Anda di halaman 1dari 4

Refleksi pengajaran 1

Menurut Dewey (1933) pemikiran reflektif adalah proses mengimbas kembali sesuatu peristiwa di dalam minda dan memberikan ianya pertimbangan yang serius dan teliti terhadap peristiwa tersebut. Active, persistent and careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of grounds that support it and further conclusions to which it tends (Dewey, 1933)

Menurut Schon (1983) pula, proses refleksi yang dilakukan oleh ahli professional akan membolehkan mereka terlibat di dalam perkembangan profesionalisme yang berterusan. Beberapa model refleksi yang boleh digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah Model Gibbs(1988) dan Model Kitaran Pembelajaran Kolb (1984). Model Gibbs (1988) melibatkan kitaran proses berikut : i. Penjelasan Apa yang telah terjadi ii. Perasaan Apa yang anda rasa dan fikirkan iii. Evaluasi Apa yang baik dan buruk tentang pengalaman tadi iv. Analisa Apa yang dapat anda petik daripada pengalam tersebut v. Kesimpulan Apa lagi yang dapat anda lakukan vi. Jika muncul kembali Apa yang akan anda lakukan Model Kitaran Pembelajaran Kolb (1984) pula menggariskan beberapa pendekatan membuat refleksi yang melibatkan tahap-tahap refleksi iaitu : i. Pengalaman secara konkrit ii. Pembentukan konsep-konsep yang abstrak dan membuat generalisasi; dan iii. Menguji implikasi konsep di dalam keadaan yang baru. Refleksi adalah satu proses penting yang memungkinkan orang mengkaji pengalaman dan tindakan mereka sebagai tanggapan terhadap situasi tertentu. Malah, sebagai guru, refleksi akan membolehkan mereka untuk mengenalpasti pelbagai kaedah baru yang berguna untuk memperbaiki amalan pengajaran. (Bersambung) Rujukan :
Dewey, J. (1933). How we think. A restatement of the relations of reflective thinking to the educative process. Boston: D.C. Heath. Schon, D. A (1983) The Reflective Practitioner: How professionals think in action London:Temple Smith Gibbs, G. (1988) Learning by Doing: A guide to teaching and learning methods. Oxford: Further Education Unit, Oxford Brookes University Kolb, D. A. (1984) Experiential Learning: Experience as the source of learning and development. New Jersey: Prentice Hall.

Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa Kini


Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan m enjadi seorang guru merupakan jalan mati setelah profesion lain tidak memberikan peluang yang baik. Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama,

bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di Negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya. Antara cabaran profesion guru di sekolah rendah ialah tugas seorang guru dalam menyampaikan pengajarannya dalam bilik darjah. Buat masa ini guru terpaksa menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan. Cara chalk and talk bukan lagi suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan mengajar yang sistematik. Apabila bahan bantuan mengajar digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam pengajaran seseorang guru. Guru kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan. Pencapaian objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran. Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem penyampaian guru dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk proaktif. Persediaan seorang guru bukan lagi berbentuk nota atau ringkasan mengajar tetapi persediaan mengajar yang lengkap bermula daripada set induksi, perkembangan isi pengajaran, penilaian formatif dan kesimpulan yang dikaitkan dengan nilai. Unsur nilai tambah seperti pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri dan kecerdasan pelbagai juga perlu diterapkan yang mempunyai kaitan dengan penyerapan dan penggabungjalinan dalam isi pengajaran. Untuk menghadapi cabaran ini seorang guru perlu menggunakan peluang kursus penambahbaikan pedagogi yang dianjurkan oleh Unit Kurikulum Jabatan pelajaran dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Penggunaan bahan autentik sebagai bahan bantu mengajar dapat menyelesaikan keperluan bahan bantuan mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Semua ilmu pedagogi yang diperoleh akan dapat dilaksankan dengan baik. Selanjutnya, cabaran lain yang terdapat pada seseorang guru ialah seorang guru diberikan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru. Seorang guru terpaksa memegang beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang sudah dilantik sebagai Ketua Panitia subjek terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid seperti Bahagian Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta Pengurusan Bangunan dan Pemuliharaan Bangunan dan pelbagai ini. Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal yang sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan baik. Cabaran ini kena dilaksanakan oleh guru bagi membantu proses pembangunan dan aset sekolah. Untuk mengatasi cabaran ini seorang guru perlu bijak mengagihkan masa semasa di sekolah iaitu menyampaikan isi pengajaran dan melakukan penandaan buku semasa di bilik darjah. Dalam proses tersebut guru perlu mengisi masa lapang atau masa tidak mengajar untuk melaksanakan sistem pendokumentasian tersebut. Justeru itu, seseorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Kerangkaan kerja perlu disediakan dengan lebih detail beserta dengan senarai semak. Di samping itu, cabaran berkaitan dengan penyediaan pelbagai dokumen yang terlalu rencam serta tidak melibatkan tugas utama seorang guru dalam pengurusan pembelajaran dan pengajaran (PNP) dalam bilik darjah. Seorang guru seolah-olah terpaksa menjadi kerani yang perlu mengisi pelbagai dokumen pengurusan pendidikan. Seorang guru terpaksa mengagihkan pinjaman buku teks, sistem maklumat murid, sistem kokurikulum sekolah dan borang-borang tertentu yang melibatkan murid yang langsung tiada kaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Kadang-kadang terdapat borang-borang yang terpaksa diisi secara adhock dan perlu disegerakan. Tugas guru yang

sepatutnya lebih kepada pengajaran dan mendidik telah lari daripada tugasan yang sebenar namun seorang guru perlu melakukannya bagi keperluan dalam pengurusan pentadbiran murid. Pendapat ini bersesuaian dengan kajian yang telah dikemukakan oleh Prof Dr Aminah Ayob Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim ( 2010 : Slide 21) dalam pembentangan kertas kerja Pendidikan Guru Profesional : Cabaran Masa Hadapan di Akademi Sains Malaysia menyatakan bahawa cabaran guru kini ialah terpaksa melakukan pelbagai kerja perkeranian di samping menyampaikan isi pengajaran ketika mengulas satu artikel dalam suratkhabar. Justeru itu, untuk menghadapi cabaran seseorang guru perlu memegang beberapa jawatan yang bukan ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan penyediaan pelbagai dokumen, seorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Takwim persekolahan mesti dikemas kini. Kerangkaan kerja dan masa perlu disediakan dengan lebih detail beserta dengan senarai semak. Patuhi jadual yang ditetapkan untuk memudahkan seorang guru bergerak. Semua hal tersebut akan dapat membantu seorang guru melaksanakan tugasnya. Seterusnya, seorang guru juga terpaksa menghadapi cabaran yang melibatkan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya seperti Dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dimulai pada tahun 2002.Walaupun dasar tersebut melibatkan guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik namun dasar tersebut tetap dirasai oleh seluruh warga sekolah. Pihak sekolah telah diarahkan untuk memastikan dasar tersebut berjalan. Akibatnya terdapat unsur-unsur yang cuba mendiskriminasikan subjek lain terutamanya bahasa Melayu seolah-olah bahasa Melayu bukan lagi bahasa pengantar dan merentasi kurikulum sekolah. Walaupun dasar ini tidak selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 namun pihak sekolah tetap melaksanakannya dengan matlamat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di sekolah serta meningkatkan peratus sains dan matematik seperti suatu formula tiga dalam satu. Namun apabila kajian semula dilak sanakan atas persetujuan Mesyuarat Meja Bulat Kementerian Pelajaran Malaysia dasar ini telah bersetuju untuk diubah. Sekali lagi guru dihadapkan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kalau mengikut proses dasar ini melibatkan bahasa Melayu yang akan mengambil alih tempat bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains da Matematik secara proses soft landing. Dasar ini perlu dilaksanakan atas faktor yang dikemukakan dalam Buku Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris ( 2011:8 ) oleh Kementerian Pelajaran yang merasionalkan perubahan tersebut kerana berdasarkan kajian UNESCO yang menyatakan murid lebih mudah mempelajari pelajaran dengan menggunakan bahasa ibundanya dan profisiensi Bahasa Inggeris guru pada tahap cemerlang dan baik hanya sekitar 25% sahaja. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu bersiap siaga dari segi mental dan fizikal kerana dasar yang sering berubahuabh. Namun hal yang demikian ini, tidak menghalang seorang guru untuk mengikuti dan melaksanakan dasar tersebut mesti dilakukan hanya bermatlamat untuk kejayaan murid. Oleh sebab kerangka masa telahpun ditetapkan maka seorang guru akan akur dengan proses dan prosedur tersebut. Tambahan lagi, cabaran lain yang perlu dihadapi oleh seorang guru ialah cabaran program-program kokurikulum wajib di sekolah yang mesti didedahkan kepada semua murid. Kokurikulum yang terdiri daripada persatuan dan unit uniform perlu diikuti oleh guru dan murid. Baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan program yang berkaitan dengan sukan iaitu Dasar 1 Murid 1 Sukan.Dengan program tersebut ini bermakna tanggungjawab guru makin bertambah. Guru bukan sahaja perlu melaksanakan aktiviti kokurikulum namun pengisian aktiviti tersebut perlu ada perancangan yang lebih kemas kini. Bilangan hari yang perlu berkokurikulum pula telah bertambah dengan penyusunan oleh pihak pentadbiran kokurikulum iaitu Hari rumah sukan pada hari Isnin, 1 Murid 1 Sukan pada hari Selasa, Kegiatan kokurikulum pada hari Rabu dan latihan pasukan sekolah kokurikulum dan sukan pada hari Khamis. Hal ini menyebabkan seorang guru berada dari pagi hingga petang di sekolah selama 4 hari berturut-turut. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu melaksanakan jadual yang berkala sifatnya iaitu pengagihan kerja mengikut giliran bertugas iaitu seorang guru hanya perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sebanyak dua kali berselang minggu. Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah.

BIBLIOGRAFI Aminah Ayob Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim ( 2010 : Slide 21) dalam Pembentangan Kertas Kerja Pendidikan Guru Profesional : Cabaran Masa Hadapan, Kuala Lumpur : Akademi Sains Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (2011), Buku Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Pena Cikgu (2011), Cabaran Seorang Guru dalam Blog Pena Cikgu, Malaysia. Rosiah Othman (2012), Cabaran Seorang Guru dalam Blog Rosiah Othman, Pedas Negeri Sembilan.