Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Persembahan yang mengaplikasikan elemen seni visual, muzik dan pergerakan yang
akan saya nilai ialah PdP yang mengajar tentang pecahan. Mula-mulanya, guru menyanyikan
lagu pecahan dan diikuti dengan murid nyanyi lagu pecahan bersama-sama guru. Seterusnya,
guru membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan dan mengagihkan satu papan pecahan
dan 2 gambar bulatan kepada setiap kumpulan. Selepas itu, guru memberi penerangan
tentang konsep pecahan. Kemudian, guru meminta setiap kumpulan untuk mengguntingkan
satu perdua pada bulatan dan kemudian mengguntingkan satu perempat. Selepas itu, setiap
kumpulan akan mendapat satu kertas yang mempunyai satu pecahan. Murid-murid
dikehendaki melekatkan bulatan yang telah dipotong mengikut pecahan yang dikehendaki
pada papan pecahan. Aktiviti ini dijalankan sebanyak dua pusingan sebelum PdP tamat.

2.0 KEKUATAN

Kekuatan persembahan ini adalah lagu sangat menarik dan sedap didengar. Lagu
pecahan ini adalah diubahsuai daripada lagu kanak-kanak yang terkenal, yakni “Twinkle-
twinkel little star” dan liriknya diubahsuai menjadi lirik yang berkaitan dengan pecahan supaya
murid-murid dapat sambil menyanyi lagu sambil belajar topik pecahan. Oleh sebab itu, lagu
ini digubal dengan cemerlang. Selain itu, gambar bulatan yang dihasilkan oleh guru juga
sangat menarik. Guru menghiaskan bulatan-bulatan menjadi lolipop, bola keranjang, tembikai,
matahari, biskut dan juga softball. Hiasan-hiasan ini boleh menarik perhatian murid untuk
mengetahui guru yang akan buat dengan bulatan yang cantik tersebut. Murid-murid kemudian
akan mengetahui bahawa rupa-rupanya bulatan tersebut adalah untuk digunting bagi
mewakili pecahan.

Seterusnya, kit persembahan ini sangat sesuai pada abad ke-21 kerana penglibatan
aktif semua murid dalam kelas. Hal ini disebabkan aktiviti yang melibatkan kit persembahan
ini dijalankan secara berkumpulan. Jika tiada penglibatan aktif antara semua murid, kit ini tidak
berupaya untuk berfungsi dengan baik. Di samping itu, kit ini tidak begitu kompleks dan mudah
difahami oleh murid-murid kerana hanya menggunakan mounting board dan dua keping
bulatan untuk mereka mempelajari pecahan. Mereka mempunyai peluang dan ruang untuk
mempelajari pecahan dengan menggunakan hands-on kerana bahan untuk membuat kit amat
mudah dicari dan harganya juga amat murah.
Bukan itu sahaja, kit tersebut telah dilukis dengan bulatan yang mempunyai 4
bahagian. Hal ini akan memudahkan murid tahun 1 menguasai konsep pecahan.
Memandangkan murid-murid sekolah rendah berada dalam peringkat operasi konkrit, maka
mereka memerlukan bahan konkrit untuk membolehkan mereka memahami sesuatu.
Berbanding dengan hanya mengimaginasikan 4 bahagian dalam satu bulatan, adalah lebih
baik jika terdapat bulatan konkrit dan boleh dibahagikan kepada 4 bahagian dengan
menggunting sendiri.

Kekuatanyang seterusnya ialah proses PdPc tersebut telah merangkumi seni visual,
muzik dan pergerakan. Hal ini telah dapat menyeronokkan pelajar kerana pelajar tidak hanya
membaca buku teks dan hanya menerapkan ilmu dalam buku teks sahaja. Mereka boleh
sambil menyanyi lagu dengan pergerakan tangan sambil mempelajari konsep pecahan.

3.0 KEKURANGAN

Namun, persembahan kit tersebut juga mempunyai kekurangannya. Salah satunya


adalah proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) adalah kurang menarik. Hal ini
kerana kemungkinan aktiviti PdPc kumpulan tersebut hanya melibatkan menggunting bulatan
kepada pecahan dan melekat pecahan pada papan pecahan sahaja. Oleh itu, interaksi antara
ahli kumpulan ataupun antara seluruh kelas adalah amat kurang. Selain itu, semasa guru
menyanyikan lagu, beliau meminta semua murid supaya berdiri di tengah kelas dan berjabat
tangan sambil menyanyi lagu bersama-sama. Walau bagaimanapun, kawasan tengah di kelas
adalah amat sempit, jadi murid-murid tidak mempunyai ruang yang mencukupi dan
menyebabkan suasana tidak begitu kondusif.

Selain itu, PdPc amat bosan kerana murid diberi kurang latihan untuk mengukuhkan
konsep pecahan. Beberapa soalan yang dikeluarkan oleh guru dalah tidak mencukupi untuk
membolehkan pelajar guru untuk mengingati konsep pecahan kerana latihan yang diberikan
oleh guru adalah terhad. Kekurangan yang seterusnya adalah guru kurang menghias
mounting board tersebut dengan pelbagai warna. Oleh itu, persembahan ini kurang menarik
perhatian dan minat murid di samping menatijahkan murid-murid hilang tumpuan. Kekurangan
yang berikutnya adalah guru tidak menyediakan soalan berfikir aras tinggi. Situasi ini
menyebabkan tidak dapat mencabar pemikiran murid-murid kerana soalan yang diberi oleh
guru hanya beraras rendah sahaja. Bukan itu sahaja, masa aktiviti juga amat pendek. Aktiviti
yang dirancang oleh guru juga amat terhad dan menyebabkan murid-murid berasa tidak
mencukupi.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara cadangan untuk menambahbaikan persembahan kumpulan adalah dengan


menjalankan PdPc dengan lebih menyeronokkan dan mempelbagaikan aktiviti PdPc.
Contohnya, guru boleh menerapkan elemen pergerakan dalam aktiviti supaya murid-murid
boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mendapat jawapan.
Seterusnya, guru boleh menambah tahap cabaran aktiviti dengan menambah soalan yang
lebih susah. Guru juga digalakkan supaya memperbanyakkan soalan tentang pecahan
supaya memperkukuhkan pengetahuan mereka tentang pecahan. Lagu pecahan juga
haruslah dinyanyikan satu kali lagi sebelum kelas ditamatkan. Hal ini sedemikian adalah untuk
mengukuhkan ingatan murid tentang lagu tersebut dan lirik yang berkaitan dengan pecahan.
Kelas juga boleh ditamatkan dengan suasana yang gembira dan meriah. Akhir sekali, guru
boleh menghiaskan papan pecahan tersebut dengan pelbagai warna supaya dapat menarik
perhatian dan minat murid. Modus operandi ini dapat mengelakkan murid untuk berasa bosan
dan tertidur dalam kelas di samping membolehkan murid untuk memahami topik pecahan.

5.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, setiap persembahan kit mesti mempunyai kelebihan dan


kekuranggannya. Kelebihan itu haruslah diteruskan dan kekurangan haruslah diperbaiki
supaya dapat menghasilkan persembahan yang lebih sempurna pada masa yang akan
datang.

Anda mungkin juga menyukai