Anda di halaman 1dari 1

1.

melihat
Definisi: memandang/menggunakan mata untuk mengetahui sesuatu
Contoh ayat: Saya sempat melihat orang memetik daun teh di tanah tinggi itu.

2. menoleh
Definisi: berpaling memusing muka untuk melihat
Contoh ayat: Dia menoleh ke belakang kerana terdengar bunyi dentuman yang kuat.

3. menjeling
Definisi: mengerling/melihat dengan ekor mata
Contoh ayat: Nani menjeling ke arah pemuda yang tidak dikenalinya itu.

4. mengintai
Definisi: mengintip/melihat dengan sembunyi-sembunyi
Contoh ayat: Tina mengintai di sebalik tirai untuk melihat tetamu yang datang ke rumahnya.

5. menjenguk
Definisi: menjengah/melihat dengan menghulurkan kepala
Contoh ayat: Kamil menjenguk melalui tingkap rumahnya kerana terdengar suara orang
memanggilnya.

6. menatap
Definisi: memandang dengan teliti lama-lama
Contoh ayat: Nenek Kiah menatap gambar cucunya sambil menitiskan air mata kerinduan.

7. meninjau
Definisi: memerhatikan sesuatu dari tempat yang tinggi jauh
Contoh ayat: Pegawai tentera itu meninjau keadaan di sempadan dengan menggunakan teropong.

8. mendongak
Definisi: memandang ke atas
Contoh ayat: Samad mendongak untuk melihat peserta payung terjun itu terjun dari sebuah kapal
terbang.

9. melirik
Definisi: melihat dengan ekor mata dengan tajam/mengerling/menjeling
Contoh ayat: Dia melirik ke arah adiknya kerana tidak berpuas hati dengan sikapnya yang kurang
sopan itu

10. mengenyitkan
Definisi: mengelipkan sebelah mata untuk memberi isyarat
Contoh ayat: Dia tersenyum sambil mengenyitkan matanya kepadaku.

11. menjegilkan
Definisi: membuka mata luas-luas
Contoh ayat: Puan Ratna menjegilkan matanya kerana memarahi anaknya yang degil itu.

Anda mungkin juga menyukai