Anda di halaman 1dari 16

Penghargaan seorang murid terhadap jasa

guru yang ikhlas membantunya sewaktu


murid itu miskin dengan menekankannya
kepentingan memakai kasut.
1. Ketegasan guru di sekolah demi mendisiplinkan pelajar.
Buktiya, Cikgu Harun yang tegas menyebabkan Ahmad takut untuk
merenung wajahnya tepat-tapat. Selain itu, Ahmad dimarahi Cikgu
Harun kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakaian
sukan.
2. Keprihatinan guru terhadap masalah murid.
Buktinya, Cikgu Harun yang prihatin akan kemiskinan keluarga
Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform
sekolah.
3. Keikhlasan murid membalas jasa guru.
Buktinya, walaupun Ahmad sudah besar dan berjawatan tinggi, namun
dia tetapi mengingati jasa Cikgu Harun dengan menghadiahinya
sepasang kasut pada setiap Hari Guru.
4. Kepentingan memakai kasut di sekolah.
PERMULAAN

1.Cikgi Harun menerima hadiah setela balik dari surau.


2.Pemberian hadiah itu membuatkan Cikgu Harun terkenang peristiwa
yang dialaminya lebih tiga puluh tahun lalu semasa mengajar di sebuah
kampung pedalaman.

PERKEMBANGAN

1.Gikgu Harun mengajar darjah tiga.


2.Seorang muridnya , Ahmad sering tidak berkasut apabila datang ke
sekolah.Perkara tersebut menimbulkan kemarahan Cikgu Harun.
PERUMITAN

1.Cikgu Harun mendenda Ahmad denganmengarahkan Ahmad mengikat


kelopak jantung pisang pada kakinya seolah-olah memakai kasut.
2.Ahmad berasa sangat malu.
3.Sejak peristiwa itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu.

PUNCAK

1.Cikgu Harun ke rumah Ahmad.


2.Cikgu Harun berasa sangat sedih apabila melihat Ahmad yang baru
balik memetik cili masih memakai kelopak jantung pisang yang sudah
berjurai-jurai.
3.Cikgu Harun pergi ke pekan dan membelikan Ahmad sepasang kasut
dan pakaian sekolah.
PELERAIAN

1.Cikgu Harun sudah bersara.


2.Ahmad pula telah menjawat jawatan pengurus besar di sebuah
syarikat pengeluar kasut.
1. Dialog – pertuturan antara watak yang dapat menghidupkan cerita.
Bukti: “Ahmad, mana kasut?” tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.

2. Monolog – watak bercakap sendiri tanpa didengar atau disedari oleh


sesiapa.
Bukti: “Jauh juga rumah Ahmad,” bisik hati kecil Cikgu Harun.

3. Monolog dalaman – kata-kata seseorang watak di dalam hati yang tidak


diketahui oleh sesiapa.
Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana
ada guru yang mahu murid-murid berhenti sekolah. Jika tidak ada murid,
dari mana datangnya kerjaya seorang guru. Murid dan guru itu saling
melengkapi. Kini, seorang murid hendak berhenti sekolah. Jika itu terjadi,
negara akan kehilangan seorang warga yang berpendidikan. Cikgu Harun
mula disapa penyesalan yang bukan sedikit ketika itu.
4. Kejutan – peristiwa yang tidak disangka-sangka oleh pembaca.
Bukti: Ahmad terkejut dengan kehadiran Cikgu Harun di rumahnya dan Cikgu Harun
terkejut melihat Ahmad masih memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung
pisang yang didenda oleh Cikgu Harun.

5. Saspens – peristiwa yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pembaca


Bukti: Besok, tempat duduk Ahmad kosong. Cikgu Harun sedar bahawa Ahmad tidak
datang. Selama ini, Ahmad tidak pernah ponteng sekolah. Dia rajin ke sekolah walaupun
terpaksa berjalan tanpa kasut.
Hari berikutnya juga Ahmad tidak datang. Hari selepasnya pun begitu. Kini, seminggu
sudah Ahmad tidak hadir. Cikgu Harun berasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia cuba
mendapatkan maklumat daripada murid-murid yang lain.

6. Pemerian – gambaran suasana atau keadaan oleh penulis.


Bukti: Sebaik sahaja sampai si sebuah rumah, tidak ada penghuni dilihat oleh Cikgu Harun
dalam rumah yang layak disebut pondok itu. Cikgu Harun memandang sekeliling. Suasana
sepi sekali. Dia pasti itulah rumah Ahmad seperti yang diberitahu oleh anak-anak muridnya
yang lain.

7. Imbas kembali – teknik watak mengingati peristiwa yang sudah berlaku.


Bukti: Cikgu Harun mengingati peristiwa yang sudah berlaku lebih 30 tahun, kejadian beliau
mendenda anak muridnya memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung
pisang.
CIKGU HARUN
Cikgu Harun sudah bersara daripada pekerjaan guru. Beliau pernah mengajar di kawasan
pedalaman 30 tahun yang lalu. Dia yang prihatin akan kebajikan murid telah
menghadiahkan sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut kepada Ahmad. Beliau
yang pernah bertegas dengan anak muridnya itu mendapat balasan baik daripada anak
muridnya yang menghadiahinya sepasang kasut berjenama mahal pada setiap sambutan
Hari Guru.

AHMAD
Ahmad merupakan seorang murid miskin yang tinggal di hujung kampung, kawasan
pedalaman. Dia terpaksa mengambil upah memetik cili hanya untuk mengumpulkan
wang demi membeli kasut sekolah lantaran ibunya yang tua dan uzur. Ahmad tidak
pernah ponteng sekolah malah sentiasa mengikut arahan gurunya, Cikgu Harun.
Walaupun Cikgu Harun mengarahkannya memakai “kasut” yang diperbuat daripada
kelopak jantung pisang, dia tetap menurut perintah tersebut. Ahmad akhirnya menjadi
seorang yang berjawatan tinggi di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar
masih mengingati jasa gurunya dengan menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut pada
Hari Guru.
IBU AHMAD
Ibu Ahmad seorang wanita separuh umur yang sudah uzur. Dia tinggal bersama
anaknya, Ahmad di sebuah pondok usang di hujung kampung. Walaupun miskin
harta, ibu Ahmad amat menghormati tetamu kerana menjemput Cikgu Harun
masuk ke rumah sementara menunggu Ahmad pulang ke rumah. Ibu Ahmad
tidak bekerja lagi kerana sudah uzur. Oleh sebab itu, Ahmad terpaksa mengambil
upah memetik cili demi menampung perbelanjaan keluarga di samping membeli
kasut sekolah.
LATAR TEMPAT
1. Rumah Cikgu Harun di bandar
Bukti: Cikgu Harun menerima bungkusan kasut baharu di rumahnya.

2. Kawasan pedalaman
Bukti: Cikgu Harun pernah bekerja sebagai guru di kawasan pedalaman lebih tiga puluh
tahun yang lalu.

3. Bilik darjah
Bukti: Cikgu Harun pernah menegur Ahmad kerana tidak berkasut ke sekolah. Selain itu,
Cikgu Harun juga bertanya kepada pelajar-pelajarnya tentang sebab Ahmad tidak hadir ke
sekolah.
4. Padang sekolah
Bukti: Di kawasan padang, murid-murid melakukan aktiviti sukan dan bersenam kecuali
Ahmad. Di situlah juga Ahmad didenda memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak
jantung pisang.
LATAR MASA
1. Zaman moden
Bukti: Cikgu Harun sudah bersara dan tinggal di bandar pada zaman moden ini. Selain itu,
Ahmad sudah menjadi pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.

2. 30 tahun yang lalu


Bukti: Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak
memakai kasut dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah. Cikgu Harun telah
mendenda Ahmad memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang.
Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan banyak
murid yang mengetawakannya.

3. Tempoh seminggu
Bukti: Selepas didenda oleh Cikgu Harun, Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu
dan kawannya memberitahu Cikgu Harun bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.

4. Waktu pagi tiga minggu selepas sekolah dibuka


Bukti: Ahmad dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut sekolah dan tidak
membawa pakaian sukan untuk aktiviti pendidikan jasmani di padang.
1. Paradoks – gabungan antara unsur positif dan negatif dalam satu ayat.
Bukti: Atau sindiran dan keikhlasan yang telah bergumpal menjadi satu.

2. Penggunaan ayat yang ringkas dan pendek.


Bukti: Soalan itu bukan yang pertama.
Waktu rehat Ahmad tidak keluar.
Dia tidak bercakap banyak.
Dia telah pun menduga.

3. Peribahasa – ungkapan menarik yang digunakan oleh pengarang


Buktinya: berkaki ayam, budak hingusan, lurus bendul, angkat muka, berkecil hati, dan
separuh umur.

4. Personifikasi – penggunaan unsur kemanusiaan dalam unsur bukan manusia.


Bukti: Rasa bersalah mula mengerang perasaannya.

5. Sinkof – penggunaan singkatan kata


Buktinya: tak, dah, nak, ni
6. Simile – unsur perbandingan secara langsung oleh penulis.
Bukti: -Suara anak kecil itu tidak mahu keluar bagai ada sesuatu yang tersengkang pada
batang tenggoraknya.
-Ahmad pun datang terkebil-kebil, tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung.
-Ahmad memandang kosong ke wajah Cikgu Harun seperti mahu meminta sesuatu.
-Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan seperti memakai kasut sekolah.
-Kadang-kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul.
-Ahmad berjalan macam lembu sakit kaki.
-Terasa ketika itu kasutnya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik. Seperti kaki
ayam yang mencakar najis. Terasa kakinya seperti kaki monyet, kaki itik, dan kaki tiang
rumahnya yang usang. Malah Ahmad terasa dirinya seperti tidak berkaki langsung.
7. Repitasi – pengulangan kata.
Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang
mahu murid-murid berhenti sekolah.

8. Gaya bahasa dialog


Bukti: “Ahmad, mana kasut?” tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.
1.Menghormati orang yang lebih tua
Pengajaran : Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua dan yang lebih
berpengalaman daripada kita.
Bukti: Ahmad amat menghormati Cikgu Harun dan tidak pernah mengingkari arahannya.

2.Keinsafan
Pengajaran : Kita mestilah sedar akan kesilapan yang kita lakukan supaya tidak
mengulanginya.
Bukti: Cikgu Harun sedar bahawa dendanya agak keterlaluan dan dia tersentuh dengan
keputusan Ahmad yang mahu berhenti sekolah kerana tidak mampu membeli kasut
sekolah.

3.Keikhlasan
Pengajaran : Kita mestilah ikhlas semasa memberikan hadiah kepada seseorang.
Bukti: Cikgu Harun tahu bahawa anak muridnya, Ahmad ikhlas memberikannya hadiah
berupa sepasang kasut berjenama demi menghargai jasa gurunya.
1.Sikap bersangka baik terhadap orang yang lain mestilah diamalkan:
Cikgu Harun bersangka baik terhadap bekas anak muridnya yang setiap tahun
mengirimkan hadiah kepadanya.

2.Sikap mengenang jasa mestilah diamalkan dalam kehidupan:


Setiap tahun Ahmad mengirimi Cikgu Harun hadiah, terutamanya pada Hari
Guru.

Anda mungkin juga menyukai