Anda di halaman 1dari 24

1.

PENDAHULUAN Penggunaan Teknologi dan Ict Dalam P & P Dalam Bilik


DarjahEsei ini membincangkan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) dalam duniapendidikan pada alaf ini. Sebagai guru yang berdepan dengan
ledakan maklumat dalam duniatanpa sempadan ini kita perlu melangkah
sederap dengan kemajuan dan kecanggihan ilmuserta teknologi sebagai langkah
awal demi menggalas amanah dan tanggungjawab terhadapbangsa dalam
membina negara bangsa yang mampu berdiri gah di persada dunia.Penguasaan
ICT dapat membantu guru menghadapi ranjau dan cabaran dalam
duniapendidikan dan bertindak tepat dengan kehendak semasa. Fungsi guru
sebagai egen perubahan sosial dapat memenuhi permintaan
masyarakatsetempat melalui ilmu dan kemahiran yang dimiliki seterusnya
menjadi rujukan dan idoladalam masyarakat. Kemahiran guru dalam bidang ICT
dapat membantu pelajar-pelajar untukmenguasai kemahiran dan ilmu yang
bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi pelajarsekaligus dapat menanam
rasa cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini secara tidak langsungdapat
melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana
yangdigarapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
Tanggungjawab inisememangnya terpikul atas bahu para guru yang komited
dengan tugas serta bersedia dansanggup menerima perubahan mengikut
peredaran masa. Semua ini menuntut pengorbananyang besar dari kalangan
guru-guru untuk terus menambah ilmu dan kemahiran, bertepatandan
bersesuaian dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.Mengapa
Penggunaan ICT Diperlukan1) Meningkatkan kefahaman sesuatu konsep,
memberi gambaran visual dan memudahkan pengiraan kompleks.2) Merangsang
murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.3)
Membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan
lebih cepat dan tepat.4) Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada
murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan.5) Membantu murid
mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar diperoleh dalam
keadaan biasa6) Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar
dan berbentuk penerokaan.
2. 7) Memupuk sifat ingin tahu dan ingin mencuba di kalangan murid.8)
Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi murid.9) Menggalakkan
murid merealisasikan: - Pembelajaran terarah kendiri - Pembelajaran akses
kendiriDasar Pembangunan Negara dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001
2005)menegaskan kepentingan membangunkan dan memperluaskan
penggunaan teknologimaklumat dalam pembangunan pendidikan. Langkah ini
bertujuan merancakkanpertumbuhan, melatih profesional, meningkatkan
produktiviti, memodenkan pengurusanteknologi maklumat dan pengetahuan,
mengurangi jurang digital, dan mempastikan semuarakyat mendapat manfaat
daripada ICT. Sektor pendidikan menjadi agen perubahan bagi
mempertingkatkan kemahiranpenggunaan ICT dalam kalangan generasi muda.
Keperluan terhadap penggunaan ICT dalampendidikan amat dirasai kerana ICT
telah menjadikan dunia pendidikan sebagai hak milikpelbagai lapisan
masyarakat di mana pelbagai maklumat dan sumber pendidikan dapatdicapai
walau di mana jua berada. Pengaruh dan kemajuan era ICT mencetuskan

inovasidalam pengurusan pendidikan, penilaian, serta pengajaran dan


pembelajaran. Kewujudan masyarakat berpendidikan yang terbentuk melalui
pembudayaankomputer, internet, dan multimedia menzahirkan kewujudan
masyarakat yang cinta akan ilmupengetahuan. Bangsa yang maju adalah bagsa
yang mementingkan perkembangan intelektualyang dirintis oleh kemajuan dunia
pendidikan. Dalam konteks ini teknologi maklumatberperanan untuk meluaskan
penyebaran pemikiran manusia sebagai agen revolusi sosial.Menurut Mohamed
Rashid dan Mohd Nasir (2003) dalam kajian Refleksi TerhadapPelaksanaan
Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran menyatakan bahawa pada abad ke21,negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan
globalisasi,liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
Pembaharuanpendidikan dari segi pengajaran-pembelajaran, sistem pengurusan
pembelajaran dan perananguru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu
kepada sistem pendidikan.
3. ISU 1FAKTOR GURUi) Persepsi guru terhadap kepentingan komputerWalaupun
ramai guru yang telah bersedia dengan perubahan penggunaan komputer di
dalampengajaran tetapi masih ada guru yang lebih selesa menggunakan kaedah
konvensionalrelevan dengan sistem peperiksaan. Dengan sikap sebegini adalah
sukar bagi perubahandilakukan dengan berkesan.ii) Kerisauan untuk
menghadapai perubahan.- Terdapat tiga jenis kerisauan yang dihadapai oleh
guru-guru dalam penggunaan komputeriaitu:-1. Risau sekiranya rosak apabila
menggunakan peralatan tersebut.2. Risau kerana merasakan mereka tidak
berupaya mempelajari teknologi tinggi.3. Risau sekiranya disuruh oleh sekolah
untuk melakukan semua kerja kerana mahir dalampenggunaan komputer.iii)
Masa dan beban tugas guru- Penggunaan komputer dalam pengajaran
memerlukan masa yang banyak bagi guru-gurumenyediakannya. Persediakan
diperlukan termasuk dari aspek penyediaan bahan mengajarserta setup bahan
pada komputer sebelum kelas dimulakan. dengan bilangan waktu mengajaryang
banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 27
waktuseminggu, sukar bagi guru untuk membuat persediaan mengajar dan juga
untuk setup bahanmengajar dimakmal komputer. Guru-guru juga mempunyai
tugas-tugas lain seperti menjadisetiausaha peperiksaan, guru data, ketua-ketua
panitia, Ajk PIBG dan sebagainya. Situasi iniakan menyukarkan guru untuk
membuat persediaan yang mantap jika mereka perlumenyediakan bahan sendiri
dalam pengajaran. Menurut Mazniza Muhamad(2004) kebanyakan guru-guru
sedar tentang kelebihanmenggunakan komputer tetapi kurang menggunakannya
kerana kekangan masa, masalahpenyelenggaraan dan kemahiran. Kesuntukan
masa menggunakan ICT oleh guru-gurumenjadi penghalang manakala sikap
positif, keyakinan diri dan kemahiran menggunakanICT menjadi pendorong
perlaksanaannya dalam penngajaran dan pembelajaran. (IAB, 2008).
4. iv) Kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan penggunaan komputer
dalam P&P-Proses pengajaran memperalatkan ICT menuntut guru berkemahiran
dalam membinapersembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurangkurangnya menggunakanPowerpoint dengan input-input seperti rakaman suara,
memasukan video, grafik dan bunyimengikut kreativiti guru. Oleh kerana tidak
semua bahan pengajaran tersedia untukdigunakan terus, maka guru dikehendaki

menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik,tetapi keinginan guru untuk


menambahbaikan bahan P & P hanya tinggal sebagai kemahuansaja kerana
guru-guru kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan
menggunakankomputer dalam P & P. Tambahan lagi, penggunaan komputer oleh
guru adalah pada tahapyang minima sahaja iaitu sekali sekala dalam masa
sebulan. Selain daripada itu, guru-gurukerap menggunakan hanya satu program
sahaja iaitu pemprosesan perkataan. Guru-gurujarang menggunakan pangkalan
data, persembahan mutimedia, persembahan grafik, melelektronik dan laman
web dalam pengajaran.ISU 2FAKTOR SEKOLAHPeranan dan sikap pengetua- Sikap
pihak pengurusan sekolah (pengetua/guru besar,penolong kanan) adalah
kritikalterhadap pembentukan dasar dan amalam diperingkat sekolah. Mereka
adalah penggerakyang boleh memotivasikan setiap guru supaya menpunyai misi
dan objektif yang sama untukmeningkatkan kualiti pendidikan sekolah. Pengetua
atau pentadbir yang tidak prihatin akankeperluan masa hadapan akan
menyebabkan organisasi pendidikan ketinggalan.Melalui enam isu dan enam
cabaran berkenaan guru dalam menggunakan teknologiinstruksional di sekolah
ini dapatlah disimpulkan pula lapan cadangan bagi merealisasikanhasrat
membudayakan penggunaan teknologi instruksional dalam proses pembelajaran
danpengajaran.1). Membuat pemilihan kajian tindakan berdasarkan bahan
pengajaran teknologi instruksional di peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan.2. Bahan terbaik diperingkat kebangsaan akan dikumpulkan melalui
CD dan disebarkan diseluruh negara.3. Mewajibkan bakal guru di universiti
mengambil dua atau tiga kertas berkaitan komputer
5. sebagai subjek teras.4. Mengutamakan kursus latihan dalam perkhidmatan
(LADAP) yang berkaitan teknologi instruksional.5. Mewujudkan sikap positif
jangka panjang guru terhadap teknologi instruksional melalui motivasi intrinsik.6.
Guru sendiri hendaklah berperanan dan rasa bertanggungjawab untuk
menyediakan keperluan teknologi instruksional.7. Pentadbir menggunakan
sebahagian besar pengurusan dan pentadbiran sekolah menggunakan teknologi
maklumat.8. Kurikulum bagi melahirkan guru hendaklah lebih mengutamakan
teknologi instruksional berbanding pedagogi.Sistem Pendidikan Berorientasikan
Peperiksaan.Disebabkan penekanan kepada pencapaian di dalam periksaan
guru-guru diarahkanmemberikan latihan sebanyak yang mungkin kepada pelajarpelajar. Buku latihan pelajar-pelajar akan dipantau dari masa ke semasa oleh
pihak pentadbir sekolah bagi memastikanguru menjalankan arahan yang
diberikan. Penekanan kepada pemantauan buku latihan yangdibuat oleh pelajar
menyebabkan guru tidak berminat menggunakan perisian di dalampengajaran
dan pembelajaran.Penggunaan kaedah biasa seperti buku latihan dan buku
aktiviti lebih disukai oleh guru-guruberbanding dengan memberikan latihan
melalui penggunaan ICT kerana buku-buku tersebutmenjadi bukti perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang di arahkan olehpentadbir
sekolah.Penekanan yang berlebihan kepada peperiksaan menyebabkan guruguru mengabaikan aspeklain seperti pengajaran menggunakan ICT. Peperiksaan
dianggap perkara yang sangat pentingsamada oleh guru , pelajar dan ibubapa.
Peperiksaan dianggap sebagai penanda aras dan kayupengukur kepada
kebolehan dan kemampuan pelajar. Media massa turut memainkan

peranandengan menghebahkan pencapaian pelajar dan sekolah. Ini


menyebabkan timbulnya budayaatau fenomena berikut: Mengajar dan belajar
untuk peperiksaan. Guru hanya memfokuskan kepada isi kandungan dan
kemahiran yang akan dinilai di dalam peperiksaan. Pelajar diajar untuk
mengingati model jawapan. Guru akan memberikan latihan secara berterusan
hingga mengabaikan kaedah pengajaran
6. menggunakan ICT yang dianggap mengambil masa semasa hendak
memulakan pengajaran dan pembelajaran. Menghabiskan sukatan pelajaran
seberapa segera. Guru akan berusaha bersungguh-sungguh menghabiskan
sukatan pelajaran dengan secepat mungkin dengan harapan masih mempunyai
masa memberikan soalan latih tubi bagi persediaan pelajar menghadapi
peperiksaan hingga ada masanya guru sekadar menunjuk dan memberitahu
sesuatu konsep matematik tanpa memberi peluang atau kesempatan pelajar
memahami konsep tersebut. Pembelajaran yang lumpuh. Istilah ini diutarakan
oleh bekas Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran , Tan Sri Wan Zahid Nordin.
Menurut beliau pelajar Malaysia antara pelajar paling menderita disebabkan
sistem yang berasaskan peperiksaan. Pelajar yang mendapat keputusan
cemerlang berkemungkinan mengeluarkan apa yang dipelajari tanpa memahami
konsep-konsep penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharianISU
3KEKURANGAN PRASARANA DAN BAHAN SOKONGANSatu cabaran penting
pendidikan di sekolah ialah menyediakan kemudahan prasarana danbahan
sokongan untuk guru dan semua pelajar. Ini bermakna kemudahan ini tidak
terhadkepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan warga
sekolah tanpa mengirastatus ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya.1. Bilangan
komputer di sekolah jauh lebih rendah daripada bilangan pelajarBilangan
komputer yang disalurkan bagi sesebuah sekolah masih tidak mencukupi
untukmemaksimumkan penggunaan komputer sebagai medium pengajaran bagi
para pelajar. Bilikkomputer di sekolah digunakan untuk mempelajari sesuatu
yang memang memerlukanpenggunaan komputer dan hanya boleh digunakan
oleh sebilangan kecil pelajar sahaja dalamsatu-satu masa. Justeru itu
kebiasaannya penggunaan ICT dalam pengajaran hanya terfokus
7. kepada sesuatu mata pelajaran dan dalam masa-masa yang tertentu sahaja.
Ini sebenarnyatidak sesuai seperti yang dirancangkan iaitu penggunaan ICT
dalam proses pengajaran danpembelajaran setiap masa. Program
Pengkomputeran sekolah semakin diberi perhatian keranauntuk memberi
peluang kepada pelajar sekolah supaya mereka dapat menguasai
pengetahuanasas ICT di peringkat sekolah. Berbekal dengan pengetahuan asas
ICT para pelajar akandapat berdepan dengan kehendak dan cabaran kerjaya
mereka dalam abad ke 21. Walaupunhampir semua sekolah di Malaysia ini
dibekalkan makmal komputer, namun pelajar tidakdapat akses kepada komputer
secara menyeluruh kerana bilangan komputer yang dibekalkanjauh lebih rendah
daripada bilangan pelajar dalam sesebuah kelas. Bilangan komputer yangboleh
digunakan seringkali terhad disebabkan oleh kerosakan teknikal yang
dialamimenambahkan kadar pengguna komputer bertambah sehingga 4 atau 5
orang murid terpaksaberkongsi satu unit komputer semasa pengajaran
dijalankan. Ini juga sering mengganggukelancaran penggunaan komputer dalam

pengajaran.2. Pembekalan yang tidak berkualitiMutu peralatan ICT yang rendah


boleh mengganggu proses penggunaan ICT dalampengajaran. Ramai guru
menyatakan komputer yang dibekalkan tidak berkualiti dan adanyayang sudah
ketinggalan zaman. Ini ditambah lagi dengan cepatnya perkembangan
teknologikomputer. Oleh itu komputer hendaklah dipastikan dari segi kualiti dan
diletakkan di tempat-tempat yang sesuai dan boleh dicapai oleh semua orang,
termasuk guru dan pelajar-pelajar.Di samping itu, terdapat kekangan dari segi
sistem selenggaraan komputer yang tidak cekapdi sekolah3. Masalah
penyenggaraan makmal komputer di sekolahMakmal komputer di sekolah
sememangya menghadapi masalah dari segi penyenggaraan.Banyak makmal di
sekolah tidak terurus kerana tidak ada kepakaran dari segi
penyenggaraan.Walaupun kerajaan telah melantik juruteknik komputer di setiap
daerah, tetapi masalah inimasih tidak dapat diselesaikan. Perkakasan dan
perisian komputer yang terdapat di dalammakmal memerlukan penyelenggaraan
sentiasa untuk mengelakkannya daripada mudah
8. rosak. Memandangkan makmal komputer tidak mempunyai pembantu makmal
sebagaimanamakmal sains yang mempunyai pembantu makmalnya sendiri,
maka kerja-kerjapenyelenggaraan buat masa sekarang terletak di bahu guru
teknologi maklumat itu sendiri. Inibermakna beban tugas guru teknologi
maklumat semakin bertambah.Kerja-kerjapenyenggaraan ini mengambil banyak
masa guru sekiranya terdapat kerosakan ke atassesebuah komputer. Kadangkala terdapat juga kalangan guru teknologi maklumat yangkurang mempunyai
kemahiran menyenggarakan komputer. Ini bermakna sebarang kerosakanpada
komputer perlu merujuk kepada pihak luar. Kaedah ini biasanya memakan
belanja yangbesar dan proses P&P juga terganggu. Dukacita yang amat sangat
kerana kerajaan telahmembelanjakan banyak peruntukkan untuk
membangunkan ICT di sekolah tetapi dari segipenyenggaraannya terabai.4.
Perisian komputerAlat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial
ialah komputer dan perisianpendidikan sama ada yang disimpan di dalam CDROM, cakera keras ataupun laman web.Perubahan ini seiring dengan
perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisianpendidikan yang berciri
kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupayamenyesuai
maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan pelajar.
Denganperkembangan ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir
semuanya bercirimultimedia. Secara umum, setiap perisian pendidikan
mengandungi satu atau lebih daripadakomponen.:Bagaimanapun, pendidik harus
berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini.Kesilapan dalam memberikan
pertimbangan boleh mengakibat pembaziran masa dan tenaga,menghalang
penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif menjurus ke
arahpenyalahgunaan kemudahan ICT, mengakibat lebih banyak masa diperlu
oleh pelajar untukmempelajari sesuatu . Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih
dahulu menilai setiap perisianpendidikan yang hendak diguna oleh pelajar.
Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guruhendaklah merancang
penggunaan ICT, bukan dibuat secara bidan terjun.Cadangan mengatasi
Kekurangan Prasarana dan Bahan SokonganPihak sekolah perlu memberi
perhatian kepada beberapa perkara iaitu memperbaiki infrastruktur komunikasi

dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu
dan sambungan Internet serta makmal komputer.
9. meningkatkan infrastruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif
dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan
penyediaan infrastruktur. wujudkan jaringan kerjasama antara panitia atau
sekolah dalam PPD sediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan
teknologi komputer terkini. wujudkan prasarana ICT yang sesuai untuk
pembelajaran pihak pentadbir perlu memberi dorongan kepada guru untuk
membina bahan pengajaran dan pembelajaran.Bagi pihak KPM pula perlu
memberi fokus beberapa perkara iaitu menyelenggara peralatan dan perkakasan
ICT secara intensif dan bersepadu. menyediakan infrastruktur ICT yang
bersepadu dan berterusan di luar bandar dan pedalaman. menyediakan
kemudahan bangunan institusi pendidikan mengikut piawai berasaskan
keperluan dan kesesuaian memastikan kemudahan fizikal bangunan pendidikan
diselenggara untuk memenuhi piawai, keperluan dan kesesuaian memastikan
bekalan air bersih dan elektrik di semua sekolah.ISU 4JURANG ICT DAN
DIGITALJurang digital bermaksud terdapatnya jurang di antara satu komuniti
dengan komuniti yanglain di dalam mengakses kepada ICT, mencapai maklumat
melalui ICT serta memahami danmenggunakan maklumat dari ICT. Faktor yang
menyebabkan jurang digital ialah - Faktor ekonomi, iaitu tidak mampu untuk
membeli dan mendapatkan khidmat ICT. - Faktor Geografi,iaitu tempat tiada
liputan internet dan bekalan elektrik - Faktor Kemahiran Komputer iaitu tidak
mengetahui bagaimana untuk mengakses maklumat - Faktor Kemahiran Bahasa
Dan Literasi iaitu tidak dapat membaca dan memahami bahasa internet dengan
baik
10. Pelbagai inisiatif dijalankan untuk merapatkan jurang digital di negara kita.
Inisiatif-inisiatif ini datangnya daripada pelbagai pihak dan berperanan untuk
memperkasa komunitidan menjana ilmu dalam melalui usaha menyeberangi
jurang teknologi dan jurang minda.Inisiatif merapatkan jurang digital di Malaysia
adalah bertujuan untuk mewujudkan jalinanpengetahuan secara digital serta
memperkasa masyarakat di dalam bidang ekonomi, sosialdan akses kepada
informasi dalam membantu masyarakat menjadi lebih berpengetahuan.
Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dan segi
ekonomi,pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur. pemodenan dan
sebagainya akan memberikesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah,
pendidikan dan profesion keguruan dinegara ini perlu memainkan peranan yang
konstruktif bagi menangani jurang ICT dan digitalyang berlaku, terutama di luar
bandar dan di kalangan kaum. Sekolah dan profesion keguruanperlu memberikan
perhatian serius bagi merapatkan jurang perbezaan ICT dan digital
denganmeningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan peluang
menguasai pengetahuandan kemahiran digital, khususnya di kalangan pelajar
miskin dan luar bandar.ISU 5PENYALAHGUNAAN MAKMAL KOMPUTER DAN
INTERNET PERCUMAGuru-guru dan pelajar didapati menyalahgunakan
kemudahan internet di sekolah untukmelayari laman-laman web yang tidak
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sepertilaman sosial Myspace,
Friendster dan sebagainya. Selain daripada portal-portal sosial,permainan

komputer atas talian(Online Games) turut menjadi kegilaan pelajar sekolah


masakini. Penyalahgunaan seperti ini dibimbangi mampu meningkatkan jenayah
internet yangsukar dikawal. Memandangkan internet telah menjadi keperluan
utama, melarang merekadaripada menggunakan internet amatlah tidak wajar.
Namun, langkah-langkah pemantauanamatlah berkesan dalam mengatasi
masalah ini. Selain itu, di sekolah juga pemantauanharuslah dilakukan oleh guruguru yang bertugas, memandangkan proses pembelajaran danpengajaran
sekarang banyak menggunakan internet. Selain itu, nilai-nilai murni juga
wajarditerapkan di dalam minda pelajar bagi mengelakkan masalah ini daripada
bertambah teruk.Pelajar sekolah hari ini adalah antara pengguna internet di
Malaysia. Penyalahgunaan internet
11. dikalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan dewasa ini
terutamanya membabitkanpelayaran laman web berunsur lucah yang turut
menjadi kegilaan pelajar masakini.KESIMPULANHarapan Negara untuk
melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhikeperluan
pasaran pada masa depan boleh dicapai melalui kurikulum pembelajaran
berkaitanteknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa dikemas kini. Justeru
itu, sebagaipengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan
teknologi maklumat ini.Penggunaan ICT dalam pembelajaran adalah prasyarat
bagi Malaysia untuk menjadi Negarayang berpendapatan tinggi. Namun,
kerajaan Malaysia khasnya Kementerian PelajaranMalaysia perlu berusaha
mengatasi masalah-masalah yang timbul.

Pengenalan

Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan.


Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya
usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap
perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada
sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran,
kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ).
Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat
untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda
perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super
Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluasluasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan
kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan
jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan
teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ).

Pengajaran Berbantukan Komputer

Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akan
merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran
( Jamaludin, 1989; Nik Azis, 1989). Kurikulum matematik juga tidak dapat lari
daripada arus teknologi ini
( Fatimah & Munirah, 1995; PPK, 1993; Nik Azis, 1989 ). Pendidikan komputer
dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik Azis, 1989 );
1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan
komputer
2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data
memproses data penyelidikan
memproses perkataan
3.Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran
pengaturan murid
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ).

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara


komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu
seseorang belajar ( Jamaluddin, 1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk
menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang
dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer
atau perisian melalui terminal ( Nik Azis, 1989 ).
Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap
sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah,
guru berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explaner) dan
pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer
dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan
sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK, 1993;
Jamaludin, 1989 ).

Komputer Dalam Pendidikan

Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembang


dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih seabad yang lalu, NCTM
(National Council of Teachers of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya

pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer.


Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran
bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah
penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam
silibus . Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan
pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah
adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang
tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu
melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan
bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa
matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini
memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung
dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran
pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini
boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Al Ghamdi, 1987; Lim, 1989 ).
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and
Landersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati :
pelajar yang menggunakan komputer mempunyai sikap yang lebih positif
terhadap dirinya dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih
kompleks.
Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat
membantu pelajar memahami konsep dan prinsip dengan mudah dan berkesan
Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang
ketara
Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan
mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat
menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Kelembapan dan kebantutan perkembangan CAI dalam pendidikan matematik


khususnya, pada pertengahan tahun 70 an hingga 80 an adalah disebabkan oleh
kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang sedikit,
kemahiran dan pengetahuan tentang komputer yang rendah dan tidak kurang
juga kebimbangan dan kurang keyakinan di kalangan pendidik ( PPK, 1993 ).
Walau bagaimanapun keadaan tersebut telah berubah, di mana harga komputer
telah banyak menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus
telah dan sedang dianjurkan oleh pihak kementerian untuk memberi kesedaran,
keyakinan, pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan komputer.
Dalam pendidikan, komputer boleh berperanan untuk melaksanakan aktivitiaktiviti berikut
i. Penghasilan Bahan Kurikulum

ii. Latih Tubi


iii. Tutorial
iv. Ulangkaji
v. Pemulihan dan Pengayaan
vi. Simulasi
vii. Pengiraan
viii. Alat Bantu Mengajar
ix. Tutee

Penggunaan spreadsheet

Terdapat banyak kajian tentang penggunaan spreadsheet dalam pengajaran


matematik. Kajian-kajian yang telah dijalankan mencadangkan berbagai cara
penggunaan spreadsheet dalam pengajaran matematik ( Janet, 1988; Lim, 1995;
Fatimah & Munirah, 1995). Ada juga kajian yang mencadangkan penggunaan
spreadsheet dapat mengurangkan kesilapan konsep tentang sesetengah konsep
matematik ( Catterall and Lewis, 1985 dalam Fatimah & Munirah, 1995 ).
Mungkin guru-guru di Malaysia juga boleh menggunakan speadsheet dalam
pengajaran matematik sementara menunggu pakej CAI yang sesuai.

Penggunaan multimedia

Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan


manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi ( Baharuddin & Mohd, 1995 ).
Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu
pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar
memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Toh
& Ng, 1994; Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin & Mohd, 1995 ). Penggunaan
multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik.
Antaranya ialah multimedia boleh;
1. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan
kemampuan masing-masing.
2. memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik.
3. menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan

4. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar


5. membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali

Penggunaan Internet

Internet atau International Network of Networks ialah sebuah rangkaian


komputer diperingkat antarabangsa. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu
rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan
lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara ( Zoraini,
1995 ). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis sumber yang berjutajuta bilangannya. Sumber ini termasuklah kertas persidangan, artikel majalah,
perisian komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru boleh
mendapat rancangan pengajaran dari guru lain atau pun dari komputer yang
menyimpannya. Atau pun sumber pengajaran seperti peta, gambar dari angkasa
lepas dan sebagainya boleh didapati dalam Internet.

Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik.


Kumpulan ini mungkin terdiri dari beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu
orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah tentang
matematik. Topik-topik perbincangan bermacam-macam dari Antropologi
sehinggalah ke Zoologi. Bagi guru matematik, terdapat beberapa kumpulan
diskusi eletronik yang dapat disertai secara percuma. Antaranya; IMSE-L dan
MATHEDCC. Selain daripada diskusi eletronik, WWW (World Wide Web) juga
menyediakan berbagai sumber pengajaran dan pembelajaran , khususnya dalam
bidang matematik ( Zoraini, 1995; Lee, 1996 )
Beberapa tajuk yang boleh diperolehi dari WWW :
Global Network Navigator Mathematic
Math Section
Mathematics Singapore Min of Education
Math Launchpad
Mathematics Archives K12 Internet Sites
K-8 dan K-12 Mathematics Education
Math and Numbers
The Math Forum
Ask Dr Math

Math Archives
Internet Math Class
Forum Guru dan Pelajar TM School On Line
Nota dan Soalan Latihan ( UPSR, PMR dan SPM ) TM School On Line

Menyedari potensi dan keupayaan Internet sebagai wadah komunikasi dan


interaksi eletronik yang berkesan maka Kementerian Pendidikan telah
mengambil langkah untuk
memperkenalkan Internet kepada para pelajar dan pendidik. Dengan kerjasama
serta bantuan kepakaran daripada MIMOS, Kementerian Pendidikan telah
melancarkan projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman, 1996 ). Dalam perlaksanaan
projek ini, Kementerian Pendidikan telah:

1. menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar


dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-maktab perguruan
2. melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan
kemudahan yang disediakan
3. merancang, melaksana dan menyelia pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan
penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda dan
pengetahuan di samping menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif
dan inovatif berasaskan teknologi maklumat
Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang
teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan sukatan
kursus akan memberi peluang kepada guru pelatih untuk menambahkan
pengetahuan dan meningkatkankemahiran dalam penggunaan komputer,
khususnya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula pada
hari ini, terdapat berbagai program pendidikan yang dicipta dan dipasarkan,
yang meliputi hampir semua peringkat.

DARI LITERASI KOMPUTER KE KOMPETENSI TEKNOLOGI

Setiap kali suatu teknologi baru diperkenalkan dalam bilik darjah, ada pihak yang
akan menyokong dan mendakwa teknologi ini akan merevolusikan cara guru
mengajar, cara murid belajar dan secara amnya keseluruhan cara pendidikan
dikendalikan.

Contohnya, Thomas Edison menerajui pemikiran bahawa sebarang pelajaran


yang diajar oleh guru dapat diajar melalui filem (Heinich, Molenda, Russell &
Smaldino, 1996). Beliau mendakwa filem akan merevolusikan pendidikan.
Selepas pelancaran Sputnik pula, sekolah didedahkan kepada projektor overhed.
Andaiannya, projektor overhed dapat memperjelaskan dan memperbaiki mesej
yang disampaikan oleh guru. B.F. Skinner (Department of Education, 1960)
memperkenalkan pengajaran terancang ke sekolah dan mendakwa ia adalah
penawar masalah dalam pendidikan. Bork (1987) kebelakangan ini pula
mendakwa mikrocomputer dapat memperbaiki cara pelajar belajar di sekolah.
Setiap dakwaan ini berdasarkan perkakasan teknologi pendidikan (projektor
overhead dan komputer) ataupun perisian (pengajaran terancang). Namum
ramai penyelidik (Clark, 1983,1994; Morrison, 1994; Ross & Morrison, 1989) telah
menunjukkan bahawa teknologi atau media tidak memberi kesan kepada
pembelajaran, yang lebih penting adalah strategi pengajaran spesifik yang
direkabentuk dan diimplementasi oleh guru atau perekabentuk pengajaran yang
menentukan keberkesanan pembelajaran.
Kini mikrocomputer pula semakin menukar penggunaannya di sekolah. Di
Amerika Syarikat sahaja, pada awal 1995, dianggarkan terdapat lebih kurang 5-8
juta mikrokomputer di sekolah awam K-12 (US Office of Technology Assessment,
1995). Jumlah ini mencatatkan pertambahan 600% daripada statistik 1980.
Bagaimanapun perincian belanjawan untuk komputer bagi pejabat daerah
pendidikan mendapati 55% belanjawan diperuntukkan bagi perkakasan, 20%
untuk perisian dan hanya 15% bagi latihan guru (Market Data Retrieval, 1992).
Data ini memberi gambaran bahawa peluang perkembangan professional bagi
guru sering diabaikan dan berfokus kepada latihan short term, one-shot
bertujuan membiasakan guru dengan aplikasi spesifik atau membentuk literasi
komputer (US Office of Technology Assessment, 1995).
Kertas kerja ini bertujuan membincangkan cara membentuk persekitaran
pembelajaran menggunakan komputer dalam bilik darjah. Fokus diberikan
kepada pembentukan kompetensi teknologi guru, yang merupakan asas kepada
melahirkan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada integrasi berkesan
teknologi komputer dalam bilik darjah. Bahagian pertama mengimbas kembali
pengenalan komputer ke dalam persekitaran pembelajaran dan pergerakan
literasi komputer. Bahagian kedua menakrifkan set kemahiran baru yang
diperlukan oleh guru untuk mengajar daripada literasi komputer kepada
kompetensi teknologi. Bahagian terakhir membincangkan pengajaran
berasaskan komputer yang akan memupuk kemahiran penyelesaian masalah
dan kemahiran berfikir.

KOMPUTER DALAM BILIK DARJAH

Sungguhpun teknologi komputer membuka pelbagai peluang kepada proses


pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tetapi kajian di Amerika
Syarikat menunjukkan kebanyakan sekolah gagal melaksanakan dengan
sempurna dalam kurikulum (US Office of Technology Assesment, 1995).
Kebanyakan pendidik dan pengurus pendidikan gagal memahami keperluan
melibatkan pelajar dengan pengalaman pembelajaran yang menyediakan
mereka memasuki masyarakat yang semakin bergantung pada komputer.
Terdapat sekurang-kurangnya lima faktor yang menyumbang kepada situasi ini.
Faktor pertama adalah sekolah membeli fasiliti komputer tanpa memberi
peruntukan kewangan kepada keperluan baikpulih , upgrade dan latihan .
Perubahan mendadak dalam teknologi menyebabkan sekolah tersadai dengan
komputer yang ketinggalan teknologi (obsolete). Ada pula yang mempunyai
peralatan yang rosak atau tidak dapat dipakai. Situasi ini mirip kepada situasi
1960an dengan pengenalan televisyen kepada sistem pendidikan. Komputer
dibeli tanpa memberi pertimbangan kepada bagaimana perkakasan dan perisian
tersebut akan digunakan dalam aktiviti seharian.
Faktor kedua adalah sikap guru terhadap aplikasi komputer dalam bilik darjah.
Ross(1991) melaporkan sikap guru terhadap komputer dalam bilik darjah
berkisar daripada penerimaan sepenuh kepada ketakutan. Ada yang menerima
komputer sebagai alat pengajaran yang berkesan dan ada yang menjarakkan diri
dan enggan mencuba peluang yang ada.
Pelbagai alasan disarankan seperti aktiviti komputer mengambil masa berharga
yang sepatutnya digunakan untuk pengajaran (Evans-Andris, 1995) atau lebih
sesuai digunakan untuk pengajaran tradisi. Malahan di antara yang menerima
penggunaan komputer dalam pendidikan, ramai yang berpegang kepada
penggunaan komputer untuk mengulangkaji pengetahuan yang telah dipelajari
atau sebagai permainan untuk menarik minat pelajar. Pendek kata, guru enggan
menukar gaya pengajaran mereka kepada suatu yang dapat mengintegrasikan
komputer dalam bilik darjah (Ellis, 1992).
Tambahan pula ada tanda-tanda yang menunjukkan kejayaan atau kegagalan
aplikasi komputer dalam pendidikan adalah domain-spesifik. Ehman dan Glenn
(1987) menunjukkan untuk K-12, kajian sosial tidak telus kepada revolusi
komputer dalam pendidikan. Begitu juga Becker (1984) melaporkan tahap
penggunaan komputer dalam bilik darjah kajian sosial adalah lebih rendah
daripada subjek lain. White(1986) dan Whitehead, Cain dan Graves (1994)
menyarankan kekurangan pengetahuan dan pengalaman menggunakan
komputer sementara Wagschal(1986) pula mendapati kekurangan perisian
berkualiti dan relevan kepada keperluan bilik darjah sebagai punca diskrepansi
ini. Isu-isu seperti kekurangan peluang latihan dan kesukaran peluang
menggunakan komputer (access) perlu diatasi untuk meningkatkan integrasi
komputer dalam bilik darjah kajian sosial (Whitehead et el.,1994).
National Assessment of Educational Progress (1990) dalam kajian ke atas
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mengenai komputer mendapati
sebilangan besar pelajar tidak pernah menggunakan komputer di bilik darjah.

Halangan yang dikenalpasi termasuklah guru kekurangan masa untuk


membentuk pelajaran yang melibatkan penggunaan komputer, tidak cukup masa
dalam jadual waktu, kekurangan sokongan kewangan, tidak cukup perkakasan,
tidak cukup fasilitator untuk menyelia pelajar, guru kurang minat dan
kekurangan strategi pengajaran untuk melibatkan komputer dalam aktiviti
pembelajaran.
Namun, terdapat pertambahan dalam bilangan guru yang literasi komputer atau
dapat gunakan aplikasi asas komputer seperti pemprosesan perkataan, ataupun
dapat memastikan pelajar menggunakan perisian latih-tubi dan tutorial (US
Office of Technology Assessment, 1995) Guru menganggap penggunaan
komputer dalam bilik darjah sebagai supplemen kepada kurikulum dan bukannya
sebahagian integral kurikulum (Evans-Andris, 1995). Merka menggalakkan
penggunaan komputer dalam bilik darjah tetapi gagal menguasai keupayaan
sepenuh komputer. Ada guru pula yang menganggap komputer sebagai sumber
menarik perhatian pelajar tanpa memerlukan interaksi guru-pelajar. Pelajar diajar
mengoperasikan terminal bukannya menggunakan komputer sebagai alat
pembelajaran (Evans-Andris, 1995). Guru yang memegang pandangan dan sikap
terhadap komputer ini akan menjejaskan pelaksanaan berkesan integrasi
komputer dalam bilik darjah.
Kajian juga menunjukkan pengetahuan, sikap serta pegangan yang guru
komunikasikan kepada pelajar mengenai teknologi dicerminkan oleh sikap dan
pandangan guru (Conery, 1993). Guru yang menggunakan komputer dengan
yakin, dan sukarela, dapat menggunakan komputer dengan kreatif untuk
meningkatkan pengalaman pembelajaran dan memindahkan pandangan ini
kepada pelajarnya (Hannafin & Freeman, 1995). Guru akan menyusun bilik
darjah dan gaya pengajaran sekitar komputer dan sentiasa mencari peluang
membenarkan komputer menjadi sebahagian integral kurikulum (Laszlo &
Castro, 1995) dan bukannya sebagai beban yang mengelirukan.

LITERASI KOMPUTER

Apabila komputer mula diperkenalkan dalam bilik darjah pada awal 1980an, guru
kurang bersedia untuk menggunakannya dengan berkesan. Keperluan
memahami asas komputer mewujudkan pelbagai kursus dan latihan Literasi
Komputer di maktab dan universiti serta penerbitan buku teks (Erickson & Vonk,
1994) untuk menyediakan guru-guru yang literasi komputer. Kursus-kursus
literasi komputer meliputi komponen-komponen komputer, sejarah komputer,
asas pengoperasian komputer, perisian aplikasi, pengaturcaraan BASIC dan
penilaian perisian. Kini kebanyakan guru lepasan maktab dan universiti
mempunyai kemahiran ini tetapi gagal disediakan untuk integrasikan
penggunaan komputer sebagai alat komputer untuk pembelajaran (US Office of
Technology Assessment, 1995). Kertas kerja ini menghipotesiskan masalah ini
timbul disebabkan guru kekurangan kompetensi tekanologi.

KOMPETENSI TEKNOLOGI

Kompetensi teknologi adalah langkah selanjutnya yang perlu dijelajahi selepas


mencapai literasi komputer. Ia dicirikan oleh individu yang dapat berfikir secara
konseptual aplikasi komputer berhubung dengan pembelajaran. Individu yang
kompeten teknologi melihat komputer sebagi alat menyelesaikan masalah,
menyediakan set data, menjimatkan masa dan mensimulasi peristiwa sebenar
dunia ini. Pandangan ini bertentangan dengan individu yang hanya literasi
komputer yang menganggap komputer sebagai sistem penyampaian pelajaran
(delivery system).
Guru masih memerlukan kemahiran literasi komputer, tetapi mereka mesti
menganjak paradigma daripada menerima maklumat kepada memanipulasi
maklumat. Guru mesti membentuk persekitaran pembelajaran di mana komputer
menjadi rakan pengajaran dalam proses membentuk pengetahuan (McDaniel.,
McInerney, & Armstrong, 1994). Kompetensi teknologi komputer adalah
konsisten dengan pandangan teknologi pendidikan sebagai hasil & proses
(product & process) yang disarankan oleh Heinich et al. (1996).
Persekitaran Pembelajaran Multidimensi
Pembentukkan pengetahuan dikukuhkan oleh guru yang kompetens teknologi
yang akan menggubal, membimbing, dan mengurus persekitaran pembelajaran
multidimensi yang berpusatkan pelajar dan mempunyai unsur penggunaan
komputer dalam pengajaran (Morrison,1995). Tiga faktor utama memberi
sumbangan kepada persekitaran pembelajaran multidimensi: susunan pelajar,
tugasan pembelajaran multidimensi dan bahan sokongan (komputer, manipulatif,
kalkulator, radas eksperimen dll). Pelajar dalam persekitaran ini akan belajar
dalam gabungan kumpulan seperti individu, pasangan, kumpulan kecil atau
keseluruhan kelas
Satu pelajaran atau projek akan melibatkan pelajar dengan pelbagai aktiviti,
contohnya menggubal eksperimen, mengutip data dari World Wide Web,
membuat eksperimen dalam kelas, menulis laporan atau membentuk slaid
persembahan. Untuk pelajar menyelesaikan tugasan pembelajaran, dia perlu
disediakan komputer sebagai alat pembelajaran dengan CD ROM, internet,
aplikasi perisian pangkalan data, hamparan elektronik, pemprosesan perkataan
dan perisian pendidikan untuk mengurangkan jurang atau menyediakan
scaffold di antara keperluan tugasan dan kemahiran (Greenfield, 1984).
Peranan Komputer
Dalam persekitaran pembelajaran multidimensi, pelajar tidak belajar mengenai
komputer tetapi komputer merupakan alat yang digunakan bersama
pembelajaran dalam menyelesaikan masalah bermakna dan autentik (Brown,
Collins & Duguid, 1989).

Komputer membolehkan pelajar menggunakan pangkalan data atau hamparan


elektronik untuk mencari penyelesian kepada pelbagai masalah. Data dapat
dimanipulasi dengan mudah, diuji daripada beberapa perspektif, membuat
tekaan dan menguji tekaan. Keupayaan multimedia membolehkan pelajar
menerokai ide mereka dengan menggabungkan grafik, animasi, video dan bunyi
dalam dokumen mereka. Satu premis utama persekitaran pembelajaran
multidimensi ialah untuk menganggap komputer sebagai alat pembelajaran
sama seperti kalulator digunakan untuk membuat penghitungan dan pembaris
digunakan untuk mengukur panjang garis lurus.
Peranan Guru
Peranan guru yang kompeten teknologi merangkumi tiga aspek utama:
penggubal pembelajaran, fasilitator pembelajaran dan pengurus pembelajaran.
Bahagian berikutnya membincangkan ketiga-tiga peranan ini.
Penggubal Pembelajaran
Untuk menyediakan pembelajaran yang sesuai bagi persekitaran pembelajaran
multidimensi, guru perlu memahami hubungan di antara fungsi asas aplikasi
komputer dengan teori pembelajaran. Pemahaman ini menjadi asas bagi
pemilihan strategi pembelajaran yang menurut Kemp, Morrison dan Ross (1994)
perlu dipilih berdasarkan jenis kandungan pelajaran (fakta, peraturan, konsep,
prosedur, dll) dan hasil pembelajaran yang disasarkan (mengingat semula atau
aplikasi).
Selepas kandungan pelajaran dan sasaran pembelajaran ditetapkan, guru
menggubal aktiviti-aktiviti yang menjanakan pembelajaran atau membimbing
pelajar membuat perkaitan di antara pelajaran baru dengan pelajaran lama
(Jonassen, 1988).Aktiviti-aktiviti ini melibatkan pelajar dalam berbagai tugasan
seperti mencari maklumat, mengkategori maklumat, menganalisis ide, membuat
paraphrasing yang lebih mantap daripada pembelajaran rote memorization.
Kemp, Morrison dan Ross (1994) menyenaraikan aplikasi komputer yang
menyokong pembelajaran sebegini sebagai aplikasi pemprosesan perkataan,
hamparan elektronik danpangkalan data.
Proses pembelajaran juga perlu melibatkan masalah bermakna (meaningful
problem), memerlukan kerjasama kumpulan (collaboration), dan membuat
refleksi (reflection) (Driscoll, 1994). Guru yang kompetens teknologi
menanangani penggubalan pelajaran ini dengan melibatkan pelajar
menggunakan aplikasi komputer yang lazim ditemui seperti hamparan elektronik
dalam kumpulan kecil Pelajar juga diwajibkan mengutip data samada on-line,
melalui eksperimen atau sumber lain, memanipulasikan data, dan membuat
reflection ke atas penyelesaian.
Yang penting dalam persekitaran pembelajaran multidimensi yang berteraskan
teknologi adalah keupayaan mencari, memperolehi dan menganalisa sumber
maklumat. Guru perlu bijak menentukan pelajar belajar daripada berbagai

sumber (Zahner, Reiser, Dick, & Gill, 1992) dalam suasana yang penuh dengan
maklumat seperti internet, CD ROM, perisian pendidikan dans ebagainya.
Fasilitator
Peranan guru perlu berubah daripada penyampai maklumat kepada fasilitator
pembelajaran (Dufty & Jonassen, 1991). Fasilitator melibatkan aktiviti-aktiviti
modeling, bimbing, scaffolding dan fading (Choi & Hannifin, 1995). Guru yang
kompeten teknologi bukan sahaja memodelkan proses seperti bagaimana
membina pelbagai medan (field) dalam pangkalan data tetapi juga memodelkan
proses kognitif pemikiran diperlukan untuk mencapai tugasan pembelajaran
(Gorrell & Capron, 1990). Contohnya guru yang membantu kumpulan pelajar
menentukan apa yang perlu ada dalam pangkalan data, mungkin berkata Jika
saya ingin membina pangkalan data, saya terlebih dahulu memikirkan apa jenis
laporan yang saya perlukan untuk menjawap masalah yang dihadapi. Fasilitasi
digunakan oleh guru bagi mensimulasi dan membimbing pemikiran pelajar dan
membuat keputusan.
Kebanyakan bilik darjah terdiri daripada pelajar heterogeneous dari segi
pengetahuan dan kemahiran. Guru perlu fasilitasi proses scaffolding untuk
membantu pelajar-pelajar mengurangkan jurang di antara yang mereka tahu
dengan apa yang mereka perlu tahu (Collins, 1993). Proses scaffolding
melibatkan berbagai pengalaman pembelajaran seperti penggunaan perisian
pendidian spesifik yang disasarkan kepada kekurangan yang perlu diperbaiki.
Contohnya jika pelajar perlu menentukkan saiz bilik yang diperlukan untuk
menyimpan suatu kuantiti tong berbentuk silinder, sesetengah pelajar mungkin
memerlukan pemulihan untuk mengukuhkan kemahiran matematik yang
diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Guru akan mengarahkan pelajar
kepada perisian pendidikan atau sumber pembelajaran yang sesuai. Apabila
pelajar semakin kompeten untuk membuat keputusan dan tahap kemahiran
meningkat, kadar fasilitasi guru akan dikurangkan (fading). Proses fading
membenarkan pelajar lebih terlibat dalam proses kerjasama sesama rakan
sebaya dan menggalakkan proses pemikiran dan memproses maklumat serta
memikir cara belajar (Choi & Hannafin,1995).
Pengurus Pembelajaran
Komponen penting dalam persekitaran pembelajaran multidimensi adalah
pengurusan berkesan. Guru perlu merancang jadual kitaran berkesan yang
mengambilkira apa yang pelajar akan lakukan sebelum ke komputer, pada
terminal komputer, serta selepas menamatkan tugasan di komputer. Contohnya
untuk suatu matapelajaran tentang durian, sebelum menggunakan komputer,
pelajar diminta menjanakan beberapa soalan dan hipotesis mengenai durian itu.
Pelajar perlu mengutip data seperti berat, ukurlilit, ketinggian durian tersebut.
Setiap kumpulan menganalisis data diperolehi untuk membuat kesimpulan dan
tekaan tentang durian lain, seperti apakah berat sesuatu duarian berdasarkan
panjang atau ukurlilit. Sepanjang pelajaran, pelajar mungkin dapat melihat video
atau menerokai buku atau sumber lain. Pelajaran dikaitkan dengan matematik,
sains atau geografi. Projek pelajar pada komputer mungkin melibatkan

a. menentukan sumber maklumat di Internet


b. download data dalam pengkalan data atau hamparan elektronik
c. menjana jadual atau carta
d. menulis laporan
e. menyediakan persembahan
Proses menyediakan jadual kitaran adalah kompleks dalam persekitaran
pembelajaran multidimensi. Aspek kritikal guru sebagai pengurus adalah
keupayaan guru menyelesaikan masalah teknikal yang timbul dalam proses
pembelajaran. Guru perlu menguji perisian dan perkakasan sebelum pelajaran
bermula dan menjangka masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar. Guru juga
perlu selesa dengan aplikasi yang akan digunakan oleh pelajar. Bagaimanapun
masalah ini boleh dikurangkan dengan menggunakan kepakaran komputer
pelajar sendiri. Kaedah ini adalah gabungan peranan guru sebagai pengurus dan
fasilitator untuk menggunakan sumber terbaik ada untuk membentuk
persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar.
Peranan Pelajar
Matlamat ideal untuk persekitaran pembelajaran multidimensi adalah
menghasilkan pelajar yang kompetens tekanologi. Pelajar digalakkan untuk
membentuk kemahiran berfikir secara kritikal dalam konteks menyelesai
masalah bermakna. Penyoalan, perancangan, perekaan, penganalisaan dan
tekaan adalah sebahagian usaha kumpulan yang dipupuk dalam persekitaran
pembelajaran multidimensi.
Pelajar juga perlu selesa dengan penggunaan pelbagai sumber maklumat
termasuk penggunaan komputer dan memilih sumber yang paling sesuai.
Contohnya, mereka mungkin perlu mencari, menilai dan mengambil maklumat
daripada internet, menggunakan hamparan elektronik bagi manipulasi data dan
melihat keputusan dalam pelbagai format dan carta dan penyediaan
persembahan. Aktiviti lain mungkin lebih sesuai dicapai dengan membina model,
membuat eksperimen atau membuat temuduga. Perkara yang perlu ditegaskan
ialah pelajar mempelajari penggunaan komputer bukan sebagai sumber
pembelajaran tunggal tetapi satu daripada pelbagai sumber.
Pendekatan Baru kepada Perisian Pendidikan
Dalam perubahan daripada literasi komputer kepada kompetasi teknologi, kita
perlu mengubah konsep penggunaan komputer dalam bilik darjah. Penggunaan
computer perlu diubah kepada Computer-Supported Instruction (CSI) daripada
ComputerAssisted Instruction (CAI). Dalam CAI, komputer digunakan sebagai
pengganti guru untuk menyampaikan pelajaran. Contohnya, program latih-tubi
akan mengajar proses pendaraban atau hukum gas.
CSI pula menganggap komputer sebagai alat sebagaimana anggapan seorang
akauntan, atau saintis dan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah. CSI

memerlukan pelajar menerokai, menemui dan membentuk pengetahuan.


Pertimbangkan sinario di mana pelajar perlu mempelajari cara membuat tekaan
dan mentafsir graf. Pelajar akan mengenalpasti pelbagai minuman dan makanan
yang akan dimasukkan dalam ujian rasa. Selepas itu mereka akan membuat
tekaan bilangan pelajar yang meminati setiap item, contohnya seorang pelajar
mungkin jangkakan 8 pelajar suka air mineral Baby Borneo dan 2 orang sukakan
Evian. Kemudian dalam kumpulan, pelajar merancang prosedur dan hamparan
data untuk mengutip data.
Selepas mengutip data, pelajar memasukkan data sebenar pelajar dan tekan
mereka ke dalam hamparan elektronik. Guru kemudian membimbing cara
membina graf untuk memaparkan tekaan dan keputusan, mentafsir graf dan
akhirnya membuat laporan.
Menggubal Pelajaran CSI
CSI meletakkan lebih penekanan kepada guru sebagai penggubal pembelajaran
berbanding dengan CAI yang telah ditetapkan mod pengajarannya. Guru akan
merancang pembelajaran berdasarkan masalah bermakna kepada pelajar dan
fokus pelajaran adalah pelajar. Komputer hanya alat dan bukannya sistem
penyampaian maklumat. Pelajar mengutip data, manipulasi data dan mencari
penyelesaian dalam menyelesaikan masalah secara berkumpulan. Pelajaran juga
dapat merentasi kurikulum.
Contoh 1
Untuk pelajaran sains tentang cuaca, dalam kelas sains, pelajar mempelajari
pola cuaca dan konsep haba serta suhu sementara dalam kelas geografi mereka
mempelajari iklim dan penghasilan pertanian. Dengan merentasi kurikulum
pelajar dapat menggabungkan pengetahuan cuaca dengan iklim dan geografi
untuk memahami bagaimana kedudukan dan mukabumi menpengaruhi pula
cuaca. Kemudian mereka dapat membuat tekaan dan menyelesai masalah
seperti apakah musim menanam atau jenis tanaman yang sesuai untuk sesuatu
kawasan.
Contoh 2
Untuk pelajaran mengenai taburan frekuensi dan ukuran memusat pelajar boleh
mendapatkan data mengenai Piala Dunia (bilangan permainan, bilangan gol,
bilangan tendangan penalti dan sebagainya). Pelajar kemudian boleh
menggunakan hamparan elektronik untuk mengira jumlah gol dan min gol untuk
setiap pemainan. Guru kemudian boleh membuat senario sekiranya salah satu
permainan itu berkesudahan 4-0 dan bukannya 1-0. Pada tekaan pelajar apa
yang akan berlaku kepada min gol setiap pemainan.
Ciri-ciri penting pelajaran sebegini adalah
1. perancangan data set yang realistik dan pelajar perlu mengutip data tersebut
(daripada sumber Internet, CD-ROM atau eksperimen).

2. Menganalis tugasan dan memeringkat setiap langkah diperlukan bergantung


kepada tahap keupayaan pelajar, guru perlu menentukan arahan diperlukan
untuk mencari data, mengutip data, membina jadual, mengguna hamparan
elektronik, membuat pengiraan dan seterusnya. Apabila pelajar semakin biasa
dan berupaya, bimbingan diperlukan berkurangan.
3. Guru perlu merancang plan mengurus supaya pelbagaian aktiviti dapat
dilakukan dalam bilik darjah tanpa mengganggu perjalanan kelas.
Mengelakkan Ketinggalan Teknologi (Obsolescence)
CSI mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan CAI. Pelajaran yang
sama dapat digunakan pada pelbagai komputer samada Apple, IBM atau Power
PC. Fokus adalah pada perisian dan bukannya perkakasan. Setiap jenis mesin
mempunyai perisian pangkalan data dan hamparan elektronik yang dapat
digunakan oleh pelajar bagi menyelesaikan masalah. Sungguhpun terdapat ciriciri yang berbeza di antara perisian ini tetapi semuanya mempunyai ciri asas
seperti memasukkan formula dan melukis carta. Kelebihan kedua CSI adalah ciri
platform independence. Tanpa mengira samada ada sistem Windows atau
Macintosh digunakan, kita dapat menyediakan fail teks yang dapat diimport oleh
guru dan pelajar untuk kegunaan mereka.
CSI adalah kaedah berkesan mengintegrasikan komputer ke dalam kurikulum
untuk menyelesaikan masalah bermakna. Pengajaran dan pembelajaran berfokus
kepada proses dan bukannya teknologi. Pelajar menggunakan komputer sebagai
alat pembelajaran dan bukannya alat penyampaian pelajaran.
KESIMPULAN
Apabila komputer mela diperkenalkan ke dalam bilik darjah, literasi komputer
memdai untuk mendidik guru dan pelajar tentangperkakasan dan perisian
komputer. Kini sekolah dan masyarakat telah menerima teknologi komputer dan
keperluan pendidikan telah menjangkaui penguasaan literasi komputer. Guru
perlu knompten dalam yeknologi untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran
multidimensi dengan komputer sebagai komponen integral kurikulum dan
bukannya sekadar euplemen kepada kurikulum. Dalam persekitaran ini, pelajar
dicabar belajar menerusi penyelesaian masalah bermakna menggunakan
pelbagai sumber. Dalam proses penyelesaian masalah, pelajar belajar
bekerjasama dengan pelajar lain, menggunakan komputer, menyoal, membuat
keputusan dan membuat reflection. Pembelajaran merentasi kurikulum dan
mencerminkan siatuasi alam kerja.
Perkembangan profesional guru juga pelu memberi tumpuan kepada penyediaan
guru yang kompeten dalam teknologi. Guru perlu mengahayati bagaimana
pelajar menggunakan komputer sebagai alat pembelajaran disamping
mengetahui komputer sebagai sistem penyampaian pembelajaran dan
penggunaan perisian dan permaianan pendidikan. Guru perlu mengubah
peranan kepada fasilitator pembelajaran dan diberi peluang menggubal dan
menguji pelajaran dalam kumpulan yang mencerminkan keadaan dunia sebenar.

Melatih guru menjadi literasi komputer ternyata tidak berhasil mengintegrasikan


komputer komputer ke dalam kurikulum. Sekiranya guru dapat mencapai
kompetensi teknologi mereka juga dapat membimbing pelajar ke arah ini.

Penutup
Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke
arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan
2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan
terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai
matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan
sepenuhnya.
Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma
diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid, 1996 ).
Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga
kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita
sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain. Selagi kita bertaraf
pengguna, selagi itulah kita tidak mampu merubah apa-apa.

BIBLIOGRAFI
Abd. Rahman Ahmad (1995). Pembinaan Pakej Pengajaran Pembelajaran
Berpandukan Komputer Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan
Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG
Al Ghamdi, Y. A. S. (1987). The effectiveness of using microcomputers in learning
algebraic precedence conventions. Doctoral Dissertation, Florida State University.
Baharuddin Aris & Mohd b. Bilal Ali (1995). Pendekatan Alternatif Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik . Kertas yang dibentangkan dalam
Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG
Cockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSO
Funkhouser, C. (1993). The influence of problem solving software in students
attitudes about mathematics.Journal of Research on Computing in Education,
25(3),339- 346
Henderson, R. W. & Landesman, E. M. (1992). The integrative videodisk system in
the zone of proximal development: Academic motivation and learning outcomes
in pre- calculus. Journal of Educational Computing Research, 21(3), 33-43.
NCTM (1980). An Agenda For Action: Recommendations For School Mathematics
of The 1980s. New York

Jamaludin Ibrahim (1989). Pengajaran Berbantukan Komputer Berkepintaran:


Implikasi Kepada Pengajaran dan Pembelajaran. Proceedings of the National
Symposium on Educational Computing. USM : MCCE
Janet, L. M. (1988). Integrating spreadsheets into the mathematics classroom.
Mathematics Teacher, 81(8), 615 622 . Kementerian Pendidikan
Malaysia (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana . Kertas
yang dibentangkan dalam Seminar Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: KPM
KPM (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana. Kuala Lumpur.
Lee Siew Eng (1996). Internet A Modern Tool For Mathematics Teaching And
Learning . Proceedings of the National Symposium on Educational Computing.
USM : MCCE
Lim Chap Sam (1995). Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik:
Penggunaan Hamparan Eletronik Sebagai Contoh. Kertas yang dibentangkan
dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG
Nik Azis Nik Pa (1989). Komputer Dalam Pendidikan . Proceedings of the
National Symposium on Educational Computing. USM : MCCE
NCTM (1989). Curriculum and Evaluation Standards For School Mathematics. New
York
Nik Azis Nik Pa (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan
KBSM. Kuala Lumpur: DBP
PPK (1993). Peranan Komputer Dalam Pendidikan Matematik . Kertas yang
dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Matematik Ke 2 Institusi/Maktab
Perguruan Malaysia. Kuala Lumpur: BPG
Sue Brown & Bette Bush (1992). Multimedia math. The Computer Teacher, 20(3),
57 58
Sulaiman Hashim (1996). Jaringan Pendidikan . Proceedings of the National
Symposium on Educational Computing. USM : MCCE
Toh Seong Chong (1994). Design Principles for Effective Instructional
Hypermedia/Multimedia Packages . Proceedings of the National Symposium on
Educational Computing. USM : MCCE
Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Hala
Tuju Ke Masa Depan. Kuala Lumpur: KPM
Zoraini Wati Abas (1995). Internet Untuk Pengajaran Matematik . Kertas yang
dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4.
Kuantan: BPG

Anda mungkin juga menyukai