Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN II – KOMPONEN UTAMA PENGURUSAN OPERASI

______________________________________________________________________________

Masalah UTAMA yang dihadapi oleh syarikat berkaitan persekitaran dalaman dan luaran :

Analisis S.W.O.T adalah satu kaedah atau proses yang biasa digunakan dalam perancangan dan

persediaan dalam sesuatu perniagaan. S.W.O.T adalah merupakan singkatan kepada ayat

Strengths (Kekuatan), Weaknesses (Kelemahan), Opportunities (Peluang) and Threats

(Ancaman). Objektif pembentukan S.W.O.T ini adalah bertujuan untuk menilai analisis dalaman

dan luaran yang dapat membantu pembentukan atau mempengaruhi sesuatu kejayaan. Strength

dan Weaknesses adalah merupakan analisis dalaman manakala Opportunities dan Threats adalah

analisis luaran. Dalam bahagian ini, kami melakukan analisis S.W.O.T terhadap syarikat

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd.

Kelemahan :
Kekuatan :
1. Penurunan untung bersih.
1. Pengeluar terbesar roti di Malaysia.
2. Peningkatan inventori.
2. Hasil jualan yang meningkat.
3. Peningkatan liabiti semasa.
3. Produk roti yang halal
4. Peningkatan kos penyelenggaraan inventori.
4. Memiliki nilai aset yang melebihi liabiliti.
5. Penurunan perolehan per saham (EPS).

S.W.O.T

Peluang : Ancaman :
1. Permintaan produk yang tinggi. 1. Saingan syarikat pengeluar roti yang lain.
2. Eksport ke pasaran luar. 2. Kewujudan kedai bakeri yang
3. Pembangunan produk. mengeluarkan roti yang segar.
4. Perkembangan secara online 3. Penggunaan resipi yang baru.
5. Penambahan aset semasa (cawangan baru) 4. Penciptaan produk tiruan.

Rajah 2.0 – Analisis S.W.O.T Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd
2.0 MASALAH SEDIA ADA PERNIAGAAN

2.1 Kemampuan Daya Saing

Kita semua sedar bahawa pasaran terbuka sebenarnya membuka peluang kepada peniaga dan

usahawan untuk mengusahakan perniagaan mereka. Namun begitu, apabila ramai yang

menceburi dalam bidang yang sama, maka wujudlah persaingan antara satu sama lain. Senario

inilah yang dimaksudkan sebagai “persaingan”. Persaingan roti Gardenia adalah diperakui

syarikat roti yang terbesar di Malaysia. Gardenia Bakeri (KL) Sdn. Berhad mengalami kerugian

yang amat besar pada permulaan perniagaannya. Walau bagaimanapun, syarikat ini juga turut

menghadapi beberapa ancaman dan persaingan daripada syarikat-syarikat lain yang

mengeluarkan produk roti. Perbandingan antara produk roti daripada syarikat-syarikat yang lain

adalah seperti berikut :

Jenama Butiran

 Roti High 5 mempunyai iklan yang

konsisten.

 Mempamerkan iklan di pelbagai jenis siaran

televisyen (TV1, TV2, TV3).

 Mempunyai pelbagai perisa roti yang

menarik.

 Dijual di semua pasaraya besar.


High 5
 Jenama yang terkenal di seluruh Malaysia.
 Mempunyai pelbagai jenis perisa untuk

dipilih oleh pelanggan.

 Pembungkusan produk yang menarik.

 Dijual di semua pasaraya besar.

 Kerap membuat promosi dengan membuat

peraduan.

Massimo

 Jenama yang sudah kukuh di Malaysia dan

antarabangsa.

 Mempunyai pelbagai siri roti untuk dipilih

oleh pelanggan.

 Pembungkusan produk yang menarik.

 Produk dalam bentuk dibeku seperti Kek

dibeku dan roti aiskrim.

Mighty White  Dijual di semua pasaraya besar.


2.2 Jumlah Unit Pengeluaran yang kurang

Industri roti Gardenia menjalankan sistem proses pembuatan roti utama di kilang dengan tidak

melibatkan tenaga kerja manusia yang banyak. Berdasarkan analisa, pihak syarikat hanya

merekrut 200 kakitangan untuk dibahagikan kepada dua syif pagi dan malam. Jadual syif dibuat

untuk memastikan capaian pengeluaran yang lebih banyak. Sesungguhnya, mesin pembuat roti

yang diimport hanya mampu menyiapkan 1000 buku roti sehari.

2.3 Penggabungjalinan Sains dan Teknologi Pengendalian

Mengikut jadual yang diaturkan oleh pihak syarikat, setiap pemprosesan pembuatan bermula

dengan penimbangan berat kandungan, pengadunan doh, pemisahan dan mengikut saiz,

membakar doh, penyejukan dan akhir sekali pembungkusan. Beberapa kakitangan untuk

memeriksa berat dan ketinggian roti. Mereka juga bertanggungjawab dalam membuat

pemeriksaan berkala bagi mengesan pencemaran logam dalam roti. Sebenarnya, sebuku roti

sandwich mengambil masa selama 3 jam.

2.4 Isu perkauman

Roti Gardenia dimiliki Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary menerusi Syarikat Beras Nasional

(Bernas), manakala roti Massimo dimiliki Tan Sri Robert Kuok menerusi syarikat tepung Federal

Flour Mills Bhd (FFM). Robert Kuok terpaksa mengeluarkan roti sendiri dek kerana tidak boleh

mengharapkan lagi Syed Mohktar Al-Bukhary membeli tepungnya. Hal ini berkaitan desas-desus

supaya Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd menghentikan pembelian tepung dari Federal Flour

Mills Bhd (FFM) yang juga di atas faktor perkauman. Kempen anti-Gardenia telah pun bermula

terutamanya di China. Kempen roti ini bersifat perkauman yang mana mengajak masyarakat
dunia memboikot roti keluaran Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd kerana mendiskriminasi FFM

milik Robert Kuok, dengan mengeluarkan kenyataan “Mari menyokong roti baru Massimo oleh

Robert Kuok dan boikot roti Gardenia yang dimiliki kroni Umno Syed Mokhtar Albukhary,

kumpulan Tradewind.”, Lantaran itu juga, penyokong Massimo cuba membangkitkan isu dengan

memburuk-burukkan nama baik Gardenia. Dendaman ini dibangkit dalam kalangan masyarakat

Islam. Mereka memburukkan nama Gardenia Bakeries (KL) dengan menyatakan terkandungnya

protein babi dalam tepung yang digunakan untuk membuat roti. Penyokong Massimo juga

menyatakan bahawa tepung untuk permit import dan subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan bagi

membeli tepung adalah dengan kualiti yang paling rendah, bertanggapan bahawa tepung gred ini

digunakan untuk membuat makanan khinzir. Hal ini berlarutan sehingga mencabar pihak

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dalam membuktikan mutu roti yang dihasilkan sekali gus

menjamin produk halal mereka.

( Kempen anti-Gardenia oleh para penyokong Massimo )


( Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd menerusi tuduhan peneraju Massimo yang menyatakan

Gardenia sebagai sebuah syarikat kroni )

Anda mungkin juga menyukai