Anda di halaman 1dari 7

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: ETIKA, UNDANG-UNDANG

DAN SOSIAL

Pendahuluan

Teknologi maklumat dan komunikasi berubah dengan pantas. Ia memudahkan urusan


seharian tetapi juga turut mendatangkan ancaman sekiranya penggunaannya tidak
disertai dengan etika dan moral yang baik. Buku ini cuba menyingkap persoalan
mengenai undang-undang, etika, dan dampak teknologi maklumat ke atas kehidupan
sosial.

Isu etika semakin banyak diperkatakan dalam era teknologi maklumat kerana
teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah sifat atau tabii etika. Jika sebelum
kedatangan teknologi maklumat dan komunikasi, isu serta persoalan mengenai etika
hanya dibahaskan pada peringkat teori dan falsafah sahaja, tetapi hari ini etika perlu
diaplikasikan dalam bentuk amalan atau praktikal dan tindakan. Banyak perlakuan yang
tidak dilakukan sebelum ini muncul bersama dengan kepesatan teknologi maklumat.
Lantas, apabila perkara yang berkaitan dengan pengkomputeran dipertemukan dengan
etika, maka banyak masalah yang timbul. Keperluan kepada satu set etika yang baru
(berbeza dengan etika yang sebelumnya) sangat dirasakan dalam era teknologi maklumat
yang sedang ditempuhi.

Apa yang baru dalam buku edisi kedua ini? Beberapa perubahan dilakukan dalam
edisi ini. Terdapat tambahan 3 bab baru iaitu Bab 5: Hak cipta, Paten dan Cap Dagangan,
Bab 8: Epistemologi Ilmu dan Konsep Manusia Turing dan Bab 9: Pembudayaan
Komputer: Kesan ke atas Sosio-Intelektual Masyarakat.

Beberapa bab diubah suai atau ditukar tajuk dengan mengekalkan sebahagian
daripada isi kandungan yang lama. Bab yang diubah suai atau ditukar tajuk ialah:

Bab 1: Perkomputeran dan Isu Etika menggantikan tajuk lama Akhlak, Moral
dan Etika, Bab 3: Netiket dan Panduan Menggunakan Internet, Bab 4: Cetak Rompak
dan Lanun Perisian, Bab 7: Kerahsiaan dan Kebersendirian.

Bab 2: Dampak Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Kawalannya dan Bab
9: Impak Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Kawalannya dalam edisi pertama
digabungkan menjadi bab bertajuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Isu Sosial.

Bab yang dikekalkan tajuk tetapi diubah dan disusun semula isi kandungannya ialah bab
2: Etika Profesional Teknologi Maklumat dalam edisi baru. Manakala bab 6, 11, 12, 13
dan 14 dikekalkan tanpa ada sebarang perubahan

Bab yang digugurkan dalam edisi kedua ini ialah bab 3: Teori Etika dan bab 10:
Etika Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Rantau Asia Pasifik

Perubahan ini dilakukan setelah mengambil kira pandangan dan teguran

i
pembaca dan penilai kepada edisi pertama.

Setiap bab adalah saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Tajuk
bab dipilih dengan teliti supaya dapat membekalkan asas ilmu pengetahuan yang
mencukupi kepada pelajar teknologi maklumat yang bakal menjadi profesional,
pengamal dan pengusaha dalam bidang tersebut. Pada mumnya buku ini
dibahagikan kepada 3 kelompok isu. Kelompok pertama ialah isu etika,
kelompok kedu mengenai isu undang-undang manakala kelompok ketiga
memfokus kepada isu sosial. Kelompok pertama diwakili oleh bab 4, 5, 6, 7, 8,
9 dan 10. Kelompok kedua pula diwakili oleh bab 11, 12, 13 dan 14 manakala
bab 1, 2 dan 3 mewakili kelompok 3. Susunan bab dibuat sedemikian rupa
supaya pelajar diberi pendedahan terlebih dahulu mengenai falsafah ilmu
komputer, kesan pembudayaan komputer ke atas masyarakat dan dampak
teknologi maklumat ke atas kehidupan sosial sebelum dikemukakan dengan isu
etika. Setelah mengetahui isu yang membangkitkan persoalan etika pelajar
didedahkan dengan undang-undang yang relevan dengan pengkomputeran.
Penjelasan isi kandungan bagi setiap bab adalah seperti berikut:

Bab 1 membicarakan epistemologi ilmu dan konsep manusia Turing. Bab


ini membincang bahawa pembangunan teknologi moden tidak dapat dipisahkan
dari perkembangan falsafah teknologi yang wujud dalam teori atau epistemologi
ilmu pengetahuan.

Bab 2 membincangkan kesan pembudayaan komputer ke atas sosio-


intelektual sesebuah masyarakat. Pengamalan sesuatu teknologi boleh
mendatangkan kesan ke atas masyarakat sama ada yang baik mahupun
sebaliknya. Masyarakat perlu tahu bagaimana teknologi boleh mendatangkan
kesan kepada mereka yang seterusnya mempengaruhi pandangan jagat atau
kosmologi sesuatu masyarakat atau bangsa.

Bab 3 adalah mengenai isu sosial teknologi maklumat dan komunikasi


dengan memfokus kepada kesan teknologi maklumat dan komunikasi ke atas
kehidupan (pekerjaan, kesihatan, perniagaan dan industri). Dampak teknologi
maklumat dan komunikasi serta cara mengawalnya turut dibincangkan. Paradoks
kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, isu capaian, hiburan yang
berleluasa, persoalan jati diri, isu keseimbangan maklumat dan pembentukan sub-
budaya masyarakat suka menyendiri dan hilang kemahiran adalah turut
dimuatkan dalam bab ini. Turut disentuh ialah pandangan golongan Neo-
Luddites mengenai teknologi maklumat dan komunikasi.

Bab 4 membincangkan cetak rompak dan lanun perisian. Isu pemilikan


dan hak cipta perisian menjadi intipati perbincangan bab ini. Jenis lanun perisian,
langkah pengawalan, pemilikan perisian dan paradigma undang-undang serta
kempen anti lanun perisian menjadi fokus perbincangan.

ii
Bab 5 membentangkan isu hak cipta, paten dan capdagangan. Hak cipta
merupakan hak untuk melindungi hasil karya yang dicipta melalui usaha
intelektual daripada disalin oleh pihak lain selain daripada penciptanya. Program
komputer adalah termasuk dalam usaha intelektual dan dilindungi oleh undang-
undang. Manakala paten merupakan satu set hak eksklusif yang dijamin oleh
negara kepada individu bagi tempoh masa yang ditentukan sebagai pertukaran
kepada pendedahan umum perincian mengenai sesuatu peranti, kaedah, proses
atau komposisi bahan yang dikenali sebagi reka cipta yang baru, berdaya cipta
dan boleh diaplikasikan kepada industri.

Bab 6 membincangkan isu keselamatan komputer dengan penekanan


kepada aspek serangan, pencerobohan dan langkah melindunginya. Cara
mengenal sasaran penyerang maklumat, metodologi dan alat yang digunakan
untuk melakukan pencerobohan, kejuruteraan sosial pencerobohan, pengkelasan
pencerobohan dan kaedah menangani impak serangan merupakan isu yang diberi
perhatian.

Bab 7 adalah mengenai kerahsiaan dan kebersendirian. Ancaman terhadap


kerahsiaan dan kebersendirian dan cara memelihara kedua-duanya dibincangkan.
Perbuatan menyalahguna maklumat, mengintip dengar dan memintas data juga
diberi penekanan.

Bab 8 mengenai pengkomputeran dan isu etika. Teknologi maklumat


menimbulkan berbagai isu yang rumit dan mencabar sehinggakan aplikasi etika
kepada teknologi maklumat adalah sukar berbanding dengan disiplin yang lain.
Banyak amalan penggunaan teknologi maklumat menimbulkan dilema etika.

Bab 9 menyajikan etika profesional teknologi maklumat. Teknologi


maklumat dan komunikasi mengubah dengan radikal cara manusia memperoleh,
meneroka, mencipta, mengagih dan mencapai maklumat. Perubahan dalam
tingkah laku ini boleh mendorong penggguna teknologi tersasar dan terkeluar
dari batasan adab yang lazim. Bagi memastikan profesional teknologi maklumat
sentiasa berdisiplin dan integriti moral dikekalkan, maka etika profesional perlu
diwujudkan dan diikuti.

Bab 10 menjelaskan netiket dan panduan menggunakan Internet. Panduan


dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kepada majikan, pengurus dan pekerja atau
individu pengguna. Panduan ini penting kerana pengguna tidak pasti sama ada
perlakuan yang diaplikasikan dalam komunikasi lama sebelum era Internet boleh
dipindahkan kepada komunikasi menggunakan Internet.

Bab 11 membicarakan undang-undang jenayah komputer/siber. Teknologi


maklumat menyukarkan takrifan ke atas jenayah. Jenis jenayah siber, jenayah

iii
komputer menurut undang-undang jenayah tradisional, dan kesalahan menurut
Akta Jenayah Komputer 1997 dibentangkan.

Bab 12 mengenai Undang-undang Teleperubatan. Undang-undang


mengenai amalan perubatan di Malaysia, peraturan di bawah Akta Teleperubatan
dan prinsip berkaitan dengan Undang-undang Teleperubatan disentuh.

Bab 13 adalah mengenai Undang-undang Tandatangan Ddigital yang


membicarakan tentang sijil digital, pengawal pihak berkuasa pemerakuan dan
kesan tandatangan digital menurut akta.

Bab 14 membentangkan undang-undang hak cipta dan komputer. Susur


galur Akta Hak Cipta di Malaysia, jenis hasil karya hak cipta, hakmilikan hak
cipta, formaliti hak cipta, pelanggaran hak cipta dan tindakan undang-undang
yang boleh diambil turut dimuatkan.

Semua topik yang disentuh dalam 14 bab difikirkan mencukupi untuk


menjadi asas bekalan pengetahuan etika dan perlakuan bermoral kepada bakal
graduan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat mengharungi dunia pekerjaan
yang serba mencabar.

Buku ini adalah edisi semakan buku yang telah diterbitkan menggunakan
tajuk Komputer, Etika dan Sosial yang bertujuan untuk memberi kemudahan
kepada pelajar kursus TM3923 (Komputer, Etika dan Sosial). Penulisan edisi
semakan ini dimantapkan lagi dengan menjemput beberapa orang pengarang
tambahan yang masing-masing mempunyai kepakaran yang tersendiri. Gabungan
kepelbagaian latar belakang pengarang (undang-undang, sains komputer, sains
dan pengurusan sistem dan sains maklumat menjadikan buku ini dianggap
lengkap untuk menyediakan asas pengetahuan yang mantap dari aspek undang-
undang, etika dan sosial kepada pembacanya. Belum ada buku seperti ini dalam
Bahasa Melayu terutamanya yang memuatkan topik mengenai undang-undang
siber di Malaysia.

iv
INFORMATION TECHNOLOGY AND COMMUNICATION: ETIHCS, LAWS AND
SOCIAL

Preface

Information technology and Communication changes rapidly. It facilitates our daily


transaction but at the same time could also treat if it usage is not accompanied by good
moral and ethic. This book attempts to reveal questions on laws, ethics and social and
the impact of IT on social life.

Ethical issues has been broached up in the IT era as IT changed the nature of ethics. In
the past, issues pertaining to ethics were debated at only. But today, ethics need to be
transformed into practice and actions. There are many doings broach up talongside with
advances in IT. Therefore, many problems arise, when computation meet with ethics. A
new set of ethics is needed in this IT era.

What is new in this second edition? Several changes has been been made. There
are 3 additional chapters such as chapter 5: Copyright, Patent and Trademark;
chapter 8: Epistemology and the Concept of Turing Man; and chapter 9:
Civilising Computer: Its Impact on the sociointellectual of the society.

Several chapters were modified or changed the title but retained their major content.
New title is given to chapter one: Computation and Ethical Issue; Chapter 3: Nettiquette
and Guideliens in using Internet; chapter 4: Software Piracy; chapter 7: Secrecy and
Privacy.

Chapter 2: The Impact of ICT and Its Control is expanded to include the social Issue of
IT which carries new title as Information Technology and Communication: Social Issues.

The title for chapter 2 is unchanged though revision was made to the content.The
previous title for chapters 6, 11, 12, 13 and 14 are retained. Chapter 3: Ethicals
theories and chapter 10: ICT Ethics in Asia Pacific Region were omitted in this new
edition.

These changes are made based on criticism and evaluation to the first edition.

Every chapter is closely related to each other. The title for every chapter is carefully
chosen so as to provide basic knowledge to IT students who will be professional and
practitioner in the area. In general, this book is divided into 3 groups of issues. First,
ethical issue; second, legal issues and third, social issues. Chapter 11, 12, 13 and 14
represent group 2 while chapter 1,2 and 3 represent issues in group 3. The chapters are
arranged in such a way to enable students be first exposed to the philosophy of
computer, the impact of civilizing computer to the society and folloed by the ethical
issues. This is succeeded by legal matters pertaining to computation.

v
Explanation on the content iof every chapter is as follows:

Chapter 1 discusses on the epistemology of knowledge and the concept of


Turing man. Modern IT development is perhaps, should not be separated from
the philosophy of technology that exist in the theory or the epistemology of
knowledge.

Chapter 2 discusses the impact of civilizing the computer on the


sociointellectual of a society. The practice of any technology could cause both
positive and negative impact to society. It is the responsibility of the society to
learn how technology could impact them and influence their world view or
cosmology.

Chapter 3 is on the social issue of ICT focusing on the impact of ICT on


life (job, health, business and industry). The impact of ICT and how to control is
alo touched. The paradox between the advancement of ICT, the issues on access,
entertainment, nation-state building, issues on equality of information and the
formation of a subculture whereby societies are fond to isolate themselves and
lost of skill and individuality are also covered besides a brief explanation on who
is the Neo-Luddites.

Chapter 4 is on software piracy. The issues on the ownership and


copyright of software become the gist of this chapter. Types of software piracy,
ways to control, software ownership and legal paradigm and anti piracy
campaign are also included.

Chapter 5 lays out issues on copyright, patent and trademark. Copyright


is to protect any work created out of intellectual effort from being copied by other
people other than creator. Computer program is protected by the laws. Patent is
an exclusive right guaranteed by the government to individual for a specific time
upon agreeing to exposed one’s innovation for inspection. These include device,
method, process or composition of material considered as new invention.

Chapter 6 discusses about computer security emphasizing on intrusion,


violation and how to develop protection measure. Ways to identify information
intruders, the methods employed and the devices involved, social engineering and
the classification of intrusions are given focus.

Chapter 7 is on secrecy and privacy. The threat on secrecy and privacy


are discussed. Information abuse and earsdropping are also included.

Chapter 8 is about computation and ethical issues. IT broached up


various complexities and challenging issues that make the application of ethics to

vi
IT is difficult compared to other discipline. There are many IT applications that
yield ethics dilemma.

Chapter 9 provides information on IT professional ethics. ICT changed


radically the way man procure, explore, create, disseminate and access to
information.The changed in this behavior could led to unethical use information
and IT. To ensure IT professional are always discipline professional ethics are
required and to be followed closely.

Chapter 10 explains about netiquette and the guide in using Internet. The
guide is divided into 3 sections i.e. employer, manager and employee. This guide
is important as users are unsure of their behavior in the conventional
communication prior to the Internet era could be used in the communication in
the new era.

Chapter 11 is on computer/cyber crime law. IT makes the definitions of


crime more difficult. Types of cyber crime, computer crime are given the
emphasis.

Chapter 12 focusses on Telemedicine Acts which include medicinal


practice in Malaysia, regulations under Telemedicne Acts and the principle
related to Telemedice Acts.

Chapter 13 discusses on Digital Signature Acts which covers digitak


certificate and the implication of digital signature.

Chapter 14 is about laws and regulation pertaining to copyright and


computer. The history of Copyright Acts in Malaysia, types of literary works
covered, ownership of copy right, the formality of copyright and legal action for
copyright infringement are given emphasis.

All topics covered in 14 chapters are considerd as ample to provide


knowledge on ethics and morale to students of Faculty of Information Science
and Technology.

vii

Anda mungkin juga menyukai