Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Florence Nightingale yang dikenali sebagai ‘wanita dengan lampu’ menjadi seorang
pelopor dalam kejururawatan moden.Dia juga mengubahkan kejururawatan kepada kerjaya
yang dihormati dan sebagai motivasi para jururawat di seluruh dunia. Sejak dari itu,
kejururawatan terus berkembang dari tahun ke tahun. Ia telah menjadi sangat penting kepada
masyarakat dan terutamanya dalam organisasi kesihatan.

Justeru itu, perkhidmatan kejururawatan amat penting bagi membantu para pesakit
semasa mendapatkan rawatan dan perkhidmatan di dalam sesebuah hospital. Seseorang
jururawat yang mempunyai kepuasan kerja yang tinggi terhadap kerja-kerja yang dilakukan
akan mampu menyediakan perkhidmatan yang baik bagi para pesakit di hospital
memandangkan kepuasan kerja jururawat itu yang banyak mempengaruhi kualiti perawatan,
keselamatan pesakit dan prestasi kerja yang dihasilkan. Kepuasan kerja juga komponen
penting terhadap produktiviti dan perlaksanaan kerja,komitmen kepada organisasi dan
profesyen.

Pada dasarnya, kepuasan kerja merupakan hal individual. Setiap individu akan
memiliki tingkat kepuasan yang sesuai dengan nilai-nilai yang berlaku pada dirinya. Semakin
banyak aspek-aspek dalam pekerjaan yang sesuai dengan keinginan individu, maka semakin
tinggi tingkat kepuasan yang dirasakannya (Moh As’ad,1978). Menurut Hoppock (1997),
kepuasan kerja merupakan penilaian dari pekerja bahawa seberapa jauh pekerjaannya secara
keseluruhan ketubuhannya.

Kepuasan kerja adalah penting dalam setiap jenis pekerjaan kerana ia adalah faktor
kritikal yang mempengaruhi pekerja samada untuk kekal atau meninggalkan
pekerjaannya(Sekaran,1992). Dari segi psikologi, kepuasan kerja mempunyai kaitan dengan
sikap seseorang pekerja terhadap pekerjaannya samada pekerja itu suka atau tidak suka
dengan kerja yang dilakukan.(Norihan, 1995). Apabila seseorang individu berpeluang
melibatkan diri secara menyeluruh dalam pekerjaannya, individu itu akan menjadi lebih
produktif, merasa keseronokan dan kepuasan serta kurang kemungkinan untuk berhenti kerja.
Ini seterusnya akan mendorong individu untuk mencapai prestasi kerja yang tinggi
(Jaafar,1996) dan mewujudkan suasana kehidupan yang memberikan kegembiraan kepada
pekerja (Robbins,1996).
Walaubagaimanapun, sikap individu sebagai pekerja boleh berubah apabila individu
merasa tidak puas hati dengan organisasi tempat kerjanya; misalnya dari segi gaji, beban kerja
yang banyak dan sebagainya.

Beberapa faktor yang dikatakan sebagai penyumbang kepada kepuasan kerja para
jururawat seperti faktor berbangga dengan kerjaya jururawat, gembira dengan kerjaya yang
diceburi, minat dengan tugasan yang dilakukan, berpuashati dengan lokasi kerja, peluang
peningkatan ilmu, berkeyakinan menjalankan kerja, kepuasan kerja berpasukan, berminat
berkomunikasi dengan pesakit dan keluarga pesakit, kerja yang dilakukan dihargai oleh rakan
sekerja, majikan dan pesakit, bergembira dengan jadual giliran kerja, peluang melanjutkan
pelajaran dan sebagainya.

Istilah kepuasan kerja diketengahkan oleh Hoppock apabila beliau membuat kajian-
semula terhadap 32 kajian tentang kepuasan kerja yang dijalankan sebelum 1933. Beliau
mendapati bahawa kepuasan kerja adalah kombinasi psikologi, fisiologi dan persekitaran yang
menyebabkan seseorang berkata “saya berpuashati dengan kerja saya’(Hoppock,1935).
Populariti bidang ini sebagai sebagai satu bidang kajian mungkin tidak rumit untuk dijelaskan.
Kebanyakkan individu menghabiskan tempoh alam pekerjaan dan usia mereka ditempat kerja.
Dengan itu, pemahaman terhadap faktor-faktor yang berkait dengan kepuasan kerja adalah
relevan untuk memperbaiki salah satu aspek pentingkehidupan sejumlah besar individu.

MASALAH KAJIAN
Profesyen kejururawatan masakini menghadapi perbagai cabaran untuk memenuhi
keperluan ke atas perkhidmatan kepada pelanggan. Peningkatan beban tugas menyebabkan
bilangan jururawat berbanding pesakit semakin berkurangan.

Sebenarnya, tidak semua jururawat berpandangan positif terhadap pekerjaan yang


begitu mulia ini. Mereka juga berkemungkinan mengalami kesan-kesan negative semasa
menjalankan tugas seperti mengalami tekanan perasaan, kekecewaan, suasana yang
menjemukan, kebimbangan, kepenatan dan perasaan yang tidak menyeronokkan. Menurut
Vroom (1973), sikap positif terhadap kerjaya seseorang jururrawat selalunya akan membawa
kepada peningkatan prestasi kerja dan kepuasan kerja, manakala sikap negative terhadap kerja
boleh menyebabkan ketidakpuasan kerja. Oleh itu, faktor yang memberikan kepuasan kerja
yang dapat membantu dalam mewujudkan kehidupan yang sempurna dan tenteram kepada
individu berkenaan perlulah dikenalpasti (Gruneberg,1981).

Cara hidup dan tuntutan kerja boleh menyebabkan pekerja berasa tertekan.
Zuraidah(1994) menyebabkan bahawa tekanan hidup dan tekanan kerja boleh menyebabkan
tekanan jiwa dan tekanan fizikal seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi dan sakit kepala
dan seterusnya menjejaskan prestasi kerja. Terdapat juga kejadian di mana berlakunya kes-kes
ponteng kerja, kemalangan dan penyakit yang berkait dengan tekanan. Menurut
Herzberg(1959), keadaan ini menunjukkan wujudnya rasa tidak puas hati terhadap
perkerjaannya. Kes ini boleh dikaitkan dengan satu teori kepuasan kerja iaitu Teori Dua
Faktor oleh Herzberg dan Rakan-rakan(1959). Mengikut faktornya, ia dibahagikan kepada
dua kumpulan initu keperluan dorongan (motivator) dan faktor keperluan
persekitaran(hygine). Faktor keperluan dorongan berkaitan dengan perasaan positif terhadap
kerja dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja. Manakala faktor keperluan
persekitaran berkaitan dengan persekitaran kerja itu sendiri.

Blum mengemukakan bahawa kepuasan kerja merupakan sikap umum dari beberapa
sikap khusus terhadap penyesuaian diri, faktor-faktor pekerjaan dan hubungan social individu
di luar kerja (Moh.As’ad,1978). Kebolehan menyesuaikan diri dengan kerja mereka, selagi
itulah kepuasan kerja tidak akan tercapai.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

i) Untuk mengenal pasti faktor demografi yang mempengaruhi kerja.


ii) Untuk mengenal pasti tahap kepuasan kerja jururawat Pediatrik Hospital
Tuanku Jaafar, Seremban.
iii) Untuk mengenal pasti faktor kepuasan kerja yang paling mempengaruhi
kepuasan kerja.

PERSOALAN KAJIAN

Dalam kajian, penyelidik berusaha mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan


seperti di bawah sebagaimana yang telah dinyatakan dalam objektif kajian iaitu:

(i) Apakah faktor demografi yang terpilih seperti umur, bangsa, jantina, status
perkahwinan, pengalaman mengajar dan kelayakkan akedemik dalam
mempengaruhi kepuasan kerja?
(ii) Apakah tahap kepuasan kerja para jururawat Hospital Tuanku Jaafar?
(iii) Apakah faktor kepuasan kerja yang paling mempengaruhi kepuasan kerja?

HIPOTESISI KAJIAN

1) Tiada perbezaan tahap kepuasan kerja mengikut suasana kerja.


2) Tiada perbezaan tahap kepuasan kerja mengikut gaji yang diterima.
3) Tiada perbezaan tahap kepuasan kerja mengikut kenaikan pangkat.
4) Tiada perbezaan tahap kepuasan kerja mengikut penyeliaan.
5) Tiada perbezaan tahap kepuasan kerja mengikut rakan sekerja.
6) Tiada perbezaan tahap kepuasan kerja mengikut faktor demografi (jantina, keturunan,
umur, taraf perkahwinan, kelulusan akedemik)

Anda mungkin juga menyukai