Anda di halaman 1dari 18

Kedai Dobi Layan Diri 24/7 Mukasurat 1 dari 18

KERTAS
KERJA BAGI
PROGRAM
PEMBANGU
NAN
USAHAWAN
MIKRO
BUMIPUTER
A (mCASH)

Disediakan Oleh :
Suhardy Bin Mohd Noor
Kemuncak Niaga Trading (002391485-M)

Tarikh:
20 Ogos 2016

Always FREE 3-in-1 Detergent & Softener for Your Everyday Wash
Kedai Dobi Layan Diri 24/7 Mukasurat 2 dari 18

ISI KANDUNGAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

1.0 PENGENALAN m/s 6

2.0 TUJUAN m/s 7

3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN m/s 8

4.0 SKOP PERNIAGAAN m/s 10

5.0 RANCANGAN PERNIAGAAN/TEKNIKAL m/s 11

6.0 PEMASARAN m/s 13

7.0 STRATEGI PEMASARAN m/s 14

8.0 KEWANGAN m/s 15

LAMPIRAN

Always FREE 3-in-1 Detergent & Softener for Your Everyday Wash
Kedai Dobi Layan Diri 24/7 Mukasurat 3 dari 18

RINGKASAN EKSEKUTIF

Kertas kerja ini disediakan bagi mendapatkan pembiayaan kewangan dari Koridor
Utara Malaysia di bawah Program Pembangunan Usahawan Mikro Bumiputra
(MCash) bagi perniagaan Kedai Dobi Layan Diri 24/7 yang beroperasi di Sierra
Residence, Sungai Ara, Bayan Baru.

Berbekalkan pengetahuan dan pengalaman di dalam industri dobi sejak dari tahun
2008, kami telah berjaya membuka sebuah kedai dobi layan diri di Pulau Pinang
dengan menggunakan jenama Laundry Palace bagi memenuhi keperluan semasa
penduduk sekitar. Perniagaan ini telah dibuka pada bulan November 2015 dan telah
menerima sambutan yang amat memberansangkan. Namun, ramai pengguna
memberi maklumbalas supaya kami segera menyediakan perkhidmatan mesin dobi
dengan kapasiti lebih besar, bagi membolehkan mereka untuk mencuci kurtain, toto,
cadar tilam dan sebagainya dengan hanya satu cucian dan dijamin bersih.

Oleh yang demikian, kami amat berharap agar permohonan suntikan modal
perniagaan sebanyak RM44,600 dapat diluluskan bagi tujuan pembelian mesin dan
kelengkapan tambahan. Besar harapan kami agar permohonan ini dipertimbangkan
sewajarnya dan dengan bantuan Program mCASH ini akan dapat meningkatkan lagi
pendapatan syarikat di samping memenuhi kehendak pengguna yang
memerlukannya.

Always FREE 3-in-1 Detergent & Softener for Your Everyday Wash
Kedai Dobi Layan Diri 24/7 Mukasurat 4 dari 18

FDGAMBAR MENUNJUKKAN KEDAI DOBI LAYAN DIRI LAUNDRY PALACE

Always FREE 3-in-1 Detergent & Softener for Your Everyday Wash
Kedai Dobi Layan Diri 24/7 Mukasurat 5 dari 18

Always FREE 3-in-1 Detergent & Softener for Your Everyday Wash
Kedai Dobi Layan Diri 24/7 Mukasurat 6 dari 18

1.0 PENGENALAN

Kedai dobi layan diri Laundry Palace telah dibuka pada bulan November
2015. Proses pengubahsuaian dan pemasangan mesin-mesin dobi mengambil
masa lebih kurang 2 bulan dengan pelaburan modal awal sebanyak RM120,000.
Kedai dobi kami telah dilengkapi dengan Tiga (3) buah Washer, Tiga (3) buah Dryer
berjenama LG; Satu (1) unit Mesin Tukar Syiling, Satu (1) unit Mesin Vending Air Tin
dan pengubahsuaian outlet yang menarik berserta Sistem Aliran LPG utk Mesin
Pengering dan Sistem Auto-Dosing untuk Mesin Basuh.

Kami telah menjangkakan bahawa permintaan bagi mesin kapasiti lebih


besar akan timbul dan kami telah menyediakan ruang yang secukupnya untuk
pemasangannya kelak. Namun, maklumbalas dari pengguna menunjukkan bahawa
terdapat permintaan yang tinggi bagi kuantiti cucian yang besar dan pihak kami
perlulah mencara jalan penyelesaian dengan kadar segera.

Pihak kami memerlukan pembiayaan suntikan modal perniagaan


sebanyak RM44,600 untuk merealisasikan kertas kerja ini bagi memenuhi
kehendak dan keperluan pasaran. Di samping itu juga, perniagaan k e d a i
d o b i l a y a n d i r i ini j u g a mempunyai ciri- ciri berdaya maju kerana
permintaannya adalah konsisten. Selain itu perancangan yang teliti dan
professional yang menjadi kunci utama perniagaan ini menjamin pontensi
perniagaan pada masa hadapan, malah dapat menyumbang ke arah
perkembangan ekonomi negara.

Always FREE 3-in-1 Detergent & Softener for Your Everyday Wash
Kedai Dobi Layan Diri 24/7 Mukasurat 7 dari 18

2.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan


segala perancangan perniagaan yang telah dirangka bagi memperbesarkan
perniagaan Kedai Dobi Layan Diri bagi memenuhi permintaan pelanggan yang
terus meningkat.

Kertas kerja ini juga turut membentangkan segala aspek


perkhidmatan, pengurusan, pemasaran, dan kewangan akan diterangkan
dengan jelas seterusnya memohon kemudahan pembiayaan daripada pihak
Koridor Utara Malaysia berjumlah RM44,600.00 (Ringgit Malaysia: Empat
Puluh Empat Ribu Enam Ratus Sahaja) untuk merealisasikan rancangan kertas
kerja ini.

Di samping itu, kertas kerja ini disediakan bagi memenuhi salah satu
syarat wajib bagi permohonan Program Pembangunan Usahawan Mikro
Bumiputera (mCASH)
Kedai Dobi Layan Diri 24/7 Mukasurat 8 dari 18

3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

PERNIAGAAN

Nama Perniagaan : Kemuncak Niaga Trading

Alamat Berdaftar : No. 6, Tingkat Permai,

Taman Brown, 11700

Gelugor, Penang

Alamat Operasi / Kedai : 1-1-6, Sierra Residences,


Halaman Sungai Ara
11900 Bayan Lepas, Penang

No. Daftar Perniagaan : PG0387282-M

Tarikh Pendaftaran : 19 Disember 2014

Aktiviti Perniagaan : Perkhidmatan Dobi

Bentuk Perniagaan : Pemilikan Tunggal

Modal Berbayar : RM120,000

:
Kedai Dobi Layan Diri 24/7 Mukasurat 9 dari 18

PEMILIK

Nama : Suhardy Bin Mohd Noor

Jawatan : Pengurus

No. K/ Pengenalan : 810516-07-5535

Tarikh Lahir : 16 Mei 1981

Bangsa / Agama : Melayu / Islam

Taraf Perkahwinan : Duda

Kelulusan Akademik: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan


Dengan Kepujian, UUM

Pengalaman Kerja : Maronix (M) Sdn Bhd


Pengurusan projek-projek elektrikal untuk MPPP
dan JKR Pulau Pinang

SM Nurani Sdn Bhd


Pengurusan operasi cucian linen dobi hospital bagi
rangkaian hospital Columbia Asia dan KPJ di Kuala
Lumpur dan Selangor
Kedai Dobi Layan Diri 24/7 Mukasurat 10 dari 18

4.0 SKOP PERNIAGAAN

Aktiviti Perniagaan
Aktiviti utama perniagaan adalah perkhidmatan dobi layan diri di mana
pelanggan dapat menggunakan mesin-mesin dobi secara layan diri pada harga
yang lebih rendah. Kami juga menawarkan perkhidmatan ini dengan Sabun dan
Softener percuma untuk setiap cucian.

Jenama mesin dobi yang digunakan LG. Kapasiti mesin dobi yang terdapat di
kedai dobi layan diri Laundry Palace adalah seperti berikut:

i. Mesin Washer - 10kg


ii. Mesin Dryer 10kg

Perkhidmatan Tambahan

Antara perkhidmatan tambahan yang terdapat di kedai dobi ini juga adalah Mesin
Vending Air Tin, Mesin Tukar Syiling, Sabun percuma dan perkhidmatan WIFI
internet.
Kedai Dobi Layan Diri 24/7 Mukasurat 11 dari 18

5.0 RANCANGAN TEKNIKAL/PERKHIDMATAN

Kemudahan Asas Premis

Premis perniagaan ini dilengkapkan perkhidmatan WIFI internet serta menawarkan


perkhidmatan sabun percuma untuk memberikan tambah nilai kepada penguna-
penggua kedai dobi layan diri kami. Terdapat juga kemudahan tempat letak kereta
yang mencukupi di sini.

Lokasi Premis

Kedai dobi layan diri Laundry Palace juga terletak di kawasan apartment Sierra
Residence dan berdekatan dengan kondominium-kondominium lain yang
merupakan sasaran perniagaan. Anggaran penduduk setempat adalah lebih
kurang 2500 unit rumah.

Maklumat Premis Perniagaan


Alamat : 1-1-6, Sierra Residences,
Halaman Sungai Ara
11900 Bayan Lepas, Penang

Bentuk Binaan : 20ft (Lebar) x 60ft (Panjang)

Keluasan : 1200 kaki persegi

Pemilik Premis : Sewa

Tempoh Sewaan : 2 tahun

Nilai Sewaan Bulanan : RM2,800 sebulan.

Salinan Perjanjian Sewa : Seperti dalam Lampiran

1
Kedai Dobi Layan Diri 24/7 Mukasurat 12 dari 18

Harta Tetap yang dimiliki.

Harta tetap yang dimiliki adalah seperti berikut:

Bil Perkara Bilangan


1 Mesin Washer 10kg 3 unit
2 Mesin Dryer 10kg 3 unit
3 Detergent Auto Dosing System 1 L/Sump
4 Dryer LPG Gas System 1 L/Sump
5 Mesin Vending Air Tin 1 unit
6 Mesin Tukar Syiling 1 unit

Cadangan Pembiayaan

Berdasarkan keperluan pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan mesin dobi


yang berkapasiti lebih besar, kami berharap untuk mendapatkan pembiayaan
untuk perkara berikut:

Bil Perkara Bilangan Harga (RM)


1 Mesin Washer 16.5kg 1 unit 20,800.00
2 Mesin Dryer 16.5kg 1 unit 13,800.00
3 Kos Pengubahsuaian Kecil 1 L/Sump 10,000.00

6.0 PEMASARAN.
Kedai Dobi Layan Diri 24/7 Mukasurat 13 dari 18

Perkhidmatan dan Harga yang Ditawarkan.

Pada awal pembukaan, kami telah menjalankan promosi pembukaan dengan


menawarkan harga 50% diskaun dan telah mendapat sambutan yang amat
menggalakkan dari penduduk sekitar. Oleh yang demikian, pihak kami
bercadang untuk menggunakan strategi pemasaran yang sama apabila mesin
kapasiti 15kg ini sedia untuk digunakan.

Bil Perkhidmatan Harga (RM) Tempoh


1 Mesin Washer 10kg 5.00 30 min
2 Mesin Dryer 10kg 4.00 30 min
3 Mesin Air Vending 1.80 2.50 / unit -
4 *** Mesin Washer 15kg 8.00 30 min
5 *** Mesin Dryer 15kg 7.00 30 min
Nota: *** Mesin baru yang dicadangkan

Selain itu, kami juga turut menawarkan perkhidmatan dobi layan diri dengan
Sabun dan Softener percuma. Ini sekaligus memberi tambah nilai kepada
produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan dan menjadi satu keistimewaan
kepada para pelanggan.
Kedai Dobi Layan Diri 24/7 Mukasurat 14 dari 18

7.0 STRATEGI PEMASARAN

Promosi

Antara strategi promosi yang akan dilaksanakan oleh Kedai Dobi Layan Diri
Laundry Palace bagi menawarkan dan memperkenalkan khidmatnya ialah:
Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan
Memastikan kebersihan premis dijaga dengan baik
Memastikan mesin-mesin dalam keadaan baik dan beroperasi dengan
efisyen
Membuat promosi cucian secara berkala bagi mewujudkan kesetiaan

Lokasi

Menjalankan operasi di tempat yang mudah untuk di kunjungi oleh pelanggan

Visibility premis yang terletak di tingkat bawah adalah satu kelebihan

Harga
Harga yang ditawarkan adalah kompetitif jika dibandingkan dengan pesaing-
pesaing yang berada sekitar 8km radius dan adalah memuaskan bagi penduduk
sekitar dan pengguna perkhidmatan.

Produk

Dengan kualiti cucian yang efisyen dari penggunaaan mesin komersil yang
berjenama, kami yakin bahawa produk dan perkhidmatan yang ditawarkan
adalah sangat memuaskan di samping menawarkan sabun dan softener
percuma serta perkhidmatan WIFI internet percuma di premis.
Kedai Dobi Layan Diri 24/7 Mukasurat 15 dari 18

8.0 ASPEK KEWANGAN

Anggaran Jualan

Anggaran jumlah jualan adalah lebih kurang RM300 RM400 sehari dan kadar
jualan mengikut jenis perkhidmatan dan masa perniagaan adalah seperti berikut:

Pagi

Washer 3 cycle x RM5.00 = RM15.00

Dryer 5 cycle x RM4.00 = RM20.00

Mesin Vending Air 10 tin x RM1.80 = RM18.00

Petang

Washer 10 cycle x RM5.00 = RM50.00

Dryer 15 cycle x RM4.00 = RM60.00

Mesin Vending Air 25 tin x RM1.80 = RM45.00

Malam

Washer 10 cycle x RM5.00 = RM50.00

Dryer 15 cycle x RM4.00 = RM60.00

Mesin Vending Air 25 tin x RM1.80 = RM45.00

Purata Jualan Harian RM 363.00 sehari

Anggaran Jumlah Jualan RM 10,890.00 sebulan


Kedai Dobi Layan Diri 24/7 Mukasurat 16 dari 18

Anggaran Perbelanjaan

Kos perbelanjaan (sabun, softener, LPG gas dan air tin) adalah 20% dari jumlah
jualan dengan anggaran sebanyak RM 2,178.00 sebulan.

Kos sewa premis pula adalah RM2,800 sebulan.

Kos operasi bagi Utiliti, penyelenggaraan dan kebersihan adalah lebih kurang
RM1,500 setiap bulan.

Oleh yang demikian, anggaran perbelanjaan bulanan adalah sebanyak RM6,478.00


sebulan.

Anggaran Keuntungan

Jumlah Jualan RM10,890.00


(-) Kos Barang Dijual RM 2,178.00
Untung Kasar RM 8,712.00
(-) Kos Operasi RM 4,300.00
Untung Bersih Sebelum Cukai RM 4,412.00

Anggaran keuntungan bersih syarikat adalah sebanyak RM52,944.00 setahun


dengan kadar peningkatan jualan sebanyak 20% setiap tahun.
Kedai Dobi Layan Diri 24/7 Mukasurat 17 dari 18

9.0 JUSTIFIKASI DAN PENUTUP

Berdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah


dibentangkan, perniaga amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini
akan memberi pulangan yang menguntungkan. Unjuran-unjuran yang dibuat
untuk tahun pertama operasi selepas mendapat pembiayaan adalah amat
konservatif kerana mengambilkira faktor perniagaan masih di peringkat awal
membuat pemasaran untuk membekal kepada pelanggan organisasi.

Perniaga telah membuat kajian dan perancangan yang sistematik bagi


membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian syarikat
Kemuncak Niaga Trading adalah amat optimis, yang perniagaan ini amat berdaya
maju dan mampu berkembang pada masa hadapan.

Diharap permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak


Koridor Utara Malaysia untuk kelulusan pembiayaan Program mCASH dan
sekaligus turut sama-sama menjadi sebahagian daripada Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang berjaya di negara.
Kedai Dobi Layan Diri 24/7 Mukasurat 18 dari 18

SENARAI LAMPIRAN

Salinan Kad Pengenalan

Salinan Daftar Perniagaan SSM

Salinan Penyata Akaun Bank

Salinan Sebutharga

Salinan Perjanjian Sewa Premis

Anda mungkin juga menyukai