Anda di halaman 1dari 101

1| #TipRumahPertama

#TipsRumahPertama

AzizulAzli Ahmad

RUMAH BUKU

2| #TipRumahPertama
Sila gunakan modul ini untuk rujukan anda. Anda
dibenarkan mencetak modul ini hanya untuk kegunaan
sendiri sahaja bagi memudahkan rujukan. Anda TIDAK
DIBENARKAN mengedarkan mana-mana bahagian
modul ini dalam apa bentuk dan cara sekalipun sama
ada elektronik, mekanik, fotokopi, rakaman atau
pengstoran maklumat dalam bentuk softcopy melalui
CD, disket dan bahan-bahan
lain. Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan
mengedarkannya semula kerana ia tergolong di dalam
kesalahan harta intelek (cetak rompak).

Hakcipta Terpelihara 2014 @ AZIZUL AZLI AHMAD .


Sekiranya anda telah menerima modul ini secara
percuma atau berbayar dari sumber selain daripada ,
sila laporkan kepada azizulazli@gmail.com
Kerjasama anda amat kami hargai di dalam menangani
kesalahan harta intelek.

Di cetak dengan kebenaran oleh:

Hak Cipta Terpelihara @ 2014


LEGAL DISCLAIMER:

Penulis tidak akan bertanggungjawab jika terdapat apa-


apa masalah berhubung
kesilapan atau kesalahan maklumat, apa-apa risiko,
sama ada secara peribadi
atau tidak, yang berlaku atas penggunaan dan aplikasi
buku ini secara langsung
atau tidak langsung. Hasil kandungan buku ini adalah
berdasarkan pengalaman
kalian dan pemerhatian yang dilakukan oleh penulis
semasa tulisan buku ini dibuat.

3| #TipRumahPertama
Prakata

Buku ini sebagai panduan mudah sahaja


kepada yang belum memiliki rumah
pertama. Ia dijadikan rujukan agar kita
tidak membuat kesilapan yang merugikan
kita. Ada yang bertanya, beli rumah dulu
baru belajar atau belajar dulu baru beli
rumah?. Jawapannya adalah belajar
dahulu baru beli rumah pertama. Kita
tidak membeli rumah setiap tahun. Kita
mungkin membeli rumah sekali sahaja
dalam hidup kita. Jika sekali kita silap,
bahananya bukan sehari dua, bertahun
kesannya kepada kita. Bila malam bukak
berita, kita pasti pernah dengan cerita
rumah terbengkalai disini sana . Mereka
merayu pada kerajaan agar bantu

4| #TipRumahPertama
mereka kerana membayar rumah yang
dinding pun tiada.

Kita semua orang biasa biasa sahaja, kita


bukan berdarah raja. Rumah pertama kita
biarlah yang sempurna dimata kita, tiada
masalah dan kita dapat tinggal dengan
aman dan rasa bahagia. Panduan ini
tidak sempurna, ia catatan pengalaman
saya membeli kediaman yang sedia ada.

Saya selalu berpesan buat kita semua,


belilah kediaman pertama seawal usia.
Jangan berlengah terlalu lama. Jika kita
beri alasan duit tiada, atau yang
sebenarnya kita tak pandai urus duit yang
ada. Minum kopi mahal di ‘starbak’ dan
menu hipster mesti ada. Rendahkan
piawai hidup kita. Ramai yang membaca
buku pertama saya Mudahnya Beli
Rumah telah mula ada kediaman
pertama. Beli dan baca percayalah ada
yang selepas seminggu membaca telah
ada rumah pertama. Ia bukan soal wang.

5| #TipRumahPertama
Ia soal bagaimana kita lihat rumah
pertama kita. Selamat berusaha
kengkawan semua.

Lelaki Sejati Beli rumah untuk Isteri

Gadis Bistari Beli rumah Sendiri

Azizul Azli Ahmad

Seri Iskandar, Perak MALAYSIA

#TabungGegadis
Jangan sebok bergetar tulang rusuk jika lemak
kat perut masih banyak

6| #TipRumahPertama
Pengenalan
Saya pernah lakukan kesilapan dalam
membeli hartanah pertama saya. Saya
belum layak buat pembiayaan dan saya
gabungkan pembiayaan pertama
dengan kekasih hati (alhamdulilah
sekarang telah menjadi isteri yang
pertiwi). Memang kami berjaya beli
kediaman pertama bersama tetapi saya
hilang peluang margin pembiyaan 90%
kerana gabungkan dengan bakal isteri.
Sepatutnya saya bersabar sedikit dan
saya boleh dapat rumah dengan margin
yang lebih baik.

Jangan lakukan kesilapan ini lagi, jangan


gabungkan pembiayaan dengan isteri
atau bakal isteri kita. Ia kesilapan saya
dan saya berharap tiada yang
mengulangi kesilapan yang sama. Saya
pernah silap dan impian saya agar anda
tidak silap macam saya lagi dimasa
depan. Saya bahagia jika anda mampu
7| #TipRumahPertama
beli rumah lebih banyak dari saya, saya
tumpang bangga. Kita semua bukan
orang kaya hidup sederhana dan biasa
biasa sahaja. Rendahkan piawai kita,
mulalah dengan rumah pertama yang
kecil dan sederhana.

#TabungGegadis

Bila tak mampu dah sewa rumah, tukar status


jadi ‘orang rumah”. Mesti dapat duduk percuma

8| #TipRumahPertama
Kandungan
01 . JANGAN MAHAL
02. JANGAN BESAR
03. JANGAN DI KAMPUNG
04. JANGAN MAKSIMUMKAN GAJI
05. JANGAN BELI TANAH
06. RUMAH UNTUK DISEWA
07. JANGAN TUNGGU KAWIN
08. JANGAN BELI STUDIO
09. JANGAN RENOVASI
10. JANGAN TERUS ‘LANDED’
11. JANGAN GABUNGKAN PEMBIAYAAN
SUAMI ISTERI
12. JANGAN GUNA PEMBIAYAAN
KERAJAAN
13. JANGAN BELI BARU RANCANG
14. JANGAN BUANG MASA
15. JANGAN BELI YANG SUSAH UNTUK
DISEWAKAN
16. JANGAN BELI RUMAH PERCUTIAN
17. JANGAN TANAH UNTUK BINA RUMAH
18. JANGAN BELI BUNGLO
19. JANGAN TANYA PADA ORANG YANG
SALAH
20. JANGAN BELI MENGADAP KILANG
9| #TipRumahPertama
21. JANGAN MENGHADAP MATAHARI
PETANG
22. JANGAN BELI SEBELAH PASARAYA
23. JANGAN TUNGGU TERLALU LAMA
24. JANGAN BELI TINGKAT ATAS
25. JANGAN BELI SIMPANG JALAN
26. JANGAN BELI MENGHADAP TANAH
KOSONG
27. JANGAN BELI SEBELAH PENCAWANG
ELEKTRIK
28. JANGAN BELI DAN BIARKAN KOSONG
SAJA
29. JANGAN BELI DIKAWASAN BANJIR
30. JANGAN BELI RUMAH YANG SILINGNYA
RENDAH
31. JANGAN TUNGGU CUKUP DUIT
32. JANGAN BELI SEBAB SPEKULASI
HARTANAH
33. JANGAN BELI UNTUK BERGAYA
34. JANGAN TAMBAH KOLAM IKAN
35. JANGAN BELI SEBELAH LOJI KUMBUHAN
36. JANGAN BELI DEKAT LIFT ATAU
TANGGA
37. JANGAN BELI PALING BAWAH
38. JANGAN BELI KAWASAN JENAYAH
39. JANGAN BELI STUDIO
40. JANGAN BELI PERSEKITARAN YANG
TERLALU AWAL DIBUKA
41. JANGAN BELI APARTMENT SERVIS
42. JANGAN BELI BELAKANG KEDAI

10 | # T i p R u m a h P e r t a m a
43. JANGAN GELABAH
44. JANGAN BAYAR TUNAI
45. JANGAN BELI DARI PEMAJU YANG
TIADA PENGALAMAN
46. JANGAN BELI KAWASAN HANTU
47. JANGAN BELI TUNAI
48. JANGAN BUAT PINJAMAN PERIBADI
BELI RUMAH
49. JANGAN AMBIL TEMPOH PEMBIAYAAN
YANG PANJANG
50. JANGAN AMBIL TEMPOH PENDEK JIKA
IA TUJUAN PELABURAN
51. JANGAN BELI TENGAH JIKA MAMPU
BELI TEPI
52. JANGAN BERMULA DENGAN SOHO,
SOVO DAN SOFO
53. JANGAN BELI STATUS PAJAKAN, JIKA
ADA PEGANGAN BEBAS
54. JANGAN BELI RIZAB BUMIPUTRA JIKA
KITA ADA IMPIAN JUAL SEMULA
55. JANGAN DAH PENCEN BARU NAK BELI
RUMAH PERTAMA
56. JANGAN MALU BELI KOS RENDAH, IA
BUKAN DOSA
57. JANGAN PAKSA ANAK BELI RUMAH
UNTUK KITA
58. JANGAN BELI KERETA DULU, BELILAH
RUMAH PERTAMA
59. JANGAN MEMBELI DIATAS ‘MARKET
VALUE’

11 | # T i p R u m a h P e r t a m a
60. JANGAN MEMBELI UNTUK JUALAN
SEMULA
61. JANGAN SEWA TERLALU LAMA
62. JANGAN BELI YANG KITA PERLU
BANYAK UBAH SUAI
63. JANGAN BELI KEDIAMAN TAK
DISEDIAKAN ‘PARKING’
64. JANGAN BELI KIBLAT MENGADAP BILIK
AIR
65. JANGAN BELI JIKA TEKANAN AIR
RENDAH
66. JANGAN BELI ‘PENTHOUSE’ KERANA
SUKAR DIJUAL
67. JANGAN TERGESA MEMBELI SEBAB
DAPAT BARANG PERCUMA
68. JANGAN MEMBELI DI PAMERAN
HARTANAH
69. JANGAN MEMBELI MENGADAP JALAN
RAYA ATAU KAWASAN INDUSTRI
70. JANGAN BELI HARTANAH
BERHAMPIRAN KABEL ELEKTRIK YANG
TINGGI
71. JANGAN BELANJA WANG YANG
BANYAK UNTUK HARTANAH PERTAMA
72. JANGAN BELI DARI ‘BROKER
HARTANAH’, BELI DARI AGEN YANG SAH
73. JANGAN BELI DAN SIMPAN RUMAH,
SEWAKAN SEGERA.
74. JANGAN MOHON HANYA SATU BANK
SAHAJA PEMBIAYAAN

12 | # T i p R u m a h P e r t a m a
75. JANGAN BANYAK BUANG MASA
76. JANGAN TUNGGU HARGA RUMAH
JATUH BARU NAK BELI
77. JANGAN BERCINTA SANGAT
78. JANGAN SALAH LOKASI
79. JANGAN BELI PADA HARGA TINGGI
80. JANGAN TERUS BELI KOMERSIAL

#TabungGegadis
Jangan sebok bergetar tulang rusuk jika
kejut subuh pun sampai bergetar tiang
rumah

13 | # T i p R u m a h P e r t a m a
“Minum ditepi jika air masih panas”

Jika kita belum mampu membeli rumah impian yang mahal


‘giler’, bermulalah dengan rumah kecil dan sederhana

14 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

#TipsRumahPertama

JANGAN MAHAL

Jangan beli rumah 'Mahal' sebagai rumah


pertama anda, beli yang kecil dan
sederhana sebagai pemula. Bila rumah
kita mahal, kita tidak boleh kemana
mana, orang naik Air Asia. Kita setakat
Pantai Merdeka saja.

15 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BESAR

Jangan beli rumah yang besar sebagai


rumah pertama, hidup baru berdua.
Jangan buli isteri ‘mop’ lantai sampai
pepagi. Semakin besar rumah kita
semakin rugi, anak belum ada lagi. Jika
rumah sendiri ia dianggap liabiliti sebab
semua kita bayar sendiri.

16 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN DI KAMPUNG

Jangan beli rumah pertama untuk


simpanan pesaraan di kampung kita
nanti, rumah yang lama tak diduduki
akan penuh dengan anai anai, jin dan
hantu gigi. Beli rumah yang ada potensi
untuk disewakan atau dijual kembali, baru
hidup berseri seri.

17 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN MAKSIMUMKAN GAJI

Jangan beli rumah hingga semua gaji


membayar hutang rumah itu sahaja, kita
nak jalan jalan juga naik Air Asia. Dengan
maksimumkan gaji buat simpanan dan
pelaburan kita tiada, duit kita cukup
cukup bayar semua benda. Nak pakai
bulu mata pun sukar rasanya. Apatah lagi
nak pakai bulu dada. Sebaiknya
pinjaman perumahan yang sihat tidak
melebihi 35% dari gaji kita. Barulah hidup
aman sentosa.

(35% x Gaji Kita = Ansuran Bulanan)

18 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI TANAH

Jangan pasang impian beli tanah untuk


bina rumah, hutang PTPTN pun buat kita
susah. Nie nak tambah pulak hutang
tanah. Beli tanah merupakan gaya
pelaburan dulu, duit kita tertanam dalam
tanah itu. Kita tak tahu bila simpanan
cukup untuk bina rumah atas tanah itu.
Ambil pembiayaan peribadi beli tanah
bukan langkah bijak, apatah lagi buat
rumah dengannya. Kadar tinggi dan
tempoh biaya yang singkat buat perut
kita rasa senak. Tidak banyak bank yang
beri pembiayaan membeli tanah, kita
harus guna simpanan sendiri atau
pembiayaan peribadi.

19 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

RUMAH UNTUK DISEWA

Jangan terus beli yang pertama untuk kita


duduk disana, tetapkan sebagai
pelaburan pertama. Dah selesa baru fikir
rumah ‘kita’ dimana. Pasang impian jika
kita bujang rumah pertama biarlah rumah
untuk kita sewakan. Jana pendapatan
dari rumah pertama, ia bakal jadi mesin
duit kita. Bagi orang bujang, belajar cari
rumah pelaburan baru cari ‘orang rumah’
idaman.

20 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN TUNGGU KAWIN

Jangan tunggu kawin baru beli rumah


pertama. Bersedia sebuah rumah kecil
sebelum hilang teruna. Barulah bakal
mertua suka ‘giler’ pada kita. Lelaki sejati
beli rumah sebelum ada isteri. Barulah
mertua rasa dia tak rugi, kita bakal
menjadi menantu disayangi.

21 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI STUDIO

Jangan beli studio atau rumah percutian


sebagai rumah pertama, beli yang ramai
orang suka dan boleh guna. Sebaiknya
ada 3 bilik dan 2 bilik air. Ini adalah
pasaran semasa (Mass Market), jika
sasaran kita untuk pelajar guna silakan
saja. Hartanah begini sesuai untuk kolej
kolej antarabangsa atau pekerja luar
negara. Ruang terhad dan banyak
benda yang tidak boleh masuk
kedalamnya.

22 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN RENOVASI

Jangan terus renovasi sebelum duduk,


belajar hidup dengan apa adanya
sebelum masuk. Perabot hari ini
direkabentuk lebih fleksibel berbanding
dulu. Tambah sedikit berdasarkan
keperluan kita, jika renovasi kosnya tinggi
dan nilai susut belum hitung lagi. Belajar
hidup sederhana dengan ruang yang
sedia ada. Jika ada yang kata “nanti
susah nak buat kenduri kendara,
dapurnya kecil sahaja” katakan sahaja
setahun setiap bulankah kenduri kita.
Kekalkan ruang yang ada dan hidup
seadanya dulu.

23 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN TERUS ‘LANDED’

Jangan terus ingin beli ‘landed’ jika kita


hanya mampu beli rumah pangsa. Duduk
sahaja dulu ia bukan dosa. Bila dan mula
selesa dan mampu, baru beli rumah
idaman Malaya. Ini khusus untuk warga
kota, bagi yang tinggal luar bandar atau
pinggir kota. Beli sahaja jika mampu. Kata
kuncinya, jangan tunggu lama lama.
Rumah atas tanah ini mahal, jika kita lama
menunggu untuk dapatkannya kita, akan
ketinggalan. Buat sasaran untuk miliki
kediaman ini pada usia tertentu agar
matlamat kewangan kita akan tercapai.

(p.s: untuk warga kota yang tanahnya


mahal gila, bermula dengan rumah
pangsa sahaja)

24 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN GABUNGKAN PEMBIAYAAN


SUAMI ISTERI

Jangan gabungkan ‘loan’ suami isteri


untuk rumah pertama kita nanti. Kita akan
lepas peluang beli rumah banyak jika
rumah pertama kita telah digabungkan
bersama. Setiap individu memiliki peluang
membeli hartanah dengan biaya 90%
sebanyak dua kali. Jika kita pernah guna
sekali, peluang dah tak ada lagi.

Rumah 1 Rumah 1
90% 90%

Rumah 2 Rumah 2
90% 90%

Rumah 3 Rumah 3
70% 70%

25 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN GUNA PEMBIAYAAN KERAJAAN.

Jika kita ada impian beli banyak rumah


kediaman dimasa hadapan, hindari
gunakan pembiayaan kerajaan untuk
rumah pertama. Guna pembiayaan bank
dahulu. Kita manfaatkan untuk
pembiayaan sepenuhnya akhir nanti.
Pembiayaan kerajaan memberi
kelayakan berdasarkan gaji, jika kita beli
dibawah kelayakkan kita, biaya penuh
sedang menanti. Kita tak perlu keluar
biaya tetapi ditanggung sepenuhnya.
Sebab itu bakal mertua suka orang kerja
gomen, sebab mereka ada pencen

26 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI BARU RANCANG

Jangan beli rumah baru merancang.


Rancang dulu baru beli rumah nak buat
apa. Nak sewakan atau duduk bersama
keluarga. Jika beli untuk disewakan
stategiknya berbeza dengan beli nak
duduk sendiri. Kaedah pembiayaan,
tempoh pinjaman takaful semuanya tak
sama. Rancang dulu nak kawin dengan
siapa bukan kawin dulu baru nak fikir buat
apa. Nanti banyak buang masa dimalam
pertama.

27 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BUANG MASA

Mula kerja rancang segera kediaman


pertama, jangan tunggu lama lama.
Semakin kita tunggu harga semakin
menggila. Jangan harap harga jatuh dua
tahun dari sekarang, kalau tak jatuh
bagaimana.?

Jangan ambil masa terlalu lama mencari


rumah pertama, jika mula bekerja
segerakan membeli rumah pertama.
Jangan tunggu hingga anak dah lima.
Lihat sekitar tempat kerja kita apa potensi
yang ada. Jika lambat dapat baca
stategik, masuk seminar atau beli buku
yang ada didalamnya banyak panduan
berguna. Buku yang bagus “Mudahnya
Beli Rumah”, penulisanya sekacak bangla
sahaja. Jangan nak senyum senyum pulak
waktu membaca.

28 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI YANG SUSAH UNTUK


DISEWAKAN

Jika kita tetiba dipindahkan kerja ke


bandar baru kita boleh sewakan. Pastikan
kediaman pertama kediaman pelaburan.
Kita mungkin tidak kekal, tetapi kediaman
kekal disitu selamanya. Beli yang boleh
dan mudah dijual kembali atau
disewakan bila kita dijemput pergi. Ingat,
rumah pertama ialah rumah pelaburan.
Bukan rumah agam yang kita nak duduki.
Pendapatan sewa tidak rugi, ia jana
pendapatan tambahan anda.

29 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI RUMAH PERCUTIAN

Belian rumah mesti untuk tujuan


kegunaan, elakkan beli rumah
peranginan atau percutian kerana orang
cepat bosan dengan suasana yang sama
sepanjang zaman. Tanyalah anak kita,
mereka suka ketempat yang sama atau
nak cuba lokasi baru yang lebih syahdu.
Hartanah percutian selalunya tak kekal
lama, nilainya juga lambat berganda.
Takkan nak bercuti ke Bukit Merah
sepanjang tahun, anak pun boleh jadi
ikan toman marah. Paling tidak bila kita
sebut dia akan buat muka marah, marah,
marah. Rumah percutian bukannya
pelaburan yang bijak.

(Ramai rakan saya yang membeli di Bukit


Merah, Bukit Tinggi, Bukit Jana dan
tempat percutian lain merasa sengsara.
Perjanjian keuntungan antara pemaju
dan penjual hanya menguntungkan
sebelah pihak sahaja)

30 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN TANAH UNTUK BINA RUMAH

Duit kita tertanam lama dalam tanah itu


sebelum rumah kita terbina, ia makan
masa yang lama. Belilah rumah kecil
untuk kita bermula dengan segera.
Semakin lambat ada rumah semakin kita
rugi sebenarnya. Lalang tumbuh buat kita
rasa kecewa. Beli kediaman pertama
yang sedia ada dan boleh diduduki
segera.

Nota : Jika kita benar benar kaya dan


ada lebihan wang, silakan saja. Formula
beli tanah dan bina rumah ini disukai oleh
generasi tua atau ‘Baby Boomer’

31 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI BUNGLO

Jika kita masih bujang dan belum ada


gegadis yang suka, rumah besar tiada
siapa yang akan isi didalamnya.
Sebagaimana kosongnya hati kita tidak
terisi, begitulah ruginya ruang yang
kosong tanpa penghuni. Beli yang kecil
dulu baru beli yang ada kolam mandi.
Rugi beli rumah besar awal kahwin, kejar
isteri lambat dapat bila rumah sangat
besar. Nanti kita cepat penat, nak tebas
rumput pun tak larat.

32 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN TANYA PADA ORANG YANG


SALAH

Jika nak beli rumah, jangan tanya pada


orang yang belum beli rumah walau dah
sepuluh tahun kerja. Ia akan nampak
semua jenis rumah salah. Dari menteri,
pemaju, pembeli rumah semua menjadi
masalah. Katanya tunggulah harga
rumah jatuh nanti. Setidaknya dia akan
kata , “Takkan pegawai tinggi beli rumah
pangsa saja, setidaknya belilah semi–D”.
Belajar dan cari mereka yang beli rumah
waktu muda. Mereka ini semuanya jelita
dan kacak geliga. Mereka positif dan
tidak suka mengata. Tanya pada orang
yang betul, jika salah nanti kita akan
cepat kecewa.

33 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI MENGADAP KILANG

Jangan beli rumah mengadap kilang,


pencemaran bunyi, habuk dan ‘gegadis’
jelita selalu melintas dihadapan. Jika hati
kita tabah sila teruskan, tetapi jika kita
lemah iman. Gegadis gadis kilang boleh
cairkan hati kita dan buat kita rasa
bermadu itu satu keperluan. Nilai
hartanah tidak begitu menarik bila
berhampiran kilang, itu punca utama.
Orang jarang beli kediaman berhampiran
kilang atau industri. Jika belian untuk
tujuan pelaburan silakan saja. Kita beli
agar gegadis manis ini nanti bakal jadi
penyewa kita, jika itu matlamatnya silakan
sahaja.

34 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN MENGHADAP MATAHARI PETANG

Bahang matahari petang bawa ke


malam, jika kita beli juga sepanjang
malam bilik kita berada dalam
kepanasan. Haba panas yang
terperangkap dalam dinding mula
dilepaskan dan kita rasa macam nak
telanjang. Isteri tersayang akan pakai
seksi sepanjang malam, itu puncanya kita
tak main futsal dengan kengkawan. Cari
kediaman yang mendapat matahari
pagi, bila petang kita tak panas lagi.
Rujuk arah mata angin yang pemaju
sediakan. Jika rumah siap, datang waktu
pagi atau petang lihat arah matahari
yang datang.

35 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI SEBELAH PASARAYA

Jika ia kediaman kita sekeluarga, baik


elakkan segera. Kediaman kita akan
sesak dengan keluar masuk kenderaan
dari pasaraya. Perniagaan tutup jam
11.00 malam baru keadaan reda. Itu
belum pencemaran dari kenderaan dan
lori yang datang. Orang Malaysia pelik
sedikit, mereka ‘giler’ beli rumah
berhampiran pasaraya. Katanya ia
kemudahan, sebab itu punca hutang isi
rumah negara kita antara tertinggi di Asia.
Sebab semua orang kita suka pasaraya.
Jika untuk tujuan pelaburan dan sewakan
kembali ia merupakan peluang besar,
cari AEON dan beli berhampirannya. Ia
peluang untuk kita jana pendapatan
kedua. Ada baik buruknya bersebelahan
pasaraya

36 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI TINGKAT ATAS

Jangan beli yang terlalu tinggi, jika tiada


lift ia akan seksa kita nanti. Tekanan air
rumah paling tinggi biasanya lebih rendah
berbanding rumah bawah. Ini rumah
pilihan orang muda. Jika sasaran kita
orang berkeluarga atau tua baik lupakan
saja. Semakin tinggi kita beli rumah
pangsa makin rendah harganya,
terutama yang tiada lift hanya guna
tangga. Kadar sewa juga begitu, semakin
keatas mereka naik tangga . Semakin
rendah sewa mereka. Fikir kembali jika ini
pilihan yang kita adan nanti, jangan
menyesal selepas membeli.

37 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI SIMPANG JALAN

Selain mengancam keselamatan secara


feng shui cina tidak suka. Sebagai muslim
pada kita tak mengapa. Bila kita nak jual
semula lokasi begini kurang digemari
ramai. Lokasi persimpangan bunyi busing
dan silau lampu waktu malam hari. Ramai
yang tak selesa dan suka dengan ini.
Lebih parah lagi jika ada yang terbabas,
enjin kereta masuk kedalam bilik mandi.
Jika ada pilihan hindari unit sebegini.

38 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI MENGHADAP TANAH


KOSONG

Kita tak pasti depan rumah kita akan


terbina apa, jika dibina kedai atau
komersial kecil ia akan beri kesan
pencemaran bunyi dan lampu pada kita.
Jika terbina kuil lebih lagi rasa tak selesa,
kenal pasti lokasi depan kita untuk tujuan
apa. Hati hati lebih baik dari terkena, kita
tak beli rumah sepanjang masa. Mungkin
seumur hidup kita sekali sahaja.

Buat semakan kegunaan zon kawasan


atau perancangan di Majlis Tempatan.
Mereka boleh bantu buat rujukan apa
yang bakal terbina dimasa hadapan
nanti

39 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI SEBELAH PENCAWANG


ELEKTRIK, MENARA TELEKOMUNIKASI DAN
PETROL STATION

Lokasi ini tidak begitu menarik selain kadar


insuran lebih tinggi. Syarikat insuran
beranggapan kediaman kita berisiko
mudah terbakar. Bagi sesetengah orang
melihat menara ini memberi kesan
kesihatan yang tidak baik kepada
penghuni sekitarnya. Selagi ada pilihan
yang lebih baik hindari kediaman
berhampiran dengan unsur sebegini.

40 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI DAN BIARKAN KOSONG


SAJA

Sewakan kediaman jika kita tidak tinggal


disitu. Alasan kediaman rosak bila
disewakan adalah konyol dan bebal.
Kediaman akan kekal rosak walau kita tak
sewakan. Sediakan perjanjian yang ketat
agar penyewa tidak buat perangai.

(sebulan sewa RM500 x 12 bulan = RM6000


setahun) tidak sewakan hingga 5 tahun
(RM6000 x 5 tahun = RM 30 000, kita
kehilangan pendapatan RM 30 000 atau
kos perbaiki rumah lepas lima tahun lebih
dari RM30,000? Bagaimana jika 10 tahun
dibiarkan kosong begitu sahaja.

41 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI DIKAWASAN BANJIR

Hindari beli kediaman dikawasan banjir


atau pernah banjir. Nilai hartanah akan
jatuh atau terus tiada penghuni
dikawasan itu nanti. Tanya jiran atau
orang kawasan, situ pernah banjir atau
belum. Hindari kawasan sebegini sebagai
pilihan hati. Kawasan bencana bukan
pilihan yang baik untuk kita tinggal atau
melabur.

42 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI RUMAH YANG SILINGNYA


RENDAH

Takutnya bukak baju tangan kita dan


tinggal separuh. Haba panas
terperangkap pada siling yang rendah ini.
Ketinggian yang sihat adalah 10 kaki atau
3 meter dari lantai. Ruang dalaman yang
baik perlukan pergerakkan udara yang
lancar, semakin rendah siling kita semakin
menjadi perangkap haba. Kita rasa tak
selesa tinggal disana.

43 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN TUNGGU CUKUP DUIT

Mulakan dengan kediaman kecil, jangan


tunggu hingga duit cukup beli kediaman
besar macam istana. Bermula dengan
rumah pertama yang kecil dan sederhan.
Duit tak pernah cukup sebab nafsu kita
nakkan kediaman yang lebih sempurna.
Carilah kediaman pertama sebagai
pelaburan pertama kita, cari kediaman
dibawah harga pasaran dan
maksimumkan pembiayaan. Kaedah ini
lebih berkesan dan belanja yang kita
keluar sangat perlahan.

(Buat belian dibawah harga pasaran)

44 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI SEBAB SPEKULASI HARTANAH

Jangan beli rumah atau hartanah bila


ada yang cakap “Beli cepat nanti dah
tak dapat”, “Baik beli sini sebab KLIA 3
dan PUTRAJAYA 2 akan bukak cawangan
‘opis’ disini”. Beli hartanah yang separa
matang baru kencang. Jangan mudah
percayakan cakap cakap ini. Baca dan
kaji benarkah pembagunan akan benar
terjadi. Jika tidak akan terjadi seperti Bukit
Beruntung, ramai yang beli awal dulu
tidak untung. Jika jadi seperti Bukit
Jelutong, baru kita akan rasa untung. Hati
hati juga dengan ‘pakar hartanah dan
kewangan segera’, mereka suka
membina spekulasi dalam kewangan dan
hartanah tanpa ilmu dan pengetahuan
asas. Mereka pernah berkata jangan
membeli hartanah, tunggu hingga harga
hartanah jatuh kebawah. Jika kita
terjebak, tunggulah hingga hartanah
jatuh baru ada rumah pertama.

45 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI UNTUK BERGAYA

Rumah yang dibeli tidak boleh dibawa


sebagaimana beli kereta. Belum pernah
kita jumpa orang beli rumah untuk bawak
atas kereta. Beli berdasarkan
kemampuan kita. Jangan beli yang
mahal untuk kelihatan bergaya pada
rakan, taulan dan sedara mara. Rumah
bukan untuk digayakan tetapi untuk bina
sebuah kehidupan.

46 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN TAMBAH KOLAM IKAN

Jangan tambah kolam ikan atau pasang


jubin sampai ke siling, ia kekal pada nilai
asal. Jika kita beli dan tambah bilik dari 3
jadi 5 bilik itu sangat digalakkan. Itu baru
tambah nilai hartanah kita. Ingat tak
semua orang suka ikan, mungkin pembeli
akan datang lebih sukakan Panda atau
ketam Jubin citarasa kita mungkin tidak
masuk dengan selera pembeli akan
datang, setiap orang berbeza impian.
Jika nak pasang pilih warna yang
sederhana dan kurangkan bunga. Tak
semua tambahan akan menaikkan nilai
hartanah yang sedia ada. Jangan
berlebihan

47 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI SEBELAH LOJI KUMBUHAN

Bau yang terhasil akan buat kita cepat


loya, elakkan beli kediaman dikawasan
sedemikian. Pastikan unit kita jauh dari loji
kumbuhan IWK agar kita tak rasa
menyesal. Kita nak duduk pun tak selesa
apatah lagi orang yang nak menyewa.

48 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI DEKAT LIFT ATAU TANGGA

Jika rumah kita rumah pangsa, elakkan


beli berhampiran lift atau tangga. Disini
akan selalu dengan orang berborak atau
bising berebut suami atau cari isteri tak
jumpa. Lokasi ini seringkali jadi tumpuan
untuk orang berjumpa. Mereka
bersembang seolah olah flat ini mereka
yang punya, mereka peduli apa.
Bisingnya luar biasa.

49 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI PALING BAWAH

Jika kediaman jenis pangsa atau


bertingkat, kediaman bawah paling
mudah dimasuki orang lalu lalang.
Sampah dari atas juga seringkali singgah
diampaian kita. Jika ada yang mencucui
rumah kita kena dulu. Hartanah paling
bawah biasanya paling mahal, tetapi
tetap ada risikonya yang tersendiri

Bagi apartemant yang peruntukan tingkat


1 hingga 3 untuk letak kenderaan dan
tingkat empat baru kediaman tiada
masalah tentang ini. Ini merujuk pada
kediaman kos rendah yang ‘parking’
disekitar kawasan rumah

50 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI KAWASAN JENAYAH

Ada kawasan kediaman dianggap


‘hitam’ oleh penduduk kawasan. Disitu
tertumpu banyak penjenayah atau selalu
berlaku kecurian. Elakkan beli kawasan ini,
kelak nak sewa dan jual semula kita akan
merana. Semakin takut orang disitu,
semakin kurang nilai hartanah yang ada.
Semakin orang suka semakin tinggi nilai
hartanah sekitarnya. Bermula dengan
tanyakan jiran sekitarnya, kawasan ini
selamat atau bagaimana. Atau jika rajin
boleh rujuk Balai Polis berhampiran,
tanyakan keadaan kawasan. Paling
mudah bukak ‘Pak Google’ dan tuliskan
nama kawasan, akan keluar segala
sejarah hitam putih disana nanti. Jangan
dah beli baru menyesal, kita tak beli
rumah setiap hari, mungkin seumur hidup
kita sekali.

51 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI PERSEKITARAN YANG


TERLALU AWAL DIBUKA

Belian terlalu awal menjadikan kawasan


lambat berkembang, belian yang sihat
pada hartanah yang separa matang.
Kemudahan infra telah ada sebahagian
dan kita tak rasa tinggal rumah dalam
hutan. Jika untuk tujuan kehidupan kita
mungkin tidak mengapa. Tetapi jika untuk
tujuan sewa, pulangan lambat serta
kadar nilai kenaikkan harta sangat
perlahan dan makan masa yang panjang
dan lama. Pelabur bijak tidak mahu
banyak buang masa, mereka tahu waktu
yang sesuai untuk bina hartanah pertama
mereka.

52 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI APARTMENT SERVIS

Kediaman ini atas tanah komersial, segala


bill dan akta tertakluk kepada akta
perniagaan bukannya kediaman. Bil
elektrik dan utiliti dikenakan atas status
komersial bukan kediaman. Ia menjadi
lebih mahal tetapi kemudahan kedai ada
dimana mana. Tinggal dikawasan
sebegini agak selesa kerana segala
kemudahan perniagaan sedia ada,
tetapi secara jangka panjang ia
menipiskan poket kita. Jika tujuan beli
untuk pelaburan atau disewakan silakan
sahaja. Ia tidak tertakluk kepada
larangan ini.

53 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI BELAKANG KEDAI

Kita tak pasti kedai apa bakal dibuka, jika


mamak dibuka 24 jam sehari bunyi bising
penyokong bola, bau kari dan lampu
menyala sepanjang hari. Dirumah kita nak
rehat bukan nak dengar orang menjerit
mintak mee segera tak sampai sampai.

#TipsRumahPertama

JANGAN GELABAH

Jangan panik bila semua orang dan beli


rumah dan kita masih sewa rumah Kak
Mah. Tenang dan belajar bagaimana beli
rumah dengan betul. Ramai yang
gelabah ini mudah ditipu oleh orang yang
ambil kesempatan. Belajar dulu baru beli
rumah, bukan beli dulu baru belajar, itu
kurang ajar namanya. Baca buku dan
blog hartanah percuma, ia bantu anda
dari kena tipu atau hilang deposit rumah
pertama.

54 | # T i p R u m a h P e r t a m a
Rujuk blog ini www.abangensem.com @
www.gilahartanah.com

#TipsRumahPertama

JANGAN BAYAR TUNAI

Apa sahaja bayaran tempahan


sebaiknya dilakukan dalam bentuk cek
dan bukannya tunai, jika perlu tunai bayar
melalui peguam yang kita lantik jangan
bayar terus pada agen atau pemilik
rumah. Jika mereka hilang kita ada bukti
bayaran yang ada. Buat salinan cek
tersebut dan minta tandatangan agen
atau pemilik sebelum serahkan padanya.
Dapatkan salinan pengenalan diri agar
kita kena tipu nanti. Kita himpun duit
bukan sehari dua, tetapi makan masa
yang lama. Jangan mudah dan senang
percaya.

55 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI DARI PEMAJU YANG TIADA


PENGALAMAN

Semak sejarah pemaju yang akan kita beli


rumahnya. Jika dia pernah bina rumah
dikawasan kita luangkan masa hujung
minggu melawat projek lepas yang
mereka laksana. Disitu kita boleh lihat
kualiti dan kredebiliti pemaju itu sama ada
beriman atau pemaju neraka. Pastikan
pemaju ini memiliki rekod pengalaman
kerja yang baik, menepati masa, hasil
kerja mengikut spasifikasi yang
sepatutnya. Jangan nanti rumah tak siap
mereka lari dan tinggalkan kita, dah tiap
malam kita kena keluar TV3. Mengadu
rumah kita kat mana?, rumah kita kat
mana? (sila ikut rentak lagu awak kat
mana secara perlahan lahan)

56 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI KAWASAN HANTU

Sama seperti kawasan banjir, jika


kawasan itu ditakuti atau jiran tetangga
kata rumah itu selalu orang yang duduk
tak lama. Mesti ada sesuatu didalammya.
Nilainya akan jatuh serta orang takut nak
duduk. Elakkan beli kediaman yang
dapat pakej hantu bersama diberi
percuma !!!. Memang belum pernah ada
yang tulis begini, tetapi kita selalu dengar
kisah rumah hantu yang orang takut nak
lalu. Semakin takut orang pada sesuatu
kawasan semakin kurang harganya
dimasa hadapan.

57 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI TUNAI

Pelabur bijak tidak beli hartanah secara


tunai, mereka guna pembiayaan bank
untuk lindungi wang mereka. Mereka
manfaatkan bank untuk jana dan bina
harta mereka. Hartanah dibeli dengan
pembiayaan dilindungi oleh insuran atau
takaful. Jika sesuatu berlaku atau hilang
upaya, rumah itu tetap menjadi milik
mereka. Jika kita beli tunai, peluang kita
untuk kembangkan duit yang ada
semakin sedikit. Manfaatkan tunai yang
ada agar dapat banyak bina harta.
Membeli dengan tunai bukan pilihan bijak
bagi pelabur, mereka cuba minimumkan
bayaran agar lebih banyak harta terbina
dengan sedikit usaha dan modal yang
ada.

58 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BUAT PINJAMAN PERIBADI BELI


RUMAH

Kadar pembiayaan pinjaman peribadi


lebih tinggi berbanding pembiayaan
rumah, ia memiliki kadar ‘effective rate’
yang boleh membuatkan jantung kita
berdegup kencang membayar jumlahnya
nanti. Guna pembiayaan perumahan
yang sesuai untuk kita, selain ia
melindungi ia juga membantu kita selesai
awal hutang nanti. Pembiayaan rumah
memang direkabentuk agar lebih
‘berkawan’ dengan pembayar rumah
berbanding dengan Pembiayaan
Peribadi.

59 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN AMBIL TEMPOH PEMBIAYAAN


YANG PANJANG

Jika ini rumah kediaman kita, sebaiknya


tempoh pembiayaan pendek sahaja.
Semakin panjang tempoh pembiayaan
semakin banyak yang kita bayar pada
bank sebenarnya. Kata guru saya, jika kita
mengambil 20 tahun pembiayaan
bersamaan dengan dua buah rumah
yang kita beli. Jika kita ambil 30 tahun
pembiayaan bersamaan dengan dengan
3 biji rumah yang kita beli tapi dapat
sebuah rumah sahaja. Boleh faham
ke..kengkawan semua?. Prinsip mudah
,semakin pendek pembiayaan kita
semakin kacak kita seperti Nepal dan
Bangla. Tetapi kita perlu bayar lebih tinggi
dari biasa, itu risikonya.

60 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN AMBIL TEMPOH PENDEK JIKA IA


TUJUAN PELABURAN

Semakin panjang tempoh pembiayan


semakin rendah kadar bayaran tetapi
semakin banyak hutang. Sebagai pelabur
hartanah kita perlukan wang bulanan
yang membantu kita menabung dan
membina aset yang lebih baik dimasa
hadapan. Ini formula untuk pelabur
hartanah tetapi kurang sesuai jika kita beli
rumah untuk tinggal. Jika rumah
kediaman kita, sebaiknya tempoh
pembiayaan lebih pendek. Strategik
pelaburan berbeza dengan membeli
rumah sendiri.

61 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI TENGAH JIKA MAMPU BELI


TEPI

Jika kita mampu dan ada lebihan duit,


membeli rumah paling tepi adalah pilihan
yang terbaik. Unit yang terhad dan
keluasan yang lebih besar menjadikan
ianya pilihan pembeli akan datang.
Nilainya lebih tinggi serta kita akan ada
lebihan ruang. Satu hal lagi jika kita ada
impian untuk jualkan kembali, kediaman
sebegini lebih menjadi pilihan. Unit tepi
biasanya terhad dan banyak lebihan
ruang. Unit ini sesuai untuk dijadikan
kediaman, jika kita impian untuk
disewakan kadar sewa yang tinggi
diperlukan. Jadikan ruang ini keutamaan
dan pilihan anda ketika membeli jika
berkemampuan.

62 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BERMULA DENGAN SOHO, SOVO


DAN SOFO

Unit ini terhad jumlah keluasan lantainya,


harganya ‘luar biasa’. Bagi yang ingin
membeli hartanah kali pertama. Risiko
jenis hartanah ini luar biasa. Jika duit kita
banyak dan pandai buat analisa silakan
sahaja, tapi jika baru berjinak dengan
hartanah pertama. Mohon hati hati takut
membakar diri. Hartanah begini berisiko
tinggi, sasarannya untuk pelajar universiti
atau pekerja ‘oversea’ disini. Kadar
sewanya lebih tinggi dan mahal dari unit
biasa. Biasanya unit sebegini lengkap
dengan perabot serta fasaliti, golongan
muda suka begini. Tetapi bila dan kawin
ada anak isteri, kita rasa macam duduk
dalam kotak kasut saja. Ianya kecil dan
sempit sahaja.

63 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI STATUS PAJAKAN, JIKA ADA


PEGANGAN BEBAS

Jika kita ada pilihan membeli hartanah


pertama, belilah hartanah status
Pegangan Bebas. Hartanah Pajakan
kurang diminati pelabur hartanah.
Dibandar besar pegangan bebas hampir
sukar ditemukan. Jika kita telah kaji
potensi hartanah itu baik dan berkesan.
Status pajakan juga tidak mengapa.
Tempoh pajakan biasanya 99 tahun dan
jika tamat tempoh akan ada bayaran
premium khusus untuk lanjutan tempoh
tersebut.

64 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI RIZAB BUMIPUTERA JIKA KITA


ADA IMPIAN JUAL SEMULA.

Kuasa membeli dikalangan bangsa kita


tidak sehebat bangsa disana. Mereka
mampu membeli pada harga yang tinggi.
Jika kita ada impian untuk jual semula
rumah pertama, sebaiknya pilih hartanah
Bukan Bumiputra agar nilai hartanah
tersebut boleh naik dengan menggila.
Kuasa membeli bukan bumiputa ini lebih
tinggi dari kita, malahan pembeli kita
tidak hanya tertumpu satu bangsa
sebaliknya 1 Malaysia.

65 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN DAH PENCEN BARU NAK BELI


RUMAH PERTAMA

Jangan lama sangat menunggu hingga


pencen baru nak beli rumah pertama.
Semakin tinggi usia semakin banyak nilai
insuran yang kita kena bayar. Jangan
lewat membeli, isteri kita juga yang rugi.
Jika kita dijemput ‘pergi’ kita tak
tinggalkan sebuah rumah untuk keluarga
kita. Waktu bersara sepatutnya selesai
semua hutang yang ada bukan bermula
beli kediaman pertama.

66 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN MALU BELI KOS RENDAH, IA


BUKAN DOSA

Bermula dengan rumah kos rendah ia


bukan satu dosa. Ramai kalangan kita
malu sebab kos rendah ini kurang gaya.
Tetapi hartanah tetap bernilai untuk masa
depan kita, jika ini yang mampu untuk
bermula apa salahnya. Jangan terus
membeli rumah bunglo idaman Malaya,
nanti lebam kita nak membayarnya.
Rendahkan piawai kita dan marilah kita
bermula dengan hartanah pertama.

67 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN PAKSA ANAK BELI RUMAH UNTUK


KITA

Jika kita ada ramai anak yang berjaya,


jangan paksa mereka membeli rumah
untuk kita. Sebagai ketua keluarga kita
seharusnya sediakan kediaman untuk
perlindungan mereka. Jika kita menyewa
sampai ke tua dan berharap anak anak
akan belikan untuk kita, kita harus rasa
berdosa. Kita gagal sediakan kediaman
untuk mereka dan berusaha
menyusahkan mereka pula. Zaman
mereka dan kita telah berbeza, susah
mereka berkali ganda dari susah kita
sebab zaman mereka zaman cukai
berganda. Jika kita anak yang soleh dan
ingin membantu keluarga, sesungguhnya
syurga sahaja balasan buat kita. Anak
yang soleh membantu keluarganya.

68 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI KERETA DULU, BELILAH


RUMAH PERTAMA.

Jika gaji kita kecil sahaja atau sederhana,


membeli kereta dulu membuatkan kita
lambat dapat beli kediaman pertama.
Hutang kereta dihitung dalam DSR (Debt
Service Ratio) yang membebankan kita.
Kadar hutang yang semakin tinggi akan
menyebabkan peluang membeli rumah
terhalang. Jika kita kemaruk juga ingin beli
kereta, cadangan saya beli rumah dulu
baru lihat kereta yang kita boleh bangga.
Semakin awal kita beli kereta idaman
Malaya semakin lewat kita dapat rumah
pertama, percayalah cakap saya, saya
tak tipu punya. Ramai yang dah kena. Beli
Almera, City dan Vios untuk bergaya. Bila
pembiayaan rumah tak lepas, habis
semua anak beranak Rosmah mereka
marah.

69 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN MEMBELI DIATAS ‘MARKET VALUE’

Pembeli yang bijak senantiasa akan beli


10% dibawah harga pasaran. Kita mahu
hari pertama kita membeli hartanah itu,
kita telah untung. Tidak perlu tunggu dua
atau tiga tahun baru nilai hartanah naik
baru untung. Orang bijak dan kacak
waktu beli sahaja dia dah untung tak
perlu tunggu lama lama.

Contoh :

Harga Jualan Rumah : RM 200,


000.

Harga Nilai Pasaran Rumah : RM 220,000

Ada keuntungan 10% dari Harga Nilai


Pasaran

70 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN MEMBELI UNTUK JUALAN SEMULA

Salah satu kaedah yang popular dalam


pelaburan hartanah adalah ‘beli dan jual’
atau ‘flipping’. Saya tidak galakkan tujuan
belian hartanah untuk ini, benar kita akan
cepat jadi kaya tetapi formula ini dibenci
oleh kebanyakkan orang diluar sana dan
berisiko tinggi. Jika rumah yang kita beli
tidak dapat dijual kita akan menanggung
biaya yang tinggi. Seperkara lagi, formula
inilah yang menjadikan harga hartanah
jadi spekulasi, beli harga lain dan jual
pada harga yang tinggi. Orang benci kita
nanti, hidup untuk disayangi dan bukan
untuk dibenci. Beli hartanah sebagai
simpanan jangka panjang, bukan tujuan
spekulasi pelaburan begini, guru saya
juga berkata secara Muamalatnya ia
tidak baik untuk kita bina pahala dimasa
hadapan.

71 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN SEWA TERLALU LAMA

Jika kita mula bekerja disesuatu tempat,


sebelum usia lima (5) tahun disitu kita
harus ada rumah pertama. Jika kita
memikirkan akan berpindah tempat kerja,
sampai masanya kita perlu jual atau
sewakan sahaja. Semakin lama kita
menyewa, semakin kita kurang kaya.

Catatan : Jika kawasan kerja kita nun jauh


dipendalaman dan kadar sewa murah
‘giler’, sebaiknya sewa dari membeli disitu
nanti. Jika kita membeli ia akan menjadi
beban. Lihat pada keadaan semasa, ada
kalanya menyewa memberi lebih banyak
kebaikkan. Buat analisa yang baik
sebelum ambil satu keputusan.

Contoh Sewa 5 tahun:

Kadar Sewa Bulanan : RM 500 x 12 x 5

Perbelanjaan Sewa : RM 30, 000.00

72 | # T i p R u m a h P e r t a m a
Kita berbelanja sewa sehingga RM 30,000
begitu sahaja. Tuan rumah kacak seperti
saya yang akan kaya raya. Ehm.....

#TipsRumahPertama

JANGAN BELI YANG KITA PERLU BANYAK


UBAH SUAI

Semakin banyak kita belanja untuk rumah


pertama semakin tidak cekap wang kita.
Beli kediaman yang sedia didiami tanpa
perlu ubah suai segala. Buat senarai
semak rumah seperti mana yang kita
hendak, jangan terlalu awal memikirkan
cantikkan bilik untuk anak. Bakal ‘tulang
rusuk’ dan ‘imamku’ pun belum kita
jumpa, dah mengada ngada nak buat
bilik anak. Belajar hidup sederhana, yang
penting ada rumah pertama. Tidur atas
tilam lipat bukan dosa, ia bermakna
permulaan hidup kita. Yang penting kita
dah ada rumah pertama.

73 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI KEDIAMAN TAK DISEDIAKAN


‘PARKING’

Hari ini hampir semua orang memiliki


kenderaan sendiri, ruang letak kereta
merupakan keperluan hakiki. Pastikan
terdapat ruang letak kereta disediakan
jika kita membeli dari kondo, apartemnat
dan rumah pangsa. Tempat letak kereta
mempengaruhi nilai rumah anda nanti,
percayalah. Ada yang dijual berasingan,
harga tempat letak kereta tidak
dimasukkan dalam harga kediaman.

74 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN JIKA BELI KIBLAT MENGADAP BILIK


AIR.

Lihat ruang dalaman kediaman dan


pastikan bahawa kiblat kita tidak
mengadap tandas. Pastinya kita tidak
mahu sujud mengadap bilik air atau w.c
nanti. Jika beli rumah belum siap lagi
mintak lihat pelan kediaman, rujuk
petunjuk arah mata angin dan kita dapat
gambaran arah kiblatnya dimana nanti.
Orang beriman senantiasa meneliti segala
perkara, kata nak ‘rumahku syurga kita’.
Pastinya kita nak didik anak dan keluarga
dengan sempurna, biarkan kediaman kita
senantiasa dalam keadaan yang
sebaiknya.

75 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI JIKA SILING RUMAH ITU


RENDAH

Pastinya kita akan pasang kipas dalam


ruang rumah. Jika siling rumah rendah
kebarangkalian tangan kita putus waktu
bukak baju itu tetap ada. Hehehe ngeri
bukan?. Kelemahan siling rendah adalah
perangkap haba, kediaman kita akan
senantiasa rasa panas dan tidak
bertenaga. Semakin tinggi siling kediaman
kita semakin baik pengudaraannya.
Hindari siling yang rendah agar kita semua
rasa selesa dan bahagia. Baru isteri kita
makin rapat duduk disebelah kita sambil
pegang tangannya.

76 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI JIKA TEKANAN AIR RENDAH

Kawasan yang memiliki tekanan air


rendah bukannya pilihan yang baik. Bagi
kediaman bertingkat tingkat paling atas
selalu menghadapi masalah ini. Pastikan
kawasan kediaman kita tidak
menghadapi masalah ini, ada kawasan
perumahan yang tekanan airnya rendah
pada waktu puncak pagi atau tengah
malam. Tanya jiran atau buat survey
kawasan. Air merupakan keperluan
manusia sejak zaman hakiki lagi. Jika
kediaman kita seringkali menghadapi
masalah air ini, sebaiknya hindari.

77 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI ‘PENTHOUSE’ KERANA SUKAR


DIJUAL

Jika kita ada impian untuk jual kembali


kediaman nanti, membeli penthouse
yang tinggi bukannya pilihan yang baik.
Ia selain sukar disewakan kerana
harganya tinggi ianya sukar dijual nanti.
Harga penthouse ini biasanya menyamai
harga rumah diatas tanah yang luas.
Orang yang beli penthouse biasanya duit
mereka dan lebih dan tak tahu nak buat
apa. Mereka beli rumah besar diatas
kayangan pula.

78 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN TERGESA MEMBELI SEBAB DAPAT


BARANG PERCUMA

Jangan membeli sebab diberi kabinet


dapur percuma, ‘legal fee’ percuma,
astro atau mesin basuh. Kediaman dan
hartanah yang baik tidak perlukan ‘gula
gula’ untuk lariskan kediaman itu. Beli
kerana kita perlukan kediaman itu
bukannya sebab tawaran menarik dari
pemaju. Jangan mudah ‘cair’ bila lihat
gadis seksi, biasanya gegadis begini dah
pasang strategik. Tak dapat kawin Dato’
mesti nak kawin menteri.

79 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN MEMBELI DI PAMERAN HARTANAH

Hartanah dan rumah yang baik biasanya


tidak akan masuk ke pameran hartanah.
Ianya habis sewaktu dilancarkan
jualannya. Semak kembali kenapa
hartanah ini belum laku dan tidak menjadi
pilihan pembeli. Faktor lokasi, pemaju,
kualiti binaan, infrastruktur persekitaran
dan sebagainya perlu dipertimbangkan.

Catatan : terdapat hartanah yang


menarik yang tidak menjadi perhatian
pembeli tetapi menjadi perhatian pelabur
hartanah. Saya pernah membeli hartanah
yang tidak terjual kerana dipandang sepi,
sebenarnya berpotensi. Lihat dengan
mata hati, hanya pelabur kacak dan seksi
yang ada mata hati ini.

80 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN MEMBELI MENGADAP JALAN


RAYA ATAU KAWASAN INDUSTRI

Elakkan membeli menghadap jalan


utama kerana faktor pencemaran dan
bunyi bising. Kawasan industri juga
mengalami kesan yang sama, jika ada
yang mengeluarkan asap yang berbau
lebih mengecewakan. Pilih kawasan
kediaman yang jauh dari kawasan
industri, dalam perancangan bandar
kawasan ini telah diwartakan dan
terdapat kawasan khusus untuk setiap
aktiviti. Beli dikawasan yang khusus untuk
kediaman bukan kawasan industri atau
bercampur.

#TipsRumahPertama

JANGAN BELI HARTANAH BERHAMPIRAN


KABEL ELEKTRIK YANG TINGGI

Sebaiknya hindari membeli kediaman


berhampiran dengan kabel elektrik
bervoltan tinggi. Ia bukan pilihan yang

81 | # T i p R u m a h P e r t a m a
baik selain dikaitkan dengan faktor
menjejaskan kesihatan penghuni.
Kawasan ini juga akan beri nilai rendah
jika kita ada impian ingin jual kembali
kediaman itu nanti.

#TipsRumahPertama

JANGAN BELANJA WANG YANG BANYAK


UNTUK HARTANAH PERTAMA

Peruntukan kewangan yang banyak


untuk kediaman pertama, jadikan kita
sukar untuk melabur atau sediakan rumah
kedua. Rumah pertama biar kecil dan
sederhana. Impian kita pasti berubah
seiring dengan masa. Jika kediaman
pertama kita sediakan kolam ikan,
kabinet dapur serta bilik tidur terbina, jika
kita nak pindah atau ahli keluarga
bertambah ia merugikan kita. Perabot
memiliki nilai susut. Jangan berlebihan
untuk rumah kali pertama, belajar
bersederhana.

82 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI DARI ‘BROKER HARTANAH’,


BELI DARI AGEN YANG SAH

Jangan mudah percaya bila ada yang


cakap dia ada rumah murah, mereka
kadang kala ‘broker hartanah’ mereka
mengaut keuntungan atas angin tanpa
sebarang skala bayaran yang sah.
Mereka juga tidak dilindungi oleh apa
apa undang undang. Jika mereka
menghilangkan diri bayaran kita juga
akan tumbuh sayab dan terbang begitu
sahaja. Guna agen hartanah yang
berdaftar, mereka memiliki kad kerja yang
sah. Biasanya sebelum berurusan mereka
lebih faham etika kerja mereka. Kita juga
boleh merisik siapa mereka melalui web
site agen hartanah yang sah, nama dan
gambar mereka tertera secara sah.

83 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN BELI DAN SIMPAN RUMAH,


SEWAKAN SEGERA.

Jika kita telah ada hartanah, dan kita


simpan untuk kegunaan masa hadapan
kita. Itu tidak bijak sebenarnya. Sewakan
segera, atau kita sedang mengalami
kerugian sebenarnya. Ada yang cakap
kediaman rosak bila disewakan, begini
hujahnya, semua benda yang ada
didunia ini ada tempoh sah laku. Jika
tidak didiami ia tetap akan rosak juga.
Ada yang beli rumah selepas 10 tahun
baru nak duduk anai anai dah penuh
bersarang. Haiwan dan ‘makhluk’ akan
bersarang dirumah yang ditinggalkan.
Besi dan kayu yang ada tetap akan
dimakan usia, sampai tempohnya ia
tetap kena tukar juga. Rumah seperti
tubuh kita, jika tiada ‘roh’ didalamnya, ia
akan mati segera.

84 | # T i p R u m a h P e r t a m a
Kerugian kita :

Jika kediaman tidak disewakan ; Sewa


Bulanan RM 500 x 12 x 10 tahun =
RM60,000!

#TipsRumahPertama

JANGAN MOHON HANYA SATU BANK


SAHAJA PEMBIAYAAN

Jika kita baru nak beli rumah pertama,


usahakan pembiayaan dari beberapa
bank yang ada. Setiap bank ada syarat
yang berbeza dalam menilai bakal
pelanggan mereka. Jika kita gagal
dengan bank yang pertama, kita ada
bank yang kedua dan ketiga. Bersiap
sedia jika permohonan kita tak diterima,
jumpa pegawai bank dan bertanya.
“Kenapa pembiayaan saya tidak
diterima, ?” Perbaiki dan hantar semula.
Jangan terus rasa kecewa, setiap bank
berbeza beza penilaian mereka terhadap
anda

85 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN TUNGGU HARGA RUMAH JATUH


BARU NAK BELI

Teori ini teori orang kecewa sebenarnya,


dalam pelaburan dan beli hartanah kita
tidak membeli pada waktu yang kita tidak
jangka. Kita mesti ada masa yang sesuai.
Jika perkara ini benar benar berlaku ia
bonus sebenarnya. Tetapi kita kena ingat
bahawa jika harga hartanah jatuh teruk
pada waktu ini, apakah keadaan
ekonomi membantu? Jika ekonomi tidak
baik pastinya untuk dapatkan
pembiayaan bank lebih perit. Jangan
tunggu ramalan Nujum Pak Belalang ini,
beli yang kecil dan bermulalah dengan
yang pertama. Semakin lama kita
menunggu bulan jatuh keriba, semakin
kita akan rasa hampa.

86 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN ‘BERCINTA’ SANGAT

Jika kita telah jatuh hati dengan sesuatu


hartanah, jangan cepat sangat buat
keputusan segera. Tenangkan diri dan
dapatkan pandangan Nelofa anda atau
sahabat handai. Bila dan terlalu suka kita
tak nampak cacat yang ada seperti
rumah itu tiada kualiti, penyelenggaraan
tinggi, kedudukan matahari, ruang kecil
tidak mencukupi, sukar dijual kembali
dan banyak lagi. Bila hati dah suka,
semua benda kita nampak bahagia. Hati
hati jangan sampai kecewa dikemudian
hari.

87 | # T i p R u m a h P e r t a m a
#TipsRumahPertama

JANGAN SALAH LOKASI

Dalam pelaburan hartanah, lokasi


merupakan faktor penilaian penting. Pilih
lokasi yang ada 3B iaitu Berlindung,
Bekerja dan Bermain. Pastikan lokasi itu
banyak menyediakan tempat Berlindung
iaitu rumah. Lokasi yang baik juga
mempunyai banyak peluang pekerjaan
dan akhir sekali lokasi yang bagus
seringkali ada Pusat Hiburan (Berhibur).
Semua ini menjadikan lokasi itu kekal
hidup dan tidak mati. Pastikan lokasi kita
betul, nanti kita akan menyesal jika salah
beli.

#TipsRumahPertama

JANGAN BELI PADA HARGA TINGGI

Jangan bermula dengan hartanah yang


berharga tinggi. Beli yang kita mampu
dulu baru beli yang kita idamkan. Pastikan
median gaji kita dibawah 5.5 agar tidak
berlebihan dalam belia hartanah
pertama. Saya selalu galakkan orang
muda dibandar bermula dengan
hartanah pertama dengan harga bawah
88 | # T i p R u m a h P e r t a m a
RM 200,000 sahaja. Jika lebih berani
masuk dan beli hartanah lelong, masih
banyak yang berada di bawah RM
100,000 sebenarnya.

Pendapatan Tahunan x 5.5 = Harga


Rumah Yang Kita Layak

#TipsRumahPertama

JANGAN TERUS BELI KOMERSIAL

Jika rumah belum ada dan kita rasa nak


jadi pelabur tegar, jangan bermula
dengan pelaburan komersial. Bermulalah
dengan hartanah kediaman dulu. Belajar
mengurus baru bina porfolio komersial.
Baru kita tahu ragam hartanah
bagaimana. Jangan bermula dengan kos
tinggi nanti kita cepat rasa rugi. Belajar
urus risiko kecil dahulu baru kita ciptakan
risiko yang lebih besar.

89 | # T i p R u m a h P e r t a m a
# Tips Persediaan
Rumah Pertama
1. Dapatkan Pekerjaan Sesuai.

Jangan asik lompat kerja, dapatkan


kerja tetap segera. Beli rumah jangan
beli tunai. Pembiayaan bank akan
datang jika kerja kita sesuai dan baik.
Pastikan kerja kita ada caruman KWSP
dan PERKESO. Bank ada skala kerja,
jika kita doktor, jurutera, pensyarah
mendapat perhatian yang lebih untuk
buat pembiayaan. Kerja lain tetap
menjadi pilihan. kelayakan pinjaman
kita bergantung kepada kestabilan
pekerjaan kita. Pekerja tetap lebih
senang untuk mendapat pinjaman
berbanding pekerja kontrak. Semakin
baik kerja dan status jawatan kita
semakin sayang bank terhadap kita .

2. Lindungi Maklumat Peribadi

Jangan dedahkan maklumat peribadi


kita seperti kad pengenalan kepada

90 | # T i p R u m a h P e r t a m a
orang lain agar tidak berlaku
penipuan. Jaga dan kawal dengan
baik agar kita tidak jadi mangsa
penipuan. Jangan beri salinan Mykad
kita sesuka hati kepada orang lain
kerana salinan Mykad kita boleh
disalahgunakan untuk membuat loan
oleh "fraudster". Sentiasa periksa rekod
CCRIS kita untuk memeriksa samada
terdapat senarai loan atau kredit kad
yang bukan milik kita di dalam rekod
CCRIS kita.

3. Hindari Hutang Tidak Perlu

Bank melihat segala hutang yang


kita ada sebelum meluluskan
permohonan pembiayaan kita. Jika
kita banyak bina hutang ‘jahat’,
peluang kita untuk dapat biaya
agak sukar. Setiap dari kita memiliki
margin pinjaman yang berbeza,
semakin banyak hutang yang kita
bina dari kereta, kad kredit atau
pinjaman peribadi. Semakin jauh
kita mendapat rumah pertama kita.
Elakkan beli kereta yang mahal

91 | # T i p R u m a h P e r t a m a
sebelum membeli rumah. Beli kereta
yang mahal akan meningkat Debt
Service Ratio (DSR) kita, seteruskan
akan memberi kesan apabila kita
semasa kita ingin memohon
pinjaman perumahan.

Bagi memudahkan pembiayaan


kediaman kita diluluskan, saya suka
cadangkan jangan beli kenderaan
dulu. Beli kediaman dahulu baru
kereta pertama anda.
Kebanyakkan pembiayaan tak lulus
kerana hutang kereta kita telah
tutup peluang beli rumah pertama.

4. Bina rekod kredit yang baik (Clean


CCRIS)

Sila bayar hutang sebelum atau


tetap pada masanya. Permohonan
pinjaman kita akan ditentukan oleh
rekod pembayaran pinjaman kita
selama setahun kebelakang. Jika
kita jenis orang malas membayar
dan bayar ikut sesedap rasa.
Percayalah bahawa akan

92 | # T i p R u m a h P e r t a m a
menghadapi kesukaran untuk
mendapat pembiayaan rumah
pertama.

5. Hapus / kurang / gabung hutang.

Kurangkan hutang kita dengan


cara hapus, kurangkan, atau
gabungkan hutang kita untuk
mengurangkan Debt Service Ratio
(DSR) kita. Ini salah satu kaedah
kurangkan beban dan rekod
kesihatan kewangan kita

6. Utamakan keperluan dan kehendak

Elakkan membeli barang mewah


yang lebih kepada kehendak
berbanding keperluan (keperluan
asas harian). Beg tangan "LV" ada
kehendak, beg tangan biasa yang
lebih murah adalah keperluan.

7. Ubah Rutin Mingguan

ubah gaya hidup kita, kurangkan


pembaziran, sertai seminar
93 | # T i p R u m a h P e r t a m a
"Mudahkan Beli Rumah" (ehem....)
di hujung minggu untuk tambah
ilmu pembelian hartanah kita.
Jangan mengada ngada nak jalan
di pasaraya sahaja, selain dari cuci
mata. Poket kita ikut tercuci sama
kadang kala, sebab itu kita tak
kaya kaya.

8. Jaga kesihatan

Hentikan tabiat merokok, yang


membahayakan kesihatan. Setiap
kali kita ingin melanggan insurans,
kita perlu bayar premium yang lebih
tinggi jika tahap kesihatan kita
kurang baik. Lagipun lelaki yang
kuat isap rokok nie tak ‘gagah’
berani, gegadis tak suka lelaki
kurang ‘gagah’. Mereka suka
dilindungi.

9. Sokongan Keluarga

Dapatkan sokongan keluarga untuk


beri semangat bagi kita membeli
rumah. Ada keluarga yang tidak
setuju, katanya muda lagi jangan
terburu buru. Jika jawapan mereka
sebegini, cari kumpulan sokongan
di FB. Ramai yang minat nak
94 | # T i p R u m a h P e r t a m a
membantu dan sokong usaha kita.
Bentuk kumpulan di FB, mereka ini
semua ada wawasan sebelum hari
tua nanti. Follo Abah Aqilah di FB,
dia memang galakkan orang beli
rumah sewaktu muda lagi.

10. Kurangkan Belanja, Tingkatkan


simpanan.

Kurangkan perbelanjaan yang tak


perlu, tingkatkan simpanan kita.
Nilai simpanan kita di bank juga
akan dinilai oleh pihak bank untuk
meningkatkan peluang kita untuk
mendapat pinjaman.

11. Jangan menjamin

Elakkan untuk menjadi penjamin,


terutama kepada mereka yang
tidak mempunyai pertalian darah
dengan kita. Jika kita menjadi
penjamin, ia mengurangkan
peluang kita untuk mendapatkan
pinjaman. Jamin gegadis untuk
menjadi suri hidup kita itu digalkkan
sangat, lelaki yang baik akan
menjamin kehidupan isterinya
dengan membeli rumah pertaman
untuk keluarga mereka.
95 | # T i p R u m a h P e r t a m a
# Langkah Pertama
Rumah Pertama

#1 . Mencari Rumah Yang Sesuai

Langkah pertama untuk membeli suatu


rumah haruslah mencari rumah yang
betul dan dapat memenuhi segala
keperluan kita nanti. Keperluan adalah
sesuatu yang unik untuk setiap individu
dan sesetengah individu mungkin
mempunyai lebih keperluan daripada
yang lain. Bergantung kepada sama ada
anda membeli suatu rumah untuk
perlaburan atau untuk kegunaan sendiri
sendiri, keperluan juga mungkin berbeza.
Jika anda ada di lema untuk memilih jenis
hartanah untuk melabur, kamu boleh
membaca Buku Mudahnya Beli Rumah
sebagai panduan pertama anda.

Ingat keperluan setiap dari kita berbeza


maka jenis kediaman dan rumah pilahan
juga akan berbeza. Jangan beli rumah
sebab rakan sejawat kita memebli rumah
96 | # T i p R u m a h P e r t a m a
yang sama. Perancangan kewangan dia
dan kita pastinya berbeza, begitu juga
komitmen kewangan kita dan dia juga
berbeza. Sesuai dimata dia mungkin tidak
sesuai dimata kita. Rumah pertama biar
yang sederhana jangan sampai kita
terbeban dan merana.

#2 . Perjanjian Terjamin

Bagi menjamin perjanjian adalah


disarankan untuk membayar 2% - 3%
yuran tempahan (booking fee) kepada
pemaju hartanah atau ejen hartanah dan
resit tempahan akan diberikan kepada
anda. Ini juga bergantung kepada
keadaan, ada pemilik kediaman yang
tidak mahukan Dalam 14 hari dari hari
tersebut, anda akan diminta untuk
menandatangani Perjanjian Jual dan Beli
(atau juga dikenali sebagai S&P) dan juga
membayar 7% - 8% baki deposit,
bergantung kepada jumlah pinjaman
yang anda boleh perolehi.

(Dalam beberapa kes di mana penilaian


hartanah adalah lebih rendah daripada
jumlah pembelian hartanah, bank hanya

97 | # T i p R u m a h P e r t a m a
akan meluluskan pinjaman sehingga 90%
daripada jumlah penilaian.

#3. Pembiayaan Pinjaman Rumah

Dalam proses ini, anda akan perlu


mengemukakan borang permohonan
bersamaan dengan semua dokumen
sokongan (seperti salinan Kad
Pengenalan anda, slip gaji, penyata
KWSP, tempahan penerimaan dan
sebagainya) kepada bank dan bank
akan menilai profil kredit anda untuk
menentukan sama ada mereka mahu
menerima atau menolak permohonan
anda.

Ini adalah sebahagian proses yang


mengambil masa yang paling lama selain
daripada mencari hartanah yang betul.
Anda ingin mendapatkan pinjaman
daripada bank sama ada yang
mengenakan faedah yang paling rendah
atau mempunyai ciri-ciri produk yang
menarik atau paling mudah untuk anda.

Jika bank membuat keputusan untuk


meluluskan permohonan pinjaman,
mereka akan mengeluarkan satu surat
98 | # T i p R u m a h P e r t a m a
tawaran dan anda perlu
menandatangani sebagai tanda
bersetuju manerima tawaran.

#4. Perjanjian

Perjanjian di mata undang-undang


bermakna anda perlu melantik peguam
untuk melaksanakan Perjanjian S&P dan
Perjanjian Pinjaman. Bergantung kepada
faktor-faktor tertentu, anda mungkin perlu
untuk melaksanakan Perjanjian S&P dan
Perjanjian Pinjaman dengan peguam
yang lain. Sebaik sahaja anda telah
menandatangani perjanjian yang
diperlukan, peguam akan mengambil alih
dan setem perjanjian itu (di mana anda
perlu membayar duti setem dan yuran
guaman) dan melaksanakan
pendaftaran pemindahan di Pejabat
Pendaftaran Tanah.

Bergantung kepada aspek-aspek


tertentu, kadang-kala pendaftaran
pemindahan boleh mengambil masa
sehingga enam bulan untuk disiapkan.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan
yang biasa, ia tidak seharusnya
mengambil masa lebih daripada 3 bulan.

99 | # T i p R u m a h P e r t a m a
Apabila semua telah selesai, bank akan
membayar jumlah pinjaman kepada
penjual dan kunci akan dihantar kepada
anda. Ini melengkapkan keseluruhan
proses di mana anda kini ialah pemilik sah
untuk hartanah tersebut.

Kesulitan Yang Mungkin Terjadi

1. Selain daripada bayaran muka


anda, jangan lupa untuk berhati-
hati dengan kos permulaan yang
lain semasa membeli hartanah
(yuran guaman, duti setem,
penilaian dan sebagainya)
Gunakan Kalkulator Pinjaman
Perumahan kami untuk mengira kos
penyertaan anda.

2. Sehingga 31 Disember 2014, jika


pembelian rumah pertama anda
berharga di bawah RM400,000,
anda layak untuk mendapat
diskaun 50% atas duti setem bagi
Perjanjian Jualan dan Pembelian
serta dokumentasi pinjaman anda.
Gunakan ini untuk kelebihan anda.

100 | # T i p R u m a h P e r t a m a
3. Berhati-hati dengan penilaian
hartanah. Hanya kerana anda
membeli rumah pada harga
tertentu tidak bermakna bank akan
menilai hartanah tersebut pada
harga yang sama. Bank biasanya
hanya boleh memberi pinjaman
sehingga 90% daripada harga
pembelian atau penilaian tersebut.
Oleh itu, jika penilaian itu adalah
kurang daripada harga pembelian,
anda mungkin perlu menambah
dengan tunai!

Sumber: https://loanstreet.com.

#TabungGegadis

Jika kita sebok mencari ‘imamku’ dalam


berumahtangga, bersedialah untuk ‘berjemaah’
nanti

101 | # T i p R u m a h P e r t a m a

Anda mungkin juga menyukai