Anda di halaman 1dari 6

KOMPETENSI GURU Istilah lain bagi kompetensi ialah kemahiran generik,

kemahiran asas, kemahiran utama, dan kemahiran personal yang merujuk


kepada pengetahuan dan kemahiran serta sikap yang menjadi asas kepada
tugasan atau prestasi kerja yang dipertanggungjawabkan merentasi semua
bidang (Rylatt dan Lohan,1995). Menurut Boyatzis & Kolb (1995), kompetensi
ialah gabungan pengetahuan , keupayaan dan pengalaman yang membolehkan
individu melakukan sesuatu tugasan dengan sempurna. Boyatzis (1982) juga
mendefinisikan kompetensi sebagai keupayaan seseorang dalam menunjukkan
satu sistem yang berkait secara fungsi dalam mencapai matlamat prestasi.
Perkataan kemahiran yang sering disebut sebagai kompetensi ialah satu
kelompok pengetahuan berkaitan sikap dan kemahiran yang mempengaruhi
tugas seseorang, berkait dengan prestasi kerja dan diukur mengikut standard
tertentu. Mestry & Grobler (2005), telah mencadangkan Model "Iceberg" yang
menyatakan pengetahuan dan kemahiran lebih mudah dibangunkan dan dikenal
pasti berbanding personaliti yang sukar untuk dikenal pasti . Namun demikian
personaliti merupakan faktor penting dalam mewujudkan pegawai yang
cemerlang yang memiliki pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.
Berdasarkan definisi dan model kompetensi 'iceberg", maka dapatlah
dirumuskan bahawa kompetensi guru dalam pengajaran adalah gabungan
domain pengetahuan, kemahiran serta sikap dan personaliti guru dalam
melaksanakan amalan pengajaran secara berkesan. Kertas konsep ini merujuk
kepada ketiga-tiga domain kompetensi tersebut sebagai kompetensi guru
matematik yang mempengaruhi amalan pengajaran kreatif.

Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa


Kini
Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan
yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan
menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang
menyatakan menjadi seorang guru merupakan jalan mati setelah profesion lain tidak memberikan
peluang yang baik. Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan
masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan
sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu
tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses
membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan
negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di Negara kita
seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik
darjah dan sekolah.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar
(mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor
dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu
organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran
membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang
yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi
seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan
tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya.
Antara cabaran profesion guru di sekolah rendah ialah tugas seorang guru dalam menyampaikan
pengajarannya dalam bilik darjah. Buat masa ini guru terpaksa menggunakan pendekatan, teknik dan
kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan. Cara chalk and talk bukan lagi
suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan

pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan mengajar
yang sistematik. Apabila bahan bantuan mengajar digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi
terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam
pengajaran seseorang guru. Guru kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan. Pencapaian
objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran.
Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem penyampaian guru
dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk proaktif.
Persediaan seorang guru bukan lagi berbentuk nota atau ringkasan mengajar tetapi persediaan
mengajar yang lengkap bermula daripada set induksi, perkembangan isi pengajaran, penilaian
formatif dan kesimpulan yang dikaitkan dengan nilai. Unsur nilai tambah seperti pembelajaran
kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri dan kecerdasan pelbagai juga perlu diterapkan
yang mempunyai kaitan dengan penyerapan dan penggabungjalinan dalam isi pengajaran. Untuk
menghadapi cabaran ini seorang guru perlu menggunakan peluang kursus penambahbaikan
pedagogi yang dianjurkan oleh Unit Kurikulum Jabatan pelajaran dan Pusat Perkembangan
Kurikulum. Penggunaan bahan autentik sebagai bahan bantu mengajar dapat menyelesaikan
keperluan bahan bantuan mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Semua ilmu
pedagogi yang diperoleh akan dapat dilaksankan dengan baik.
Selanjutnya, cabaran lain yang terdapat pada seseorang guru ialah seorang guru diberikan pelbagai
jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru. Seorang guru terpaksa memegang
beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan
dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang sudah dilantik sebagai Ketua Panitia
subjek terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid seperti Bahagian
Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta Pengurusan Bangunan dan Pemuliharaan
Bangunan dan pelbagai ini. Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan
pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal
yang sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu
dilengkapkan dan diurus dengan baik. Cabaran ini kena dilaksanakan oleh guru bagi membantu
proses pembangunan dan aset sekolah. Untuk mengatasi cabaran ini seorang guru perlu bijak
mengagihkan masa semasa di sekolah iaitu menyampaikan isi pengajaran dan melakukan
penandaan buku semasa di bilik darjah. Dalam proses tersebut guru perlu mengisi masa lapang atau
masa tidak mengajar untuk melaksanakan sistem pendokumentasian tersebut. Justeru itu, seseorang
guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping
tersebut. Kerangkaan kerja perlu disediakan dengan lebih detail beserta dengan senarai semak.
Di samping itu, cabaran berkaitan dengan penyediaan pelbagai dokumen yang terlalu rencam serta
tidak melibatkan tugas utama seorang guru dalam pengurusan pembelajaran dan pengajaran (PNP)
dalam bilik darjah. Seorang guru seolah-olah terpaksa menjadi kerani yang perlu mengisi pelbagai
dokumen pengurusan pendidikan. Seorang guru terpaksa mengagihkan pinjaman buku teks, sistem
maklumat murid, sistem kokurikulum sekolah dan borang-borang tertentu yang melibatkan murid yang
langsung tiada kaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Kadang-kadang terdapat
borang-borang yang terpaksa diisi secara adhock dan perlu disegerakan. Tugas guru yang
sepatutnya lebih kepada pengajaran dan mendidik telah lari daripada tugasan yang sebenar namun
seorang guru perlu melakukannya bagi keperluan dalam pengurusan pentadbiran murid. Pendapat ini
bersesuaian dengan kajian yang telah dikemukakan oleh Prof Dr Aminah Ayob Naib Canselor
Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim ( 2010 : Slide 21) dalam pembentangan kertas kerja
Pendidikan Guru Profesional : Cabaran Masa Hadapan di Akademi Sains Malaysia menyatakan
bahawa cabaran guru kini ialah terpaksa melakukan pelbagai kerja perkeranian di samping
menyampaikan isi pengajaran ketika mengulas satu artikel dalam suratkhabar. Justeru itu, untuk
menghadapi cabaran seseorang guru perlu memegang beberapa jawatan yang bukan ada kaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran dan penyediaan pelbagai dokumen, seorang guru perlu
mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut.
Takwim persekolahan mesti dikemas kini. Kerangkaan kerja dan masa perlu disediakan dengan lebih
detail beserta dengan senarai semak. Patuhi jadual yang ditetapkan untuk memudahkan seorang
guru bergerak. Semua hal tersebut akan dapat membantu seorang guru melaksanakan tugasnya.
Seterusnya, seorang guru juga terpaksa menghadapi cabaran yang melibatkan dasar-dasar yang
telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya seperti Dasar
Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dimulai pada tahun

2002.Walaupun dasar tersebut melibatkan guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik namun
dasar tersebut tetap dirasai oleh seluruh warga sekolah. Pihak sekolah telah diarahkan untuk
memastikan dasar tersebut berjalan. Akibatnya terdapat unsur-unsur yang cuba mendiskriminasikan
subjek lain terutamanya bahasa Melayu seolah-olah bahasa Melayu bukan lagi bahasa pengantar
dan merentasi kurikulum sekolah. Walaupun dasar ini tidak selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan
1963/67 namun pihak sekolah tetap melaksanakannya dengan matlamat untuk meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris di sekolah serta meningkatkan peratus sains dan matematik seperti
suatu formula tiga dalam satu. Namun apabila kajian semula dilaksanakan atas persetujuan
Mesyuarat Meja Bulat Kementerian Pelajaran Malaysia dasar ini telah bersetuju untuk diubah. Sekali
lagi guru dihadapkan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa
Inggeris (MBMMBI). Kalau mengikut proses dasar ini melibatkan bahasa Melayu yang akan
mengambil alih tempat bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains da Matematik secara proses
soft landing. Dasar ini perlu dilaksanakan atas faktor yang dikemukakan dalam Buku Memartabatkan
Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris ( 2011:8 ) oleh Kementerian Pelajaran yang
merasionalkan perubahan tersebut kerana berdasarkan kajian UNESCO yang menyatakan murid
lebih mudah mempelajari pelajaran dengan menggunakan bahasa ibundanya dan profisiensi Bahasa
Inggeris guru pada tahap cemerlang dan baik hanya sekitar 25% sahaja. Bagi menghadapi cabaran
ini seorang guru perlu bersiap siaga dari segi mental dan fizikal kerana dasar yang sering berubahuabh. Namun hal yang demikian ini, tidak menghalang seorang guru untuk mengikuti dan
melaksanakan dasar tersebut mesti dilakukan hanya bermatlamat untuk kejayaan murid. Oleh sebab
kerangka masa telahpun ditetapkan maka seorang guru akan akur dengan proses dan prosedur
tersebut.
Tambahan lagi, cabaran lain yang perlu dihadapi oleh seorang guru ialah cabaran program-program
kokurikulum wajib di sekolah yang mesti didedahkan kepada semua murid. Kokurikulum yang terdiri
daripada persatuan dan unit uniform perlu diikuti oleh guru dan murid. Baru-baru ini kerajaan telah
memperkenalkan program yang berkaitan dengan sukan iaitu Dasar 1 Murid 1 Sukan.Dengan
program tersebut ini bermakna tanggungjawab guru makin bertambah. Guru bukan sahaja perlu
melaksanakan aktiviti kokurikulum namun pengisian aktiviti tersebut perlu ada perancangan yang
lebih kemas kini. Bilangan hari yang perlu berkokurikulum pula telah bertambah dengan penyusunan
oleh pihak pentadbiran kokurikulum iaitu Hari rumah sukan pada hari Isnin, 1 Murid 1 Sukan pada hari
Selasa, Kegiatan kokurikulum pada hari Rabu dan latihan pasukan sekolah kokurikulum dan sukan
pada hari Khamis. Hal ini menyebabkan seorang guru berada dari pagi hingga petang di sekolah
selama 4 hari berturut-turut. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu melaksanakan jadual
yang berkala sifatnya iaitu pengagihan kerja mengikut giliran bertugas iaitu seorang guru hanya perlu
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sebanyak dua kali berselang minggu.
Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan
teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik
darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan
bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya
menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran
yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan
walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di
sekolah rendah.

Cara-Cara Mengatasi Masalah.


Piontek dan Garrock, Rettig dan Smith
berpendapat bahawa beberapa aspek perlu diambil kira oleh guru apabila
memilih maklumat yang terdapat dalam teknologi maklumat, terutamanya
laman-laman web. Dalam konteks itu, guru-guru Bahasa Melayu harus tahu
memilih dan menyesuaikan maklumat-maklumat dalam internet, laman web dan
sebagainya sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Justeru,
beberapa cadangan penyelesaian yang dikemukakan ini dapat membantu guru

mengajar Bahasa Melayu menggunakan TMK seperti berikut: a)


Mengatasi
Kekangan Menghabiskan Sukatan Pendekatan pengajaran menggunakan TMK
perlu meluaskan dimensi dunia TMK yang mencakupi penggunaan internet,
melayari laman web, on-line, email, program pendidikan yang selaras di
peringkat sekolah dan perisian yang perlu dirancang sesuai dengan spesifikasi
kurikulum . Penggunaan multimedia, khususnya power point dan layar tayang
boleh memberi kesan positif kepada perkembangan minat pelajar. Program
pembelajaran disusun dengan sistematik dan dipantau oleh guru-guru yang
berpengalaman dalam bidang IT. Penggunaan TMK dalam pengajaran perlu
dirancang dengan baik bukan secara sambil lewa atau sebagai aktiviti
sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum Penggunaan TMK
bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan
pengajaran dan pembelajaran. Bagi melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran , sukatan yang digubal hendaklah bersesuaian dan mudah
dikendalikan. b)
Sikap Negatif Guru kepada sikap positif Pengajaran dan
pembelajaran cara lama yang diamalkan oleh guru harus diinovasikan dan ada
kesinambungan dengan P&P berasaskan IT . Guru seharusnya memikirkan
pembelajaran yang dinamik dalam konteks penggunaan TMK di semua peringkat
pendidikan bagi membolehkan TMK diadaptasikan dalam budaya pembelajaran.
Persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan anggota adalah
penting ke arah sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi (Steers & Black,
1994).
Perubahan sikap dan nilai terhadap IT diperlukan oleh guru dalam
menghadapi cabaran IT dalam dunia pendidikan. Justeru itu para guru perlu
literasi komputer supaya penggunaan komputer dalam pendidikan tidak
terjejas.Guru-guru perlu diberi latihan dalam penggunaan teknologi baru untuk
diaplikasikan di dalam kelas.Melalui kursus dan bengkel membantu guru
menggunakan perisian dalam P&P. Jika guru mahir menggunakan perisian dan
perkakasan computer secara langsung menyemai minat guru.
Guru
perlu menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan masyarakat TMK dan
pembentukan masyarakat digital.Guru juga perlu bersedia meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai
teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan
konvensional. c) Kekurangan Kemahiran kepada Mahir dalam Pengendalian IT
Guru harus didedahkan kepada idea baharu dan peluang dalam kerjaya profesion
keguruan mereka seperti menghadiri kursus TMK. Pihak sekolah juga perlu
mengambil inisiatif memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan
TMK dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah menerima
perubahan dan kemajuan. Program LADAP di sekolah perlu dilaksanakan dengan
baik dan terancang. Ini boleh membawa kepada inovasi dan pelaksanaan dasar
pembaharuan pendidikan dilakukan. Selain itu, pihak pengurusan perlu
menyediakan guru mahir IT sebelum guru tersebut mengajar murid-murid
menggunakan IT.Ini kerana guru yang mahir akan menambah keyakinan murid
terhadap pelajaran.Malahan tidak akan menjejaskan tumpuan murid dan guru
ketika proses P&P berjalan. d)
Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan
Pihak sekolah perlu membaiki infstruktur komunikasi dan multimedia seperti
kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan
Internet serta makmal komputer. Selain itu, pihak sekolah juga perlu
meningkatkan infrastruktur seperti rangkaian , kandungan tempatan, insentif
dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan
penyediaan infrastruktur. Pihak pentadbir juga, seharusnya menyediakan bahan
bahan sokongan lain seperti buku panduan atau manual penggunana,

juruteknik komputer dan guru pakar. Kemudahan bilik darjah atau makmal yang
selesa dilengkapi perabot yang mencukupi memberi galakan dan motivasi
kepada guru atau murid. Suasana bilik yang ceria dan kondusif serta mempunyai
sudut sudut pembelajaran berkaitan IT dapat memberi kemudahan kepada
murid mencari maklumat berkaitan IT. e)
Mengecilkan Jurang TMK dan
Digital Dalam menangani isu ini seharusnya penggunaan komputer perlu
dipergiatkan dan diperluaskan, terutama di sekolah-sekolah yang terletak di
kawasan pedalaman dan luar bandar. Penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran perlu diperluaskan untuk memastikan lebih ramai pelajar
mendapat faedah. Oleh itu, usaha akan dipergiat untuk menyediakan
kemudahan komputer serta kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer, terutama di sekolah-sekolah di luar bandar. Masyarakat luar bandar
juga dibantu dengan kemudahan komputer dan rangkaian internet . terdapat
syarikat komunikasi memberi kemudahan rangkaian internet dan computer
percuma, tetapi ia perlu diperluaskan ke kawasan pedalaman supaya semua
murid dapat kemudahan menggunakan IT bukan sahaja di sekolah malahan di
rumah. Kerajaan di bawah pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak telah
memperkenalkan komputer Satu Malaysia sebagai usaha memperluaskan
budaya celik IT f)
Mengatasi Sumber Kewangan yang Terhad Pihak
sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin dihadapi dari
semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria
bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah.
Perancangan sekolah juga perlu mengambil kira perubahan yang berlaku
terutama penggunaan TMK. Selain menyediakan kemudahan belajar berasaskan
TMK, sekolah perlu merangka belanjawan pendidikan yang semakin meningkat,
khususnya perbelanjaan yang melibatkan penggunaan kemudahan, peralatan
dan perkakasan teknologi maklumat. Peruntukkan untuk penyelenggaraan wajar
ditambah memandangkan kos yang semakin meningkat. Pentadbir perlu
memastikan penyelenggaraan komputer sentiasa menikut jadualnya dan perlu
dipantau dan dikemaskini supaya jangka hayat perkakasan komputer lebih
lama. Kesimpulan.
Penggunaan TMK dalam bidang pendidikan
bersesuaian dengan hasrat dan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kualiti
pendidikan yang bertaraf dunia. Peranan institusi pendidikan bagi meningkatkan
kadar celik komputer yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran komputer ke
arah melahirkan masyarakat siber bergantung pada profesion keguruan. Kaedah
pengajaran tradisional perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah mengajar
menggunakan peralatan TMK seperti projektor LCD, komputer dan persembahan
power point.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) merujuk kepada kebolehan guru
mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya
serta kemampuan pelajar mengakses dan belajar daripada bahan yang
disediakan. Walau bagaimanapun jika infrastruktur TMK tidak lengkap dan tidak
efisien, guru dan pelajar tidak dapat melaksanakan P&P dengan berkesan Oleh
itu , prasarana dan kemudahan di sekolah hendaklah diberi perhatian dan
dititikberatkan bagi membolehkan penggunaan komputer secara meluas dalam
kalangan guru. Secara umumnya, sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini
dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi
masa depan yang lebih mencabar. Dari semasa ke semasa, kerajaan akan
sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan.
Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus
berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak

terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam


pengajaran dan pembelajaran bahasa sedikit sebanyak sudah pasti akan
mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu,
pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan
teknologi canggih ini agar matlamat yang luhur ini tidak menjadi senjata makan
tuan.
Copy and WIN : http://bit.ly/1J3vX3K

Anda mungkin juga menyukai