Anda di halaman 1dari 8

GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER OKTOBER 2021/2022 (JA212)

GMGM 3023
KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

UNIT PENDIDIKAN JARAK JAUH


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

Kursus : Kepimpinan dalam Pengurusan Awam


Kod kursus : GMGM 3023
Jam Kredit : 3

1.0 SINOPSIS KURSUS

Kepemimpinan merupakan nadi bagi sesebuah organisasi. Kepemimpinan merupakan satu


keupayaan menginspirasi manusia untuk bekerjasama sebagai satu pasukan bagi mencapai
objektif yang telah ditetapkan. Kepemimpinan yang efektif adalah penting bagi kejayaan
sesebuah organisasi. Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada konsep kepimpinan yang
efektif. Pelajar akan dapat menilai keperluan seseorang pemimpin terutama dalam mencorak
organisasi ke arah yang lebih baik dalam mengharungi persaingan globalisasi. Justeru itu,
perbincangan mengenai kepemimpinan dalam pengurusan organisasi mesti mengambilkira
kompleksiti perubahan dalam persekitaran dinamik.

2.0 OBJEKTIF KURSUS

2.1 Memahami konsep-konsep penting, tipologi dan taksonomi serta teori dan model
kepimpinan.
2.2 Memahami lokus kepemimpinan, ciri-ciri kepemimpinan dan stail
kepemimpinan
2.3 Memahami ciri-ciri pengikut dan situasi
2.4 Membezakan antara kepemimpinan, kuasa dan autoriti.
2.5 Mampu menganalisis peranan kepemimpinan dalam pengurusan organisasi.

3.0 PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini menyediakan modul yang mana para pelajar boleh menjadikannya sebagai rujukan
utama dalam proses pembelajaran. Pensyarah akan memberi kuliah pada setiap pertemuan
berdasarkan kepada kandungan modul ini, beserta dengan bahan-bahan tambahan dari luar
modul. Disebabkan waktu pertemuan adalah terlalu singkat, adalah mustahil bagi pensyarah
untuk memberi kuliah sepenuhnya dari modul ini. Walaubagaimanapun memandangkan
kebanyakan pelajar yang mengikuti program PLK ini telah mempunyai pengalaman kerja dalam
pelbagai organisasi, dan mungkin juga telah mengikuti beberapa program latihan yang
membincangkan isu serta tema yang sama, maka pengetahuan asas tentang bidang pengurusan
kerjaya ini mungkin telah ada di kalangan pelajar. Ini merupakan satu peluang dan kelebihan
sekiranya dibandingkan dengan pelajar-pelajar sepenuh masa yang kebanyakannya adalah
lepasan sekolah dan tiada pengalaman kerja.

Seperti kebanyakan matapelajaran lain di bawah program PLK ini, pelajar adalah diingatkan
agar tidak terlalu bergantung kepada modul yang disediakan semata-mata. Modul ini hanya
merupakan teori serta pengetahuan asas terhadap bidang ini. Para pelajar
GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

digalakkan supaya menambahkan pengetahuan melalui bahan-bahan bacaan tambahan seperti


yang dicadangkan untuk menguatkan lagi tahap serta penguasaan pembelajaran masing-masing.
Selain itu pelajar juga dinasihatkan supaya berbincang sesama sendiri serta cuba menjawab
soalan-soalan yang diberikan di dalam modul serta di penghujung setiap bab.

4.0 PENILAIAN KURSUS

Para pelajar akan dinilai seperti berikut:

40% Peperiksaan akhir

60% Lain-lain (seperti agihan berikut):

Tugasan Individu (30 %)

Peperiksaan pertengahan semester (20 %)

Kuiz (10 %)

5.0 TUGASAN

Hanya satu tugasan sahaja yang akan diberikan kepada pelajar iaitu pada pertemuan pertama.
Tugasan tersebut membawa 30% daripada peratusan markah keseluruhan. Pelajar adalah
diingatkan agar menepati tarikh akhir penghantaran tugasan tersebut. Bagi memudahkan
penyerahan tugasan, maka semua pelajar telah ditetapkan untuk menghantar sendiri tugasan
kepada pensyarah pada pertemuan ke - 4.

Peringatan: Sebarang kelewatan menyerahkan tugasan akan menyebabkan tugasan tidak akan
dilayan dan tidak diberikan sebarang markah.

6.0 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

Peperiksaan pertengahan semester akan diadakan pada pertemuan ke-3 yang merangkumi
Pelajaran 1 hingga 5. Peperiksaan tersebut menyumbang 20 peratus untuk gred keseluruhan.
Bentuk serta format soalan adalah seperti mana yang diguna pakai untuk pelajar sepenuh masa
iaitu soalan berbentuk struktur dan esei pendek. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan di
ruang yang disediakan di dalam kertas soalan.

7.0 PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER


GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan ke - 5. Pelajar akan dimaklumkan kemudian
berkenaan dengan tarikh, masa dan tempat peperiksaan. Peperiksaan ini akan meliputi semua
bab yang terdapat di dalam modul. Masa menjawab yang diperuntukkan adalah 2 jam 30 minit.
GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

8.0 RUJUKAN UTAMA

Modul GMGM3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam. UUM: Unit Pendidikan Jarak
Jauh

9.0 RUJUKAN TAMBAHAN

Avery,G.C.(2004).Understanding Leadership. London: SAGE Publications.

Ahmad Redzuwan Mohd.Yunus (2001). Demokrasi dan Kepimpinan Islam: Satu


Perbandingan. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn.Bhd.

Daft,R.L (2002) The Leadership Experience. Orlando: Harcourt Colleger Publishers.

Davar, R.S (1993). Creative Leadership. New Delhi: UBS Publishers’ Distributors Ltd.

DuBrin A.J(1978) Human Relations: A Job Oriented Approach: Virginia: Prentice Hall.

Graves, L.M (2003).Women and Men in Management. Thousand Oaks: SAGE Publication.

Quinn,R.E.,Faerman , S.R.,Thompson ,M.P & McGrath, M.R.(1996). Becoming a Master


Manager: A Competency Framework. New york: John Wiley & Sons,Inc.

Razali Mat Zin (1993). Kepimpinan Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Reece,B.L & Brandt, R.(1993). Effective Human Relations in Organizations. Boston: Houghton
Mifflin Company.

Wright,P.L. & Taylor, D.S (1984). Improving Leadership Performance: A Practical New
Approach to Leadership. Englewood Cliffs,NJ: Prentice Hall.

Yulk,G.(2002).Leadership in Organizations. New Jersey: Prentice Hall.

10.0 SENARAI TENAGA PENGAJAR


PENSYARAH TELEFON EMEL
Dr. Muslimin Wallang 019-5719770 muslimin@uum.edu.my
GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

11.0 KANDUNGAN KURSUS

Bil Tajuk

1 Pengenalan
Konsep Kepimpinan
Mengenali kepimpinan-takrif kepimpinan
Kenapa kempimpinan penting dalam organisasi pada hari ini?

2 Tipologi dan Taksonomi Kepimpinan


 Kepimpinan dari segi fungsi,peranan dan tingkahlaku
 Teori-teori dan Model-Model Kepimpinan.

3 Sifat-Sifat Peribadi Pemimpin.

Trait Kepimpinan
 Trait dan Skil Kepimpinan
 Kecekapan Kerja dan Kepimpinan

Rangka Rujuk dan Karisma Kepimpinan


 Kepimpinan Berasaskan nilai.
 Faktor Karisma dan Kepimpinan.

4 Kuasa dan Pengaruh.


 Kuasa,Pengaruh dan Kepimpinan
 Jenis-Jenis Pengaruh.
 Kepimpinan dan Pengagihan Kuasa.
 Autoriti, Tanggungjawab dan Kepimpinan.

5 Kepimpinan dan Transaksional dan Pengukuhan.


 Maksud Kepimpinan Transaksional.
 Kepimpinan dan Pengukuhan.
 Interaktif pemimpin-pengikut.
 Kegunaan dan Kesan Pengukuhan dalam Kepimpinan.
GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

6 Kepimpinan dan Pengurusan


 Tugas/pekerjaan pemimpin dan pengurus-pengurus.
 Kepimpinan Autokratik vs Kepimpinan Demokratik.
 Kepimpinan Direktif (mengarah)vs Kepimpinan Partisipatif
 Kepimpinan Orientasi Tugas vs Kepimpinan Orientasi Perhubungan (task
vs relations oriented leadership)
 Kepimpinan Laissez-Faire
 Struktur dan factor-faktor berkaitan bagi menerangkan kelakuan/gelagat
pemimpin dalam membuat keputusan.

7 Penyerdahanaan Keadaan (Situational moderators)


 Kepimpinan Persekitaran dan organisasi.
 Kepimpinan dan kumpulan kerja.
 Kepimpinan dan cabaran teknologi.
 Kepimpinan dan stress
 Rangkaian jaringan dan kepimpinan.
 Pemindahan dan penggantian kepimpinan.

8 Kepimpinan dan Pentadbiran dalam Organisasi Awam


 Kepimpinan dalam mengurus organisasi awam.
 Kepimpinan Eksekutif: konteks sosial dan politik.
 Kepimpinan peringkat kumpulan dan kumpulan kerja.

9 Isu-isu kepimpinan.
 Wanita dan kepimpinan.
 Kepimpinan dalam pelbagai budaya.
 Kepimpinan dari perspektif Islam.
 Penilaian prestasi kepimpinan.
 Meningkatkan kepimpinan melalui kajian kepimpinan.

12.0 JADUAL SESI PERTEMUAN, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER


DAN PEPERIKSAAN AKHIR

Tarikh/Tempat Pertemuan Modul Tempoh


 Penerangan
UUM Pertemuan I keseluruhan kursus 4 jam
 Perbincangan bab 1,2

UUM Pertemuan 2  Perbincangan bab 3, 4 & 5 4 jam


GMGM 3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam

 PEPERIKSAAN 2 jam
UUM PERTENGAHAN
Pertemuan 3 SEMESTER

 Perbincangan bab 6 & 7 2 jam

 Perbincangan bab 8 & 9


UUM Pertemuan 4  Penyerahan tugasan 4 jam

UUM Pertemuan 5 PEPERIKSAAN AKHIR 2 1/2


jam

13.0 SOALAN TUGASAN INDIVIDU

Organisasi di seluruh dunia dengan segera berusaha merancang pengurusan komunikasi sebaik
berlaku penularan coronavirus atau COVID-19. Peranan seorang pemimpin amat diperlukan
bagi memastikan setiap arahan dan proses komunikasi berjalan dengan baik di semua peringkat
di dalam organisasi. Tindakan ini bukan sahaja akan mengurangkan risiko kepada organisasi
tetapi turut membantu di dalam mengekalkan prestasi dan mutu organisasi untuk terus berdaya
saing.

Berdasarkan kenyataan di atas, bincangkan peranan dan tindakan pemimpin khususnya di


dalam pengurusan komunikasi.

Panduan Tugasan :-

1. Pelajar perlu merujuk sekurang-kurangnya LIMA (5) bahan bacaan tidak termasuk modul
dalam menyediakan tugasan.
2. Tugasan yang menggunakan modul sebagai bahan rujukan utama akan menyebabkan
pemberian markah yang rendah
3. Pelajar digalakkan mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari ke dalam tugasan.
4. Hanya APA Format sahaja yang diterima bagi sistem rujukan.
5. Panjang esei adalah antara 15-20 mukasurat. Jenis Font – Times New Roman, saiz 12 dan
1.5 spacing.
6. Semua tugasan perlu dihantar pada pertemuan KEEMPAT. Kelewatan
menghantar tugasan akan dikenakan penalti.

Anda mungkin juga menyukai