Anda di halaman 1dari 10

GB6013 – Kaedah Penyelidikan 1

Template Sintesis Literatur

Maklumat Artikel: Pengarang, tahun, tajuk artikel dan maklumat jurnal

Pengarang: Ayten Pinar BAL and Ahmet DOGANAY

Tahun: 2014

Tajuk Artikel: Peningkatan pemahaman bakal guru sekolah rendah dalam proses
pemodelan Matematik.

Maklumat Jurnal: Educational Sciences: Theory & Practice 14[4] ms 1375 - 1384. DOI:
10.12738/estp.2014.4.2042

Pernyataan Masalah 1. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh


seseorang bakal guru dalam mengaplikasi pemodelan
dalam penyelesaian masalah.
2. kebanyakan bakal guru masih kekurangan
pengetahuan konseptual walaupun mempunyai
pengetahuan operasional.
3. kebanyakan bakal guru mempunyai pengetahuan
matematik yang tidak tepat.

Tujuan/Objektif kajian Kajian tindakan ini bertujuan untuk melengkapkan bakal


guru dengan pengetahuan konseptual serta pengetahuan
matematik yang tepat melalui penguasaan proses
pemodelan matematik.

Objektif kajian:
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan konseptual
bakal guru.
2. Mengenal pasti tahap pengetahuan operasional
bakal guru.
3. Mengenal pasti tahap pengetahuan proses
pemodelan matematik bakal guru.

Kajian Literatur & 1. Dalam tahun kebelakangan ini, salah satu bidang
kerangka konseptual yang sering dikaji serta dibahas dalam bidang
kajian pendidikan matematik ialah konsep pemodelan
matematik yang meliputi penerapan matematik dalam
kehidupan seharian (Blum & Ferri, 2009).
2. Secara umum, model adalah satu bentuk yang mudah
daripada objek atau proses yang kompleks.
Pemodelan ialah satu proses yang kompleks yang
merangkumi aktiviti-aktiviti yang dibuat dalam
pelbagai peringkat (Maull & Berry, 2001).
3. Sriraman (2005) juga menunjukkan bahawa model
adalah satu proses yang digunakan apabila ada
masalah. Model adalah produk yang diperolehi pada
akhir proses pemodelan (Güneş, Gülçiçek, & Bağcı,
2004).
4. Tujuan pemodelan adalah untuk mentafsir,
konfigurasi dan mencuba cara yang berbeza untuk
mencapai sesuatu keputusan, dan juga untuk
memudahkan pemahaman tentang sesuatu perkara
dengan lebih mendalam (Budinsk, 2010).
5. Konsep pemodelan berguna dalam pendidikan
matematik, terutamanya dalam konteks hubungan
antara matematik dan realiti (Blum & Niss, 1991).
6. Pemodelan merupakan satu proses di mana pelajar
cuba untuk menyelesaikan masalah kehidupan
sebenar (Lesh & Doerr, 2003).
7. Pemodelan matematik ialah pembentangan masalah
sebenar yang mudah dengan menggunakan suatu
model matematik (Voskoglou, 2006).
8. Menurut Cheng (2001), model matematik ialah
demonstrasi masalah kehidupan sebenar dengan
menggunakan istilah matematik, model matematik
juga ialah satu proses yang mengubah masalah-
masalah ke dalam bahasa matematik.
9. Aktiviti-aktiviti termasuk dalam proses ini
menjadikannya mudah bagi kita untuk melihat
masalah sebenar dengan jelas, untuk mengaitkan
masalah ini dengan maklumat matematik, untuk
mengklasifikasi dan mengitlakkan masalah-masalah
tersebut dan untuk membuat satu kesimpulan
(Schwarz & Kaiser, 2007; Sriraman, 2005).
10. Menurut Berry dan Nyman (1998), dalam proses
pemodelan matematik, masalah sebenar merupakan
perkara pertama yang dibincangkan dalam bentuk
masalah matematik, kemudian masalah matematik
diselesaikan menggunakan teknik yang dikenali, dan
keputusan yang diperolehi kemudiannya akan
ditafsirkan selepas disesuaikan dengan situasi
kehidupan sebenar.
11. Menurut Ferreira dan Jacobini (2009), model
matematik menyediakan peluang yang sangat baik
kepada pelajar untuk menggunakan idea-idea mereka
dalam pelbagai bidang dan untuk mewujudkan
sambungan logik; membangun maklumat matematik
dan kemahiran untuk dilaksanakan dalam masalah
kehidupan sebenar.
12. Salah satu matlamat yang paling penting program
pendidikan matematik adalah untuk mengajar pelajar
membangunkan pemikiran matematik, untuk menjadi
penyelesai masalah yang baik (Milli Eğitim Bakanlığı
[MEB], 2011).
13. Dalam konteks ini, aktiviti pemodelan matematik di
mana konsep distrukturkan dalam persekitaran bilik
darjah, persekitaran berorientasikan operasi adalah
bergantung kepada pendekatan konseptual (Doerr &
English, 2003; English, 2006).
14. Pemodelan matematik membolehkan pelajar untuk
belajar matematik melalui kaedah yang berbeza
(Zbiek & Conner, 2006), untuk membangunkan
kemahiran mereka mengaplikasikan matematik dalam
kehidupan seharian, dan pada masa yang sama, untuk
memberi mereka kemahiran untuk memikirkan apa
yang mereka telah belajar (Zbiek & Conner, 2006).
15. Bakal guru menghadapi beberapa masalah yang
serius dalam proses pemodelan matematik (Blomhoj
& Kjeldsen, 2006; Caldeira, 2009; Csikos, Szitanyi,
& Kelemen, 2011; Çiltaş & Işık, 2013; Dowlath,
2008; Doyle, 2006; English & Watters, 2004;
Eraslan, 2011; Kertil, 2008; Keskin, 2008;
Mousoulides & English, 2008; Mousoulides,
Sriraman, Pittalis, & Christou, 2007; Sriraman, 2005;
Tekin-Dede & Bukova-Güzel,2013).
16. Dalam kajian Keskin (2008), beliau menyelidik
pengetahuan, kemahiran dan pandangan bakal guru
matematik mengenai subjek pemodelan dengan
menggunakan kaedah analisis. Pada akhir kajian
diperhatikan bakal guru matematik menghadapi
beberapa masalah dengan ujian pra-pemodelan
matematik. Walau bagaimanapun mereka berjaya
dengan ujian tersebut seleas diberi pendedahan dan
contoh-contoh yang ditunjukkan dalam teori
pemodelan.
17. Kertil (2008), hasil daripada kajian beliau atas
bagaimana bakal guru matematik menunjukkan
kemahiran menyelesaikan masalah mereka pada
proses pemodelan matematik, mendapati bahawa
kemahiran pemodelan bakal guru tidak mencukupi
untuk proses penyelesaian masalah mereka dan
mereka tidak biasa dengan aktiviti pemodelan.

Metodologi Rekabentuk Kajian: Kajian Tindakan, Kajian Kuantitatif


• Termasuk Persampelan: Persampelan tujuan iaitu persampelan
rekabentuk kajian, kriteria (36 bakal guru yang masih menyambung
persampelan, pelajaran dalam bidang pendidikan).
instrumentasi dan 47% terdiri daripada perempuan dan 53% merupakan
kaedah analisis lelaki. Kumpulan ini tidak pernah menerima sebarang
data pendidikan mengenai subjek pemodelan matematik dan
**terangkan detail yang berjaya menamatkan kursus asas matematik dan
instrument/alat kajian yang berminat dalam kelas matematik.
yang digunakan

Instrumen: Ujian kefahaman (kemahiran konsep) dan


Ujian operasi (kemahiran prosedur) serta ujian penilaian
mingguan (Ujian Pembolehubah I-II, Ujian Pembentukan
Model dan Analisis Model)

Kaedah analisis data: Kaedah Statistik Analisis dengan


Penggunaan aplikasi SPSS 17.0.

Dinilai dan dianalisis dalam tiga kategori iaitu


pembolehubah, pembinaan model dan analisis.
Pra dan pos Ujian.

Keputusan/ Dapatan Dapatan daripada Pra Ujian kefahaman dan operasi


kajian tentang pemodelan matematik
Pada permulaan kajian, bakal guru didapati tidak dapat
membina aktiviti pemodelan yang berkaitan dengan
penyelesaian masalah. Selain itu, pengetahuan
konseptual bakal guru terhad.

Keputusan kajian tindakan, keupayaan bakal guru untuk


memahami serta menyelesai masalah meningkat,
kejayaan operasi mereka juga bertambah dan mereka
dapat membuat pemodelan aktiviti untuk masalah yang
diberi.

Perbincangan/Implikasi 1. Dalam proses pemodelan matematik, banyak


kajian konsep; grafik, pengiraan peratusan, nisbah dan
perkadaran, kebarangkalian, persamaan,
pengukuran dan geometri digunakan. Oleh itu,
pelajar perlu belajar konsep-konsep ini untuk
berjaya dalam proses pemodelan matematik.
2. Guru memerlukan persepsi konsep matematik
yang mencukupi dan betul dalam menjayakan
PdP yang berkaitan penyelesaian masalah dengan
kaedah pemodelan matematik.
3. Walaupun pelajar mempunyai kemahiran
operasional yang tinggi berbanding dengan
pencapaian dalam kemahiran konsep, tetapi
mereka wajar dilengkapkan dengan kemahiran
konsep agar dapat pemahaman matematik yang
lebih dalam. Secara tidak langsung, mereka boleh
mengaplikasi matematik dalam kehidupan
seharian.

Cadangan kajian lanjutan


Tiada Cadangan kajian lanjutan.
Komen/Analisis Pengetahuan konseptual dan operasional mengambil
peranan yang penting dalam pembelajaran matematik.
Sepatutnya seseorang guru perlu mempunyai kedua-dua
pengetahuan konseptual dan operasional sebelum
mengajar di sekolah. Untuk memudahkan pelajar-pelajar
dengan lebih memahami sesuatu konsep matematik, guru
harus meringkaskan atau mempermudahkan dengan
menggunakan kaedah proses pemodelan agar pelajar
dapat memahami dengan jelas. Selain itu, seseorang guru
mesti sentiasa menyelesaikan masalah dengan kaedah
yang berbeza, agar pelajar dapat memahami konsep
matematik tersebut.

Tajuk & Penulis


Peningkatan pemahaman bakal guru sekolah rendah
dalam proses pemodelan Matematik
Oleh Ayten Pinar BAL and Ahmet DOGANAY
Metodologi
Kajian tindakan dipilih dengan satu kumpulan bakal
guru yang masih belajar. Kajian tindakan digunakan
disebabkan kaedah ini merupakan kajian yang
mengutamakan penyelesaian masalah. Dan proses ini
merupakan satu kesinambungan sehingga masalah itu
dapat diselesaikan dengan berkesan.
Instrumen
Instrumen kuantitatif yang digunakan ialah Ujian
kefahaman (kemahiran konsep) dan Ujian operasi
(kemahiran prosedur) serta ujian penilaian mingguan
(Ujian Pembolehubah I-II, Ujian Pembentukan Model
dan Analisis Model). Apabila menganalisis ujian
kefahaman matematik untuk pemodelan, satu skala
penarafan analisis telah dicipta (Ärlebäck, 2009;
Berry & Nyman, 1998; Kertil, 2008; Keskin 2008,
Panaoura, Demetriou, & Gagatsis, 2009; Sağırlı,
2010; Voskoglou, 2006). Pembolehubah skala
diwujudkan dalam skop ini terdiri daripada tiga
kategori iaitu keutamaan, pembentukan model dan
penyelesaian model matematik. Permarkahan bagi
setiap kategori adalah antara 0 – 2. Instrumen ini
berjenis pengujian. Soalan diberikan kepada
responden untuk mendapat gerakbalas mereka
berasaskan kepada permarkahan (skor). Kaedah ini
sesuai sedangkan ia dapat menjawab persoalan kajian
ini dengan pencapaian yang boleh dikesan melalui
ujian.

Persampelan
Jenis Persampelan untuk pengumpulan data
kuantitatif ialah persampelan kriteria, salah satu jenis
persampelan dalam persampelan tujuan.
Persampelan kriteria dipilih mungkin disebabkan
dengan tujuan dan objektif kajian ini. Subjek yang
dikaji di kajian ini ialah bakal guru yang masih
belajar dalam bidang pendidikan dan memenuhi
syarat di mana mereka belum didedahkan subjek
pemodelan matematik. Untuk mengkaji subjek yang
memenuhi kriteria di atas, maka pengkaji perlu
memilih sampelnya dengan sengaja.

Anda mungkin juga menyukai