Sejarah matematik
Lihat garis masa matematik untuk garis masa peristiwa-peristiwa matematik. Lihat senarai ahli matematik untuk sebuah senarai biografi ahli matematik. Perkataan "matematik" berasal daripada perkataan Yunani, (mthema), yang bermakna "sains, ilmu, atau pembelajaran"; (mathematiks) bermaksud "suka belajar". Istilah ini kini merujuk kepada sejumlah ilmu yang tertentu -- pengajian deduktif pada kuantiti, struktur, ruang, dan tukaran. Sementara hampir semua kebudayaan menggunakan matematik asas (mengira dan mengukur), pengembangan matematik baru telah dilaporkan dalam beberapa kebudayaan dan zaman. Sebelum zaman moden dan peluasan ilmu di merata-rata dunia, contoh-contoh tulisan pengembangan matematik baru mengancam kegemilangan pada sebahagian orang tempatan. Kebanyakan teks matematik kuno yang dapat diperolehi datang dari Mesir purba di Kerajaan Tengah sekitar 1300-1200 SM (Berlin 6619), Mesopotamia sekitar 1800 SM (Plimpton 322), dan India kuno sekitar 800-500 SM (Sulba Sutras). Semua teks tersebut memberikan perhatian pada kononnya dipanggil Teorem Pythagoras, yang nampaknya pengembangan matematik terawal dan tersebar selepas aritmetik dan geometri asas. Bukti pertama yang benar aktiviti matematik di China dapat ditemui pada Buku Ikhtisar mengenai Pengiraan melalui simbol berangka pada tulang keramat, yang bertarikh kira-kira 1300 Pelengkapan dan Pengimbangan' SM [1] [2], sementara Dinasti Han di China Kuno menyumbangkan Buku Panduan Pulau Laut dan Sembilan Bab mengenai Seni Matematik dari abad ke-2 SM sehingga abad ke-2 M. Yunani dan kebudayaan keyunanian Mesir, Mesopotamia dan bandar Syracuse menambahkan ilmu matematik. Matematik Jainisme meyumbang dari abad ke-4 SM sehingga abad ke-2 Masihi, sementara ahli matematik Hindu dari abad ke-5 dan ahli matematik Islam dari abad ke-9 membuat penyumbangan banyak pada matematik. Satu ciri menarik perhatian mengenai sejarah matematik kuno dan Zaman Pertengahan adalah pengembangan lanjut matematik mengikut dengan berapa abad stagnasi. Mulanya di Zaman Pertengahan Itali di abad ke-16, pengembangan matematik baru, berinteraksi dengan penemuan saintifik baru, telah dilakukan pada tahap yang sentiasa bertambahan, dan bersambungan ke hari ini.
Sejarah matematik Mesir kuno terawal yang diketahui. [6] Orang Mesir Pradinasti pada milenium ke-5 SM juga menggambarkan reka-reka bentuk ruang geometri. Telah didakwa juga bahawa monumen-monumen megalit dari seawal milenium ke-5 SM di Mesir dan kemudiannya monumen-monumen di England dan Scotland dari milenium ke-3 SM [7] menggabungkan gagasan-gagasan geometri seperti bulatan, elips, dan tigaan Pythagorus ke dalam reka bentuk mereka, serta juga mungkin memahami pengukuran masa berdasarkan pergerakan bintang-bintang. Sejak dari kira-kira tahun 3100 SM, orang Mesir memperkenalkan sistem perpuluhan terawal yang diketahui yang membenarkan pengiraan tak tentu melalui simbol-simbol yang baru. Pada kira-kira tahun 2600 SM, teknik-teknik pembinaan besar-besaran Mesir melambangkan bukan sahaja pengukuran (survei) tetapi juga membayangkan pengetahuan nisbah keemasan. Matematik terawal India kuno yang diketahui wujud sejak dari kira-kira 3000-2600 SM di Tamadun Lembah Indus (Tamadun Harappan) di India Utara dan Pakistan. India kuno mengembangkan: sebuah sistem timbang dan ukur seragam yang mempergunakan sistem perpuluhan; suatu teknologi bata yang maju yang menggunakan nisbah; jalan-jalan raya yang diletakkan pada sudut tegak yang sempurna; dan sebilangan bentuk dan reka bentuk geometri, termasuk bentuk-bentuk tempayan, kuboid, kon, silinder, serta lukisan-lukisan bulatan dan segi tiga sepusat dan bersilang.
Alat-alat matematik yang ditemukan termasuk sebatang pembaris perpuluhan yang tepat, dengan pembahagian-pembahagian kecil dan persis, sebuah alat kulit yang bertindak sebagai kompas untuk mengukur sudut-sudut pada permukaan satah atau pada ufuk dalam gandaan 40-360 darjah, sebuah alat kulit yang digunakan untuk mengukur 812 bahagian penuh ufuk dan langit, serta sebuah alat untuk mengukur kedudukan bintang bagi tujuan-tujuan pengemudian. Skrip Indus masih tidak dapat ditafsirkan dan oleh itu, tidak banyak yang diketahui tentang bentuk tertulis matematik Harappan. Bukti arkeologi telah menyebabkan sesetengah ahli sejarah mempercayai bahawa tamadun ini menggunakan sistem berangka asas 8 dan memiliki pengetahuan tentang nisbah lilitan bulatan dengan diameternya , iaitu nilai . [8]
Sejarah matematik Juga, tiga unsur geometri terkandung dalam papirus Rhind mencadangkan pembuktian termudah bagi geometri analisis: (1) paling pertama, bagaimana untuk mendapatkan penghampiran bagi jitu hingga kurang dari satu peratus; (2) kedua, kerja purba mengkuasa-duakan bulatan; dan (3) ketiga, penggunaan paling awal bagi kotangen. Akhir sekali papirus Berlin (kk. 1300 SM [13] [14]) menunjukkan masyarakan Mesir purba mampu menyelesaikan persamaan algebra tertib kedua [15].
Sejarah matematik dan kejuruteraan dan termasuk bahan pada segi tiga kanan dan .
Sejarah matematik adalah lebih pasti berbanding dengan tarikh-tarikh penulisan matematik yang lebih awal, kerana terdapat sebilangan besar kronologi yang mencatat peristiwa dari setahun ke setahun sehingga hari ini. Walaupun demikian, banyak tarikh masih tidak pasti, tetapi keraguan adalah pada tahap beberapa dekad dan bukannya berabad-abad. Matematik Greek dianggap dimulakan oleh Thales (k.k.. 624 k.k. 546 SM) dan Pythagoras (k.k. 582 k.k. 507 BC) walapun takat pengaruh mereka masih dipertikaikan. Mereka mungkin dipengaruhi oleh idea-idea Mesir, Mesopotamia, dan India. Thales menggunakan geometri untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti mengira ketinggian piramid dan jarak kapal dari pantai. Menurut ulasan Proclus tentang Euclid, Pythagoras mengemukakan teorem Pythagorus dan membina tigaan Pythagorus melalui algebra. Adalah diaku secara umum bahawa matematik Greek berbeza dengan matematik jiran-jirannya dari segi desakannya terhadap bukti-bukti aksioman. [18] Ahli-ahli matematik Greek dan keyunanian merupakan orang-orang pertama bukan sahaja untuk memberi bukti kepada nisbah (hasil usaha para penyokong Pythagorus), tetapi juga untuk mengembangkan kaedah menerusi habisan, serta saringan Eratosthenes untuk menentukan nombor perdana. Mereka menggunakan kaedah ad hoc untuk membina sebuah bulatan atau elips dan mengembangkan sebuah teori kon yang menyeluruh; mereka mengambil banyak formula yang berbagai untuk keluasan dan isi padu, dan menyimpulkan kaedah-kaedah untuk mengasingkan formula yang betul daripada yang salah, serta menghasilkan formula-formula am. Bukti-bukti abstrak tercatat yang pertama adalah dalam bahasa Greek, dan semua kajian logik yang masih wujud berasal daripada kaedah-kaedah yang disediakan oleh Aristotle. Dalam karyanya, Unsur-unsur, Euclid menulis sebuah buku yang telah dipergunakan sebagai buku teks matematiks di seluruh Eropah, Timur Dekat, dan Afrika Utara selama hampir dua ribu tahun. Selain daripada teorem-teorem geometri yang biasa seperti teorem Pythagorus, Unsur-unsur merangkumi suatu bukti yang menunjukkan bahawa punca kuasa dua adalah suatu nisbah, dan bilangan nombor perdana adalah tidak terhingga. Sesetengah cendekiawan mengatakan bahawa Archimedes (287 212 SM) dari Syracuse ialah ahli matematik Greek yang terunggul, jika bukan ahli matematik yang terunggul di seluruh dunia sehingga masa ini. Menurut Plutarch, Archimedes dilembing oleh seorang askar Rom semasa menulis formula-formula matematik pada debu ketika berumur 75 tahun. Masyarakat Rom tidak meninggalkan banyak bukti tentang minat mereka terhadap matematik tulen.
Sejarah matematik
Sejarah matematik
Sejarah matematik
Abad ke-17
Abad ke-17 memperlihatkan ledakan yang tidak pernah berlaku dahulu tentang idea-idea matematik dan sains di seluruh Eropah. Galileo Galilei, seorang Itali, mencerap bulan-bulan yang mengelilingi Musytari dengan menggunakan sebuah teleskop yang berdasarkan mainan yang diimport dari Holland. Tycho Brahe, seorang Denmark, mengumpulkan sejumlah data matematik yang amat besar untuk memerihalkan kedudukan-kedudukan planet di langit. Muridnya, Johannes Kepler, seorang Jerman, memulakan kerjanya dengan data ini. Disebabkan sebahagian oleh keinginannya untuk membantu Kepler dalam penghitungan, Lord Napier di Scotland merupakan orang pertama untuk menyelidik logaritma tabii. Kepler berjaya dalam perumusan hukum-hukum matematik mengenai gerakan planet. Geometri analisis yang dikembangkan oleh Descartes, seorang Perancis, membenarkan orbit-orbit ini diplot pada suatu graf. Dan Isaac Newton, seorang Inggeris, menemui hukum-hukum fizik yang menerangkan orbit-orbit planet serta juga matematik kalkulus yang dapat digunakan untuk menyimpulkan hukum-hukum Kepler daripada prinsip kegravitaan semesta Newton. Secara berasingan, Gottfried Wilhelm Leibniz di negara Jerman mengembangkan kalkulus dan banyak notasi kalkulus yang masih digunakan pada hari ini. Sains dan matematik telah menjadi sebuah usaha antarabangsa yang kemudian tersebar ke seluruh dunia.
Sejarah matematik Selain daripada penggunaan matematik untuk mengkaji langit, matematik gunaan mula berkembang ke bidang-bidang yang baru, dengan surat-menyurat antara Pierre de Fermat dengan Blaise Pascal. Pascal dan Fermat menyediakan persediaan asas untuk penyelidikan teori kebarangkalian dan hukum-hukum kombinatorik yang sepadan dalam perbincangan-perbincangan mereka tentang permainan pertaruhan. Pascal, dengan pertaruhan, mencuba menggunakan teori kebarangkalian yang baru dikembangkan ini untuk memperdebatkan pengabdian hidup pada agama, berdasarkan alasan bahawa walaupun jika kebarangkalian kejayaan adalah kecil, ganjarannya tidak terbatas. Dari satu segi, ini membayangkan perkembangan yang kemudian terhadap teori utiliti pada abad ke-18 dan ke-19.
Abad ke-18
Seperti yang telah dilihat, pengetahuan nombor tabii, 1, 2, 3,..., sebagaimana yang dikekalkan pada struktur-struktur monolitik, adalah lebih tua daripada mana-mana teks tertulis yang masih wujud. Peradaban-peradaban terawal di Mesopotamia, Mesir, India dan China tahu akan matematik. Salah satu cara untuk melihat perkembangan berbagai-bagai sistem nombor matematik moden adalah untuk melihat nombor-nombor baru yang dikaji dan diselidikkan bagi menjawab soalan-soalan aritmetik yang dilakukan pada nombor-nombor yang lebih tua. Pada zaman prasejarah, pecahan dapat menjawab soalan: apakah nombor yang, apabila dikalikan dengan 3, memberi jawapan 1. Di India dan China, dan lama kemudian di Jerman, nombor-nombor negatif dikembangkan untuk menjawab soalan: apakah hasilnya apabila anda menolak nombor yang lebih besar dengan nombor yang lebih kecil. Rekaan sifar mungkin menyusul daripada soalan yang sama: apakah hasilnya apabila anda menolak sesuatu nombor dengan nombor yang sama.
Lagi satu soalan yang lazim adalah: apakah jenis nombornya untuk punca kuasa dua? Orang-orang Yunani tahu bahawa hasilnya bukan sesuatu pecahan, dan soalan ini mungkin memainkan peranan dalam perkembangan pecahan lanjar. Tetapi jawapan yang lebih baik muncul dengan rekaan perpuluhan yang dikembangkan oleh John Napier (1550 - 1617) dan kemudian dijadi sangat baik oleh Simon Stevin. Menggunakan perpuluhan dan idea yang menjangka konsep had, Napier juga mengkaji pemalar baru yang Leonhard Euler (1707 - 1783) menamakan e. Euler amat terpengaruh dalam pemiawaian istilah dan notasi matematik yang lain. Beliau menamakan punca kuasa dua bagi minus 1 dengan simbol i. Beliau juga mempopularkan penggunaan huruf Greek untuk nisbah lilitan dengan diameternya. Euler kemudian memperoleh salah satu identiti yang luar biasa dalam seluruh matematik:
Abad ke-19
Pada sepanjang abad ke-19, matematik menjadi semakin abstrak. Dalam abad ini, hidup salah satu ahli matematik yang terunggul, Carl Friedrich Gauss (1777 - 1855). Mengetepikan banyak sumbangannya kepada sains, beliau membuat kerja revolusioner tentang fungsi pemboleh ubah kompleks dalam bidang matematik tulen, dalam bidang geometri, serta mengenai penumpuan siri. Beliau mengemukakan buat pertama kali bukti-bukti yang memuaskan mengenai teorem asas algebra dan hukum kesalingan kuadratik. Nikolai Ivanovich Lobachevsky mengembangkan dan menyelidiki geometri bukan Euclid; William Rowan Hamilton mengembangkan algebra bukan kalis tukar tertib. Selain daripada haluan-haluan baru dalam bidang matematik, matematik yang lebih lama memberikan asas logik
Sejarah matematik yang lebih kukuh, khususnya dalam kes kalkulus, melalui karya-karya Augustin-Louis Cauchy dan Karl Weierstrass. Juga buat pertama kali, had-had matematik diperiksa dengan teliti. Niels Henrik Abel, seorang Norway, dan variste Galois, seorang Perancis, membuktikan bahawa tidak terdapat sebarang kaedah algebra am untuk menyelesaikan persamaan polinomial yang melebihi empat darjah, dan ahli-ahli matematik abad ke-19 yang lain mempergunakan ini untuk membuktikan bahawa tepi lurus dan kompas pada dirinya tidaklah mencukupi untuk membahagikan tiga sama sudut sembarangan, untuk membina tepi kubus yang isi padunya dua kali lebih besar daripada sesuatu kubus yang tertentu, atau untuk membina segi empat sama yang sama keluasannya dengan sesuatu bulatan yang tertentu. Ahli-ahli matematik telah gagal dalam percubaan mereka untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sejak masa Yunani kuno. Penyelidikan Abel dan Galois tentang penyelesaian pelbagai persamaan polinomial menyediakan persediaan asas untuk mengembangkan dengan lebih lanjut teori kumpulan dan bidang-bidang algebra abstrak yang berkaitan. Pada abad ke-20, para ahli fizik dan ahli sains yang lain telah memperlihatkan teori kumpulan sebagai cara yang ideal untuk mengkaji simetri. Abad ke-19 juga memperlihatkan pengasasan persatuan-persatuan matematik yang pertama: Persatuan Matematik London pada tahun 1865, Socit Mathmatique de France pada tahun 1872, Circolo Mathematico di Palermo pada tahun 1884, Persatuan Matematik Edinburg pada tahun 1864, dan Persatuan Matematik Amerika pada tahun 1888. Sebelum abad-20, bilangan ahli matematik yang kreatif di dunia pada mana-mana satu masa adalah terhad. Kebanyakan kalinya, ahli-ahli matematik dilahirkan dalam kekayaan, umpamanya Napier, atau disokong oleh penaung-penaung kaya, umpamanya Gauss. Tidak terdapat banyak punca pendapatan selain daripada mengajar di universiti, umpamanya Fourier, atau di sekolah tinggi seperti dalam kes Lobachevsky. Niels Henrik Abel yang tidak dapat pekerjaan, maut akibat batuk kering.
10
Abad ke-20
Pekerjaan ahli matematik benar-benar bermula pada abad ke-20. Setiap tahun, beratus-ratus Ph.D. dalam matematik dianugerahkan, dan pekerjaan-pekerjaan boleh didapati untuk kedua-dua pengajaran dan industri. Perkembangan matematik bertumbuh dengan pesat, dengan terdapat terlalu banyak kemajuan untuk membincangkan, kecuali beberapa yang amat penting. Pada dekad 1910-an, Srinivasa Aaiyangar Ramanujan (1887-1920) mengembangkan melebih 3,000 teorem, termasuk sifat-sifat nombor gubahan sangat tinggi, fungsi sekatan serta asimptotnya, dan fungsi teta maya. Beliau juga membuat kejayaan cemerlang serta penemuan yang utama dalam bidang fungsi gama, bentuk modular, siri mencapah, siri hipergeometri, dan teori nombor perdana. Teorem-teorem termasyhur dari masa dahulu memberikan tempat kepada teknik-teknik yang baru dan lebih berkesan. Wolfgang Haken dan Kenneth Appel menggunakan sebuah komputer untuk membuktikan teorem empat warna. Andrew Wiles yang bekerja bersendirian di dalam pejabatnya selama bertahun-tahun membuktikan teorem terakhir Fermat.
Seluruh bidang-bidang baru matematik seperti logik matematik, matematik komputer, statistik, dan teori permainan mengubahkan jenis-jenis soalan yang dapat dijawab dengan kaedah-kaedah matematik. Bourbaki, ahli matematik Perancis, mencuba menggabungkan semua bidang matematik menjadi satu keseluruhan yang koheren.
Sejarah matematik Terdapat juga penyelidikan-penyelidikan baru tentang had matematik. Kurt Gdel membuktikan bahawa di mana-mana sistem matematik yang merangkumi integer, terdapat kenyataan benar yang tidak dapat dibuktikan. Paul Cohen membuktikan ketakbersandaran hipotesis kontinum berdasarkan aksiom piawai teori set. Menjelang akhir abad, matematik juga mempengaruhi seni apabila geometri fraktal menghasilkan bentuk-bentuk indah yang tidak pernah dilihat dahulu.
11
Abad ke-21
Pada bermulanya abad ke-21, banyak pendidik menyatakan kebimbangan mengenai sebuah kelas rendah yang baru, iaitu buta huruf matematik dan sains. [20] Pada waktu yang sama, matematik, sains, kejuruteraan, dan teknologi bersama-sama mencipta pengetahuan, komunikasi, dan kemakmuran yang tidak termimpi oleh ahli-ahli falsafah kuno.
Nota
[1] http:/ / www. saxakali. com/ COLOR_ASP/ chinamh1. htm [2] http:/ / www. chinaculture. org/ gb/ en_madeinchina/ 2005-08/ 18/ content_71974. htm [3] Henahan, Sean (2002). " Seni Prasejarah (http:/ / www. accessexcellence. org/ WN/ SU/ caveart. html)". Science Updates. Muzium Kesihatan Nasional. . Dirujuk pada 2006-05-06. [4] Kellermeier, John (2003). " Bagaimana Haid Mencipta Matematik (http:/ / www. tacomacc. edu/ home/ jkellerm/ Papers/ Menses/ Menses. htm)". Ethnomathematics. Kolej Komuniti Tacoma. . Dirujuk pada 2006-05-06. [5] Williams, Scott W. (2005). " Objek Matematik Oledet terletak di Swaziland (http:/ / www. math. buffalo. edu/ mad/ Ancient-Africa/ lebombo. html)". Ahli-ahli Matematik Diaspora Afrika. Jabatan Matematik Buffalo SUNY. . Dirujuk pada 2006-05-06. [6] Williams, Scott W. (2005). " Sebuah Objek Matematik Lama (http:/ / www. math. buffalo. edu/ mad/ Ancient-Africa/ ishango. html)". Ahli-ahli Matematik Diaspora Afrika. Jabatan Matematik Buffalo SUNY. . Dirujuk pada 2006-05-06. [7] Thom, Alexander and Archie Thom, "The metrology and geometry of Megalithic Man," m.s 132-151 in C.L.N. Ruggles, ed., Records in Stone: Papers in memory of Alexander Thom, (Cambridge: Percetakan Universiti Cambridge, 1988) ISBN 0-521-33381-4 [8] Pearce, Ian G. (2002). " Kebudayaan India awal - tamadun Indus (http:/ / www-groups. dcs. st-and. ac. uk/ ~history/ Miscellaneous/ Pearce/ Lectures/ Ch3. html)". Matematik India: Penyelarasan Ketidakseimbangan. Pusat Pengajian Matematik dan Sains Pengiraan Universiti St Andrews. . Dirujuk pada 2006-05-06. [9] http:/ / www. cut-the-knot. org/ arithmetic/ RhindPapyrus. shtml [10] http:/ / mathpages. com/ home/ rhind. htm [11] http:/ / www-history. mcs. st-andrews. ac. uk/ history/ HistTopics/ Egyptian_papyri. html [12] http:/ / www. math. buffalo. edu/ mad/ Ancient-Africa/ mad_ancient_egypt_algebra. html#areithmetic%20series [13] http:/ / www. hum. ku. dk/ cni/ papcoll/ high008. html [14] http:/ / www. aams. org. au/ contents. php?subdir=library/ history/ & filename=pharonic_egypt [15] http:/ / www. math. buffalo. edu/ mad/ Ancient-Africa/ mad_ancient_egyptpapyrus. html#berlin [16] Aaboe, Asger (1998). Episodes from the Early History of Mathematics, 30-31, New York: Random House. [17] http:/ / www-history. mcs. st-andrews. ac. uk/ history/ Projects/ Pearce/ Chapters/ Ch4_1. html [18] Martin Bernal, "Animadversions on the Origins of Western Science", m.s. 72-83 dalam edisi Michael H. Shank, The Scientific Enterprise in Antiquity and the Middle Ages, (Chicago: Univ. of Chicago Pr.) 2000; untuk bukti-bukti matematik, lihat m.s. 75. [19] Grattan-Guinness, Ivor (1997). The Rainbow of Mathematics: A History of the Mathematical Sciences, W.W. Norton. ISBN 0-393-32030-8. [20] Estela A. Gavosto, Steven G. Krantz, William McCallum, Editors, Contemporary Issues in Mathematics Education, Cambridge University Press, 1999, ISBN 0521654718
Sejarah matematik
12
Rujukan
Aaboe, Asger (1964). Episodes from the Early History of Mathematics, New York: Random House. Boyer, C. B., A History of Mathematics, edisi semakan kedua oleh Uta C. Merzbach. New York: Wiley, 1989 ISBN 0-471-09763-2 (edisi berkulit lembut 1991. ISBN 0-471-54397-7). Eves, Howard, An Introduction to the History of Mathematics, Saunders, 1990, ISBN 0-03-029558-0. Hoffman, Paul, The Man Who Loved Only Numbers: The Story of Paul Erds and the Search for Mathematical Truth. New York: Hyperion, 1998 ISBN 0-7868-6362-5. van der Waerden, B. L., Geometry and Algebra in Ancient Civilizations, Springer, 1983, ISBN 3-387-12159-5. O'Connor, John J. and Robertson, Edmund F. Arkib Matematik Sejarah MacTutor (http://www-groups.dcs. st-andrews.ac.uk/~history/). Laman web ini mengandungi bibliografi, garis masa dan rencana sejarah mengenai konsep-konsep matematik. Pusat Pengajian Matematik dan Statistik, Universiti St. Andrews, Scotland. (Atau lihat Senarai berabjad topik-topik sejarah (http://www-gap.dcs.st-and.ac.uk/~history/Indexes/Hist_Topics_alph. html).) Stigler, Stephen M. (1990). The History of Statistics: The Measurement of Uncertainty before 1900, Belknap Press. ISBN 0-674-40341-X.
Bibliografi
Bell, E.T. (1937). Men of Mathematics, Simon dan Schuster. Gillings, Richard J. (1972). Mathematics in the time of the pharaohs, Cambridge, MA: M.I.T. Press. Heath, Sir Thomas (1981). A History of Greek Mathematics, Dover. ISBN 0-486-24073-8. Menninger, Karl W. (1969). Number Words and Number Symbols: A Cultural History of Numbers, MIT Press. ISBN 0-262-13040-8.
Lihat juga
Bartel Leendert van der Waerden Sejarah fungsi trigonometri Sejarah menulis nombor Sejarah notasi matematik Terbitan penting mengenai sejarah matematik
Pautan luar
Pautan-pautan BSHM ke laman web Sejarah Matematik (http://www.dcs.warwick.ac.uk/bshm/resources. html) Arkib Matematik: Pautan-pautan ke Sejarah Matematik (http://archives.math.utk.edu/topics/history.html) Penggunaan terawal pelbagai simbol matematik (http://members.aol.com/jeff570/mathsym.html) oleh Jeff Miller Penggunaan terawal yang diketahui mengenai sesetengah perkataan matematik (http://members.aol.com/ jeff570/mathword.html) oleh Jeff Miller Sejarah matematik India (http://www-history.mcs.st-andrews.ac.uk/history/Projects/Pearce/index.html) oleh Ian Pearce Sejarah matematik (http://www.jewishencyclopedia.com/view.jsp?artid=259&letter=M& search=mathematics) rencana domain awam Sejarah kalkulus (http://www.dean.usma.edu/math/people/rickey/hm/default.htm) oleh Fred Rickey
13
Lesen
Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0 Unported http:/ / creativecommons. org/ licenses/ by-sa/ 3. 0/