Anda di halaman 1dari 4

1.

Banding bezakan konsep Pembangunan Kemahiran Profesionalisme Guru yang dikemukakan oleh
McMahon (2003), Brigitte (2009) dan Melanie (2009).

konsep Pembangunan Kemahiran Profesionalisme Guru


McMahon (2003) Brigitte (2009) Melanie (2009).
PBB ialah aktiviti yang mampu PBB ialah proses intensif yang PBB merupakan proses yang
meningkatkan tahap kecekapan berterusan dan sistematik berterusan untuk guru
dalam aspek pengetahuan, dengan tujuan meningkatkan menyemak dan menguruskan
kemahiran, dan sikap serta kualiti tenaga pengajar dalam pembangunan profesionalisme
keberkesanan mereka suasana pembelajaran masing-masing.
memainkan peranan dalam
organisasi.
PERSAMAAN
 Meningkatkan kualiti dalam PPP
 Memperoleh, menambah baik, menguasai kompetensi dan berkongsi pengalaman
 Menggalakkan PPP mengikuti latihan terancang yang merangkumi sesi latihan, pembelajaran
dan pembangunan kendiri

(71 patah perkataan)

2. Huraikan lima aktiviti PPB yang berpusatkan guru oleh Mary Burns (2014)

1. PEMERHATIAN/ PENTAKSIRAN

Guru pakar atau rakan sekerja yang sangat berpengalaman boleh memerhatikan guru di bilik darjah
mereka, menilai amalan pengajaran mereka dan memberikan maklum balas tersusun.

2. Kelas terbuka

Menurut Gaible & Burns, (2007) apabila pemerhatian diikuti oleh perbincangan tersusun dan
perkongsian maklumat, menyaksikan rakan sekerja yang lebih mahir dalam tindakan, ia memberi
manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu mereka yang menjalankan pelajaran dan mereka yang
memerhatikan

3. Kajian pelajaran

Menurut Stigler & Hiebert, (1999) Kajian pelajaran telah terbukti menjadi kaedah yang terbukti untuk
meningkatkan reka bentuk dan kemahiran instruksional guru. Guru perlu mempunyai kemahiran asas
dalam semua aspek pengajaran dan penyedia pengembangan profesional mahir dalam berbagai bidang
seperti kandungan, reka bentuk instruksional, pengetahuan tentang model instruksional dan penilaian.
4. Kerja kumpulan

Guru mendapat manfaat daripada perbincangan dan interaksi formal dengan rakan sebaya mengenai
masalah kritikal. Dalam kumpulan, guru berkolaborasi untuk mengkaji masalah tertentu dengan tujuan
menyelesaikan masalah bersama atau membuat dan melaksanakan rancangan untuk mencapai tujuan
bersama.

5. Melihat Pekerjaan Pelajar

Kaedah ini dapat melihat secara langsung kekuatan guru secara kolaboratif memeriksa hasil kerja pelajar
dan mengaitkannya dengan bagaimana pelajar belajar, dan bagaimana pelajaran dirancang, dan
kemudian menyusun semula pelajaran berdasarkan maklumat.

(190 patah perkataan)

3. Bersasaskan panduan dalam PIPPK, jelaskan bagaimana kerangka konsep di atas dilaksanakan untuk
menilai kompetensi dan potensi serta keberhasilan PPP.

Pelaksanaan PBPPP untuk menilai kompetensi dan potensi serta keberhasilan PPP akan melalui 3 fasa
iaitu pra-pelaksanaan, semasa pelaksanaan dan pasca pelaksanaan. Pada fasa pra-pelaksanaan pegawai
yang dinilai (PYD) akan dipanggil untuk berbincang tentang Pegawai Penilaian (PP) dan setiap PYD akan
dinilai oleh dua orang PP. PYD akan dinilai sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Antara aspek yang akan
dinilai ialah Pelaksanaan pdp, mengambil tindakan untuk mengatasinya dan membuat pengubahsuaian
strategi kerja untuk meningkatkan prestasi kerja. Penilaian kali pertama pada tahun berkenaan menjadi
asas kepada penilaian sebenar/akhir pada tahun penilaian tersebut. Pada fasa semasa pelaksanaan pula
terdapat 2 perkara yang perlu diberi perhatian khusus oleh PYD iaitu penilaian PYD dan semasa
melaksanakan penilaian. Semasa penilaian PYD, PYD akan berbincang dengan PP tentang kemajuan kerja
sekurang-kurangnya dua kali setahun dan dari semasa ke semasa. PYD hendaklah menyimpan salinan
borang markah sebagai bukti bagi setiap penilaian yang dilaksanakan. PYD merupakan aset terpenting
yang perlu dan boleh dimajukan dari semasa ke semasa. Penilaian tidak dipengaruhi oleh faktor yang
boleh dianggap sebagai unsur-unsur pilih kasih yang boleh mencemarkan nilai integriti. Penilaian juga
tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa atau dilakukan pada saat akhir. Pada Fasa Pasca pelaksanaan,
PYD akan menerima draf skor daripada PP. PYD boleh membuat rayuan sekiranya tidak berpuas hati
dengan keputusan yang diterima dan dikemukakan kepada Lembaga Kompetensi dan Potensi KPM
menerusi BPPK melalui Ketua Jabatan masing-masing dalam tempoh sebulan dari tarikh keputusan
diterima.

(228 patah perkataan)


Rujukan

Burns, M. (2014). Five Models of Teacher-Centered Professional Development. Diakses pada 23 Februari
2021 daripada https://www.globalpartnership.org/blog/five-models-teacher-centered-
professional-development

Gaible, E. & Burns, M. (2007). Using technology to train teachers: Appropriate uses of ICTs for
professional development.

Stigler, J.W. & Hiebert, J. (1999). The teaching gap: Best ideas from the world's teachers for improving
education in the classroom. New York, NY: Free Press.
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai