Anda di halaman 1dari 9

COLLEGE OF ARTS & SCIENCES

SGDT 5013
IT IN EDUCATION

ULASAN ARTIKEL
TAJUK: EFIKASI KENDIRI DENGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI
PERISIAN KURSUS

GROUP A

PREPARED FOR:
DR. SURENDRAN A/L SANKARAN

PREPARED BY:
ANITA A/P LETCHIMONEY 819773

DATE OF SUBMISSION:
15TH OCTOBER 2016

EFIKASI KENDIRI DENGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI PERISIAN KURSUS:


SATU TINJAUAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HARIAN

1.0 PENGENALAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara efikasi kendiri dengan tahap

penggunaan teknologi perisian kursus dalam kalangan guru Matematik. Sampel

kajiannya berjumlah 490 orang guru dari Sekolah Menengah harian biasa negeri Kedah.

Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan statistic deskriptif dan Korelasi Pearson

dengan nilai Alpha 0.96. Menurut penulis keupayaan guru dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) bergantung kepada faktor efikasi kendiri guru dalam

menerapkan teknologi dalam kalangan guru Matematik . Kesan pengajaran bergantung

pada pengolahan kesemua elemen yang digunakan oleh guru yang dapat merangsang dan

menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, seterusnya dapat berkomunikasi

dan berinteraksi dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

2.0 SOROTAN LITERATUR

Kajian ini memberi gambaran yang lebih jelas tentang strategi pendekatan, kaedah,

dan teknik yang digunakan oleh guru-guru sepanjang sesi PdP yang melibatkan faktor efikasi

kendiri semasa mendifusikan teknologi perisian kursus. Penulisan ini telah disokong oleh

ramai penulis. Misalnya, menurut KPM (2001), pihak KPM berharap pengintegrasian

perisian kursus ini dalam PdP dapat membawa perubahan yang besar dalam kaedah

pengajaran dan cara belajar murid. Hal ini jelas membuktikan, penggunaan perisian teknologi

dapat menggalakkan interaksi antara pelajar dengan menjalankan pelbagai aktiviti ( Roblyer

dan Edwards 2000). Contohnya, jika diberi peluang kepada murid untuk mengaplikasikan

teknologi dalam Pdp ini secara langsung akan meningkatkan motivasi mereka dalam

pelajaran Azizah (2006) dan Mohd Nizar (2007).

Kecekapan penggunaan perisisan kursus dalam PdP didapati masih berada di tahap

yang rendah di mana walaupun guru berbakat dalam penggunaan teknologi tetapi faktor

effikasi sendiri guru sangat penting (Azizah,2006; Fong 2006; Pusat Perkembangan

Kurikulum, 2006). Hakikatnya, guru guru yang mempunyai efikasi kendiri yang rendah akan

mempunyai minat yang kurang terhadap penggunaan komputer dalam PdP (Bull 2009, Kurt

dan Atay 2009, Bennett dan Bennett 2003, Pajares 2002 dan Lin dan Jeffres 1998).

Pernyataan ini disokong oleh Theory of Reasoned Action dan Theory of Planned Behavior di
mana tahap motivasi seseorang merupakan factor yang penting dalam menyumbang

penggunan sesuatu inovasi ( Ajzen & Madden, 1986 & Fishbein & Ajzen, 1975).

Penggunaan teknologi di kalangan guru kini diberi penekanan oleh KPM. KPM kini

menganjurkan kursus kursus berkenaan perisian teknologi supaya guru lebih bermotivasi dan

berpengetahuan dalam penggunaan teknologi perisian dalam PdP. Pihak sekolah juga

memainkan peranan penting dalam memberikan peluang kepada para guru dan murid dalam

penggunaan perisian teknologi dengan menyediakan kemudahan akses teknologi. Walaupun

banyak usaha dilakukan faktor efikasi kendiri memainkan peranan penting dalam

menyumbang kepada tahap penggunaan teknologi perisian kursus dalam PdP di mana guru

mencapai peringkat yang lebih tinggi dalam PdP berpusatkan pelajar ( Moersch 1995).

3.0 ISI KANDUNGAN

3.1 Pernyataan Masalah

Kerajaan Malaysia kini berusaha untuk menerapkan ICT dalam pelbagai bidang

terutamanya di dalam bidang pendidikan . Selaras dengan hasrat itu kerajaan Malaysia

memperkenalkan e-book dan e-Learning untuk menggantikan media pengajaran dan

pembelajaran yang konvensional ( Chan,2002). Pengkaji berpendapat aplikasi ilmu

perisian teknologi di dalam bilik darjah oleh guru-guru Matematik Tingkatan 1 boleh

meningkatkan motivasi belajar murid terhadap subjek tersebut. Justeru, semasa interaksi

perisian teknologi, guru perlu bijak memilih dan menggunakan strategi, pendekatan,
kaedah dan teknik semasa sesi PdP berlangsung. Kajian ini meneliti factor efikasi kendiri

yang menjadi domain utama dalam penggunaan perisian teknologi dengan hubungan tahap

penggunaan perisian teknologi di SMK Harian di Negeri Kedah.

3.2 Objektif Kajian

Objetif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penggunaan teknologi perisian

kursus di kalangan guru Matematik di SMK Harian Negeri Kedah dan hubungan antara

efikasi kendiri dengan tahap penggunaan teknologi perisian kursus di kalangan guru

Matematik.

3.3 Metodologi

Pengkaji menggunakan reka bentuk kaedah kuantitatif dn kaedah kajian tinjauan.

Persampelan adalah guru-guru Matematik sekolah menengah harian biasa di SMK

Harian Negeri Kedah. Jumlah ini telah diperoleh melalui Jadual Penentuan Saiz sampel

Krejcie dan Morgan (1970), bilangan sampel yang sesuai untuk populasi guru Matematik

seramai 490 orang ialah 217 orang. Populasi guru adalah sebanyak 490 orang dan hanya

217 orang guru dipilih sebagai sampel kajian. Bagi mengumpul data yang diperlukan,

instrumen soal selidik yang terdiri dari sumber sumber lain dan mempunyai nilai

kebolehpercayaan 0.96. Analisis data dibuat secara deskriptif dengan menggunakan

frekuensi, purata, min dan sisihan piawai untuk menerangkan ciri-ciri responden kajian

dan untuk menentukan tahap penggunaan teknologi perisian kursus. Statistik inferensi

korelasi digunakan untuk mengkaji hubungan antara efikasi kendiri dan tahap

penggunaan perisian kursus.

4.0 DAPATAN KAJIAN


i) Latar belakang responden

Semasa kajian dijalankan latar belakang responden diambil kira dari segi jantina,

umur dan pengalama mengajar. Responden guru perempuan lebih ramai iaitu

( 65.9%) berbanding responden lelaki ( 34,4%). Dari segi umur, guu yang

berumur antara 40 hungga 49 dan 30 hingga 39 tahun merupakan responden yan

paling ramai terlibat dalam kajian ini iaitu masing masing 85 dan 84 orang. Ini

didikuti oleh 27 orang yang berumur 50 hingga 58 tahun dan 21 orang guru yang

berumur antara 20 hingga 21 tahun. Menurut data pengalaman mengajar guru

yang mengajar lebih dari 10 tahun merupakan responden yang paling ramai iaitu

1476 orang guru. Guru yang mempunyai pengalaman mengajar di antara 5 hingga

10 tahun ialah 47 orang guru dan guru yang berpengalaman kurang dari lima

tahun ialah 24 orang guru.

ii) Tahap Penggunaan Teknologi Perisian Kursus


Menurut Peringkat Penggunaan Moersch (1995), guru-guru mampu menggunakan

aplikasi teknologi seperti pangkalan data, spreadsheets, persembahan, pakej

grafik, kalkulator, penggunaan multimedia dan telekomunikasi dalam PdP.

Analisis deskriptif digunakan bagi mengenal pasti tahap penggunaan teknologi

perisian kursus di kalangan guru. Berdasarkan kajian didapati bahawa tahap

penggunaan teknologi perisian teknologi dalam kalangan guru Matematik berada

pada tahap sederhana.


Menurut jadual deskriptif penggunaan perisian kursus dan jadual hubungan antara

efikasi kendiri dengan penggunaan teknologi perisian kursus didapati efikasi

kendiri mempunyai korelasi positif dan signifikan dengan tahap penggunaan

teknologi perisian kursus. Ini dapat dirumuskan bahawa peningkatan faktor efikasi
kendiri guru dapat meningkatkan tahap penggunaan perisian kursus di kalangan

guru Matematik Tingkatan 1 SMK Harian selaras dengan kajian oleh Lin dan

Jeffres (1998). Kajian ini juga telah memberi pendedahan bahawa keyakinan dan

kepercayaan guru terhadap kemampuan teknologi perisian kursus dalam PdP

dapat mengurangkan kebimbangan guru untuk mengaplikasikannya dalam

pembelajaran mereka.

5.0 Kekuatan dan kelemahan

Artikel ini memberikan sumbangan yang penting kepada semua guru Matematik yang

menjalankan PdP di SMK Harian. Ini kerana, efikasi kendiri seseorang guru ialah amat

penting dalam menjalankan PdP yang efektif menggunakan perisisan teknologi. Jurnal

ini menumpukan kepada penglibatan guru dalam penggunaan perisian teknologi.

Strategi berpusatkan murid merupakan salah satu pendekatan yang dirasakan sesuai

dalam meningkatkan tahap pembelajaran murid dalam PdP. Menerusi strategi ini, guru

mempelbagaikan aktiviti yang berpusatkan murid dan guru hanya bertindak sebagai

fasilitator yang hanya memantau aktiviti murid. Perubahan demi perubahan perlu

dilakukan agar pendidikan akan terus berkembang secara seimbang dan harmonis. Dalam

proses pendidikan, perubahan ini boleh dilakukan melalui kajian. Oleh itu, kajian

tindakan ini merupakan satu kaedah kajian yang penting perlu dihayati oleh guru,

termasuk guru Matematik. Kaedah kajian ini menyediakan ruang untuk guru Matematik

terlibat secara langsung bagi memberikan sumbangan terhadap perubahan dalam


pendidikan terutamanya dalam meningkatkan efikasi kendiri supaya tahap penggunaan

teknologi perisisan dapat ditingkatkan

Terdapat juga beberapa kelemahan dalam artikel ini iaitu pengkaji hanya menggunakan

kaedah soal selidik sahaja. Kajian lanjutan pengkaji boleh menggunakan kaedah lain

seperti kaedah pemerhatian, uji kaji atau temubual untuk mendapatkan maklumat yang

lebih tepat dan terperinci. Pengkaji juga boleh menggunakan subjek lain seperti Sains

bagi mengkaji fakor efikasi kendiri dengan tahap penggunaan perisisan kursus. Pengkaji

juga boleh meggunakan soal selidik kajian ke atas populasi yang berlainan dari segi

tempat dan juga unit kajian.

6.0 Saranan,cadangan atau pandangan

Kajian ini memberi gambaran yang lebih jelas tentang strategi, pendekatan, kaedah, dan

teknik yang digunakan oleh guru-guru sepanjang sesi P&P yang melibatkan penggunaan

perisian teknologi. Selalunya, kelemahan murid-murid dalam menguasai teknologi dikaitkan

dengan kekurangan pendedahan di PdP . Bandura(1997) menyatakan efikasi kendiri yang

positif terhadap penggunaan perisian kursus mampu menggalakkan pembelajaran kemahiran

kemahiran baru di samping menggalakkan murid bagi mempelajari dengan lebih minat..

Soalan-soalan yang dikemukakan berpotensi membantu murid untuk mencapai keupayaan

kognitif optimum. Murid akan menggunakan pengetahuan sedia ada dan membandingkan

maklumat yang diperoleh dan kemudian menggunakannya untuk menyelesaikan masalah.

Oleh yang sedemikian, pengkaji dalam kajian ini telah mengenalpasti efikasi kendiri

seseorang guru adalah amat penting dalam mengenal pasti tahap penggunaan perisian

teknologi.. Ini menunjukkan skop kajian penulis amat sesuai dan tepat.
7.0 Kesimpulan

Penulis menyarankan agar guru perlu berusaha meningkatkan tahap penggunaan teknologi

perisian kursus di bilik darjah. Guru seharusnya bijak dalam memilih dan mempelbagaikan

strategi, teknik, pendekatan, dan kaedah pengajaran agar isi pengajaran dapat disampaikan

dengan jelas dan berkesan kepada murid. Tujuan sesuatu teknik dan strategi yang guru

aplikasikan di dalam bilik darjah adalah untuk menarik minat murid, mengekalkan fokus

serta menimbulkan rasa ingin tahu murid dalam sesuatu PdP yang dilaksanakan.

Keseluruhannya, kajian menunjukkan tahap penggunaan perisian kursus dalam kalangan guru

Matematik di SMK Harian adalah di tahap ketiga iaitu Peringkat Penerapan. Faktor efikasi

kendiri perlu ditingkatkan supaya tahap penggunaan perisian dapat direalisasikan di kalangan

guru. Secara keseluruhannya, kajian telah menjawab persoalan kajian dan mencapai objektif

yang dibentuk. Dapatan kajian juga memberi kesan yang positif terhadap guru Matematik di

SMK Harian di Negeri Kedah bagi meningkatkan faktor efikasi kendiri dalam penggunaan

teknologi perisian.

8.0 Rujukan

Abd Aziz , Siti Fauziah (2007) Tahap penggunaan teknologi maklumat sebagai pemudah

komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kalangan

pensyarah politeknik. (Masters thesis). Universiti Tun Hussein Onn, Johor.


Albirini, A. (2006). Teachers attitudes toward information and technology and

communication technologies: The case of Syrian EFL teachers. Computer &

Education, 47, 373-398.

Bond. (2010). Panduan menulis Ulasan Kritis (Critical Review). Diperolehi pada 16

November 2013 daripada


http://www.slideshare.net/bond82/panduan-menulis-ulasankritiscriticalreviewpsikolgi
.
Fadhlah Senifoto. (2012). Panduan Membuat Kritikan Jurnal. Diperolehi pada 15 November

2013 daripada
http://www.scribd.com/doc/118774388/Panduan-bagaimana-menulis-ulasan-artikel

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai