Anda di halaman 1dari 27

Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia

Pengenalan

Suasana pembelajaran di negara kita sekarang sudah jauh berubah. Kita berinteraksi
dengan pelbagai latar budaya masyarakat.

Pembelajaran dalam bilik darjah pula mendedahkan murid kepada pola hubungan
kepelbagaian kaum.
Pendedahan kepada pelbagai latar belakang masyarakat memerlukan para pendidik
mengetahui konsep budaya di Malaysia serta kepelbagaian kelompok tersebut untuk
membentuk 1Malaysia seperti yang disarankan oleh Pemimpin negara.
Pengertian dan Konsep Budaya
Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa
dan agama penganutnya.
Perkataan ‘budaya’ berasal daripada cantuman perkataan ‘Sanskrit’ dan ‘Melayu’ yang
membawa pergertian: ‘Kecergasan Fikiran dan Akal’.
Budaya memberi maksud seseorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa,
tenaga dan pengaruh semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka.
Budaya merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan
akal fikiran ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menangani sesuatu
permasalahan.
Penyelesaian yang boleh diterima oleh semua anggota masyarakat akan menjadi amalan
bersama.
Amalan yang diterima ini seterusnya dijadikan Budaya dalam kehidupan mereka.
Kebudayaan juga ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup masyarakat yang
merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir.
Kebudayaan dapat dibahagikan kepada 2 benda iaitu:
Kebendaan

Bukan Kebendaan

Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat yang lain.


Namun begitu, terdapat juga beberapa persamaan yang wujud dalam masyarakat dari
segi bahasa, objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dan
lain-lain. Persamaan ini dikenali sebagai Pola Kebudayaan Sejagat.
Terdapat 2 peranan utama bagi pembentukan kebudayaan baru yang boleh diterima oleh
komuniti setempat.
Tujuan utamanya adalah untuk membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian
serta identiti.
Budaya juga merupakan sesuatu yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.
Namun begitu, Budaya sering berubah mengikut peredaran masa yang dapat diterima
secara kolektif oleh masyarakat.
Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim, Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau
kuasa yang menggerakkan jiwa.
Hasrat serta nilai yang diingini itu pula seharusnya tidak bercanggah dengan kehendak
masyarakat secara umumnya dan diterima serta dipersetujui untuk diamalkan bersama.
Nilai tersebut akan membentuk Norma dalam masyarakat.
Menurut Kamus Dewan (2005), Budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal budi,
cara berfikir, kelakuan, dll.
Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan
tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,
kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Sementara itu, dalam ‘Dictionary of Philosophy (1996), turut dijelaskan maksud Budaya
sebagai:
‘The way of Philosophy (1996), ‘The way of life of people, including their attitudes,
values, beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thought and activity’.
. Amalan yang dibentuk ini akan menentukan hala tuju bersama dalam masyarakat
berkenaan.
Prof. Mohd Taib Osman (1988) memperlihatkan budaya sebagai satu himpunan
kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan
kemasyarakatan serta menyesuaikan diri dengan alam sekeliling.
Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi (1984), bersepakat bahawa Budaya merupakan
alat penghasilan karya seni, rasa serta penciptaan dalam sesebuah masyarakat.
Menurut E.D. Tylor (1947), Budaya merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi
ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat serta amalan
kebiasaan yang lain.
Ini merujuk kepada perkataan ‘Bourdieu’ yang membawa maksud satu proses sosial yang
membolehkan Budaya dan struktur sosial saling berinteraksi.
Nilai dalam masyarakat adalah terlalu kompleks.
Proses Sosialisasi akan turut membantu memperkembang Budaya yang terdiri daripada
Latar Bangsa dan Agama.
L.A. White (1956), menjelaskan bahawa Budaya merupakan satu pola tingkah laku, objek,
alat, idea, sentimen, yang bergantung kepada simbol-simbol.
Tindakan dan Tingkah Laku tersebut akan menunjukkan nilai yang diterima secara
bersama oleh setiap individu yang terdapat dalam masyarakat.
Kroeber & Kluckohn (1954), berpendapat bahawa Budaya sebagai sebagai satu Entiti yang
mengandungi pola Implisit serta Eksplisit tentang tingkah laku yang diperoleh dan
diwariskan melalui Simbol serta berbentuk Material.
Malinowsky (1965), dalam bukunya “A Scientific Theory of Culture”, mengkelaskan
Budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia.
Budaya merupakan keseluruhan aspek kemanusiaan dari segi sejarah, kesusteraan,
institusi politik, muzik, lukisan, falsafah, dll.
Budaya secara umumnya adalah cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat atau bangsa.
Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakan orang termasuk
pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang dalam menghadapi
sesuatu situasi.
Budaya juga boleh dikaitkan dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan
masyarakat sekelilingnya.
Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.
Dalam konteks pendidikan semasa, Budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada
Budaya masyarakat.
Murid-murid akan dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh
masyarakat.
Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi Budaya di sesebuah sekolah.
Adalah menjadi tanggungjawab murid untuk menerapkan nilai-nilai pendidikan yang
mempunyai Nilai Material dan Bukan Material.
Guru seharusnya merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan
murid yang bakal memberikan sumbangan kepada pembangunan masyarakat tanpa
menyalahi Budaya yang diterima bersama.
Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia, Budaya meliputi aspek lokasi, pekerjaan
ibu bapa, pendidikan, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa,
adat resam, kepercayaan dan jantina.
Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan keseluruhan aspek yang mengandungi
unsur Budaya Rakyat Asal.
Terdapat Unsur Budaya Asing dari kaum lain yang sesuai dan yang tidak bercanggah,
diterima dalam Budaya masyarakat di Malaysia.
Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsi oleh semua rakyat.
Budaya yang terdapat dalam sesuatu kelompok mempunyai ciri-ciri berikut:
i. boleh dipelajari
ii. boleh dikongsi
iii. bersifat sejagat
iv. boleh diwarisi
v. sentiasa berubah
vi. mempunyai unsur simbolik
vii. mempunyai pandangan semesta
Pemupukan Kesedaran Kebangsaan dan Kenegaraan dalam kalangan murid berasaskan
ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.
Guru perlu menerapkan nilai murni dalam masyarakat supaya mereka kelak dapat
menyesuaikan diri dengan Budaya masyarakat.
Kita perlu menyatukan penduduk berbilang etnik yang mempunyai Budaya berlainan di
bawah satu bentuk Identiti Nasional yang khusus tetapi dapat diterima oleh hampir
semua golongan etnik di negara ini.
Pengalaman penjajahan telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap masyarakat kita.
‘Ilmu Kolonial’ telah mencipta himpunan maklumat dan analisis mengenai ‘Etnisiti’ iaitu
Etnik.
Masalah Perhubungan yang timbul di kalangan Etnik adalah berpunca daripada Interaksi
Sosial yang tidak mesra serta kebudayaan yang berbeza-beza.
Jenis dan Demografi Kelompok
Kelompok Sosial didefinisikan sebagai dua individu atau lebih, yang berinteraksi, saling
bergantung dan saling bergabung untuk mencapai sasaran tertentu.
Kelompok bersifat: Formal dan Tidak Formal
Kelompok Formal merujuk kepada kelompok yang ditentukan oleh Struktur Organisasi
serta Pengkhususan Tugas (Division of Labour) untuk mencapai objektif Organisasi.
Klasifikasi Kelompok dalam sesuatu masyarakat dapat diklasifikasikan kepada beberapa
kumpulan:
i. Kelompok Tugas:
Bersama-sama menyelesaikan sesuatu tugas.
ii. Kelompok Kepentingan:
Individu bekerjasama untuk mencapai
sasaran khusus.
iii. Kelompok Persahabatan:
Kelompok yang ditetapkan secara bersama-sama
kerana memiliki satu atau lebih sifat yang sama.
Alasan orang untuk saling bergantung dan bergabung dalam kelompok adalah seperti
berikut:
i. Keamanan
ii. Status
iii. Harga Diri
iv. Afiliasi: (Dapat memenuhi keperluan Sosial).
v. Kekuatan
vi. Pencapaian Tujuan
Pengelasan Kelompok Ras dalam masyarakat pula boleh dilihat kepada beberapa bahagian
seperti:-
i. Caucasoid- (Orang-Orang Eropah)
ii. Negroid- (Orang-Orang Kulit Hitam)
iii. Mongoloid- (Orang-Orang Asia)
iv. American Indian-(Orang Asli Amerika)
v. Austroloid-(Orang Asli Australia)
Antara permasalahan yang dikenalpasti telah diringkas seperti berikut:-
i. Perbezaan Pencapaian
ii. Jurang Sosial
iii. Monopoli
iv. Budaya
iv. Pengekalan Identiti
v. Prasangka
vi. Ethnocentrisme
vii. Stereotaip
Pengelompokan masyarakat ini juga boleh dibincangkan secara bersama dengan
‘Demografi’.
Achille Guillard (1885), pertama menggunakan istillah ‘Demografi’ ini dalam karyanya
yang berjudul ‘Elements of Human Statistics or Comparative Demography’.
Kata ‘Demografi’ berasal dari bahasa Yunani ‘demos’ bermaksud penduduk di sesuatu
kawasan.
‘Grafein’ pula bermaksud menulis tentang sesuatu perkara.
Demografi Kelompok merupakan analisa statistik terhadap jumlah dan komposisi
penduduk di sesuatu kawasan.
Kajian Saintifik dan Statistikal meliputi soal Fertiliti (kelahiran), Mortaliti (Kematian),
Perkahwinan serta Imigrasi dan bagaimana komponen ini berubah mengikut masa serta
mempengaruhi saiz dan taburan penduduk manusia.
Demografi Kelompok di Malaysia pula terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Golongan Bumiputera Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, suku kaum
etnik di Sabah serta suku kaum etnik di Sarawak.
Masyarakat di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada pelbagai bangsa dan kelompok iaitu
Melayu (54%), Cina (25%), India (7%), Suku kaum etnik di Sabah dan Sarawak ialah
sebanyak (14%).
Penduduk utama Malaysia adalah akibat pembentukan Masyarakat Majmuk.
Masyarakat Majmuk terdiri daripada etnik Melayu, Cina, India, Orang Asli dan Suku Kaum
di Sabah dan Sarawak.
Penduduk Asal atau Melayu yang mendiami alam Melayu ini telah membina asas
peradaban yang mantap sebelum bertembung dan melalui Proses Difusi Budaya.
(Menerima Budaya orang lain ke dalam Budaya sendiri).
Peradaban Islam serta Peradaban India amat mempengaruhi pembangunan peradaban
Melayu di Asia Tenggara.
Di Sabah, terdapat kira-kira 23 suku kaum etnik manakala di Sarawak terdapat kira-kira 17
suku kaum etnik yang menetap di sini.
Terdapat kira-kira 46 Suku Kaum etnik yang terdapat di Malaysia.
Pada tahun2006, terdapat jumlah orang Asli seramai 141, 230 orang. Ekonomi orang Asli
masih lagi berasaskan pertanian dan sara diri.
Malaysia meletakkan Perpaduan Nasional sebagai matlamat akhirnya.
Matlamat akhir proses penyatuan ini ialah terbentuknya satu ‘Bangsa Malaysia’ yang
terdiri daripada satu masyarakat berbilang etnik yang bersatu padu, sejahtera dan
mempunyai identiti nasional tersendiri.
Proses perpaduan negara dalam kalangan negara yang berbilang etnik diwakili oleh parti
politik etnik masing-masing.
Mereka mengamalkan budaya, agama, bahasa dan orientasi pemikiran masing-masing.
Perbezaan inilah dikatakan sebagai penghalang kepada masalah dalam proses penyatuan,
perpaduan dan pembinaan bangsa Malaysia.
Teori Hubungan Kaum merupakan teori yang terdapat dalam menyatupadukan
masyarakat Malaysia dan membentuk hubungan atau kepelbagaian kaum.
Peringkat proses seterusnya dinamakan: Sergresi.
Hubungan yang bersifat Pemisahan antara etnik dalam sebuah negara seperti pemisahan
kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.
Akomodasi adalah satu keadaan yang mana kelompok yang berkonflik bersetuju untuk
menghentikan konflik apabila adanya interaksi secara aman.
Masyarakat Majmuk hidup berdekatan, saling bekerjasama tetapi tidak bersatu padu.
Mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. (Furnival, 1949).
Proses ini berlaku apabila etnik-etnik menyedari tentang kepentingan norma dan nilai
mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan Budaya hidup
masing-masing.
Institusi-Institusi tertentu seperti ekonomi dan pendidikan saling bergantungan antara
satu sama lain. Contohnya, negara Switzerland.
Negara Switzerland mempunyai hubungan etnik bersifat Akomodasi, di mana etnik-etnik
di dalamnya seperti Etnik Jerman, Peranchis dan Itali saling membuat penyesuaian antara
satu sama lain dan hidup dalam keadaan aman.
Akulturasi pula merupakan satu proses yang kadang kala dikenali sebagai Asimilasi Budaya
yang terjadi apabila manusia dalam Kumpulan Minoriti menerima norma, nilai dan pola-
pola tingkah-laku dan Budaya dari Golongan Majoriti.
Proses ini merupakan proses meminjam dan menerima unsur-unsur Budaya golongan
Majoriti, tanpa mengubah unsur-unsur Budaya Asal.

Asimilasi adalah Proses Percantuman dan Penyatuan antara kelompok dan individu yang
berlainan kebudayaan dan identiti supaya wujud satu kelompok yang mempunyai identiti
yang sama.
Amalgamasi Budaya merupakan satu proses yang terjadi apabila Budaya dan Ras
bercampur untuk membentuk jenis-jenis Budaya dan Ras yang baru.
Cara utama untuk menentukan Proses Amalgamasi terjadi ialah Perkahwinan Campur
antara Etnik dan Ras.
Perbezaan Sosio-Ekonomi, Budaya, Segregasi, Pemisahan Fizikal, Agama, Dasar
Kerajaan,dll turut menjadi faktor penghalang ketara.
Pelbagai usaha Sosial dan Kebudayaan turut diadakan oleh kerajaan bagi mencapai
matlamat pembentukan Budaya ini.
Pelbagai usaha sosial dan Kebudayaan turut diadakan oleh kerajaan bagi mencapai
matlamat pembentukan Budaya ini.
Antaranya memperkenalkan Konsep Kebudayaan Nasional.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
telah diakui dan diterima oleh semua lapisan masyarakat.
Peristiwa 13 Mei 1969 telah menjejaskan hubungan antara etnik.
Kemajuan ekonomi sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang.
Kementerian Pelajaran perlu bertanggungjawab memupuk semangat perpaduan sejak
dari bangku sekolah lagi.
Murid perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan memahami hubungan Etnik.

Antara usaha yang telah dijalankan ke arah memupuk Perpaduan Nasional yang telah
dijalankan oleh kerajaan adalah:

i. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara


ii. Rukun Negara
iii. Dasar Ekonomi Baru
iv. Dasar Pendidikan Kebangsaan
v. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
vi. Gabungan Parti-Parti Politik.
vii. Integrasi antara Wilayah.
viii. Integrasi Semenanjung Malaysia dengan
Sabah/Sarawak.
Usaha kerajaan (Top-Down) sahaja tidak memadai tetapi mesti digenapkan dengan
usaha yang berbentuk (bottom-up) menerusi kerjasama dan sumbangan daripada sektor
swasta, sektor komuniti dan semua parti politik.
Hubungan antara Kumpulan Kelas Sosial yang berbeza seperti Kelas Atasan, Kelas
Menengah serta Kelas Bawahan perlu ditingkatkan.
Hubungan Etnik merupakan satu ciri penting yang mencorakkan Sistem Sosial di Malaysia.
Walaupun tahap Perpaduan Nasional di negara kita sukar diukur, Malaysia berjaya
mewujudkan hubungan etnik yang harmonis.
Abdul Rahman Embong (2001), menjelaskan bahawa bangsa yang terdiri daripada semua
kaum di Malaysia yang terbentuk dalam sejarah dan mempunyai perasaan sebangsa
dengan nama Kolektif (Bangsa Malaysia) yang sama serta berkongsi wilayah, ekonomi,
Budaya dan nasib masa depan dengan rupa bangsa yang sepunya.
Pembinaan Negara Bangsa (Nation Building)
melibatkan satu proses yang panjang dan merupakan satu keperluan bagi Malaysia.
. Pembinaan Negara Bangsa (Nation Building) memerlukan penyertaan menyeluruh setiap
anggota masyarakat dan penglibatan sepenuhnya jentera kerajaan.
. Satu Nilai dikongsi bersama perlu diwujudkan dan dihargai oleh seluruh warganegara
Malaysia.
Ketaksamaan Peluang Pendidikan ( Nota )

Pengenalan

Rakyat Malaysia cukup bertuah kerana kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran


begitu prihatin terhadap masalah dan isu-isu pendidikan serta sedaya upaya menyediakan
peluang pendidikan yang terbaik dan bertaraf dunia kepada seluruh rakyat. Pelbagai isu
pendidikan termasuklah isu guru, pelajar dan infrastruktur pendidikan diberi cukup
perhatian. Selain itu, dasar-dasar yang digubal seperti Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan yang dibentang di Parlimen turut memperkukuhkan lagi pendidikan di
Malaysia. Petikan dari ucapan mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat
Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein yang dibuat sempena perutusan tahun baru 2006
jelas menterjemahkan misi dan visi kementerian yang sedaya upaya merapatkan jurang
pendidikan agar tidak ada golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Namun
begitu, masih terdapat ketaksamaan peluang pendidikan kepada setiap rakyat dan etnik di
Malaysia.

Masalah ketaksamaan peluang pendidikan ini dibincangkan kepada beberapa


faktor penyumbang masalah termasuklah:
 Kelas sosial
 Jantina
 Kumpulan minoriti
 Murid berkeperluan khas
 Isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan

Perbincangan kita akan lebih berfokus kepada kelas sosial dan jantina. Bagi
membincangkan topik ketidaksamaan peluang pendidikan ini, saya telah merujuk kaum
Cina sebagai penanda aras. Sebagai pengenalan, masyarakat Cina adalah sebahagian
daripada etnik yang bermastautin di Malaysia. Menurut laman web Wikipedia,
Masyarakat Cina adalah golongan minoriti yang menduduki hampir 25 peratus daripada
keseluruhan penduduk di Malaysia. Masyarakat ini kaya dengan adat resamnya, bahasa
pertuturan dan sememangnya perbezaan dari segi budaya amat ketara bagi dua lagi
masyarakat utama di Malaysia iaitu kaum Melayu dan India.

Kelas sosial

Secara geografinya, etnik Cina kebiasaannya tinggal di kawasan bandar terutama bandar-
bandar besar di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Selangor. Ini
terbias daripada dasar penjajahan lampau British yang mengamalkan dasar pemerintahan
‘pecah dan perintah’. Oleh sebab itu, Etnik ini mempunyai peluang pendidikan yang lebih
baik berbanding kaum-kaum lain seperti Melayu yang tinggal di kawasan persisir pantai
dan pedalaman serta etnik India yang tinggal di ladang-ladang dan estet. Seperti yang kita
sedia maklum, isu pendidikan dari aspek prasarana lebih dititik beratkan di kawasan
bandar. Selalunya, sekolah-sekolah di kawasan bandar dilengkapi dengan peralatan
belajar yang lebih lengkap berbanding di luar bandar. Ini memberi kelebihan bukan sahaja
penduduk di kawasan bandar tetapi juga dari segi etnik yang dirujuk iaitu etnik Cina. Di
pedalaman yang rata-rata diduduki oleh etnik Melayu, mereka kurang diberi pendedahan
peluang pendidikan yang baik. Oleh sebab itu, mereka hanya menganggap pendidikan ini
hanyalah sekadar menulis, membaca dan mengira (3M). Setelah penguasaan asas
tersebut tercapai, mereka akan lebih berminat untuk menyambung legasi ibu bapanya
seperti menangkap ikan, menjual di kedai runcit dan sebagainya.

Etnik Cina mempunyai advantage kerana secara umumnya, penguasaan ekonomi


masih lagi berada di tangan mereka. Oleh itu, mereka mempunyai pendapatan bulanan
yang lebih besar berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Oleh sebab itu, mereka dapat
menghantar anak-anak ke sekolah. Malah, mereka yang hartawan pula sanggup
menghantar mereka ke sekolah yang lebih baik berbanding sekolah kerajaan. Mengikut
siaran berita Al-jazeera pada 24 April 2009, etnik Cina di Johor Bahru sanggup menghantar
anak mereka ke Singapura semata-mata kerana inginkan pendidikan yang lebih baik
berbanding di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Dianggarkan
lebih 5000 pelajar Malaysia bersekolah di Singapura dengan berulang alik ke sana setiap
hari dengan merentasi sempadan kedua-dua buah negara. Ini menggambarkan mereka
mempunyai kesungguhan yang tinggi serta ditampung pula dengan faktor kewangan yang
baik. Sudah semestinya, kaum-kaum lain di Malaysia seperti Melayu dan India rata-rata
kurang berkemampuan berbuat demikian kerana kita sedia maklum, pecahan pendapatan
kedua-dua kaum tersebut jauh lebih rendah berbanding etnik Cina.

Antara masalah pokok yang masih melanda Malaysia semenjak sebelum merdeka
lagi adalah isu bahasa dan agama. Memandangkan etnik Cina rata-rata lebih selesa
bertutur dalam bahasa ibunda mereka (malah masih ada yang tidak fasih berbahasa
Kebangsaan), mereka lebih senang memilih untuk ke sekolah jenis kebangsaan dan
sekolah swasta. Tumpuan utama kerajaan semestinya kepada sekolah kebangsaan dan
sekolah menengah kebangsaan di mana setiap tahun, peruntukan yang besar diberikan
kepada kedua-dua bentuk sekolah ini. Kewujudan sekolah jenis kebangsaan ini
menyerlahkan lagi ketidaksamaan peluang pendidikan kepada setiap etnik di Malaysia.

Tidak dapat dinafikan konsep diskriminasi yang ditakrifkan sebagai pandangan,


pemikiran, dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap
anggota atau kelompok etnik lain masih menebal dalam kalangan masyarakat Malaysia
hari ini. Ini tergerak dek perasaan prejudis dan saling membenci akibat kecelaruan politik
semasa. Faktor ini menyumbangkan masalah semakin lebarnya jurang pendidikan bagi
setiap etnik di Malaysia. Sebagai contoh, di peringkat IPT, wujud fenomena etnik Cina
memberi nota yang diperoleh kepada kalangan etnik mereka sahaja. Begitu juga etnik
Melayu dan sebagainya. Sebagai akibatnya, pasti terdapat perbezaan ketara keputusan
peperiksaan akhir setiap etnik. Sememangnya, sikap diskrimasi dan prejudis ini
melebarkan jurang ketaksamaan peluang pendidikan.

Jantina

Jurang ketidaksamaan peluang pendidikan antara jantina juga amat ketara.


Lazimnya, kita mendengar sesuatu kursus yang ditawarkan di peringkat IPT sering
dimonopoli oleh satu-satu jantina sahaja. Sebagai contoh perandingan, kursus
kejuruteraan masih dimonopoli oleh lelaki manakala perempuan masih memonopoli
hampir keseluruhan kursus di IPT termasuklah kursus perguruan. Ini jelas membuktikan
bahawa ketaksamaan peluang pendidikan wujud dengan ketara di antara kedua-dua
jantina ini.
Faktor ini disokong oleh minat atau interest satu-satu jantina itu. Kaum lelaki
sememangnya sesuai serta menyukai sesuatu kursus yang mencabar dari segi fizikal, dan
ini membuatkan kursus kejuruteraan menjadi monopoli mereka. Berbeza pula dengan
perempuan yang lebih bersifat keibuan, mementingkan ilmu teori serta kurang terhadap
aktiviti lasak, mereka pasti memilih kursus yang lebih feminin seperti bidang keguruan,
kedoktoran serta kulinari.
Selain itu juga, minat terhadap pelajaran juga amat ketara sekali bagi kedua-dua
jantina ini. Menurut data dari Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (MCIIUM)
pada tahun 2006, peratus pelajar perempuan yang layak mendaftar di MCIIUM adalah
sekitar 60 peratus berbanding pelajar lelaki 40 peratus. Menurut Encik Khair Ngadiron,
bekas pengarah MCIIUM, fenomena ini disebabkan pelajar lelaki sebenarnya kurang
berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertiari dan memilih kerjaya yang
setimpal dengan kelulusan PMR dan SPM mereka bagi menampung keperluan harian diri.
Ini berbeza dengan pelajar perempuan yang masih memikirkan ilmu itu penting bagi
memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik pada masa akan datang. Menurut buku
karangan Syed Ismail dan Ahmad Subki bertajuk Budaya dan Pembelajaran (2009), kadar
pencapaian murid perempuan di peringkat tertiari telah meningkat daripada 0.5 peratus
pada tahun 1970 kepada 4.9 peratus pada tahun 1991 sementara bagi murid lelaki adalah
daripada 1.2 peratus kepada 6.0 peratus bagi tempoh yang sama.

Peluang melanjutkan pelajaran bagi kedua-dua jantina ini juga berbeza. Jika
disingkap kembali sejarah, zaman penjajah memperlihatkan golongan lelaki mendapat
tempat dalam pendidikan kerana pada zaman tersebut, peranan lelaki sangat meluas
meliputi isu pentadbiran, ketenteraan dan kepimpinan. Berbeza dengan perempuan yang
mana hanya diberi pendidikan asas kerana peranan golongan ini masih kecil pada ketika
itu. Jika dilihat dari konteks sekarang, golongan wanita telah mendapat tempat di
peringkat IPT malah peratusannya lebih tinggi berbanding lelaki. Namun begitu, masih
terdapat lagi stigma kuno yang mana perempuan perlu berada di rumah menguruskan
rumah tangga dan tidak dibenarkan keluar mencari pekerjaan. Ini sedikit sebanyak
memberi gambaran bahawa wanita tidak memerlukan pendidikan yang tinggi. Justeru itu,
masih ada golongan wanita yang tidak menyambung pelajaran mereka setelah tamat di
peringkat menengah atau rendah.

Kumpulan minoriti
Kumpulan minoriti ditafsirkan sebagai suatu kumpulan etnik dalam sesebuah
masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil ( Syed Ismail, 2009). Kumpulan ini
banyak terdapat di Sabah dan Sarawak. Kumpulan ini termasuklah golongan daripada
kaum Bajau, Murud, Kadazan dan sebagainya. Kaum Asli juga termasuk dalam kalangan
kumpulan minoriti. Mereka sering terpisah daripada arus pembangunan dan pendidikan
amnya kerana faktor geografi dan taburan penduduknya yang rata-rata tinggal di kawasan
ceruk rantau dan pedalaman. Sebagai contoh, kaum asli Temiar di Pos Poi terpisah dari
bandar terdekatnya Sungai Siput sejauh 20 kilometer. Untuk sampai ke situ, individu perlu
menaiki pacuan empat roda atau sekurang-kurangnya motor ‘scrambler’ untuk sampai ke
penempatan orang asli tersebut. Ini jelas membuktikan pendidikan juga sedikit
terkebelakang kerana teknologi masih kurang di sana. Oleh itu, pendidikan masih lagi
bukan menjadi peranan utama anak-anak daripada golongan minoriti ini. Sebaliknya,
kerja-kerja untuk mencari nafkah tetap menjadi keutamaan.

Kumpulan minoriti ini tidak terhad kepada isu etnik dan kaum semata-mata.
Golongan yang bermasalah disiplin seperti pelajar ponteng sekolah, menghisap rokok,
kaki buli dan sebagainya juga dikaitkan dengan kumpulan minoriti. Ini kerana mereka
tergolong daripada sekelompok kecil pelajar yang bermasalah. Kebiasaannya, mereka
yang bermasalah ini kurang cemerlang dalam pendidikan. Ini ditambah lagi dengan masa
yang kurang untuk membuat rujukan dan ulangkaji kerana banyak masa dihabiskan
dengan kerja-kerja tidak berfaedah tersebut. Sememangnya golongan ini harus diambil
perhatian serius kerana mereka turut tergolong dalam kalangan yang tidak mendapat
sama rata dalam peluang pendidikan.

Murid berkeperluan khas

Murid sebegini telah diberi kekurang atau kelebihan daripada manusia normal.
Sememangnya, pelajar genius, lembam, down sydrom, dan sebagainya tidak dapat
mengikuti arus pendidikan normal seperti kanak-kanak dan pelajar lain. Mereka samada
terlalu kehadapan atau terlalu terkebelakang dari aspek pendidikan, perlu diberi
pendidikan khas. Terdapat 7 kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan program
pendidikan khas, iaitu:
 Kerencatan mental
 Bermasalah pembelajaran
 Kecelaruan tingkah laku
 Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi
 Cacat penglihatan
 Cacat fizikal
 Pintar-cerdas dan berbakat istimewa

Golongan ini jika dibiarkan dengan arus pendidikan normal, sudah pasti mereka tidak
mampu mengecapi erti kata pendidikan sebenar. Mereka tidak dapat menimba ilmu
dengan baik malah pencapaian dalam peperiksaan juga akan sangat kurang baik.

Implikasi terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara

Setiap tindakan atau peristiwa yang berlaku pasti akan memberi implikasi secara langsung
atau tidak langung kepada golongan sasaran. Isu ketaksamaan peluang pendidikan ini
akan memberi kesan atau implikasi kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.

(i) Individu
Umumnya, sudah semestinya ketaksamaan peluang pendidikan ini akan
membuatkan pelajar tersebut tidak selari dengan pencapaian pendidikan normal pelajar
lain. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar tersebut pelajar yang lemah pelajaran
kerana faktor kewangan keluarga ditambah lagi dengan tinggal di pedalaman serta kurang
berminat untuk belajar pasti tidak dapat menandingi pelajar-pelajar lain yang pintar.
Seterusnya, individu tersebut akan tersisih daripada arus pembangunan negara, hidup
dalam kejahilan, tiada masa depan yang cerah dan juga kurangnya ilmu di dada.
Mungkin juga, jika dilihat dari sudut positifnya, individu itu akan lebih berdikari. Ini
kerana individu tersebut tiada kemudahan asas dan kesenangan sepertimana pelajar lain.
Ini mungkin membuatkan mereka akan lebih beruasaha untuk setaraf dengan pelajar lain
atau sekurang-kurangnya berdaya saing dengan yang lain.

(ii) Keluarga
Kita percaya bahawa pendidikan mampu mengubah nasib keluarga. Jika jurang
ketaksamaan peluang pendidikan masih melebar, tidak mustahil nasib keluarga masih
berada pada tahap yang sama tanpa perubahan positif. Sebagai contoh, orang asli yang
masih kurang mementingkan pendidikan kurang proaktif dalam dunia global sekarang.
Akibatnya, mereka lebih senang tinggal di dalam hutan seperti dahulu. Tiada kemudahan
yang sempurna dan jauh sekali perkembangan teknologi.

(iii) Masyarakat
Implikasi kepada masyarakat lebih kepada refleks daripad implikasi kepada keluarga.
Apabila kelompok keluarga yang kurang proaktif ini membentuk satu komuniti, sudah
masti masyarakat tersebut terkenal dengan tidak proaktifya, mundur dari aspek
pendidikan malah tercicir daripada arus pembangunan negara. Mungkin daripada kesan
yang lebih buruk lagi, masyarakat ini akan terus didiskriminasi dan tidak diambil peduli
oleh masyakarat lain.

(iv) Negara
Sesebuah negara bergantung penuh kepada kepakaran modal insannya. Sekiranya modal
insan yang diharapkan iaitu berpendidikan dan berpengetahuan luas di samping berdaya
saing dan proaktif tidak mencukupi, sudah semestinya banyak dasar-dasar yang telah
digubal oleh pemerintah tidak dapat dilaksanakan. Kesan daripada hal sedemikian, negara
akan menjadi mundur, tidak mampu menjadi negara yang kuat dan yang paling
memalukan, kedaulatan negara akan dicabul. Imej negara akan menjadi buruk dan
semestinya pelbagai lagi andaian negatif bakal terjadi.
Kesimpulannya, isu ketaksamaan peluang pendidikan ini patut ditangani oleh bukan
sahaja di pihak kerajaan, tetapi juga pihak berwajib seperti ibu bapa, guru-guru,
masyarakat sekeliling dan individu itu sendiri. Semua perkara mampu ditangani selagi
azam dan tekad menjadi tunjang perjuangan

PENGENALAN
7.01 Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal tertumpu kepada
pembinaan sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama negara.
Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan dan peralatan
yang baik dan lengkap, guru terlatih dan sumber mencukupi. Sebaliknya, peluang
menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman amat terhad.
Malah sekolah luar bandar mengalami pelbagai kekurangan daripada segi infrastruktur
dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masyarakat.
Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada masa
itu tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan
berbanding dengan kualiti pendidikan yang disediakan.
7.02 Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina,
taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Jurang ini menyebabkan perbezaan
prestasi dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta
keciciran pelajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak
seimbang yang ketara daripada segi sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan
bandar. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian Kerajaan sejak
Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3):
“… merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara yang kaya dengan
yang miskin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan
kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama …”
(RMKe-3, 1976-1980)
7.03 Usaha merapatkan jurang pendidikan telah berkembang pesat dan mencapai banyak
kemajuan sejak RMKe-3. Walau bagaimanapun, tugas ini belum selesai dan akan terus
diberi keutamaan dalam RMKe-9.
DASAR DAN MATLAMAT
7.04 Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap
sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan
semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk
cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah mengenal pasti jurang
pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan,
iaitu:
Jurang bandar dan luar bandar
Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi
penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid
(SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman.
Jurang digital
Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara
lokasi dan penguasaan kemahiran ICT di kalangan pelajar dan guru.
Jurang antara tahap pencapaian pelajar
Jurang antara tahap pencapaian pelajar merujuk kepada kesulitan menguasai 3M, kegagalan
mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem
pendidikan.
Jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas
Jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas merujuk kepada perbezaan
penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses p&p pelajar
berkeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat.
Jurang sosioekonomi
Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin,
kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam bandar.
7.05 KPM akan merapatkan jurang pendidikan dengan memberi fokus kepada:
• membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan di kawasan luar bandar
terutamanya di Sabah dan Sarawak;
• meningkatkan kadar penyertaan pelajar dan mengurangkan risiko keciciran;
• meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman;
• menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan
khas dan kumpulan minoriti; dan
• membaikpulih dan meningkatkan infrastruktur SKM termasuk SK dan SJK yang
terpilih.
STATUS SEMASA, CABARAN DAN TUMPUAN DALAM RMKe-9
Taburan Sekolah dan Prasarana
7.06 Pada tahun 2005, terdapat 5,077 (66.8%) buah sekolah rendah dan 792 (39.0%) buah
sekolah menengah di luar bandar. Sekolah rendah dan menengah khususnya di luar
bandar masih kekurangan infrastruktur serta kemudahan pendidikan (Rajah 7.1 dan
7.2). Terdapat 5,951 (78.3%) sekolah rendah dan 870 (42.9%) sekolah menengah berusia
melebihi 30 tahun dan memerlukan penyelenggaraan tinggi. KPM akan terus
memastikan sekolah khususnya di luar bandar dilengkapkan infrastruktur mengikut
standard minimum dan diselenggarakan, sekolah usang dan daif dinaiktaraf dan dibaik
pulih supaya lebih selamat dan kondusif serta disediakan kemudahan asas.
7.07 Di kalangan sekolah tersebut, terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah
menengah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa yang
dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan
ICT di sekolah, di samping menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel
terutama sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman. Cabaran KPM adalah untuk
membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-35KVa, menyediakan mekanisme
penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan diesel agar sekolah-sekolah ini dapat
memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya untuk p&p.
7.08 Kebanyakan sekolah mempunyai bekalan air awam kecuali di 1,517 sekolah rendah
dan 68 sekolah menengah. Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan melalui
kaedah bekalan air graviti, penuaian hujan (rain harvesting) dan telaga tiub (tube well).
Bekalan air graviti menggunakan air dari sungai atau air terjun manakala penuaian
hujan pula menggunakan air tadahan hujan. Terdapat beberapa cara untuk menjana air
dari telaga tiub iaitudengan menggunakan genset, pam, penapisan atau reverse
osmosis.
7.09 Sebanyak 1,639 buah sekolah rendah tidak mempunyai bilik sains, dan 42 buah sekolah
masih menumpang di sekolah lain. Bagi sekolah menengah, 138 buah tidak mempunyai
makmal komputer, 25 buah tidak mempunyai makmal sains dan 26 buah masih menumpang
di sekolah lain. Terdapat juga sekolah yang beroperasi dalam dua sesi iaitu 858 sekolah
rendah dan 748 sekolah menengah.
Sekolah Kurang Murid
7.10 Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan sebagai
SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang. Hampir 90 peratus SKM ini
berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan
dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM
seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di SKM sukar
dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh di pedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil
pula menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade
teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan
Taburan Guru
7.11 Terdapat seramai 190,336 orang guru di sekolah rendah dan 136,598 orang guru di
sekolah menengah. Daripada jumlah ini, 15,444 guru di sekolah rendah dan 2,895 guru
di sekolah menengah ialah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru dalam latihan dan
guru sambilan/sementara. KPM menghadapi kesukaran menempatkan guru-guru
terlatih dan berpengalaman, terutamanya bagi mata pelajaran kritikal di kawasan luar
bandar dan pedalaman. Bagi menyelesaikan masalah ini, KPM melaksanakan program
Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) dan pengambilan GSTT. Cabaran KPM
adalah untuk memastikan guru terlatih mengikut opsyen ditempatkan di semua sekolah
di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi memastikan p&p berjalan dengan lancar
dan berkesan.
Jurang Digital
7.12 Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menuntut KPM
mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid dan guru terutamanya di
sekolah luar bandar dan pedalaman. Dalam RMKe- 8, KPM telah:
• menyediakan infrastruktur seperti makmal atau bilik komputer; perkakasan seperti
komputer,
komputer riba, projektor LCD dan pelayan (server);
• membangunkan perisian khusus dan program TV Pendidikan bagi membantu p&p;
• melatih guru bagi meningkatkan kompetensi mengintegrasikan ICT dalam p&p; dan
• melatih pentadbir sekolah menggunakan ICT dalam pengurusan.
Bagi memastikan pembudayaan ICT juga berlaku di luar bandar, KPM telah menghubungkan
sekolah dengan akses jalur lebar melalui kerjasama Kementerian Tenaga Air dan
Komunikasi (KTAK) serta merangkaikan infrastruktur dan perkakasan ICT melalui
rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar.
7.13 Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan
latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang
terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. Dalam program pembestarian sekolah,
semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan
perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur
lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan
dibina.
Pada waktu yang sama, KPM akan menambah baik kaedah penyampaian program TV
Pendidikan dan merintis penggunaan video teleconferencing sebagai kaedah untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan dan bahan-bahan p&p kepada pelajar dan guru di
kawasan pedalaman.
Kadar Penyertaan
7.14 Kadar penyertaan pelajar dalam sistem pendidikan adalah sebanyak 96.0 peratus
bagi sekolah rendah, 84.4 peratus bagi sekolah menengah rendah dan 71.7 peratus bagi
sekolah menengah atas. Cabaran KPM adalah untuk meningkatkan kadar penyertaan di
sekolah rendah dan menengah khususnya di kalangan Orang Asli dan kaum minoriti.
Penguasaan 3M
7.15 Kegagalan menguasai 3M dikenal pasti menyebabkan defisit akademik kumulatif
dan perbezaan tahap pencapaian di kalangan pelajar. Walaupun murid Tahap I yang
mengalami defisit akademik telah berkurangan daripada 9.1 peratus pada tahun 2003
kepada 7.7 peratus pada tahun 2004, ia masih berada di atas paras normal iaitu 5
peratus bagi sesuatu sistem pendidikan. Bagi mengatasi masalah ini, KPM telah
melaksanakan program rintis Kelas Bermasalah Pembelajaran Ringan KBSR di 71 buah
sekolah pada tahun 2004. Pada tahun 2006, program ini diganti dengan Kelas Intervensi
Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) bagi murid Tahun 1. Murid yang tidak melepasi
standard yang ditetapkan akan mengikuti Kelas Pemulihan Khas. Cabaran KPM adalah
untuk meminimumkan defisit akademik terutama di negeri dan lokasi yang masih tinggi
kadarnya. Penguasaan 3M akan terus dipertingkatkan melalui peluasan dan
peningkatan Program Pemulihan dengan menyediakan Guru Pemulihan Khas Terlatih,
Bilik Pemulihan Khas dan peruntukan yang mencukupi.
Kadar Keciciran
7.16 Kadar keciciran di sekolah rendah dan menengah telah menunjukkan penurunan
sepanjang tempoh RMKe-8. Bagi sekolah rendah, kadar keciciran telah menurun
daripada 20,560 (4.2%) murid bagi kohort 1997/2002 kepada 9,713 (1.9%) murid bagi
kohort 2000/2005. Bagi sekolah menengah, kadar keciciran telah menurun daripada
60,413 (14.5%) pelajar bagi kohort 1998/2002 kepada 43,586 (10.3%) pelajar bagi kohort
2001/2005. Kadar keciciran di sekolah rendah ialah 1.9 peratus di bandar dan 1.2 peratus
di luar bandar bagi kohort 1999/2004. Manakala, pada peringkat menengah kadar
keciciran ialah sebanyak 10.1 peratus daripada saiz kohort di bandar dan 16.7 peratus
daripada saiz kohort di luar bandar bagi kohort 2000/2005.
7.17 Walau bagaimanapun, data yang ada menunjukkan jumlah pelajar yang cicir dan
terkeluar daripada sekolah di bawah KPM sahaja. Data tidak mengambil kira pelajar
yang telah menyambung persekolahan di sekolah-sekolah di luar KPM seperti di Sekolah
Agama Negeri, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Swasta, Sekolah Antarabangsa atau ke
luar negara. Cabaran KPM adalah untuk mengenal pasti jumlah keciciran sebenar
daripada sistem pendidikan negara dan mengurangkan kadar keciciran pada semua
peringkat pendidikan.
Pendidikan Pelajar Berkeperluan Khas
7.18 KPM juga menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar kurang upaya yang terdiri
daripada pelajar bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Pelajar yang
dikategorikan bermasalah pembelajaran ialah mereka yang mengalami masalah kognitif
ringan, masalah tingkah laku, autisme, sindrom down, Attention Deficit Disorder (ADD),
Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran khususnya
disleksia. Sehingga 2005, terdapat 28 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK), dua
Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dua Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Vokasional (SMPKV) dan 973 Program Pendidikan Khas Integrasi.
7.19 Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun 2004 di semua SKPK.
Dalam tahun 2005, sebanyak 32 Program Pendidikan Khas Integrasi untuk pelajar
bermasalah pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa. Kanak-kanak kurang
upaya memasuki sistem pendidikan KPM seawal umur 4+ tahun, iaitu pada peringkat
prasekolah jika ada kekosongan. Kanak-kanak kurang upaya yang berusia kurang
daripada 4 tahun mendapat pendidikan intervensi awal di pusat kelolaan Kementerian
Kesihatan atau di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan
Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
atau di pusat-pusat kelolaan badan sukarela. PDK juga menyediakan pendidikan kepada
pelajar kurang upaya dengan lebih daripada satu jenis kecacatan kerana pada ketika ini,
KPM hanya menyediakan pendidikan bagi pelajar yang mempunyai satu jenis kecacatan
sahaja serta boleh mengurus diri seperti yang tertakluk dalam Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 1995. KPM akan berusaha menyediakan kemudahan yang sesuai agar
lebih ramai pelajar kurang upaya yang kini ditempatkan di PDK mendapat pendidikan
formal di sekolah-sekolah anjuran KPM.
7.20 Kepakaran pendidikan bagi pelajar kurang upaya telah berkembang dengan pesat
di negara-negara maju terutama bagi pelajar yang mengalami ADD, ADHD, disleksia
atau lain-lain permasalahan. Pelajar ini memerlukan pendekatan spesifik bagi
menangani masalah dengan berkesan, contohnya tidak dinaikkan kelas secara
automatik. Di samping KPM, terdapat juga sekolah antarabangsa yang menyediakan
program bagi pelajar kurang upaya.
7.21 KPM perlu mempertimbangkan untuk menyediakan perkhidmatan
pendidikan kepada pelajar kurang upaya yang mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis
kecacatan dan menambah baik program yang bersesuaian dengan kategori
permasalahan pelajar terbabit. KPM juga menghadapi cabaran untuk memastikan
pelajar berkeperluan khas mendapat lebih peluang mengikuti pendidikan aliran
akademik dan vokasional.
7.22 KPM perlu menyediakan lebih banyak infrastruktur, kemudahan dan program pendidikan
khas yang relevan. KPM akan memperluas dan mem-pertingkatkan pengisian Program
Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran, menyediakan guru pendidikan khas terlatih
dan pembantu pengurusan murid yang mencukupi, menyediakan pentaksiran alternatif,
menyediakan kemudahan ICT yang sesuai, menjalin perkongsian pintar dengan badan
sukarela dan Kementerian lain yang juga menyediakan perkhidmatan untuk pelajar
kurang upaya.
7.23 Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat (gifted and talented) memerlukan
program yang khusus bagi memenuhi keperluan mereka. Cabaran KPM adalah untuk
menyediakan kurikulum yang sesuai bagi kanak-kanak pintar cerdas dan menyediakan
Sekolah Seni bagi mereka yang berbakat dan cenderung kepada bidang kesenian.
Kemiskinan dalam Bandar
7.24 Golongan berpendapatan rendah di bandar biasanya berada di luar tahap
kelayakan untuk diberi bantuan tambahan daripada KPM. Walau bagaimanapun, kos
sara hidup yang tinggi di bandar menyebabkan anak-anak daripada kalangan keluarga
ini juga memerlukan bantuan sama seperti anak-anak daripada kalangan keluarga
miskin di luar bandar. Selain menerima bantuan daripada KPM seperti Buku Teks,
Rancangan Makanan Tambahan dan KWAPM, pelajar-pelajar ini juga mendapat
bantuan daripada pihak luar KPM. Pihak luar KPM ini termasuklah Pusat Pungutan
Zakat, badan-badan korporat dan badan-badan bukan kerajaan. Cabaran KPM adalah
untuk menyediakan lebih banyak bantuan bagi pelajar kumpulan ini.
Bantuan dan Program Sokongan
7.25 KPM memperuntukkan lebih daripada RM1.0 bilion setiap tahun bagi membantu
pelajar dari keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui pelbagai program
bantuan seperti:
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah (PSS)
RMT telah dilaksanakan mulai tahun 1979 sebagai langkah untuk menyediakan bantuan
makanan berkhasiat kepada murid miskin. Mulai tahun 2003, murid-murid ini juga
menerima susu segar melalui PSS. Kriteria pemilihan murid yang layak menerima RMT
dan PSS adalah daripada keluarga berpendapatan kurang RM400 atau per kapita RM80
dan ke bawah. Seramai 700,000 murid menerima RMT manakala anggaran 550,000
murid menerima PSS setiap tahun. Bagi murid negeri Sabah, PSS dibiayai sepenuhnya
oleh kerajaan negeri.
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
KWAPM diwujudkan berikutan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib pada tahun 2003
untuk membantu murid miskin membayar yuran dan membeli pakaian seragam agar
tidak tercicir daripada sistem persekolahan akibat kemiskinan. Pada tahun 2005, seramai
350,000 murid sekolah rendah diberi bantuan KWAPM.
Bantuan Makanan Asrama
Pada tahun 2005, sebanyak 260,000 pelajar sekolah rendah dan menengah diberi
kemudahan makanan asrama. Syarat kelayakan adalah pendapatan isi rumah RM1,000
dan ke bawah.
Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid
KPM menyediakan bantuan perjalanan dan pengangkutan untuk kemudahan pelajar.
Bagi SBP, bantuan diberikan kepada pelajar dalam bentuk tambang pergi dan balik dari
rumah ke sekolah dan sebaliknya. Sekolah yang mempunyai asrama harian
menggunakan peruntukan ini untuk program lawatan dan sebagai tambang ke sekolah
agama atau ke masjid. Bagi sekolah-sekolah lain, bantuan ini digunakan untuk
menyokong program lawatan sambil belajar.
Jaket Keselamatan
KPM menyediakan jaket keselamatan kepada pelajar yang menggunakan pengangkutan air
untuk ke sekolah. Bagi tahun 2005, KPM telah membekalkan 37,000 unit jaket
keselamatan bernilai lebih RM1.4 juta ke sekolah-sekolah.
Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya
KPM menyediakan Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya sebanyak RM25 sebulan. Pada tahun
2005, seramai 20,355 pelajar telah menerima bantuan ini.
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
SPBT disediakan kepada pelajar daripada keluarga yang pendapatan isi rumah RM2,000 dan
ke bawah bagi sekolah kebangsaan serta RM1,000 dan ke bawah bagi sekolah jenis
kebangsaan dan sekolah menengah. Mulai tahun 2005, SPBT telah diperluas kepada
anak-anak Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Skim Baucar Tuisyen (SBT)
KPM menyediakan bantuan SBT kepada murid sekolah rendah yang lemah dalam pelajaran
Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sejak dilancarkan pada tahun
2004, seramai 450,000 murid telah menerima bantuan SBT setahun.
Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU)
KPM menganugerahkan BKP dan BKPU kepada pelajar sekolah menengah yang menunjukkan
prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang. Setiap tahun, dianggarkan
200,000 pelajar dianugerahkan BKP dan 30,000 pelajar dianugerahkan BKPU.
Asrama Harian
KPM menyediakan asrama harian bagi mengurangkan risiko keciciran di kalangan
pelajar luar bandar dan pedalaman. Sehingga kini, terdapat 1,371 buah asrama harian
yang menempatkan lebih 220,000 pelajar.
JADUAL 7.1 PERUNTUKAN BANTUAN
PELAJAR 2006
Kumpulan Wang RM200 juta
Amanah Pelajar
Miskin
Biasiswa RM200 juta
Skim Pinjaman RM160.4 juta
Buku Teks
Elaun Orang RM6.8 juta
Kurang Upaya
Rancangan RM183.2 juta
Makanan
Tambahan
Program Susu RM21.8 juta
Sekolah
Skim Baucar RM181.9 juta
Tuisyen
Pelajar Miskin RM2.8 juta
Sekolah
Berasrama
Penuh
Bantuan RM7.4 juta
pengangkutan
Bantuan RM531.6 juta
makanan
Bantuan jaket RM2 juta
keselamatan
JUMLAH RM 1.5 Bilion

7.26 Cabaran KPM adalah untuk mengenal pasti dan mengesahkan kesahihan pelajar yang
layak diberikan bantuan serta memastikan tidak berlaku pertindihan dalam pemberian
bantuan dengan pihak luar KPM. KPM juga sedang berusaha untuk meningkatkan lagi jumlah
bantuan kepada pelajar miskin dan meneliti kaedah untuk menambah baik sistem
pengagihan bantuan-bantuan ini.
Bantuan Pihak Luar KPM
7.27 Kementerian dan agensi kerajaan yang lain, badan korporat, pihak swasta dan pihak
media, Pertubuhan Bukan Kerajaan, parti politik, PIBG dan Alumni banyak memberi
sokongan dan bantuan kepada pelajar. Program sokongan dan bantuan yang disediakan
adalah:
• bantuan kepada pelajar miskin;
• bantuan bagi program-program akademik;
• bantuan bagi program-program kokurikulum;
• sumbangan perkakasan ICT;
• bantuan bagi melaksanakan acara-acara di sekolah; dan
• program sekolah angkat.
FOKUS DAN STRATEGI PELAKSANAAN
7.28 Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan merapatkan jurang pendidikan dengan memberi
tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut:
Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar
• Menambah baik Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar Sabah dan Sarawak
– menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas
– menyediakan bekalan elektrik
24 jam termasuk membekal genset berkapasiti 30-35 KVa ke sekolah pedalaman,
merintis penggunaan solar hybrid dan merintis penggunaan empangan mini
– menyediakan bekalan air ke sekolah
• Menambah baik Sekolah Kurang Murid
– Menilai pelaksanaan Sekolah Pusat bagi tujuan peluasan
– Mewujudkan norma baru untuk guru di Sekolah Kurang Murid
– Mengkaji pemberian geran per kapita
• Merapatkan jurang pencapaian akademik
– menambah bilangan komputer, TV Pendidikan, video teleconferencing,
SchoolNet, makmal komputer, kemudahan perkakasan, pengisian dan tenaga
kerja
• Merapatkan jurang digital
– Menyediakan makmal komputer
– Menyediakan Pusat Akses
– Menambah bilangan komputer
– Merangkaikan semua sekolah dengan SchoolNet berjalur lebar
– Pembestarian sekolah luar bandar
– Menambah baik TV Pendidikan
– Merintis penggunaan video teleconferencing
Meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran
• Penguasaan 3M
– Memperluas Program KIA2M untuk Tahun 1
– Menambah baik Program Pemulihan Khas Tahap I
– Menggiatkan Program Gerak Gempur
– Memperkenalkan program khusus Orang Asli dan suku minoriti
• Pengurangan kadar keciciran
– Menguatkuasakan Pendidikan Wajib
– Memperluas MPV di Sekolah Menengah Harian
– Memperbanyak program motivasi
– Menjalin pemuafakatan antara warga sekolah, keluarga dan komuniti
– Memperkenalkan pentaksiran dan penilaian yang sesuai
– Menyediakan sistem penyampaian alternatif berorientasikan emotional quotient (EQ)
dan kebolehan murid
– Memperatkan kerjasama dengan pihak luar KPM dalam mengenal pasti punca dan
cara mengatasi keciciran
• Pemantapan program pendidikan bagi pelajar kurang upaya
– Membuka kelas khas bagi murid autisme dan ADHD serta yang mempunyai dua
kecacatan
– Memantapkan program pendidikan khas inklusif
– Menghasilkan kaedah penilaian yang diiktiraf
– Menyediakan perkhidmatan pendidikan khas kepada kanak-kanak dari umur satu
hari di pusat perkhidmatan
– Meminda Peraturan- Peraturan Pendidikan Khas 1997 untuk menerima pelajar dua
kecacatan
– Memantapkan instrumen saringan untuk kenal pasti murid berkeperluan khas
– Menyediakan kemudahan pengangkutan untuk murid pendidikan khas
– Mengeratkan kerjasama antara KPM, Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Kem. Kesihatan, KPT dan Kem. Sumber Manusia
• Penyediaan pendidikan bagi pelajar mengikut keperluan
– Mewujudkan Sekolah Seni
– Merintis program khusus bagi pelajar pintar cerdas dan berbakat
– Mewujudkan kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bagi mengadakan
program pendidikan untuk kanak-kanak yang direman dan mencadangkan
Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611)
– Menyediakan kemudahan pendidikan kepada pelajar yang kini berada di Pusat
Pemulihan Komuniti
Meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman
• Peningkatan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman
– Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman
– Menambah baik insentif khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman
– Menyediakan asurans kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar
– Menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna
Menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas
dan kumpulan minoriti
• Pemantapan sistem pengagihan bantuan
– Memantapkan Sistem Maklumat Murid (SMM)
– Memantau pelaksanaan program bantuan secara berterusan
– Menilai impak program secara berkala
– Mewujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD)
– Mengukuhkan kerjasama antara sekolah, sektor awam dan swasta
PENUTUP
– 7.29 Jurang pendidikan terutamanya antara bandar dan luar bandar merupakan
tinggalan sejarah pembangunan pendidikan yang tidak setara antara lokasi.
Fenomena ini amat merugikan pelajar berkaitan serta boleh menjejaskan perpaduan,
pembangunan tenaga manusia, keharmonian dan kemajuan negara. Oleh itu, KPM
sentiasa memberi penekanan bagi merapatkan jurang tersebut dengan melaksanakan
pelbagai usaha secara serentak dan berterusan.

Anda mungkin juga menyukai