Anda di halaman 1dari 11

RAHSIA LEADER EJEN BERPENGARUH

1
RAHSIA LEADER EJEN BERPENGARUH

“Bilalah dorang ni (tim ejen) nak dengar cakap aku ni, haish!

Geram pulak rasanya. Rasa nak marah.. Tapi kena sabar.. Fuhh!

Mencabar betullah. Nak buat apa pun “blur” dah ni..”

Ini antara kes yang founder atau leader ejen selalu hadap. Anda setuju tak,

kekuatan kumpulan terletak kepada kekuatan pemimpin? Bila leader lemah maka

team akan lemah. Kalau leader yang buat setakat buat jer, ejen pun macamtu jugalah

ceritanya. Pengaruh takde.. orang pun takde rasa hormat.. ejen yang dah rekrut

ramai2 pun, slow2 keluar group gitu jer sebab tak rasa betul2 dibimbing. Hmm..

Naik turun sebuah kumpulan terletak pada skill paling penting sebagai seorang

leader iaitu skill bina pengaruh. Tak lain tak bukan, anda jadi leader ejen yang

berpengaruh ni untuk team dengar dan ikut cakap anda!

Anda mungkin dah push tim ejen anda.. dah bagi arahan untuk buat itu ini..

tapi, tim tak join pun. Anda buat live, yang hadir berapa kerat jer.. anda buat training,

yang hadir pun tak apply apa yang anda dah ajar lepas tu. Haa satu lagi, anda

bersuara kat group team ejen, response memang krik-krik jer!

Anda geram punya pasal sampailah kalaulah boleh jumpa mereka depan2,

anda nak marah jer terus.. Fuhhh.. Mencabar nak jadi leader yang orang dengar cakap

ni kan? Okay baiklah.. Saya pun taknak anda terus “mendidih” geram..

Apa kata sekarang saya bongkarkan pada anda.. TEKNIK RAHSIA UNTUK

MENJADI SEORANG PEMIMPIN BERPENGARUH untuk lahirkan team ejen yang

hasilkan jualan lumayan. Okay, jom mula! Rahsia utama untuk menjadi seorang

PEMIMPIN YANG HEBAT ni terletak pada… (next page)

2
RAHSIA LEADER EJEN BERPENGARUH

RAHSIA #1
DAYA PENGARUH & KARISMA

3
RAHSIA LEADER EJEN BERPENGARUH

Daya pengaruh ni sifat dalaman yang ada dalam diri semua orang dan bukan

boleh dibina dalam satu malam. Salah satu usaha yang boleh anda buat adalah dari

bacaan yang luas. Senang story, banyakkan baca buku. Buku pasal leadership,

komunikasi berpengaruh misalnya..

Anda boleh cari bahan bacaan yang ada kualiti dari sudut gaya bahasa yang

jelas dan senang difahami. Kat sinilah anda akan mula secara tak sedar tiba-tiba jer

dapat idea bernas yang boleh bentuk asas kepimpinan anda.

Kesan dari pengaruh dengan karisma ni, anda dapat tahu kebolehan anda

untuk kawal team ejen anda dengan rasional. AKIBATNYA..

..isu kebanyakan yang anda mungkin biasa dengar macam

ejen mogok, ejen tak response atau ejen bermasalah ni, takkan lagi

menjadi isu besar anda

Sebabnya… aura karisma yang anda bawa akan bagi kesan psikologi pada

ejen untuk tak buat benda “gila”. Mereka akan start hormat anda sebagai pemimpin

dan action anda akan mereka contohi secara dalam diam.

Haa, bestkan kalau macamtu? JOM tahu next secret pula.. (next page)

4
RAHSIA LEADER EJEN BERPENGARUH

RAHSIA #2
DEMONSTRATION

5
RAHSIA LEADER EJEN BERPENGARUH

Faktor yang kedua untuk jadi pemimpin berpengaruh adalah menerusi

kepimpinan yang boleh mempengaruh orang sekeliling untuk follow action dari leader

tu sendiri.

i. Kalau anda nak team ejen anda buat sesuatu perkara atau task,

perlulah start dari anda dulu. Contoh, kalau anda nak hasil jualan yang

bawa untung besar, anda sendiri kenalah tunjuk teknik jualan yang

berkesan untuk mereka ikut tu.

Bila ejen anda nak buat jualan nanti, anda boleh…

• turun padang dan tunjukan cara anda buat jualan

• guide bagaimana cara anda dekati pelanggan, apa jenis tawaran yang anda

diberikan, dan…

• ajarkan apa ayat yang anda gunakan untuk pelanggan dapat membeli dari

anda.

Cara ini nampak simple jer kan? TAPI.. cukup untuk bagi ejen anda rasa

yang anda memang patut dicontohi.

ii. Seterusnya, sebagai pemimpin, anda kena jaga batas pergaulan

dengan team ejen anda. Tak dinafikan ‘bonding’ dengan team mesti dijaga

untuk jaga keharmonian. Sebab itu pun memang kunci untuk kejujuran team

dalam gerak kerja mereka.

TAPI.. ada juga batas yang anda kena jaga untuk pengaruh dan

karisma anda ni terjaga. Haa, saya nak share pepatah ini,

6
RAHSIA LEADER EJEN BERPENGARUH

“Jangan rapat sangat sampai mereka lupa kita leader mereka,

jangan jauh sangat sampai lupa mereka juga adalah kawan kita”.

So, pendekatan paling selamat adalah anda ambil jalan tengah.

Sebagai pemimpin, anda kena bijak balance pergaulan untuk daya

pengaruh anda tak tercemar dan keharmonian dalam team boleh

dikekalkan.

iii. Selain itu, untuk anda kekal dihormati sebagai leader anda mesti

‘Menampakkan Tanpa Mengarah’. Haa, macam mana pula tu, tuan?

Maksudnya tugas anda sebagai leader mesti beri gambaran jelas kepada

team tentang kemana hala tuju mereka bersama anda. Gituu..

Anda bantu set goal untuk setiap ejen anda. Tapi sebelum itu, anda

kena kenalpasti dulu apa tujuan mereka nak bersama anda. Next, selarikan

dengan target syarikat. Bila mereka dah nampak kemana hala tuju mereka,

secara tak sedar mereka boleh tahu apa yang sepatutnya mereka buat

kalau nak berjaya dengan anda. Ini sangat penting sebab dengan cara ni..

..anda tak perlu selalu nak pantau gerak kerja mereka,

team anda dengan sendirinya akan faham apa yang mereka

patut capai.

Okay kita dah cover 2 rahsia dah ni. JOM tahu next secret lagi.. (next page)

7
RAHSIA LEADER EJEN BERPENGARUH

RAHSIA #3
KEBOLEHAN MEMOTIVASIKAN EJEN

8
RAHSIA LEADER EJEN BERPENGARUH

Faktor yang terakhir untuk jadikan anda pemimpin yang berpengaruh adalah

dengan “merangsang” semangat ejen. Anda kena tahu apa yang ejen anda lemah.

Perkara ini semudah…

• bercakap dengan mereka dan ambil tahu halangan yang mereka hadapi,

• dengar masalah mereka dan cuba atasi dengan bagi kata-kata semangat

yang boleh keluarkan mereka dari masalah, dan…

• jangan sesekali pandang remeh masalah mereka sebab setiap orang ada

cara yang tersendiri nak selesaikan masalh, boleh jadi masalah tu mudah

bagi anda, tapi tak mudah bagi mereka.

Ada beberapa tips yang mesti anda buat untuk kekalkan KADAR AKTIF

EJEN. BACA apa yang saya kongsi nih..

i. Jangan bagi kritikan secara depan-depan. Kalau ada teguran, panggil mereka

secara berseorangan. Explain punca masalah dan solution sesuai dengan

kemampuan mereka.

ii. Selain itu, bagi feedback positif bila mereka berjaya ataupun tidak untuk

habiskan target jualan. Walaupun kadang2 anda pun akan terkesan bila hasil

jualan tak capai target. INGAT! Langit tak selalunya cerah..

iii. Ketepikan kepentingan peribadi dan teruskan bagi feedback positif untuk ejen

kekal yakin dan terus berusaha keras. Bila anda terus bagi kepercayaan

terhadap mereka, mereka akan rasa disayangi, dan bila mereka rasa disayangi,

mereka akan jadi berani! TRUST THE PROCESS.

Seterusnya, anda boleh bagi kebebasan untuk mereka berkerja. Setiap orang

ada proses belajar berlainan. So, cara mereka amalkan ilmu tu dah tentu berlainan.

9
RAHSIA LEADER EJEN BERPENGARUH

Walaupun anda dah bagi training untuk mereka belajar

bermacam strategi jualan, anda tetap perlu beri mereka peluang

untuk tonjolkan kemampuan mereka.

Selain itu, bagi juga mereka peluang untuk ke depan! Ada ejen yang bersifat

menyendiri atau dipanggil introvert. Mereka sukar nak tonjolkan diri dan tak banyak

bercakap. Anda sebagai leader perlu bagi mereka peluang untuk bagi pendapat. Cuba

beramah mesra untuk mereka selesa dengan anda. Secara tak langsung golongan

introvert ini akan hargai anda sebab berjaya keluarkan mereka dari zon selesa.

================================================================

Peranan leader dalam dunia ejen memang penting dalam nak bawa kejayaan

pada tim. Sejauh mana penglibatan leader dalam kumpulan akan tentukan sejauh

mana visi dan misi brand anda dapat dilaksanakan. Haa, gitu..

Jika anda dapat buat dengan baik, dengan mudah team ejen anda akan rasa

sifat “self-belonging” terhadap brand. Mereka pun akan lebih bertanggungjawab dan

rasa team anda ni amanah yang mereka takkan sia-siakan.

Saya nak ingatkan juga nih.. hati-hati dalam nak urus ejen! SEBABNYA.. hidup

mati syarikat bergantung sepenuhnya pada performance ejen. Kalau mereka

bersungguh, anda juga yang akan merasa hasilnya. Setuju?

10
RAHSIA LEADER EJEN BERPENGARUH

Secara kesimpulan, ada seribu satu kelebihan kalau

anda mampu jayakan team ejen sebab nak urus team ejen

ni bukan jer setakat uji kredibiliti anda sebagai pemimpin,

malah itu juga adalah seni dalam mengurus tabiat

manusia!

11

Anda mungkin juga menyukai