Anda di halaman 1dari 2

Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Pada hari ini saya ada satu kisah yang


hendak dikongsi dengan kawan-kawan. Tajuk cerita saya ialah ''Satu Ganjaran''.
Eh, ganjaran apa pula ya? Ha, kalau kawan-kawan semua hendak tahu, marilah
dengar cerita saya.

Pada suatu masa dahulu, di dalam sebuah kampung tinggal seorang


perempuan yang sudah separuh umur dan kaya-raya. Walaupun kaya, malangya
dia menghidap penyakit mata. Sudah berpuluh-puluh dukun dan tabib yang datang
mengubatinya, namun penyakit matanya masih juga belum sembuh.

''Bagaimana harus aku ubati penyakit mataku ini?'' luah perempuan kaya itu
kepada pembantunya. ''Apa kata puan tawarkan ganjaran lumayan kepada
sesiapa yang dapat mengubati penyakit mata puan itu,'' kata pembantunya.

Perempuan kaya itu pun bersetuju dengan cadangan pembantunya. Maka,


segeralah pembantunya memberitahu kepada semua orang kampung bahawa
barangsiapa yang dapat mengubati penyakit mata perempuan kaya itu,
ganjaran lumayan akan diperolahnya.

Di pinggir kampung itu, tinggal seorang pemuda yang menjual gula-


gula kapas bersama-sama dengan isterinya. Walaupun miskin, dia mempunyai
sikap yang baik hati dan pemurah.

Pada satu pagi, pemuda itu melalui sebatang jalan. Dia terdengar
pengumuman tentang penyakit mata perempuan kaya itu.

Pemuda itu teringat ketika dia masih kecil dahulu, ibunya pernah
menunjukkan kepadanya sebatang pokok ajaib yang dapat menyembuhkan
apa saja jenis penyakit.

Pada keesokan harinya, pemuda itu masuk ke hutan.Setelah


seharian berjalan, pemuda masih lagi tidak menjumpai tersebut. Tiba-tiba,
pemuda itu terkejut melihat beribu-ribu ekor semut merah keluar dari sebuah
lubang sambil membawa telur-telur yang berwarna putih di belakang.

Pemuda itu mengikut laluan keluar semut-semut merah dengan perlahan-


lahan. Rupa-rupanya, sarang semut merah telah dimasuki air sungai.

''Aku tidak akan membiarkan kamu semua mati kelemasan.''


ujar pemuda itu. Pemuda segera menolak sebuah batu besar ke tepi dan
membuat alur kecil dari sarang semut menuju ke arah sungai supaya air yang
memenuhi sarang semut itu dialirkan semula ke sungai. Semut-semut merah
kembali semula ke dalam sarang mereka. Pemuda itu pula meneruskan
perjalanannya.

''Aduhai, letih sungguh badan aku! Sudah sehari aku berjalan di hutan ini
tetapi bayang pokok ajaib itu masih belum aku temui. Lebih baik aku berehat
dahulu,'' keluh pemuda itu.

Sebaik sahaja pemuda itu melabuhkan badannya, dia pun tertidur. Tiba-tiba,
Dia terdengar satu suara berkata-kata kepadanya.

''Wahai tuan, ke manakah kamu hendak pergi?''

Pemuda itu tersedar daripada tidurnya. Dia mendapati seorang wanita


bongkok yang berambut panjang berada di hadapannya sambil memegang sebatang
tongkat.

''Saya hendak mencari pokok ajaib. Pokok itu boleh mengubati pelbagai
penyakit,'' kata pemuda itu.

''Pokok ajaib? Aku tidak pernah pun mendengar malah melihat pokok
ajaib itu, tetapi aku tahu kamu pasti akan menjumpainya jika kamu terus
mencarinya.'' kata wanita bongkok itu.

Dalam sekelip mata sahaja, wanita bongkok itu hilang daripada


pandangannya. Pemuda itu berasa hairan. Kemudian, dia terlihat sebatang
pokok bercabang tiga di hadapannnya.

''Eh, inilah pokok yang aku cari-cari itu!'' kata pemuda itu.

Pemuda itu terus mengambil beberapa helai daun lalu pulang ke rumah.
Pada keesokan harinya, pemuda itu pergi berjumpa perempuan kaya itu
dan memintanya menumbuk daun-daun itu untuk disapu pada kedua-dua
belah matanya.

Perempuan kaya itu pun segera melakukannya dan penyakit matanya pulih
seperti sediakala. Perempuan kaya itu sangat gembira. Dia pun memberikan
ganjaran lumayan seperti yang telah dijanjikan kepada pemuda itu.

Akhirnya, pemuda yang baik hati dan isterinya tidak lagi hidup dalam
kemiskinan. Mereka juga sering membantu sesiapa sahaja yang berada dalam
kesusahan.

Kawan-kawan, pengajaran cerita ini ialah saat kita berbuat baik kepada
orang lain, sesungguhnya kita juga sedang merajut kebaikan untuk
diri kita sendiri. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai