Anda di halaman 1dari 8

BPMM1013 PENGANTAR PEMASARAN Tugasan Projek Individu

Abdul Hafiz Bin Abdul Halim (283701)

IDEA PEMASARAN PRODUK SEJUK BEKU

TAUHU BERGEDIL AA

RINGKASAN EKSEKUTIF

Tauhu Bergedil AA atau nama penuhnya Tauhu Bergedil Abang Adik adalah sebuah
produk keluaran Abdul Hafiz Abdul Abdul Halim, yang merupakan seorang pemilik
syarikat perusahaan kecil dan sederhana yang didaftarkan dengan nama TIBAA
Enterprise. Dimulakan secara kecil-kecilan dari rumah dengan mengambil pesanan
daripada rakan-rakan sekerja dan jiran, kini perusahaan ini semakin mula dikenali, Bagi
meningkatkan lagi pendapatan, kami ingin mula memasarkan produk dengan lebih
meluas dan membuka peluang perniagaan secara franchise kepada orang ramai yang
ingin menambahkan pendapatan sampingan. Kami berharap usaha ini dapat membantu
dalam memulihkan situasi ekonomi yang teruk terjejas akibat pandemik Covid-19 yang
melanda negara.

1. PENGENALAN
Tauhu bergedil mula popular sekitar tahun 2017 apabila ia ditularkan sebagai
makanan ringan yang sedap dan mudah untuk dimasak. Hidangan ini sebenarnya
merupakan hasil gabungan masakan Cina dan Jawa yang diinovasikan dengan
menyumbatkan bergedil daging ke dalam tauhu kering yang kemudiannya digoreng
garing.
Bergedil atau perkedel adalah makanan khas Indonesia yang diperbuat daripada
kentang yang telah digoreng atau direbus sebelum dilumatkan, kemudiannya
dicampur dengan isi daging ayam atau lembu yang dicincang, hirisan daun bawang,
dan serbuk perasa. Ia seterusnya dibentukkan menjadi bulat sebelum dicelupkan ke
dalam telur dan digoreng. Bagi menghasilkan Tauhu Bergedil, tauhu kering yang
dilubangkan digunakan dengan memasukkan campuran kentang yang dilumatkan
dan diberi perasa tadi ke dalamnya, kemudian dicelup ke dalam telur dan digoreng
hingga garing.
Hidangan ringkas ini enak dinikmati pada bila-bila masa, terutamanya ketika minum
petang disebabkan rasanya yang rangup di luar serta enak bersama isi daging dan
ayam di dalamnya. Selain keenakan tauhu, sambal kicap turut memainkan peranan

1
BPMM1013 PENGANTAR PEMASARAN Tugasan Projek Individu
Abdul Hafiz Bin Abdul Halim (283701)

penting. Rasa masin, manis dan pedas yang seimbang sangat penting dalam
menghasilkan sambal kicap yang akan membangkitkan selera penggemar tauhu
bergedil.
Walaupun kedengaran agak mudah untuk menyediakan bahan dan memasak
hidangan ini, namun atas dasar kesibukan menjadikan ia agak renyah dan
mengambil masa yang lama. Oleh itu, TIBAA Enterprise berhasrat untuk membantu
orang ramai dengan menyediakan perkhidmatan menjual tauhu bergedil sejuk beku
bagi menjimatkan masa dan boleh menikmati hidangan ini pada bila-bila masa.
2. OBJEKTIF/TUJUAN KERTAS KERJA
Tujuan kertas kerja konsep ini disediakan adalah untuk memperkenalkan produk
serta membentangkan perancangan dan strategi pemasaran dan pengedaran
Tauhu Bergedil AA. Pada masa yang sama menjelaskan strategi penetapan harga
dan justifikasi yang digunakan dalam menetapkan harga jualan.
3. LATAR BELAKANG
a. Perniagaan

Nama Perniagaan / Syarikat : TIBAA Enterprise


No. Pendaftaran : TBA
Tarikh Pendaftaran : TBA
Alamat Berdaftar : TBA
Alamat Operasi : TBA
Aktiviti Perniagaan : Menjual produk makanan sejuk beku
Status Pemilikan : Persendirian

b. Pemilik

Nama : Abdul Hafiz Bin Abdul Halim


No. Kad Pengenalan : 931119-14-5431
Umur : 29
Alamat : 41-3, Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

2
BPMM1013 PENGANTAR PEMASARAN Tugasan Projek Individu
Abdul Hafiz Bin Abdul Halim (283701)

Bangsa/Agama : Melayu / Islam


Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Jawatan : CEO

4. CIRI-CIRI PRODUK
a. Komponen Utama Produk
i. Kentang
ii. Daging Ayam
iii. Daging Lembu
iv. Serbuk Perasa
v. Tauhu Kering
vi. Telur
vii. Sambal Kicap Pedas
viii. Daun Bawang
ix. Cili Padi
x. Bawang Goreng
b. Klasifikasi Produk
i. Tauhu Bergedil Daging
ii. Tauhu Bergedil Ayam
iii. Tauhu Bergedil Frozen
iv. Tauhu Bergedil Panas
c. Identiti Produk
Produk kami boleh dikenalpasti melalui logo yang ditampalkan pada bekas
plastic lutsinar yang digunakan untuk membungkus produk.

3
BPMM1013 PENGANTAR PEMASARAN Tugasan Projek Individu
Abdul Hafiz Bin Abdul Halim (283701)

Produk kami dipasarkan dalam dua pilihan, iaitu siap masak dan sejuk beku
atau frozen. Bagi produk sedia dimakan, terdapat dua (2) pilihan saiz iaitu
INDIVIDU dan PARTY. Contohnya:

Pek INDIVIDU (5 biji)

4
BPMM1013 PENGANTAR PEMASARAN Tugasan Projek Individu
Abdul Hafiz Bin Abdul Halim (283701)

Pek PARTY (27 biji)


Manakala bagi Tauhu Bergedil Frozen pula, hanya dating dalam satu saiz
sahaja dan dibungkus di dalam bekas lutsinar seperti di bawah:

Pek Frozen (20 biji)


5. PEMASARAN
a. Strategi Promosi
i. Pengiklanan
- Difokuskan sebagai mekanisma utama untuk memperkenalkan
produk. Terutamanya di dalam media sosial utama seperti
Facebook, Twitter, Instagram dan Tiktok.

5
BPMM1013 PENGANTAR PEMASARAN Tugasan Projek Individu
Abdul Hafiz Bin Abdul Halim (283701)

- Melalui pengedar dan ejen berdaftar yang turut


dipertanggungjawabkan untuk memperkenalkan produk
- Hearsay orang sekeliling
- Pengedaran risalah secara dalam talian dan luar talian.
ii. Promosi Jualan
- Kad kupon diberikan untuk membolehkan pelanggan
mengumpul mata untuk mendapatkan potongan harga atau
produk percuma.
- Potongan harga khas untuk ejen dan pengedar berdaftar
iii. Pemberian Sampel Produk
- Memberikan sampel produk kepada kenalan untuk dicuba.
- Memberikan sampel produk kepada pelanggan yang membeli
untuk menarik minat membeli.
iv. Penyediaan Pek Siap Dimakan
- Menyediakan pilihan siap dimasak kepada pelanggan dalam 2
pilihan saiz hidangan – INDIVIDU dan PARTY
b. Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran ditetapkan selepas kajian dilakukan berpandukan
segmentasi pasaran. Dalam menetapkan sasaran segmentasi berikut
digunakan:
i. Geografik
- Masyarakat yang berada di sekitar Lembah Klang dan Selangor
serta kawasan berhampiran.
ii. Demografik
- Menyasarkan kesemua golongan dari seluruh peringkat, tanpa
mengira umur, jantina, kaum, status dan sebagainya.
c. Strategi Penetapan Harga

Jenis Tauhu Jumlah Harga Harga


Bergedil Ketul Jualan Pengedar/Ejen
(RM) (RM)
Individu 5 6 -

6
BPMM1013 PENGANTAR PEMASARAN Tugasan Projek Individu
Abdul Hafiz Bin Abdul Halim (283701)

Party 27 25 -
Frozen 20 15 10

Penetapan harga dibuat setelah mengambil kira kos pengeluaran iaitu modal
dan masa serta tenaga yang digunakan untuk menghasilkan produk. Harga
pasaran daripada pesaing juga turut dilihat dan dipertimbangkan bagi
mendapatkan satu penetapan harga yang paling sesuai untuk produk kami.
Harga yang telah ditetapkan di atas adalah berpatutan dengan pesaing dan
hamper sama sebenarnya. Ini secara tidak langsung membantu Tauhu
Bergedil AA untuk lebih berdaya saing. Kami juga memberikan fokus yang
lebih dalam penghalusan resepi sambal kicap supaya ia mampu menjadi nilai
tambah yang akan membantu untuk lebih menonjol dalam pasaran.
Pada masa sama, kami turut menyediakan program bagi pelanggan setia
dengan memberikan kupon yang boleh digunakan untuk mendapatkan
potongan harga pada pembelian yang seterusnya.
6. PENGEDARAN
a. Saluran Pengedaran
i. Pengedaran secara langsung tanpa pengantara
ii. Pengedaran secara tidak langsung melalui pengantara

Pengantara yang dimaksudkan di sini ialah ejen, pengedar, stokis dan


sebagainya.

b. Strategi Pengedaran
i. Menyediakan dan mengeluarkan barang akhir kepada pengguna akhir
secara langsung
ii. Menggunakan orang tengah dalam proses penghantaran agar produk
boleh sampai secepat mungkin kepada pengguna
iii. Mewujudkan pasukan ejen dan stokis untuk membantu memasarkan
dan mengedar produk kepada pengguna di kawasan masing-masing
untuk meluaskan pasaran dan meningkatkan kesedaran produk

7
BPMM1013 PENGANTAR PEMASARAN Tugasan Projek Individu
Abdul Hafiz Bin Abdul Halim (283701)

iv. Menggunakan pasukan ejen dan stokis untuk tujuan pengiklanan


produk bagi meningkatkan kesedaran jenama

Anda mungkin juga menyukai