Anda di halaman 1dari 2

Sinopsis buku “Kasut Kelopak Jantung”

Cerpen ini merupakan sebuah karya Ghazali Lateh terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku

ini merupakan sebuah cerpen yang saya baca semasa berada di tingkatan 1. Walaupun sudah

membacanya dalam jangka masa yang lama, namun cerpen ini berjaya meninggalkan kesan

yang mendalam hati saya sebagai pembaca. Lebih-lebih lagi, kisah dalam cerpen ini

berkaitan dengan kerjaya saya sebagai seorang guru.

Cerpen ini mengisahkan tentang seorang guru, iaitu cikgu Harun. Beliau merupakan

seorang guru yang mementingkan kekemasan dan kebersihan murid terutama sekali dalam

aspek pemakaian. Di sisi lain pula, Ahmad merupakan seorang murid yang miskin dan boleh

dikatakan berasal dari keluarga yang daif. Dia tinggal berasama ibunya yang uzur. Ibunya

mengambil upah memetik cili di kebun orang untuk kelangsungan hidup mereka berdua.

Namun begitu, Ahmad adalah seorang murid yang patuh pada arahan guru.
Kemudian, suatu hari cikgu Harun telah memarahi Ahmad kerana tidak memakai

kasut sekolah. Beberapa hari kemudian, dia telah mendenda Ahmad kerana tidak membawa

baju sukan. Dia menyuruh Ahmad mengikat kelopak jantung pisang dengan menggunakan tali

rafia untuk dijadikan kasut. Hal ini membuat Ahmad berasa sangat malu. Setelah kejadian

itu, Ahmad tidak pernah datang ke sekolah.

Cikgu Harun berasa kelas atas tindakannya lalu mengambil keputusan untuk melawat

Ahmad di rumahnya. Air mata cikgu Harun gugur apabila melihat keadaan Ahmad dan ibunya

yang daif. Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan perbuatannya pada Ahmad. Dia

membelikan sebuah uniform sekolah dan sepasang kasut kepada Ahmad. Pada akhir kisah,

Ahmad berjaya menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut. Dia

memberi hadiah kepada cikgu Harun setiap tahun.

Pada pendapat saya, nilai yang paling penting yang perlu ada dalam diri seorang guru

ialah prihatin. Seorang guru perlu sentiasa prihatin dengan keadaan murid-muridnya.

Sekiranya murid mempunyai masalah, guru perlu berusaha membantu mereka. Lebih-lebih

lagi pada zaman moden ini, tekanan hidup lebih besar berbanding dahulu waima kanak-kanak.

Dalam cerpen ini, rintangan yang dihadapi oleh murid ialah kemiskinan.

Namun pada masa kini, kebanyakan ibu bapa terlalu mementingkan kejayaan anak

dalam pelajaran sehingga menyebabkan tekanan mental ditambah lagi dengan penggunaan

media sosial yang memburukkan lagi keadaan. Maka tidak hairanlah jika ada kanak-kanak

seawal usia 12 tahun membunuh diri. Kesimpulannya, buku ini berjaya menyedarkan saya

betapa pentingnya nilai prihatin sebagai seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai