Anda di halaman 1dari 10

KOLEJ VOKASIONAL SEPANG

43800 SEPANG

COMPUTER SYSTEM AND


NETWORKING
MODULE :
AMT 309 : MATEMATIK UNTUK TEKNOLOGI
TITLE :
PENGGUNAAN ALGEBRA DALAM KEHIDUPAN
SEHARIAN
NAME :
MUHAMMAD AZMEER RIDZWAN BIN ROSLI

SESSION :
SEMESTER 3, YEAR 2, 2015
LECTURERS NAME :
PN. HAIRANA BINTI YUSUF

PENGHARGAAN
Assalamualaikum
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan folio
saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Penggunaan Algebra dalam kehidupan
seharian. Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian
daripada kerja khusus subjek
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya
sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada Puan Pengarah Kolej
Vokasional Sepang, Puan Norhana Binti Mustapha kerana beliau telah banyak memberikan
bimbingan dan semangat kepada semua pelajar.
Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, Puan Hairana Binti Yusuf kerana
memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga
sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat
berguna untuk folio saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan senang.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan
dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam
menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek
folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya
maklumat tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung
atau tidak langsung sepanjang proses penyiapan tugasan ini.

PENGENALAN
Matematik merupakan satu bidang ilmu yang pengetahuan yang sangat penting. Tokoh Matematik,
Carl Friedrich Gauss mengatakan "Mathematics is the Queen of Science". Ia merangkumi bentuk,
simbol dan ruang dan dibahagikan kepada beberapa cabang seperti aritmetik, calculus, trigonometri,
geometri dan tidak ketinggalan algebra.
Algebra ialah salah satu cabang matematik yang membincangkan tentang prinsip operasi dan
hubungan. Perkataan algebra berasal dari perkataan Arab iaitu Al-Jabr. Tidak dapat dinafikan lagi
ilmu algebra bermula dan berkembang pesat dari negara Arab. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai asal usul dan sejarah algebra, anda bolehlah membaca artikel Sejarah Algebra dalam
ruangan Sejarah.
Antara cabang algebra ialah elementary algebra, abstract algebra, linear algebra dan universal
algebra. Elementary algebra memperkenalkan konsep pembolehubah yang mewakilkan nombor.
Pernyataan dari pembolehubah ini dimanipulasikan menggunakan prinsip operasi yang menggunakan
nombor seperti operasi tambah. Ia boleh diselesaikan menggunakan pelbagai cara termasuk
penyelesaian persamaan.

Walaupun begitu, algebra itu sendiri merupakan bidang yang lebih luas dari konsep pemboleh ubah
ini. Terdapat pelbagai lagi ilmu dalam cabang algebra. Contohnya, abstract algebra atau dipanggil
juga modern algebra. Ia mengkaji tentang algebraic structures seperti group, ring dan field. Linear
algebra mengkaji tentang vector termasuk matrices. Aplikasi asas untuk linear algebra ialah
penyelesaian sistem persamaan linear dengan beberapa pemalar. Universal algebra pula mengkaji
tentang algebraic structures itu sendiri.

APAKAH ITU ALGEBRA


Secara umumnya algebra boleh dikatakan satu cabang matematik yang menggunakan
penyataan matematik bagi menerangkan hubungan antara dua kuantiti unit , masa dan lain-lain.
Setiap penyataan matematik bagi menghubungkan dua kuantiti tersebut biasanya di sertakan dengan
penggunaan simbol abjad (biasanya x ,y atau z) untuk menerangkan hubungan satu kuantiti dengan
kuantiti yang lain. Penggunaan simbol tersebut dipanggil pembolehubah. Algebra bukan sahaja
melibatkan penggunaan simbol malah ia melibatkan aktiviti mencari penyelesaian terhadap masalah
di dalam kehidupan seharian.

Namun demikian terdapat berbagai pendapat dari ahli-ahli metematik tentang algebra.
Menurut Usiskin (1997), algebra adalah satu bahasa. Ianya terdiri daripada 5 aspek yang utama iaitu
anu, rumus, corak nombor, nilai tempat dan hubungan. Algebra boleh dikatakan sebagai
pengembangan arimetik atau satu bahasa untuk menghuraikan tentang arithmatik. Walau
bagaimanapun algebra juga mempunyai berbagai cara untuk memanipulasi simbol dan ia juga
merupakan satu cara berfikir.

SEJARAH ALGEBRA
Perkataan "algebra" dinamakan sempena perkataan Bahasa Arab "al-jabr" dari tajuk buku alKitab al-muhtasar fi hisab al-gabr wa-l-muqabala yang bermaksud Buku Ringkasan Tentang
Pengiraan melalui Pelengkapan dan Pengimbangan, sebuah buku yang ditulis oleh ahli matematik
Muslim Parsi Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi pada tahun 820. Perkataan al-jabr maksudnya
"penyatuan semula".
Maksud aljabar ialah kembalikan. Dalam konteks matematik ia merujuk kepada
mengembalikan imbangan pada persamaan dengan meletakkan di sebelah persamaan sesuatu yang
diambil daripada sebelah lain. Contoh: Jika kita ambil 4 daripada persamaan x - 4 = 8, maka
imbangan perlu dilakukan dengan menulis seperti berikut:
x = 8 + 4.
Sarjana Islam telah membuat kemajuan yang penting dalam bidang algebra. Persamaan
yang melibatkan kuasa dua dan kuasa tiga telah berjaya diselesaikan sebelum pencapaian ahli
matematik Renaisance. Penggunaan abjad dalam algebra seperti x, y, a, b dan sebagainya
dipelopori oleh Abu al-Hassan Ali Ibn Muhammad al-Qasadi (1412-1487).

TOKOH ALGEBRA

Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi


Al-Khwarizmi atau Abu Abdullah Mohammad bin Musa adalah seorang pakar dalam bidang
matematik dan astronomi yang dilahirkan di Khiwarizam (satu tempat dalam Russia kini). AlKhwarizmi sering dianggap sebagai bapa algebra moden dan algoritma moden. Penerokaan bidang
algebra oleh al-Khwarizmi merupakan sumbangan yang besar kepada dunia matematik.
Algebra bukan sahaja memberi manfaat kepada dunia amnya tetapi juga kepada umat Islam
sepertimana yang pernah dijelaskan dengan penuh tawadduk oleh al-Khwarizmi iaitu sebagai satu
ibadah untuk menyelesaikan berbagai-bagai masalah dalam hukum syariah seperti faraid,
perniagaan, pembahagian tanah dan sebagainya. Sesungguhnya penyelidikan matematik oleh
sarjana Islam adalah berdasarkan tanggungjawab (fardu kifayah) untuk membantu masyarakat dan
bersifat terarah manakala penyelidikan sarjana Eropah lebih kepada minat individu dan kadangkala
tidak membawa sebarang manfaat kepada masyarakat.

PENGELASAN ALGEBRA
Secara amnya, algebra oleh dibahagikan kepada empat kategori berikut :
i)

Algebra asas-mencatat sifat-sifat operasi pada sistem nombor nyata sebagai

pemegang tempat dengan symbol-simbol untuk mewakili pemalar serta pembolehubah, dan petuapetua untuk ungkapan matematik dan persamaan yang melibatkan simbol-simbol tersebut dikaji.
ii)
Algebra Niskala (abstrak)- juga dikenali sebagai algebra moden yang mengkaji strukturstruktur algebra seperti kumpulan, gelanggang dan medan yang diberikan definasi aksioman.
iii)

Algebra linear mengkaji sifat-sifat khusus untuk ruang vektor (termasuk matriks).

iv)

Algebra semesta-mengkaji sifat-sifat sepunya dalam struktur algebra.

ELEMEN ALGEBRA
1. Unknown ialah suatu kuantiti yang belum diketahui nilainya.
2. Sebutan dalam satu anu - hasil darab satu Unknown dengan satu nombor , contoh : 4y.
3. Sebutan dalam dua anu - hasil darab dua Unknown dengan suatu nombor, cont0h : 4xy.
4. Pekali bagi suatu sebutan dalam satu Unknown nombor yang mendarabkan Unknown
itu, Contoh: dalam sebutan 8x: 8 ialah pekali bagi x
5. Pekali bagi suatu sebutan dalam beberapa Unknown faktor-faktor lain dalam sebutan,
Cth: dalam sebutan 5pq, 5 ialah pekali bagi pq, 5p pekali bagi 5q, 5q pekali bagi 5p
6. Pekali boleh jadi integer (positif dan negatif), pecahan atau perpuluhan.
7. Sebutan serupa ialah sebutan dalam Unknown yang sama, contoh: 7x , 9x , 0.5x.

8. Sebutan tak serupa ialah sebutan dalam Unknown yang berlainan,contoh: 7x, 9y, 0.5xy.
9. Ungkapan ialah gabungan dua atau lebih sebutan dengan operasi penolakan,
penambahan atau kedua-dua sekali.
10. Corak nombor iaitu seperti nombor gandaan tiga , contoh: 3, 6, 9, 12...
11. Rumus-rumus berkaitan algebra, contoh:

qn

SOALAN & PENYELESAIAN ALGEBRA


1. Apabila mengisi kereta anda dengan gas anda boleh menggunakan bentuk algebra.
Katakanlah anda hanya mempunyai $ 20,00 untuk menghabiskan pada gas hari ini dan gas
adalah $ 3,50 segelen. Berapa banyak gelen anda boleh beli?
x = # gelen gas

3.50x=20.00
X= 20.00/3.50
x=5.71 gelen
2. Katakanlah anda mahu membeli XBox 360. Anda mempunyai $ 800 untuk menghabiskan
dalam semua perkara. Anda tahu sistem baru berharga $ 400 dan pengawal tambahan $ 40.
Dengan mengandaikan permainan yang kos $ 60 berapa banyak permainan yang anda boleh
dapat?
X = bilangan permainan yang boleh dibeli

$800 = $400 + $40 +$60x


800=460+60x
360=60x
x = 6 permainan
3. Mari kita gunakan Buffalo, NY ke Sacramento, CA yang kira-kira 2500 batu

memandu. Berapa banyak wang yang anda perlu untuk menyelamatkan untuk gas
jika paras purata nasional ialah $ 3.23 / gelen.
x = bilangan wang yang perlu disimpan

2500 = 3.23x
x=$773.99

5)

RUMUSAN
Secara kesimpulannya, linear algebra khususnya berkaitan analisis rangkaian mempunyai
pelbagai penggunaan, baik dari segi menyelesaikan masalah lalu lintas di jalan raya mahupun
masalah sistem paip pengagihan gas.
Melalui kajian saya secara mendalam berkaitan analisis rangkaian ini, ia telah menceritakan
bagaimana matematik terutamanya algebra membantu memudahkan manusia dengan menyediakan
sistem-sistem hebat yang mempercepatkan dan menjimatkan masa, kos dan tenaga. Antaranya
termasuklah sistem pembinaan, sistem trafik, sistem kewangan dan sebagainya.
Seharusnya kita bersyukur dengan kesenangan hasil ilmu orang terdahulu sebelum ini.
Namun, bersyukur bukan bermakna berdiam diri sebaliknya seharusnya kita berusaha menyelongkar
lagi ilmu-ilmu matematik dan ilmu-ilmu lain yang mampu membawa kemudahan dan kesenangan
kepada manusia.

RUJUKAN

http://documents.tips/documents/rumusan.html
http://ahmadzubir67.blogspot.my/2013/05/contoh-soalan-algebra-formatpmr.html
https://www.scribd.com/doc/194563306/bab-7-rumus-algebra

Anda mungkin juga menyukai