Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: 2020

Program & Ambilan: PISMP JUN 2017


Semester/Tahun TAHUN 3 SEMESTER 2
Nama Pelajar: MUHAMMAD ARIF SAFWAN BIN SUHAIDI
Angka Giliran: 2017272340104
Nombor Kad Pengenalan: 981029 – 05 - 5779
Kumpulan/Unit: MATEMATIK 4
Kod dan Nama Kursus: MTES 3152 INOVASI DIGITAL DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Jenis Tugasan: LAPORAN AKTIVITI PROMOSI DAN

PEMASARAN
Nama Pensyarah: CIK NG SEOK MOAY
Tarikh Hantar: 5 APRIL 2020
Tanda tangan Pelajar:

Pengakuan penerimaan maklumbalas Tarikh:


Tanda tangan Pensyarah:
daripada pensyarah:
Tarikh:

1.0 LAPORAN AKTIVITI PROMOSI DAN PAMERAN

Bagi melengkapkan tugasan yang telah diberi, saya telah menjalankan aktiviti
promosi projek yang dihasilkan dengan membuat satu poster seperti yang dilampirkan.
Melalui poster tersebut saya telah mempromosikan projek saya pada laman sosial
iaitu di Facebook, Whatsapp dan Instagram.

1
Pada poster tersebut saya telah meletakkan beberapa maklumat yang penting
berkenaan projek yang telah saya hasilkan. Antara Maklumat yang saya letak adalah
nama bagi projek saya iaitu “Money Makes Happines”. Tujuan saya meletakkan nama
projek saya adalah untuk menarik minat pengguna untuk menggunakan projek saya.
Seterusnya, saya juga telah meletakkan objektif serta sasaran pengguna pada poster
tersebut. Maklumat tersebut adalah bertujuan untuk pengguna mengetahui projek
yang saya hasilkan bersesuaian dengan murid tahun 4 serta kegunaanya. Saya juga
telah melampirkan beberapa hasil produk saya pada poster tersebut untuk pengguna
mengetahui apakah yang terdapat pada produk saya jika dimuat turun. Seterusnya,
saya juga telah meletakkan nombor telefon serta alamat e-mail saya bagi tujuan
pengguna mendapatkan maklumat lanjut berkenaan produk saya serta memberikan
maklum balas produk yang telah saya hasilkan. Akhir sekali, saya telah meletakkan
“QR code” pada poster untuk memudahkan pengguna memuat turunnya. Produk saya
diberikan secara percuma. Oleh itu, saya tidak perlu memberi produk saya kepada
pengguna kerana mereka hanya perlu mengimbas “QR Code” yang terdapat pada
poster.

Aktivit promosi yang telah dijalankan pada laman sosial “Facebook” mendapat
sambutan yang baik daripada rakan – rakan serta guru – guru yang saya kenali. Saya
menggunakan “Facebook” sebagai medium pemasaran kerana saya dapat
pasarkanya secara meluas dengan bantuan rakan – rakan untuk berkongsi pada
laman mereka sendiri. Terdapat juga ramai kenalan saya berminat untuk
menggunakan produk yang telah saya hasilkan. Oleh itu, saya telah mendapat banyak
maklumat balas tentang produk yang saya hasilkan untuk membantu saya
menambahbaik produk yang telah dihasilkan. Antara maklum balas yang telah saya
terima adalah produk yang saya hasilkan amat menarik kerana mempunyai audio
serta permainan yang menarik perhatian pengguna. Seterusnya, saya juga mendapat
maklum balas yang dapat menambahbaik projek saya iaitu saya perlu gunakan
kaedah yang pelbagai selain daripada bentuk lazim untuk menambah wang.

Selain itu, saya juga telah menjalankan aktiviti promosi di laman sosial “Instagram”.
Pemasaran pada laman sosial ini mendapat kurang perhatian kerana kebanyakan
kenalan saya pada laman ini tidak memerlukan produk yang saya hasilkan. Ini adalah
disebabkan pengguna pada laman ini terdiri daripada golongan – golongan bukan
pendidik. Selain itu, medium ini juga sukar untuk di promosikan kerana akaun yang

2
saya gunakan adalah privasi. Oleh sebab itu, hanya kenalan yang mengikuti saya
sahaja yang dapat melihat poster saya. Namun begitu, terdapat beberapa pengguna
yang berminat terhadap produk saya dan telah meminta untuk mengunakannya.
Antara maklum balas yang telah saya terima adalah mereka amat minat terhadap
produk saya kerana memudahkan proses untuk mengajar.

Akhir sekali, aktiviti promosi ini juga telah di jalankan pada aplikasi “Whatsapp”.
Pemasaran pada aplikasi ini mendapat sambutan yang paling kurang berbanding
laman sosial yang lain. Perkara ini berkemungkinan berlaku kerana pengguna hanya
menumpukan penggunaan aplikasi ini untuk berkomunikasi dengan orang lain dan
tidak melihat pada “Status Whatsapp” iaitu tempat saya promosikan produk ini. Oleh
sebab itu, sambutan yang diterima tidak begitu memberangsangkan dan tidak
mendapat maklum balas seperti yang di rancang.

Secara kesuluruhannya, aktiviti promosi dan pemasaran produk saya berjalan


dengan lancar dan baik. Selain itu, ia juga sedikit sebanyak telah memberi peluang
dan pengalaman kepada saya untuk melihat kekangan yang terdapat semasa
mempromosikan produk ini dan seterusnya menambahbaiknya pada masa akan
datang.

2.0 LAMPIRAN

2.1 AKTIVITI PROMOSI DI LAMAN SOSIAL “FACEBOOK”

3
4

2.2 AKTIVITI PROMOSI DI LAMAN SOSIAL “INSTAGRAM”

5
6
7
2.2 AKTIVITI PROMOSI DI APLIKASI “WHATSAPP

8
9
10

Anda mungkin juga menyukai