Anda di halaman 1dari 1

“Saya dah tak tahan dengan kamu. Hari ini saya nak denda kamu!

” Kata cikgu
Harun. Dia segera bangun dan mencapai sesuatu. Dia ke tepi pagar sekolah. Barangkali
mahu mencari ranting pokok ditepi pagar. Jika ada ranting itu, punggung Ahmad akan
disebatnya kuat-kuat, fikirnya. Ilmu psikologi yang dipelajarinya di maktab dahulu tidak
boleh dipakai ketika berdepan dengan budak seperti itu. Begitu fikir Cikgu Harun.
Ahmad tetap tercegat dan terkebil-kebil, menanti hukuman guru yang berasal dari Bandar
itu.
Tiba-tiba Cikgu Harun terpandang rumpun pisang merimbun di tepi pagar
sekolah. Beberapa tandan pisang terjuntai di celah-celah rumpun pisang itu. Di bawahnya
bertaburan kelopak jantung yang gugur. Besar-besar dan berwarna merah hati. Cikgu
harun memungut kelopak jantung itu lalu kembali ke tempat Ahmad sedang berdiri.
Seperti menanti hukuman gurunya.
“pergi cari tali!” arah Cikgu Harun kepada Ahmad. Murid itu tidak berkata apa-
apa. Dia terus beredar kea rah kantin sekolah. Sebentar kemudian dia kembali dengan
seutas tali rafia berwarna merah.
“Kamu pakai benda ini. Ikat elok-elok!” Cikgu harun memberikan perintah.
Jarinya dituding tepat ke arah kelopak jantung pisang. Ahmad memandang kosong ke
wajah Cikgu Harun seperti mahu meminta simpati.
“Cepat!” jerkah Cikgu Harun apabila melihat Ahmad masih tercegat. Kali ini
Ahmad tidak membantah. Dia mencangkung dengan sebelah kaki dihulurkan ke depan.
Kelopak jantung diacukan ke tapak kakinya yang comot. Kemudian, tali rafia dilalukan di
bawah kakinya itu. Kelopak jantung pisang itu kemudian diikat kemas-kemas,melekap
sendat pada kaki kematu Ahmad. Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan, seperti
memakai kasut sekolah.
“Jangan buka-buka kasut ini selagi kamu tak beli kasut baru!” cikgu Harun
memberikan amaran. Ada sedikit perasaan lucu di dalam hati Cikgu Harun melihat anak
murid yang tak dikenali latar belakang itu. Kadang-kadang, dilihatnya Ahmad seperti
lurus bendul.

(Dipetik daripada cerpen “Kasut Kelopak Jantung”, antologi


Kasut Kelopak Jantung, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

Apakah perkara yang menyebabkan Cikgu Harun mendenda Ahmad?

A Ahmad ponteng sekolah.


B Ahmad tidak memakai kasut sekolah.
C Ahmad melawan kata-kata gurunya.
D Ahmad enggan memakai kasut kelopak jantung.

Anda mungkin juga menyukai