Anda di halaman 1dari 4

KORELASI

1. TUJUAN KORELASI

i. Model Korelasi Pearson digunakan untuk menilai kekuatan dan arah perkaitan

antara dua pembolehubah.


ii. Korelasi Pearson dianggap sebagai statistik parameter.
iii. Korelasi Pearson digunakan untuk mengukur perkaitan linear antara dua pemboleh

ubah selanjar (Continuous Variables).

Persoalan kajian yang berkaitan dengan korelasi :

Adakah terdapat hubungan antara aktiviti jasmani dengan berat badan ?

Korelasi Pearson boleh digunakan untuk menilai kekuatan dan arah perkaitan antara dua

pemboleh ubah.

2. ANDAIAN UJIAN KORELASI

i. Bebas :

Setiap hari dan suhu hanya berlaku sekali sahaja dalam kajian dan tidak

mempengaruhi hari lain.

ii. Skala :

Sela dan Nisbah

iii. Kenormalan :

Setiap pemboleh ubah bertaburan normal.

iv. Linear :

Hubungan antara dua pemboleh ubah mestilah linear.

v. Homoscedastisiti :

Ralat varian diandaikan sama sepanjang poin hubungan linear.


Andaian 1 dan 2 berkaitan dengan metodologi kajian sebelum data dikumpulkan.

Andaian 3,4,dan 5 diuji dengan SPSS.

3. INTERPRETASI
Objektif Kajian

Mengenal pasti hubungan antara sikap, bimbang dan tabiat dengan pencapaian Matematik.

Persoalan Kajian

Adakah terdapat hubungan antara sikap, bimbang dan tabiat dengan pencapaian Matematik?

Hipotesis Kajian

Ho 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan pencapaian Matematik.

Ho 2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara bimbang dengan pencapaian Matematik.

Ho 3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tabiat dengan pencapaian Matematik.

Ho 4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan bimbang pembelajaran

Matematik.

Ho 5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan tabiat pembelajaran

Matematik.

Ho 6 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara bimbang dengan tabiat pembelajaran

Matematik.

Interpretasi

Sikap pembelajaran Matematik dengan pencapaian Matematik


Ujian Korelasi menunjukkan sikap pembelajaran Matematik mempunyai hubungan yang
signifikan (r = 0.37, p < .01) dengan pencapaian Matematik. Hubungan positif ini menunjukkan
sikap pembelajaran Matematik yang tinggi mempunyai pencapaian Matematik yang tinggi,
manakala sikap pembelajaran Matemati yang rendah mempunyai pencapaian Matematik yang
rendah. Hubungan antara sikap pembelajaran Matematik dengan pencapaian Matematik adalah
rendah ( r = 0.37).

Bimbang dengan pencapaian Matematik

Ujian Korelasi menunjukkan bimbang mempunyai hubungan yang signifikan (r = -0.29, p < .01)
dengan pencapaian Matematik. Hubungan negatif ini menunjukkan bimbang yang tinggi
mempunyai pencapaian Matematik yang rendah, manakala bimbang yang rendah mempunyai
pencapaian Matematik yang rendah. Hubungan antara bimbang dengan pencapaian Matematik
adalah rendah ( r = -0.29).

Tabiat pembelajaran Matematik dengan pencapaian Matematik

Ujian Korelasi menunjukkan tabiat mempunyai hubungan yang signifikan (r = 0.21, p < .01)
dengan pencapaian Matematik. Hubungan positif ini menunjukkan tabiat yang tinggi mempunyai
pencapaian Matematik yang rendah, manakala tabiat yang rendah mempunyai pencapaian
Matematik yang rendah. Hubungan antara tabiat dengan pencapaian Matematik adalah rendah ( r
= -0.21).

Hubungan antara sikap dengan bimbang pembelajaran Matematik

Ujian Korelasi menunjukkan sikap mempunyai hubungan yang signifikan (r = -0.26, p < .01)
dengan bimbang. Hubungan negatif ini menunjukkan sikap yang tinggi mempunyai bimbang
pembelajaran Matematik yang rendah, manakala sikap yang rendah mempunyai bimbang
pembelajaran Matematik yang tinggi. Hubungan antara sikap dan bimbang pembelajaran
Matematik adalah rendah ( r = -0.26).

Hubungan antara sikap dengan tabiat pembelajaran Matematik

Ujian Korelasi menunjukkan sikap dengan tabiat pembelajaran Matematik mempunyai


hubungan yang signifikan (r = 0.70, p < .01). Hubungan positif ini menunjukkan sikap yang
tinggi mempunyai tabiat pembelajaran Matematik yang tinggi, manakala sikap yang rendah
mempunyai tabiat pembelajaran Matematik yang rendah. Hubungan antara sikap dengan tabiat
pembelajaran Matematik adalah tinggi ( r = 0.70).
Hubungan antara bimbang dengan tabiat pembelajaran Matematik

Ujian Korelasi menunjukkan bimbang mempunyai hubungan yang signifikan (r = -0.22, p < .01)
dengan tabiat. Hubungan negatif ini menunjukkan bimbang yang tinggi mempunyai tabiat
pembelajaran Matematik yang rendah, manakala bimbang yang rendah mempunyai tabiat
pembelajaran Matematik yang tinggi. Hubungan antara bimbang dan tabiat pembelajaran
Matematik adalah rendah ( r = -0.22).

Jadual 1.1
Hubungan antara Sikap, Bimbang dan Tabiat dengan Pencapaian Matematik
(1) (2) (3) (4)
Sikap (1) 1 -.26** .70** .33**
Bimbang (2) 1 -.22** -.29**
Tabiat (3) 1 .21**
Matematik (4) 1
*p < .01

Anda mungkin juga menyukai