Anda di halaman 1dari 2

KELUARGA MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU

KANAK-KANAK
KOTA BHARU, KELANTAN, 2 April 2018 – Tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang
tingkah laku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran
atau pembelajaran.

Menurut Jurupulih Perubatan Cara Kerja, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Siti Norhayati
Mohd Noor, tingkah laku positif ialah seperti sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar
cerdas manakala tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah
seperti tidak mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.
"Faktor berlakunya tingkah laku negatif ini juga biasanya disebabkan persekitaran sekolah seperti
kurikulum terlalu padat, berfokus pada peperiksaan sehingga murid rasa tertekan dan
menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran
yang membosankan, tidak menarik perhatian serta tidak mempunyai objektif yang jelas.
"Terdapat dua pendekatan dalam mengatasi tingkah laku kanak-kanak iaitu dengan memberi
pengalaman dan menggunakan bahasa yang sesuai semasa memberikan arahan kapada kanak-
kanak," katanya ketika ditemubual baru-baru ini.
Siti Norhayati berkata, suasana di rumah yang mesra dan harmoni juga boleh menggalakkan
ketenteraman tingkah laku yang terkawal, perhubungan ibubapa yang baik, kasih sayang, layanan,
asuhan dan perhatian yang diberikan oleh ibubapa secara tidak langsung akan membantu
perkembangan emosi kanak-kanak.
"Sementara itu, sikap pendiam seorang kanak-kanak pula biasanya disebabkan oleh faktor genetik,
pendedahan ibubapa kepada ilmu bersosial, persekitaran, gaya hidup dan asuhan penjaga atau
pengasuh.
"Faktor genetik memainkan peranan penting dalam pembentukan personaliti seseorang kanak-
kanak kerana sikap kanak-kanak yang tidak mahu bercakap, enggan bergaul dan mempunyai
tingkah laku seolah-olah tidak suka bersosial kebiasaannya disebabkan oleh faktor genetik yang
diperolehi daripada keturunannya," ujarnya lagi.
Tambah Siti Norhayati, pengaruh gajet atau telefon bimbit juga semakin membimbangkan kerana
kajian mendapati kanak-kanak akan cenderung untuk mendiamkan diri dan menyendiri sekiranya
terlalu terdedah dengan alat teknologi itu.
"Jangan biarkan anak-anak terlalu taksub dengan gajet dan ibubapa perlu mengawal gerak-geri
mereka supaya perkara negatif tidak mempengaruhi pemikiran mereka yang akhirnya merosakkan
keperibadian kanak-kanak itu sendiri," jelasnya.
Teks: Anawiah Abdul Aziz / Foto: Nur Syazwani Darzi

Anda mungkin juga menyukai