Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: 2020

Program & Ambilan: PISMP JUN 2017


Semester/Tahun SEMESTER 2 TAHUN 3
Nama Pelajar: MUHAMMAD HAFIZUL HELMI BIN MD

RAZEIF
Angka Giliran: 2017272340063
Nombor Kad Pengenalan: 980819076107
Kumpulan/Unit: MATEMATIK 2
Kod dan Nama Kursus: MTES3152

INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN
Jenis Tugasan: TUGASAN 2: LAPORAN AKTIVITI

PROMOSI DAN PEMASARAN PROJEK


Nama Pensyarah: CIK NG SEOK MOAY
Tarikh Hantar: 5 APRIL 2020
Tanda tangan Pelajar:
Pengakuan penerimaan
Tarikh:
maklumbalas daripada
Tanda tangan Pensyarah:
pensyarah:
Tarikh:
Tugasan 2: Aktiviti Promosi dan Pemasaran

Aktiviti promosi projek inovasi yang dihasilkan ini dilakukan 100% melalui media sosial
kerana kekangan daripada virus covid-19 dan telah diperintahkan kawalan gerakan oleh
kerajaan. Antara aplikasi media sosial yang dipilih untuk mempromosikan produk inovasi digital
saya adalah melalui applikasi Facebook, Whatsapp dan juga Instagram. Saya juga
menggunakan google drive sebagai medium untuk menyalurkan inovasi saya itu.
Sebelum saya mempergiatkan aktiviti promosi dan juga pemasaran produk inovasi saya,
saya terlebih dahulu telah membuat sebuah poster khas bagi produk inovasi saya. Penggunaan
Tema kartun Papa Zola dalam poster saya dapat menarik perhatian Keterangan yang jelas
mengenai produk telah saya sertakan dalam poster yang dibuat. Antaranya adalah keterangan
mengenai nama produk inovasi digital Matematik iaitu BELAJAR BERSAMA CIKGU PAPA.
Seterusnya, keterangan yang diletakkan juga adalah berkenaan sasaran kepada produk yang
dihasilkan iaitu khas buat murid-murid tahun 2 dalam menguasai tajuk Menentukan nombor
hingga 1000. Selain daripada keterangan nama dan sasaran produk, turut diletakkan adalah
alamat Facebook, Instagram serta nombor telefon bagi aplikasi Whatsapp. Akhir sekali, saya
juga menyelitkan beberapa baris ayat berkenaan produk inovasi untuk disebarkan bersama
poster yang telah dihasilkan.

Melalui aplikasi, Whatsapp, hasil promosi yang dilakukan mendapat sambutan yang baik
daripada rakan-rakan saya yang lain serta guru di sekolah menengah saya yang lalu. Antara
maklum balas yang diperolehi adalah semua berminat untuk mendapatkan produk inovasi yang
dihasilkan dan sebahagian daripada mereka menerima baik inovasi yang dilaksanakan. Namun
begitu ada sebahagian daripada kalangan mereka yang telah mendapatkan projek inovasi saya
ini memberikan maklum balas yang baik dari segi penambahbaikan projek. Salah seorang
daripada mereka mencadangkan bahawa nombor dan sebutannya itu perlu ditambahkan lagi
contohnya supaya murid dapat melihat pelbagai contoh lain.

Seterusnya, bagi aktiviti promosi melalui media sosial Facebook pula, aktiviti promosi
melalui media sosial ini mendapat sambutan daripada pengguna Facebook. Hal ini kerana
Facebook antara aplikasi sosial utama bagi golongan pendidik mahupun belia. Komen yang
diberikan sangat positif terhadap inovasi saya dan sesetengahnya berminat untuk dapatkan
produk tersebut. Oleh disebabkan itu, saya telah menghantar mesej secara personal ke akaun
responden yang berminat untuk memberikan nombor what app saya untuk memudahkan
pemberitahuan mengenai produk saya.
Akhir sekali, bagi aktiviti promosi melalui media sosial Instagram pula kurang mendapat
sambutan berbanding Facebook kerana pengikut saya di instagram agak kurang. Walaupun
begitu masih terdapat responden berminat untuk mengetahui produk inovasi secara lebih lanjut
dan sebahagian mereka juga memberikan maklum balas yang positif dengan mengatakan
produk yang dihasilkan ini amat menarik dan sesuai bagi pembelajaran murid tahun 2 dan nota
yang disediakan mudah faham. Responden lain menyatakan bahawa pada bahagian nota perlu
ditambah lagi contoh-contoh padanan nombor dengan sebutannya. Ada di antara mereka yang
menghubungi saya secara terus bagi mendapatkan projek ini dan ini menunjukkan mereka
berminat untuk mendapatkan projek saya ini.

Kesimpulannya, aktiviti promosi dan pemasaran produk inovasi saya ini secara
keseluruhannya berjalan dengan baik dan secara tidak langsung ianya dapat memberi saya
sedikit sebanyak pengalaman dalam strategi proses pemasaran produk secara atas talian untuk
kegunaan kelak.

Lampiran

Aktiviti Promosi dan Pemasaran : Whatsapp


Aktiviti Promosi dan Pemasaran : Instagram
Aktiviti Promosi dan Pemasaran : Facebook

Anda mungkin juga menyukai