Anda di halaman 1dari 9

Hubungan Antara Kepimpinan Teknologi dengan Efikasi Guru di

Sekolah Kebangsaan Daerah Sabak Bernam.


LATAR BELAKANG KAJIAN

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi pendidikan


berhadapan dengan dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM
2013-2025) yang dilaksanakan secara berfasa meliputi pelbagai dimensi.
Anjakan keempat dalam (PPPM 2013-2025) bertujuan untuk
mentransformasikan keguruan sebagai profesion pilihan. Aspek efikasi kendiri
guru perlu ada dalam diri setiap guru bagi meningkatkan kualiti guru dan
keberkesanan sekolah. Efikasi kendiri merujuk kepada sejauh mana individu
mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap keupayaan dirinya dalam mencapai
sesuatu matlamat. Perubahan dalam sistem pendidikan negara memerlukan
kecekapan kendiri yang tinggi daripada guru dan pemimpin sekolah agar dapat
memenuhi matlamat pendidikan negara. Walau bagaimanapun, profesion keguruan
sentiasa berhadapan dengan banyak halangan dan cabaran dari sudut
kebendaan, intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudayaan, ideologi baharu dan
masalah etika(Hakimi Ismail, 2015). Oleh itu, guru perlu memenuhi pelbagai
keperluan kompetensi untuk melaksanakan tugas mereka secara profesional.

Selain guru, pengetua yang merupakan pemimpin tertinggi di sekolah juga memainkan
watak penting dalam meningkatkan mutudan keberkesanan sekolah. Seorang
pemimpin sekolah yang berkesan akan sentiasa bergerak aktif untuk memastikan
keberkesanan guru agar dapat meningkatkan kecemerlangan di sekolah. Pada masa
kini, kepimpinan teknologi dianggap sebagai faktor penting yang mempengaruhi
kejayaan integrasi teknologi di sekolah (Metcalf, 2012). Kepimpinan teknologi
menjadi salah satu faktor penting dalam memahami kejayaan perubahan sesebuah
organisasi (Mei Kin et al.,2018). Kini, pemimpin perlu lebih peka dan bersedia
menerima perubahan yang mendadak melalui penerapan ICT dalam organisasi
(Espin, Stewart dan Thurston (2018). Kepimpinan teknologi merupakan keperluan
yang penting kepada pengurusan yang lebih cekap dalam bidang ICT. Walaupun
pelbagai gaya kepimpinan sebelum ini sudah wujud, namun tidak ada satu
pun yang menyumbang kepada pentadbiran organisasi berlandaskan ICT secara
menyeluruh. Seseorang pemimpin teknologi mampu untuk memberikan semangat
dan motivasi kepada pekerja melalui kemudahan teknologi semasa (Akcil et al.,2017).
Oleh itu, kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan adalah bergantung kepada
pemimpinnya (Mansor dan Hamzah, 2015).

PERNYATAAN MASALAH

Efikasi kendiri guru merupakan salah satu faktor penting dalam bidang
pendidikan yang dapat menentukan kejayaan proses pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Bandura (1986), efikasi kendiri mempunyai pengaruh
terhadap prestasi dengan meningkatkan usaha dan kegigihan. Namun begitu,
kegagalan guru melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
berkualiti, ketiadaan infrastruktur asas yang lengkap, masalah kekurangan guru
berkelayakan, sumber bahan pengajaran yang terhad dan perubahan kurikulum yang
drastik menjadi antara isu yang sering diutarakan (Utusan Borneo Sabah, 2017).Pada
masa kini, salah satu faktor penting yang membawa kepada kejayaan perubahan
sesebuah organisasi adalah melalui kepimpinan teknologi (Mei Kin et al.,2018).
Kepimpinan teknologi merujuk kepada kemampuan dan daya pengaruh pemimpin
untuk mengembangkan potensi dan kapasiti ahli organisasi iaitu guru dan pelajar
seiring dengan perubahan melalui penghasilan inovasi yang dapat memacu
kecemerlangan dan keberkesanan sekolah (Moktar, 2011).

Oleh itu, pemimpin merupakan faktor penentu kepada kecemerlangan sesebuah


institusi (Mansor dan Hamzah, 2015). Pemimpin sekolah perlu mengamalkan
kepimpinan teknologi untuk menjadi pemimpin sekolah yang berkesan (Noraini
Abdulah, Hamidon Khalid dan Mohd. Izham, 2015).Kajian yang telah dijalankan
oleh Horton (2013) juga menunjukkan kepimpinan mampu mempengaruhi
efikasi diri guru dan secara tidak langsung mempengaruhi pencapaian dan
kecemerlangan pelajar. Oleh itu, kejayaan sesebuah sekolah bukan hanya
semata-mata bergantung kepada pelajar tetapi guru juga memainkan peranan
utama di bawah kepimpinan seorang pengetua yang berkesan.Kajian lepas juga
membuktikan kepimpinan pengetua memberikan kesan secara langsung dan tidak
langsung terhadap kecemerlangan pelajar (Tschannen-Moran dan Gareis, 2015).
Selain itu, menurut Widhyanti dan Shahril@Charil (2016) kepimpinan pengetua
mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap kejayaan sekolah, pencapaian
pelajar dan komitmen guru. Namun begitu, kajian-kajian lampau memperlihatkan
bahawa ramai pemimpin sekolah mempunyai tahap dan kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) yang rendah (Sathiamoorthy, 2013) dan
sederhana (Mohd Izham et al.(2014).Perbezaan dapatan yang berkaitan dengan
aspek demografi seperti jantina juga sering menjadi persoalan dan hasil
penyelidikan mempamerkan keputusan berbeza-beza (Scherer dan Siddiq, 2015).
Menurut Scherer, Tondeur dan Siddiq (2017), pengetahuan tentang latar belakang guru
sangat penting bagi mengungkap perbezaan dalam niat dan tindakan golongan ini.
Beberapa penyelidikan membuat kesimpulan bahawa faktor demografi khususnya
jantina mempunyai pengaruh terhadap efikasi kendiri guru (Talip, 2010; Wan Noraini,
2011; Mohd Munaim, 2013). Walau bagaimanapun, kajian secara mendalam
berkaitan pengaruh latar belakang terutamanya jantina terhadap kepimpinan
teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum dan efikasi kendiri guru masih
kurang dianalisis dengan terperinci
Kepimpinan Teknologi Guru Besar

Kepimpinan Teknologi dikemukakan oleh International Sosiety for Technology In


Education (ISTE) Standard A (2014). Piawaian ini dikhususkan kepada pentadbir.

Rajah 1 menunjukkan piawaian kepimpinan teknologi yang di kemukakan oleh ISTE


yang mempunya lima piawaian iaitu 1) Kepimpinan bererwawasan 2) Budaya
pembelajara digital 3) Kecemerlangan dalam amalan professional 4) Peningkatan
sistematik dan kewargaan digital. Huraian lebih lanjut diperincikan dalam jadual 1
dibawah
Jadual 1 : Piawaian Pemimpin Teknologi Bagi Pentadbir

Bil Piawaian Huraian


1 Kepimpinan Pengetua mesti mempunyai visi untuk mengintegrasikan
Berwawasan teknologi untuk berkongsi dengan guru sekolah untuk menyokong
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu,
pengetua perlu mempunyai perancangan teknologi strategik yang
berterusan untuk menyokong visi teknologi yang telah dicipta.
2 Budaya Piawaian ini memerlukan usaha guru untuk mewujudkan budaya
Pembelajaran era pembelajaran digital. Oleh itu, pengetua harus menggalakkan
Zaman Digital pembelajaran yang berkesan melalui peralatan teknologi yang
mencukupi. Selain itu, pengetua juga harus menjadi model untuk
mempromosikan penggunaan teknologi dalam pembelajaran
yang kerap
3 Kecemerlangan Pengetua harus memberi tumpuan kepada perkembangan
dalam amalan profesional guru. Oleh itu, masa dan sumber yang mencukupi
professional perlu disediakan untuk membolehkan guru meningkatkan
kemajuan diri profesional teknologi. Pengetua juga perlu
melibatkan diri dalam pembangunan profesional berasaskan
teknologi. Hal ini memudahkan peranannya sebagai model untuk
mempromosikan penggunaan peralatan teknologi dalam era
digital. Pengetua juga perlu melibatkan penyelidikan pendidikan
yang berkaitan dengan teknologi untuk membantu meningkatkan
pembelajaran pelajar.
4 Peningkatan Piawaian ini menekankan keperluan pengetua untuk bekerjasama
Sistematik dengan guru-guru sekolah untuk mengumpulkan data,
menganalisis data, mentafsir dapatan dan berkongsi hasil dengan
tujuan untuk meningkatkan prestasi guru dan pembelajaran
pelajar. Oleh itu, pengetua perlu merekrut dan mengekalkan guru
dan kakitangan teknologi yang bijak. Pegetua juga perlu memberi
tumpuan kepada infrastruktur teknologi untuk menyokong
pengurusan, operasi, pengajaran dan pembelajaran sekolah
5 Kewargaan Digital Dalam piawaian ini, pengetua mempunyai tanggungjawab untuk
memastikan bahawa komuniti sekolah mempunyai akses yang
sama kepada peralatan digital. Di samping itu, pengetua juga
perlu mempromosikan, membuat model dan menetapkan dasar
untuk penggunaan teknologi maklumat digital adalah selamat,
beretika dan sah. Akhir sekali, kewargaan digital memudahkan
pengetua juga termasuk pemahaman seluruh warga sekolah
tentang penglibatan dalam isu global melalui alat komunikasi
digital moden.

Pada masa kini, kepimpinan teknologi dianggap sebagai faktor penting yang
mempengaruhi kejayaan integrasi teknologi di sekolah (Metcalf, 2012). Kepimpinan
teknologi menjadi salah satu faktor penting dalam memahami kejayaan perubahan
sesebuah organisasi (Mei Kin et al.,2018). Kini,pemimpin perlu lebih peka dan bersedia
menerima perubahan yang mendadak melalui penerapan ICT dalam organisasi
(Espin, Stewart dan Thurston (2018).

Pelaksanaan Pendidikan Abad Ke 21

Berpandukan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), kemahiran abad


ke-21 adalah amat dititikberatkan bagi memenuhi harapan ibu bapa dan kehendak
majikan terhadap generasi muda, dengan berteraskan elemen-elemen abad-21 yang
sering dilaung-laungkan iaitu : kreativiti dan inovasi; komunikasi dan kolaboratif; literasi
maklumat; literasi media; literasi teknologi, maklumat dan komunikasi; fleksibiliti dan
mempunyai keupayaan menyesuaikan diri; berinisiatif dan mempunyai haluan diri,
kemahiran sosial dan antara budaya; produktiviti dan akauntabiliti; dan yang terakhir
kepimpinan dan tanggungjawab. Guru di sekolah merupakan tonggak yang sangat
penting untuk memastikan proses pendidikan dilaksanakan sesuai dengan kehendak
abad ke-21.

Guru merupakan tiang utama dalam dunia pendidikan yang dianggap penting dan
menjadi asas yang akan menyokong dan menjadi tumpuan awal dalam proses
pendidikan. Terdapat lapan komponen keberhasilan guru dan sistem sokongan abad 21
iaitu kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran komunikasi, refleksi, kemahiran
kolaborasi, pentaksiran, penyelesaian masalah, teknologi, kreativiti dan kemahiran
inovasi seperti yang dinyatakan menerusi Model Partnership for 21st Century Skills
(2015). Model atau rangka kerja bagi abad 21 telah dirangka oleh Partnership for 21st
Century Skills (p21.org) (2015) sebagai 41 rujukan untuk membantu para pendidik
mengintegrasikan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran abad 21. Guru perlu
melengkapkan diri dengan pelbagai teknik pengajaran, menguasai teknik kemahiran
membuat 42 perancangan agar guru dapat menentukan hala tuju murid pada setiap
sesi pengajaran. Mengikut laporan UNESCO (Report of the International Commission
on Education for the Twenty First Century, 2011) pendidikan abad 21 lebih berfokus
kepada melahirkan modal insan yang bertindak menghasilkan sesuatu yang membawa
manfaat berlandaskan skop yang global dengan aplikasi teknologi terkini, berilmu untuk
berfikir secara kritis dan kreatif serta mampu menyesuaikan diri dalam perkembangan
dan perubahan semasa.

EFIKASI GURU

Efikasi kendiri guru merujuk kepada TschannenMoran, Hoy dan Hoy (1998) adalah
kepercayaan guru tentang kemampuan diri bagi merancang dan melakukan satu
siri tindakan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugasan pengajaran dalam
konteks yang spesifik selain mempunyai tingkah laku dan sikap yang positif terhadap
setiap usaha mereka. Dengan kata lain, efikasi kendiri guru boleh diterjemahkan
sebagai kepercayaan dan keyakinan guru terhadap kemampuan mereka untuk
mengajar dalam situasi pengajaran. Berpandukan literatur yang telah djelaskan, efikasi
kendiri guru dalam kajian ini dioperasikan dari tiga konstruk utama iaitu, strategi
pengajaran, pengurusan bilik darjah dan penglibatan murid.Kajian lepas berkaitan
efikasi kendiri turut menunjukkan pelbagai hasil dapatan merentasi lokasi dan
tahun penyelidikan berdasarkan faktor demografi khususnya jantina dalam
membezakan persepsi, pandangan dan kepercayaan guru. Kajian yang dijalankan
oleh Mardhiah dan Rabiatul-Adawiyah (2016) mendapati bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan bagi efikasi kendiri guru berdasarkan faktor jantina.
Beliau mendapati guru lelaki mempunyai efikasi kendiri yang tinggi berbanding
guru perempuan. Dapatan ini juga disokong oleh Shafinaz (2017), yang
mendapati bahawa guru lelaki mempunyai efikasi kendiri yang tinggi bagi ketiga-
tiga dimensi dan dimensi pengurusan bilik darjah adalah yang tertinggi.Namun
begitu, dapatan kajian Narahan (2016) pula sebaliknya. Beliau mendapati bahawa
efikasi kendiri antara guru lelaki dan perempuan menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan. Keputusan ini menggambarkan bahawa persepsi guru memiliki
efikasi yang sama tanpa mengira jantina.

Anda mungkin juga menyukai