Anda di halaman 1dari 21

CARA BUAT MARK ET ING PL A N U N TU K CA PA I J UA L A N 6 A N G K A

6 FIGURES
Apa yang dimaksudkan dengan 6 Angka?

Saya ada seorang kawan yang memang tak reti kalau


saya sebut 6 atau 7 angka depan dia. Haha!

Jadi, kita define siap-siap lah ya. 6 angka ini adalah


minima RM100,000 sebulan.

Impian ramai orang untuk capai jualan 6 angka sebulan


secara konsisten.

Sebenarnya, semua produk atau servis boleh capai


jualan 6 angka sebulan jika kena dengan caranya.

Let’s get started!

1
CARA BUAT MARK ET ING PL A N U N TU K CA PA I J UA L A N 6 A N G K A

“What’s Your
Magic Number?”

Produk apa yang anda jual?

Semua orang kena kira the Magic Numbers dalam bisnes mereka.

Kalau nak hit jualan RM100,000,


berapa ramai customer yang diperlukan?

Jika anda jual product berharga RM100, maka anda perlukan:

RM100,000 / RM100 seunit = 1,000 unit jualan.

Jika anda jual product berharga RM1,000, maka anda cuma perlukan:

RM100,000/ RM1,000 seunit = 100 unit jualan.

Harga produk RM10, 100,000 unit sebulan, 3,333 unit sehari


Harga produk RM100, 10,000 unit sebulan, 333 unit sehari
Harga produk RM1,000, 1,000 unit sebulan, 33 unit sehari
Harga produk RM10,000, 100 unit sebulan, 3-4 unit sehari

RM100 = 333 unit sehari

Soalan seterusnya adalah..

2
CA RA BUAT MARK ET ING PL A N U N TU K CA PA I J UA L A N 6 A N G K A

“Berapa purata pembelian


seorang pelanggan?”
Kita rujuk contoh produk harga RM100 seunit.

Jika pelanggan hanya beli 1 unit setiap kali mereka membeli,


maka anda perlukan 1,000 customer sebulan.

Tetapi, jika mereka membeli 2 unit, maka anda cuma perlukan


separuh dari itu, iaitu hanya 500 customer sebulan.

Kemudian, anda kena tanya soalan ini..

“Boleh ke anda dapat


customer seramai itu sebulan?”
Kalau nombor itu terlalu besar untuk anda bayangkan,
anda boleh cuba pecahkan ikut target mingguan atau harian.

Contohnya, 1,000 customer sebulan, hanya 250 customer seminggu,


dan hanya 33 customer sehari!

Maka, anda hanya fokus untuk dapatkan 33 customer sehari.


Buatlah apa sahaja aktiviti marketing dan jualan
yang diperlukan untuk dapatkan 33 customer sehari.

Tetapi anda kena ingat satu perkara ini..

3
CARA BUAT MARK ET ING PL A N U N TU K CA PA I J UA L A N 6 A N G K A

“Kalau nak goreng ikan yang besar,


kenalah goreng menggunakan kuali
yang besar”

Ini pesan guru saya ketika saya berjumpa dengannya pada 8 tahun
yang lalu.

Masalah ramai bisnes owner dan marketer yang nak scale jualan
adalah bila mereka tak bersedia dari sudut Operation.

Boleh ke bisnes anda handle customer seramai itu?

Bergantung pada bisnes model anda, mungkin akan ada ceiling


dari segi jumlah jualan.

Contohnya, anda buat bisnes Personal Coaching untuk fitness, dan


produk yang anda jual adalah kelas bootcamp workout di mana
seorang hanya bayar RM50 untuk 1 sesi.

Kelas tersebut ada kapasiti maksimum 30 orang per sesi. Purata


jualan adalah RM50 x 30 orang = RM 1,500 per sesi.

Anda nak target jualan RM100,000 sebulan. Maka, anda perlukan 67


sesi sebulan.

“Uii macam banyak sangat tu..”

Ok cuba bahagi ikut mingguan. Kena dapat at least 16 sesi


seminggu.

16 sesi seminggu dengan 1 kelas sahaja? Dah jadi tak logic.

4
CA RA BUAT MARK ET ING PL A N U N TU K CA PA I J UA L A N 6 A N G K A

Option 1:

Tambah bilangan kelas yang anda ada kepada 5 lokasi berlainan.


Dah kena tambah lagi 4 orang trainer selain anda. Tetapi, untuk dapat
jualan 6 angka secara keseluruhan, setiap lokasi hanya perlu buat 3
sesi seminggu. Contohnya, Isnin, Rabu, Jumaat.
Settle.

Option 2:

Naikkan harga per sesi.


Anda boleh naikkan harga sehingga 5x ganda per sesi. Tetapi soalnya,
ada tak orang yang sanggup bayar RM150 per sesi untuk workout
selama 1 jam?

Option 3:

Cari padang yang lebih besar yang memuatkan 150 orang per sesi.
Anda akan dapat jualan sebanyak RM7,500 per sesi. Maka, untuk dapat
jualan RM100,000 sebulan, anda cuma perlu buat 13 sesi sebulan, atau 3
sesi seminggu.

Tetapi, bayangkan saiz padang yang diperlukan untuk memuatkan 150


orang yang bersenam. Dah macam cerita kungfu!

Di sinilah kita berdepan dengan realiti..

5
CARA BUAT MARK ET ING PL A N U N TU K CA PA I J UA L A N 6 A N G K A

“Nak naikkan jualan kepada


6 angka sebulan bukan isu
marketing semata-mata.
Anda boleh gunakan soalan-soalan di atas untuk capai target jualan yang
lebih besar dari RM100,000. Nak target RM 1 juta pun boleh. Tiada masalah.

Marketing boleh dapatkan anda ramai customer, tetapi adakah saiz operasi
bisnes anda boleh tampung customer seramai itu?

Soalan-soalan ini yang anda perlu fikirkan terlebih dahulu.

Bila anda dah settle jawab soalan-soalan di atas,

kita pergi ke bahagian seterusnya iaitu..

p u ke i
Mamng rama Saiz ope
a m p u er?? ration
t stom bisnes?
cu

ar k e t i n g ?
M

6
CARA BUAT MARK ET ING PL A N U N TU K CA PA I J UA L A N 6 A N G K A

“Knowing Your Ideal Target Customer”


Apa itu customer? Customer adalah orang yang membeli produk atau
menggunakan servis anda.

Bila nak menjual, anda tak boleh nak jual kepada semua orang. Sebab itu
kena kenalpasti siapakah ideal target customer anda.

Kenapa kenal customer? Jawapannya…

1. Siapa yang beli produk / servis anda?

Basic bila buat bisnes adalah anda akan jual produk atau servis yang akan
selesaikan masalah bakal pelanggan anda.

Yang akan beli produk atau servis siapa? Tentulah customer anda.

Jadi anda kenalah kenal mereka dengan lebih detail supaya dapat selesai-
kan masalah mereka.

Lagi banyak masalah mereka yang anda dapat selesaikan, lagi banyak
duit yang anda boleh buat.

2. Supaya dapat deliver mesej dengan


lebih berkesan

Contohnya, anda jual sunscreen berharga RM109. Nak jual kepada wanita
bekerjaya yang ada buying power yang tinggi untuk beli produk anda tapi…
copywriting yang anda tulis dituju untuk surirumah.

Sudah pasti anda tak dapat ideal customer anda sebab gunakan mesej
yang salah. Seterusnya akan beri impak kepada target jualan dan
sebagainya.

Soalan seterusnya mesti anda tertanya-tanya macam mana nak kenal


pelanggan, kan?

7
CA RA BUAT MARK ET ING PL A N U N TU K CA PA I J UA L A N 6 A N G K A

Nama aktiviti ini adalah buat Customer Avatar. Customer Avatar adalah
anda buat customer profile untuk target customer anda.

Antara perkara penting yang kena tahu adalah:

1. Lokasi
2. Umur
3. Jantina
4. Jawatan
5. Income bulanan
6. Masalah
7. Harapan
8. Impian

Tahu semua atau sebahagian pun boleh terutamanya masalah dan


impian mereka. Yang terbaik adalah anda dapat listkan semua ini
dengan detail.

Nak buat anda mudah faham… ini contoh saya buat untuk jual produk
bernama Magic Sunscreen (contoh nama produk):

Customer Name Anis

Lokasi Kuala Lumpur

Umur, jawatan, 30-40 tahun,


income bulanan income bawah RM5,000

Masalah/ Leceh kena buat double cleansing


Harapan/Impian tiap kali nak solat di ofis;

ada sunscreen yang mesra


wuduk, mudah basuh muka walau
hanya guna air tanpa oil cleanser,
atau double cleansing;

muka betul-betul bersih daripada


make up, sunscreen dan yakin sah
solat sebab skincare mesra wuduk

8
CARA BUAT MARK ET ING PL A N U N TU K CA PA I J UA L A N 6 A N G K A

Daripada profile ini, kita boleh faham yang Anis ni wanita bekerjaya yang
bekerja di ofis.

Masalah dia bila di ofis, lunch time selalunya pendek dan consume masa
bila guna sunscreen yang perlukan double cleansing untuk basuh muka
tiap kali nak solat.

Magic Sunscreen yang saya beri contoh ni dia gunakan water based, jadi
bila basuh guna air pun boleh. Tak perlu buat double cleansing.

Dah nampak macam mana saya buat customer avatar?

2 Cara buat customer avatar dengan lengkap

1. Call Customer

Jika anda dah ada customer, saya sarankan call customer. Tanya
mereka detail di atas atau tanya soalan seperti:

Apa masalah yang dia tengah hadapi sekarang yang buat dia beli
produk atau gunakan servis kita? Soalan ini kita nak tahu why people
buy what they buy

Apakah harapan atau impian dia yang berkaitan dengan produk kita?
Soalan ini kita nak tahu apa lagi produk atau penyelesaian yang kita
boleh offer kepada mereka.

Anda juga boleh tanya soalan tambahan macam

Apa yang mereka suka tentang produk kita?


Apa yang mereka tak suka tentang produk kita?
Ada penambahbaikan ke yang nak suggest untuk improve produk kita?

2. Buat Survey

Kalau tak berani nak call customer boleh buat survey secara online.

Boleh cuba whatsapp, email, buat borang survey untuk dapatkan


jawapan yang kita perlukan untuk lengkapkan customer avatar.

9
CA RA BUAT MARK ET ING PL A N U N TU K CA PA I J UA L A N 6 A N G K A

3. Compilekan feedback customer


yang dah pernah guna

Ada customer yang bila beri review, dia akan tulis dengan panjang lebar.
Ada customer yang balas pendek je.

Gunakan review yang kita dapat daripada customer tu untuk buat


customer avatar.

Pasti ada senarai masalah, harapan atau impian yang kita boleh extract
dari situ.

Siapkan beberapa jenis customer avatar supaya kita dapat point of view
daripada pelbagai jenis customer.

Bila kita dah tahu dan jelas siapakah target customer kita, barulah kita
boleh teruskan langkah seterusnya.

10
CARA BUAT MARK ET ING PL A N U N TU K CA PA I J UA L A N 6 A N G K A

“Dekat mana mereka berada?”


Soalan ini anda hanya akan dapat jawab bila Customer Avatar anda dah
siap.

Kalau tak siap lagi, memang susah nak teruskan langkah seterusnya.

Bila kita dah lalui step siapkan Customer Avatar, barulah lagi senang kita
nak pilih medium mana yang patut kita fokus untuk buat marketing.

Contohnya, kalau survey yang anda isi customer avatar tu dia kata kenal
daripada Facebook, kita boleh terus fokus di situ.

Luaskan pemikiran anda untuk berfikir luar kotak.

Kadang kita terlalu fokus buat jualan di media sosial tapi rupanya ada
lagi medium yang kita tak explore.

Contohnya, pakej umrah. Selain daripada Facebook, kita boleh buat iklan
di surau-surau.

Jawapan ini mungkin ada pada customer anda tentang bagaimana


mereka tahu tentang anda.

Kalau rasa banyak sangat medium nak fokus, cuba pilih 1-2 yang rasa
paling berbaloi.

Bandingkan antara banyak customer avatar yang kita dah senaraikan,


yang mana paling berbaloi untuk kita fokus untuk the next 90 days.

Fokus pada medium customer avatar yang kita nak target dan rasa
berbaloi untuk dapatkan.

Customer Avatar dah ada, medium dah ada, step seterusnya adalah …

11
CARA BUAT MARK ET ING PL A N U N TU K CA PA I J UA L A N 6 A N G K A

“Apa mesej yang kita nak sampaikan


kepada mereka?”
Apa maksud mesej? Mesej adalah apakah mesej yang kita nak sampai-
kan kepada target customer kita untuk jual produk kita.

Mesej termasuk copywriting iklan, poster dan video.

Copywriting tu apa? Copywriting adalah ayat yang buat mereka


bertindak beli produk / langgan servis kita.

Soalan ini akan jadi lebih mudah nak jawab dan buat bila kita dah settle
step #1 iaitu customer avatar tadi.

Contohnya Anis tadi.

Daripada senarai masalah, harapan, impian yang ada dalam Customer


Avatar, kita boleh buat ayat iklan macam ni. Guna elemen Problem,
Solution, Action (PSA).

Lecehnya nak buat double cleansing tiap kali solat kat ofis bila pakai
sunscreen.

Kita dah la nak cepat sebab waktu rehat tak lama. Nak buat double
cleansing dah la ambil masa. Nak solat lagi.

Jangan risau! Invisible Sunscreen ni jenis water based sunscreen. Jadi


boleh bersihkan pakai air je.

Kan jimatkan masa. Nak solat pun rasa yakin. Tak perlu buat double
cleansing.

Sekarang ada promosi Merdeka! Diskaun 15% untuk limited stock botol
size besar, 150ml. Stok tak banyak. Klik link di bawah untuk grab sekarang:
[insert link]

Anda dah jelas kenapa kita kena buat customer avatar dulu sebelum
teruskan ke langkah lain?

Bila kita ada customer avatar, lagi mudah nak buat step medium dan
mesej kan?

12
CA RA BUAT MARK ET ING PL A N U N TU K CA PA I J UA L A N 6 A N G K A

“Macam mana nak buat


mereka terus membeli?”
Setiap kali anda beli barang, adakah anda biasanya beli pada kali
pertama tahu tentang produk tu atau selepas berkali-kali jumpa iklan
baru beli?

Ada barang yang kita akan terus beli kali pertama nampak, ada barang
kita akan beli selepas berkali-kali nampak iklan tu, betul tak?

Asas marketing, biasanya prospek akan beli sesuatu produk selepas 7x


touch points.

Contoh:
Kali pertama nampak iklan di FB News Feed
Kali ke-2 nampak orang guna dekat public
Kali ke-3 orang LIVE tunjuk demo produk tu
Kali ke-4 nampak billboard brand produk tu
Kali ke-5 nampak iklan dekat blog
Kali ke-6 nampak member pakai produk tu
Kali ke-7 nampak semula iklan di FB News Feed dan terus beli

Jadi, bagaimana nak cater mereka yang ambil masa buat


keputusan untuk membeli?

Jawapannya adalah dengan funnel.

Funnel ibarat anda buat kolam ikan.

Memancing di laut vs buat kolam ikan, mana satu lagi mudah nak dapat
ikan?

13
CARA BUAT MARK ET ING PL A N U N TU K CA PA I J UA L A N 6 A N G K A

Mestilah kolam ikan akan buat anda lebih mudah dapat ikan, betul?

Laut terlalu broad tapi bila anda kumpulkan ikan dalam sebuah kolam,
lagi mudah nak pancing.

Mungkin tak ambil masa yang lama nak dapatkan ikan.

Jadi sebab itulah kenapa anda kena buat funnel.

Funnel bertujuan untuk anda tukarkan stranger kepada prospek kepada


pelanggan.

Average bila orang masuk website anda, mereka takkan membeli terus.
Ini potential % mereka yang beli produk anda once mereka masuk ke
website.

1000 Visitors to the Site

100% Visitors
Total Visitors

70% Visitors In Shopping Area

35% Visitors Placing Item in Cart

5% Visitors Purchasing items

ECOMMERCE CONVERSION FUNNEL

14
CA RA BUAT MARK ET ING PL A N U N TU K CA PA I J UA L A N 6 A N G K A

Contoh funnel mudah:

Website Thank you page


(Salespage) (Payment)

Whatsapp Payment

Tiktok Live Add to Cart Checkout Payment

Daripada customer avatar yang anda dah tahu nak fokus medium apa,
buat funnel.

Step 1: Buat 1 funnel dulu

Ideanya adalah kita buat banyak joran pancing di 1 kolam. Lagi banyak
joran, lagi banyak potensi ikan yang kita akan dapat. Jadi sebab itu dalam
funnel ini, saya banyakkan joran untuk tingkatkan touch point (ada demo
video, testimoni, hardsell)
FB ADS
Demo video

Testimony video

Testimony poster Salespage Payment

Hardsell poster

Hardsell video

Funnel 2
Funnel ini bertujuan untuk dapatkan lead dan anda educate prospect
tentang produk anda dalam email series. Ingat semula tentang touch
point. Lagi banyak touch point, lagi tinggi potensi dia akan beli dengan
anda.
FB ADS
Content video Lead magnet Salespage Payment
ebook
Content poster

Email series

Welcome Email Email Email Email Email


+Download Lead Magnet Day 2 Day 3 Day 4 Day 5
+ Ask For Reply Testimoni Testimoni Concept Testimoni

15
CARA BUAT MARK ET ING PL A N U N TU K CA PA I J UA L A N 6 A N G K A

Step 2: Gabungkan semua funnel dalam 1


gambar

Dah siap buat semua funnel? Gabungkan dalam 1 gambar macam ini.

FB ADS
Demo video Salespage Payment
Testimony video

Testimony poster

Hardsell poster Lead magnet


ebook
Hardsell video

Content video
Email series
Content poster
Welcome Email Email Email Email Email
+Download Lead Magnet Day 2 Day 3 Day 4 Day 5
+ Ask For Reply Testimoni Testimoni Concept Testimoni

Funnel yang saya buat ini hanya contoh nak mudahkan anda faham
tentang buat funnel. Tak semestinya kena buat macam ini. Anda kena
customize mengikut produk atau servis yang anda jual.

Adakah funnel ini semata yang buat boleh capai minimum RM100,000?
Tidak.

Semuanya perlu digabungkan dengan harga produk, macam mana


anda pakejkan produk atau servis anda, cara anda buat launching.

Funnel ini hanya sebahagian daripada marketing plan yang boleh capai
RM100,000 sebulan.

Apa yang saya share dalam ebook ini adalah puzzle yang perlu
digabungkan untuk capai RM100,000 sebulan.

16
CARA BUAT MARK ET ING PL A N U N TU K CA PA I J UA L A N 6 A N G K A

“Kenalpasti Metrics:
Masa bila patut stop iklan?”
Metrics tu apa? Metrics adalah nombor-nombor penting dalam sesuatu
funnel, kempen pemasaran atau bisnes. Metrics boleh jadi penanda aras
atau petunjuk prestasi, macam speedometer kereta.

Tanpa metrics, iklan yang kita spend akan lebur. Sebab? Anda tak tahu
cara kawal: bila nak stop, bila boleh scale, bila kena scale down.

Apakah antara metrics yang penting dalam funnel anda?

Cost Per Lead (CPL)


Lead = prospek atau orang yang berminat untuk beli produk kita
CPL = Kos iklan / jumlah leads

Cost Per Purchase (CPP)


Purchase = 1 transaksi jualan
CPP = Kos iklan / jumlah transaksi jualan

Conversion Rate (CR)


Conversion rate = berapa peratus dari prospek yang menjadi pembeli
Nama lain bagi Conversion Rate -> Closing Rate (CR),
Clickthrough Rate (CTR) etc.
CR% = Jumlah pembeli / jumlah prospek x 100%
Contoh funnel kita adalah:
FB Ads > Whataspp > Purchase
Jumlah prospek = 10 lead yang masuk ke Whatsapp
Pembeli = 1
CR% = 1/10 x 100 = 1%

17
CA RA BUAT MARK ET ING PL A N U N TU K CA PA I J UA L A N 6 A N G K A

Average Order Value (AOV)


Average Order Value = berapakah purata nilai jualan untuk setiap
transaksi jualan yang berlaku
Nama lainnya: Basket Size, Transaction Size
AOV = jumlah nilai jualan / jumlah transaksi jualan

Gross Profit (GP)


Gross Profit = Untung kasar, sebelum tolak kos produk dan kos-kos lain
Gross Profit = Jumlah nilai jualan - jumlah kos iklan.

Return on Ad Spending (ROAS)


Return on Ad Spending = berapakah jualan yang berjaya dihasilkan
oleh setiap RM 1 yang dibelanjakan untuk iklan
ROAS = jumlah nilai jualan / jumlah kos iklan

Lifetime Value (LTV)


Lifetime Value - jumlah nilai jualan yang dibeli oleh seorang pelanggan
sepanjang tempoh dia menjadi pelanggan
Contohnya, 1 orang pelanggan membeli sebanyak 4x setahun
Average Order Value (AOV) untuk setiap pembelian adalah RM200/order
Maka, LTV untuk pelanggan tersebut sepanjang 1 tahun adalah
4 x RM200/order = RM800/lifetime
Lebih besar LTV setiap pelanggan, lebih bagus!

Simple Sales Funnel CR = 50%

Ads Whatsapp Purchase Product

Kos Iklan = Leads = 10 orang Purchase = 5 unit


RM100 CPL = RM10/lead CPP = RM20/purchase
ROAS = 10x Total Sales = RM1,000
AOV = RM200/order
Gross Profit = RM900

Frequency of Purchase = 4x per year


LTV per customer = RM800/year/customer

Metrics akan berbeza mengikut funnel, produk yang anda jual. Semua ini
anda perlu kira semasa buat marketing plan.

Ia akan mudahkan anda untuk ukur adakah kempen anda tengah profit
atau loss.

Ia akan juga bantu team anda lebih jelas bila patut stop iklan, scale up,
atau scale down atau ubah strategi.

18
CA RA BUAT MARK ET ING PL A N U N TU K CA PA I J UA L A N 6 A N G K A

“Cara tahu current overall performance”


Bagi setiap kempen yang dijalankan pastikan anda buat report.

Report ada 2:
Isi data seperti berapa lead, berapa sales, berapa unit purchase per
day dalam 1 tool seperti Google Sheet
Daily report untuk team update (jika sudah ada team)

Dokumenkan result dalam 1 tempat supaya anda dapat tengok overall


performance.

Boleh guna apa sahaja tool yang anda rasa membantu seperti Google
Sheet.

Jika anda business owner dan sudah ada team, pastikan team anda
boleh beri anda daily report pada setiap pagi untuk anda tahu
performance semasa.

Report format adalah bergantung kepada funnel kempen anda dan apa
yang anda nak tengok dalam report tu.

Ini contoh daily report yang team update untuk kempen lead magnet dan
sales:

Report 5 Ogos 2023


PESTA Sales
Leads
Data semalam
Data semalam
Ads spend: RM50
Ads spend: RM30
Tiada sales
Lead: 30
CPL: RM1.00
Duration: 1-5 Ogos 2023
Sales: RM679
Duration: 1-5 Ogos 2023
Unit Sold: Combo x7
Total ad spend : RM150
Ads Cost: RM250
Total lead: 100
CPP: RM35.71
Average CPL: RM1.50
ROAS: 2.71

Dari sini anda boleh tahu kempen semasa. Jika ada kempen yang tak
perform, anda boleh terus fikirkan next strategi untuk improve.

19
CARA BUAT MARK ET ING PL A N U N TU K CA PA I J UA L A N 6 A N G K A

“Nak buat sama-sama dengan saya


marketing plan ini?”

Dengan ini siaplah secara keseluruhan cara buat marketing plan untuk
capai jualan 6 angka.

Moga dapat anda idea bagaimana nak buat dan execute.

Nak cerita detail step by step cara buat dan custom yang sesuai
mengikut niche dan bisnes anda mungkin tak sempat dalam ebook ini.

Oleh sebab itu, saya nak ajak anda sertai program intensif berimpak
tinggi selama 2 hari bersama saya untuk buat 90 Days Marketing Plan
Untuk Capai Jualan 6 Angka Minimum RM100,000 Setiap Bulan.

Program ini akan lebih fokus untuk capai dalam masa 90 hari. Khas untuk
business owner dan marketer yang masih struggle nak capai jualan 6
angka setiap bulan.

Lebih laser focus dan akan mudahkan anda untuk execute berbanding
buat marketing plan terlalu general.

Jika anda berminat nak join, sertai waiting list sekarang… Whatsapp
Group (klik sini untuk join)
https://rahimibrahim.com/waitinghall

Saya akan kongsikan maklumat lanjut di sana.

20

Anda mungkin juga menyukai