Anda di halaman 1dari 14

SEJARAH ALGEBRA

Asalnya algebra dapat dikesankan kepada orang Babylon, yang


membangunkan sebuah sistem aritmetik maju yang dapat membantu
mereka membuat perkiraan dalam gaya algebra. Dengan kegunaan
sistem ini, mereka dapat mengunakan rumus dan mengira penyelesaian
untuk nilai yang tidak diketahui bagi kelas masalah yang diselesaikan
hari ini dengan menggunakan persamaan linear.

Di samping itu, kebanyakan orang Mesir pada era ini, dan


kebanyakan ahli matematik India, Yunani dan Cina pada alaf Sebelum
Masihi pertama, biasanya menyelesaikan sebarang penyelesaian dengan
gaya geometrik, seperti yang diterangkan pada Moscow dan Papirus
Bermatematik Rhind, Sutra-sutra Sulba, Unsur-unsur Euclid, dan
Sembilan Bab pada Kesenian Matematik. Kerja geometri orang
Yunani, dibiasakan dalam Elements, memberikan rangkanya
mengumumkan rumus disebalik penyelesaian masalah tertentu ke
dalam lebih sistem menyebutkan dan menyelesaikan persamaan yang
umum.

Ahli Matematik Hellenistik Euclid memerincikan


algebra pada Unsur.

Perkataan "algebra" dinamakan sempena perkataan Bahasa


Arab "al-jabr" dari tajuk buku al-Kitb al-mutaar f isb al-abr
wa-l-muqbala, yang bermaksud Buku Ringkasan Tentang
Pengiraan melalui Pelengkapan dan Pengimbangan, sebuah buku
yang ditulis oleh ahli matematik Muslim Parsi, Muammad ibn Ms
al-wrizm pada tahun 820. Perkataan aljabr bermaksud
"penyatuan semula"ataupun yang membawa maksud "gabungan,
sambungan, atau pelengkap". Algebra ialah cabang matematik
yang berkaitan dengan kajian struktur, hubungan, dan kuantiti. Algebra
amnya dibahagikan kepada dua iaitu algebra klasik dan algebra abstrak
yang lebih dikenali sebagai algebra moden. Algebra klasik telah
dikembangkan selama 4000 tahun. Manakala algebra abstrak hanya
muncul kira-kira 200 tahun terakhir.Selain itu, algebra asas sering
dijadikan sebahagian pendidikan sekolah menengah untuk memberikan
pengenalan kepada idea-idea asas algebra: membelajari apa yang
terjadi apabila nombor-nombor dicampurkan atau dikalikan, dan
bagaimana membuat polinomial dan mencari punca tersebut.
Polinomial ialah ungkapan yang dibina menggunakan
beberapa pemboleh ubah dan pemalar dengan operasi-operasi
penambahan, penolakan, pendaraban, dan pengeksponenan nombor
bulat sahaja. Rangkuman algebra adalah lebih luas berbanding algebra
asas dan dibuat lebih umum. Berbanding dengan hanya menggunakan
nombor-nombor, seseorang boleh menggunakan unsur yang tidak
diketahui yang terdiri daripada simbol, pemboleh ubah, atau unsur set.
Penambahan dan pendaraban dilihatkan sebagai operasi am, dan
definisi tepat untuk operasi-operasi ini menghasilkan struktur seperti
kumpulan, gelanggang, dan medan. Bersama-sama dengan geometri
dan analisis, algebra merupakan salah satu daripada tiga cabang utama
matematik.

Perkembangan algebra dihuraikan ruangan ini di bawah tajuk


berikut: Algebra Mesir,Babylonian Algebra ataupun Algebra Babylon,
Algebra Hindu, dan Algebra Arab. Sejak algebra berkembang daripada
aritmetik, pengiktirafan daripada nombor baru seperti irrationals,
sifar, nombor negatif, dan nombor kompleks adalah bahagian penting
dalam sejarah.

ALGEBRA MESIR

Sebahagian besar pengetahuan kita tentang matematik Mesir purba,


termasuk algebra, berdasarkan Rhind papyrus yang ditulis sekitar 1650
SM. Mereka boleh menyelesaikan masalah linear dalam satu
pembolehubah. Mereka menggunakan kaedah yang kini dikenali sebagai
"method of false position". Mereka menyelesaikan masalah algebra
secara retorik iaitu tidak menggunakan simbol-simbol tetapi
diselesaikan secara lisan.

Cairo Papyrus ditulis sekitar 300 SM menunjukkan bahawa pada saat


ini orang Mesir sudah berjaya memecahkan beberapa masalah yang
setara dengan sistem dua persamaan darjah kedua dalam dua
pembolehubah yang tidak diketahui. Walaubagaimanapun, algebra itu
jelas terkebelakang dalam menyelesaikan masalah berkaitan pecahan.

Algebra pada Tamadun Mesir Purba

ALGEBRA BABYLON

Matematik Zaman Babylon Lama (1800 - 1600 SM) adalah lebih maju
daripada Mesir. Mereka sangat baik dalam
penggunaan sexagesimal iaitu sistem pernomboran yang telah banyak
menyumbangkan kepada kemajuan algebra. Mereka mempunyai kaedah
umum setara untuk menyelesaikan persamaan kuadratik iaitu dengan
memecahkan persamaan kuadratik, dan mereka mengenalpasti hanya
satu akar yang harus positif. Seterusnya, mereka berjaya menghasilkan
satu rumus kuadratik.

Babylonia matematik menggunakan beberapa simbol tetapi tidak


banyak. Seperti Mesir, mereka pada dasarnya algebra retorik iaitu
tidak menggunakan simbol. Kaedah yang digunakan untuk
menyelesaikan masalah yang diajarkan melalui contoh-contoh dan
tidak ada penjelasan spesifik yang diberikan.
ALGEBRA SEMASA ZAMAN BABYLON (TAMADUN MESOPOTAMIA)

ALGEBRA HINDU

Tamadun Hindu dipercayai muncul kira-kira 2000 SM. Namun begitu,


hasil daripada penemuan artifak-artifak matematik Hindu, mereka
dipercayai muncul kira-kira sekitar 800 SM. Pada mulanya matematik
Hindu tidaklah mendapat sambutan yang meluas tetapi ianya menjadi
penting hanya selepas dipengaruhi oleh kejayaan Greek. Sebahagian
besar matematik Hindu didorong oleh astronomi dan astrologi seperti
nombor asas sepuluh dan positional notation system. Mereka menjadi
penting apabila angka sifar yang ditemui ketika tamadun hindu ini
dibahas dalam menyelesaikan operasi yang melibatkan nombor ini.

Hindu memperkenalkan nombor negatif untuk mewakili hutang.


Brahmagupta menjadi orang pertama yang menggunakan nombor
negatif ini. Manakala, Bhaskara pula menemui bahawa nombor positif
mempunyai dua akar. Orang Hindu juga menunjukkan kaedah atau
prosedur yang betul untuk operasi yang melibatkan nomborirrationals.

Mereka banyak menyumbang kemajuan dalam algebra dan aritmetik.


Mereka mengembangkan beberapa simbol, walaupun iainya tidak luas,
namun simbol tersebut sudah cukup untuk mengklasifikasikan algebra
Hindu sebagai simbolik. Namun yang demikian, langkah-langkah dalam
penyelesaian masalah yang dinyatakan tidak mempunyai bukti yang
kukuh.
ALGEBRA SEMASA TAMADUN HINDU (TAMADUN INDUS)

ALGEBRA ARAB

Pada abad ke-7 dan ke-8, orang-orang Arab, disatukan oleh Nabi
Muhammad, menakluk tanah dari India, di Afrika utara, ke Sepanyol.
Dalam abad-abad seterusnya (abad ke-14) mereka mengejar seni dan
ilmu pengetahuan dan bertanggungjawab untuk sebahagian besar
kemajuan sains yang dicipta di barat. Walaupun Bahasa Arab banyak
diambil daripada para sarjana Greek, Kristian, Parsi, atau Yahudi.
Sumbangan mereka yang paling berharga adalah pemuliharaan
pembelajaran Greek pada pertengahan abad lalu, dan melalui
penterjemahan yang mereka lakukan ini banyak memberikan
sumbangan dan pengetahuan yang kita gunakan sehingalah pada masa
kini. Selain itu mereka turut menghasilkan karya dan sumbangan
mereka sendiri.

Orang-orang Arab mengambil alih dan mempertingkatkan sistem


nombor Hindu dan positional notation system (RUJUK ALGEBRA
HINDU). Angka ini yang dikenali sebagai sistem pernomboran Hindu-
Arab, algoritma serta operasi penyelesaiannya telah dihantar ke
Eropah sekitar tahun 1200 dan kini kita sedang menggunakannya di
seluruh dunia.

Seperti orang Hindu, orang-orang Arab turut menggunakan


nombor irrationals. Namun mereka mengambil langkah untuk menolak
nombor negatif walaupun telah belajar daripada Hindu.

Ahli matematik Arab merupakan antara orang-orang yang pertama


menyumbangkan kemajuan algebra. Perkataan "algebra" berasal dari
judul sebuah buku teks, Hisab al-jabr w'al muqabala, ditulis sekitar
830 oleh ahli astronomi / matematik Mohammed ibn-Musa al-
Khowarizmi. Algebra daripada orang Arab sepenuhnya retorik.

Mereka boleh menyelesaikan persamaan kuadratik, mengenali dua


penyelesaian, kebarangkalian irrationals, namun biasanya mereka
menolak penyelesaian negatif. Ahli matematik, Omar Khayyam (1050 -
1130) membuat sumbangan pada penyelesaian persamaan kubus
dengan melibatkan kaedah geometrik persilangan antara conics.

Al-Khawarizmi juga pakar dalam bidang matematik,


astronomi dan geografi. Beliau juga digelar Bapa Algebra. Namun, Al-
Khawarizmi telah biasa dianggap "bapa matematik" (walaupun gelaran
ini juga diberikan kepada Diophantus), kerana banyak
kerja pengurangannya masih digunakan hari ini. Seorang lagi ahli
matematik Parsi, Omar Khayyam, mengembangkan geometri
algebra dan mendapatkan jawapan geometrik umum pada persamaan
padu. Ahli-ahli matematik Mahavira dan Bhaskara, dan ahli matematik
Cina Zhu Shijie, menyelesaikan banyak padu, kuartik, kuintik dan
persamaan turutan-atas polinomial.

Satu lagi peristiwa utama bagi pengembangan lanjutan dalam balgebra


adalah penyelesaian algebra umum pada persamaan kubik dan kuartik,
dikembangkan pada abad pertengahan ke-16. Idea
sebuahpenentu dikembangkan oleh ahli matematik Jepun, Kowa
Seki pada abad ke-17, diikuti oleh Gottfried Leibniz sepuluh tahun
kemudian, dengan tujuan menyelesaikan sistem pada persamaan linear
serentak menggunakan matriks. Gabriel Cramer juga melakukan
sesetengah kerja pada matriks dan penentu pada abad ke-18. Algebra
abstrak dikembangkan pada abad ke-19, yang pada mulanya
menumpukan yang kini dipanggil teori Galois, dan pada isu-
isu keterbinaan.

SIAPAKAH AL-KHAWARIZMI YANG DIBINCANGKAN??

Nama asal cendekiawan Islam, Al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn


Musa al-Khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah
Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Beliau juga dikenali sebagai Abu
Abdullah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan Ab Jafar
Muammad ibn Ms al-Khwrizm. Namun, beliau terkenal dengan
nama Al-Khawarizmi pada hari ini.
Al-Khawarizmi dikenal di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi,
al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan pelbagai nama
timbangan lagi. Beliau dilahirkan di Bukhara. Tahun 780-850M adalah
zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Al-Khawarizmi telah meninggal
dunia antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi
hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan
beliau hidup di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan
meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi adalah


seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan
keahliannya bukan hanya dalam bidang syariat tapi di dalam bidang
falsafah, logik, aritmatik, geometri, musik, matematik, sejarah Islam
dan kimia.

Al-Khawarizmi sebagai guru Al-Jabr di Eropah

Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangent dalam


penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau
bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Mamun, beliau bekerja di
Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam sebuah balai cerap
iaitu tempat belajar matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga
diberi kepercayaan untuk memimpin perpustakaan khalifah. Beliau
pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara pengiraan
India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis
Ensiklopedia dalam pelbagai disiplin. Al-Khawarizmi adalah seorang
tokoh yang pertama kali memperkenalkan al-Jabr (Algebra) dan
matematik. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau telah pelajari
dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik
yang begitu popular yang masih digunakan sampai sekarang.

PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

Sumbangannya dalam bentuk hasil karya ialah :

1. Al-Jabr wal Muqabalah : Beliau telah mencipta pemakaian secans


dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-


contoh persoalan matematik dan mengemukakan 800 jenis masalah
yang sebahagian besar merupakan persoalan yang dikemukakan oleh
Neo. Babylonian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan
kebenarannya oleh al-Khawarizmi.

3.Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifar dan ia


penting dalam sistem Nombor pada zaman sekarang. Karyanya yang
satu ini memuat Cos, Sin dan Tan dalam penyelesaian persamaan
trigonometri , teorem segitiga sama kaki dan perhitungan luas segitiga,
segi empat dan lingkaran dalam geometri.

Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-


Khawarizmi . Bidang astronomi juga membuat al-Khawarizmi terkenal.
Astronomi dapat diertikan sebagai ilmu falaq (pengetahuan tentang
bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan,
pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan
bintang).

Keperibadian al-Khawarizmi

Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam mahupun


dunia Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sarton mengatakan bahawa
pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah diperoleh oleh orang-
orang Timur. Dalam hal ini merujuk kepada Al-Khawarizmi. Tokoh
lain, Wiedmann berkata." al-Khawarizmi mempunyai keperibadian
yang teguh dan seorang yang mengabdikan hidupnya untuk dunia
sains".

Beberapa cabang ilmu dalam Matematik yang diperkenalkan oleh al-


Khawarizmi seperti: geometri, al-Jabr, aritmetik dan lain-lain.
Geometri merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi kandungan
yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri
dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat [The Elements] hasil
karya Euclid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan
yunani iaitu geo yang berarti bumi dan metri berarti pengukuran.
Dari segi ilmu, geometri adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung
dengan magnitud dan sifat-sifat ruang. Geometri ini dipelajari sejak
zaman firaun [2000SM]. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan
geometri Mesir kepada Yunani sebagai satu sains dalam kurun abad ke
6 SM. Seterusnya sarjana Islam telah menyempurnakan kaedah
pendidikan sains ini terutama pada abad ke-9 M.
AL- KHAWARIZMI : BAPA ALGEBRA ATAUPUN BAPA MATEMATIK.
MERUPAKAN PENEROKA ILMU AL-JABR.

PENGELASAN ALGEBRA

Secara amnya, algebra boleh dibahagikan kepada kategori-kategori


yang berikut:

Algebra asas - mencatat sifat-sifat operasi pada sistem nombor


nyata sebagai "pemegang tempat" dengan simbol-simbol untuk
mewakili pemalar serta pemboleh ubah, dan petua-petua
untuk ungkapan matematik dan persamaan yang melibatkan
simbol-simbol tersebut dikaji (perhatikanlah bahawa ini sering
merangkumi isi kandungan kursus yang digelarkan sebagai
"algebra pertengahan" dan "algebra kolej");
Algebra niskala - juga dipanggil sebagai "algebra moden", yang
mengkaji struktur-struktur algebra seperti kumpulan, gelanggang,
dan medan yang diberikan definisi aksioman.
Algebra linear - mengkaji sifat-sifat khusus untuk ruang
vektor (termasuk matriks);
Algebra semesta - mengkaji sifat-sifat sepunya dalam semua
struktur algebra.
PERKEMBANGAN ALGEBRA DUNIA

LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL BAGI MEMBANGUNKAN ALGEBRA :

Algebra retorik, yang dikembangkan oleh orang Babylonia dan dan


kekal sehingga abad ke-16;
Algebra geometri membina, yang ditekankan oleh India Vedik dan ahli
matematik Yunani klasik;
Algebra tersinkop, sebagaimana dikembangkan oleh Diophantus dan
di Bakhshali Manuscript; dan
Algebra simbol, yang kemuncaknya dalam hasil kerja Leibniz.

BARIS ZAMAN PEMBANGUNAN ALGEBRA UTAMA:

Kira-kira 1800 SM: tablet Old Babylonian Strassburg mencari


jawapan persamaan kuadratik elliptik.
Kira-kira 1600 SM: The Plimpton 322 tablet memberikan
jadual kembar tiga Phytagorean dalamtulisan
Cuneiform Babylonia.
Kira-kira 800 SM: ahli matematik India Baudhayana,
dalam Baudhayana Sulba Sutranya, menemukan kembar tiga
Pythagorean secara algebra, mendapati jawapan persamaan
geometrik linear dan persamaan kuadratik pada bentuknya
ax2 = c dan ax2 + bx = c, dan mendapati dua set jawapan integral
positif ke satu set serentak persamaan Diophantine.
Kira-kira 600 SM: ahli mathematik India Apastamba,
dalam Apastamba Sulba Sutranya, menyelesaikan persamaan
linear umum dan menggunakan persamaan serentak Diophantine
dengan sebanyak lima yang tidak diketahui.
Kira-kira 300 SM: Dalam Buku II Elementnya, Euclid memberikan
pembinaan geometrik dengan alat Euclidean untuk penyelesaian
ke persamaan kuadratik untuk punca positif sebenar.
Pembinaannya ialah kerana berasaskan Sekolah Geometri
Pythagorean.
Kira-kira 300 SM: Sebuah pembinaan untuk penyelesaian kubik
diperoleh (menduakan masalah kiub). Ia kini diketahui bahawa
kiub umum tidak mempunyai apa-apa penyelesaian dengan
menggunakan alat Euclidean.
Kira-kira 100 SM: Persamaan algebra digunakan dalam buku
matematik Cina Jiuzhang suanshu(Sembilan Bab pada Kesenian
Matematik), yang mengandungi penyelesaian persamaan linear
diselesaikan menggunakan peraturan posisi gandaan palsu,
penyelesaian persamaan kuadratik, dan penyelesaian matriks
yang sama kepada kaedah moden, untuk selesaikan sistem
persamaan linear serentak.
Kira-kira 100 SM: The Bakhshali Manuscript ditulis pada
zaman India purba menggunakan bentuk algebra menggunakan
huruf-huruf dan tanda-tanda lain, dan mengandungi persamaan
kubik dan kuartik, penyelesaian algebra pada persamaan
linear dengan sebanyak lima yang tidak diketahui, rumus algebra
umum untuk persamaan kuadratik, dan penyelesaian pada
persamaan kuadratik tak tentu dan persamaan serentak.
Kira-kira 150 M: ahli matematik Mesir Hellenisasi Perwira
Alexandria, menganggap persamaan algebra dalam tiga isi padu
matematik.
Kira-kira 200: ahli matematik Babylonia Hellenisasi Diophantus,
tinggal di Mesir dan sering menganggap "bapa albegra",
menulisArithmetica masyhurnya, sebuah kerja menggambarkan
penyelesaian pada persamaan algebra dan teori nombor.
499: ahli matematik India Aryabhata, dalam
karyanya Aryabhatiya, mendapatkan penyelesaian nombor-
keseluruhan pada persamaan linear dengan menggunakan sebuah
kaedah yang sama kepada yang moden punya, menggambarkan
penyelesaian integral umum pada persamaan linear tidak tentu,
memberikan penyelesaian integral pada persamaan linear tidak
tentu, dan menggambarkan sebuahpersamaan pembezaan.
Kira-kira 625: ahli matematik Cina Wang Xiaotong menjumpai
jawapan berangka pada persamaan padu.
628: ahli matematik India Brahmagupta, dalam karyanya Brahma
Sputa Siddhanta, menyiptakan kaedah chakravala yang
menyelesaikan tidak tentu persamaan kuadratik,
termasuk persamaan Pell, dan memberikan peraturan untuk
jawapannya persamaan linear dan kuadratik. Beliau menjumpai
bahawa persamaan kuadratik mempunyai dua punca, termasuk
keduanya punca negatif dan juga bukan nisbah.
820: Perkataan algebra berasal dari operasi diterangkan dalam
karyanya yang ditulis oleh ahli matematik Farsi Muammad ibn
Ms al-wrizm bertajuk Al-Kitab al-Jabr wa-l-
Muqabala (ertinya "The Compendious Book on Calculation by
Completion and Balancing") pada jawapan penyelesaian
sistematik linear dan persamaan kuadratik. Al-Khwarizmi sering
dianggapkan sebagai "bapa algebra", banyak dari kerjanya pada
pengurangan telah dimasukkan ke dalam buku dan ditambahkan
ke banyak kaedah kita ada pada algebra sekarang.
Kira-kira 850: ahli matematik Persian al-Mahani berpendapatan
idea pada masalah geometri kurangan seperti mengembarkan
kubusuntuk masalah pada algebra.
Kira-kira 850: ahli matematik India Mahavira menyelesaikan
berbagai kuadratik, berkiub, persamaan kuartik, kuintik dan
turutan-atas, dan juga kuadratik tidak tentu, berkiub dan
persamaan turutan-atas.
Circa 990: Orang Parsi Abu Bakr al-Karaji, dalam karyanya al-
Fakhri, membina lebih algebra dengan mengembangkan kaedah
yang digunakan Al-Khwarizmi dengan menggabungkan kuasa
kamiran dan punca kemiran pada jumlah yang tidak diketahui.
Dia menggantikan operasi geometri pada algebra dengan operasi
aritmetik moden, dan mentakrifkan monomial x, x2, x3, ... and
1/x, 1/x2, 1/x3, ... dan memberikan peraturan untuk hasil darab
pada salah satu dari dua ini.
Kira-kira 1050: Ahli matematik Cina Jia Xian menemui
penyelesaian berangka untuk persamaan polinomial.
1072: Ahli matematik Parsi Omar Khayyam mengembangkan
geometri algebra dan, dalam karyanya Treatise on
Demonstration of Problems of Algebra (Kerja tentang Percubaan
Masalah Algebra), memberikan pengkelasan penuh pada
persamaan kubik dengan penyelesaian geometrik umum dijumpai
dengan cara menyilangi bahagian kon.
1114: Ahli matematik India Bhaskara, dalam Bijaganitanya
(Algebra), mengakui bahawa nombor positif ada punca kuasa
dua positif dan negatif, dan menyelesaikan persamaan kuadratik
dengan lebih dari satu yang unknown, kubik berlainan, kuartik,
dan turutan-atas persamaan polinomial, Persamaan Pell,
persamaan kuadratik umum tidak tentu, dan juga kubik tidak
tentu, kuartik dan persamaan turutan-atas.
1150: Bhaskara, dalam Siddhanta Shiromaninya, menyelesaikan
persamaan pembezaan.
1202: Algebra diperkenalkan ke Eropah kebanyakannya melalui
kerja Leonardo Fibonacci Pisa dengan kerjanya Liber Abaci.
Kira-kira 1300: ahli matematik Cina Zhu Shijie bergabung
dengan algebra polinomial, menyelesaikan persamaan kuadratik,
persamaan serentak dan persamaan dengan sebanyak empat yang
tidak diketahui, dan dari segi bilangan menyelesaikan separuh
kuartik, kuintikdan turutan-atas persamaan polinomial.
Kira-kira 1400: Ahli matematik India Madhava of
Sangamagramma menemui penyelesaian persamaan
transenden oleh pelelaran, kaedah lelaran untuk penyelesaian
pada persamaan bukan-linear, dan penyelesaian persamaan
pembezaan.
1515: Scipione del Ferro menyelesaikan kubik ketika istilah
kuadratik hilang.
1535: Nicolo Fontana Tartaglia menyelesaikan kubik ketika istilah
linear hilang.
1545: Girolamo Cardano menerbitkan Ars magna -Kesenian yang
hebat yang memberikan penyelesaian untuk berbagai kubik dan
juga penyelesaian Ludovico Ferrari pada sebuah persamaan
kuartik istimewa.
1572: Rafael Bombelli mengakui punca kompleks pada kubik dan
memperbaiki catatan baru.
1591: Francois Viete mengembangkan catatan perbaikan
berlambang untuk berbagai kuasa-kuasa pada yang tidak
diketahui dan menggunakan huruf vokal untuk yang tidak
diketahui dan konsonan untuk konsonan dalam In artem
analyticam isagoge.
1631: Thomas Harriot dalam terbitan posthumus menggunakan
catatan bereksponensi dan adalah yang pertama untuk
menggunakan simbol-simbol untuk mengindikasikan "lebih kurang"
dan "lebih hebat".
1682: Gottfried Wilhelm Leibniz membinakan tanggapannya pada
manipulasi berlambang dengan peraturan rasmi yang dia
gelarkancharacteristica generalis (Mengitlakkan ciri).
1683: ahli matematik Jepun Kowa Seki, dalam Kaedah
menyelesaikan masalah dissimulasinya,
menemui penentu, pembezalayan, dan nombor Bernoulli.
1685: Kowa Seki menyelesaikan persamaan kubik umum, dan juga
sesetengah persamaan kuartik dan kuintik.
1693: Leibniz menyelesaikan sistem pada persamaan linear
serentak menggunakan matriks dan penentut.
1750: Gabriel Cramer, dalam karyanya Pengenalan pada analisis
lengkung algebra, menyatakan peraturan Cramer dan
mengajikanlengkung algebra, matriks dan penentu-penentu.
1830: Teori Galois dibinakan oleh variste Galois dengan kerjanya
pada algebra abstrak.

KESIMPULAN

Algebra/al-jabr merupakan nadi kepada matematik. Karya Al-


Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert
of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12. Sebelum
munculnya karya yang berjudul Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang
ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M, tidak ada istilah al-jabr
dalam dunia matematik. Oleh itu, algebra ialah cabang ilmu matematik
yang perlu dititikberatkan kerana ilmu al- jabr ini sudah pun wujud
dalam kehidupan kita.

Anda mungkin juga menyukai