Anda di halaman 1dari 16

SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA Nurulasikin Binti Amran (284153)

Tugasan Individu 1

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Mukasurat


1 1.0 Pengenalan 1
2 2.0 Apa Itu Isu Sosial? 2
2.1. Kriteria Isu Sosial
3 3.0 Faktor-faktor Pembentukan Isu Sosial 3
4 4.0 Isu-isu Sosial di Malaysia 5
4.1. Penyalahgunaan Dadah
4.2. Jenayah Seksual
4.3. Pengangguran
5 5.0 Kesan-kesan Isu Sosial 7
5.1. Kemiskinan
5.2. Ketidaksamaan Sosial
5.3. Remaja Liar
5.4. Pendidikan Tidak Sama Rata
6 6.0 Cadangan Tindakan
6.1. Institusi Keluarga 9
6.2. Institusi Pendidikan
6.3. Masyarakat
6.4. Kerajaan
7 7.0 Kesimpulan 12
8 Rujukan 13

i
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA Nurulasikin Binti Amran (284153)
Tugasan Individu 1

1.0 Pengenalan
Kenegaraan adalah sebuah keterangan tentang kedaulatan dan kebangsaan sesebuah negara
merangkumi aspek-aspek kewilayahan, kerakyatan, sistem politik, dan sistem undang-
undangnya berlatarkan sejarah dan undang-undang tertinggi (Husain, 2018). Ringkasnya,
kenegaraan merupakan suatu perkara yang sangat penting dan mempunyai kaitan yang rapat
antara rakyat, budaya, politik, ekonomi dan juga sejarah bagi sesebuah negara. Subjek
Kenegaraan Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk mengajar akan hal-ehwal negara bagi
melahirkan warganegara yang berkualiti dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri,
keluarga, masyarakat dan negara. Umumnya, matlamat pengajian kursus Kenegaraan
Malaysia sebagai sebuah bidang adalah untuk melahirkan warganegara yang baik dan
bertanggungjawab dalam usaha untuk membentuk sebuah negara dengan bangsa yang
bersatu-padu dan dihormati di mata dunia. Ia juga dapat membantu membentuk jati diri yang
membanggakan masyarakat dan menyemarakkan lagi semangat patriotisme di kalangan
pelajar.
Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang majmuk dengan suasana budayanya yang
kompleks mengukuhkan lagi betapa pentingnya untuk memupuk semangat patriotisme dan
kesetiaan di kalangan generasi baru negara ini, serta perlu dikukuhkan dari masa ke semasa
kerana terpisah dengan gaya dan cara hidup yang berbeza. Ini menyebabkan munculnya
halangan untuk perpaduan dan integrasi kaum, seterusnya mengurangkan semangat cintakan
negara.
Kehadiran Pandemik COVID-19 pada tahun 2020 yang masih berlarutan hingga kini juga
telah menyebabkan halangan dan jurang antara kaum dan perbezaan gaya hidup semakin
besar dan jelas. Ia telah memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan dan mata
pencarian di Malaysia terutamanya untuk kumpulan yang terdedah seperti isi rumah
berpendapatan rendah, kanak-kanak dan orang muda, wanita, pekerja berkemahiran rendah,
pekerja sambilan atau sementara, dan mereka yang bekerja sendiri. Ini telah menyebabkan
ketegangan dan rakyat mula terdesak, secara langsung menyebabkan peningkatan isu dan isu
sosial dalam masyarakat. Hal ini telah menjejaskan ikatan perpaduan dan kesatuan di
kalangan rakyat yang merupakan elemen-elemen penting dalam pembangunan negara
bangsa.

1
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA Nurulasikin Binti Amran (284153)
Tugasan Individu 1

Oleh itu, dalam tugasan Kenegaraan Malaysia kali ini akan membincangkan isu-isu sosial
yang wujud dalam negara, punca, kesan dan juga cadangan langkah yang boleh diambil
untuk mengembalikan dan mengukuhkan perpaduan antara rakyat negara Malaysia.

2
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA Nurulasikin Binti Amran (284153)
Tugasan Individu 1

2.0 Apa Itu Isu Sosial?


Secara umumnya, isu sosial dijelaskan sebagai satu keadaan yang tidak diingini tetapi wujud
dalam masyarakat dan mengganggu ketenteraman. Definisi isu sosial yang lain ialah
ketidaksepadanan antara unsur budaya atau masyarakat yang membahayakan nyawa
kumpulan sosial. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan isu sosial, termasuk
faktor biologi, ekonomi, psikologi, geografi, demografi, dan budaya. (Colander & Hunt,
2019)
Isu sosial timbul akibat perbezaan yang ketara antara nilai dalam masyarakat dan realiti yang
sedia ada. Sumber utama masalah sosial biasanya dalam bentuk proses sosial dalam
masyarakat. Apabila proses sosial memberi kesan negatif kepada kehidupan manusia, proses
sosial telah bertukar menjadi isu sosial.
2.1 Kriteria Isu Sosial
Terdapat 5 kriteria yang boleh dilihat untuk menentukan samada proses sosial dalam
sesebuah masyarakat telah menjadi isu sosial iaitu gejala, sumber, pihak yang
menentukan, sifat, dan perhatian umum. (Marvasti, 2017)
i. Gejala – Isu yang timbul adalah berbeza antara kelompok komuniti yang ada
kerana pegangan nilai dan amalan yang berbeza. Contohnya penerimaan
pemakaian bikini di Malaysia dan negara Barat seperti Amerika Syarikat.
ii. Sumber – Keadaan dan proses sosial dalam masyarakat serta bencana alam
berkemungkinan menjadi sumber isu sosial muncul.
iii. Pihak yang menentukan – Menentukan samada sesebuah perkara itu dianggap
sebagai norma atau “common-sense” dalam sesebuah masyarakat mengenai
sesuatu isu atau tidak
iv. Sifat – Menentukan samada isu tersebut disedari umum atau tidak disedari
umum.
v. Perhatian umum – Sama ada ia menarik perhatian masyarakat atau tidak. Ini
kerana tidak semua perkara atau aktiviti sosial yang menjadi perhatian dalam
masyarakat merupakan isu sosial yang perlu dibimbangkan.

3
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA Nurulasikin Binti Amran (284153)
Tugasan Individu 1

3.0 Faktor-faktor Pembentukan Isu Sosial


Isu sosial tidak dialu-alukan dalam mana-mana masyarakat. Ia menimbulkan masalah
ketidakharmonian dan penyelewengan serta menjejaskan perpaduan antara kaum. Semestinya
masalah sebegini timbul disebabkan beberapa faktor yang kemudiannya berubah menjadi
masalah sosial yang berkembang dalam masyarakat dan berisiko menyebabkan perpecahan
dalam kumpulan masyarakat. Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya
masalah sosial. (Linders & Wright II, 2015)
i. Ekonomi
Faktor ekonomi disebut juga faktor apabila terdapat masyarakat atau individu yang
tidak mampu memenuhi keperluan hidupnya secara memadai terutama dari segi
material. Masalah ekonomi ini tidak lagi dianggap sebagai keadaan kekurangan
dalam pemenuhan keperluan ekonomi, tetapi juga dalam peraturan, pengagihan dan
pengeluaran yang menjejaskan keadaan ekonomi negara dan seterusnya memberi
kesan kepada kesejahteraan hidup masyarakat yang adil dan saksama.
ii. Keadaan Sosial
Faktor sosial yang menjadi masalah ekonomi ialah keadaan ketidakseimbangan sosial
yang wujud dalam masyarakat dan seterusnya menjadi perbezaan yang amat ketara.
Fenomena ini berlaku di hampir semua negara di dunia. Lazimnya, masalah faktor
sosial menjadi punca kepada ketidaksamaan sosial, salah satunya adalah kemiskinan
dan kekurangan peluang pekerjaan.
iii. Budaya
Faktor budaya biasanya disebabkan oleh jurang dalam pelaksanaan norma sosial, nilai
dan minat dalam model masyarakat yang heterogen atau berbilang kaum
(multicultural). Contoh faktor budaya yang biasa berlaku termasuklah: kenakalan
juvana, konflik antara etnik, diskriminasi, jantina, perkahwinan awal, perceraian,
eksploitasi alam sekitar. Dalam hal ini, budaya memainkan peranan yang sangat
penting dari segi isu sosial kerana budaya yang berkembang sebenarnya memainkan
peranan dalam isu sosial. Kemunculan pelbagai budaya asing dilihat sebagai budaya
baru yang sebenarnya menembusi dan mendorong manusia untuk berkelakuan tidak
terkawal dan menerapkan budaya yang tidak diharapkan oleh masyarakat
keseluruhannya.

4
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA Nurulasikin Binti Amran (284153)
Tugasan Individu 1

iv. Psikologi
Faktor masalah sosial seterusnya ialah faktor psikologi. Faktor psikologi ialah isu
yang berkaitan dengan keadaan minda masyarakat atau individu tertentu yang
bersilang dengan susunan kehidupan sosial. Contoh masalah yang timbul dari faktor
psikologi biasanya adalah pemahaman tentang penyelewengan ajaran agama yang
jika diamati secara terperinci, tidak masuk akal dan kemunculan raja-raja palsu, serta
kemunculan gerakan pemisah anti-kerajaan.
v. Biologi
Faktor biologi adalah masalah sosial yang timbul akibat keadaan persekitaran yang
tidak sesuai yang boleh menyebabkan ketidakstabilan dalam keadaan biologi
masyarakat. Contoh faktor biologi ini berlaku pada masa kini dan sangat relevan iaitu
berlakunya pandemik Covid-19 dan masih berlanjutan sehingga ke hari ini.
vi. Teknologi
Kemajuan dalam teknologi dianggap sebagai perkara yang luar biasa dan menjadikan
banyak kerja lebih mudah. Namun, teknologi tidak semestinya memberi manfaat
kepada semua pihak. Kemudahan teknologi sebenarnya boleh mencetuskan isu sosial
terutamanya bagi mereka yang hidupnya bergantung kepada perkara manual atau
ketinggalan zaman. Contoh terdekat hari ini ialah kemudahan memesan makanan
seperti Foodpanda, ShopeeFood dan GrabFood atau perkhidmatan e-hailing sebagai
pengangkutan awam baharu menggunakan aplikasi telefon. Bagi masyarakat umum
dan juga bagi mereka yang terlibat dalam operasi, teknologi ini pasti akan
memudahkan urusan. Namun, ia menjadi masalah kepada yang tidak tahu
menggunakan aplikasi dan pemandu dan pemilik perkhidmatan pengangkutan lain,
serta peniaga kecil yang menjual makanan di tepi jalan.

5
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA Nurulasikin Binti Amran (284153)
Tugasan Individu 1

4.0 Isu-isu Sosial di Malaysia


Isu sosial yang wujud menjadi masalah dan akan menjejaskan perpaduan dan keharmonian
dalam masyarakat sememangnya menjadi penghalang kepada pembangunan dan
perkembangan sesebuah negara itu sendiri. Di Malaysia, walaupun pelbagai langkah pernah
diambil bagi membendung masalah ini namun ia masih terus menghantui dan mengancam
kehidupan masyarakat hingga kini. Antara utama ialah penyalahgunaan dadah, jenayah
seksual, pengangguran dan pelacuran.
4.1 Penyalahgunaan Dadah
Masalah penyalahgunaan dadah terutamanya di kawasan bandar merupakan salah
satu isu sosial yang menjadi kebimbangan negara sejak dahulu lagi. Ia berlaku kerana
wujudnya konflik dalam diri seseorang sehingga ia kehilangan pegangan hidup dan
akhirnya terjerumus ke dalam kegiatan yang merosakkan diri sendiri ini. Selain
mendatangkan kemudaratan kepada fizikal, mental emosi dan tingkahlaku,
hakikatnya, masalah penyalahgunaan dadah ini adalah berkait rapat dengan
peningkatan jenayah dalam masyarakat. Bukan hanya terjadi kepada golongan
dewasa tetapi turut berlaki di kalangan remaja yang masih bersekolah. Pembimbing
Rakan Sebaya AADK Gombak, Rohaizan Suhaili berkata, faktor berlakunya
penyalahgunaan dadah antaranya adalah disebabkan tekanan yang dihadapi seperti
masalah peribadi, keluarga dan kerja (Sinar Harian Online, 2021). Untuk mencari
ketenangan dan penyelesaian mudah, dadah digunakan tanpa memikirkan kesannya.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca kerana tekanan untuk diterima
oleh rakan.
4.2 Jenayah Seksual
Jenayah seksual ialah segala jenayah yang melibatkan hubungan seksual atau
sebarang perbuatan seksual yang lain. Secara definisinya, ia bermaksud sebarang
perbuatan seksual yang ditujukan kepada orang lain, tanpa persetujuan orang itu,
termasuk keadaan apabila orang itu tidak dapat memberi kebenaran (Law Insider,
n.d.). Jenayah yang berkaitan ialah rogol, penderaan/keganasan seksual, gangguan
seksual, sumbang mahram, dan juga eksploitasi seksual (pelacuran) terutamanya
terhadap wanita dan kanak-kanak. Melalui kenyataan media sempena Hari
Antarabangsa Bagi Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita 2020 oleh Wanita

6
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA Nurulasikin Binti Amran (284153)
Tugasan Individu 1

IKRAM Malaysia, Statistik terkini PDRM iaitu pada Januari hingga November 2019
mempamerkan 4,963 kes melibatkan penderaan seksual terhadap wanita. Timbalan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Siti Zailah Mohd Yusoff
berkata sehingga 2019, sejumlah 1,721 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak
direkodkan dalam tempoh Januari hingga 30 Jun. Beliau berkata, kes rogol mencatat
jumlah paling tinggi dengan 651 kes; cabul 344 kes; sumbang mahram 106 kes; luar
tabii 106 kes; dan kesalahan di bawah Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-
Kanak 2017 (Akta 792) sebanyak 514 kes (Bernama, 2020). Ketua Penolong
Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11),
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan
berkata, pihaknya menerima 2,010 kes jenayah seksual membabitkan kedua-dua
golongan itu pada 2018, manakala 2,297 kes direkodkan pada 2019 dan 2,590 kes
pada tahun 2020. Menurutnya, angka itu menunjukkan peningkatan kes jenayah
seksual kepada remaja dan kanak-kanak terus meningkat walaupun ketika negara
dilanda pandemik covid-19 bermula awal tahun 2020. (Nurul Hidayah Bahaudin,
2021)
4.3 Pengangguran
Bagi sesebuah negara jumlah guna tenaga dan kadar pengangguran merupakan salah
satu utama yang perlu diberi perhatian kerana ia menentukan prestasi pertumbuhan
negara. Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa atau International Labour
Organisation (ILO) negara dengan kadar pengangguran yang rendah di bawah 4%
dikatakan mempunyai pertumbuhan yang mampan dengan guna tenaga penuh, jika
tidak ia bermakna pembaziran sumber manusia telah berlaku . Disebabkan pandemik
Covid-19, kadar peratusan pengangguran Malaysia pada tahun 2020 ialah 4.8%
berbanding 3.3% tahun sebelumnya (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020). Walaupun
begitu, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ia mula
menunjukkan pengurangan kepada 4.5% membabitkan 729,600 penganggur pada
September 2021 setelah mencatatkan 4.6% pada Ogos sebelumnya. Selain
memberikan impak langsung kepada pertumbuhan dan ekonomi negara,
pengangguran turut mempengaruhi masyarakat selain individu itu sendiri. Apabila
kehilangan sumber pendapatan, seseorang akan mula mengalami tekanan dan

7
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA Nurulasikin Binti Amran (284153)
Tugasan Individu 1

akhirnya akan bertindak luar kawalan seperti melakukan jenayah dan mengganggu
ketenteraman awam.

8
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA Nurulasikin Binti Amran (284153)
Tugasan Individu 1

5.0 Kesan-kesan Isu Sosial


5.1 Kemiskinan
Kadar kemiskinan semakin meningkat. Kemiskinan merupakan suatu keadaan dimana
terjadi ketidakmampuan untuk memenuhi keperluan asas, seperti makanan, pakaian,
tempat tinggal, dan kesihatan. Ia berpunca daripada kekurangan kelengakapan asas
atau tidak mempunyai akses untuk pendidikan dan juga pekerjaan. Kemiskinan juga
merupakan punca masalah sosial dan berkait rapat dengan masalah ekonomi. Jika
dibiarkan atau kurang diambil perhatian, ia boleh menyebabkan peningkatan kadar
jenayah kemiskinan seperti pecah rumah, ragut, mencuri dan sebagainya. Kemiskinan
juga merupakan sebuah masalah sosial di mana ia secara jelas menunjukkan jurang
kehidupan dalam masyarakat yang akhirnya menyebabkan ketegangan dan
menyebabkan perpaduan kian rapuh kerana perbezaan taraf hidup.
5.2 Ketidaksamaan Sosial
Ketidaksamaan sosial adalah keadaan di mana terdapat ketidakseimbangan sosial
yang berlaku dalam masyarakat yang kemudiannya menjadi perbezaan yang ketara.
Biasanya, ketidaksamaan sosial berlaku antara yang kaya dan miskin, pegawai dan
rakyat biasa, dan sebagainya. Faktor ketidaksamaan sosial umumnya berlaku kerana
kemiskinan dan kekurangan peluang pekerjaan. Ketidaksamaan sosial juga
merupakan masalah sosial kerana ia menyebabkan kecemburuan sosial yang boleh
meletup menjadi konflik sosial. Ini ditambah dengan perbezaan kualiti kemudahan
yang boleh diakses oleh golongan orang berada berbanding dengan golongan
marhain. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati, kurang senang dan cemburu
antara satu sama lain di kalangan masyarakat yang akhirnya akan menyebabkan
stigma dalam masyarakat dan lebih parah apabila muncul sentiment-sentimen berbaur
fitnah dan perkauman. Perkara sebegini akan melemahkan perpaduan yang telah
dipupuk sekian lama dan akan menyebabkan negara tidak dapat berkembang dan
membangun mengikut arus dunia.
5.3 Remaja liar
Akibat daripada masalah sosial, wujud satu bentuk pengabaian sosial yang akhirnya
menyebabkan tingkah laku devian di kalangan remaja dan kanak-kanak. Kenakalan
remaja boleh merangkumi semua tingkah laku yang menyimpang daripada norma

9
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA Nurulasikin Binti Amran (284153)
Tugasan Individu 1

masyarakat yang lazim, berlakunya pelanggaran sama ada dari segi budaya dan
jenayah. Kebiasaannya kes kenakalan juvana termasuk lari dari rumah, ponteng
sekolah, merokok, minum arak, lumba haram dan sebagainya. Lebih menyedihkan
lagi kes seks pra-perkahwinan di kalangan remaja, pembuangan bayi dan sebagainya
akan lebih berleluasa kerana kurang diberi perhatian yang sewajarnya melalui
pencegahan awal.
Kes kenakalan remaja biasanya disebabkan oleh ketidakmatangan emosi remaja yang
dicirikan oleh penilaian situasi kritikal terhadap keyakinan diri dan keupayaan diri
dalam mengambil sikap, bertindak, dan sebagainya. Kes kenakalan juvana yang
merupakan masalah sosial dianggap sebagai kegagalan institusi keluarga dalam
memenuhi tugas mendidik. Sesetengah remaja gagal mengembangkan kawalan
kendiri yang dimiliki oleh remaja lain yang seusia mereka semasa meningkat dewasa.
5.4 Pendidikan tidak sama rata
Berlakunya pendidikan yang tidak sama rata mencetuskan masalah sosial kerana ia
merupakan salah satu impak negatif kepada negara. Pengagihan pendidikan yang
tidak sama rata boleh mencetuskan kejahilan global. Sebagai contoh, ketika masih
ada remaja dan kanak-kanak yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan dan
tidak pernah bersekolah. Selain itu, sistem pengagihan pendidikan yang lemah juga
menjadi punca kualiti sumber manusia di Malaysia masih rendah. Ini berlaku kerana
masih ramai orang bijak tetapi kurang bernasib baik dan terpencil dari segi geografi
dan taraf hidup sehingga mereka tidak dapat mencapai pendidikan dan sukar
mendapat akses kepada pendidikan yang sewajarnya. Berbanding dengan yang
berkemampuan, mereka boleh memanfaatkan kekayaan dengan menghantar anak-
anak ke institusi swasta walaupun tidak cemerlang dan berpeluang untuk
menggenggam ijazah.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan atau kegagalan sesebuah negara
ditentukan oleh kualiti pendidikan dan kualiti sumber manusia. Jika sesebuah negara
ingin maju, ia mesti mempunyai sumber manusia yang berkualiti dan semua itu boleh
dicapai apabila tahap pendidikan negara itu tinggi.

10
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA Nurulasikin Binti Amran (284153)
Tugasan Individu 1

6.0 Cadangan Tindakan


Pembinaan negara bangsa memerlukan kesatuan dan kesepaduan rakyat, apatah lagi dalam
konteks keunikan Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya.
Islam melihat masalah sosial adalah masalah yang berkaitan dengan komuniti manusia itu
sendiri. Masalah yang timbul dalam masyarakat boleh dikatakan berpunca dari manusia itu
sendiri. Oleh itu Islam melihat, masalah yang berlaku ini tidak boleh diselesaikan kecuali
diselesaikan masalah manusia sebagai insan itu sendiri melalui kerjasama semua pihak.
6.1 Institusi Keluarga
Dalam keadaan peraturan dan kuatkuasa undang-undang begitu longgar terhadap
masalah sosial, institusi keluarga merupakan benteng pertahanan yang berperanan
membendung perkara ini daripada terus berlaku. Ibu bapa sebagai benteng pertama
dalam menangani masalah ini perlulah lebih peka dengan keadaaan anak-anak; fizikal
dan mental dan aktiviti sosial mereka dan bukan menyerahkannya kepada pihak lain
seperti pengasuh dan institusi pendidikan sahaja (Amira Syamimi Azman, 2001).
Teladan yang baik perlu ditunjukkan agar mampu menjadi model yang baik untuk
mereka. Penggunaan internet di rumah juga hendaklah berasaskan jadual yang baik
dan sentiasa dalam kawalan. Program di televisyen hendaklah ditonton secara terarah.
Pendidikan Agama yang juga perlu dipandang serius kerana didikan sempurna
mampu membentuk akhlak yang terpuji.
6.2 Institusi Pendidikan
Penerapan nilai perlu dilakukan sejak bangku sekolah lagi. Kanak-kanak perlu dididik
mengenai nilai moral yang baik dan dijelaskan mengenai akibat kepada diri sendiri
dan keluarga jika nilai yang baik tidak diamalkan. Sekolah boleh mengadakan
kempen-kempen dan aktiviti di kelas yang menarik dan sesuai dengan peringkat umur
dan pemahaman kanak-kanak agar ia tidak sia-sia. Lumrah kanak-kanak, hanya
berdiam diri dan cuba bersembunyi jika sesuatu yang buruk terjadi kepada mereka.
Oleh itu, pihak sekolah; guru kelas terutamanya perlulah peka dengan perubahan
yang berlaku pada kanak-kanak. Ia boleh dilakukan secara berperingkat atau berkala
kerana hakikat jumlah pelajar yang ramai dalam satu kelas pada satu masa.
Di peringkat pengajian tinggi pula, perkhidmatan kaunseling perlu disediakan dan
pihak kolej/universiti perlu memastikan setiap pelajar sedar akan kewujudan

11
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA Nurulasikin Binti Amran (284153)
Tugasan Individu 1

perkhidmatan ini. Ia perlu diwujudkan untuk membantu pelajar menangani isu-isu


penyesuaian seperti akademik, peribadi, dan sosial serta masalah psikososial yang
memerlukan intervensi kaunseling klinikal. Selain turut bertindak sebagai penasihat
kerjaya untuk membimbing pelajar bagi membuat keputusan yang bijak dan
bersesuaian dengan matlamat yang ingin dicapai. Pihak universiti juga perlu
memastikan pakar yang dipertanggungjawabkan adalah mereka yang berpengetahuan,
berpengalaman dan mampu mendengar luahan tanpa menghakimi.
6.3 Masyarakat
Masa masih belum terlambat jika semua pihak serius melihat masalah sosial dalam
komuniti sebagai masalah bersama. Masyarakat merupakan jentera utama untuk
menggerakkan kekuatan dalam menghadapi segala kepincangan sosial yang ada.
Setiap anggota masyarakat perlu menjadi lebih prihatin dan bertindak secara proaktif
sebagai mata dan telinga terhadap keadaan sekeliling terutamanya terhadap anak
muda kita. Laporkan kepada ibubapa mereka atau pihak polis sekiranya ternampak
mereka berkumpul dalam keadaaan yang mencurigakan. Aktiviti yang dapat
mengeratkan hubungan kemasyarakatan seperti hari keluarga atau gotong-royong
perlu kerap diadakan. Ini dapat memberikan peluang untuk berkenalan sesama sendiri
dan mewujudkan rasa hormat apabila hubungan silaturrahim semakin erat.
Masyarakat juga perlu menghentikan kebiasaan/amalan dan mentaliti buruk seperti
menyisihkan mereka yang dianggap bermasalah. Bantuan dalam bentuk nasihat,
cadangan mahupun kewangan seharusnya diberikan kepada golongan ini dan jika
terus disisihkan, masalah akan menjadi semakin buruk dan akhirnya akan
memudaratkan kelompok masyarakat itu sendiri.
6.4 Kerajaan
Dalam usaha menangani isu sosial yang wujud, langkah yang menyeluruh dan lebih
berkesan dalam menangani masalah yang timbul. Satu jawatankuasa khas sebagai
satu mekanisme untuk membendung isu ini perlulah diwujudkan di setiap negeri di
Malaysia, walaupun mempunyai kadar peratusan masalah sosial yang rendah. Antara
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan ialah:
i. Merancang program, mengenalpasti masalah / punca untuk dibincangkan
semasa Mesyuarat Jawatankuasa Induk di peringkat Negeri.

12
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA Nurulasikin Binti Amran (284153)
Tugasan Individu 1

ii. Menubuhkan Bilik Gerakan GeMS di setiap daerah dan memastikan program
dilaksanakan dengan efektif contohnya melaksanakan latihan kemahiran
bersiri secara bulanan atau mingguan dengan fokus kepada minat remaja dan
belia masa kini. Selain itu, mewujudkan Talian Kasih bagi memudahkan
remaja, belia dan ibu bapa untuk mendapatkan khidmat nasihat dan panduan
atas isu yang berkaitan seperti aspek sosial, ekonomi, pendidikan dan agama.
Talian ini boleh dikategorikan sebagai talian kaunseling Masyarakat.
iii. Mempertingkatkan pembabitan NGO di dalam menyokong perancangan dan
membantu pelaksanaan program.
iv. Penubuhan Unit Gejala Sosial berfungsi untuk menyelaras dan menyelenggara
setiap program yang di rancang dilaksanakan secara agresif dan bersepadu.
Pada masa yang sama, antara langkah lain yang turut boleh diambil oleh kerjaan bagi
memastikan kejayaan dalam menangani masalah sosial termasuklah:
i. Mewujudkan Kementerian Kanak-Kanak yang mempunyai peruntukan khas
dan sumber tetap untuk melindungi kanak-kanak. Ini termasuk penyediaan
talian bantuan khas yang merangkumi pelbagai bahasa untuk kanak-kanak dan
pemerkasaan infrastruktur untuk kanak-kanak OKU seperti ahli terapi yang
mencukupi;
ii. Segera menambah Pelindung Kanak-Kanak serta Pembantu Pelindung Kanak-
Kanak yang terlatih supaya Akta Kanak-Kanak 2001 boleh dikuatkuasakan
dengan lebih efektif terutamanya dalam aspek perlindungan;
iii. Menambah baik sistem perundangan sedia ada dalam jenayah seksual yang
melibatkan kanak-kanak seperti mewajibkan tahanan reman selama 3 hari
kepada OKT bagi mententeramkan mangsa;
iv. Jangan memberikan pelbagai alasan untuk pesalah jenayah seksual seperti
tabiat menyalahkan mangsa (victim blaming) dan pemakaian mereka;
v. Mengkaji semula pendidikan seks di sekolah dan membuat penambahbaikan
seperti melibatkan ibu bapa kerana statistik Kerajaan telah menunjukkan
penglibatan kanak-kanak dalam kegiatan ini berlaku seawal 12 tahun;
vi. Menyediakan program pemulihan dan kaunseling yang menyeluruh serta
mudah dicapai bagi membantu kanak-kanak yang didera atau trauma.

13
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA Nurulasikin Binti Amran (284153)
Tugasan Individu 1

7.0 Kesimpulan
Isu sosial sangat memberi kesan buruk kepada masyarakat sesebuah negara. Salah satu kesan
utama ialah keharmonian terganggu dan sebaliknya dalam masyarakat timbul permusuhan
dan syak wasangka. Ini juga mengakibatkan ketidakpuasan sosial berskala besar dan
mewujudkan penderitaan dan kesengsaraan. Pada keseluruhannya, ini sama sekali tidak
membantu dalam menyelesaikan sebarang masalah tetapi mewujudkan masalah yang serius,
yang merugikan seluruh masyarakat. Tetapi dalam hubungan ini boleh dikatakan bahawa
'masalah' bukanlah istilah mutlak. Ia hanya istilah relatif kerana apa yang menjadi masalah
bagi satu masyarakat mungkin tidak menjadi masalah bagi yang lain. Begitu juga 'masalah'
tidak kekal dan universal. Apa yang kelihatan masalah hari ini mungkin tidak kekal begitu
esok.
Hakikatnya, pembangunan negara masa kini tercipta hasil kukuhnya kesepaduan dan
integrasi berterusan dalam kalangan rakyat Malaysia. Maka usaha mengatasi gejala sosial ini
mesti dilakukan secara berterusan oleh semua pihak untuk menjamin kesejahteraan rakyat
dan masa depan negara.

14
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA Nurulasikin Binti Amran (284153)
Tugasan Individu 1

Rujukan

Amira Syamimi Azman. (2001). Pembentukana Diri Anak Muda. In D. Budaya (Ed.). Kuala
Lumpur: Utusan Publication.
Bernama. (2020, August). MyMetro. Retrieved from Harian Metro Online:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08/611494/1721-kes-jenayah-seksual-kanak-
kanak
Colander, D. C., & Hunt, E. F. (2019). Social Science - An Introduction to the Study of Society.
New York: Routledge. doi:https://doi.org/10.4324/9780429019555
Husain, W. A. (2018). Kenegaraan Malaysia: Sejarah, Kedaulatan Dan Kebangsaan. Universiti
Malaysia Pahang: Perpustakaan Negara Malaysia.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2020). Key Statistics of Labour Force in Malaysia. Jabatan
Perangkaan Malaysia.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Law Insider. (n.d.). Sexual Offence. Retrieved from Law Insider:
https://www.lawinsider.com/dictionary/sexual-offenses
Linders, A., & Wright II, E. (2015). Social Problems. Society for the Study of Social Problems.
Marvasti, A. (2017). Social Problems, Social Issues, Social Science: The Society Papers. SAGE
Journals, 119. doi:https://doi.org/10.1177%2F0094306117744805rr
Mohd Zaky Zainuddin. (2021, Novbember 9). Kadar pengangguran di Malaysia terus
berkurangan. Berita Harian Online, Bisnes. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/11/885388/kadar-pengangguran-di-
malaysia-terus-berkurangan
Nurul Hidayah Bahaudin. (2021, July). My Metro. Retrieved from Harian Metro Online:
https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/735771/6-mangsa-jenayah-seksual-sehari
Sinar Harian Online. (2021). Jiwa muda rapuh terjebak dadah. Kuala Lumpur: Sinar Harian.
Wanita IKRAM Malaysia. (2020). Hentikan Keganasan Terhadap Wanita. IKRAM. Retrieved
from https://wanita.ikram.org.my/2020/11/25/kenyataan-media-sempena-hari-
antarabangsa-bagi-penghapusan-keganasan-terhadap/

15

Anda mungkin juga menyukai