Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

TAJUK PROGRAM: NAMA :


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA AINA FARHANA BT AHMAD FAKHRUL RODZI
PERGURUAN (PISMP)
NO. KAD PENGENALAN :
BIDANG PENGKHUSUSAN: 991216-14-5058
BAHASA MELAYU (SK)
NO. ANGKA GILIRAN :
2018111340051

NAMA KURSUS / KOD: SEMESTER / TAHUN: SEMESTER 1 TAHUN 2


PENGAJARAN NOMBOR DAN OPERASI AMBILAN JUN 2018
(MTES3073)

TARIKH MULA: TARIKH HANTAR:


11JULAI 2019 1 OGOS 2019

JABATAN: PENSYARAH:
JABATAN SAINS DAN MATEMATIK DR MUHAMAD NAZRI BIN ABDUL RAHMAN

1
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 1

2.0 Isu Pengajaran dan Pembelajaran Nombor dan Operasi 2

3.0 Objektif Kajian 3


3.1 Keupayaan Menyelesaikan Masalah Matematik Berayat
Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah Dalam
Kalangan Murid Tahun 3 Sekolah Rendah. 3
3.2 Persepsi Murid Tahun Lima Terhadap Penggunaan
Kaedah Model Bar Dalam Penyelesaian Masalah Matematik
Berayat Tajuk Pecahan. 3
3.3 A Case Study Analysis Of A Mathematical Problem
Solving Program. 4

4.0 Topik-Topik Matematik Yang Dikaji 4

5.0 Resos Yang Digunakan 5


5.1 Penggunaan Gambar Rajah Sebagai Proses
Penyelesaian Masalah Matematik Berayat. 5
5.2 Kaedah Model Bar 5
5.3 Solve It ! 6

6.0 Maklumat Peserta Kajian 6

7.0 Dapatan Kajian 7


7.1 Seorang Peserta Yang Dipilih Dari Kalangan Murid
Tahun 3. 7
7.2 Temu Bual Berstruktur Dengan Guru Dan Murid. 8
7.3 56 Orang Murid Masalah Pembelajaran. 9

8.0 Cadangan Resos Dan Rancangan Aktiviti Pengajaran


Dan Pembelajaran. 9

1.0 PENGENALAN

Seseorang guru matematik yang baik seharusnya sentiasa meneroka pelbagai

2
strategi pengajaran yang terkini dan berkesan untuk dipraktikkan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Justeru melalui analisis kritikal yang
dijalankan ke atas kajian-kajian kes berkaitan pengajaran nombor dan operasi, maka
ianya akan dapat memberikan gambaran dan cetusan idea kepada para guru
berkaitan isu-isu dan strategi pengajaran nombor dan operasi yang berkesan.

Maka, tiga amalan dan rujukan dapatan penyelidikan yang berwasit dipilih untuk
menulis laporan kajian kes ini. Analisis kritikal yang dijalankan ke atas ketiga-tiga
kajian kes ini mempunyai satu isu yang sama iaitu berkaitan penyelesaian masalah
matematik berayat dalam kalangan segenap penjuru murid di serata dunia.

2.0 ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NOMBOR DAN OPERASI

Isu penyelesaian masalah matematik berayat dipilih memandangkan masalah ini


merupakan kemahiran yang sukar dikuasai. Penyelesaian masalah merupakan
antara unsur penting yang terdapat dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
yang kini diperkenalkan dalam peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM
mulai 2014. Matematik dan penyelesaian masalah berperanan luas dalam kehidupan
seharian manusia.

Kemahiran penyelesaian masalah sering dianggap sebagai salah satu aset


signifikan yang perlu ada pada diri murid dalam usaha menjadikan mereka modal
insan yang progresif dan mampu memenuhi kehendak serta cabaran masa depan
(Roslina, T. Subahan & Effandi, 2010). Namun kajian TIMSS (2011), mendapati
markah purata matematik bagi Malaysia adalah 440, dalam kategori ‘Low
International Benchmark (400)’, menunjukkan murid di Malaysia hanya mempunyai
pengetahuan nombor bulat, perpuluhan, operasi dan graf asas. Dapat kita lihat di
sini, murid di Malaysia hanya mampu menyelesaikan masalah berayat yang
melibatkan sekadar satu langkah penyelesaian.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Keupayaan Menyelesaikan Masalah Matematik Berayat Menggunakan

3
Strategi Melukis Gambar Rajah Dalam Kalangan Murid Tahun 3 Sekolah
Rendah.

Kajian ini menegaskan bahawa kemahiran proses menyelesaikan masalah yang


baik dan berkesan dalam pembelajaran matematik perlu dikuasai oleh murid pada
peringkat awal lagi. Tambahan intu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
keupayaan murid menggunakan strategi melukis gambar rajah dalam proses
penyelesaian masalah berasaskan empat langkah dalam model Polya (1957). Antara
objektif kajian ini ialah:

i. Mengenal pasti keupayaan murid Tahun tiga memahami masalah matematik


berayat.
ii. Mengenal pasti keupayaan murid Tahun tiga merancang strategi dalam
menyelesaikan masalah matematik berayat.
iii. Mengenal pasti keupayaan murid Tahun tiga melaksanakan strategi dalam
menyelesaikan masalah matematik berayat.
iv. Mengenal pasti keupayaan murid Tahun tiga menyemak semula penyelesaian
dalam menyelesaikan masalah matematik berayat.

3.2 Persepsi Murid Tahun Lima Terhadap Penggunaan Kaedah Model Bar
Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berayat Tajuk Pecahan.

Bagi kajian kes kedua, pengkaji lebih memperincikan penyelesaian masalah


matematik berayat hanya pada tajuk pecahan bagi tahun lima serta persepsi
mereka terhadap pendedahan kaedah model bar ini. Antara objektif yang
diketengahkan oleh pengkaji ialah:

i. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid tahun lima ketika
menyelesaikan masalah matematik berayat bagi tajuk pecahan.
ii. Meneroka persepsi murid tahun lima terhadap penggunaan kaedah
model bar dalam menyelesaikan masalah matematik berayat bagi tajuk
pecahan.
iii. Meninjau bagaimana pengajaran dan pembelajaran menggunakan
kaedah model bar dapat membantu murid tahun lima menyelesaikan
masalah matematik berayat bagi tajuk pecahan.
3.3 A Case Study Analysis Of A Mathematical Problem Solving Program

Tujuan kajian ini adalah untuk menyiasat sama ada program strategi kognitif

4
langsung yang direka untuk meningkatkan penyelesaian masalah perkataan (Solve
It!) akan meningkatkan ketepatan yang mana pelajar menyelesaikan masalah
perkataan pada pada peringkat pengajaran dan gred. Persoalan kajian yang ingin
dikaji ialah:

i. Adakah kaedah Solve It! memberi kesan terhadap pencapaian pelajar gred
enam dalam penyelesaian masalah matematik berayat?
ii. Apakah persepsi guru dan murid terhadap keberkesanan kaedah Solve It!
dalam pengajaran penyelesaian masalah matematik berayat?

4.0 TOPIK-TOPIK MATEMATIK YANG DIKAJI

Kajian kes yang pertama (3.1) dan ketiga (3.3) tidak menekankan pada spesifik
topik sebaliknya lebih kepada kesuluruhan topik nombor dan operasi. Sebagai
contohnya, kajian pertama menyatakan enam soalan yang diajukan kepada peserta
kajian iaitu berkaitan tajuk operasi asas, ukuran, wang, masa dan isipadu manakala
bagi kajian ketiga pula ialah kesemua topik untuk pelajar masalah pembelajaran.

Berbeza pula dengan kajian kes yang kedua (3.2), pengkaji hanya menekankan
kepada penyelasaian masalah matematik berayat bagi tajuk pecahan. Hal ini kerana,
resos yang digunakan pengkaji iaitu model bar lebih bersesuaian dan bertepatan
dengan topik yang dipilih.

5.0 RESOS YANG DIGUNAKAN

5.1 Penggunaan Gambar Rajah Sebagai Proses Penyelesaian Masalah


Matematik Berayat.

5
Rajah 1: Kerangka Konsep Menyelesaikan Masalah Matematik Berayat
Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah

Murid menggunakan strategi melukis gambar rajah di mana murid akan


membina gambaran visual yang sesuai bagi setiap maklmuat dan nilai berangka
yang telah dikenalpasti sebelum dihubungkan dengan kata-kata kunci dalam minda.
Gambaran visual ini kemudiannya dipindahkan kepada lukisan gambar rajah pada
kertas. Gambar rajah yang telah dilukis dengan lengkap dan mengambil kira semua
maklumat yang diperlukan akan memudahkan murid menentukan operasi yang
hendak digunakan. Sebagai contohnya:

Rajah 2 dan 3 : Merancang Strategi

5.2 Kaedah Model Bar

Kaedah model bar adalah satu bentuk pengajaran yang telah dibangunkan di
Singapura untuk penyelesaian masalah matematik berayat ( Krongthong Khairiree,
2012 ). Kaedah model bar juga dikenali sebagai lukisan model, kaedah model atau
bar diagram. Kaedah ini menggunakan lakaran gambar rajah berbentuk segi empat
tepat untuk menterjemahkan masalah matematik berayat. Model bar boleh datang
dalam pelbagai bentuk. Sebagai contoh dengan model keseluruhan bahagian, murid
akan melukis segi empat tepat untuk mewakili ‘keseluruhan’ kuantiti yang lebih
besar, yang boleh dibahagikan kepada dua atau lebih ‘bahagian’. Sebagai contoh:

6
Jika Johan mempunyai 7 biji epal dan Nurin mempunyai 3 epal, berapa jumlah epal
yang mereka miliki?

5.3 Solve It !
Intervensi ini merupakan “seven step problem-solving strategy” yang dicipta oleh
Montague (2007). Arahan harian Solve It ! memberi tumpuan kepada hafalan dan
penerapan tujuh proses kognitif yang terlibat. Setiap hari, pelajar akan melihat
kembali langkah-langkah:
(a) bacaan untuk memahami,
(b) pembacaan,
(c) gambaran,
(d) hipotesis,
(e) menganggar,
(f) pengiraan, dan
(g) semak.

Semasa peringkat intervensi, tujuh langkah strategi ini dicetak pada poster dan
kad indeks berlamina yang boleh digunakan pelajar pada bila-bila masa semasa fasa
intervensi. Kad-kad diberikan pada awal setiap sesi untuk memudahkan hafalan
langkah-langkah.

6.0 MAKLUMAT PESERTA KAJIAN

Bilangan minimum peserta kajian ialah seorang murid manakala bagi bilangan
maksimum pula sebanyak 54 orang murid. Pemilihan peserta kajian kes yang
pertama (3.1) dilakukan secara persampelan bertujuan dan melibatkan seorang
peserta Tahun 3 di sebuah sekolah kebangsaan di Daerah Kinta Utara. Peserta ini
berada pada tahap penguasaan baik dalam matematik.

Di samping itu, kajian kes yang kedua (3.2), melibatkan enam orang murid tahun
lima berpencapaian sederhana dalam matematik dan tiga orang guru di sekolah
kebangsaan di daerah Kota Setar. Sementara itu, kajian kes yang ketiga (3.3),
pengkaji menggunakan sampel murid gred enam yang mempunyai masalah

7
pembelajaran di Barat Daya Colorado. Jumlah sampel dan pembahagian bagi murid
biasa dan murid yang mempunyai masalah pembelajaran adalah seperti berikut:

Jadual 1

7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1 Seorang Peserta Yang Dipilih Dari Kalangan Murid Tahun 3.

Dapatan daripada penyelesaian masalah secara think aloud disusuli dengan


temubual menunjukkan peserta mempunyai keupayaan yang baik dalam
menyelesaikan masalah menggunakan 4 langkah model Polya (1957) dan strategi
melukis gambar rajah.

i. Memahami masalah (MM): P1 berupaya memahami keenam-enam masalah


yang dikemukakan.
ii. Merancang strategi (RS): P1 menunjukkan kemampuan merancang strategi
iaitu menentukan operasi dan nilai-nilai berangka yang perlu dilibatkan
dalam pengiraan berpandukan gambar rajah yang dilukis.
iii. Melaksanakan strategi (LS): P1 telah melaksanakan strategi iaitu melakukan
pengiraan yang menjana penyelesaian dengan tepat bagi keenam-enam
soalan.
iv. Menyemak semula penyelesaian (SP): P1 telah melakukan semak semula
untuk memastikan jawapan yang diperolehi adalah tepat.

7.2 Temu Bual Berstruktur Dengan Guru Dan Murid.

8
Temu bual yang telah dibuat bersama guru pemantau mendapati murid paling
tidak suka kepada kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat kerana
murid tidak suka membaca soalan. Bagi tajuk pecahan, guru pemantau
menggunakan kaedah hafal istilah yang terdapat dalam pecahan seperti pengangka,
penyebut, pecahan setara, pecahan wajar dan nombor bercampur.

Sementara itu, murid menyatakan mata pelajaran matematik sebagai mata


pelajaran yang sukar dan tidak digemari. Di samping itu, kemahiran yang sukar
diselesaikan dan mengambil masa untuk diselesaikan adalah kemahiran
penyelesaian masalah. Ini sejajar dengan dapatan oleh Schoenfeld (1985)
mendapati pelajar menghadapi kesukaran dalam masalah matematik yang
dinyatakan dengan perkataan berbanding masalah yang melibatkan simbol dan
angka. Sampel juga tidak dapat memberi contoh aktiviti bukan rutin. Ini
menggambarkan sampel kurang terdedah dengan soalan berunsur kemahiran
beraras tinggi (KBAT).

Melalui temu bual dengan sampel, mereka pernah melihat model bar seperti
yang diperkenalkan oleh pengkaji di dalam buku teks, namun guru yang mengajar
menyatakan ia sebagai rajah pecahan sahaja. Guru yang mengajar diberi pilihan
untuk memperkenalkan dua kaedah penyelesaian seperti digambarkan dalam Rajah
4 di bawah. Penggunaannya oleh murid juga bergantung kepada kefahaman murid
terhadap kaedah yang mudah difahami.

Rajah 4: Penyelesaian masalah kaedah model bar

Sampel juga menyatakan bahawa dengan kaedah model bar, mereka dapat
menggambar dan mewujudkan perwakilan grafik yang akan membolehkan mereka
membangunkan kemahiran, konsep dan pemahaman mereka berfikir secara
matematik. Mereka juga menjelaskan bahawa mereka seronok dengan pembelajaran
matematik menggunakan kaedah model bar.

9
7.3 56 Orang Murid Masalah Pembelajaran.

Jadual 2 menunjukkan keputusan ujian 10-item masalah perkataan, sebelum


dan selepas kumpulan eksperimen itu diajar strategi penyelesaian masalah Solve It!.
Seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 2, sebelum bantuan strategi Solve It!,
kumpulan percubaan mempunyai skor 0.6401 mata lebih rendah daripada kumpulan
kawalan pada ujian 10-item masalah perkataan. Selepas daripada bantuan strategi,
kumpulan eksperimen mempunyai skor purata 1.3626 mata lebih tinggi daripada
kumpulan kawalan.

Jadual 2: Keputusan 10-item masalah perkataan sebelum dan selepas.

8.0 CADANGAN RESOS DAN RANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN.

Penyelesaian masalah matematik berayat bukan setakat mencari jawapan akhir


tetapi melibatkan kefahaman dan penguasaan strategi yang lebih kompleks seperti
memahami maksud soalan, menghubungkan maklumat dengan operasi,
menjalankan operasi yang telah dikenalpasti dan mendapatkan penyelesaian yang
dikehendaki, (Mayer, 1983).

Murid pada peringkat operasi konkrit berupaya untuk berfikir secara logik tetapi
masih terbatas kepada sesuatu yang bersifat nyata (Piaget, 1952) . Sehubungan itu,
aktiviti pembelajaran pada peringkat operasi konkrit masih bergantung kepada objek-
objek maujud dan menggunakan “hand-on material”. Oleh itu, murid di peringkat ini
memerlukan bahan sokongan yang bersifat konkrit dan boleh diolah dalam usaha
mengukuhkan kefahaman konsep matematik. Dalam persekitaran perwakilan
diagramatik murid dibimbing untuk menggunakan objek-objek konkrit dalam aktiviti
pembelajaran matematik. Imej dan gambar atau rajah seharusnya digunakan untuk
mewakili konsep matematik. Saranan ini selaras dengan pendapat Dienes (1973).

10
Antara penambahbaikan yang ingin diketengahkan ialah peranan guru dalam
mendedahkan murid dengan pelbagai kaedah dan bukan hanya tertumpu kepada
teknik tradisional. Hal ini kerana, setiap individu di dalam kelas memiliki gaya
pembelajaran yang berbeza mengikut tahap kefahaman mereka (Haggart, 2011).
Sebagai contohnya, didapati dalam temu bual, ada pelajar yang tidak langsung
didedahkan dengan kaedah model bar. Justeru itu, guru tidak sewajarnya
mengehadkan cara penyelesaian masalah matematik berayat tetapi memberi
mereka peluang untuk menyelesaikan masalah matemalik berayat mengikut kaedah
pilihan mereka sendiri.

Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam


pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti
pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh mengubah
kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Tidak dapat dinafikan bahawa
penggunaan komputer dan internet sebagai salah satu bahan resos atau bahan
bantu belajar mendorong murid untuk meneroka alam maya yang baru mereka
temui. Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat
menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran
dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa
banyak perubahan kepada murid-murid. Justeru isu murid-murid malas membaca
masalah metematik berayat dapat dikurangkan kerana penggunaan TMK mampu
memupuk minat mereka malah lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran
secara kritikal.

Dapat saya simpulkan disini, kaedah visualisasi seperti gambar rajah atau lukisan
mampu membantu murid dalam menyelesaikan masalah matematik berayat dan dibantu
dengan kaedah Model Polya (1945). Model Polya (1957) juga dapat membimbing murid
menyelesaikan masalah matematik berayat dengan lebih sistematik, terancang dan
penuh kesedaran terhadap proses penyelesaian yang sedang dilaksanakan. Komitmen
guru dan semua pihak amat penting dalam melahirkan murid yang berjaya dan mencapai
hasrat negara Malaysia melahirkan modal insan yang cemerlang dan berfikiran kreatif.
(1746 p. perkataan)

RUJUKAN

Cockcroft, W. H. (1982). Mathematics counts. London: HM Stationery Office.

11
Dienes, Z. P. (1973). Mathematics through the senses, games, dance and art. NFER
Pub. Co..

Haggart, W. (2011). Discipline and learning styles: an educator's guide. Worthy


Shorts Inc.

Krongthong Khairiree, (2011). Enhancing Students’ Understanding in Word


Problems Through Bar Model Strategy. Internationnal College, Suan
Sunandha Rajabhat University, Thailand.

Laporan TIMMS, (2011). National Centre For Education Statistics, dimuat turun dari
http://nces.ed.gov/timss/results11.asp pada 24 April 2015.

Mayer, R. E. (1983). Thinking, problem-solving, cognition. New York: W. H.


Freeman & Company. Ng

Montague, M. (2007). Solve It! A practical approach to teaching mathematical


problem solving skills. Reston, VA: Exceptional Innovations.

Piaget, J. (1952). The Origins of Intelligence in Children. New York: International


universities Press.

Polya, (1945). How to solve it: A new aspect of mathematical method. Princeton,
USA, Princeton University Press.

Polya, Schoenfeld, (1957). How to solve it: A new aspect of mathematical method.
2nd ed. New York: Double Day and Co.

Roslina Radzali, T. Subahan Mohd Meerah & Effandi Zakaria. (2010). Hubungan
antara Kepercayaan Matematik, Metakognisi dan Perwakilan Masalah dengan
Kejayaan Penyelesaian Masalah Matematik. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)
(2010): 1-7.

Schoenfeld, (1985). Mathematical problem solving. Orlando, FL: Academic Press.

12

Anda mungkin juga menyukai