempamerkan semua hasil kerja kanak-kanak walaupun hasil kerja
tersebut baik ataupun tidak. Memberi hadiah ataupun token kepada semua kanak-kanak dengan
7
VENI A/P SUPPIAH OUMH 1603
810824025038001 SEPTEMBER 2020

kata-kata rangsangan yang mendorong mereka menjadi lebih baik, tidak membuat perbandingan
antara kanak-kanak lemah dengan kanak-kanak cemerlang.
Amalan peneguhan negatif ialah konsep rangsangan serta merta yang tidak selesa atau
menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku yang ditunjukkan. Antara contoh-
contohnya ialah apabila kanak-kanak membuat bising, tidak membuat kerja atau aktiviti yang
diberikan oleh guru, tidak mahu makan, menjawab soalan guru dengan jawapan yang salah
mereka akan dimarahi.
Kanak-kanak akan menunjukkan kesan jika sering dimarah kerana tingkah laku mereka
yang tidak diingini. Antaran kesan-kesan tersebut ialah mereka mulai takut, makin nakal, terasa
diri tidak dusukai dan memencilkan diri.
Untuk mengatasinya guru perlu menggantikan peneguhan negatif kepada peneguhan
positif yang dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan kanak-kanak. Elakkan kanak-kanak
terbit rasa benci dan takut pada guru serta ke sekolah. Guru perlu kurang menggunakan perkataan
“jangan’’.
Kesimpulannya teori behavioris penting bagi membantu guru memilih strategi yang
terbaik dalam menguruskan tingkah laku kanak-kanak. Guru juga perlu bijak menggunakan
peneguhan terhadap tingkah laku kanak-kanak. Peneguhan yang betul dan secara berterusan akan
meningkatkan tingkah laku yang mencapai kepada sesuatu matlamat.

8
VENI A/P SUPPIAH OUMH 1603
810824025038001 SEPTEMBER 2020

BAHAGIAN B
Perubahan iklim adalah perubahan jangka panjang dalam distribusi pola cuaca terhadap
suhu bumi secara menyeluruh, dengan dampak yang besar dan terjadi secara berpanjangan.
Ilmuan iklim menegaskan bahawa peristiwa ini tidak sepenuhnya terjadi akibat peristiwa alam,
melainkan juga diakibatkan oleh aktiviti manusia. Atmosfera bumi terbentuk dari berbagai macam
gas iaitu oksigen, nitrogen, dan gas rumah kaca yang diibaratkan sebagai kaca lutsinar yang
menyelimuti bumi.
Selimut ini juga bertindak untuk menjaga agar sejumlah panas yang terperangkap tetap
ideal bagi kelangsungan hidup ekosistem bumi. Akan tetapi, pembakaran bahan bakar fosil yang
melonjak mengakibatkan konsentrasi gas rumah kaca semakin meningkat. Hal tersebut
menyebabkan jumlah panas yang terperangkap di atmosfera semakin banyak sehingga
mengakibatkan peningkatan suhu bumi.
Pada dasarnya, gas rumah kaca digunakan oleh bumi agar ekosistem atmosferanya tetap
stabil. Jika gas-gas tersebut tidak ada, seluruh panas akan terlepas kembali ke angkasa sehingga
mengakibatkan bumi membeku. Beberapa aktiviti manusia yang menyebabkan gas rumah kaca
berlebihan selain pembakaran bahan bakar fosil iaitu penternakan, penggundulan hutan, limbah
dan polusi.
Hal-hal lainnya yang dapat dilakukan untuk mengurangi pemanasan global diantaranya
ialah dengan menggunakan konsep 3R (Reduce) pengurangan, (Reuse) kitar semula, (Recycle)
kitar semula. Perubahan iklim merupakan persoalan yang sangat nyata dan berpengaruh terhadap
bumi. Bumi adalah rumah kita, meskipun kita adalah masalahnya, namun, kita juga dapat menjadi
penyelesaiannya.

9
VENI A/P SUPPIAH OUMH 1603
810824025038001 SEPTEMBER 2020

BAHAGIAN C
Di Malaysia pendidikan alam sekitar boleh diperoleh samada melalui pendidikan formal
dan pendidikan tidak formal. Ianya merupakan aktiviti sepanjang hayat dan bersifat multi disiplin.
Sebagaimana yang digariskan dalam tiga matlamat utama (UNESCO 1980), pendidikan alam
sekitar melibatkan kewajipan seperti kesediaan untuk melibatkan diri sebagai anggota komuniti,
kebolehan untuk memperdebatkan polisi awam dan kesediaan untuk memberi sumbangan untuk
kepentingan orang lain.
Tiga matlamat utama pendidikan alam sekitar (UNESCO 1980) iaitu memberi kesedaran
tentang saling bergantungan antara system ekonomi, sosial, politik dan ekologi di kawasan bandar
dan luar bandar, memberi peluang kepada setiap individu untuk mendapatkan pengetahuan,
membina nilai, sikap dan komitmen serta kemahiran yang diperlukan untuk memelihara dan
memperbaiki keadaan alam sekitar, membentuk sikap yang baru dalam diri individu, kumpulan
dan masyarakat dalam menangani permasalahan alam sekitar.
Tiga matlamat yang dinyatakan di atas ternyata selaras dengan konsep‘Celik Alam
Sekitar’ atau Environment Literacy (Moseley 2000). Sikap‘Celik Alam Sekitar’ terbina dalam tiga
peringkat iaitu ‘Celik Alam Sekitar’ Nominal (Nominal Environment Literacy), Celik Alam
Sekitar Fungsian (Functional Environment Literacy) dan ‘Celik Alam Sekitar Operasi’
(Operational Environment Literacy). Secara rumusnya, setiap satu peringkat tersebut mempunyai
maksud yang berbeza baik daripada segi keupayaan istilah mahupun dalam menjelaskan tentang
sesuatu isu.
Walau bagaimanapun, matlamat akhirnya adalah berasaskan teori yang bermula dengan
kesedaran, mengambil berat, memahami dan akhirnya mengambil sesuatu tindakan. Matlamat
untuk memberi kesedaran dan pemahaman terhadap pendidikan alam sekitar adalah selaras
dengan konsep ‘celik alam sekitar’ atau environmental literacy (Moseley 2000). Sikap ‘celik alam
sekitar’ ini terbina dalam tiga peringkat (model) atau menurut kontinuum berikut Celik alam
sekitar’ nominal (Nominal environmental literacy), maksudnya kebolehan untuk mengenal pasti
istilah-istilah asas berkenaan denganalam sekitar dan mengetahui maknanya secara umum.
Pada peringkat ini seseorang itu meskipun mengetahui istilah-istilah berkenaan tetapi tidak
memahami secara mendalam maksudnya. Mereka hanya mempunyai kemahiran yang asas dan
kurang terlibat dalam aktiviti berkaitan alam sekitar.Manakala ‘Celik alam sekitar’ fungsian
(Functional environmental literacy) maksudnya berkeupayaan untuk menggunakan pengetahuan

10
VENI A/P SUPPIAH OUMH 1603
810824025038001 SEPTEMBER 2020

asas, konsepdan kemahiran berfikir dan mampu untuk menjelaskan sesuatu isu kepada pihak
ketiga sama ada secara bertulis ataupun secara lisan.

Seterusnya ialah peringkat ‘Celik alam sekitar’ operasi (Operationalenvironmental


literacy) maksudnya memilih antara pelbagai pilihan serta mengambil keputusan dan tindakan
yang bersesuaian dengan pendirianyang dipegang.
Secara teorinya, kontinum ini bermula dengan kesedaran, mengambil berat, memahami
dan akhirnya mengambil sesuatu tindakan. Seseorang yang hanya sedar mengenai persekitarannya
belum lagi boleh dikatakan sebagai seorang yang ‘celik alam sekitar’. Misalnya jika kita sedar
bahawa jerebu boleh menyebabkan gangguan kesihatan kepada manusia dan hidupan. Kita
seharusnya juga perlu memahami jenis-jenis gas yang terkandung di dalamnya serta kesannya ke
atas manusia, hidupan dan kesihatan ekosistem serta mampu juga menjelaskan kepada orang lain.
Pada peringkat ini, kita hanya dikatakan ‘celik alam sekitar’ Nominal dan Fungsian sahaja.
Manakala untuk pergi ke tahap ‘celik alam sekitar’ Operasi pula, akan tercapai sekiranya kita turut
mempraktiskan perbuatan atau tingkah laku yang secara langsung menjurus kepada meminimakan
masalah pencemaran udara dan faktor-faktor yangmenyumbang ke arah pencemaran tersebut.
Contohnya, faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah jerebu, iaitu dengan menghentikan
pembakaran terbuka, mengambil pendekatan berkongsi kereta, menggunakan ‘pengangkutan
hijau’, berhenti merokok dan sebagainya
Perkembangan pendidikan alam sekitar pada masa kini telah memperlihatkan penekanan
terhadap pendidikan untuk kelestarian alam. Bagi mencapai matlamat kelestarian alam tersebut,
ketiga-tiga pendekatan yang dibincangkan di atas adalah praktikal dalam konteks melahirkan
individu yang bukan sahaja peka terhadap isu alam sekitar, tetapi juga mengenal pasti masalah
yang berlaku dan seterusnya memainkan peranan sebagai pihak yang aktif menguruskan alam
sekitarnya. Sebagai contoh, para pelajar diberikan tugasan berkenaan dengan pencemaran alam
sekitar di kawasan tempat tinggal (pelajar). Para pelajar yang terlibat akan segera ‘menangkap isu’
dengan melihat masalah alam sekitar di persekitaran mereka. Mungkin dalam masa tersebut
mereka akan tertarik dengan isu pencemaran sungai, sampah sarap, pencemaran udara, bunyi atau
hingar dan sebagainya.
Melalui kerja lapangan ini secara tidak langsung akan menimbulkan kesedaran dalam
kalangan para pelajar akan kepentingan menjaga alam sekitar berdasarkan pengalaman yang
mereka alami sendiri. Pembelajaran melalui pendekatan ini adalah lebih pratikal kerana para
pelajar bukan sahaja diperkenalkan dengan teori dan konsep sahaja, bahkan pemahaman
mereka menjadi lebih jelas apabila mereka merasai sendiri pengalaman tersebut.
11
VENI A/P SUPPIAH OUMH 1603
810824025038001 SEPTEMBER 2020

Cadangan yang dikemukakan oleh O’ Riordan (1981) mengenai pengisian kurikulum


pendidikan alam sekitar menggambarkan kepentingan ketiga-tiga pendekatan iaitu mengenai
Alam Sekitar, Di Dalam Alam Sekitar dan Untuk Alam Sekitar perlu diintegrasikan.
Pengintegrasian ini boleh dilakukan dengan menggabungkan ilmu bidang sains tulen dan
persoalan moral dan etika yang berasaskan kesejahteraan manusia. Selain daripada itu, isu-isu
sensitif yang berkaitan dengan alam sekitar seharusnya difahami dengan sejelas mungkin kerana
ianya mempengaruhi bentuk dan fungsi bagi sesebuah institusi.
Pendidikan alam sekitar merupakan satu pendidikan yang amat penting bagi melahirkan
warga Malaysia yang bukan sahaja faham, berkebolehan, berkemampuan bahkan mempunyai
keprihatinan terhadap pengurusandan pencemaran alam sekitar. Pendedahan pendidikan ini sejak
dari awal lagi pastinya melahirkan kelestarian terhadap ‘Cintakan Alam Sekitar’. Pelajar-pelajar
yang telah diasuh dan ditanam dengan nilai-nilai mencintai alam menjadi lebih sensitif terhadap
sebarang pencerobohan yang berlaku dipersekitaran mereka.
Dengan kaedah ini, kekuataan yang dibina menjadi benteng atau penahan diri dan secara
tidak langsung boleh bertindak untuk membimbing diri orang lain bagi menyintai alam sekitar.
Secara jelasnya melalui pendidikan alam sekitar semestinya melahirkan warga yang menyintai
alam sekitar, prihatin dan sensitif terhadap apa-apa juga gangguan yang berlaku di persekitaran
mereka. Justeru, pelajar-pelajar yang terdedah dengan pendidikan ini dapat menyumbang ke arah
peningkatan kualiti hidup kerana mereka pastinya menentang apa juga pencemaran, kacau ganggu
dan kerosakan yang dilakukan oleh tanganmanusia lain. Dengan kata lain, pendidikan alam sekitar
dapat membentuk jiwa dan diri individu menjadi seorang yang mencintai alam sekitarnya.

12
VENI A/P SUPPIAH OUMH 1603
810824025038001 SEPTEMBER 2020

KESIMPULAN
Daripada penelitian di atas, rumusan yang boleh dibuat adalah pendidikan alam sekitar
yang bermodelkan ‘celik alam sekitar’ dilihat boleh menyumbang ke arah peningkatan kualiti
hidup masyarakat di malaysia.
Ini kerana pendidikan alam sekitar itu sendiri adalah merupakan satu bentuk alat
pengurusan yang boleh diaplikasi di peringkat sekolah rendah lagi. Pepatah melayu ada
menyatakan bahawa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, adalah peribahasa yang sesuai bagi
pendekatan yang cuba diterapkan dalam penelitian ini.
Pendekatan yang memerlukan kurikulum alam sekitar harus diajar dan ditekankan di
peringkat awal pendidikan. Dengan ini ia akan dapat memastikan modal insan yang dilahirkan
akan menjadi warganegara yang bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara alam
sekitar untuk warisan sejagat.
Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihra alam semulajadi yang masih
ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar
harus terus dilakukan oleh semua pihak. Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan,
kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar
adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari
dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.

13
VENI A/P SUPPIAH OUMH 1603
810824025038001 SEPTEMBER 2020

REFLEKSI KENDIRI
Melalui tugasan yang diberi oleh pensyarah kursus OUMH 1603 Kemahiran Belajar Untuk Abad
ke 21. Saya telah belajar banyak ilmu pengetahuan yang saya tidak pernah belajar semasa saya
berada di sekolah menengah. Saya berasa amat bersyukur kerana dengan izin – Nya saya telah
diberi ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja
kursus ini ialah Bagaimanakah Pendidikan Kewarganegaraan Global (Global Citizenship
Education [GCED] ) memberi manfaat kepada masyarakat dalam menyelesaikan isu alam sekitar.
Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai rintangan dan cabaran telah
saya harungi untuk menyiapkan tugasan ini, tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekerja yang
banyak memberi kata semangat, sudi berkongsi dan bertukar-tukar maklumat sepanjang proses
menyiapkan kerja kursus ini.
Pertama sekali apabila menerima tugasan ini, persoalan pertama yang timbul dan muncul di
dalam kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini memandangkan
pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan yang harus disiapkan juga. Situasi ini sedikit
sebanyak telah memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan yang
diamanahkan.
Walau apa sekali pun , rintangan dan dugaan yang datang saya tetap tidak pernah putus
harapan untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan, seperti bak kata pepatah
’’hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’’.
Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan
yang telah diberikan. Banyak ilmu dan input yang saya dapat sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Selain daripada buku-buku rujukan, saya juga memperolehi maklumat daripada bahan laman web
yang banyak menyediakan bahan rujukan terutama sekali individu yang sudi berkongsi bahan
mereka di laman web.
Selain itu, kemahiran-kemahiran yang dipelajari turut membantu dalam mendewasakan
saya, di mana terdapat beberapa perkara yang pada awalnya saya anggap tidak perlu diulangkaji
lagi kerana sudah mahir dalam menggunakan kemahiran tersebut. Tetapi pada hakikatnya, masih
terlalu banyak yang harus dipelajari lagi.
Secara keseluruhannya, kerja kursus kali ini telah menambah satu lagi ilmu yang bermanfaat
kepada naluri saya sendiri sebagai seorang bakal warga pendidik yang perlu menguasai banyak hal
termasuklah ilmu dalam bidang teknologi. Selepas ini, segala kemahiran yang diperolehi pasti akan
14
VENI A/P SUPPIAH OUMH 1603
810824025038001 SEPTEMBER 2020

saya gunakan dan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Akhir kata, saya ingin mengucapkan
berbanyak terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam membantu untuk tugasan ini.

RUJUKAN
1) https://id.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_kewarganegaraan_global
2) https://ms.wikipedia.org/wiki/perubahan_iklim
3) https://www.youtube.com/watch?v=7lj1c0z60lc&t=386s
4) https://www.youtube.com/watch?v=daduf5szmts
5) https://www.youtube.com/watch?v=ypfrujlnpua
6) https://www.youtube.com/watch?v=c6qve6tpkje
7) https://www.academia.edu/4548616
8) https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1850246
9) https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-alam-sekitar.html

15

Anda mungkin juga menyukai