Anda di halaman 1dari 2

Keprihatinan dapat dimaksudkan oleh Fuller (1969) sebagai tanggapan guru atau sesuatu yang dianggap

sebagai masalah atau sesuatu yang selalu difikirkan oleh guru dan ingin membuat sesuatu terhadapnya.
Berdasarkan kajian ini objektif utama ialah mengenal pasti sejauh mana tahap pengetahuan dan tahap
keprihatinan guru- guru yang terlibat dalam pelaksanaan kurikulum baru, iaitu KSSR di sekolah. Selain
itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara faktor pengetahuan guru dengan
faktor keprihatinan guru terhadap pelaksanaan KSSR. Akhirnya, kajian ini untuk mengenal pasti sama
ada pengalaman mengajar guru berpengaruh ke atas pengetahuan dan keprihatinan guru terhadap
pelaksanaan KSSR. Berdasarkan kajian literature yang dilakukan oleh penulis, rata-rata pengkaji seperti
Charalambous dan Philippou (2010) serta Christou, Eliophotou-Menon dan Philippou (2004),
menyatakan tahap keprihatinan guru pada tahap kurang memuaskan. Akan tetapi kajian daripada Faizah
(2011) pula menunjukkan bahawa guru berada pada tahap berkeprihatinan tinggi terhadap inovasi
pendidikan tanpa mengambil kira pengalaman mereka. 3 peringkat keprihatinan yang dibawa dalam
teori Fuller ini yang pertama peringkat keprihatinan terhadap diri. Guru di awal perkhidmatan amat
memberikan perhatian terhadap kemandirian diri atau survival iaitu kemampuan mereka untuk
menghadapi sesi PdP dengan jayanya.Tanda-tanda yang menunjukkan keprihatinan terhadap diri sendiri
kian berkurangan apabila guru tersebut mula lebih memberikan perhatian kepada cara-cara untuk
mengendalikan tugas pengajarannya dengan baik. Kemudian Peringkat kedua, keprihatinan terhadap
tugas. Guru lebih memberikan perhatian kepada cara-cara bagaimana beliau boleh mengendalikan tugas
pengajarannya dengan baik. Fokusnya adalah terhadap cara melaksanakan dan memperbaiki
pengajarannya serta cara-cara menguasai isi kandungan mata pelajaran termasuk disiplin murid,
pengurusan bilik darjah, penilaian murid, perancangan dan persediaan mengajar, kaedah dan strategi
pengajaran dan sebagainya. Guru yang sampai ke peringkat perkembangan ini sudah mula mempunyai
keyakinan untuk menangani tugas-tugas harian dan boleh mengatasi pelbagai masalah disiplin di dalam
bilik darjah. Perancangan pengajaran tidak lagi berfokus kepada pengawalan disiplin kelas tetapi
berfokus kepada cara-cara memperbaiki strategi pengajaran serta penguasaan isi kandungan pelajaran.
AKhir sekali, Peringkat impak dimana Guru mula memberikan perhatian kepada kesan pengajarannya
terhadap pembelajaran pelajar-pelajarnya.Guru tidak lagi bimbang tentang kemampuan dirinya untuk
mengawal kelas ataupun tentang keberkesanan penyampaian pengajaran. Guru mula melihat pelajarnya
sebagai individu yang mempunyai potensi masing-masing. Guru lebih mengambil berat tentang
pertumbuhan dan perkembangan pelajarnya. Hasil dapatan kajian tersebut dapat disimpulkan bahawa
isu keprihatinan guru-guru terhadap pelaksanaan KSSR adalah sederhana . Hasil kajian tersebut
menyatakan pengalaman mengajar guru tidak memberi pengaruh ke atas pengetahuan guru-guru
terhadap pelaksanaan KSSR. Hal ini kerana guru yang berpengalaman mengajar tidak semestinya
mempunyai pengetahuan yang tinggi berkaitan KSSR. Guru-guru sememangnya mempunyai
pengetahuan dan keprihatinan semasa melaksanakan sesuatu perubahan kurikulum seperti KSSR.
Pengalaman mengajar guru-guru juga tidak mempengaruhi pengetahuan dan keprihatinan guru-guru
terhadap pelaksanaan KSSR. Usaha-usaha tertentu seperti ceramah motivasi, insentif- insentif, inisiatif-
inisiatif dan galakan yang sesuai serta mengadakan pelbagai program dan kursus untuk guru-guru yang
terlibat dalam pelaksanaan KSSR harus dilakukan bagi membantu dalam meningkatkan tahap
pengetahuan dan tahap keprihatinan guru-guru terhadap pelaksanaan KSSR. Aspek-aspek yang lain
selain pengetahuan dan keprihatinan guru juga boleh dikaji untuk kajian yang akan datang supaya
mendapat gambaran dan pemahaman yang lebih menyeluruh mengenai guru-guru yang melaksanakan
KSSR. Guru perlu berpengetahuan dan berkeprihatinan tinggi bagi memastikan kejayaan pelaksanaan
Kurikulum yang berkualiti sehingga ke arah kecemerlangan.
(513PP)

RUJUKAN

Charalambous, C. Y., & Philippou, G. N. (2010). Teachers' concerns and efficacy beliefs about
implementing a mathematics curriculum reform: Integrating two lines of inquiry. Educational
Studies in Mathematics, 75(1), 1-21. doi: 10.1007/s10649-010-9238-5. Retrieved March 12, 2012,
from http://dx.doi.org/10.1007/s10649-010-9238-5

Christou, C., Eliophotou-Menon, M., & Philippou, G. (2004). Teachers' concerns regarding the adoption
of a new mathematics curriculum: An application of CBAM. Educational Studies in Mathematics,
57(2), 157-176. Retrieved March 18, 2012, from http://link.springer.com/article/10.1023/B
%3AEDUC.0000049271.01649.dd

Faizah A. Majid (2011). School-based assessment in malaysian schools: The concerns of the English
teachers. US-China Education Review B, 3(2011), 393-402. Retrieved March 10, 2012, from
http://www4.unescobkk.org/nespap/sites/default/files/School-based%20Assessment%20in
%20Malaysian%20Schools%20The%20Concerns%20of%20the%20English %20Teachers_0.pdf

Anda mungkin juga menyukai