Anda di halaman 1dari 18

Pastikan A dalam genggaman kita

Set 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan inovasi dan langkah-langkah untuk membantu
inovasi. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Inovasi ditakrifkan sebagai apa-apa aktiviti yang dilaksanakan, diusahakan menggunakan idea, pemikiran dan kemampuan akal serta
segala kemudahan di sekitar bagi menghasilkan penemuan atau produk atau memberi nilai tambah bagi manfaat sosial. Inovasi merupakan
hasil daripada kreativiti dan ia penting kerana beberapa sebab. Inovasi boleh membawa kepada peningkatan produktiviti dan pertumbuhan
ekonomi. Inovasi akan memberi manfaat dari segi ekonomi dengan mengkomersialkan produk. Produk yang dijangka banyak menonjol pada
masa akan datang lebih tertumpu kepada bahan yang mesra alam.
Inovasi juga memberi keperluan pelanggan dan masyarakat dalam perkara seperti perkhidmatan penyampaian yang cepat dan cekap.
Kita boleh melihat kepentingan inovasi dalam penciptaan telegraf elektromagnetik pada tahun 1832. Bermula daripada penggunaan kod Morse
kini kita beralih ke telefon mudah alih. Ia membolehkan orang ramai berkomunikasi dengan cepat dan efektif. Melalui inovasi dan kreativiti,
kaedah baru dapat dilaksanakan dalam memenuhi kehendak pelanggan dan pengguna. Sebagai contoh, telefon bimbit direka cipta untuk
berkomunikasi tetapi inovasi ke atasnya telah dilakukan membolehkan penambahan ciri-ciri lain yang menarik perhatian pembeli dan melariskan
jualan. Inovasi juga dapat membuka pasaran tempatan dan global. Ini penting untuk pembangunan produk yang akan membawa kepada
peningkatan permintaan dan menggalakkan pelaburan pekerjaan. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan peluang pekerjaan dan
mengurangkan masalah pengangguran serta meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Idea untuk mencipta sebuah kanta kecil yang boleh digunakan di mata telah difikirkan oleh para saintis dan bijak pandai sejak kurun
ke-16. Ia sebenarnya merupakan buah fikir artis terkenal Itali. Leonardo da Vinci. Kanta lekap pertama dicipta oleh seorang saintis Switzerland
pada tahun 1888. Pada tahun 1947, seorang warga Amerika Syarikat mencipta kanta diperbuat daripada plastik yang hanya menutup bahagian
konea mata. Ini menunjukkan inovasi dapat meningkatkan persaingan negara. Peningkatan persaingan global turut menguji keupayaan negara
untuk memperkenalkan produk baru dan proses-proses. Ini juga akan menjana kekayaan dan keuntungan industri negara. Semuanya ini
memerlukan inovasi dan kreativiti. Sifat kreatif inilah yang membawa kepada penghasilan ciptaan terbaru. Kreativiti menjadi asas kepada inovasi
tetapi bukan sebaliknya. Kreativiti bukan semestinya bakat semula jadi kerana ia boleh digilap. Dengan beberapa kepentingan dan perlunya
inovasi dihasilkan dalam masyarakat , maka budaya kreativiti perlu digalakkan.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Memupuk
Kreativit Mencambah Inovasii, Estidotmy, 26 Oktober 2005)
Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri
(i)

Huraikan maksud rangkai kata menjana kekayaan dan keuntungan berdasarkan petikan di atas.

[2 markah]

(ii)

Mengapakah kreativiti penting kepada inovasi?

[2 markah]

(iii)

Pada pendapat anda, apakah kekangan yang dihadapi oleh individu untuk menghasilkan inovasi mereka.
[4 markah]

Latihan Rumusan tingkatan 4 / 5 2014_yasbiha

Pastikan A dalam genggaman kita

Set 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca guru bertindak agresif terhadap para pelajar
dan kesannya kepada pelajar. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sejak akhir-akhir ini media massa kerap memaparkan kes guru bertindak kasar atau agresif terhadap pelajar. Fenomena ini tidak
boleh dipandang ringan. Walaupun begitu kita tidak boleh menghukum para guru dengan sewenang-wenangnya. Sesuatu perkara yang berlaku
pasti ada puncanya. Sistem pendidikan masa kini semakin mencabar. Ia perlu seiring dengan kemajuan dan keperluan negara. Oleh itu guru
perlu menyediakan bahan-bahan pengajaran dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan supaya dia tidak tercicir. Ini menyebabkan
sebahagian guru berasa tertekan dengan beban kerja tetapi guru tidak boleh mengambil cuti beberapa hari dengan alasan ada tekanan kerja.
Mungkin guru ada masalah dengan kerjanya atau masalah di rumah. Dalam keadaan seperti itu, lebih baik para pelajar mendiamkan diri dan
tidak mencari pasal.
Guru bertindak agresif kerana ingin mengawal keadaan kelas yang kadang-kadang riuh rendah seperti di pasar. Lagipun jumlah
pelajar di dalam kelas terlalu ramai, sukar bagi guru mengawal kelas. Memang tindakan guru kadang-kadang agak keterlaluan, tetapi pihak
pelajar juga sepatutnya memandang serius apabila guru memberi amaran atau arahan. Guru bertindak agresif apabila arahan dan amarannyan
tidak diendahkan. Hal juga berpunca daripada sikap pelajar yang kurang sopan, tidak menghormati guru, biadab dan melawan cakap guru.
Jarang-jarang guru bertindak agresif secara melulu atau spontan. Biasanya guru memberi peringatan atau amaran terlebih dahulu.
Pelajar kerap kali terlupa bahawa terdapat banyak guru di sekolah dan guru-guru itu pula berlainan perangainya. Ada guru yang tidak
ambil kisah apabila pelajar bising, ada juga yang akan menegur dan ada juga yang menangis apabila keadaan kelas tidak terkawal. Guru
kadang-kadang terlepas cakap dan mungkin berasa malu untuk menarik balik kata-katanya. Apabila terdapat pelajar yang melanggar peraturan,
guru berkenaan pun mengotakan janjinya itu. Salah satu sebab guru bertindak agresif adalah kerana berasa tidak puas hati dengan bentuk
hukuman daripada pihak guru disiplin atau pihak pengurusan. Mungkin guru tersebut berasa hukuman yang pihak berkenaan berikan tidak
setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar itu lalu menghukumnya lagi.
Kesimpulannya, hanya orang yang marah dan tidak berfikir panjang sahaja yang akan bertindak agresif. Keguruan merupakan
profesion yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Walau bagaimanapun, kesabaran ini kerap dicabar oleh tindakan yang berbentuk
provokasi daripada pelajar-pelajar. Sekiranya guru dapat bertenang apabila menghadapi situasi yang tegang itu, tentulah guru boleh berfikir
dengan lebih rasional, lebih matang dan lebih tepat dalam tindakannya. Ada kalanya lebih baik guru beredar sahaja dari situasi yang sangat
mencabar kesabaran itu untuk mencari ketenangan. Pelajar yang melakukan salah laku tidak seharusnya dibiarkan sahaja.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Pandangan Pelajar: Mengapakah Guru Bertindak Agresif, Pendidik, Bil 16- 2005)
Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri
(i)

Huraikan maksud rangkai kata tindakan yang berbentuk provokasi berdasarkan petikan di atas.

[2 markah]

(ii)

Apakah tindakan yang harus dilakukan oleh guru dalam menghadapi situasi yang tegang itu?

[3 markah]

(iii)

Sebagai pelajar, bagaimanakah anda dapat membantu mengatasi masalah guru yang bertindak agresif ini? [4 markah]

Latihan Rumusan tingkatan 4 / 5 2014_yasbiha

Pastikan A dalam genggaman kita

Set 3
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan rumusan tentang faktor-faktor pelajar tidak berminat mengambil mata pelajaran
sastera dan akibatnya Panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan
Pada tahun 2002, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
memperkenalkan Komponen Sastera (KOMSAS) dalam pendidikan Bahasa Melayu kepada pelajar sekolah menengah. Mulai tahun tersebut
juga, semua pelajar peringkat menengah wajib mengikuti KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah. Pendedahan kepada dunia sastera
menjadi landasan kepada pelajar untuk menghayati dan seterusnya menghargai sastera. Namun, yang mengecewakan, pelajar hari ini tetap
memandang rendah terhadap dunia sastera. Timbul pelbagai rungutan dan alasan daripada pelajar apabila bercakap tentang sastera.
Dalam ledakan teknologi maklumat kini, rata-rata pelajar menyatakan subjek Sastera tidak menjanjikan masa depan yang cerah
berbanding dengan subjek lain. Arus globalisasi yang berlaku turut merubah pandangan pelajar terhadap sastera. Mereka lebih rela menghafal
formula sains daripada membaca bait-bait puisi. Selain itu mereka juga berpendapat peluang melayakkan diri untuk memasuki Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjadi tipis jika mereka mengambil subjek Sastera. Hal ini disebabkan kursus yang ditawarkan dan peluang
berkhidmat dalam bidang sastera agak terhad berbanding dengan subjek lain.
Budaya kurang membaca dalam masyarakat juga mendorong pelajar meminggirkan sastera. Tambahan pula, kebanyakan pelajar hari
ini tidak mempunyai minat untuk membaca bahan bacaan yang serius. Mereka beranggapan bahawa pembacaan yang berterusan diperlukan
untuk menguasai dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran sastera.
Persepsi yang berlainan juga berlaku terhadap subjek Sastera apabila segelintir daripada pelajar menganggap sastera merupakan
mata pelajaran yang senang atau mudah untuk lulus dalam peperiksaan. Mereka menganggap, mereka tidak perlu bertungkus lumus untuk
mempelajari mata pelajaran Sastera. Disebabkan faktor tersebut, mereka mengambil subjek sastera walaupun pada hakikatnya mereka tidak
mengetahui makna sebenarnya sastera. Mereka belajar sekadar untuk lulus dalam peperiksaan semata-mata tanpa cuba untuk mendalaminya.
Tidak kurang juga yang menganggap bahawa sastera itu sebagai perkara yang terlalu sukar untuk difahami, memberatkan fikiran, dan
seterusnya tanpa ragu-ragu menyatakan bahawa sastera merupakan subjek yang begitu susah. Pelbagai pandangan dan tanggapan negatif
yang diberikan oleh pelajar terhadap sastera, secara tidak disedari menutup laluan yang telah dibuka oleh Kementerian Pendidikan kepada
mereka.
Yang paling penting, kesedaran diri pelajar sendiri dalam memupuk minat akan sastera. Selain itu persekitaran merupakan faktor yang
membantu menanam minat pelajar akan sastera. Kini, terpulanglah kepada pelajar sama ada hendak menggunakan laluan yang disediakan oleh
Kementerian Pendidikan dengan sepenuhnya atau bak kata pepatah, tepuk dada, tanyalah selera.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana, Pelajar dan Sastera,
oleh Norhafiza Abu Seman, Tunas Cipta, November, 2005).
Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata persepsi yang berlainan juga berlaku
(ii) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar mengambil mata pelajaran Sastera?
(iii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah yang diperolehi dengan mengambil mata
pelajaran sastera.

[2 markah]
[3 markah]

[4 markah]

Latihan Rumusan tingkatan 4 / 5 2014_yasbiha

Pastikan A dalam genggaman kita

Set 4
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan rumusan tentang keburukan produk kelangsingan badan terhadap kesihatan dan
langkah-langkah untuk mengurangkan penggunaannya. Panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan
Masalah obesiti atau kegemukan sekarang menjadi fenomena sejagat. Kelangsungan fenomena ini mengundang kebanjiran
pelbagai produk melangsingkan badan. Produk sebegini begitu kuat pengaruhnya kepada pengguna kerana keberkesanan strategi promosi
yang dilakukan oleh pengeluarnya. Penggunaan selebriti untuk memperkatakan keberkesanan produk juga memikat hati pembeli. Malah
promosi produk ini amat kerap dipaparkan melalui media massa.
Terdapat produk kelangsingan badan di pasaran yang mempunyai beberapa kesan negatif. Antaranya ialah produk yang merangsang
peningkatan jumlah air kencing yang dikenali sebagai diuretik. Dengan penggunaan produk ini, penurunan berat badan belaku disebabkan oleh
penurunan dalam jumlah air dan potasium yang terkandung dalam badan. Kekurangan potasium menyebabkan kelemahan otot termasuk otot
jantung. Penyingkiran bahan ini juga boleh mengakibatkan kecelaruan pemikiran. Kekurangan air dalam tubuh juga menyebabkan dihidrasi yang
turut membahayakan kesihatan.
Di samping itu terdapat juga produk kesihatan yang meningkatkan kekerapan membuang air besar. Kekerapan ini mengakibatkan
penggunanya mendapat cirit-birit. Cirit-birit yang berterusan menghalang penyerapan zat makanan yang sempurna, yang mengakibatkan
kehilangan vitamin dan mineral dalam tubuh. Oleh itu, individu yang menggunakan produk ini dinasihatkan menghentikan penggunaannya bagi
mengelakkan kesan yang memudaratkan. Ini kerana, produk ini juga menghalang fungsi normal usus bagi menghasilkan najis yang normal.
Produk kelangsingan badan yang paling popular ialah produk yang boleh mengurangkan selera makan. Biasanya produk ini
mengandungi dadah terbitan seperti adernalin, fenfluramin, norepinefrin atau norpseudoepinefrin. Produk kelangsingan tubuh jenis ini
menyebabkan rasa loya, muntah, kekeringan mulut dan rasa dahaga. Malah produk jenis ini juga boleh menyebabkan rasa keresahan, sukar
tidur (insomnia) dan mudah marah. Sekiranya dibiarkan berpanjangan keadaan ini akan membawa kepada permasalahan psikologi. Apa yang
membimbangkan produk ini turut mengganggu kadar denyutan jantung yang akhirnya akan mengakibatkan penyakit jantung yang kronik.
Terdapat juga laporan yang menunjukkan kesan produk kelangsingan ini terhadap kerosakan hati penggunanya. Hal ini demikian kerana
kebanyakan dadah yang diambil ini masuk ke dalam aliran darah serta akhirnya akan dimetabolismekan di dalam hati.
Sebenarnya kaedah yang terbaik dalam menurunkan berat badan ialah dengan mengawal selera makan serta mengamalkan
senaman yang berterusan. Kaedah ini tidak memberikan permasalahan kepada kesihatan dan jika diamalkan secara berterusan nescaya
membolehkan seseorang mempunyai bentuk badan yang menarik.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana, Bahaya Produk Kelangsingan Badan,
oleh Siti Balkis Budin, Dewan Masyarakat, Oktober, 2005).

Soalan 2 (a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata kelangsungan fenomena ini dalam petikan di atas?

[2 markah]

(ii)Apakah faktor-faktor yang menyebabkan produk kelangsingan badan mendapat sambutan daripada pengguna?
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah masyarakat dapat menjaga kesihatan diri?

[3 markah]

[4 markah]

Latihan Rumusan tingkatan 4 / 5 2014_yasbiha

Pastikan A dalam genggaman kita

Set 5
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan rumusan tentang usaha-usaha yang dijalankan untuk memartabatkan profesion
keguruan dan kepentingannya kepada guru-guru . Panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan
Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilngan, begitulah tema hari guru pada tahun lepas dan tahun sebelumnya. Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk melahirkan generasi yang mengutamakan kualiti dalam setiap pekerjaan mereka.
Guru merupakan golongan yang berada di barisan paling hadapan untuk memastikan hasrat ini tercapai.
Untuk mencapai hasrat ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengaturkan beberapa strategi untuk memartabatkan profesion
keguruan. Mungkin yang paling mudah antara startegi-strategi ini adalah menambah baik Skim Perkihdmatan Pendidikan. Memang selama ini
pun banyak usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menambah baik aspek ini. Tujuannya amat mudah iaitu untuk menjadikan profesion
keguruan mempunyai skim yang menarik dan dengan itu dapat menarik calon yang berkualiti untuk menyertai profesion ini. Diharapkan,
kehadiran guru yang berkualiti dapat memertabatkan profesion keguruan.
Dalam hal ini pujian harus diberikan kepada KPM sekarang yang berusaha mendapatkan calon terbaik melalui Program Pelajar
Cemerlang dan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Melalui program ini setidak-tidaknya pelajar cemerlang yang
benar-benar berminat telah dikenal pasti sejak selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walau bagaimanapun KPM menghadapi cabaran kerana
membuka laluan kepada graduan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Ini kerana mereka dikatakan memilih profesion ini sebagai pilihan
terakhir. Oleh itu prestasi mereka dalam kerjaya tersebut kurang memuaskan malah dikatakan memilih dan tidak mahu ditempatkan di kawasan
pedalaman.
KPM juga berusaha untuk menambah bilangan guru yang berkelulusan ijazah. Dengan itu KPM berura-ura untuk merealisasikan
penaikan taraf maktab perguruan kepada institusi yang bertaraf universiti. Dengan usaha ini KPM dapat mengawal kualiti dan ciri guru yang
hendak dihasilkan. Usaha ini juga dapat menawarkan tempat kepada pelajar martikulasi yang berminat untuk menjadi guru tetapi terhalang oleh
jumlah tempat yang mampu disediakan oleh IPTA.
Untuk memastikan guru dapat memberikan perkhidmatan berkualiti, KPM akan memastikan penempatan guru bersesuaian dengan
kehendak diri guru tersebut. Selain itu KPM juga berusaha untuk mempertimbangkan permohonan pertukaran guru dengan lebih mudah.
Dengan cara ini tekanan yang dihadapi guru dapat dikurangkan. Bagi mengurangkan tekanan dan memastikan kualiti kerja guru tidak terjejas,
KPM telah mengarahkan agar beban kerja guru dikaji. Dengan ini guru dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas hakiki mereka iaitu
mengajar dan mendidik.
Strategi seterusnya adalah dengan meningkatkan rasa bangga dan keyakinan guru terhadap profesion mereka. Diharapkan langkah
tersebut akan mengembalikan penghormatan masyarakat terhadap profesion keguruan. Strategi ini bukanlah sukar, namun ia menuntut
kesatuan fikiran dan tindakan warga guru. Melalui perubahan dalaman dan pembetulan kendiri ini, barulah pandangan masyarakat terhadap
guru akan berubah.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana, merenung kembali Profesion Keguruan di Malaysia,
oleh Siti Balkis Budin, Dewan Masyarakat, Oktober, 2005).

Soalan 2 (a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)

Berikan maksud rangkai kata berura-ura untuk merealisasikan dalam petikan di atas.

[2 markah]

(ii) Apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menerima graduan Kursus Lepasan Ijazah (KPLI)?
[3 markah]
(iii) Pada pandapat anda apakah yang perlu dilakukan oleh seorang guru supaya mereka dipandang tinggi oleh masyarakat?
[4 markah]
Latihan Rumusan tingkatan 4 / 5 2014_yasbiha

Pastikan A dalam genggaman kita

Set 6
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang tujuan Sistem Taksiran Sendiri (STS) yang diperkenalkan oleh
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan ke mana hasil cukai negara dibelanjakan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Mulai tahun 2005, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mula memperkenal Sistem Taksiran Sendiri (STS) bagi mewajibkan kira-kira
tiga juta pembayar cukai individu membuat taksiran dan menentukan sendiri jumlah cukai yang perlu dibayar. Sistem ini diperkenalkan sebagai
satu usaha meningkatkan kutipan cukai. Walau bagaimanapun ramai orang tidak memahami STS dan merasakan ianya satu beban dan
menyukarkan. Begitu juga pelbagai aspek percukaian lain yang kadang-kadang dianggap rumit. Sehubungan dengan itu, LHDN mengambil
pelbagai inisiatif menerangkan mengenai STS kepada pembayar cukai. Melalui sistem ini LHDN menjangkakan tahap pematuhan pembayaran
cukai dalam kalangan pembayar cukai akan meningkat. LHDN juga mahu meningkatkan jumlah pembayar cukai melalui pendidikan pembayaran
cukai. Sebelum ini ramai tenaga kerja LHDN digunakan untuk menjalankan kerja-kerja taksiran, keadaan ini sebenarnya merugikan. Jika LHDN
dapat mendidik orang ramai mengenai pembayaran cukai melalui tafsiran sendiri maka kita dapat mengurangkan penggunaan sumber tenaga.
LHDN juga akan terus memperbaiki mutu kerja kakitangan sedia ada dan menyediakan unit penerangan percukaian kepada pembayar
cukai. Usaha-usaha mengutip cukai akan diberi keutamaan bukan lagi mentafsir cukai. Mengambil tindakan undang-undang kepada mereka
yang ingkar membayar cukai merupakan jalan terakhir memastikan sumber kewangan kerajaan ini tidak tiris. Apa yang penting melalui sistem
STS ini, orang ramai akan membuat bayaran tanpa banyak alasan. Pelbagai faedah akan dinikmati rakyat jika semua pihak sama-sama
melaksanakan tanggungjawab membayar cukai. Jika kita tidak dapat merasai faedahnya sekarang mungkin faedahnya akan dirasai oleh anak
cucu kita pada masa akan datang.
Semua pembayar cukai harus menghantar borang bayaran cukai mereka. Jika mereka tidak tahu atau tidak faham berhubung
potongan cukai tersebut, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengambil tahu mengenainya. Melalui kaedah STS ini juga pihak LHDN
berharap dapat meningkatkan kemampuan menjejaki pembayar cukai yang culas selain dapat meringankan beban menjejaki individu yang
ingkar hingga ke rumah atau menulis surat amaran. Semua ini membantu LHDN mengurangkan kos operasi yang semakin meningkat.
Setiap pembayar cukai pasti akan faham tanggungjawab mereka dan mereka akan terus melunaskan kewajipan penting ini setiap
tahun. Sementara itu pihak LHDN pula akan berpegang, kepada logo Mesra, Membantu dan Memuaskan dalam melaksanakan amanah yang
digalas.
(Diubahsuai daripada, Hasil dijangka meningkat
melalui STS, Berita Minggu,Ahad, 27 Mac 2005)

Soalan 2 (a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)

Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Taksiran Sendiri (STS)?

[2 markah]

(ii)

Mengapakah LHDN mengambil pelbagai inisiatif menerangkan mengenai STS kepada pembayar cukai?
[ 3 markah ]

(iii)

Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah individu yang sepatutnya membayar cukai tidak berbuat demikian?
[ 4 markah]

Latihan Rumusan tingkatan 4 / 5 2014_yasbiha

10

Pastikan A dalam genggaman kita

Set 7
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang langkah memperkasa sekolah kebangsaan dan halangannya.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Proses pengintergrasian kaum memang wajar dimulakan daripada peringkat sekolah lagi, tetapi kita bagaikan masih tercari-cari
apakah ramuan yang terbaik untuk menghasilkan generasi yang diharapkan? Sekolah Wawasan umpamanya merupakan satu usaha yang baik,
namun mampukah dengan hanya berkongsi padang atau kantin sekolah berjaya merapatkan hubungan antara para pelajar berlainan kaum?
Jika proses ini berlaku dalam dua bangunan yang berbeza, agak mustahil mereka dapat berkongsi aspirasi yang sama. Jika mereka hanya
berinteraksi sewaktu di kantin atau di padang sekolah, semangat kekitaan tidak akan wujud sebagai satu entiti, sebaliknya secara berasingan.
Maka kewujudan tiga buah sekolah berlainan aliran dalam satu kawasan seperti konsep Sekolah Wawasan dilihat sukar untuk mencapai
matlamat perpaduan.
Belajar dalam satu kelas dan dalam satu sekolah yang sama adalah kuncinya, bukan dalam satu kawasan sekolah tetapi kelas atau
bangunan yang berasingan. Biarkan para pelajar Melayu, Cina, India, atau kaum-kaum lain berada dalam satu kelas untuk mengikuti mata
pelajaran yang diwajibkan. Justeru proses memperkasakan sekolah kebangsaan agar sifatnya menjadi lebih nasional dilihat sebagai sesuatu
yang amat wajar. Imej nasional tersebut mampu mengurangkan prasangka negatif. Pelbagai kemudahan di sekolah kebangsaan mesti
ditingkatkan setanding atau lebih baik berbanding sekolah jenis kebangsaan. Persepsi kemudahan di sekolah kebangsaan yang selalunya
usang, serba kekurangan, daif harus dihapuskan. Faktor-faktor inilah yang menjadikan sekolah kebangsaan di pandang rendah. Lokasi
sesebuah sekolah antara faktor yang boleh mempengaruhi ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar di sana. Sekolah kebangsaan
haruslah dibina di lokasi yang strategik seperti berhampiran dengan tempat kediaman, mudah dihubungi dan berdekatan dengan pelbagai
kemudahan.
Langkah seterusnya yang boleh diambil adalah menawarkan semua mata pelajaran yang diajar di SJK Cina dan SJK Tamil, di
sekolah-sekolah kebangsaan. Hilangkah identiti sesuatu kaum itu jika ia dikongsi dan diberi peluang kepada kaum lain untuk menghayatinya?
Biarkan pelajar-pelajar Melayu diberi peluang mempelajari mata pelajaran yang selama ini ditawarkan di SJK Cina atau SJK Tamil. Memang
sudah tertanam di dasar setiap minda kita bahawa sekolah adalah tempat untuk menimba seberapa banyak ilmu.
Menyediakan tenaga pengajar yang bertaraf dunia di sekolah-sekolah kebangsaan merupakan strategi penting. Tenaga pengajar yang
berkualiti teras kecemerlangan sesebuah sekolah. Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dianggap nadi utama
menghasilkan insan atau pelajar yang berilmu. Justeru sekolah kebangsaan haruslah menekankan aspek tersebut agar lebih diyakini oleh
semua lapisan masyarakat. Hal ini demikian untuk menjamin prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar sekolah kebangsaan sentiasa
tinggi. Keadaan ini sudah tentu akan dapat menarik minat pelajar pelbagai kaum untuk belajar di sekolah kebangsaan dan seterusnya menjadi
pewaris perpaduan pada masa depan.
(Diubahsuai daripada Perkasakan Sekolah Kebangsaan, Utusan Malaysia, Selasa 15 Mac 2005 )

Soalan 2 (a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)

Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Wawasan?

(ii)

Mengapakah kemampuan Sekolah Wawasan merapatkan hubungan antara para pelajar berlainan kaum dipersoalkan?

(iii)

Pada pendapat anda mengapakah masyarakat Malaysia perlu bersatu padu?

[ 2 markah ]
[ 3 markah ]
[ 4 markah ]

Latihan Rumusan tingkatan 4 / 5 2014_yasbiha

11

Pastikan A dalam genggaman kita

Set 8
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan menggunakan biodiesel dan usaha-usaha
meningkatkan penggunaannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Minyak merupakan pembekal tenaga terbesar di dunia iaitu sebanyak 36% diikuti oleh arang batu 23%, gas asli 21%, dan lain-lain.
Separuh daripada jumlah minyak yang digunakan adalah untuk kenderaan pengangkutan. Walaupun petroleum merupakan pembekal tenaga
yang paling efisien, penggunaannya telah menimbulkan pelbagai masalah. Oleh itu, bahan api alternatif diperlukan bagi mengurangkan
masalah-masalah tersebut. Antara bahan api alternatif yang dikenal pasti adalah biodiesel. Bahan api biodiesel semakin mendapat perhatian
kerana selain mesra alam dan sumbernya pula boleh diperbaharui.
Pencemaran udara daripada asap kenderaan merupakan satu masalah besar dan semakin membimbangkan. Sejumlah 21% daripada
gas karbon dioksida yang dibebaskan berpunca daripada asap kenderaan. Gas-gas karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dan
nitrogen oksida yang dikeluarkan daripada pembakaran bahan api petroleum menyebabkan berlakunya peningkatan suhu dunia dan hujan asid
selain boleh mengancam kesihatan manusia. Biodiesel didapati tidak mengandungi sulfur, maka tiada pencemaran sulfur dioksida. Sifatnya
yang sedemikian menjadikan biodiesel antara pilihan bijak menyelamatkan alam sekitar dan seterusnya nyawa manusia. Pembakaran biodisel
juga tidak mengeluarkan karbon dioksida berlebihan. Karbon dioksida yang dikeluarkan akan dikitar semula melalui proses fotosintesis
selanjutnya.
Sumber membuat biodiesel berbeza-beza mengikut negara, contonya minyak kacang soya di Amerika Syarikat, minyak rapeseed di
Eropah dan minyak sawit di Malaysia. Justeru kerana dihasilkan daripada sumber bahan-bahan organik semula jadi menyebabkan biodiesel
mudah terurai.
Campuran biodiesel dan diesel petrol didapati sesuai digunakan dalam kereta-kereta moden tanpa perlu mengubah suai enjin
kenderaan. Maka tiada sebarang kos tambahan diperlukan. Biodiesel juga berupaya melarut sisa mendapan diesel petrol yang terdapat dalam
enjin dan sekaligus membersihkannya. Debu dalam asap kenderaan sebenarnya berpunca daripada pembakaran bahan api yang tidak
lengekap. Penggunaan biodiesel boleh meningkatkan kecekapan pembakaran dan seterusnya mengurangkan pencemaran debu. Samasamalah kita meningkatkan penggunaan bahan bakar biodiesel demi menyelamatkan alam sekitar dan kesejahteraan generasi akan datang.
(Diubah suai daripada Bahan api bio Utusan Malaysia, Rabu 28 Disember 2005. )

Soalan 2 (a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)

Berikan maksud rangkai kata berupaya melarut sisa mendapan

(ii)

Apakah kesan pencemaran akibat daripada pembakaran bahan api petroleum?

(iii)

Pada pendapat anda, apakah masalah yang dihadapi dalam usaha meningkatkan penggunaan bahan api biodiesel ?

[ 2 markah ]

Latihan Rumusan tingkatan 4 / 5 2014_yasbiha

[ 3 markah ]

[ 4 markah]

12

Pastikan A dalam genggaman kita

Set 9
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan buli dan usaha-usaha mengatasi masalah buli di
sekolah. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Perbuatan buli diertikan sebagai mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan. Fenomena
buli dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu buli secara langsung dan buli secara tidak langsung. Buli secara langsung termasuklah aksi
mengugut, menyepak, menumbuk, menendang dan sebagainya. Buli secara tidak langsung seperti mengejek, mengacau dengan kata-kata,
diketawakan dan gosip-gosip liar. Lebih 80 peratus pelajar mengakui pernah terlibat dalam kes buli secara tidak langsung. Pelajar lelaki lebih
banyak terbabit dalam kes buli berbanding pelajar perempuan. Pelajar tingkatan empat didapati paling sedikit terbabit dalam kes buli berbanding
pelajar tingkatan rendah yang lain.
Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang, malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. Di luar negara
seorang murid membunuh diri kerana diejek gemuk dan berambut kerinting, malah ada yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli.
Mangsa buli juga akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungannya dengan orang lain dan ahli
keluarga. Tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsanya, tetapi rakan sekelasnya yang menyaksikan
perbuatan itu walaupun mereka tidak dibuli. Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Psikologi dan
Kaunseling, Falkulti Pendidikan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Suradi Salim, berpendapat bahawa mangsa buli akan merobah personaliti
mereka menjadi seorang yang penakut. Mangsa juga takut ke sekolah.
Sebetulnya, perasaan takut yang luar biasa ini amat memeritkan. Jika dibiarkan, akan membentuk peribadi individu terbabit menjadi
lemah dan kurang keyakinan diri. Akibat ketakutan yang amat sangat inilah menyebabkan mereka tidak akan mengadu kepada guru atau ibu
bapa. Sebaliknya pembuli berasa seronok kerana dapat membuli mangsanya. Masalah ini hanya dapat dikesan apabila menjadi serius sehingga
berlaku kecederaan fizikal. Sedangkan selama ini emosi mangsa telah lama cedera akibat perbuatan pembuli atau mereka yang tidak begitu
mengendahkan aduannya. Atasi segera masalah berkenaan supaya pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran. Oleh
itu, semua pihak perlu berkerjasama bagi menangani masalah yang semakin meruncing dan berbahaya ini.
(Diubahsuai daripada Menangani masalah buli di sekolahDewan Siswa, Ogos 2005.

Soalan 2 (a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)

Berikan maksud rangkai kata gosip-gosip liar.

(ii)

Takrifkan dengan jelas fenomena buli di kalangan pelajar.

(iii)

Pada pendapat anda, mengapakah ramai pelajar terbabit dalam kes-kes buli di sekolah?

[ 2 markah ]

[ 3 markah ]

Latihan Rumusan tingkatan 4 / 5 2014_yasbiha

[ 4 markah ]

13

Pastikan A dalam genggaman kita

Set 10
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah membanteras penyalahgunaan dadah dan
kepentingannya kepada negara . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.
Malaysia menggunakan pelbagai pendekatan untuk membanteras penagihan dadah yang menjadi ancaman kepada bangsa dan
negara. Namun, jumlah penagih dadah di negara ini semakin meningkat. Ancaman dadah meragut beribu-ribu nyawa anak muda.
Ancaman yang dibawa oleh dadah kepada masyarakat dan negara menyebabkan kerajaan Malaysia mengisytiharkan dadah sebagai
musuh nombor satu negara. Dari segi undang-undang, Malaysia melaksanakan undang-undang yang keras dan tidak bertolak ansur terhadap
ancaman dadah. Hal ini termasuklah menguatkuasakan Akta Penagih Dadah 1983 dan Akta Dadah Berbahaya 1952, yang mengenakan
hukuman mati mandatori ke atas pengedar dadah sekiranya jumlah dadah melebihi had 3 kilogram. Pengawalan yang lebih ketat juga dilakukan
di lokasi yang strategik termasuk lapangan terbang antarabangsa, sempadan negara, kawasan perairan dan pelabuhan. Semua bentuk dadah
yang dibawa masuk untuk tujuan perubatan dikawal ketat oleh agen antinarkotik dan agen antidadah negara.
Usaha membanteras penagihan dadah merupakan usaha jangka panjang dan melibatkan pelbagai agensi seperti polis, pegawai
perubatan, kaunselor, badan bukan kerajaan hinggalah pemimpin politik. Bidang pendidikan juga mempunyai peranan yang tersendiri dalam
mendepani masalah dadah ini. Kempen kesedaran perlu ditanam di peringkat sekolah terutama memasukkan isu dan kesan penagihan dadah
ke dalam sukatan kurikulum sekolah. Pendidikan untuk menimbulkan keinsafan serta kebencian terhadap dadah perlu dipertingkat dalam
kalangan masyarakat. Masyarakat perlu dididik dan diberi kesedaran supaya sentiasa membenci dadah. Antaranya ialah dengan memaparkan
kesan buruk dadah, kesengsaraan hidup disebabkan dadah, tindakan undang-undang terhadap penagih dan pengedar dadah dan sebagainya.
Iklan dan filem yang berkesan berkait dengan keburukan dan penagihan dadah perlu disiarkan dalam media massa untuk
menimbulkan kesedaran kepada orang ramai. Khutbah atau ceramah di masjid, gereja dan rumah ibadat perlu juga memberi perhatian kepada
isu berkaitan ancaman dadah sebagai musuh utama masyarakat dan negara. Program pembangunan belia dan pembangunan komuniti wajar
diperluas dan aktif dengan mengetengahkan agenda yang berkaitan dengan kehidupan yang sihat dan bebas daripada ancaman dadah.
Seharusnya usaha-usaha yang dijalankan mendatangkan kesan dan hasil yang positif. Malangnya realiti yang berlaku amat mengecewakan.
Dadah terus menjadi ancaman yang kritikal kepada masa depan Malaysia.

(Diubahsuaikan daripada rencana Penagihan Dadah:


Merenung Kegagalan oleh Abdul Rahim Abdul Rashid,
Dewan Masyarakat, Oktober 2004)

Soalan 2 (a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i.

Berikan maksud rangkai kata menggunakan pelbagai pendekatan berdasarkan petikan di atas.

ii.

Bagaimanakah caranya masyarakat dapat dididik untuk membenci dadah.

iii.

Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang itu menagih dadah.

[ 2 markah ]
[3 markah ]

Latihan Rumusan tingkatan 4 / 5 2014_yasbiha

[ 4 markah ]

14

Pastikan A dalam genggaman kita

Set 11
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk memajukan sukan bola sepak negara dan
faedah-faedahnya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.
Kejayaan skuad bola sepak negara bawah 23 tahun menumpaskan Thailand dalam Kejohanan Pesta Bola Sepak Merdeka baru-baru
ini memberikan harapan baru kepada peminat-peminat bola sepak tempatan. Kemenangan ini berjaya membina keyakinan seterusnya
meningkatkan moral pemain-pemain sebelum turun bertarung dalam Sukan SEA September ini. Lebih jauh daripada itu, peminat mula
memasang impian untuk melihat skuad ini mengangkat kembali maruah bola sepak tempatan di peringkat antarabangsa seperti tahun 70-an dan
80-an. Malangnya pada peringkat separuh akhir, skuad ini tewas 0-2 kepada pasukan Bosnia yang menyerlahkan segala kelemahan pemainpemain dari segi kekuatan fizikal, ketangkasan, pengalaman, kosentrasi dalam permainan dan kegagalan menangani tekanan. Oleh hal yang
demikian, pihak yang bertanggungjawab perlu melakukan perancangan jangka panjang yang tersusun dan berterusan untuk membentuk
pasukan bola sepak yang bertaraf dunia.
Pemilihan pemain-pemain yang berbakat perlu dilakukan seawal umur tujuh tahun. Saiz fizikal juga perlu diambil kira memandangkan
persaingan pada peringkat tertinggi menuntut ciri ini. Seterusnya, pemain-pemain dihimpunkan di suatu tempat dan dilatih dengan cara ala
ketenteraan untuk menguatkan aspek fizikal. Aspek mental juga perlu dititikberatkan untuk melahirkan skuad bertaraf dunia. Jurulatih dari luar
negara yang mempunyai rekod yang memberangsangkan perlu diambil untuk mengajar teknik-teknik asas yang perlu dikuasai oleh pemainpemain. Pada peringkat umur sebegini, teknik-teknik yang diajar lebih mudah dan cepat dikuasai.
Seterusnya, pemain-pemain yang berpotensi perlu dihantar berlatih di negara-negara Eropah. Jumlah pemain yang dihantar perlu
dipertingkat bilangannya dan meliputi kesemua posisi. Pemain-pemain ini akan sentiasa terdedah dengan corak permainan, teknik, taktik dan
kemahiran-kemahiran yang terkini. Di Eropah, saiz badan dan kekuatan pemain-pemain boleh membantu kekuatan pemain-pemain kita.
Akhirnya, kepulangan pemain-pemain ini akan membantu memantapkan pasukan negara.
Permainan bola sepak tidak boleh dipisahkan daripada disiplin sains. Oleh sebab itu, pihak-pihak tertentu perlu sentiasa melakukan
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam menyediakan pemain-pemain yang berkualiti. Hal-hal seperti pemakanan dan bantuan perlu
diselidik, dikaji dan diperkenalkan. Pengambilan pakar-pakar dalam bidang yang dinyatakan perlu dilakukan. Kita perlu mengkaji kemajuan
pasukan bola sepak Jepun, Cina atau pun jiran terdekat, Thailand yang begitu cepat meningkat dan menduduki kedudukan yang lebih atas
daripada kita.
(Dipetik daripada Surat Pembaca, Zulkifli Yusof,
Dewan Masyarakat, Oktober 2002)

Soalan 2 (a) : Petikan Umum


Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i.

Berikan maksud rangkai kata mempunyai rekod yang memberangsangkan berdasarkan petikan di atas.

ii.

Bagaimana disiplin sains dapat membantu memajukan sukan bola sepak negara?

iii.

Pada pendapat anda, mengapakah mutu sukan bola sepak negara kini semakin merosot ?

Latihan Rumusan tingkatan 4 / 5 2014_yasbiha

[ 2 markah

[ 3 markah ]

[ 4 markah]

15

Pastikan A dalam genggaman kita

Set 12
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk
semangat kejiranan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat.
Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan
yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu
diketahui oleh jiraan. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. Pertolongan
seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak saudara. Jiran yang
berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yang besar kepada kita. Hal ini kerana mereka
memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu
menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.
Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan
keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan
peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli
keluarga sendiri. Setiap ahli masayrakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum
hujan. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program
yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang
mantap sesama jiran.
Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir
dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran
yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka.
Sekirannya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan
perpecahan.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan
sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada
masa akan datang.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara Kekalkan Hubungan Baik,
oleh Ahmad Tarmizi Zakaria, Utusan Malaysia, Jun 2003)

Latihan Rumusan tingkatan 4 / 5 2014_yasbiha

16

Pastikan A dalam genggaman kita

Set 13
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor siswazah menganggur dan kesannya kepada
negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kajian yang dijalankan oleh Persekutuan Pengeluar Malaysia (FMM) baru-baru ini mendapati bahawa peratus pengangguran di
kalangan siswazah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan Pesta
Kerjaya untuk siswazah menganggur pada 7 April 2005. Pesta tersebut memberi peluang kepada siswazah untuk mendapatkan pekerjaan
terutama dalam sektor pembuatan, perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan.
Kebanyakan siswazah tidak memahami prospek pekerjaan yang dipohon sehingga menyebabkan mereka gagal dalam temu duga.
Sering kali juga diuar-uarkan oleh banyak pihak bahawa penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan siswazah menyebabkan
mereka gagal mendapatkan pekerjaan. Menurut kajian yang dilakukan terhadap 3300 orang pengurus sumber manusia pelbagai syarikat di
Malaysia mendapati 56 peratus siswazah yang datang temu duga di syarikat mereka lemah berbahasa Inggeris. Faktor ini ada rasionalnya
memandangkan pekerjaan di sektor swasta memerlukan pengetahuan bahasa Inggeris yang tinggi kerana mereka berurusan dengan syarikat
antarabangsa. Selain itu, kira-kira 26 peratus siswazah ini dikatakan tidak berketerampilan dan memiliki personaliti yang kurang menarik,
manakala 32 peratus mendapati kebanyakan siswazah mengharapkan gaji serta ganjaran yang lumayan.
Jelas bahawa bahasa Inggeris diletakkan sebagai asas yang penting oleh majikan dalam menemu duga seseorang calon bagi sesuatu
jawatan. Namun, Sistem Pendidikan Kebangsaan yang dibina sejak merdeka dahulu meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar
utama. Ketidaksamaan antara dasar pendidikan dengan dasar majikan ini menimbulkan masalah pengangguran yang cukup membingungkan.
Tidak dinafikan bahawa bahasa Inggeris penting sebagai bahasa komunikasi antarabangsa, tetapi kelemahan kemahiran berkomunikasi
merupakan satu lagi faktor yang perlu diteliti. Hakikatnya, siswazah di negara ini bukan sahaja lemah penguasaan bahasa Inggeris malah tidak
mempunyai keyakinan diri apabila berkomunikasi dengan khalayak. Terdapat juga faktor lain seperti mobiliti kerana siswazah masih terikat
dengan tempat kelahiran dan tidak mahu keluar mencari kerja di tempat lain.
Siswazah seharusnya merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam Skim Latihan Siswazah Menganggur (SLSM) bagi
menumpukan penyediaan kemahiran yang lebih tinggi selain mendedahkan siswazah kepada suasana dunia pekerjaan. Penglibatan siswazah
dalam sesuatu sektor ekonomi juga harus dikembangkan. Usaha lain yang dapat membantu mengurangkan masalah pengangguran dalam
kalangan siswazah adalah dengan mempelbagaikan kegiatan kokurikulum di institusi pengajian tinggi (IPT). Kegiatan kokurikulum merupakan
pemangkin untuk siswazah meningkatkan motivasi selepas mereka tamat belajar.
Kesimpulannya, penguasaan bahasa Inggeris yang baik tidak dinafikan merupakan aset yang penting bagi seseorang siswazah
apabila melangkah ke dunia pekerjaan, tetapi faktor kemahiran komunikasi tidak wajar dikesampingkan. Biar siapa pun diri kita yang penting
ialah perlunya berkomunikasi.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana: Mengapakan Siswazah
Menganggur, oleh Puteri Roslinda Abdul Wahid,
Dewan Masyarakat,Julai 2005)
Soalan 2 (a) : Petikan Umum
Berdasarkan petikan di atas, jawab-jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i.

Berikan maksud rangkai kata cukup membingungkan seperti dalam petikan di atas. [2 markah]

ii.

Apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan siswazah?
[3 markah ]

iii.

Sekiranya anda seorang siswazah menganggur, apakah yang anda akan lakukan untuk mengatasi masalah ini?
[ 4 markah ]
Latihan Rumusan tingkatan 4 / 5 2014_yasbiha

17

Pastikan A dalam genggaman kita

Set 14
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan rumusan tentang ciri-ciri membuat teguran yang baik dan faedah-faedah membuat
teguran. Panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan
Salah satu budaya yang dimiliki oleh bangsa maju di dunia ialah budaya menegur. Budaya menegur bererti budaya yang
menggalakkan anggota budaya itu menegur antara satu sama lain dengan tujuan untuk memperbaik keadaan. Budaya menegur dapat dikaitkan
dengan kehidupan berkomuniti yang membentuk perpaduan sosial dalam sistem (budaya) perhubungan sosial Melayu.
Apabila seseorang menegur, teguran tersebut mestilah bertujuan untuk menasihati orang. Teguran yang diberi semestinya tidak boleh
menimbulkan perselisihan. Sekiranya teguran yang diberi itu mengakibatkan pergaduhan, maka sia-sialah tujuan teguran tersebut. Orang yang
ditegur akan mengatakan bahawa orang yang menegurnya senghaja mencari fasal dengannya. Lazimnya tomahan ini berlaku sekiranya orang
yang ditegur tidak dapat menerima teguran tersebut. Tidak berguna kalau orang yang menegur lebih banyak menimbulkan masalah daripada
menyelesaikannya. Oleh sebab itu orang yang menegur itu mestilah mempunyai kelayakan ilmu dan moral yang dapat diteladani oleh pihak
yang ditegur.
Tidak berlaku proses tegur-menegur sekiranya pihak yang menegur bersikap bahawa hanya pendapatnya sahaja yang betul. Oleh itu
teguran yang baik mestilah ada ciri-ciri interaksi antara kedua-dua pihak. Melalui proses ini, pihak yang menegur pun dapat belajar daripada
pihak yang ditegur. Amalan mengumpat tidak seharusnnya wujud dalam budaya menegur. Kalau sesebuah masyarakat anggotanya lebih suka
mengumpat dan mengutuk, hal ini merupakan tanda-tanda bahawa amalan menegur tidak digalakkan dalam masyarakat tersebut. Lazimnya
keadaan ini akan menyaksikan pandangan kritis tetapi membina tidak digalakkan. Masyarakat ini akan menganggap pandangan begitu boleh
menjejaskan keputusan yang sudah dibuat oleh pihak yang berkuasa.
Kecemerlangan bangsa Melayu dalam apa-apa juga bidang bergantung pada banyak faktor. Antaranya ialah faktor amalan menegur
dalam budaya Melayu. Amalan ini sebenarnya sudah lama wujud dalam budaya Melayu. Amalan menegur dalam masyarakat Melayu
semestinya dilakukan secara halus dan bertatatertib. Dengan kata lain teguran dalam kalangan masyarakat Melayu adalah dalam bentuk kiasan
dan sindiran, sehingga kesannya dapat meresap ke dalam jiwa orang yang menjadi sasaran. Seterusnya ketika membuat teguran sikap baling
batu sembunyi tangan seharusnya dihindarkan. Teguran mestilah dibuat secara bersemuka antara yang menegur dan yang ditegur. Cara ini
membolehkan penerima teguran dapat menerimanya dengan hati terbuka.
Perbuatan menegur secara kasar dan biadab perlu dielakkan. Ini bukan bermakna orang yang menegur tidak berani atau lemah.
Namun teguran secara berhemah akan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Namun agak menyedihkan apabila akhir-akhir ini
orang Melayu mengetahui terdapat banyak masalah yang boleh merosakkan masa depan bangsa mereka, tetapi mereka tidak boleh berbuat
apa-apa untuk menyelesaikan masalah itu. Ini disebabkan oleh budaya menegur tidak lagi menjadi panduan bersama untuk memajukan bangsa
mereka.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana, Budaya Menegur,
oleh Hassan Ahmad, Dewan Masyarakat, April, 2005).
Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i.

Berikan maksud rangkai kata lazimnya tomahan ini dalam petikan di atas.

[2 markah]

ii.

Apakah yang akan berlaku skiranya amalan mengumpat dibenarkan dalam sesebuah masyarakat?

[3 markah]

iii.

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya teguran dibuat secara tidak berhemah?

[4 markah]

Latihan Rumusan tingkatan 4 / 5 2014_yasbiha

18

Pastikan A dalam genggaman kita

Set 15
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengatasi permasalahan sosial dan kesan
gejala sosial kepada masyarakat. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Walaupun pelbagai kisah gemilang mewarnai pencapaian negara terutamanya dalam bidang ekonomi dan politik, namun dalam
bidang sosial lebih banyak lakaran suram yang terpahat lantaran meningkatnya pelbagai kes jenayah dan gejala sosial yang cukup rencam
sifatnya. Fenomena ini mendorong pelbagai pihak berusaha bersungguh-sungguh untuk merangka dasar , strategi dan tindakan untuk
menanganinya. Antara tindakan jangka panjang kerajaan dalam usaha ini ialah memperkenalkan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan (FSK) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Dalam usaha memerangi kemelut sosial yang kian
meruncing terutamanya di bandar-bandar, ada pihak yang mencadangkan pewujudan konsep bandar dan pekan selamat. Konsep ini mampu
menjadikan sesebuah bandar itu bebas daripada sebarang ancaman fizikal, sosial dan mental yang boleh mengganggu kesejahteraan
penduduk setempat. Konsep ini berkemungkinan dapat dilaksanakan apabila mendapat restu kerajaan. Di samping itu, kerajaan juga telah
memperkenalkan Dasar Sosial Negara (DSN) dijangka dapat menggerakkan tenaga pelbagai sektor dalam menangani isu sosial. Dasar
strategik ini bukan sahaja disasarkan kepada golongan remaja tetapi meliputi semua peringkat usia.
Selain daripada usaha pencegahan melalui penguatkuasaan undang-undang sedia ada, faktor hukuman juga seharusnya diberi
perhatian oleh pihak kerajaan. Ini kerana hukuman yang lebih berat menjadikan mereka yang ingin melakukan kesalahan berfikir dua kali
sebelum melakukannya. Faktor yang tidak kurang pentingnya, yang seharusnya diberikan perhatian ialah peningkatan penduduk bandar yang
berterusan yang dianggap boleh mengundang lebih banyak masalah jenayah dan sosial. Oleh yang demikian pihak berkuasa mesti merangka
dasar pengurusan bandar di negara ini secara bijaksana termasuklah melaksanakan sepenuhnya konsep bandar selamat. Apabila
terlaksanannya konsep ini bandar akan bebas daripada keganasan yang merosakkan harta benda dan nyawa, bebas daripada kemusnahan dan
malapetaka dan penduduk bebas daripada kemerosotan sosial dan moral.
Jenayah dan kemelut sosial juga amat sinonim dengan kemiskinan dan setinggan. Oleh yang demikian kerajaan perlu mengawal
pertambahan penduduk bandar secara mendadak yang boleh menyumbang kepada masalah setinggan dan kemiskinan bandar. Dengan cara
ini, adalah diharapkan tidak akan ada kelompok yang akan terpinggir daripada arus perdana pembangunan negara kerana kelompok yang
terpinggir inilah yang selalunya cenderung untuk bertingkah laku secara negatif. Selain itu, komitmen ahli masyarakat untuk sekurang-kurangnya
melaporkan kegiatan jenayah dan gejala sosial di persekitaran mereka merupakan satu usaha yang patut disanjung tinggi.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Menggalas Cabaran Sosial Negara, oleh Zamri Misman, Dewan Masyarakat, Januari
2005)

Soalan 2 ( a ) : Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)

Jelaskan maksud lakaran suram yang terpahat dalam petikan tersebut.

( ii )

Apakah kebaikan-kebaikan daripada pelaksanaan konsep bandar selamat?

( iii )

Pada pendapat anda, mengapakah undang-undang yang sedia ada tidak berupaya mengurangkan perlakuan jenayah dan gejala
sosial di negara ini?
[4 markah]

[2 markah]

Latihan Rumusan tingkatan 4 / 5 2014_yasbiha

[3 markah]

19

Pastikan A dalam genggaman kita

Set 16
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengatasi jenayah seks dan kesan jenayah
tersebut kepada mangsa dan masyarakat. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Mungkin agak keterlaluan jika dikatakan bahawa setiap wanita tanpa mengira umur atau kedudukan perlu beranggapan bahawa
mereka mungkin pada bila-bila masa sahaja akan menjadi mangsa jenayah seks. Tetapi jika tanggapan ini diambil kira, segala usaha dan
pemikiran harus digembleng untuk mencari kaedah dan formula bagi menangani jenayah terkutuk ini.
Oleh sebab faktor-faktor yang mendorong perlakuan jenayah seks itu saling berkaitan, maka sebarang tindakan untuk menghapuskan
salah satu daripada faktor-faktor tersebut perlu dicegah, sementara yang selebihnya diabaikan. Hal ini pastinya tidak akan menghasilkan impak
yang diharap-harapkan. Tindakan undang-undang tanpa kompromi untuk membanteras pengedaran dan penjualan bahan-bahan lucah
sememangnya wajar dialu-alukan dan disokong. Tetapi perlu diingat, tindakan ini tidak akan memberi impak jangka panjang yang berkesan
sekiranya faktor-faktor lain yang mendorong kepada jenayah seks ini tidak tidak dibanteras sama. Memperuntukkan hukuman yang lebih berat
dari segi undang-undang agar mereka yang ingin melakukan jenayah seks ini berfikir dua kali sebelum melakukannya, merupakan satu kaedah
yang mesti diambil kira di samping mengurangkan had umur pengenaan hukuman kerana selama ini mereka yang berumur bawah18 tahun
tertakluk kepada undang-undang juvana yang lebih ringan hukumannya.
Namun yang lebih baik ialah kesedaran untuk berfikir dua kali itu adalah kesedaran yang datang dari dalam diri sendiri. Untuk itu
pendidikan memainkan peranan penting khususnya pendidikan informal melalui aktiviti kemasyarakatan, pembacaan dan pergaulan. Selain itu,
sikap keterbukaan yang terkawal dalam membincangkan isu-isu seks mesti dilakukan. Sudah sampai masanya, perspektif yang lebih positif
terhadap seks disebarkan dengan mengkaji semula kaedah dan matlamat pendidikan seks yang sedia ada. Sehubungan itu, aspek pertama
yang memerlukan kajian dan rumusan segera ialah kurikulum pendidikan seks sedia ada itu sendiri. Ini kerana, fungsi seks sebagai unsur
kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga serta sebagai faktor yang meneruskan kelangsungan kehidupan bermoral memang kurang
dibincangkan apatah lagi sebagai unsur yang mampu mencetuskan kegawatan sosial memang tidak diketengahkan.
Para ibu bapa dan masyarakat keseluruhannya perlu menggembleng tenaga dan fikiran ke arah membasmi perlakuan jenayah seks
ini. Langkah-langkah untuk memantau aktiviti remaja yang merupakan anak-anak atau jiran mereka merupakan sumbangan paling berharga ke
arah pembasmian yang dimaksudkan. Para remaja itu sendiri pula, perlu memantapkan disiplin kendiri dan memantapkan harga diri.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Membanteras Jenayah Seks Dengan Bijaksana, oleh Ramlan Abd. Wahab, Dewan Masyarakat,
September 2001)

Soalan 2 ( a ) : Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i

Jelaskan maksud keterbukaan tetapi terkawal dalam petikan tersebut.

ii

Mengapakah kurikulum pendidikan seks sedia ada perlu dikaji dan dirumus

iii

Pada pendapat anda, apah faktor-faktor jenayah seks di negara ini belum berjaya dikurangkan?

[2 markah]
semula?

Latihan Rumusan tingkatan 4 / 5 2014_yasbiha

[3 markah]

[4 markah]

20

Pastikan A dalam genggaman kita

Set 17
Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sikap yang perlu ada pada pelajar yang ingin cemerlang dalam
pelajaran dan cara-cara menyemai sikap positif tersebut. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sesetengah pelajar kurang senang dengan teguran dan nasihat guru tentang sikap mereka. Malah ada yang sanggup melabelkan
guru-guru berkenaan sebagai cerewet. Golongan pelajar ini tidak menyedari bahawa sikap mereka memainkan peranan penting menentukan
sama ada berjaya atau gagalnya mereka dalam pelajaran. Oleh yang demikian ada beberapa sikap yang perlu disemai dan disuburkan dalam
diri pelajar agar mereka berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.
Mendahului senarai terpenting dari segi sikap ini ialah setiap pelajar tanpa sebarang alasan mesti menghadiri kelas setiap hari. Hal ini
demikian kerana pelajar yang selalu ponteng akan akan diburu rasa bersalah dan takut kepada guru dan berasa sukar mengikuti pengajaran
guru kerana ketinggalan pelajaran terdahulu. Selain itu para pelajar mestilah sentiasa dalam keadaan siap sedia untuk belajar. Ini kerana
dengan berbekalkan serba sedikit pengetahuan tentang tajuk yang akan dipelajari, pelajar akan lebih mudah memahami dan menerima isi
pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan cara ini juga para pelajar akan lebih yakin ketika mengemukakan pendapat dan berminat untuk
mengetahui isi-isi pelajaran yang lebih mencabar. Persedian rapi juga membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam proses pengajaran
guru dengan cara bertanya atau mengemukakan pendapat.
Setiap pelajar juga mesti menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Kebiasaannya pelajar yang suka menangguhkan tugasan yang diberi akan menghasilkan tugasan yang rendah mutunya kerana dibuat dalam
keadaan tergesa-gesa. Kejayaan pelajar juga banyak bergantung kepada sejauh mana pelajar tersebut membuat rujukan untuk mencari isi-isi
pelajaran sendiri sebagai tambahan kepada apa yang telah diberikan oleh guru. Usaha ini mesti dilakukan pada sebelah petang, malam, cuti
hujung minggu atau pada musim cuti persekolahan.
Memang tidak dapat dinafikan, para pelajar memerlukan pergaulan. Namun demikian pergaulan dan berkawan mesti memberi
manfaat yang baik. Sebab itu pelajar mesti bijak memilih rakan sebaya agar mereka tidak mempengaruhi pelajar ke arah yang merugikan.
Selain itu pelajar juga mesti menjaga kesihatan tubuh badan kerana dengan tubuh yang sihat, para pelajar akan lebih mudah untuk menerima isi
pelajaran dengan berkesan. Untuk itu, pelajar perlu cukup tidur dan meluangkan sedikit masa untuk bersenam dan beriadah. Dari segi mental
pula, setiap pelajar mestilah melupakan sebarang masalah dan sentiasa menenangkan fikiran semasa guru sedang mengajar.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Sikap Mempengaruhi Akademik Pelajar, Fokus, Jun 2005)
Soalan 2 ( a ) : Pemahaman Petikan Umum
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i

Jelaskan maksud diburu rasa bersalah dalam petikan tersebut.

ii

Apakah kebaikan sekiranya pelajar mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang tajuk yang akan diajar oleh guru?

iii

Huraikan pendapat anda tentang ungkapan Minda yang cerdas berpunca daripada tubuh yang sihat

[2 markah]

Latihan Rumusan tingkatan 4 / 5 2014_yasbiha

[3 markah]

[4 markah]

21

Pastikan A dalam genggaman kita

Set 18
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab kita perlu menguasai Bahasa Inggeris dan langkahlangkah menggalakkan penguasaan bahasa Inggeris. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Menguasai lebih daripada satu bahasa merupakan satu kelebihan kepada penuturnya. Dalam konteks ini, bahasa Inggeris sebagai
bahasa utama di dunia tidak dapat dinafikan peranannya dan kepentingannya. Menyedari hakikat bahawa banyak ilmu dan maklumat dapat
diperolehi terutamanya dalam bidang sains dan teknologi dapat dikuasai jika sesaorang itu menguasai bahasa Inggeris, tidak boleh tidak setiap
orang khususnya pelajar harus menguasai bahasa ini. Tanpa menafikan kepentingan dan kedudukan bahasa Melayu di negara ini, para pelajar
perlu berfikiran positif untuk memahirkan diri menguasai bahasa Inggeris ini. Bagi seorang pelajar, menguasai bahasa Inggeris untuk lulus
peperiksaan memang merupakan sesuatu yang sentiasa berlegar dalam fikiran mereka tetapi yang lebih menyedarkan mereka tentang
kepentingan bahasa Inggeris ialah apabila mereka melangkah ke menara gading atau menceburi dunia pekerjaan kelak.
Kita perlu menerima hakikat bahawa sebahagian besar buku-buku rujukan dan bahan pengajian di universiti adalah dalam bahasa
Inggeris. Bukannya tiada langsung rujukan dalam bahasa Melayu, tetapi bilangannya amat sedikit. Bagi pelajar yang ingin mendapat markah
yang baik dalam tugasan yang dibuat, mereka perlulah membuat banyak rujukan yang tertulis dalam bahasa Inggeris. Jika mereka tidak
memahami bahasa tersebut sudah tentulah sukar untuk mempersembahkan penulisan mahupun hasil kajian yang bermutu, lengkap dan
menyeluruh. Tambah menyulitkan lagi apabila kuliah dan kursus-kursus tertentu disampaikan oleh pensyarah dalam bahasa Inggeris. Selain itu,
apabila kita melayari internet untuk mendapatkan maklumat, kita dengan akan mendapati arahan-arahan untuk mendapatkan maklumat itu
ditulis dalam bahasa Inggeris dan begitu banyak maklumat dari ribuan sumber ditulis dalam bahasa Inggeris. Kita juga tentunya tidak
berpeluang untuk berinteraksi dengan rakan-rakan seperjuangan di luar negara yang menggunakan bahasa Inggeris menerusi internet.
Apabila kita mula melangkah ke pasaran kerja pula, kepentingan bahasa Inggeris akan lebih terasa. Bermula daripada temuduga
untuk mendapatkan kerja lagi keadaan ini sudah dapat dirasakan. Ini kerana kebanyakan temuduga untuk memohon kerja terutamnya dalam
sektor swasta kebanyakannya dijalankan dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini berterusan apabila kita berhubung dengan pelanggan
terutamanya yang datang dari luar Negara. Kita harus berinteraksi dalam bahasa tersebut. Lebih penting lagi, kegagalan menguasai bahasa
Inggeris dengan baik akan menimbulkan perasaan rendah diri. Keadaan ini sudah tentulah meninggalkan kesan psikologi yang berpanjangan
yang tentunya tidak baik dari segi produktiviti mahupun emosi.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Kepentingan
Menguasai Bahasa Inggeris , editor Fokus, Julai 2005)

Soalan 2 ( a ) : Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i

Jelaskan maksud sentiasa berlegar dalam fikiran dalam petikan tersebut.

ii

Apakah masalah yang dihadapi oleh sesaorang yang tidak menguasai bahasa Inggeris apabila melayari internet?

iii

Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebakan sesaorang itu sukar menguasai bahasa Inggeris?

[2 markah]

Latihan Rumusan tingkatan 4 / 5 2014_yasbiha

[3 markah]
[4 markah]

22

Anda mungkin juga menyukai