Anda di halaman 1dari 12

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM SINTOK)

KOD DAN NAMA KURSUS

VKMB1011 – PEMBANGUNAN MASYARAKAT

SEMESTER

APRIL 2022/2023

TUGASAN INDIVIDU 1

KESIHATAN MENTAL MASYARAKAT

DISEDIAKAN UNTUK

DR. JASTINI BINTI MOHD JAMIL

DISEDIAKAN OLEH

MUHAMMAD FARIS AMIN BIN IZHAM (290644)

NUR NAJWA NABILAH BINTI OTHMAN (290772)

NURUL FATIHA BINTI MOHD FAIZAL (290449)

NORSYAMINE BINTI MD SUKRE (290670)

SITI HAJAR BINTI MOHD YUSOFF (290718)

TARIKH HANTAR

24 JULY 2022
ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan
2. Konsep
3. Masalah
4. Halangan Dan Cabaran
5. Cadangan
6. Kesimpulan
1) PENGENALAN KESIHATAN MENTAL

Kesihatan mental ialah tahap kesahteraan psiklogi atau ketiadaan penyakit mental.
Ia merupakan keadaan seseorang yang “berfugsi pada tahap penyesuaian emosi
dan tingkah laku yang memuaskan. Dari perspektif psikologi positif atau holisme,
kesihatan mental mungkin termasuk keupayaan setiap individu untuk berupaya
menikmati kehidupan dan juga serta mewujudkan satu ataupun sebuah bentuk
keadaan yang penuh dengan keseimbangan dan juga kestabilan di antara aktiviti
kehidupan dan usaha untuk mencapai daya tahan psikologi. Menurut Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan mental termasuk “kesejahteraan subjektif,
dianggap keberkesanan diri, autonomi, kecekapan, kebergantungan antara generasi
dan aktualisasi diri potensi intelektual dan emosi seseorang antara lain. WHO
selanjutnya menyatakan bahawa kesejahteraan individu disepadukan dalam
merealisasikan kemampuan mereka, menghadapi tekanan normal kehidupan, kerja
produktif dan sumbangan kepada komuniti mereka. Perbezaan budaya, penilaian
subjektif dan teori professional yang bersaing semuanya mempengaruhi bagaimana
seseorang mentakrifkan “kesihatan mental”.

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak tumpuan diberikan terhadap kesihatan


mental. Selaras dengan kemajuan negara kita yang kini berkembang, masalah
kesihatan mental dan penyakit mental telah menjadi semakin bertambah dan
terdapat peningkatan dari tahun ke tahun. Didapati, peningkatan yang ketara dalam
kadar bunuh diri dan penyakit mental sejak sedekad lalu berpunca daripada tahap
kesihatan mental yang lemah. Oleh itu, adalah penting untuk rakyat Malaysia
menyedari tentang pentingnya kesedaran terhadap penyakit mental, kepentingan
memelihara tahap kesihatan mental yang baik dan mengenal pasti gejala-gejala
masalah kesihatan mental yang memerlukan intervensi dan rawatan.
Tiada istilah rasmi atau satu definisi tetap tentang kesihatan mental. Perbezaan
budaya, penilaian yang subjektif dan teori professional telah mempengaruhi
bagaimana kesihatan mental ditakrifkan. Kesihatan mental adalah satu keadaan
yang sejahtera di mana seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat
mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif dan mampu
menyumbang kepada masyarakat. Ini bermaksud, kesihatan mental adalah asas
kepada kesejahteraan individu dan kemampuan masyarakat berfungsi secara
effektif. Kesihatan mental adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan
untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup.

Walau bagaimanapun, tidak terdapat garis penentu yang jelas dalam membezakan
antara mereka yang mempunyai kesihatan mental yang baik dan mereka yang
tidak.Terdapat banyak tahap dalam kesihatan mental.Tiada satu kriteria yang boleh
digunakan untuk membuktikan kesihatan mental yang baik.Tiada seorang individu
pun yang mempunyai semua ciri-ciri kesihatan mental yang baik pada setiap
masa.Ia banyak bergantung kepada faktor individu, sosial dan persekitaran.Terdapat
beberapa faktor sosial, psikologikal dan biologikal yang menentukan tahap kesihatan
mental seseorang pada satu-satu masa. Kesihatan mental boleh terjejas disebabkan
masalah sosio-ekonomi, pertukaran keadaan persekitaran/sosial secara mendadak,
tekanan di tempat kerja, dan penyakit fizikal.Tidak seperti masalah kesihatan mental,
mereka yang mempunyai penyakit mental pula mengalami satu keadaaan dimana
tahap mental seseorang itu menyebabkan fungsi seharian individu itu terjejas sama
ada dari segi sosial atau pun pekerjaan. Ia memerlukan rawatan.
2) KONSEP KESIHATAN MENTAL

Pandemik COVID-19 yang menjadi wabak di Malaysia dan dunia telah mencatat
lebih dari 42 juta kes di seluruh dunia dan angka kematian sehingga kini melebihi 1
juta orang. Di Malaysia, wabak COVID-19 telah memberi kesan yang sangat besar
kepada sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan, dan pendidikan negara. Bahkan
impaknya juga turut melibatkan aspek kesihatan mental. Ekoran dari wabak yang
berlaku, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) kepada rakyat bermula 18 Mac 2020, sekaligus mengubah corak
dan norma kehidupan mereka. Pelaksanaan PKP bertujuan untuk membuat
penjarakan sosial agar dapat memutuskan rantaian wabak. Namun begitu, ia
berpotensi untuk menjejaskan kesihatan mental individu terlibat sama ada individu
yang menjalani tempoh PKP dengan tinggal berseorangan ataupun berkeluarga
susulan dari tekanan psikologi yang meliputi rasa takut (fear), cemas (panic),
tertekan (stress), bimbang (anxious) dan murung (depress). Oleh itu, objektif kajian
ini menumpukan kepada impak wabak COVID-19 terhadap kesihatan mental serta
strategi daya tindak bagi menangani isu kesihatan mental. Kajian ini menggunakan
metod kajian perpustakaan yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan.
Seterusnya dapatan dan perbincangan utama tertumpu kepada implikasi wabak
COVID-19 terhadap kesihatan mental dan strategi daya tindak yang dikenalpasti
dalam menangani isu kesihatan mental merangkumi gaya hidup sihat, limitasi masa
di media sosial, komunikasi berkesan dan pengurusan emosi. Justeru, melalui
pemahaman terhadap aspek impak dan strategi daya tindak ini, langkah
pencegahan yang terpilih mengikut pendekatan yang bersesuaian dapat
dilaksanakan agar kesejahteraan manusia dapat ditingkatkan dan dipulihkan dalam
menghadapi tekanan semasa norma baharu wabak COVID-19.
3) MASALAH KESIHATAN MENTAL

Kebanyakan wabak memberi kesan kepada tahap kesihatan mental manusia.


Wabak COVID-19 telah mencetuskan perasaan seperti takut, cemas, bimbang dan
tertekan. Perasaan yang dicetuskan ini memberikan kesan yang lebih teruk kepada
individu yang telah mengalami masalah kesihatan mental sebelum ini. Terdapat
individu yang mempunyai gejala somatik seperti dada berdebar-debar, sakit dada,
sesak nafas dan sebagainya tanpa menunjukkan sebarang abnormaliti sewaktu
dirawat oleh doctor. Berdasarkan pandemik yang berlaku sebelum ni, kebanyakan
petugas barisan hadapan (frontliner) yang terdiri dari pegawai perubatan, jururawat
dan mereka yang terlibat dalam bidang kesihatan dilihat telah megalami “burn out”,
depresi, stress dan kebimbangan. Ini kerana, mereka terlalu letih kerana terpaksa
bekerja lebih waktu untuk merawat pesakit, tidak dapat pulang ke rumah untuk
berjumpa anak-anak, suami dan isteri, ibu-bapa dan ahli keluarga yang akhirnya
menyumbang kepada ketidakstabilan emosi.

Bedasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi atau National Health and
Morbidity Survey (NHMS) 2019. Hampir setengah juta rakyat negara ini yang berada
dalam kalangan kategori dewasa (2.3 peratus) didapati mengalami symptom
tekanan atau depresi. Daripada jumlah ini, majority individu yang terkesan adalah
individu dalam golongan B40 (2.7 peratus), diikuti oleh golongan M40 (1.7 peratus)
dan T20 (0.2 peratus). Dalam masayang sama, NHMS 2019 itu juga mendapati
sebanyak 424,000 (7.9 peratus) kanak-kanak mengalami masalah kesihatan mental.
Separuh daripada masalah gangguan mental ini bermula seawall usia 14 tahun dan
tiga per empat daripadanya berlaku pada pertengahan usia 20-an. Data laporan
tahunan Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2020 merekodkan 465 kes cubaan
bunuh diri antara Januari sehingga Jun 2020. Selain tekanan emosi, individu juga
berasa bimbang dan marah disebabkan pelbagai faktor sosial seperti masalah
pendapatan dan kewangan serta perselisihan dengan keluarga. Justeru, objektif
kajian ini menumpukan kepada impak COVID-19 terhadap kesihatan mental serta
strategi daya tindak bagi menangani isu kesihatan mental.
4) HALANGAN DAN CABARAN DALAM MENGURUSKAN “KESIHATAN
MENTAL”

Menurut sumber daripada Polis Diraja Malaysia, pada tahun 2020 berlakunya
peningkatan angka yang besar dalam kes bunuh diri iaitu sebanyak 631 kes
berbanding laporan pada tahun 2019 sebanyak 609 kes. Punca yang dapat
dikenalpasti daripada lonjakan angka kes bunuh diri ini adalah daripada masalah
yang dihadapi masyarakat sepanjang musim pandemic ini.tidak dinafikan masyarkat
Malaysia kurang arif akan pengurusan kesihatan mental ini. Hal ini membuatkan
permasalahan kesihatan mental dikalangan masyarakat sukar untuk dibendung
sepanjang musim pandemik Covid-19 ini.

Antara cabaran atau halangan yang wujud dalam menguruskan masalah kesihatan
mental sepanjang musim pandemic Covid-19 ini adalah kurang kesedaran akan
kesihatan mental di kalangan masyarakat itu sendiri. Hal ini kerana, kebanyakkan
rakyat mengambil mudah akan isu kesihatan mental. Ada juga diantara mereka yang
akan mengaitkan masalah mental ini dengan isu keagamaan seperti kurangnya
pegangan atau akidah dalam beragama. Kebanyakkan rakyat Malaysia ianya tidak
terbiasa dengan istilah-istilah penyakit mental ini. Jika diutarakan sahaja masalah
kesihatan mental mereka akan mengatakan orang tersebut gila dan perilaku yang
dilakukan pesakit tersebut adalah disebabkan kurangnya didikan agama. Dengan
kurangnya pengetahuan akan kesihatan mental ini, menyebabkan ada dikalangan
rakyat Malaysia yang malu untuk mendapatkan rawatan susulan daripada masalah
yang mereka hadapi.

Masalah kewangan juga merupakan satu daripada halangan atau cabaran yang
wujud dalam menguruskan kesihatan mental sepanjang musim pandemic ini.
Hal ini kerana, bagi pesakit yang sedia maklum akan masalah mental mereka tidak
dapat meneruskan sesi perubatan mereka kerana kekangan dari masalah
pendapatan. Seperti yag sedia maklum, sepanjang PKP ini, banyak sektor pekerjaan
yang terpaksa gulung tikar atau berhenti beroperasi. Bagi mereka yang terjejas
punca pendapatan ini, tidak dapat lagi untuk menanggung kos rawatan bagi masalah
kesihatan mental mereka.
Jika sebelum ini, mereka mempunyai pendapatan bulanan bagi meneruskan sesi
rawatan, kini baki pendapatan sebelum PKP itu terfokus pada kos bahan asas
sahaja. Secara umumnya duit atau wang itu sendiri merupakan faktor utama kepada
masyarakat mengalami masalah kesihatan mental. Ini kerana kehidupan manusia
masa kini memerlukan duit untuk meneruskan kehidupan mereka. Selain itu,
kekangan untuk rakyat Malaysia keluar daripada rumah atau kediaman mereka
sepanjang PKP ini juga menjad punca halangan atau cabaran dalam menguruskan
kesihatan mental. Hal ini kerana sepanjang PKP ini setiap sempadan daerah dikawal
rapi oleh petugas baris hadapan negara. Ini menyebabkan ramai antara rakyat
Malaysia yang teragak-agak untuk meneruskan perjalanan untuk mendapatkan
rawatan atau pertolongan akan masalah kesihatan mental mereka. Ada juga antara
mereka yang takut untuk keluar rumah akibat wabak penyakit ini. Mereka takut
terkena jangkitan daripada individu di Hospital atau pusat rawatan dan mereka
menjadi host atau pembawa wabak ini dikalangan ahli keluarga yang lain. Oleh
kerana itu, mereka lebih mendiamkan diri daripada menerima rawatan akan masalah
kesihatan mental mereka.

Sepanjang musim pandemik ini, keselamatan negara banyak diuruskan oleh pihak
beruniform seperti Polis, Bomba, Pegawai Kesihatan dan ahli beruniform lain.
Mereka juga turut dikenali sebagai pasukan baris hadapan negara atau `frontliner`.
Hampir setahun lebih merekan ditugaskan untuk mengawal dan menjaga
keselamatan rakyat jelata serta negara sepanjang musim pandemik ini. Di Malaysia
kita terpaksa menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Cabaran yang
wujud pada musim PKP ini ialah apabila frontliner sendiri mengalami `burnout`.
Menerusi dalam artikel Metro, mengatakan pasukan baris hadapan negara
mengalami `burnout` ekoran daripada komitment kerja yang melebihi 100 peratus
bagi satu tempoh yang lama bagi petugas baris hadapan. Terjadinya burnout
dikalangan frontliner ini mengakibatkan berlakunya halangan dalam menguruskan
permasalahan kesihatan mental bagi rakyat jelata.

Kesimpulannya, halangan dan cabaran dalam menguruskan masalah kesihatan


mental ini terwujud apabila rakyat juga menghadapi norma baharu akibat dari
pandemik Covid-19.
5) CADANGAN UNTUK MENGATASI KESIHTAN MENTAL

Kesihatan bukan sahaja berkaitan dengan bebas daripada penyakit tetapi juga
memiliki pemikiran yang cerdas bersama-sama emosi yang stabil. Pemilikan
kesihatan yang baik penting buat remaja kerana tahap kesihatan ketika usia
mudalah yang akan menentukan tahap kesihatan mereka pada masa tua kelak.

Antara amalan yng harus dilakukan ialah masyarakat perlu mempunyai disiplin diri
yang baik. Maksud disiplin dalam aspek ini ialah masyarakat perlu menerapkan nilai
nlai murni dalam diri. Maka amalan disiplin yang baik akan menjadikan seseorang itu
mempunyai kesihatan yang baik.

Selain itu, masyarakat perlulah mengamalkan cra hidup sihat . Konsep cara hidup
sihat ini meliputi makanan yang seimbang, melakukan riadah dan aktiviti
kemasyarakatan. Sesungguhnya, cara hidup yang sihat menjamin kesihatan yang
seimbang kepada remaja di negara ini.

Di samping itu, amalan mempelajari dan mematuhi ajaran agama merupakan satu
lagi amalan yang turut mampu menguatkan kesihatan seseorang itu. Semua ajaran
agama menekankan aspek keseimbangan kehidupan seseorang. Sikap mematuhi
amalan agama memberikan remaja satu matlamat hidup yang mampu meninggikan
tahap kesihatan mereka.

Masyarakat juga perlu bertindak tegas terhadap tindakan-tindakan negatif yang


wujud dalam kehidupan mereka. Sikap suka merokok, melepak, dadah dan jenayah
haruslah dikikis dalam minda masyarakat.Ketegasan masyarakat dalam semua
aspek di atas itu mampu menjauhi seseorang daripada sebarang kemelut
sosial,secra tidak langsungnya dapat memberikan kesihatan mental yang baik.

Seterusnya,masyarakt juga hendaklah mampu mengawal emosi apabila berhadapan


dengan sesuatu masalah. Ketenangan inilah yang memberikan seseorang itu
mempunyai satu pemikiran yang rasional dan rela berbincang apabila mengalami
sesuatu kemelut dalam kehidupan mereka. Oleh itu, sikap rasional ketika melakukan
sesuatu tindakan boleh menjadikan kesihatan mental yang lebih baik.
Kesimpulannya, semua amalan yang ini merupakan cadangan yang perlu
dilaksanakan oleh masyarakat di Malaysia. Kesihatan masyarakat yang
mengamalkan semua amalan ini pasti akan menjadi insan yang baik bukan sahaja
pada tubuh mereka sihat tetapi emosi serta pemikiran mereka juga turut menerima
impak positifnya. Masyarakat yang sihat sebeginilah yang diperlukan oleh negara
dalam mengharungi cabaran kehidupan pada era moden ini.
6) KESIMPULAN

Secara umumnya, cabaran yang bertali arus dari wabak Covid 19 ini menjadi
asas kukuh kepada pembentukan kekuatan diri yang mantap, tahan diuji dan
tabah menempuh arus perubahan sekiranya aspek pemikiran dan emosi
positif seperti bahagia dan tenang dalam memacu kesejahteraan kendiri
dicapai. Seharusnya setiap individu, mengambil iktibar dan pengajaran dari
apa yang berlaku sepanjang kehadiran wabak Covid 19 ini dan berusaha
menghayati serta memastikan aspek emosi, pemikiran, tindakan dan spiritual
serta cara hidup keseluruhannya berada dalam keadaan yang baik bagi
melalui fasa sukar wabak ini dengan jayanya sekaligus menjadikan
seseorang itu memiliki jati diri yang kental, ketahanan dalaman dan
luaranyang kukuh, elemen adaptasi dan dinamik dengan perubahan supaya
tidak mudah terkesan dengan apa jua keadaan atau musibah yang berlaku.

Hakikatnya, perubahan mendadak yang membawa kepada proses isolasi


dalam tempoh yang lama semasa kawalan pergerakan telah menguji dan
menggangu kesihatan mental. Dengan tekanan yang dihadapi, seseorang itu
mungkin akan berfikir bahawa keadaan pandemik ini akan berlarutan dan
memberi kesan terhadap punca pendapatan, menjadi lebih kreatif dan berfikir
luar kotak bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Apabila minda
diprogramkan sebagai positif, ia memberi kesan terhadap emosi dan
perlakuannya. Lebih tenang dan sabar serta boleh mengawal emosi negatif
yang dialami kesan dari tekanan yang dihadapi. Oleh itu, beberapa
mekanisme daya tindak perlu diperkenalkan bagi mengawal keadaan mental
sepnjang pandemik ini berlaku. Daya tindak yang perlu dilakukan merangkumi
perubahan dalam gaya hidup, corak pemikiran yang resilien dan minta positif
bagi melahirkan emosi yang stabil dan terkawal.
Selain daripada itu, tindakan untuk berjumpa pakar dan pengawai perubatan
yang berkaitan dalam bidang bagi mendapatkan bantuan perundingan dilihat
mampu mengurangkan gangguan emosi dan perasaan yang dihadapi.
Malahan, ia boleh dilaksanakan pada bila bila masa walaupun dalam tempoh
kawalan pergerakan berlangsung. Ini kerana, tempoh kawalan pergerakan
tidak sesekali membatasi individu untuk mendapatkan sebarang rawatan atau
berjumpa pakar terutama apabila beberapa simptom awal melibatkan tekanan
yang dihadapi mula dikenalpasti. Sekiranya keadaan ini diabaikan, maka
kesan lebih buruk bakal berlaku misalnya kemurungan, kecelaruan tingkah
laku dan kecenderungan untuk bunuh diri. Justeru, setiap individu harus
berganding bahu dan bersama-sama menitikberatkan aspek penjagaan
kesihatan mental dan emosi dari semasa ke semasa.Berdasarkan
keseluruhan tip dan kaedah yang dikupas ini dapat menjadi satu alternatif
kepada individu unutk diamalkan sepanjang tempoh kawalan pergerakan dan
juga membantu individu beradaptasi dengan norma baharu semasa wabak
Covid 19.

Anda mungkin juga menyukai