Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN
PISA iaitu singkatan kepada Programme for Internernational Student
Assessment amat penting kepada negara Malaysia kerana ia merupakan
peluang untuk negara ini membanding tahap pencapai pendidikan negara
dengan negara – negara yang maju. PISA juga penting untuk mengukur
pencapaian pendidikan negara kerana PISA tidak menilai pencapaian pelajar
secara individu. Oleh hal yang demikian, berdasarkan pencapai pendidikan
negara melalui PISA, Malaysia boleh mengatur strategi dan dasar pendidikan
negara bagi meningkatkan sistem pendidikan ke arah yang lebih cemerlang
dan seterusnya meningkatkan pencapaian pendidikan negara yang mampu
berdaya saing di peringkat global. PISA diadakan setiap 3 tahun, oleh sebab itu
kerajaan mempunyai peruntukan masa yang mencukupi untuk mengubah
pencapaian pendidikan negara yang lebih baik pada ujian PISA yang
seterusnya. Oleh itu, terdapat beberapa artikel yang diulas menunjukkan PISA
mambantu Malaysia dalam meningkatkan sistem pendidikan negara ini.

2.0 KANDUNGAN ARTIKEL

MELAKSANAKAN
INSIATIF
KEMAHIRAN
BERFIKIR ARAS
TINGGI

TINGKAT
PRESTASI
PISA 2015
SUMBANGAN MENDUDUKI
AS$200,000 TANGGA KE-52
UNTUK MEMBIYAI DARIPADA 65
INISIATIF DI NEGARA
BAWAH TIDAK BERMAKNA
COMMONWEALTH STANDART PENDIDIKAN
OF LEARNING RENDAH

Rajah 1 Artikel Malaysia Sasar Peringkat Prestasi dalam PISA 2015

1
MTES 3063/MTES 3063i | HAZLIZA BINTI IBRAHIM MT1&MT2, ABDUL RAZAK OTHMAN MT3&MT4, JAMILAH HARUN MT5
PENINGKATAN
KETIGA - TIGA
DOMAIN

PISA 2015
MENINGKA
T

FAKTOR
PENINGKATAN MENCAPAI
INISIATIF PPPM
ARAS 2 DAN KE
YANG ATAS LEBIH
MERANGKUMI 60%
ASPEK KBAT

Rajah 2 Artikel Pencapian PISA 2015 Malaysia meningkat

2
MTES 3063/MTES 3063i | HAZLIZA BINTI IBRAHIM MT1&MT2, ABDUL RAZAK OTHMAN MT3&MT4, JAMILAH HARUN MT5
PISA 2015 TELAH
DILAKSANAKANBERA
SASKAN KOMPUTER

TIMSS. PISA JADI


KAYU UKUR
UNTUK TAMBAH
BAIK SISTEM
PENDIDIKAN
NEGARA
PENTAKSIRAN DAN MENILAI SEJAUH
KAJIAN TELAH MANA PELAJAR
MENCETUS DAPAT
PERUBAHAN DALAM MENGAPLIKASI
SISTEM PENDIDIKAN PENGETAHUN DAN
NEGARA KEMAHIRAN

Rajah 3 Artikel TIMSS, PISA jadi kayu ukur untuk tambah baik sistem pendidikan negara

3
MTES 3063/MTES 3063i | HAZLIZA BINTI IBRAHIM MT1&MT2, ABDUL RAZAK OTHMAN MT3&MT4, JAMILAH HARUN MT5
CIRI KECEKAPAN
GLOBAL DIMILIKI
PELAJAR BERBILANG
KAUM DI TANAH AIR
OECD MEMUJI USAHA
MENERUSKAN MALAYSIA DALAM
PENYERTAAN KE MEBERI PENEKANAN
ARAH MEMPERKASA TERHADAP INSTITUSI
SISTEM PENDIDIKAN PERGURUAN YANG
BAIK

MALAYSIA
SERTAI
KAJIAN
PISA 2017

Rajah 4 Artikel Malaysia Komited Sertai Kajian PISA 2017

3.0 PERBINCANGAN

Dalam sebuah artikel yang bertajuk ‘Malaysia sasar peningkatan prestasi


dalam PISA 2015’, penulis telah menyatakan bahawa Tan sri Muhiyiddin
Yassin iaitu Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu berharap agar Malaysia
mencatat prestasi lebih baik dalam Program Penilian Pelajar Antarabangsa
(PISA) pada tahun itu. Beliau berkata terdapat beberapa inisiatif yang
dilaksanakan seperti Kemahiran Berfikir aras Tinggi (KBAT) bagi membantu
pelajar Malaysia meningkatkan ranking mereka. Berdasarkan penyataan
berikut, inisiatif yang dijalankan amat membantu kerana kemahiran berfikir aras
tinggi merupakan elemen yang penting kepada pelajar untuk berfikir dengan
lebih mendalam dan bukan hanya diberi panduan. Malaysia menduduki tangga
ke-52 daripada 65 negara dalam PISA tetapi ia tidak bermakna standart
pendidikan sesebuah negara itu rendah. Ini bermakna ujian PISA membantu
Malaysia untuk memperbaiki sistem pendidikan sedia ada dan bukan hanya
untuk bersaing dengan negara lain. Malaysia Juga menyampaikan sumbangan

4
MTES 3063/MTES 3063i | HAZLIZA BINTI IBRAHIM MT1&MT2, ABDUL RAZAK OTHMAN MT3&MT4, JAMILAH HARUN MT5
AS$200,000 untuk membiayai inisiatif di bawah Commonwealth of Learning
yang menggalakkan pembangunan dan perkongsian pembelajaran terbuka
serta penerokaan ilmu pendidikan jarak jauh, sumber dan teknologi.
Berdasarkan penyataan berikut, terbuktilah bahawa kerajaan Malaysia
berusaha untuk meningkatkan prestasi pendidikan dari semasa ke semasa.

Seterusnya, dalam artikel yang ditulis oleh Juani Munir Abu Bakar
menyatakan pencapaian PISA 2015 Malaysia meningkat. Dalam artikel
sebelum ini, Malaysia sasar peningkatan prestasi dalam PISA. Oleh hal yang
demikian, usaha – usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk
meningkatkan prestasi PISA telah tercapai. Ini membuktikan Malaysia mampu
untuk bersaing dan menaik taraf sistem pendidikan di Malaysia. Menurut
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin, Malaysia
memperoleh peningkatan skor bagi ketiga – tiga domain iaitu literasi saintifik,
literasi bacaan dan literasi matematik. Penyataan beliau menunjukkan bahawa
Malaysia mengambil serius dalam ujian PISA dan berusaha untuk
melaksanakan sistem pendidikan yang berkesan bagi menaikkan taraf
pendidikan Malaysia. Beliau juga menjelaskan bahawa leterasi saintifik, literasi
bacaan dan literasi matematik mencapai aras dua dan ke atas lebih dari 60%.
Aras dua adalah tahap asas yang diperlukan untuk mendalami isu berkaitan
sains sebagai ahli masyarakat kritikal dan pengalaman. Laporan ini
menunjukkan bahawa pencapaian Malaysia dalam PISA amat memuaskan hati
kerana Malaysia merupakan negara yang kecil tapi mampu menaik taraf
pencapaian dalam pendidikan dan bersaing di peringkat global. Akhir sekali,
beliau menjelaskan lagi bahawa inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yang merangkumi aspek KBAT merupakan
antara fakor peningkatan pencapaian dalam PISA. Oleh itu, terbuktilah KBAT
merupakan elemen yang penting dalam pendidikan di Malaysia kerana ia
membantu murid berfikir secara kreatif dan kritis.

Selain itu, penulis Nina Fazruin Md Sharom menulis sebuah artikel yang
bertajuk ‘TIMSS, PISA jadi kayu ukur untuk tambah baik sistem pendidikan
negara’. Penulis menyatakan bahawa pentaksiran dan kajian melalui ujian
PISA telah mencetuskan perubahan yang komprehensif dan dinamik dalam

5
MTES 3063/MTES 3063i | HAZLIZA BINTI IBRAHIM MT1&MT2, ABDUL RAZAK OTHMAN MT3&MT4, JAMILAH HARUN MT5
sistem pendidikan negara sama seperti perancangan PPPM. Ini menunjukkan
bahawa ujian PISA bukan hanya untuk mengetahui tahap pencapaian sistem
pendidikan sedia ada tetapi juga untuk penambahbaikan bagi merialisasikan
hasrat PPPM. Jika ujian PISA dijalankan hanya untuk bersaing dengan negara
maju yang lain, kedudukan Malaysia tidak akan berubah malah mungkin akan
merosot jika tidak menambah baik kualiti serta penyampaian dalam sistem
pendidikan di negara ini. Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan
Penyeldikan Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Habibah Abdul Rahim
menyatakan, setiap pusingan PISA menilai sejauh mana pelajar dapat
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari di sekolah
untuk menghadapi cabaran kehidupan sebenar. Oleh hal yang demikian,
melalui ujian PISA ini, kerajaan dapat mengukur keberksesanan sistem
pendidikan di sekolah dan seterusnya memerhatikan kekurangan dan
kelemahan yang ada. Oleh itu, berdasarkan penilaian dan kajian yang
dilakukan, kerajaan boleh mengubah corak sistem pendidikan supaya
setanding dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Beliau juga berkata
pentadbiran PISA 2015 telah dilaksanakan berasaskan penggunaan komputer
dan Malaysia tidak ketinggalan untuk turut serta menggunakan kaedah yang
sama. Ini membuktikan bahawa Malaysia juga sentiasa mengikuti
perkembangan teknologi dalam pendidikan dan bukan hanya tetap pada sistem
yang sama.

Akhir sekali, penulis Irwan Shafrizan Ismail menyatakan bahawa Malaysia


komited untuk meneruskan penyertaan negara dalam ujian PISA 2017 ke arah
memperkasa sistem pendidikan. Dapat dilihat melalui penyataan berikut
bahawa kerajaan Malaysia tidak menolak segala peluang yang ada untuk
menaikkan taraf pendidikan di Malaysia. Ini menunjukkan kerajaan Malaysia
mengambil serius dalam aspek pendidikan bagi melahirkan generasi yang
berkualiti dan berdaya saing. Pihak Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan
Pembangunan (OECD) memuji usaha Malaysia terhadap penyediaan institusi
perguruan yang baik. Jika guru yang baik tidak dapat dilahirkan maka sistem
pendidikan yang baik tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Oleh itu,
usaha kerajaan dalam melahirkan guru yang berkualiti merupakan usaha yang
amat berkesan untuk memartabatkan sistem pendidikan di negara ini. OECD

6
MTES 3063/MTES 3063i | HAZLIZA BINTI IBRAHIM MT1&MT2, ABDUL RAZAK OTHMAN MT3&MT4, JAMILAH HARUN MT5
juga memaklumkan, kekuatan Malaysia yang boleh dipelajari oleh negara lain
ialah ciri kecekapan global dimiliki pelajar berbilang kaum. Ini menunjukkan
bahawa negara Malaysia yang kecil ini bukanlah negara yang corot dari segi
pendidikan tetapi turut dilihat dan dikaji oleh negara yang lain. Ia juga
membuktikan sistem pendidikan di Malaysia juga merupakan sistem yang
bagus.

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, ujian Programme for Internernational Student Assessment


(PISA) amat penting kepada negara Malaysia untuk menaik taraf sistem
pendidikan sedia ada. Keputusan ujian PISA membantu Malaysia mengkaji
kelemahan dan kekurangan yang ada dalam sistem pendidikan bagi
meningkatkan pencapaian pada ujian PISA yang akan datang serta tahap
pencapaian pendidikan di negara ini. Berdasarkan artikel – artikel yang telah
diulas, menunjukkan bahawa Malaysia sentiasa berusaha untuk meningkatkan
taraf pendidikan dan ia dapat dibuktikan dalam ujian PISA pada tahun 2012
dan 2015, diamana pencapaian PISA pada tahun 2015 menunjukkan
peningkatan berbanding tahun 2012. Oleh hal yang demikian, setiap golongan
masyarakat terutama guru dan pelajar haruslah mengembleng tenaga
memantu kerajaan memperbaik sistem pendidikan di Malaysia dari semasa ke
semasa agar dapat melahirkan generasi yang terbilang serta menaikkan nama
Malaysia setaraf dengan negara maju dalam aspek pendidikan.

7
MTES 3063/MTES 3063i | HAZLIZA BINTI IBRAHIM MT1&MT2, ABDUL RAZAK OTHMAN MT3&MT4, JAMILAH HARUN MT5
5.0 RUJUKAN

BH online (2015). Malaysia Sasar Peningkatan Prestasi Dalam PISA 2015.


Petaling Jaya: Media Prima Berhad

Juani Munir Abu Bakar (2016). Pencapaian PISA 2015 Meningkat. Kuala
Lumpur: Utusuan Melayu (M) Berhad

Irwan Shafrizan Ismail (2017). Malaysia Komited Sertai Kajian PISA 2017.
Petaling Jaya: Media Prima Berhad

Mohamad Hisyam Ismail, Muhamad Furkan Mat Salleh dan Sharipah Ruzaina
Syed Aris (2017). Malaysia Education Plan 2013 – 2025: Transformation on
Science Classroom towards Student’s Achievement in TIMSS and PISa.
Puncak Alam: Universiti Teknologi Mara

Kementerian Pendidikan Malaysia (20160. PISA 2015: Programme For


International Student Assessment. Putrajaya: Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

Nina Fazruin MD Sharom (2016). TIMSS, PISA Jadi Kayu Ukur Untuk Tambah
Baik Sistem Pendidikan Negara. Dimuat turun daripada
https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/timss-pisa-jadi-kayu-ukur-untuk-
tambah-baik-sistem-pendidikan-negara-1.590594 pada 12 Ogos 2018

Organisation for Economic Co-operation and Development. What is Pisa?


Dimuat turun daripada http://www.oecd.org/pisa/aboutpisa/ pada 13 Ogos
2018

8
MTES 3063/MTES 3063i | HAZLIZA BINTI IBRAHIM MT1&MT2, ABDUL RAZAK OTHMAN MT3&MT4, JAMILAH HARUN MT5
MISC. Apa itu PISA?Mengapa PISA Itu Penting. Dimuat turun daripada
http://www.moe.gov.bn/PISA%20Downloads/PISA%20Risalah.pdf pada 14
Ogos 2018

6.0 LAMPIRAN

9
MTES 3063/MTES 3063i | HAZLIZA BINTI IBRAHIM MT1&MT2, ABDUL RAZAK OTHMAN MT3&MT4, JAMILAH HARUN MT5

Anda mungkin juga menyukai