Anda di halaman 1dari 10

PERANCANGAN AKADEMIK

SEMESTER APRIL SESI 2023/2024 (JA231)

SCCA2083
UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI

PENYELARAS/ PENSYARAH:

DR. AZLINA KAMARUDDIN


Program Komunikasi
Pusat Pengajian Teknologi Multimedia & Komunikasi
Kolej Sastera & Sains, UUM
lyna@uum.edu.my
04-9285927
0134628198
Waktu Perundingan: Hari bekerja

WAKTU PENGAJARAN:

8.00AM - 12.00PM (setiap Jumaat)


KOD KURSUS: SCCA2083
KURSUS : UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI
JAM KREDIT : 3

SINOPSIS

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan pelajar


tentang dasar dan undang-undang yang berkaitan dengan komunikasi. Tumpuan
kursus adalah kepada undang-undang yang relevan dengan bidang komunikasi. Ia
juga meliputi pengenalan terhadap asas undang-undang di Malaysia.

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini, pelajar diharap dapat:


1. Memahami dasar-dasar yang relevan dengan bidang komunikasi.
2. Memahami undang-undang yang berkaitan dengan bidang komunikasi.
3. Merancang dan berkeupayaan untuk menganalisis fenomena/ isu-isu yang
berkaitan dengan undang-undang komunikasi.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Selepas mempelajari kursus ini, pelajar akan dapat:


i. Menerangkan dasar-dasar yang relevan dengan bidang komunikasi.
ii. Mengenalpasti dasar-dasar yang relevan dengan bidang komunikasi.
iii. Menerangkan undang-undang yang berkaitan dengan komunikasi.
iv. Mentafsir, menghuraikan dan membezakan undang-undang berkaitan
dengan komunikasi.

APLIKASI KEMAHIRAN INSANIAH

Setelah mempelajari kursus ini, para pelajar akan dapat menguasai kemahiran
insaniah berikut:
 Kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan (Communication & Team
skills)
 Kemahiran profesionalisme beretika/ bermoral (Ethical/moral
professionalism skill)
 Kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah (Critical thinking &
Problem Solving skills)
 Kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat
(Lifelong learning & information management skills)
PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dikendalikan secara “teacher–centered” dan “student-centred” dengan


penilaian berterusan. Oleh itu, pelajar adalah dinasihatkan supaya membuat
beberapa persediaan setiap kali sebelum perjumpaan kelas diadakan seperti
berikut:
1. Sentiasa menyemak sistem UUM Online Learning untuk maklumat kelas dan
pengemaskinian berkaitan.
2. Membaca terlebih dahulu topik-topik yang ditetapkan untuk setiap sesi
pertemuan.
3. Membuat rujukan tambahan tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan
pembelajaran yang boleh diaplikasikan ke dalam perbincangan di dalam
kelas.
4. Memberi kerjasama dan bersedia untuk melibatkan diri dalam sesi
perbincangan yang dikendalikan.
KANDUNGAN KURSUS
TOPIK TAJUK KULIAH JAM
Pengenalan 2
1
 Konsep-konsep asas berkaitan dasar awam
 Proses pembentukan dasar awam
 Proses pembentukan undang-undang di Malaysia
 Kepentingan dasar dan undang-undang komunikasi

2 Dasar-dasar utama Negara dan bidang komunikasi 4


 Wawasan 2020
 Model Ekonomi Baru
 Dasar Bahasa Kebangsaan
 Dasar Budaya Kebangsaan
 Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
 Dasar Kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia

3 Undang-undang dan bidang komunikasi 4


 Konsep-konsep asas berkaitan undang-undang
 Sistem pentadbiran undang-undang di Malaysia
 Skop undang-undang yang berkaitan dengan komunikasi

Etika dan Undang-undang dalam periklanan 5


4
 Pengenalan
 Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia
 Kod Etika Pengiklanan Jabatan Penyiaran Malaysia
 Kod Amalan Periklanan Malaysia
 Undang-undang yang berkaitan
 Isu-isu yang berkaitan

5 Pelanggaran hak individu 6


 Pengenalan
 Hak seseorang individu menurut undang- undang
 Undang-undang yang berkaitan
 Isu-isu/ kes-kes yang berkaitan

6 Kebebasan bersuara 5
 Pengenalan
 Undang-undang yang berkaitan
 Isu-isu/ kes-kes yang berkaitan

Perlakuan tidak bermoral (Obscenity & indecency) 3


7
 Pengenalan
 Undang-undang yang berkaitan
 Isu-isu/ kes-kes yang berkaitan

8 Aktiviti dan Undang-undang siber 3.5


 Pengenalan
 Akta Tandatangan Digital 1997
 Akta Jenayah Komputer 1997
 Akta Teleperubatan 1997
 Isu-isu/ kes-kes yang berkaitan

9 Hakcipta 3
 Pengenalan
 Akta Hakcipta
 Isu-isu/ kes-kes yang berkaitan

10 Tanggungjawab sosial 3.5


 Pengenalan
 Tanggungjawab agensi-agensi awam, swasta, dan bukan
kerajaan terhadap masyarakat
 Undang-undang yang berkaitan

11 Implikasi dasar-dasar awam dan undang-undang komunikasi 3


 Pengamal media& komunikasi
 Sektor awam
 Sektor swasta
 Pertubuhan bukan kerajaan
 Masyarakat

JUMLAH JAM 42

PENILAIAN KURSUS
Penilaian akan dilakukan berdasarkan tugasan dan penilaian akhir. Kedua-dua
komponen ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya.
Agihan markah adalah seperti berikut:-
1. Tugasan
a. Tugasan 1 (Individu) 20%
b. Tugasan 2 (Kumpulan) 30%
c. Tugasan 3 (Pembentangan Kumpulan) 10%
2. Peperiksaan Akhir 40%
Jumlah 100%
MAKLUMAT TUGASAN

TUGASAN INDIVIDU (20%)

Tajuk
Pilih satu isu terkini berkaitan dengan undang-undang komunikasi di Malaysia. Cari
artikel-artikel jurnal berwasit (minimum 3 artikel) terkini (2018-2023) yang
membincangkan mengenai isu tersebut. Buat ulasan literatur yang mantap
berdasarkan artikel-artikel yang dipilih.

Pengenalan (3 markah)
Menjelaskan mengenai matlamat penulisan
Menjelaskan mengenai latar belakang isu yang dipilih
Menjelaskan mengenai aspek undang-undang yang berkait dengan isu
Menjelaskan susunan penulisan

Analisis dan perbincangan (10 markah)


Penulis hendaklah:
 Mengenalpasti tema-tema yang akan dibincangkan
 Menyusun ulasan berdasarkan tema-tema yang telah dikenalpasti
 Membincangkan perkaitan antara tajuk yang dipilih dengan lingkungan
subjek yang lebih luas. Contohnya: Isu buli siber di kalangan pelajar sekolah
menengah dengan buli siber secara umum.
 Menyusun perbincangan daripada konteks umum dan luas daripada karya
yang diulas kepada konteks fokus yang lebih spesifik
 Mengaitkan perbincangan dengan aspek undang-undang komunikasi yang
dipilih.

Penulisan dinilai dari segi keupayaan mengenalpasti perkara-perkara di atas, dan


keupayaan mengetengahkan perbincangan kritis yang menunjukkan perkaitan yang
jelas antara kandungan jurnal dan isu yang dikenalpasti dengan aspek-aspek
undang-undang komunikasi yang berkaitan. Perbincangan juga harus
menghubungkan/ memfokuskan kepada konteks negara Malaysia dengan jelas.

Rumusan (5 markah)
Bahagian ini merupakan penamat yang rasional kepada apa yang telah
dibincangkan di dalam penulisan ini. Tujuan kesimpulan ini adalah untuk
mengintegrasi pelbagai tema dan isu yang telah disentuh di dalam bahagian ulasan/
perbincangan, dan membuat komen/ kenyataan yang bermakna ke atas semua itu.
Penulis hendaklah berupaya merumuskan kesemua bahagian tema yang telah
dibincangkan, dan merujuk pembaca kembali kepada fokus penulisan yang telah
digariskan dalam bahagian pengenalan. Penulis juga boleh menggariskan implikasi-
implikasi yang mungkin timbul daripada pandangan yang dikemukakan.
Penulis hendaklah MENGELAKKAN daripada hanya membuat ringkasan, hanya
memfokuskan kepada hujah-hujah yang minor/ kecil di dalam perbincangan,
menamatkan dengan ‘quotation’ yang panjang, dan memperkenalkan/ membuka
topik baru.

Format penulisan (2 markah)


Penulisan hendaklah menunjukkan pengaliran idea yang lancar, tersusun, dan
berkait antara satu sama lain dengan harmoni. Pelajar disarankan untuk mematuhi
format penulisan seperti yang digariskan dalam maklumat penting di bawah.

TUGASAN KUMPULAN I (30%)

Tajuk
Mutakhir ini kita dapat melihat begitu banyak berita palsu yang disebarkan di
pelbagai platform media sosial. Ketengahkan SATU isu terkini berkaitan dengan
mana-mana sub topik dalam silibus kelas SCCA2083 Undang-undang dalam
Komunikasi. Perbincangan isu tersebut perlu diperincikan dengan pemilihan kes
yang sesuai.

Pengenalan (5 markah)
Menjelaskan mengenai objektif penulisan.
Menjelaskan mengenai latar belakang tajuk.
Menjelaskan susunan penulisan.

Isi kandungan/ Perbincangan (15 markah)


Mengupas persoalan yang diutarakan berdasarkan fakta yang jelas.
Mengggambarkan pemikiran kritis dalam perbincangan.

Rumusan (6 markah)
(rujuk kepada panduan rumusan tugasan individu)

Format penulisan (4 markah)


(rujuk kepada panduan format penulisan tugasan individu)

TUGASAN KUMPULAN II (10%) – Pembentangan kumpulan

Tajuk
Berdasarkan kepada laporan bertulis “Tugasan Kumpulan I”, sediakan satu
persembahan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing dan direkodkan dalam
bentuk video berdurasi antara 5 hingga 8 minit. Fokus persembahan adalah
kepada pelaksanaan undang-undang dan pengajaran yang dapat diperolehi
daripada kes yang telah dibincangkan.
Penilaian pembentangan (10%)

Pemarkahan tugasan adalah berdasarkan rubrik pemarkahan yang telah disediakan.


Aspek yang diberi penekanan termasuklah penglibatan aktif semua ahli kumpulan
di dalam penghasilan dan pembentangan video, termasuklah keberkesanan alat
bantuan yang disediakan, kelancaran dan kejelasan penyampaian, dan kreativiti.

MAKLUMAT PENTING

 Tugasan hendaklah ditaip menggunakan font: Times New Roman, saiz: 12,
dan langkau baris: 1.5. Sertakan rujukan dan bibliografi yang lengkap
(format APA 7th edition), dan helaian muka surat depan hendaklah
mengandungi nama pelajar, nombor matrik, kod kursus dan tajuk tugasan.

 Jumlah muka surat daripada pengenalan – penutup hendaklah tidak


melebihi lapan (8) muka surat bagi tugasan individu dan maksimum 20
muka surat bagi tugasan kumpulan I. Ini tidak termasuk helaian depan, isi
kandungan, rujukan dan lampiran.

 Semua pelajar hendaklah membentuk kumpulan pada pertemuan pertama


kursus dan menyerahkan nama ahli kumpulan masing-masing kepada
pensyarah kursus selewat-lewatnya pada penghujung pertemuan
pertama.

 Plagiarisme adalah merupakan jenayah akademik yang amat berat. Oleh itu,
‘citation’ yang lengkap mesti dinyatakan kepada ‘quotations’, ‘paraphrasing’
atau idea yang diambil daripada pihak/sumber selain daripada penulis
laporan sendiri. Laporan persamaan maksimum turnitin yang dibenarkan
hanya 20%.

 Tugasan individu hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada PERTEMUAN


KETIGA (9/6/2023), tugasan kumpulan I hendaklah dihantar selewat-
lewatnya pada akhir PERTEMUAN KEEMPAT (14/7/2023), dan tugasan
kumpulan II hendaklah dibentangkan pada PERTEMUAN KEEMPAT
(14/7/2023).

 Penghantaran yang lewat tidak akan diterima kecuali disertakan sebab dan
bukti yang kukuh menurut pandangan pensyarah kursus.
FINAL EXAMINATION - 40%

Pentaksiran akhir dilakukan secara peperiksaan akhir bersemuka yang akan


dijalankan selepas pertemuan keempat. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.

RUJUKAN

Rujukan

Modul/ e-book Undang-undang dalam komunikasi. - version 2021

Abdul Aziz Bari. (2008). Perlembagaan Malaysia: Teori dan praktis. Shah Alam:
Arah Pendidikan.
Abdul Aziz Bari. (2001). Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anwarul Yaqin. (1996). Law and Society in Malaysia. Kuala Lumpur: International
Law Book Series.
Bovée, C. L., Thill, J. V., Dovel, G. P., & Wood, M. B. (1995). Advertising excellence. New
York: McGraw-Hill.
Hill, Michael dan Hupe, Peter. (2009). Implementing Public Policy: An introduction to
the study of operational governance (2nd ed.). London: SAGE Publications Ltd.
Kamal Halili Hassan. (1990). Penulis dan Undang-undang. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
K. V. Padmanabha Rau & T. Johnson Sampathkumar (2006). General principles of the
Malaysian Legal System. Petaling Jaya: International Law Book Services.
Lee Mei Pheng (2005). General Principles of Malaysian Law (5th ed.). Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Malike Brahim. (2008). Dasar Awam di Malaysia: Suatu pengenalan. Petaling Jaya:
IBS Buku Sdn. Bhd.
Mohd Safar Hasim. (2002). Mengenali Undang-undang Media dan Siber. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Parsons, Wayne. (1999). Public Policy: An Introduction to the Theory and Practice of
Policy Analysis. Cheltenham: Edward Elgar.
Sabitha Marican. (2001). Dasar Awam di Malaysia: Isu dan konsep. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Safinaz Mohd Hussein. (2002). Undang-undang Komunikasi dan Multimedia. Kuala
Lumpur: Prentice Hall.
Wan Arfah Hamzah (2011). A first look at the Malaysian Legal System. Kuala
Lumpur: Oxford University Press.
Wan Arfah Hamzah & Ramy Bulan. (2003). An Introduction to The Malaysian Legal
System. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Wan Azmi Ramli. (1991). Dasar Awam di Malaysia (Jilid 1). Kuala Lumpur: Pustaka
Cipta Sdn. Bhd.
Wu Min Aun. (2005). The Malaysian Legal System (3rd ed.). Petaling Jaya: Longman
Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Senarai Statut

Akta Fitnah 1957 (Akta 286)


Akta Hakcipta 1987 (Akta 332)
Akta Hasutan 1948 (Akta 15)
Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563)
Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2004 (Akta 588)
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301)
Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736)
Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 589)
Akta Tandatangan Digital 1997 (Akta 562)
Akta Teleperubatan 1997 (Akta 564)
Kanun Keseksaan
Perlembagaan Persekutuan

Anda mungkin juga menyukai