Anda di halaman 1dari 3

PAK PANDIR DAN SEMUT (Jokerman 14)

Alkisah bermula disebuah kampung bernama kampung beringin pendam.


Dihujung kampung tersebut terdapat sepasang suami isteri pertengahan usia
bernama Pak Pandir dan Mak Andeh. Seperti penduduk-penduduk kampung
yang lain,mereka mengerjakan ladang sebagai sumber utama rezeki mereka.
(Berlin Sans FB Demi 11)

    Pak
Pandir sangat dikenali dimana-mana kerana
kebodohannya. Dia sering diketawakan kemana sahaja
dia pergi namun,dia tidak terasa hati. Dia tetap meneruskan
kehidupannya seperti biasa. Mak Andeh pula merupakan seorang
wanita yang normal namun dia tetap menyayangi Pak Pandir
seadanya.
(Bodoni MT Black 16)

     Dipendekkan cerita,pada suatu hari Pak Pandir berburu burung


kerana Mak Andeh mengidamkan dagingnya.Walaupun tidak tahu
bagaimana untuk menangkap burung-burung tersebut,demi isterinya
yang baru mengandung 2 bulan itu dia tetap pergi berburu dengan
semangatnya.Setelah lama berjalan dia berehat dibawah sepohon
durian yang besar dan tinggi.
(Curlz MT 16)
  

    "Dah setengah hari aku berjalan tapi tak ada seekor burung pun
aku nampak.Wahai burung muncullah.Isteriku mengidamkan daging
kau sekarang.",ucap Pak Pandir perlahan.Seperti mendengarkan
ucapannya seekor enggang tiba-tiba muncul dan terbang
rendah betul-betul dihadapannya.Pak Pandir bingkas
bangun.Senyuman terus terlakar pada bibir kusamnya.
(Book Antiqua 16)
    Tanpa membuang masa,Pak Pandir mengejar enggang tadi lalu menangkapnya.Alangkah
gembiranya dia apabila berjaya menangkap burung sebesar itu.Dia terus mengikat kaki
burung tadi kemudian dia mengikat hujung tali tersebut pada kakinya sendiri.Dia mengikat
burung tersebut pada kakinya supaya ia tidak boleh terbang lagi fikirnya.
 
     Walaupun sudah mengikat kedua-dua kaki burung itu namun Sayapnya dibiarkan begitu
sahaja.Tidak lama selepas itu,sekumpulan  enggang pula datang dan  terbang rendah
melintasinya.Pak Pandir bertempik riang lalu menangkap sebanyak mana yang dia
mampu.Ada yang dikepitkan pada ketiaknya,ada yang diapit pakai kaki,ada juga yang diapit
menggunakan dagunya,selebihnya dipegang menggunakan tangan.
(calibri 12)

    Oleh kerana terlalu banyak burung yang dipegangnya,burung-burung itu dapat


terbang membawanya jauh keatas pokok kerana dia tidak mengikat sayap-sayap
mereka.Pak Pandir yang ketakutan akibat gayat itu terpaksa melepaskan burung-
burung itu kecuali yang diikat pada kakinya.
 
     "Hai burung,memandangkan hanya kau yang tinggal aku ingin membuat
perjanjian dengan kau.Kalau kau boleh terbang bawa aku kembali ke tanah,aku
akan melepaskan ikatan ini dan membiarkan kau pergi.",katanya serius.Seperti
memahami kata-katanya enggang tadi mengepak-ngepakkan sayapnya.

    Pak Pandir terus membuka ikatan pada kakinya kerana dia berfikir bahawa
burung tersebut setuju  dengan kata-katanya.Namun sebaik sahaja ikatan tadi
terlepas,si enggang terus terbang pergi meninggalkan Pak Pandir yang bodoh itu
seorang diri.
 (Arial 12)

    "Celaka kau enggang!!.Tergamak kau tipu aku?!!!.Kalau aku tahu kau


bermain muslihat tadi ,baik aku bunuh kau terus.",marahnya.Turun naik
nafasnya menahan amarah.Namun apabila menyedari dia kini berada nun
jauh tinggi diatas pokok dia kembali terdiam.Pelbagai cara difikirkan
supaya boleh kembali ke bawah.Walaupun terdapat begitu banyak akar-
akar yang menjalar pada pokok itu dan ada sesetengahnya yang boleh
digunakan untuk menuruni pokok tersebut,namun Pak Pandir tidak
terfikirkannya.

    Setelah hari mulai beranjak petang,Pak Pandir akhirnya mendapat


penyelesaian.Dia melihat semut-semut yang kelihatan begitu senang
memanjat naik pokok dan menuruni pokok tersebut tanpa jatuh.Dia
tergelak sendiri.Dahinya ditepuk berkali-kali.
(bell MT 14)

   "Bodohnya aku ni.Kenapalah aku tak terfikir dari


tadi.Terima kasih sahajalah wahai semut.",ucapnya
riang.Sambil bernyanyi kecil dia mengatur posisi
menghadap ke bawah seperti semut-semut tadi.

     Gayatnya sebentar tadi terus hilang kerana dia


yakin bahawa dia tidak akan jatuh seperti semut-
semut itu.Namun sebaik sahaja dia meluruskan
badannya menghadap ke bawah dia terus jatuh
gedebuk bagaikan nangka busuk .Pak Pandir terus
meninggal  dunia disitu tanpa ada sesiapa pun tahu
kerana kebodohannya.
(Cambria 18)

Anda mungkin juga menyukai