Anda di halaman 1dari 8

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas Matematik adalah penting bagi semua orang bagi

melalui kehidupan di dalam komuniti dengan lancarnya (Moenikia & Babelan, 2010). Mata
pelajaran Matematik bersifat universal disebabkan merangkumi dengan pelbagai cabang seperti
aritmetik, calculus, trigonometri, geometri dan tidak ketinggalan algebra yang berkaitan dengan
kajian struktur, hubungan dan kuantiti. Ilmu ini telah dikesan oleh oran Babylon pada awalnya
yang membangunkan sistem arithmetik maju yang telah dapat membantu mereka dalam
membuat perkiraan dalam gaya algebra. Perkataan Algebra berasal daripada bahasa Arab “al-
jarb” "al-jabr" dari tajuk buku al-Kitab al-muhtasar fi hisab al-gabr wa-l-muqabala yang bermaksud
Buku Ringkasan Tentang Pengiraan melalui Pelengkapan dan Pengimbangan, sebuah buku yang
ditulis oleh ahli matematik Muslim Parsi Muḥammad ibn Musa al-Khwarizmi pada tahun 820.
Maksud perkataan al-jabr ialah "penyatuan semula". Disebabkan itu, Ilmu algebra dikatakan
bermula dan berkembang pesat dari negara Arab dan Al-Khwarizmi telah dianggap sebagai
“Bapa Algebra”.Penerokaan bidang algebra manfaat kepada seluruh dunia amnya, dan
khususnya umat Islam untuk menyelesaikan berbagai-bagai masalah dalam hukum syariah
seperti faraid, perniagaan, pembahagian tanah dan sebagainya. Sarjana Islam juga telah
membuat persamaan yang melibatkan kuasa dua dan kuasa tiga dengan jayanya sebelum ahli
matematik Renaisance .

Selain daripada itu, perkataan ‘aljabar’ membawa maksud “kembalikan”. Dalam konteks
matematik, ia merujuk kepada mengembalikan imbangan pada persamaan dengan meletakkan di
sebelah persamaan sesuatu yang diambil daripada sebelah lain. Sebagai contohnya, kita ambil –
3 daripada persamaan x - 3 = 6, maka imbangan perlu dilakukan dengan menulis seperti berikut:
x = 6 + 3. Secara umumnya, Algebra merupakan cabang matematik yang menggantikan huruf
untuk nombor. dan persamaan algebra mewakili skala di mana apa yang dilakukan di sebelah
skala yang juga dilakukan ke sisi lain skala dan nombor bertindak sebagai pemalar. Penggunaan
abjad dalam algebra seperti x, y, a, b dan sebagainya dipelopori oleh Abu al-Hassan Ali Ibn
Muhammad al-Qasadi (1412-1487). Perkembangan ilmu algebra turut membawa kepada pelbagai
negara. Seorang ahli matematik Jepun, Kowa Seki telah mencetuskan idea sebuah penentu pada
abad ke-17. Kemudian idea ini terus dipelopori oleh Gottfried Leibniz sepuluh tahun kemudian
untuk menyelesaikan persamaan linear menggunakan kaedah matriks. Ilmu algebra ini terus
berkembang dari abad ke abad dan pada abad ke-19, algebra abstrak telah dikembangkan dan
kini ia dipanggil teori Galois.
Terdapat pelbagai cabang dibawah bidang algebra seperti elementary algebra, abstract algebra,
linear algebra dan universal algebra. Pertama sekali, Elementary algebra yang memperkenalkan
konsep pembolehubah yang mewakilkan nombor. Pernyataan dari pembolehubah ini
dimanipulasikan menggunakan prinsip operasi yang menggunakan nombor seperti operasi
tambah. Ia boleh diselesaikan menggunakan pelbagai cara termasuk penyelesaian persamaan.
Kedua, abstract algebra atau dipanggil juga modern algebra. Ia mengkaji tentang algebraic
structures seperti group, ring dan field. Ketiga, Linear algebra mengkaji tentang vector termasuk
matrices. Aplikasi asas untuk linear algebra ialah penyelesaian sistem persamaan linear dengan
beberapa pemalar. Akhir sekali, Universal algebra pula mengkaji tentang algebraic structures itu
sendiri. 

Terdapat beberapa elemen juga dalam bidang Algebra ini. Antaranya ialah Anu yang merupakan
suatu kuantiti yang belum diketahui nilainya.  Sebutan dalam satu anu - hasil darab satu anu
dengan satu nombor , contoh : 4y. Sebutan dalam dua anu - hasil darab dua anu dengan suatu
nombor, cont0h : 4xy.  Pekali bagi suatu sebutan dalam satu anu – nombor yang mendarabkan
anu itu, Contoh: dalam sebutan 8x: 8 ialah pekali bagi x. Pekali bagi suatu sebutan dalam
beberapa anu – faktor-faktor lain dalam sebutan, Cth: dalam sebutan 5pq, 5 ialah pekali bagi pq,
5p pekali bagi 5q, 5q pekali bagi 5p.Pekali boleh jadi integer (positif dan negatif), pecahan atau
perpuluhan. Sebutan serupa ialah sebutan dalam anu yang sama, contoh: 7x , 9x , 0.5x. Sebutan
tak serupa ialah sebutan dalam anu yang berlainan,contoh: 7x, 9y, 0.5xy.  Ungkapan ialah
gabungan dua atau lebih sebutan dengan operasi penolakan, penambahan atau kedua-dua
sekali. Corak nombor iaitu seperti nombor gandaan tiga , contoh: 3, 6, 9, 12..Secara
keseluruhannya, Algebra boleh digunakan setiap hari untuk menyelesaikan masalah matematik
termasuklah masalah matematik yang mengandungi pembolehubah dan nombor rasional.

Algebra boleh didefinisikan sebagai “bahasa untuk berkomunikasi dan meneroka perhubungan
dalam matematik dan satu kaedah untuk membuat pembuktian terhadap sesuatu hubungan”
(Anghileri, 1995, page 124).Algebra juga dilihat sebagai penjaga pintu bagi pembelajaran
peringkat lebih tinggi dan juga sebagai prasyarat bagi kursus matematik peringkat lebih tinggi.
Pembangunan bersepadu antara pemikiran algebra dan kemahiran penaakulan adalah intipati
penting untuk melibatkan diri dalam masyarakat yang demokratik (Mason, 2008; Moses & Cobb
Jr, 2001). Menurut Wetzel (2008) pula, algebra telah digunakan pada setiap hari bertujuan untuk
menyelesaikan masalah matematik termasuklah masalah matematik yang mengandungi
pembolehubah dan nombor rasional dalam kehidupan seharian. Literasi sains dan matematik
khususnya algebra dilihat sebagai sambungan pergerakan hak awam dan jalan masuk 24 Nor
Adibah Abdullah / Sains Humanika 12:1 (2020), 19-30 ekonomi yang seimbang bagi kumpulan
minoriti yang tidak bernasib baik (Borko & Whitcomb, 2008). Dengan ini, sekiranya seseorang itu
berjaya menghabiskan topik algebra dengan jayanya, seseorang itu akan mendapat lebih banyak
peluang untuk mengambil kursus matematik lanjutan di sekolah tinggi dan kemudiannya
mempunyai kelayakan yang lebih baik dalam mencari peluang pekerjaan terutamanya dalam
bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) (McCrory et al., 2012; Schoenfeld,
2008; Stein et al., 2011). Disebabkan itu, kanak-kanak perlu mempelajari algebra.

Menurut Azura Yaacob (2020),“memahami algebra adalah kunci kejayaan dalam bidang
matematik di masa hadapan termasuk geometri dan kalkulus. Pakar matematik juga
mempertimbangkan bahawa pengetahuan dan kemahiran algebra adalah penting dalam
menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran dalam kerjaya saintifik dan teknikal (Star et
al., 2015).Algebra bukan sekadar menyelesaikan nilai x dan y sahaja. Ia juga merupakan cara
berfikir dan mengaplikasi masalah konsep dengan pelbagai pemolehubah dan perkaitan secara
logic (Siti Mistima Maat ,2020).

Terdapat pelbagai kepentingan untuk mempelajari Algebra. Kehidupan seharian manusia berkait
rapat dengan algebra sama ada secara langsung atau tidak secara langsung tanpa disedari. 
Sebagai contoh, sekiranya peniaga dan pembeli tidak tahu untuk membuat pengiraan semasa
jual beli sedang berlangsung, maka ini akan menyukarkan urusan perniagaan dan pembelian
malah kerugian masa juga. Dalam urusan jual beli berlaku penggunaan Algebra. Oleh itu, untuk
menjadi seorang peniaga atau pembeli yang berkaliber, mereka perlulah cekap dalam bidang
Matematik terutamanya Algebra. Disamping itu, bidang algebra juga memainkan peranan dalam
bidang-bidang ilmu lain seperti bidang Sains, Muzik, Seni dan banyak lagi. Sebagai contohnya,
menentukan berapa masa diambil untuk kejadian siang dan malam, pasang surut air, gerhana
matahari, taufan, kelajuan cahaya dan sebagainya. Pengiraan kelajuan dan jarak sesuatu objek
dan peredaran serta putaran bumi dapat diketahui dengan menggunakan kaedah pengiraan
algebra yang betul oleh pakar bidang kaji alam semesta atau astronomi. Dalam bidang muzik
pula, operasi Algebra dapat dilihat apabila untuk mengenalpasti frekuensi yang berbeza bagi
setiap not yang digunakan akan menghasilkan bunyi. Pemuzik yang menghasilkan lagu yang
menarik perhatian pendengar haruslah memiliki pengetahuan yang baik untuk mengaitkan antara
Matematik terutamanya Algebra dan Muzik.

Di Malaysia pula, algebra diajar sewaktu murid -murid memasuki sekolah Menengah dan ia
merupakan satu perkataan yang asing bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah. Walaupun, algebra
tidak diajar secara formal atau secara langsung di dalam kelas, murid-murid mula didedahkan
dengan pemikiran algebra di mana terdapat beberapa elemen algebra yang telah diterapkan
didalam pengajaran dan pembelajaran metematik di dalam kelas. Sebagai contohnya,
penggunaan beberapa perkataaan yang berkaitan dengan pemikiran algebra dalam latihan
matematik seperti “find the missing number”, “what number must be added or subtract ” and “
what number multiply by ” yang digunakan di dalam persamaan aritmetik telah mula diajar kepada
pelajar sekolah rendah. Perkara ini digalakkan kerana ia merupakan satu langkah bagi mereka
berfikir secara algebra.

Proses menghubungkaitkan bidang arimetik yang mereka pelajari didalam kelas dalam bentuk
algebra merupakan satu corak untuk memperkenalkan algebra kepada murid-murid sekolah
rendah. Sebagai contoh dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi, pelajar boleh diberi
soalan yang berbentuk proses songsangan. Seperti, sebelum ini di ajar dalam bentuk 7 + 6 =
_____ boleh ditukar kepada bentuk ___+ 6 = 13 atau 6 + ____ = 16. Soalan-soalan sebentuk
begini menghasilkan pemikiran algebra dalam pelajar dan mereka akan mula berfikir dengan cara
yang lain daripada kebiasaan mereka untuk mencari jawapan terhadap soalan yang
dikemukakan. Guru-guru matematik perlu bermula dengan pewakilan nombor yang bersifat
konkrit sebelum pergi ke arah yang lebih abstrak dengan memberi murid-murid soalan yang
melibatkan situasi tertentu. Sebagai contohnya, Apabila satu nombor ditambah dengan 7, ia
memberikan jawapan 15. Apakah nombor tersebut? Contoh seterusnya ialah, Azman ada 8
batang pembari. Irfan pula ada dua kali ganda pembaris dari Azman. Berapakah bilangan
pembaris Irfan? Soalan-soalan ini bukan hanya membuat seorang murid untuk berfikir algebra
tetapi berfikiran kritik dan kreatif juga untuk mendapatkan jawapan.

Blanton dan Kaput (2003) telah mencadangkan beberapa soalan untuk menggalakkan murid-
murid untuk berfikir secara algebra. Antaranya ialah guru boleh mengemukakan pertanyaan
seperti: Boleh anda berkongsi apakah yang sedang kamu fikirkan kepada cikgu? Adakah anda
boleh menyelesaikan masalah ini dengan cara yang lain? Bagaimanakah kamu pastikan cara
yang kamu gunakan tersebut betul? dan sebagainya. Melalui beberpa pertanyaan seperti berikut
ia akan dapat menyebabka fikiran murid untuk berfikir secara algebra ke arah mencari
penyelesaian ke atas sesuatu masalah matematik yang dihadapi. Ia merupakan satu proses bagi
memberi pengalaman awal kepada pelajar sekolah rendah tentang pengenalan kepada pemikiran
algebra. Mereka juga dapat membina asas pemikiran algebra mereka sendiri. Menurut NCTM
(2000), pengetahuan algebra perlu diajar daripada peringkat tadika sehingga gred 12. HaI ini
diberi perhatian utama disebabkan kanak-kanak di peringkat rendah dapat pendedahan awal
tentang corak, hubungan dan fungsi, analisis corak dan penggunaan simbol untuk mempenalkan
idea matematik dalam penyelesaian masalah.

Hal ini disebabkan, tanpa adanya asas pemikiran algebra yang kuat, murid-murid menghadapi
masalah dalam menguasai kemahiran algebra diperingkat menengah. Terdapat sebilangan
pelajar yang tidak dapat konstruk model matematik, mentafsir simbol atau pembolehubah
dalam algebra, dan menyelesaikannya.(Amin et al., 2018). Sun-Lin&Chiou (2019) juga
menyatakan bahawa ramai pelajar yang bergelut apabila mempelajari algebra kerana
pelajar didapati sukar untuk memahami abstrak dan simbol. Berdasarkan Prendergast et al.
(2016), “ Algebra telah lama diklasifikasikan sebagai satu kesukaran dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik sehingga menyebabkan pelajar hilang motivasi untuk
menyelesaikan masalah berayat. Kesukaran dalam algebra asas adalah termasuk
mengaplikasi operasi aritmetik, memahami konsep pembolehubah dan ungkapan algebra,
memahami perbezaan di antara maksud tanda sama dengan dan ayat matematik (Jupri &
Drijvers, 2016). Kenyataan ini disokong oleh Martinez & Bragelman (2016), “pelajar tidak
memahami dengan lebih mendalam bahawa tanda sama dengan mewakilkan hubungan di
antara dua kuantiti bagi kedua –dua bahagian malah mempercayai ia hanya mewakili hasil
satu bahagian sahaja, di mana konsep ini adalah salah”.

Berdasarkan pemerhatian masalah, guru-guru haruslah merancang tindakan yang sesuai


untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam menguasai algebra.
Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh guru dalam proses mewujudkan dan
menerapkan pemikiran algebra kepada murid di peringkat sekolah rendah seperti berikut:

i. Memperkenalkan corak objek-objek yang ada disekeliling pelajar seperti corak warna,
bentuk, bunyi, nombor, abjad dan lain-lain.
ii. Memperkenalkan corak yang berulang secara seragam. Mereka perlu menghuraikan corak
tersebut secara lisan dan membina susunan corak tersebut dengan berbagai cara.
iii. Selepas pelajar telah menguasai elemen-elemen corak objek yang berulang secara
seragam
dan boleh menghuraikan dan membina mengikut pemahaman mereka sendiri guru bolehlah
menggunakan corak nombor dan bimbing pelajar menyusun nombor tersebut dalam turutan
menaik atau menurun.
iv. Selepas itu , pelajar dibimbing untuk mengenalpasti hubungan antara dua kuantitinombor
dan bina hubungan antara dua hasil tambah dua digit nombor mengikut pemahaman mereka
sendiri. Contoh 3+ 4= 7 sama dengan 5 + 2 = 7. Daripada sini pelajar dibimbing pula untuk
membuat generalisasi antara dua hubungan tersebut. Daripada aktiviti ini,pelajar akan dapat
merekodkan hubungan nilai yang setara antara dua penambahan nombor dua digit. Contoh 3 + 4
adalah setara dengan 5 + 2.
v. Langkah seterusnya pelajar akan mula merekod berbagai cara pengulangan nombor yang
seragam melalui berbagai strategi. Contoh 1, 4, 7, 10,13 atau 2.2, 2.0, 1.8, 1.6
vi. Pelajar akan terus di bimbing untuk membina perhubungan antara operasi dua nombor yang
lain contohnya 2 x 4 sama nilai dengan 4 x 2. Pelajar akan terus dibimbing untuk membuat
perhubungan antara operasi darab dan bahagi. Contoh jika 6 x 4 = 24 maka 24 4 = 6 dan 24 6 =4
vii. Apabila pelajar sudah boleh memahami hubungan antara dua operasi nombor maka boleh
diperkenalkan operasi untuk mencari nilai nombor yang tidak diketahui ( find unknown number )
kepada pelajar. Contoh , + 5 = 10 atau 8 + = 14.
viii Seteruskan pelajar dibimbing menyusun corak bentuk geometri yang berulang
secara seragam contohnya corak susunan segitiga atau segiempat yang disusun dalam turutan
dua-dua atau tiga-tiga. Seterusnya bimbing pelajar menyusun objek geometri tersebut dalam
bentuk jadual. Disini pelajar akan dapat melihat dengan jelas corak hubungan antara bilangan
segitiga dengan bilangan sisinya.
Dan akhirnya apabila pelajar sudah boleh memahami dan menguasai langkah-langkah diatas
barulah guru-guru boleh memperkenalkan penggunaan simbol algebra dalam beberapa
persamaan ringkas seperti berikut :-
a) x + 6 = 15
b) 8 + y = 16
c) 9 + z = 5 +6
d) 10 – x = 6 – 2

Kesimpulannya, Algebra memainkan watak yang begitu besar dalam kehidupan manusia di dunia
ini. Sejak kecil sehinggalah dewasa, kita sentiasa dikelilingi dengan ilmu Algebra. Skilling et al.
(2016) mendapati tahap keterlibatan pelajar berubah-ubah apabila mereka tidak mampu untuk
terus memberi perhatian dalam bilik darjah. Oleh hal demikian, sperti dikatakan oleh Pratiwi &
Primana (2018), “guru terutamanya perlu menerapkan gaya pengajaran yang releven untuk
memupuk minat pelajar mereka, terutama dalam subjek yang mencabar seperti
matematik”.Penglibatan murid yang rendah dalam Pendidikan Matematik telah menjadi perhatian
ramai pendidik dan penyelidik matematik dalam beberapa tahun kebelakangan ini
disebabkan
terdapat hubungan yang positif antara keterlibatan pelajar dengan pencapaian matematik
pelajar (Boaler & Sengupta-Irving, 2016; Fung, Tan, & Chen, 2018; Gaylo & Dales, 2019; Jie,
Ying,& Zhao, 2019). Sejurus itu, pihak sekolah dan guru-guru Matematik hendaklah
merancang pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna terutamanya dalam topik Algebra.
.

Blanton, M., Stephens, A., Knuth, E., Gardiner, A. M., Isler, I., & Kim, J. S. (2015).
The development of children’s algebrai thinking: The impact of a comprehensive early
algebra intervention in third grade. Journal for Research in Mathematics Education, 46(1),
39–87.

Jupri, A., & Drijvers, P. (2016). Student difficulties in mathematizing word problems in
Algebra. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 12(9), 2481–
2502. https://doi.org/10.12973/eurasia.2016.1299aKurikulum, B. P. (2011). MATEMATIK.

Martinez, M. V, & Bragelman, J. (2016). Underprepared Students’ Performance on Algebra in


a Double-Period High School Mathematics Program. Underprepared Students’ Performance
on Algebra in a Double-Period High School Mathematics Program., 25(1), 3–31.

Mustafa, N. H. binti. (2017). Hubungan Antara Kebimbangan Matematik dengan Motivasi


dan Prestasi Pelajar pada Subjek Matematik. 2017.

Prendergast, M., Treacy, P., Prendergast, M., Treacy, P., Ireland, A., Cerme, P., & Congress, N.
(2016). Analysing Ireland ’ s Algebra Problem To cite this version : HAL Id : hal-01286936
Analysing Ireland ’ s Algebra Problem.
Star, J. R., Foegen, A., Larson, M. R., McCallum, W. G., Porath, J., Zbiek, R. M.,
Caronongan, P., Furgeson, J., Keating, B., & Lyskawa, J. (2015). Teaching Strategies for
Improving Algebra Knowledge in Middle and High School Students. Educator’s Practice
Guide. What Works Clearinghouse.... NCEE 2015-4010. What Works Clearinghouse.

Sun-Lin, H. Z., &Chiou, G. F. (2019). Effects of gamified comparison on sixth graders’ algebra
word problem solving and learning attitude. Educational Technology and Society, 22(1),
120–130.

Zainil, M., Prahmana, R. C. I., Helsa, Y., & Hendri, S. (2018). ICT media designfor higher grade
of elementary school mathematics learning using CS6 program. Journal of Physics:
Conference Series, 943(1). https://doi.org/10.1088/1742-6596/943/1/012046.

Durksen, T. L., Way, J., Bobis, J., Anderson, J., Skilling, K., & Martin, A. J. (2017).
Motivation and engagement in mathematics: a qualitative framework for teacher-student
interactions. Mathematics Education Research Journal, 29(2), 163–181.
https://doi.org/10.1007/s13394-017-0199-1

Pratiwi, B., & Primana, L. (2018). The Relationship between Teachers’ Fostering Relevance
Behavior and Middle School Students’ Cognitive Engagement in Mathematics. 139(Uipsur
2017), 1–6. https://doi.org/10.2991/uipsur-17.2018.1

Maat, A. Y. (2020). Pengajaran Berasaskan Video Animasi Untuk Meningkatkan Kefahaman


Pelajar Terhadap Topik Algebra. Video Animation Based Learning to Increase Students’
Understanding on Algebra, 15.

Anda mungkin juga menyukai