Anda di halaman 1dari 5

Watak

- Sia (Nama penuh Albert Sia Hiong Tiong)


- Wong San Yin (Ibu kepada Sia)
- Maria Chua Ah Eng

Perwatakan Sia

- Panas baran
- Rajin belajar (menamatkan pelajarannya dalam jurusan sastera di Universiti Malaya).
- Berminat terhadap hal ehwal bahasa dan sastera
- Memilih jawatan wartawan di sebuah akhbar kecil sebagai kerjayanya.
- Persatuan Belia Cina
- Gemar mengkritik tanpa membuat penilaian yang adil.
- Tulisannya panas dan beremosi. Rencana-rencananya boleh membangkitkan
permusuhan antara kaum.
- Pendapatnya: Ini negara demokrasi. Kita boleh tulis apa sahaja yang kita mahu. Kita
boleh ungkapkan rasa tidak puas hati demi demokrasi.
- Sia selalu menggambarkan dirinya sebagai pejuang kebudayaan Cina. Isu-isu tarian
singa dan naga sering bermain di bibirnya. Soal pembinaan tokong besar dibesar-
besarkan hingga kadang-kadang dia seorang wartawan yang sepatutnya melaporkan
sesuatu yang benar.
- Dia ingin menegakkan pegangannya.
- Dia menuntut kebebasan mengikut fahamannya.
- Dia mahu menggerakkan persatuan mengikut kemahuannya.
- “Kita masyarakat serpihan, Maria. Bumiputera menguasai segala-galanya. Akhirnya
kita tidak dapat apa-apa. Segala-galanya ditentukan oleh Melayu.”
- Dia mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan Persatuan Belia Budaya Cina di
Bangunan Dewan Perniagaan.
- Sering menanamkan semangat cintakan budaya warisan mereka.
- Baginya, generasi muda perlu didedahkan dengan bahasa, dan asal usul nenek
moyang mereka. Jika tidak, mereka akan menjadi bangsa yang tidak berpedoman.
- “Bangsa dan keturunan kita ialah bangsa yang besar dan terbesar di seluruh dunia.
Cina menguasai bidang ekonomi di mana-mana,malah di beberapa negara? Cina
ikut memantapkan kuasa politik. Sebutlah di mana saja, di Malaysia atau
persekitarannya.” Sia memulakan ungkapan yang sering diulang-ulang ketika
memulakan ceramahnya.
- Bagi ahli-ahli yang baru, mereka menganggap Sia sbg pejuang bahasa dan
kebudayaan Cina. Tetapi bagi rakan-rakan yang sudah lama mengenali Sia, mereka
menganggap Sia seperti seorang pemimpin yang beremosi dan penuh prasangka.
- “Kebudayaan dan bahasa kita perlu dipertahankan. Jangan ada sesiapa yang cuba
menganggu gugat. Ingat, kita hidup dalam negara demokrasi. Sesiapa pun
dibenarkan mengamalkan cara hidup dan budaya mereka sendiri.”
- Rakan-rakan terkejut membaca tulisan Sia mengajak orang Cina menentang
program sekolah integrasi yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan.
- Menurut Sia, sekolah Cina dan Tamil akan terhapus apabila program sekolah
integrasi dilaksanakan.
- Bagaimanapun, Menteri Pendidikan berkata sekolah integrasi bukan untuk
menghapuskan sekolah Cina dan Tamil, sebaliknya memupuk perpaduan dalam
kalangan generasi muda. Kerajaan berharap akan lahir satu masyarakat muda yang
sihat dan dapat mengenali antara satu sama lain dengan semangat muhibah.
- “Kita kumpulkan ibu bapa dan guru-guru. Kita nyalakan semangat cintakan bahasa
dan budaya kita. Sekolah Cina perlu dipertahankan sehingga titisan darah terakhir!”
bentak Sia berkali-kali.
- Sia tidak dapat dinasihati lagi. Dia menulis rencana-rencana panas mengecam
kerajaan dan diedarkan kepada orang ramai. Sebahagian rakan Sia tidak gemar cara
bertindak. Mereka lebih suka berbincang dengan pemimpin-pemimpin yang mereka
pilih untuk mendapat pandangan yang jelas.
- Pada malam itu berlaku perhimpunan haram yang mengutuk cadangan kerajaan
untuk mengadakan program sekolah integrasi.
- Albert Sia Hiang Tiong mewakili Persatuan Belia Budaya Cina. Seperti biasa dia
memulakan ucapan dengan mukadimah. “Tuan, puan... sekolah integrasi akan
memusnahkan budaya dan bahasa kita. Anak cucu kita tidak akan kenal lagi
kebudayaan warisan kita...”
- Dia tahu di situ ramai wartawan yang membuat liputan. Dia juga tahu ramai anggota
polis cawangan khas yang merakamkan ucapannya. Esok, ucapan-ucapannya yang
lantang pasti tersiar dalam akhbar-akhbar.
- Orang perjuangan mesti berani menerima risiko
- Dia selalu membaca kisah Pak Sako dan Pak Boestamam yang keluar masuk
penjara. Malah dia selalu ingat pantun yang dilagukan oleh Pak Boestammam
daripada cerita pensyarah-pensyarahnya: Kalau takut dilambung ombak, usah
berumah di tepi pantai, kalau takut kena tembak, jangan cuba masuk partai.
- Bagi Sia, kerajaan tidak begitu zalim hendak menembak aktivis sepertinya
- Dia yakin bahawa setiap keturunan wajar diberi peluang mengamalkan ciri
budayanya setiap keturunan wajar diberi peluang mengamalkan ciri-ciri budayanya
sama ada sesuai atau tidak dengan masyarakat tempatan. Cina sebagai satu
keturunan telah membentuk sistem pendidikan dan kebudayaan di mana mereka
bermastautin. Sebarang usaha menyerapkan kebudayaan peribumi dan
memaksakan kepada keturunan Cina adalah kurang wajar. Buah fikiran itulah yang
bertalu-talu menguasai prinsip perjuangannya.
- Dia dipanggil oleh Ketua Pengarang akhbar The Malaysian Cina Post yang bernama
Jimmy Low.
- “Sia, kamu wartawan, bukan ahli politik. Ini perhimpunan haram. Kau tidak boleh jadi
penganjur perhimpunan haram atau melibatkan diri secara terang-terangan begitu.”
- Baginya, lari tidak semestinya bermakna pengecut. Lari juga bermaksud
membersihkan diri dan mengatur strategi akan datang.
- Kata Gao Yuan: lari bukan bermakna lari selama-lamanya. Kalau berdepan dengan
lawan yang lebih unggul, kita boleh menyerah, berunding, berkompromi atau
berundur. Menyerah bermakna kekalahan sepenuhnya kompromi bermakna separuh
kalah tetapi berundur bukan kalah. Berundur untuk maju pada suatu hari nanti.
- Dia ingin mengecap udara tanah nenek moyangnya.
- Sudah sepuluh hari Albert Sia berada di Singapura. Segala urusan sudah dibereskan
sejak awal lagi. Niat dan hasratnya menuju ke Tanah Besar memang ada sejak dulu
lagi. Sebentar lagi dia akan berangkat menuju tanah asal nenek moyangnya. Tanah
tempat ibu bapanya dilahirkan. Sia pasti, ibunya akan menangis sepanjang malam
mengenangkan dirinya.
- Sia ingin melihat apa yang ada di Tanah Besar sana, apakah akar segala yang
diperjuangkan ini ada di sana.
- Ingin menambahkan pengalaman
- Dia akan pergi ke Institut Suku Bangsa di Kunming, Yunnan untuk membuat kajian
tentang suku bangsa. Kemudian aku akan mencari keluarga datuk nenek aku di
sana. Khabarnya mereka tinggal di sekitar Najiayin. Aku ingin menghirup udara bukit
di Haigeng Park sambil melontarkan pandangan ke Tasik Dian-Chi.
- Sia tidak akan merasakan dirinya sebagai masyarakat serpihan yang terlontar di
negeri orang.
- Sia seakan-akan tidak dapat hidup di negara yang berbilang kaum dan agama
kerana menegakkan perasaan ego kaumnya sendiri.
- Berkenalan dengan Hairi dari Kuala Lumpur.
- Ibunya berkata berkali-kali; kau tidak akan menemui apa-apa di Yunnan. Saudara-
mara tidak akan kenal kau. Kau bukan Cina China, kau Cina Malaysia. Keluarga
besarmu ada di Malaysia, bukan di China.
- Dia berbohong dengan ibunya. Dia mengatakan kepada ibunya yang dia membuat
penyelidikan khusus dan menyambung pelajaran di sini. Sebenarnya tidak ada
penyelidikan khusus di sini. Dia hanya ingin melihat keluarga dan budaya Cina di
negeri akarnya. Dia ingin melihat dan melanjutkan kebesaran tradisi Cina. Dia akan
membawa kebesaran itu ke Malaysia nanti demi kebesaran kebudayaan Cina

Perwatakan Ibu

- Berasal dari Kunning, Yunnan. Ketika gerombolan Chiang Kai She bertempur
dengan kumpulan Mao Tze Tong, ibu bapanya meninggalkan Tanah Besar menuju
Hong Kong. Waktu itu dirinya berusia lima tahun. Menurut cerita ibu bapanya,
mereka menumpang kapal ke Singapura dan kemudian menetap di Johor menjadi
kuli lading lada hitam. ... (ms7)
- Pada pandangannya, tidak mempunyai kebebasan yang sebenar. Kebebasan selalu
terhad oleh undang-undang, adat resam, budaya dan agama.
- Dia tidak akan membiarkan anaknya lari terlalu jauh meninggalkan adat resamnya.
Yang penting dia mahu anaknya sentiasa dalam keselamatan. Jauh daripada segala
syak wasangka pelbagai pihak. Di sudut hatinya dia lebih senang jika Sia terus
sebagai orang biasa, bukan orang perjuangan yang menuntut pelbagai
pengorbanan.
- Dilahirkan di Yunnan tetapi dia tidak mencintai tanah kelahirannya. Ibunya ingin
melupakan Yunnan terus daripada kamus hidupnya. Baginya, Yunnan bukan tanah
airnya. Sebab itulah apabila Sia menyatakan hasrat pergi ke Yunnan, ibunya berasa
tidak senang.

Perwatakan Maria

- Kurang senang dgn pendapat Sia yang bersikap perkauman. Ini tidak sesuai dengan
semangat perpaduan yang sepatutnya di dalam negara Malaysia.
- Baginya, Sia patut bersikap terbuka. Dia orang terpelajar. Tidak wajar dia
menaburkan bibit-bibit fikiran yang merosakkan pemikiran masyarakat.
- Dia mempunyai prinsip yang berlainan dengan belia-belia yang lain.
- Dia bertugas sebagai pegawai kebudayaan di sebuah jabatan kerajaan.
- Malaysia negara berbilang kaum. Walaupun dari mana asal mereka, telah ada
kesepakatan bahawa mereka ialah rakyat Malaysia. Bertolak ansur ialah unsur
penting untuk meneruskan perpaduan di negara ini. Bagi Maria, tidak ada gunanya
membanggakan budaya yang bukan berasal dari negara ini. Walaupun ramai belia
Cina yang kurang bersetuju dengan pendapatnya, itulah prinsipnya.
- “Sia, kau ingat kata-kata Confucious; orang yang budiman bercakap dengan teliti dan
berhati-hati, melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh dan
teliti, serta berusaha dengan rajin dan cergas.” Maria berhujah.
- “Mengapakah setelah puluhan tahun negara ini merdeka, masih ada orang yang
berfikir seperti Sia. Tolak ansur sangat penting dalam negara yang berbilang bangsa
dan agama. Begitulah fikir Maria. Tragedi hitam 13 Mei 1969 ialah kemuncak rasa
perkauman yang tidak dapat dibendung. Dari tarikh itu sepatutnya rakyat Malaysia
sudah dapat menghilangkan rasa perkauman yang menebal. Mereka sepatutnya
sudah mendapat pengajaran daripada kesusahan dan penderitaan semasa rusuhan.
Mereka perlu sedar, mereka perlu hidup dalam harmoni, mencari nafkah dan
menunaikan tanggungjawab kepada negara, agama dan bangsa.
- Pada Maria, satu kerugian bagi seseorang seperti Sia membuang waktu percuma
memperjuangkan sesuatu yang akan merosakkan masyarakatnya. Tokoh muda
sepertinya mesti digunakan untuk membangunkan masyarakat, bukan
memecahbelahkan masyarakat.
- Maria ingin Sia berfikiran lebih terbuka, tetapi kedegilan Sia menutup segala-
galanya.
- “Aku anak Malaysia. Tanah airku Malaysia. Tanah tumpah darahku Malaysia.”

Hairi

- Perkauman hanya ada dalam otak orang yang bebal. Dalam Islam ada diterangkan;
manusia dijadikan berbangsa-bangsa supaya kita dapat berkenal-kenalan antara
satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai