Anda di halaman 1dari 4

NAMA : NURUL NATASHA BT.

JAILANI
SEKOLAH : SK SERI BEKOK
TAJUK : ANAK YANG BERJASA
Pada zaman dahulu, ada seorang budak bernama Sandra.
Semenjak kecil, dia tinggal bersama-sama ibunya. Ayahnya telah
meninggal dunia sebelum dia dilahirkan. Sandra sayang akan
ibunya.
Malangnya, semasa Sandara berumur sepuluh tahun, ibunya
telah dijangkiti sejenis penyakit misteri. Badan ibunya selalu
bernanah. Oleh itu, Sandralah yang terpaksa mencari nafkah
untuk keluarganya.
Untuk mengubati penyakit ibunya, Sandra telah berjumpa
dengan doktor di merata-rata tempat. Namun begitu, tiada
seorang doktor pun yang dapat mengubati penyakit ibunya.
Pada suatu hari, seorang doktor yang terkenal telah datang
ke situ. Apabila mengetahui doktor itu mampu mengubati
pelbagai jenis penyakit, ramai orang yang mahu berjumpa
denganya termasuklah Sandra. Dia telah beratur dengan sabar
untuk berjumpa dengan doktor tersebut.
Setelah berjam-jam beratur, akhirnya tiba giliran Sandra.
Tetapi, hari telah larut malam. Sandra merayu kepada doktor itu
datang ke rumahnya untuk melihat dan merawat penyakit ibunya.
Tolonglah tuan. Ibu saya sakit. Badannya bernanah,
badannya tidak bermaya. Tolonglah tuan, rayu Sandra.

Doktor itu mendapati Sandra begitu sayang akan ibunya. Dia


pun mengikut Sandra pulang ke rumahnya. Doktor itu pun
memeriksa keadaan ibu Sandra yang terbaring di atas katil.
Sandra, penyakit ibu kamu ini memang boleh diubati.
Tetapi, daun ubat itu sangat sukar untuk ditemui. Ianya berada di
dalam
hutan
di
puncak
gunung.
Sanggupkah
kamu
mendapatkannya? Kata doktor.
Demi ibu saya, apa juga akan saya dapatkan. Apakah nama
dan bentuk daun itu? Tanya Sandra.
Daun itu diberi nama daun pokok kratu, kata doktor.
Doktor itu menerangkan cara-cara untuk mendapatkan daun
ubat itu. Setelah mendengar penerangan doktor, Sandra pun
mengemas bekalan yang ingin dibawanya. Dia ingin segera
mendapatkan daun ubat itu. Doktor itu terharu melihat akan
ketabahan dan ketaatan Sandra.
Pada awal pagi keesokan harinya, Sandra pun bertolak ke
dalam hutan untuk mendapatkan daun ubat untuk ibunya.
Sebelum meninggalkan kampong, dia sempat singgah di rumah
jirannya.
Makcik Maria, tolong tengok-tengokkan ibu saya. Saya ingin
ke hutan untuk mencari daun ubat untuknya, pinta Sandra.
Baiklah Sandra. Jagalah dirimu dan makcik doakan agar
kamu selamat dan dapat membawa pulang daun ubat itu, ujar
Makcik Maria.
Sandra bertolak ke hutan. Jalan menuju ke puncak gunung
adalah sukar dan tidak rata. Sandra perlu mengharungi bukit,

paya, dan menyeberangi sungai. Biarpun sukar, dia tetap tidak


patah semangat. Sandra tetap ingin mendapatkan daun ubat
untuk ibunya walau pelbagai halangan dan kesukaran yang
terpaksa dia tempuhi.
Selepas menempuh semua kesukaran, akhirnya dia hamper
tiba di puncak gunung. Keadaan di puncak gunung agak berbatubatu dan licin. Tiba-tiba, Sandra terpijak sebiji batu yang licin lalu
tergolek jatuh ke dalam gua. Dia menggosok-gosok punggung
yang sakit lalu menangis.
Aduh, kenapalah jadi begini? Sakitnya! kata Sandra sambil
menangis.
Sandra hampir-hampir putus asa. Dia termenung. Tiba-tiba
dia ternampak seekor katak. Dia tertarik melihat telatah katak itu.
Katak itu asyik melompat-lompat dan memanjat dengan
bersungguh-sungguh pada dinding gua itu. Walaupun katak itu
telah terjatuh semasa memanjat, ia masih tetap tidak berputus
asa malah, ia terus melompat dan memanjat. Akhirnya, katak itu
berjaya keluar dari gua itu.
Semangat tidak berputus asa yang ditunjukkan oleh katak
itu telah menyedarkan Sandra. Dia pun berusaha memanjat lubag
gua itu untuk keluar. Dia memanjat bersungguh-sungguh.
Akhirnya, dia Berjaya keluar dari gua itu. Dia terus bergegas
mendapatkan daun ubat. Hari semakin kelam. Sandra harus
segera mendapatkan daun ubat itu. Puas dia mencari namun
tidak ditemui. Hari bertambah gelap. Akhirnya dia temui juga
daun ubat itu. Poko kratu tumbuh di celahan batu-batu di puncak
gunung itu.
Dia segera pulang. Hari telah pun malam, Jalan untuk turun
ke kaki gunung itu gelap-gelita. Memandangkan ketika itu bulan

purnama, maka cahaya bulan itu dapat menerangi jalan


pulangnnya. Akhirnya, Sandra selamat sampai ke rumahnya.
Sandra merebus daun ubat itu di dalam sebuah periuk
mengikut penerangan doktor semalam. Dia memberikan
semangkuk air rebusan daun ubat itu kepada ibunya.
Setelah beberapa hari, penyakit ibunya semakin beransur
baik. Nanah di seluruh badan ibunya semakin hilang. Sandra
berasa gembira dan bersyukur apabila melihat keadaan ibunya.
Terima kasih, Sandra. Ibu bersyukur mempunyai anak
seperti kamu yang sanggup berkorban untuk ibu, kata ibunya.
Kawan-kawan, pengajaran yang kita dapat daripada kisah
ini, kita hendaklah berusaha-bersungguh dalam setiap perkara
yang kita lakukan kerana apabila kita berusah dengan tekun, kita
akan menperolehi kejayaan. Selain itu, kita mestilah menjadi
seorang anak yang berjasa kepada ibu bapa kita kerana jasa
mereka tidak terperi.

Anda mungkin juga menyukai