Anda di halaman 1dari 14

OUMH1603

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2

2.0 ISU ALAM SEKITAR – PERUBAHAN IKLIM 3-4

VIDEO TENTANG GCED DAN ISU


3.0 5-7
PERUBAHAN IKLIM

CARA-CARA 3 DIMENSI KONSEP UTAMA


DALAM PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN
4.0 GLOBAL MEMBAWA MANFAAT KEPADA 8-10
MASYARAKAT UNTUK MENYELESAIKAN ISU
PERUBAHAN IKLIM

5.0 KESIMPULAN 11

6.0 REFLEKSI KENDIRI 12

7.0 RUJUKAN 13

1.0 PENGENALAN

1
OUMH1603

GCED atau Global Citizenship Education (Pendidikan Kewarganegaraan Global)


adalah jenis ilmu kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan aktif pelajar dalam projek-
projek yang berkaitan dengan sosial, politik, ekonomi dan lingkungan global. Ia merupakan
satu transformatif, di mana ia memberikan pelajar peluang dan kecekapan untuk menyedari
hak dan kewajipan mereka untuk membangunkan dunia yang lebih baik pada masa hadapan.
Pendidikan Kewarganegaraan Global ini merupakan satu initiatif global untuk menyebarkan
kesedaran kepada pelajar tentang isu-isu global dan kepentingannya. Dengan
mengaplikasikan Pendidikan Kewarganegaraan Global ini ke dalam program Pendidikan, ia
bukan sahaja menguntungkan pendirian untuk skop yang lebih besar, tetapi juga akan
mengajar kemampuan seluruh dunia kepada pelajar.
Pendidikan Kewarganegaraan Global ini terhasil daripada impak negatif pembangunan
masa kini yang banyak menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar seperti kadar
pencemaran yang tinggi, kepupusan hutan dan penjejasan ekosistem kehidupan (Jamaludin,
1996). Memang tidak dapat dinafikan, pembangunan adalah salah satu bidang yang memberi
sumbangan besar dalam meningkatkan ekonomi negara. Adalah menjadi matlamat utama
setiap negara yang membangun untuk mencapai kemajuan dari segi ekonomi untuk
meningkatkan taraf hidup rakyatnya demi menjamin kehidupan yang lebih berkualiti pada
masa hadapan. Atas dasar keghairahan dalam mengejar kemajuan, aspek pemeliharaan alam
sekitar semakin diabaikan dan hanya segelintir sahaja masyarakat yang benar-benar
mementingkan kualiti alam sekitar (Surtahman dan Abd. Ghafar, 1997). Keadaan ini semakin
membimbangkan bukan sahaja kepada negara malah di peringkat antarabangsa. Natijah
daripada perbuatan manusia, kini dunia menghadapi pelbagai impak negatif, antaranya ialah
penipisan lapisan ozon, peningkatan suhu dunia dan sebagainya.
Sehubungan dengan tugasan ini, terdapat dua objektif utama yang diharapkan dapat
dicapai melalui tugasan ini. Objektif yang pertama ialah mengenalpasti salah satu isu alam
sekitar yang sering dibangkitkan oleh pelbagai kumpulan, baik di dalam dan di luar negara.
Objektif ini merangkumi bukti-bukti yang menyokong isu alam sekitar yang dibincangkan
dalam tugasan ini.
Objektif yang kedua bagi tugasan ini adalah memanfaatkan pengajaran yang diajar
dalam Pendidikkan Kewarganegaraan Global dan menerapkan dalam kehidupan seharian
untuk memberi manfaat kepada masyarakat yang terjejas oleh isu alam sekitar ini.

2
OUMH1603
2.0 ISU ALAM SEKITAR – PERUBAHAN IKLIM

Suhu bumi meningkat pada kadar berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu dan
pemanasan sistem iklim bukan perkara kecil yang boleh diabaikan. Manusia adalah punca
gangguan sistem iklim dan paling ketara, sejak pertengahan abad ke-20. Perubahan suhu
dunia berpunca daripada pemanasan global yang berterusan dengan purata suhu permukaan
bumi meningkat lebih 1 darjah Celsius sejak era praindustri, satu penanda aras yang
digunakan secara meluas untuk mengukur pemanasan global.
Suhu global meningkat sebanyak 0.85 darjah Celsius dari 1880 hingga 2012 dan ia
diramal meningkat enam darjah Celsius dalam tempoh seabad akan datang. Rentetan itu, aras
laut meningkat 0.19 meter dari 1901 hingga 2010 dan dijangka meningkat hingga satu meter
pada tahun 2100. Kandungan gas karbon dioksida dalam atmosfera turut meningkat 40
peratus kepada 391 ppm pada 2011 berbanding 320 ppm pada 1960.
Perubahan iklim global adalah fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai
gas rumah hijau yang membabitkan kumpulan gas seperti karbon dioksida (CO2), karbon
monoksida (CO), kloroflorokarbon (CFC), metana, dan nitrogen oksida yang menghalang
dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Kumpulan gas ini
membenarkan bahang matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula
bahang bumi ke atmosfera. Peningkatan kepekatan CO2 akan memerangkap haba dalam
sistem iklim bumi dan sejak tiga dekad lalu laporan IPCC juga mendapati sistem iklim bumi
berada tidak seimbang, iaitu menerima lebih haba daripada matahari berbanding haba yang
keluar daripada sistem berkenaan.
Menurut Prof Dr Fredolin Tangang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
perubahan iklim berlaku disebabkan pemanasan sistem iklim global dan ia adalah perkara
yang nyata. Menurut beliau, kajian mendapati punca utama perubahan iklim adalah
peningkatan gas rumah hijau yang dikaitkan dengan penipisan lapisan ozon. China dan
Amerika Syarikat menyumbang kira-kira 40 peratus pelepasan gas rumah hijau global.
Perubahan suhu secara dramatic berpunca daripada penggunaan lebih banyak fosil seperti
minyak, gas dan batu arang, menyebabkan peningkatan kepekatan gas rumah hijau. Malahan
penebangan hutan secara berbeluasa dan tidak terkawal serta perubahan guna tanah yang
tidak lestari turut menyumbang kepada isu ini.
Perubahan iklim ini bukan sahaja memberi tekanan kepada persekitaran malah
menjejaskan sistem ekonomi, sosial dan politik. Sama ada ia datang dalam bentuk gelombang

3
OUMH1603
haba atau cuaca sejuk melampau, perubahan iklim mampu menyebabkan kekurangan
keperluan asas seperti air dan makanan serta menjejaskan kehidupan manusia. Gangguan
terhadap aktiviti pertanian akan menjejaskan pengeluaran makanan yang berpotensi
menyebabkan berlakunya kekurangan serta krisis makanan yang membawa kepada
kebuluran, kekurangan zat dan penyebaran wabak penyakit.
Kajian saintis juga mendapati, Kutub Utara atau artik addalah antara rautau yang
palingterkesan akibat perubahan iklim. Direkodkan, Kutub Utara panas dua kali lebih cepat
berbanding planet lain. Ini menyebabkan suhu air laut juga meningkat dari masa ke semasa.
Paling membimbangkan, setiap tahun, ais yang mencair di Greenland, sebuah pulau ais
terbesar meningkatkan paras laut dunia sebanyak 0.7 milimeter. Ini berisiko
menenggelamkan sebahagian besar penempatan manusia. Para saintis turut memberi amaran
bahawa paras laut dijangka meningkat sebanyak 1.3 meter menjelang 2100 seandainya suhu
permukaan bumi mencecah 3.5 darjah Celsius.
Selain kenaikan paras air laut, para saintis juga meramalkan perubahan iklim juga
akan mengakibatkan kejadian cuaca ekstrem di seluruh dunia seperti kemarau dan banjir.
Kemarau akan memusnahkan hasil keluaran. Paling membimbangkan, antara tahun 2030 dan
2050, perubahan iklim dijangka membunuh 250, 000 orang setiap tahun akibat malnutrisi dan
pelbagai penyakit selain membahayakan udara bersih, sumber air minuman dan bekalan
makanan.
Justeru, isu perubahan iklim telah menjanjikan ancaman besar buat komuniti di negara
membangun. Negara kita, Malaysia, merupakan salah satu mangsa bagi isu perubahan iklim
ini. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu menyedari betapa bahayanya keadaan kita sekarang
dan adalah perlu untuk sama-sama menangani masalah ini demi masa depan kita. Melalui
aplikasi Pendidikan Kewarganegaraan Global, dalam Matlamat Pembangunan Lestari yang
terdiri daripada 17 matlamat yang dikemukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
dalam Perhimpunan Agung PBB pada September 2015, di New York, Amerika Syarikat
untuk dicapai pada 2030 sebagai agenda demi pembangunan dan kemaslahatan manusia dan
Bumi. Matlamat yang ke-13 ini merupakan Tindakan Terhadap Iklim merupakan satu
matlamat di mana semua pihak perlu mengambil tindakan segera untuk menangani perubahan
iklim serta kesannya dengan mengawal pengeluaran gas rumah hijau dan menggalakkan
pembangunan tenaga boleh diperbahurui. Maka, adalah perlu bagi tugasan ini untuk
menelitikan langkah-langkah penyelesaian bagi masalah utama kita melalui Pendidikan
Kewarganegaraan Global.

4
OUMH1603

3.0 VIDEO TENTANG GCED DAN ISU PERUBAHAN IKLIM

Pautan video 1 : [OUM][GCED] 3 Dimension Conceptual of Global Citizenship Education -


YouTube

Menurut dokumen Perundingan Teknikal mengenai Pendidikan Kewarganegaraan


Global 2013, GCED adalah transformatif, memberikan pelajar peluang dan kecekapan untuk
menyedari hak dan kewajipan mereka untuk membangunkan dunia yang lebih baik pada
masa hadapan. Ia menumpukan kepada pembelajaran melalui proses pembelajaran
transformatif seperti hak asasi manusia, pemahaman antarabangsa dan antara budaya,
pembangunan lestari dan pendidikan untuk keamanan.
GCED memperkasakan pelajar untuk berfikir, berkongsi dan bertindak demi dunia
yang lebih adil, aman dan lestari. Salah satu objektif utama GCED ialah memupuk rasa
hormat kepada semua, membangunkan rasa kepunyaan sesama manusia dan membantu
pelajar menjadi warganegara global yang bertanggungjawab serta aktif. Pelajar di bawah
GCED boleh terlibat dan mengambil peranan aktif bukan saja di peringkat tempatan, malah
di peringkat global, untuk berhadapan dan menyelesaikan cabaran global serta menjadi
penyumbang yang proaktif demi mencapai dunia yang lebih adil, toleransi dan lestari
(UNESCO, 2014).
Terdapat tiga dimensi konsep utama GCED iaitu kognitif, sosio-emosi dan tingkah
laku. Definisi kognitif ialah aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis,
membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Dimensi ini lebih berfokus
kepada perolehan pengetahuan, pemahaman dan pemikiran yang kritis tentang isu-isu global,
serantau, kebangsaan dan tempatan serta kesalinghubungan dan kesalingbergantungan antara
pelbagai negara dan penduduk.
Teori pembelajaran kognitif merupakan perubahan kemampuan berfikir atau
intelektual. Menurut teori pembelajaran Piaget, beliau berpendapat bahawa anak membangun
sendiri pengetahuannya dari pengalamannya sendiri dengan lingkungan. Bagi Vygotsky pula,
beliau menekankan interaksi antara “internal” dan “eksternal” dari pembelajaran dan
penekanannya pada lingkungan sosial pembelajaran.
Bagi dimensi sosial-emosi pula, ia fokuskan pemilikan rasa keupayaan sesama
manusia, berkongsi nilai dan tanggungjawab, empati, solidarity dan menghormati perbezaan

5
OUMH1603
dan kepelbagaian di antara pelajar. Perkataan sosial bermaksud hal yang berkaitan dengan
masyarakat atau kemasyarakatan, manakala emosi bermaksud perasaan, gerak hati dan tindak
balas. Mengikut takrifan bagi perkataan sosio-emosi, ia merupakan tindak balas atau
kebangkitan yang ditonjolkan keluar sebagai ransangan kepada perasaan emosi. Adalah
penting bagi seseorang individu untuk mengurus emosi demi komunikasi yang berguna,
membuat keputusan, kesatuan, kebahagiaan dan meramal tingkah laku. Komponen utama
dalam komponen ini termasuklah memahami dan mengenali emosi sendiri, mencapai emosi
yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan menghadapi cabaran hidup.
Pendidikan sosio-ekonomi ini adalah penting untuk membangunkan perkembangan emosi
dan sosial seseorang individu dan membantu mendapatkan kesejahteraan dalam kehidupan.
Dari segi dimensi tingkah laku, ia berperanan untuk bertindak secara berkesan dan
bertanggungjawab pada peringkat tempatan, antarabangsa dan global demi mencapai dunia
yang aman dan lestari. Ia merupakan Tindakan manusia yang boleh diperhatikan, diukur dan
dinilai. Ia melibatkan perbuatan yang secara terus atau tidak, sedar atau separa sedar.
GCED menjadi penting apabila terdapat peningkatan tekanan untuk
memperkembangkan peranan pendidikan dalam menangani masalah global. Pendidikan
Kewarganegaraan Global ini memberikan kita pemahaman yang mendalam bahawa kita
saling terikat sebagai warga dalam masyarakat global, dan cabaran yang kita hadapi juga
saling berkaitan. Pendidikan ini perlulah mempersiapkan generasi muda untuk mencari jalan
penyelesaian terhadap cabaran-cabaran di dunia.
Jelas dinyatakan bahawa kita perlulah sama-sama menyelidiki pelbagai isu global
seperti perubahan, saling bergantungan, identity dan kepelbagaian, hak dan tanggungjawab,
pembangunan keamanan, kemiskinan dan kekayaan, kelestarian dan keadialan global yang
menyumbang kepada isu-isu global kontemporari pada peringkat tempatan, nasional dan
global.
Kesimpulannya, GCED bukan proses pembelajaran yang pasif mengenai warga dunia
sejagat, tetapi satu proses untuk mempergiatkan kefahaman yang membawa kepada tindakan
dalam kalangan warga global pada peringkat tempatan dan antarabangsa. Ia tidak statik,
malah dinamik.

6
OUMH1603

Pautan video 2 : Kita sudah banyak tahu tentang perubahan iklim - Ini saatnya membuat
keputusan - YouTube

Perubahan iklim merujuk kepada perubahan jangka panjang dalam iklim yang berlaku
selama beberapa dekad, berabad-abad atau lebih lama. Ia adalah kesan daripada peningkatan
gas rumah hijau yang semakin serius di atmosfera bumi yang disebabkan oleh pembakaran
bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas asli. Gas yang menjerat panas
memanaskan bumi dan lautan yang mengakibatkan kenaikan paras laut, perubahan pola
rebut, arus laut yang berubah, perubahan hujan, salji dan ais lebur, peristiwa haba yang
melampau, kebakaran dan kemarau. Kesan ini dijangka berterusan dan akan mempengaruhi
kesihatan manusia, infrastruktur, hutan, pertanian, bekalan air tawar, pantai dan sistem laut.
Tindakan-tindakan strategik adalah diperlukan untuk mengukuhkan daya tahan negara
terhadap impak perubahan iklim. Ini termasuk mengarusperdanakan perubahan iklim,
mengintegrasikan respons adaptasi dan mitigasi secara seimbang dan seterusnya
meningkatkan keupayaan institusi dan pelaksanaan melalui penyelarasan tindakan-tindakan
dasar yang bersepadu. Impak perubahan iklim merentasi semua peringkat, sektor, pihak dan
kumpulan berkepentingan dan menuntut langkah-langkah yang menyeluruh dan bersepadu.
Sehubungan itu, antara langkah terpenting yang paling penting adalah mendesak
komuniti global mengamalkan cara hidup yang lestari atau mesra alam. Setiap individu antara
lain digalakkan berjalan atau berbasikal bagi jarak dekat serta mengurangkan perjalanan
udara bagi urusan perniagaan, berkomunikasi melalui siding video, mengurangkan
penggunaan plastik dan menanam lebih banyak pokok. Dengan mengamalkan cara hidup
lestari, diharapkan dapat mengurangkan impak perubahan iklim demi generasi yang akan
datang.

7
OUMH1603

4.0 CARA-CARA 3 DIMENSI KONSEP UTAMA DALAM PENDIDIKAN


KEWARGANEGARAAN GLOBAL MEMBAWA MANFAAT KEPADA MASYARAKAT
UNTUK MENYELESAIKAN ISU PERUBAHAN IKLIM.

Dalam Matlamat Pembangunan Lestari 2030, matlamat pembangunan lestari ke-13


adalah “Tindakan Iklim” yang merupakan Tindakan segera untuk memerangi perubahan
iklim dan kesan buruknya. Kegagalan tindakan mitigasi dan adaptasi terhadap perubahan
iklim merupakan ancaman paling utama dihadapi dunia masa kini. Perubahan mendadak dan
pada kadar segera perlu dilakukan untuk menangani isu perubahan iklim dengan menurunkan
kandungan gas rumah hijau dalam atmosfera.
Kesan negatif perubahan iklim tidak dapat dielakkan lagi sehingga beberapa dekad
akan datang dan tindakan mitigasi yang diambil hanyalah bertujuan untuk mengurangkan
impak fenomena tersebut. Walaubagaimanapun. Sekiranya perkara ini tidak diambil langkah
mengatasi, sistem semula jadi bumi tidak akan mampu untuk menyesuaikan dengan kesan
perubahan iklim. Sebarang tindakan adaptasi yang diambil setakat ini memerlukan kos sosial
dan ekonomi yang amat tinggi.
Dengan ini, komuniti global perlu mengamalkan cara hidup yang lestari atau mesra
alam. Perubahan teknologi menerusi inovasi baharu yang lebih mesra alam perlu
dilaksanakan bagi menggantikan pendekatan teknologi sedia ada untuk mengurangkan
pencemaran gas rumah hijau. Dicadangkan bahawa pelepasan gas karbon dioksida perlu
Dikurangkan sebanyak 45 peratus menjelang 2030 daripada tahap yang direkodkan pada
tahun 2010.
Pendidikan Kewarganegaraan Global memainkan peranan yang sangat penting dalam
menyelesaikan masalah perubahan iklim secara global. Seperti yang dibincangkan dalam
bahagian sebelum ini, dari segi dimensi kognitif, ia merupakan dimensi konsep utama yang
dikemukan dalam GCED. Kemahiran ini berkaitan dengan aktiviti otak yang terikat pada
seseorang individu seperti mengingat, menaakul, memporses dan menahan maklumat.
Apabila seseorang individu dapat menahan dan menggunakan maklumat yang diberikan
kepada mereka dengan betul, maka mereka dapat membuat idea yang lebih rasional dan
mengembangkan idea yang lebih baru dan lebih berkesan untuk memerangi masalah tertentu.

8
OUMH1603

Bagi dimensi sosial-emosi, ia berkaitan dengan sosial emosi seseorang dan sejauh mana
individu tersebut dapat berempati dan membentuk ikatan yang diperlukan dalam menangani
masalah yang lebih besar daripada mereka. Apabila seseorang mempunyai pegangan yang
kuat terhadap kemahiran ini, mereka akan mengekalkan ikatan yang telah mereka buat dan
membuat keputusan yang lebih kuat dalam masa terdekat.
Dimensi tingkah laku pula merujuk kepada bagaimana seseorang individu dapat
bertindak dan berprestasi semasa tugas diberikan kepada mereka. Seseorang yang
mempunyai pegangan yang kuat terhadap dimensi ini akan menjadi matang dan berwawasan
tinggi. Mereka dapat menerapkan akal sihat apabila diberi tugas yang diharapkan mereka
dapat diselesaikan.
Banyak orang di seluruh dunia, termasuk anak-anak sekolah, menjalankan aksi damai
yang menuntut agar pemerintah mereka mengambil sikap tegas terhadap perubahan iklim.
Merespon perubahan iklim adalah kunci untuk menuju keberlanjutan.
Melalui UNEP, menyekolahkan perempuan hingga tingkat tertinggi adalah sesuatu
yang penting sebab wanita yang berpendidikan tinggi akan memprogram masa suburnya
untuk memiliki anak dalam jumlah sedikit, lebih sihat, meningkatkan akses global dan
menjalankan keluarga berencana, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon, telah memancarkan
Inisiatif Pertama Pendidikan Global (Global Education First Initiative, GEFI) melalui
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada
September 2012 untuk menggalakkan Pendidikan kewarganegaraan global. GEFI bertujuan
untuk memupuk kewarganegaraan global sebagai salah satu daripada tiga keutamaan
pendidikan. Dua lagi keutamaan lain adalah semua kanak-kanak perlu ke sekolah dan
meningkatkan kualiti pembelajaran. Pada tahun 2013, dua acara utama telah dianjurkan oleh
UNESCO yang membincangkan kerja asas untuk GCED dan sokongan kepada GEFI.
Ilmu pengetahuan adalah kunci kepada cara mengurangkan kesan perubahan iklim.
Dengan mengajar penduduk dan menggalakkan penduduk mengambil langkah pendekatan
alam sekitar seperti penanaman pokok-pokok baru bagi menggantikan pokok yang ditebang
untuk penempatan baru, kita dapat mengurangkan kesan pemanasan global. Selain itu,
perhatian media dengan menyebarkan punca dan kesan perubahan iklim dapat memberi

9
OUMH1603
kesedaran kepada penduduk dunia dan secara langsung, ia dapat memastikan tindakan
individu dan kerajaan dalam memastikan masalah perubahan iklim ini dapat dibendung.
Usaha menangani isu perubahan iklim yang semakin memburuk adalah tanggungjawab
sejagat dan wajar dimulakan melalui proses pendidikan pada awal usia muda.
Keseadaran akan kepentingan menjaga kestabilan ekosistem bumi dapat disampaikan
dan dipupuk melalui pendidikan alam sekitar seperti diusulkan oleh Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar pada awal 2017. Pendidikan alam sekitar ini memerlukan pendekatan
pelbagai disiplin dan bersifat menyeluruh. Pendidikan formal yang diajar di dalam bilik
darjah ini telah mengaplikasikan dimensi konsep kognitif dalam Pendidikan
Kewarganegaraan Global.
Pengajaran dalam bilik darjah juga perlu disusuli dengan kegiatan luar yang dapat
melatih pelajar secara praktikal. Ini adalah berdasarkan dimensi komsep tingkah laku.
Pengajar juga perlu dibekalkan ilmu yang cukup serta mempunyai minat tinggi dalam
menyampaikan pengajaran itu.
Selain itu, penguatkuasaan serta penyediaan kemudahan yang baik adalah perlu dalam
memastikan kelangsungan proses ini sehingga ke peringkat pembabitan awam. Langkah ini
sebahagian kecil usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan kesedaran generasi muda
dan kepekaan orang awam dalam mengurangkan penvemaran serta memelihara alam sekitar.
Semua pihak adalah disarankan supaya guna semula kotak di pasaraya menggantikan
plastik, menggalakkan pengurusan sampah individu bagi pendidikan tinggi, penerapan
kaedah guna semula melalui subjek seni, sains dan aktiviti kokurikulum di sekolah, memberi
kotak kompos khas kepada perumahan bandar, mewajibkan penerangan langkah cara hapus
pada label barangan harian dan produk elektrik yang dikeluarkan, memperbanyakkan dana
untuk kajian alternatif bahan api fosil dan guna semula gas rumah hijau, memberi subsidi
kepada barangan “earth-friendly” serta mewujudkan aplikasi pengambilan e-waste dan
pengutipan barang terpakai secara dalam talian.

Pautan artikel :
1. Tinta Minda BERNAMA - Menangani isu perubahan iklim melalui gaya hidup lestari
2. https://www.liputan6.com/global/read/3924758/ini-7-cara-mengatasi-perubahan-iklim-
merujuk-pada-unep

10
OUMH1603

5.0 KESIMPULAN

Pendidikan Kewarganegaraan Global memperkasakan pelajar untuk berfikir,


berkongsi dan bertindak demi dunia yang lebih adil, aman dan lestari. Salah satu objektif
utama GCED ialah memupuk rasa hormat kepada semua, membangunkan rasa kepunyaan
sesama manusia dan membantu pelajar menjadi warganegara global yang bertanggungjawab
serta aktif. Melalui GCED, diharapkan dapat menangani masalah isu perubahan iklim ini
dengan lebih berkesan.

11
OUMH1603

6.0 REFLEKSI KENDIRI

Di kesempatan ini, saya ingin melahirkan rasa bersyukur kerana dengan izin dan
limpah kurnia dari Tuhan, dapatlah saya menyiapkan tugasan kerja kursus projek semester ini
walaupun tidaklah sesempurna seperti yang diinginkan.
Saya telah diberi tugasan kerja kursus pendek untuk mengkaji mengenai Pendidikan
Kewarganegaran Global dan bagaimana ia dapat menangani masalah isu alam sekitar ialitu
isu perubahan iklim. Berdasarkan kerja kursus, saya telah mendapat banyak manfaat dan
sesuatu yang baru untuk dipelajari. Hasil yang diperolehi melalui kerja kursus projek ini,
banyak membantu saya sebagai seorang pekerja yang kini berhadapan dengan masalah isu
global yang semakin serius ini.
Selain itu, bagi melengkapkan kerja kursus ini,apa yang saya perolehi ialah saya telah
belajar bagaimana untuk memetik sumber-sumber di mana saya telah mengambil artikel
dalam format APA. Sebelum ini, saya tidak tahu bagaimana untuk memetik sumber dengan
betul. Kerja kursus ini telah banyak membantu saya untuk meningkatkan kemahiran berkerja
saya. Hal ini adalah kerana saya berupaya untuk mencari bahan mengenai penyelesaian
masalah ini dan saya juga dapat menyiapkan kerja ini pada waktu yang ditetapkan.
Melaluinya juga, saya dapat mendisiplinkan diri terutamanya dalam pembahagian masa yang
sistematik atau teratur.
Dengan ini, saya ingin berterima kasih kepada pihak OUM kerana memberi peluang
kepada saya untuk melengkapkan kerja kursus ini.

12
OUMH1603

7.0 RUJUKAN

1. Climate Action. Sustainable Development International and United Nations


Environment Programme (UNEP) (2007).
2. Enzler, S.M. (2008), The Greenhouse Effect and Global Warming. Lenntech Holding.
3. Malaysia Environmental Quality Report (2006), Department of Environmental,
Ministry of Natural Resources and Environment, Malaysia (2006).
4. Pelaksanaan Program Protokol Montreal Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian
Alam Sekitar dan Sumber Asli, Malaysia (2004).
5. United Nation Frame Work Convention on Climate Change, Report of the Conference
of the Parties serving as the meeting of the Parties to the Kyoto Protocol, Montreal
(2005).
6. https://www.mosti.gov.my/web/wp-content/uploads/2019/04/11.-Dasar-Perubahan-
Iklim-Negara-dwi-bahasa.pdf
7. https://www.liputan6.com/global/read/3924758/ini-7-cara-mengatasi-perubahan-iklim-
merujuk-pada-unep
8. https://ms.wikipedia.org/wiki/Matlamat_Pembangunan_Mampan
9. https://www.studocu.com/my/document/unitar-international-university/early-
childhood-education/tutorial-work/peran-pendidikan-kewarganegaraan-dalam-
membangun-w/6449453/view

13

Anda mungkin juga menyukai