Anda di halaman 1dari 19

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN

KEPUJIAN

SEMESTER JANUARI 2023

HBMT3403_V2

PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH RENDAH


BAHAGIAN II

NO. MATRIKULASI : 840516125333001


NO. KAD PENGENALAN : 840516125333
NO. TELEFON : 011-51684230
EMAIL : shahirultangah@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA MARUDU LEARNING CENTRE
ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT


BAHAGIAN I
1.0 PENGENALAN 1
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK
2.0 MODEL POLYA 2
Prinsip pertama : Memahami Masalah
Prinsip Kedua : Merangka Strategi
Prinsip Ketiga : Melaksanakan Strategi
Prinsip Keempat : Menyemak Jawapan
3.0 JENIS-JENIS STRATEGI PENGAJARAN 4
PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK
Strategi 1 : Teka Dan Uji 4
Strategi 2: Mengurus Maklumat Dalam Carta, Jadual 6
Atau Graf
Strategi 3: Mencari Pola 7
Strategi 4: Permudahkan Masalah 8
Strategi 5: Simulasi/ Melakonkan 9
Strategi 6: Melukis Gambarajah 10
Strategi 7: Bekerja Secara Songsang 11
4.0 KESIMPULAN 12
5.0 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN 13
PEMBELAJARAN - TOPIK KOORDINAT
6.0 RUJUKAN 16
7.0 BAHAGIAN II - PENYERTAAN DALAM TALIAN 17

I
PENGENALAN

Matematik adalah mata pelajaran abstrak yang melibatkan penguasaan rumus,


peraturan-peraturan, langkah kerja, algoritma dan teorem-teorem yang kerap
digunakan (Short & Spanos, 1989). Mata pelajaran ini mempunyai bahasanya
tersendiri yang khusus, walaupun kerap dikatakan bahasa Matematik adalah ringkas
tetapi ia mempunyai maksud yang khusus dan tepat bagi mempelajari Matematik.
Sebagai pendidik, kita perlu maklum bahawa setiap pelajar mempunyai latarbelakang
yang berbeza. Oleh itu guru berdepan dengan pelajar yang mempunyai ilmu dan
pengalaman tersendiri yang dipelajari dari ruang lingkup kehidupan masing-masing.
Setiap pendidik Matematik bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan
ketrampilan (Competence) dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan mengambilkira keperluan dan tahap pencapaian para pelajarnya (NCTM,
1980). guru perlu bersedia menghadapi cabaran dan perlu bijak mengatur strategi
yang berkesan untuk membantu pelajar menguasai pelajaran Matematik Menengah
Rendah dengan baik.
Strategi dan pendekatan serta kaedah pengajaran yang bersesuaian dan tepat
sangat penting dalam sesi pembelajaran untuk memastikan pelajar mampu menguasai
dan menyelesaikan masalah Matematik serta sesi pembelajaran berjalan secara efektif.
Guru juga seharusnya menyedari akan kepentingan pemilihan strategi dan kaedah
mengajar yang berkesan berdasarkan keadaan dan kemampuan pelajar itu sendiri dan
bukannya berdasarkan kemahuan seseorang guru yang secara tidak langsung
menjadikan pengajaran dan pembelajaran  memberikan daya tarikan baru yang
menarik perhatian pelajar. 
Dalam matematik, penyelesaian masalah umumnya melibatkan masalah bertulis
yang memerlukan murid untuk menginterpretasi dan memilih kaedah untuk
menyelesaikannya. Disamping itu, mematuhi prosedur Matematik bagi mencapai
keputusan dan seterusnya menganalisis hasilnya untuk memastikan sama ada
penyelesaian boleh diterima berpandukan masalah yang dikemukakan. Pelajar
digalakkan menggunakan pengetahuan sedia ada dan kemahiran untuk
mencari jawapan kepada masalah matematik, contohnya hubungan nombor dengan
polanombor. Penyelesaian masalah yang efektif bergantung kepada imaginasi,
kreativiti, pemikiran logik serta kesungguhan pelajar. Kegagalan pelajar dalam
matematik mencerminkan kegagalan mereka dalam penyelesaian masalah. Selain

1
daripada mengajar konsep dan kemahiran kepada pelajar, guru harus menekankan
kemahiran penyelesaian masalah dengan mengaplikasikan konsep dan kemahiran
yang diajar. Penggunaan masalah matematik yang praktikal dan benar akan lebih
bermakna kepada pelajar.

MODEL POLYA

Menurut Nurul Nashrah Binti Salehudin & Effandi Bin Zakaria (2017), beberapa
orang pakar matematik telah mencadangkan strategi penyelesaian masalah dengan
lebih berkesan dan sistematik antaranya ialah Polya. Model Polya merupakan model
penyelesaian masalah matematik yang dibina oleh George Polya. Beliau telah
memperkenalkan satu model penyelesaian masalah dalam bukunya ‘How to Solve
It’ yang memberikan tumpuan kepada teknik penyelesaian masalah yang menarik dan
juga prinsip pembelajaran matematik dapat dipindahkan sebaik yang mungkin. Model
ini membabitkan empat fasa utama iaitu memahami dan mentafsir sesuatu masalah;
merancang strategi penyelesaian; melaksanakan strategi penyelesaian; dan menyemak
semula penyelesaian. Oleh yang demikian, Model Polya sangat sesuai untuk
dipraktikkan dalam pengajaran penyelesaian masalah dalam matematik Menengah
Rendah.
Pendekatan ini dipercayai dapat menerokai idea – idea penting dalam matematik
serta memperkembangkan kuasa matematik iaitu keupayaan untuk membuat
matematik dan mempunyai celik akal dalam pembelajaran matematik. Ianya juga
dapat mengelakkan penekanan daripada melakukan aktiviti matematik kepada
memikirkan hubungan antara idea – idea matematik.

Prinsip pertama : Memahami Masalah


Pelajar seringkali gagal menyelesaikan masalah kerana semata-mata mereka tidak
memahami masalah tersebut. Polya telah mengajar guru-guru untuk bertanya pelajar
soalan-soalan berikut :
a. Adakah kamu memahami semua makna istilah/perkataan yang digunakan
dalam masalah tersebut ?
b. Apa yang perlu kamu cari dan tunjukkan ?
c. Bolehkah kamu menyusun semula ayat-ayat dengan perkataan sendiri ?

2
d. Bolehkah kamu menggunakan gambar atau diagram yang boleh membantu
kamu memahamkan masalah ?
e. Adakah maklumat cukup untuk menyelesaikan masalah ?

Prinsip Kedua : Merangka Strategi


Polya menegaskan, ada pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran
memilih strategi yang sesuai bergantung kepada berapa banyaknya pengalaman kita
menyelesaikan masalah sebelum ini. Antara strategi yang boleh membantu ialah:
a. Cuba jaya
b. Membuat senarai yang tersusun
c. Mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan
d. Menggunakan simetri
e. Menimbangkan kes istimewa
f. Menyelesaikan persamaan
g. Melihat pola
h. Melukis gambar
i. Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
j. Guna model
k. Bekerja dari bawah/ menggunakan maklumat terakhir terlebih dahulu
l. Guna formula
m. Guna analogi/perbandingan
n. Lakonkan/ujikaji
o. Mempermudahkan masalah

Prinsip Ketiga : Melaksanakan Strategi


langkah ini biasanya lebih mudah dari merancang strategi. Yang pelajar perlukan pada
langkah ini ialah ketekunan dan berhati-hati apabila menggunakan kemahiran yang
sedia ada. Jika tidak berjaya menyelesaikannya, patah semula ke langkah pertama dan
merancang strategi berbeza. Ini adalah langkah biasa dalam matematik yang juga
digunakan oleh pakar matematik sekalipun.

Prinsip Keempat : Menyemak Jawapan

3
Polya merasakan adalah wajar mengambil sedikit masa untuk menyemak jawapan dan
membuat refleksi. Ini bertujuan untuk mengukuhkan keyakinan dan memantapkan
pengalaman untuk mencuba masalah baru yang akan datang.

JENIS-JENIS STRATEGI PENGAJARAN PENYELESAIAN MASALAH


MATEMATIK

Strategi umum merujuk kepada prosedur yang akan membantu anda untuk memilih
pengetahuan dan kemahiran yang digunakan di semua langkah penyelesaian
masalah. Strategi yang dipilih harus fleksibel agar dapat digunakan untuk
menyelesaikan pelbagai masalah. Berikut adalah beberapa strategi yang boleh
digunakan dalam pengajaran penyelesaian masalah Matematik tahap menengah
rendah:

STRATEGI 1 : TEKA DAN UJI


Strategi teka dan uji merupakan strategi penyelesaian masalah yang paling
asas.Strategi ini menggalakkan kita membuat tekaan dan menguji samada jawapan
kitabetul atau salah. Proses ini diulang sehingga jawapan yang betul ditemui.

Langkah-langkah dalam strategi ini adalah seperti berikut:


a) Teka jawapan
b) Semak jawapan yang diteka. Adakah ia penyelesaian kepada masalahtersebut?
c) Gunakan maklumat yang disemak untuk meneka jawapan lain.
d) Ulang langkah di atas sehingga anda mendapat jawapan yang betul.

Contoh Soalan:
R U N
+ G U N
S L I M

sun dan fun mewakili dua nombor tiga digit dan swim adalah hasil tambah empat digit
bagi kedua nombor tersebut. Dengan menggunakan digit 0, 1, 2, 3, 6, 7 dan 9 sebagai
mewakili satu abjad di atas, cari nilai bagi setiap abjad.

4
Penyelesaian:
 Langkah 1 : Memahami Masalah
Setiap abjad dalam RUN, GUN dan SLIM hendaklah digantikan dengan digit 0, 1, 2,
3, 6,7 dan 9 untuk mendapatkan jumlah yang tepat. Dua digit terakhir RUN dan GUN
adalah sama.

 Langkah 2: Merancang Penyelesaian


Gunakan strategi teka dan uji. Apabila abjad n digantikan dengan salah salah daripada
digit maka, N + N  mesti M atau 10 + M.
Memandangkan 1 + 1 = 2, 3 + 3 = 6 dan 6 + 6 = 12, terdapat 3 nilai yang mungkin
bagi N iaitu 1, 3 atau 6.

 Langkah 3: Melaksanakan Penyelesaian


Jika N = 1, maka N + N = 1 + 1 = 2. Oleh itu, M = 2
Jika N = 3, maka N + N = 3 + 3 = 6. Oleh itu, M = 6
Jika N = 6, maka N + N = 6 + 6 = 12. Oleh itu, 10 + M = 12, maka M = 2

Perhatikan bahawa RUN dan GUN adalah nombor 3 digit manakala SLIM ialah


nombor empat digit. Oleh itu, apabila R dan G ditambah nilainya sudah menjadi ribu.
Maka, nilai untuk S dalam SLIM adalah 1. Ini memberikan hanya dua pilihan untuk N
iaitu 3 atau 6. Memandangkan R + G  adalah nombor dua digit dan R = 1, maka G =
9. Terdapat dua kemungkinan:
i. 1 U 3 ii. 1 U 6
+ 9 U 3 + 9 U 6
1 L I 6 1 L I 2

Dalam (i), jika U = 0, 2 atau 7, tiada nilai yang mungkin bagi I dalam digit yang
tinggal.
Dalam (ii), jika U = 3, maka U + U ditambah dengan digit puluh dari 6 + 6
memberikan i = 7. Ini bermakna w = 0. Oleh itu, jawapannya ialah S = 1, N = 6, R =
9, I = 7 dan L = 0.

5
 Langkah 4: Menyemak Semula
Semak semula jawapan dengan menggantikan nilai yang diperolehi tadi untuk
memastikan bahawa jawapan itu betul.
R U N 1 3 6
+ G U N + 9 3 6
S L I M 1 0 7 2

STRATEGI 2: MENGURUS MAKLUMAT DALAM CARTA, JADUAL ATAU


GRAF.
Strategi ini membantu mempamerkan maklumat dalam bentuk carta, jadual dan
graf supaya ia boleh dibaca dan ditafsirkan dengan cepat dan mudah. Graf boleh
digunakan untuk menunjukkan perhubungan antara dua atau lebih set kumpulan fakta
atau maklumat. Maklumat ini boleh dipamerkan sebagai piktograf, carta bar atau graf
garis. Anda perlu mahir membaca carta, jadual ataupun graf untuk mendapatkan
maklumat dan kemudian belajar bagaimana membina carta tersebut untuk melaporkan
maklumat. Membaca dan membina graf adalah kemahiran yang perlu dikuasai
sebelum mentafsir, menganalisis dan menggunakan maklumat. Strategi ini
membolehkan kita melihat hubungan dan pola maklumat.

Contoh Soalan:
Keluasan suatu segiempat tepat ialah 120 cm2. Panjang dan lebarnya adalah
nombor bulat. Apakah dua nilai yang mungkin bagi panjang dan lebarnya? Apakah
nilai yang akan memberikan perimeter yang terkecil?

Penyelesaian:
 Langkah 1: Memahami Masalah
Maklumat yang diberikan, Luas = 120 cm2. Luas = panjang x lebar.

 Langkah 2: Merancang Penyelesaian


Untuk menyelesaikan masalah, cuba cari semua nilai panjang dan lebar yang mana
hasil darabnya ialah 120.

6
 Langkah 3: Melaksanakan Penyelesaian
Bina satu jadual panjang dan lebar seperti berikut:
Lebar 2 3 4 5 6 8 10
Panjang 60 40 30 24 20 15 12
Perimeter 124 86 68 58 52 46 44

Dari jadual di atas, perimeter yang terkecil ialah 44 cm.

 Langkah 4: Menyemak Semula


Semak jawapan anda untuk memastikan bahawa jawapan anda betul
Panjang = 12, Lebar = 10.

Luas = panjang x lebar = 12 x 10
Perimeter = 2 (12 + 10) = 4

STRATEGI 3: MENCARI POLA


Dalam strategi ini, kita dikehendaki mencari pola dalam data atau maklumat yang
diberikan. Seterusnya, buat ramalan dan generalisasi berdasarkan analisis yang kita
ada. Suatu pola ialag pengulangan sistematik yang tetap. Ia mungkin dalam bentuk
angka, visual atau perlakuan. Dengan mengenalpasti pola, kita boleh meramalkan apa
yang akan berlaku seterusnya. Mencari pola ialah satu strategi yang penting dalam
penyelesaian masalah dan boleh menyelesaikan masalah hanya dengan mengecam
pola, tetapi selalunya kita perlu melanjutkan pola untuk mencari penyelesaian.
Selalunya membina jadual dari meklumat akan memndedahkan suatu pola, dan stategi
membina jadual kerap digunakan bersama strategi ini.

Contoh Soalan:
Cari dua nombor seterusnya dalam siri berikut:

7 10 14 19 25 ? ?

Penyelesaian:
Perhatikan nombor dalam siri berikut. Apakah hubungan di antara dua nombor
berturutan. Cari pola untuk nombor-nombor seterusnya.

7
7 10 14 19 25 32 40

+3 +4 +5 +6 +7 +8 +9

Berdasarkan pemerhatian, pola peningkatan setiap nombor adalah bertambah 1


nombor. Oleh itu, jawapan bagi nombor seterusnya adalah 32 (pola bertambah 8) dan
40 (Pola bertambah 9).

STRATEGI 4: PERMUDAHKAN MASALAH


Kadang kala masalah yang diberikan terlalu rumit dan kompleks. Permudahkan
masalah tersebut bermakna mewujudkan masalah yang serupa dengan menggunakan
angka-angka yang berbeza dan mudah. Kemudian buatkan perbandingan dan akhirnya
kita yang memperolehi jawapan. Strategi memudahkan masalah selalunya digunakan
dengan strategi lain. Memudahkan masalah ialah satu cara meringkaskan penyelesaian
masalah. Menulis semula masalah, menggunakan nombor-nombor yang lebih kecil
atau menukarkan penyelesaian sesuatu masalah.
Kebanyakan masalah boleh dipecahkan kepada masalah yang lebih kecil dan apabila
digabungkan kemudian akan memberikan penyelesaian. Ada juga masalah yang boleh
diselesaikan dengan bekerja secara songsang.manakala bagi masalah yang tidak boleh
diselesaikan dalam satu langkah, ianya boleh dipecahkan kepada beberapa kes dan
diselesaikan secara berasingan.

Contoh Soalan:
Berapakah segiempat tempat yang terdapat dalam grid 7 kali.

8
Penyelesaian:
Kita boleh menyelesaikan masalah ini dengan mengira bilangan segiempat.
Walaubagaimanapun, proses pengiraan ini mengambil masala yang lama. Segiempat
tersebut boleh dipecahkan kepada beberapa segiempat dan dengan mencari pola akan
membantu menyelesaikan masalah dengan pantas.

1x1 1 Segiempat

2x2 1+4 5 Segiempat

3x3 1+4+9 14 Segiempat

4x4 1 + 4 + 9 + 16 30 Segiempat

Sekiranya saiz grid itu adalah n x n, maka jumlah segiempat sama diperolehi dengan
menambah nombor yang dikuasa dua dari 12 hingga n2.
Oleh itu, grid 7 x 7 terdiri daripada 1 + 4 + 9 + 16 + 25 + 36 + 49 = 140 segiempat
sama.

STRATEGI 5: SIMULASI/ MELAKONKAN


Memodelkan atau menjalankan simulasi adalah strategi yang paling berkesan untuk
melihat pola perubahan dan keseluruhan masalah dapat dihayati dengan jelas. Dengan
menggunakan model konkrit, ianya mempermudahkan penyelesaian masalah tersebut.
Kadangkala sesuatu masalah itu sukar digambarkan atau dikenalpasti prosedur yang
sesuai untuk menyelesaikannya. Melakonkan situasi itu mungkin boleh membantu
menyelesaikan masalah tersebut. Kita boleh menggunakan orang atau objek sebenar
seperti yang diceritakan dalam masalah tersebut ataupun membantunya mencari
strategi lain yang boleh menyelesaikan masalah tersebut. Strategi ini sangat efektif
untuk kanak-kanak.

9
Contoh Soalan:
Ada 5 orang dalam sebuah bilik dan setiap orang akan berjabat tangan dengan
setiaporang sekali. Berapakah bilangan ‘jabat tangan’ yang dibuat dalam bilik
tersebut.? Dengan bantuan empat orang sahabat, lakonkan situasi masalah ini. Dua
orang akan berjabat tangan, ini akan dikira sebagai jabat tangan pertama. Kemudian
tiga orang akan berjabat tangan sesama mereka. Perhatikan berapa bilangan jabat
tangan yang dibuat apabila 3 orang melakukannya. Seterusnya, ulang proses yang
sama untuk empat orang. Catatkan bilangan jabat tangan yang berlaku.

Setelah melakonkan semula situasi masalah tersebut didapati berlaku 1 jabat tangan
untuk 2 orang, 3 jabat tangan untuk 3 orang dan 6 jabat tangan untuk 4 orang.
Sekiranya anda orang yang kelima, anda akan berjabat tangan dengan setiap daripada
4 orang tadi. Maka, jumlah jabat tangan ialah 6 + 4 = 10.

STRATEGI 6: MELUKIS GAMBARAJAH


Melakar dan melukis gambarajah adalah satu strategi yang boleh membantu dalam
penyelesaian masalah. Pelajar dapat menterjemahkan masalah dalam bentuk
matematik dengan melukis rajah atau gambar yang sesuai kerana gambarajah
menjadi perantara antara konkrit dan abstrak. Gambarajah yang dilukis haruslah
kemas, tepat dan mengikut skala.
Dengan melukis gambarajah kita dapat melihat pergerakan masalah tersebut secara
tersusun. Pembinaan model dengan menggunakan gambar rajah sesuai digunakan
untuk membantu pelajar mewakilkan bahan-bahan konkrit yang mereka gunakan
semasa menyelesaikan masalah pada peringkat konkrit. Perwakilan menggunakan
gambar rajah dapat membantu pelajar memindahkan kefahaman pada peringkat
konkrit ke peringkat abstrak.

10
Contoh Soalan:
Yuran keahlian kelab bagi lelaki dan wanita adalah dalam nisbah 4:3. Sekumpulan 2
lelaki dan 5 wanita membayar sejumlah RM4600 sebagai yuran keahlian. Berapakah
yuran keahlian untuk seorang lelaki?

Penyelesaian :
Masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan algebra. Walaubagaimana pun
ianya juga mudah untuk diselesaikan menggunakan gambar rajah.

Lelaki = 8 Bahagian Perempuan = 15 Bahagian


Jumlah Kesemua Bahagian = 8 + 15 = 23
Jumlah Yuran Keahlian = RM 4,600
Oleh itu, Sebahagian = RM 4600 = RM 200
23
Oleh itu, Yuran keahlian seorang lelaki adalah RM 200 x 4 = RM 800

STRATEGI 7: BEKERJA SECARA SONGSANG

Bagi sesetengah masalah, adalah lebih mudah bekerja secara songsang, iaitu dengan
menggunakan penyelesaian akhir untuk melihat bagaimanakah proses di awal
penyelesaian tersebut untuk mendapatkan jawapannya. Pembalikan antara strategi
yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ‘sequence’, pola, persamaan dan lain-lain.

Contoh Soalan : 
Ashraf mengambil sekumpulan jubin berwarna dari sebuah kotak. Habeeb mengambil
13 jubin dari kumpulan jubin Ashraf. Ana mengambil separuh daripada jubin yang
tinggal. Ada 11 jubin yang tinggal untuk Ashraf. Berapakah jumlah asal bilangan
jubin yang diambil oleh Ashraf pada awalnya?

Penyelesaian:
Masalah ini boleh diselesaikan dengan bermula daripada bilangan jubin yang tinggal
dan bekerja secara songsang unuk mendapatkan jawapannya. Oleh itu, semua jubin

11
yang telah diambil daripada Ashraf perlulah di’ambil’ balik untuk mendapatkan
bilangan Jubin yang asal.

Bilangan jubin yang tinggal = 11
Tambah jubin yang diambil oleh Ana = 11 + 11 = 22
Tambah jubin yang diambil oleh Habeeb = 22 + 13 = 35
Oleh itu, pada awalnya Ashraf ada 35 jubin.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada pandangan dan kenyataan di atas, dapat dirumuskan bahawa


strategi pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam pengajaran
dan pembelajaran dalam penyelesaian masalah matematik. Principles and Standards
Of Schools Mathematics (NCTM. 2000) menekankan bahawa amalan pengajaran
yang luas adalah perlu bagi pelajar untuk membolehkan pelajar membentuk
kebolehan menyelesaikan masalah. Kebolehan menyelesaikan masalah adalah penting
kepada pelajar untuk meningkatkan penaakulan, kemahiran menyelesaikan masalah
dan kemahiran berfikir secara kritis. Kemahiran ini penting untuk membentuk
kemahiran kognitif pelajar.
Penyelesaian masalah yang efektif bergantung kepada imaginasi,
kreativiti, pemikiran logik serta kesungguhan pelajar. Kegagalan pelajar dalam
matematik mencerminkan kegagalan mereka dalam penyelesaian masalah. Selain
daripada mengajar konsep dan kemahiran kepada pelajar, guru harus menekankan
kemahiran penyelesaian masalah dengan mengaplikasikan konsep dan kemahiran
yang diajar.
Penyelesaian masalah matematik bukan setakat mencari jawapan akhir tetapi
membabitkan kefahaman dan penguasaan strategi yang lebih kompleks. strategi atau
teknik yang sesuai perlu dikenalpasti bagi membantu murid menangani kesukaran
dalam menyelesaikan masalah matematik. Pandangan ini selaras dengan penjelasan
Mayer, R.E (1987) yang mengusulkan empat peringkat yang harus dilalui oleh
seseorang individu semasa penyelesaian masalah iaitu (1) menterjemahkan masalah,
(2) mengintegrasi masalah, (3) merancang dan mencari strategi, dan (4) melaksanakan
penyelesaian.

12
Tidak ada strategi tunggal yang boleh dipraktikkan untuk menyelesaikan
semua masalah. Walaubagaimanapun, ada beberapa strategi boleh digunakan untuk
menyelesaikan masalah yang sama. Kadang kala, ada beberapa strategi yang kerap
digunakan untuk menyelesaikan masalah berbanding strategi yang lain. Guru perlu
menggalakkan pelajar untuk belajar menggunakan pelbagai strategi alternatif.
Kesimpulannya, pembelajaran melalui pelbagian kaedah dan strategi dalam
menyelesaikan masalah mampu meningkatkan meningkatkan kefahaman murid
terhadap sesuatu topik yang sukar dalam Matematik. Kepelbagaian kaedah dan
strategi dalam menyelesaikan masalah matemati bukan sahaja dapat mempertingkat
daya kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep matematik yang dipelajari tetapi juga
dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari konsep matematik tersebut dan
sakaligus memmbantu pelajar dalam kehidupan seharian. Terdapat pelbagai strategi
yang boleh dipilih yang bersesuaian dengan setiap masalah, pelajar digalakkan untuk
mencuba strategi alternatif supaya minda mereka semakin terbuka untuk
menyelesaikan masalah yang diberikan.

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TOPIK


KOORDINAT BAGI MATEMATIK MENENGAH RENDAH

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN MATA PELAJARAN MATEMATIK

Tarikh : 23 Jun 2022


Kelas : 2 Ibnu Qayyum
Masa : 11.40 pagi -12.10 Tengah Hari
Bilangan pelajar : 26 Orang
Bidang : koordinat
Tema : Bab 7 - Koordinat
Standard Kandungan : Jarak Dalam Sistem Koordinat
Objektif Pembelajaran : Pelajar akan dapat menerangkan maksud jarak dengan
menggunakan rumus
Hasil Pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:
i. Menerangkan maksud jarak antara dua titik dengan betul
ii. Menggunakan rumus jarak antara dua titik pada satah Cartes dengan tepat.
Pengetahuan Sedia Ada:

13
Pelajar telah mengetahui bacaan korrdinat.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) :
a) Kreativiti dan Inovasi
b) Nilai Murni (Tolong Menolong, kerjasama)
Nilai : Rasional - Membuat pertimbangan, Kerjasama, Fokus, Berani
KBAT / I-THINK :
i. Peta Bulatan
ii. Peta buih
Aktiviti PAK-21 :
i. Pembentangan Kumpulan
ii. Pembentangan hasil Kerja
Bahan Bantu Mengajar : Komputer, LCD, Buku Teks, Buku Tulis, Alat Tulis,
Gambar Berkaitan Topik
Penilaian :
i. Lembaran kerja
ii. Hasil Kerja
iii. Lisan

MASA AKTIVITI CATATAN


Langkah 1 Fasa Persediaan BBM - Gambar grid pelajar dalam kelas
10.40 - 10.45 Penerangan oleh guru tentang definisi jarak
pagi antara dua titik dalam koordinat. Kaedah/Teknik :
[5 Minit] Kuliah, Kaedah pendedahan, menyoal

Induksi
Definisi Jarak
Langkah 2 Penerangan oleh guru tentang pengiraan BBM - Gambar grid pelajar dalam kelas
11.45 - 11.50 dengan menggunakan rumus jarak.
pagi Kaedah/Teknik :
[5 Minit] Kuliah, Kaedah pendedahan, menyoal

Menentukan
rumus bagi
jarak antara
dua titik

14
Langkah 3 Fasa Perkembangan Pembentangan Kumpulan.
11.50 - Aktiviti Berkumpulan (4 Kumpulan)
[ 20 Minit] BBM : Kertas Mahjong
a) Guru akan membahagikan murid
Mengenal kepada 4 kumpulan.
koordinat b) Setiap kumpulan akan mengira jarak
bagi Satah dengan menggunakan rumus jarak.
Cartes c) Setiap kumpulan akan
membentangkan hasil kerja mereka.
Langkah 4 Hasil daripada pembentangan pelajar, I-Think : Peta Buih
pelajar dapat menggunakan rumus dengan
betul untuk mengira jarak dua titik.
Mengenalpasti
kedudukan
dua titik pada
satah cartes.
Langkah 5 Fasa Tindakan Lembaran kerja diberikan kepada
pagi a) Guru memberi soalan. pelajar.
b) Murid dikehendaki menjawab soalan
Penilaian untuk melihat tahap pemahaman Kaedah/Teknik : Merumus,
mereka terhadap topik Koordinat. menjelaskan.
- Maksud jarak
- Rumus untuk
mengira jarak
antara dua titik
a) Pelajar diminta membuat refleksi Kaedah : Pembelajaran korperatif,
Pagi dalam kumpulan tentang topik Roundtable
[5 Minit] Koordinat menggunakan kaedah
‘Roundtable’. BBM :
Penutup b) Arahan guru:
 Pelajar pertama dalam kumpulan KBKK : Membuat refleksi, kesimpulan
Ringkasan diminta untuk menulis mengenai
pelajaran pelajaran hari ini di atas kertas Nilai Murni : Kerjasama, berkeyakinan
tentang topik yang diberikan oleh guru. diri
Koordinat,  Apabila guru menepuk tangan,
fokus kepada kertas tersebut akan beralih
jarak kepada pelajar seterusnya

15
sehingga la habis pelajar terakhir
dalam kumpulan.

Jumlah Perkataan : 3,700 patah perkataan


RUJUKAN

Abdul Razak B. Idris & Nor Asmah Binti Salleh (n.d). Pendekatan Pengajaran Yang
Digunakan Oleh Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia. Dipetik daripada
https://core.ac.uk/download/pdf/11786825.pdf
Nurul Nashrah Binti Salehudin & Effandi Bin Zakaria (2017). Sikap Dan Keupayaan
Pelajar Dalam Menyelesaikan Masalah Matematik Bukan Rutin. Universiti
Kebangsaan Malaysia. Dipetik daripada
http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/11-
NURUL-NASHRAH.pdf
Model Penyelesaian Masalah Polya. (2012). Dipetik daripada
http://mrspolya.blogspot.com/2012/05/model-penyelesaian-masalah-polya.html
Mayer, R.E. (1987). Educational Psychology: A Cognitive Approach. New York:
Harper Collins.
Nor’Ain Mohd. Tajudin, Marzita Puteh, Mazlini Adnan, Mohd Faizal Nizam Lee,
Abdullah & 5amalina Ibrahim. (2015). Persepsi Dan Amalan Pengajaran Guru
Matematik Dalam Penyelesaian Masalah Algebra. Jabatan Matematik, Fakulti
Sains Dan Matematik. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jurnal Pendidikan
Sains & Matematik Malaysia, Vol.5 No.2 Jun 2015 / ISSN 2232-0393. Dipetik
daripada
https://www.researchgate.net/publication/286777561_persepsi_dan_amalan_pen
gajaran_guru_matematik_dalam_penyelesaian_masalah_algebra

16
BAHAGIAN II - PENYERTAAN DALAM TALIAN

1. Bagaimana membezakan antara ungkapan algebra dengan persamaan


algebra.
Menurut Wikipedia, dalam Matematik, ungkapan algebra ialah ungkapam yang
dibina daripada pemalar integer, pembolehubah dan operasi algebra (penambahan,
penolakan, pendaraban dan pengeksponenan oleh eksponen berupakan nombor
nisbah). Contohnya, 3x2 - 2xy + c ialah sebuah ungkapan algebra. Memandangkan
mengambil punca kuasa dua adalah sama dengan kuasa 12, berikut juga merupakan
ungkapan algebra.

Sebuah persamaan algebra pula ialah persamaan yang melibatkan ungkapan algebra


sahaja. Sebaliknya, nombor transenden seperti π dan e tidak bersifat algebra, kerana ia
tidak diperoleh daripada pemalar integer dan operasi algebra. Biasanya, π dibina
sebagai perhubungan geometri, dan takrifan e memerlukan bilangan operasi algebra
yang tidak terhingga.

2. Persamaan yang diberikan adalah persamaan linear atau tidak?


Persamaan linear ialah suatu kesamaan antara dua ungkapan linear atau antara satu
ungkapan linear. Persamaan linear hanya boleh mempunyai pembolehubah dan
nombor dan pembolehubah hanya perlu dinaikkan kepada kuasa pertama. Pemboleh
ubah tidak boleh dibahagikan kepada multipliedor. Tidak semestinya sebarang fungsi
lain.

17

Anda mungkin juga menyukai